olahraga

Upload: nor-juliana

Post on 04-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lontar peluru

TRANSCRIPT

Olahraga: Lontar Peluru

Pengenalan Acara lontar peluru merupakan satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan aktiviti melontar satu bola logam besi berat dalam pergerakan menolak sejauh yang mampu. Lontar peluru adalah acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Tanggapan umum selalunya mendapati lontar peluru hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai badan yang besar dan tubuh yang sasa. Tanggapan ini sebenarnya adalah salah. Acara lontar peluru biasanya memerlukan pegabungan struktur fizikal pelontar yang tegap disamping mempunyai kecekapan mengimbangkan badan dengan baik bagi memastikan jarak lontaran dapat dibuat dengan maksimum.

Sejarah Kewujudan Lontar Peluru Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama berbanding dengan acara padang yang lain seperti merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarahnya, bermula daripada aktiviti melontar batu ia telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Bangsa Scotland dan Ireland adalah dikenalpasti sebagai golongan yang mula yang mencipta acara lontar peluru

Walaubagaimanapun, acara ini tidak mendapat sambutan di kedua-dua negara tersebut sehinggalah ianya diperkenalkan di Amerika Syarikat. Acara lontar peluru telah mendapat sambutan hangat di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang menitikberatkan tentang acara sukan, Amerika Syarikat telah menganggap acara melontar peluru ini sebagai sangat menarik, dan akhirnya ianya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran juga telah dicipta. Acara ini juga telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malahan bentuk kawasan lontaran ini terus diguna pakai semasa Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, gelanggang kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki. Bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Peraturan pertandingan dan Ukuran Gelanggang. Seorang atlet lontar peluru yang bernama Perry OBrien dari Amerika Syarikat akhirnya pada tahun 1950-an, telah berjaya mencipta teknik lontaran baru. Akhirnya teknik lontaran yang diperkenalkan oleh beliau telah dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Semua peserta dan atlet lontar peluru mestilah mampu mempelajari dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang betul. Melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik pelontar dapat mencapai sesuatu jarak lontaran yang diingini dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat mengundang kemudaratan jika kita tidak menikberatkan keselamatan dan berhati-hati sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan peserta, kekuatan stamina badan, dan anggota terutamanya tangan, pinggang, dan kaki amatlah memainkan peranan. Ini bermaksud persediaan fizikal dan mental merupakan agenda penting untuk menjamin keselamatan diri peserta itu sendiri. Fasa perlakuan melontar berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan dapat membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Rajah 1: Gelanggang Lontar PeluruFASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURUTerdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :1.Fasa Persediaan2.Fasa Gelungsuran3.Fasa Lontaran4.Fasa PemulihanKemahiran asas a. Cara memegang peluru Pergerakan awal seseorang pelontar peluru untuk memulakan lontaran adalah kaedah memegang peluru yang tepat bagi membolehkan lontaran dibuat dengan betul dan selesa. Cara memegang peluru mestilah diberikan keutamaan oleh setiap peserta dan jurulati. Ini adalah kerana daripada pegangan yang tepat dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang sasarkan. Terdapat perkara-perkara yang harus diikuti semasa memegang peluru. Diantara teknik yang harus diikuti adalah:1. Pelontar meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta boleh cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan kesatu tangan lain beberapa kali.2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan diletakkan pada tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.3. Disamping itu pelontar hendaklah mendapatkan tempat yang baik dalam bulatan lontaran. Penekanan perlu diberikan pada kedudukan kaki dan juga keseimbangan badan.4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng pelontar boleh samada diluruskan atau dibengkokkan sesuai dengan tiga jari yang lain tadi. Sekarang peluru sudah berada dalam kedudukan bersedia untuk dilontarkan.

Rajah 2: Cara memegang peluru1) TEKNIK MELONTAR PELURUa. Gaya Berdiri dan Melontar (tanpa lungsuran -statik(Teknik berdiri statik semasa melakukan lontaran peluru adalah teknik atau cara yang paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini perlu didedahkan kepada semua individu yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga dilatih dan dimahirkan untuk digunakan semasa pertandingan, malahan peserta yang sudah berpengalaman juga boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia mahir dalam teknik ini. Berikut adalah tatacara dan panduan semasa menggunakan teknik ini.

Rajah 3: Gaya berdiri dan melontarBagi mendapatkan pergerakan tangan serta bahu yang betul, maka kita boleh melakukan teknik berdiri semasa latihan ansur maju. Caranya adalah seperti berikut :Fasa-fasa dalam lontaran statik

1. Persediaan lakuan

Pelontar hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran sambil mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan pelontar perlu di dalam kedudukan memegang peluru dan diletakkan dibawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.

2. Kilasan badan

Pelontar perlu memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan.

3. LontaranPelontar memasukkan kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, dan kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan( diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Tangan pelontar yang memegang peluru diluruskan mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.

4. Pulihan

Pelontar mengawal pergerakan badan, kaki dan tangannya selepas selesai melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.b( Gaya Melungsur Selangkah1. Persediaan lakuan

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki(.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

2. Lungsuran

Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur(. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

3. Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru( masih menghala ke belakang.

4. Lontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran(, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang( menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

5. Pulihan

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukandengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan( dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

c( Gaya Parry O BrienGary Parry OBrien ialah seorang ahli sukan Amerika yang ternama pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya permulaan yang membelakangi kawasan lontaran, beliau telah berjaya mencipta rekod dunia dengan menjadi pelontar pertama yang mempunyai jarak lontaran melebihi 18 meter. Teknik lontaran ini masih terkenal dan diguna pakai hingga sekarang. Di samping memberikan sumbangannya dalam teknik melontar, Parry O Brienjuga telah membuktikan kepentingan latihan bebanan bagi acara melontar peluru kepada semua ahli sukan.

Rajah 4: Teknik pemindahan Perry O BrienTeknik ini merupakan teknik yang sering digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat antarabangsa yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut:1. Pelontar hendaklah berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.2. Pelontar perlu membongkokkan badan dan mengangkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.4. Lutut kaki kanan di bengkokkan dan tangan kiri diayun keluar.5. Bahu dan pinggang dipusingkan, seterusnya tolak dan lepaskan peluru sekuat yang mampu.6. Lajakan ayunan dilakukan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangkan dengan tangan kiri.d( Teknik lontaran sisi

Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90( bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut :

1. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan.

2. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya.

3. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan

4. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.

5. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.

6. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru.

7. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

Rajah 5: Teknik lontaran sisie( Teknik membelakangi kawasan lontaranTeknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaubagaimanapun pelontar yang baru menceburkan diri dalam acara ini adalah tidak digalakkan menggunakan teknik ini. Namun begitu ianya menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Cara-caranya adalah seperti berikut :1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.2. Angkat kaki kiri sedikit.3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Rajah 6: Teknik membelakangi kawasan lontaran 2) Prinsip-prinsip biomekanik dalam lontar peluruUntuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengantangan lebih lama.

4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

Rajah 7: Kedudukan badan semasa lontaranHasil terakhir dalam sesuatu lontaran bergantung kepada syarat-syarat permulaan peluru dilepaskan dan kelajuan angin, kerana apabila ia dilancarkan, atlet tidak lagi dapat mempengaruhi fasa penerbangan. Untuk memastikan pelancaran lontaran yang optimum beberapa ciri-ciri harus dilakukan oleh atlet diantaranya ialah beberapa set pergerakan khusus sebelum yang memerlukan teknik dan persediaan fizikal yang tinggi. Ciri-ciri alam sekitar yang wujud dalam kawasan (tekanan, suhu, latitud dan altitud), juga mempengaruhi kadar yang jarak lontaran yang lebih rendah.i. Fasa-fasa dalam melontar peluru

Ilmu yang dikhususkan untuk mengkaji prestasi atlet, melalui analisis pergerakan manusia menggunakan undang-undang fizik, adalah biomekanik sukan. Dalam artikel inianalisis dilakukan menggunakan tiga dimensi fotogrametri teknik untuk mengukur kinematik yang paling penting parameter di baling. Menurut kajian Daniel et.al (2012), tahap-tahap berikut rujukan telah ditubuhkan (Grande, 2000), seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2:

Rajah 8. Fasa melontar peluru.

Fasa awal (a): Dari langkah pertama ke arah depan kaki kiri sehingga kaki kanan terangkat dari tanah.

Fasa gelongsor (b): Yang mengambil tempat apabila kaki kanan meninggalkan tanah sehingga ia akan menyentuh semula tanah. Fasa peralihan (c): Dari saat di mana kaki kanan menyentuh tanah sehingga kaki kiri pula menyentuh tanah.

Fasa terakhir (d): Apabila kaki kiri pula mendarat ditanah tanpa hubungan antara lontaran dan tangan.Menurut Terzis et.al (2012) menyatakan beberapa teknik biomekanik yang terdapat dalam acara melontar peluru. Antaranya ialah:a) Fasa penerbangan Dalam gaya meluncur fasa ini berlaku apabila atlet bergerak dari belakang bulatan melontar ke arah depan dan tidak bersentuhan dengan gelanggang lontaran.

Rajah 9. Teknik meluncur

Dalam gaya putaran, fasa penerbangan bermula apabila kaki depan meninggalkan gelanggang dan berakhir apabila kaki belakang bersentuhan dengan gelanggang lontaran. Dalam analisis video yang disediakan oleh Didier Poppe menunjukkan contoh pelontar peluru sedang beraksi menggunakan teknik putaran ini.

Rajah 10: Teknik putaran

Kedudukan kuasa dicapai apabila kaki depan turun dan bersentuhan serta kedua-dua kaki atlet bersentuhan dengan gelanggang lontaran dan sebagai persediaan untuk memulakan lontaran. Kaki belakang mestilah menghadap ke arah belakang bulatan lontaran ketika atlet berada dalam kedudukan kuasa ini. Kaki hadapan mestilah berada paling hampir dengan papan ketika atlet berada dalam kedudukan kuasa ini.

b) Fasa Pendaratan Putaran kaki berlaku apabila kaki belakang pelontar membuat putaran bulatan semasa fasa penerbangan. Berlaku apabila kaki kenalan kaki depan pelontar turut membuat putaran berikutan fasa penerbangan.c) Fasa transisi adalah masa di antara kaki belakang dan kaki depan menyentuh gelanggang semasa fasa penerbangan.d) Fasa Pelepasan Adalah fasa dimana peluru dilontarkan meninggalkan tangan pelontar ini. Halaju pelepasan adalah seberapa cepat lontaran ini bergerak semasa pelepasan. Sudut pelepasan adalah sudut di mana lontaran dilepaskan berbanding dengan mendatar. Tinggi pelepasan pula adalah tinggi dari pusat lontaran di atas permukaan gelanggang semasa pelepasan. Ini dapat diterangkan dengan Rajah 4 dibawah:

Menurut Modul Kejurulatihan Kebangsaan 2013, Dalam lontaran, siku berada dalam keadaan bengkok pada awal peringkat kedudukan dan akan diluruskan sepenuhnya pada masa pelepasan. Otot otot yang meluruskan siku mengecut pada tahap maksimum.

ii. Prinsip Jumlah Paduan Daya.Prinsip mekanik penting yang terbit daripada hubungan impuls - momentum ialah prinsip jumlah paduan daya (summation of forces). Prinsip ini menyatakan bahawa ketika pergerakan, daya yang terhasil daripada satu segmen sendi akan bergabung dengan daya yang akan dihasilkan oleh segmen sendi yang seterusnya.

Rajah 10: Arah daya

iii. Arah aplikasi daya

Penjanaan daya dalam sesuatu pergerakan adalah dipengaruhi oleh titik aplikasi daya, magnitud daya, dan arah aplikasi daya tersebut. Titik aplikasi daya adalah berhubungkait dengan konsep pusat graviti jasad, di mana titik aplikasi daya yang sejajar dengan lokasi pusat graviti akan menghasilkan pergerakan linear, manakala titik aplikasi daya di luar lokasi pusat graviti bakal menghasilkan pergerakan angular. Magnitud merujuk kepada kuantiti daya yang diaplikasi. Kuantiti daya yang besar untuk penghasilan aksi bagi boleh dijana menerusi aplikasi jumlah paduan daya. Arah aplikasi daya adalah faktor mutakhir yang memastikan penjanaan daya yang berkesan bagi penghasilan sesuatu aksi.

4). ISU-ISU KEJURULATIHAN DALAM LONTAR PELURU

4.1). KeselamatanKeselamatan atlet adalah isu utama yang sering timbul dalam isu kejurulatihan.Dalam hal ini jurulatih memainkan peranan yang penting dimana kurangnya pendedahan atau tunjuk ajar daripada jurulatih boleh menyebabkan atlit-atlit mudah mendapat kecederaan dalam permainan. Untuk meningkatkan kemampuan atlit ke tahap kecergasan yang optima dan dapat menghindari kecederaan maka ia memerlukan masa dan persediaan yang rapi (Yusuf Ismail, 1988). Dengan kata lain jurulatih diharap dapat membantu atlet untuk lebih menguasai teknik dan cara bermain dengan lebih baik.i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

ii. Gerakan berjingkit (shift( ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh.

iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.4.2). Stail Kepimpinan JurulatihMenurut Chelladurai dan Saleh (1978) kejayaan atlet dalam bidang sukan sering kali dikaitkan dengan stail kepimpinan jurulatih yang terlibat sama ada mereka mengamalkan stail kepimpinan yang bercorak sokongan sosial, demokratik atau pun autokratik. Gaya kepimpinan dan personaliti jurulatih juga telah banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji seperti Chelladurai dan Carron (1978), Offerman dan Bell (1992). Manakala Terry (1984) menyatakan bahawa, stail jurulatih telah pun diperakui dan diterima oleh saintis sukan bahawa ia adalah pengaruh yang penting kepada atlet baik baik bagi secara kumpulan mahu pun secara individu. Menurut beliau lagi, personaliti dan stail kepimpinan jurulatih boleh memberi kesan keatas prestasi dan kepuasan atlet.

5). LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM LONTAR PELURUKeselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Adalah berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Akan tetapi bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting langkah-langkah ini dititikberatkan:5.1). Langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi pertimbangan bagi pelontar peluru. 1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.5.2). Langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi pertimbangan bagi jurulatih lontar peluru.

1. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.2. Semua lontaran yng dibuat mestilah hanya ke satu arah sahaja. Pastikan mereka tidak menghalakan lontaran ke arah kawan mereka.3. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.4. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.5. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.6. Blok kayu dipastikan tidak bergigi atau tajam.7. Jika peluru lembab atau basah, sapu atau lapkan dulu dengan kain.8. Arahan yang diberikan oleh guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.RUMUSAN. Acara lontar peluru ini merupakan acara yang memerlukan kemahiran dan teknik yang khusus jika seseorang individu itu benar-benar ingin melibatkan diri di dalam acara sukan ini. Didalam acara yang dipertandingkan, lontar peluru adalah lebih sesuai bagi pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas bagi acara melontar peluru ini boleh diperkenalkan dan diajar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Cara dan teknik pengajaran dan latihan perlulah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang hendak diajar. Ini bagi memastikan tahap keselamatan sukan lontar peluru ini terjamin.RUJUKANModul Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. Nota Sains Sukan Level II. (2013)

Daniel Vecchio, Carmen Muller-Karger, Edgar Salazar. (2012) BIOMECHANICAL STUDY OF THE SHOT PUT AND ANALYSIS OF THE FLIGHT PHASE. 12th Pan-American Congress of Applied Mechanics.

Terzis, G., Kyriazis, T., Karampatsos, G., & Georgiadis, G. (2012). Muscle strength, body composition, and performance of an elite shot-putter. International Journal of Sports Physiology and Performance, 7(4), 394396.

Young, M., & Li, L. (2005). Athletics. Sports Biomechanics, 4(2), 131148.