olahraga

23
1.0 PERKAITAN DENGAN TUNJANG PEMBELAJARAN TARIKH : 24 Mac 2009 MASA : 7.45 – 9.45 Pagi TAHUN : 4 Harmoni JUMLAH PELAJAR : 30 Orang MATA PELAJARAN : Pendidikan Jasmani TUNJANG PELAJARAN : i. Kecergasan ii. Kemahiran iii. Kesukanan TAJUK : Olahraga KEMAHIRAN : 100 Meter HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :- i) PSIKOMOTOR – menguasai kemahiran- kemahiran dalam acara lari pecut setelah diberi pendedahan secara ansur maju iaitu bermula dengan latihan mendorong, latihan lari pecut seperti hayunan tangan yang betul, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan di samping fasa-fasa yang terlibat ketika lari pecut. ii) KOGNITIF - menjelaskan pengetahuan seperti peraturan olahraga, ansur maju, dan lain-lain. iii) AFEKTIF - menyedari keupayaan diri 1

Upload: enab-dan-kesum

Post on 02-Jul-2015

26.184 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

1.0 PERKAITAN DENGAN TUNJANG PEMBELAJARAN

TARIKH : 24 Mac 2009

MASA : 7.45 – 9.45 Pagi

TAHUN : 4 Harmoni

JUMLAH PELAJAR : 30 Orang

MATA PELAJARAN : Pendidikan Jasmani

TUNJANG PELAJARAN : i. Kecergasan

ii. Kemahiran

iii. Kesukanan

TAJUK : Olahraga

KEMAHIRAN : 100 Meter

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,

murid dapat :-

i) PSIKOMOTOR – menguasai kemahiran-

kemahiran dalam acara lari pecut setelah diberi

pendedahan secara ansur maju iaitu bermula dengan

latihan mendorong, latihan lari pecut seperti hayunan

tangan yang betul, latihan kekuatan kaki dan latihan

pecutan di samping fasa-fasa yang terlibat ketika lari

pecut.

ii) KOGNITIF - menjelaskan pengetahuan

seperti peraturan olahraga, ansur maju, dan lain-lain.

iii) AFEKTIF - menyedari keupayaan diri

1

1.1 TUNJANG-TUNJANG PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA.

Tunjang pembelajaran terbahagi kepada 2:

- Kecergasan

- Kemahiran

- Kesukanan

Dan kesemua tunjang ini tidak perlu diajar mengikut urutan.

Penyusunan kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

mengambil kira prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum seperti:

i) Pengulangan (Repetition)

- Ketiga-tiga tunjang ini pembelajaran adalah berulang dari

tahun 1 hingga 6.

ii) Kesepaduan (Intergration)

- Pengajaran bagi semua aspek perlu mengambil kira

pendekatan bersepadu dan merentasi kurikulum. Ianya juga

perlu mengambil kira kesepaduan berbentuk “Intra”

(komponen utama dalam Pendidikan Jasmani sendiri) dan

2

“Intra” (komponen pelajaran lain yang boleh diintegrasikan

seperti muzik dan matematik).

iii) Ansur Maju (Progression)

- Penyusunan sukatan adalah bersifat ansur maju dan

mengambil kira keutamaan topik bermula dengan mudah

dan beransur menjadi lebih kompleks serta lebih mendalam.

Penyusunan ini juga disesuaikan dengan peringkat umur

pembelajaran murid yang bertujuan membantu

perkembangan mereka.

iv) Skop (Scope)

- Skop pula mengariskan sejauh mana sesuatu pengajaran itu

perlu disampaikan kepada murid.

v) Turutan (Sequencing)

- Konsep turutan ini bermaksud ianya berfungsi sebagai

aturan sesuatu sukatan pembelajaran yang bergerak selari

dan berkesinambungan.

3

2.0 PENGENALAN KEPADA OLAHRAGA (LARI PECUT)

2.1 SEJARAH

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam

pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden,

antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang

suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin

popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula

dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga

merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang

alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada

zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina

melintang keluasan stadium berkenaan.

Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok

permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet

menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar

permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan

perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana

tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan

penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan,

sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.

4

Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara

permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima

oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara

memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di

mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil.

Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian

wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali

sebagai ‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan

hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah

diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan

oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan

11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama

dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam

acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh

larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood

merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200

meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari

Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan

masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama

yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans

pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari

Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah

diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland

dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari

Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

5

(dipetik daripada http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-

lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/ pada 12 Mac 2009)

2.2 PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT

Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan

aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut

merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan.

Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)

ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod

dunia dalam acara olahraga. Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal

ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur

Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada

tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga.

Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis

Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).

Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga.

Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara

lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

6

Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah menguasai teknik larian

dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik.

2.3 KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT

Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu:

i) Fasa permulaan

ii) Fasa berlepas

iii) Fasa pecutan

iv) Fasa penamat

Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan

baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan

di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.

i) FASA PERMULAAN

- Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari

pecut dalam lariannya.

- Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan

larian.

- Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu:

a. Cara peluru/pendek

7

- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1

½ tapak.

- Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit

tapak kaki hadapan.

- Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

buku penumbuk.

b. Cara sederhana

- Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½

tapak.

- Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan

hujung tapak kaki hadapan.

- Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

buku penumbuk.

c. Cara panjang

- Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½

tapak.

- Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung

tumit kaki hadapan.

- Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

buku penumbuk.

- Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan

dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih

dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut.

- Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong,

latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan

pecutan.

8

- Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih

menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari

pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan

melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan

dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan

mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih

kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti

dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan

bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi

dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari

menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan

memecut.

- Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan

melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang

(bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid

didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah

melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan

memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki

berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan

menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.

- Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:

i. peringkat ke garisan

- jarak yang sesuai dari garisan mula dengan

bahagian hadapan dan belakang blok permulaan.

- kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok

permulaan.

- jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut

keselesaan.

9

- kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam

keadaan selesa.

- bahu ke hadapan sedikit.

- tangan lurus tetapi dalam keadaan selesa.

- kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang

belakang.

- fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter

ke hadapan).

- kawal pernafasan.

ii. peringkat sedia

- kawal pernafasan

- pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi

aras bahu.

- kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang

belakang.

- fokuskan mata ke hadapan.

10

- bahu ke hadapan sedikit daripada tangan.

- lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah.

- lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah.

- kaki ditolak kuat pada blok permulaan.

ii) FASA BERLEPAS

- Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik

sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan

pistol.

11

- Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga mempunyai

teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut

yang baik.

- Teknik fasa berlepas ialah:

i. kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki

belakang dibawa ke hadapan.

ii. tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki.

iii. badan masih lagi membongkok ke hadapan lima

hingga enam meter yang pertama.

iv. elakkan daripada melompat ke hadapan untuk

langkah pertama.

12

iii) FASA PECUTAN

- Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh

40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar

pecutannya sehingga ke garisan penamat.

- Teknik bagi fasa pecutan ialah:

i. langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.

ii. berlari di atas bebola kaki.

iii. bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

13

iv) FASA PENAMAT

- Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut.

Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan

penamat.

- Teknik fasa penamat ialah:

i. terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan

sehingga melepasi garisan penamat.

ii. bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.

iii. badan dicondongkan sedikit.

14

2.4 ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.

i. lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan

berjoging dan regangan.

ii. tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan

pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.

iii. amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..

iv. pakai pakaian yang sesuai dan bebas.

v. gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan

balapan.

vi. pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada

benda-benda yang berbahaya.

15

2.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT

- jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi

serta-merta dan memanggil semula semua pelari.

- peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.

- permulaan yang baru akan dilakukan.

- jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan

daripada bertanding.

- peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.

16

2.6 PEMEGANG REKOD DUNIA ACARA 100 METER

Rekod dunia

Lelaki

Data berikut tepat sehingga 31 Mei

No. Masa Angin (m/s)

Atlet Negara Tarikh Lokasi

1 9.72 +1.7 Usain Bolt Jamaica 31 Mei 2008 New York City

2 9.74 +1.7 Asafa Powell

Jamaica 9 September 2007

Rieti

3 9.79 +0.1 Maurice Greene

Amerika Syarikat

16 Jun 1999 Athens

17

4 9.84 +0.7 Donovan Bailey

Kanada 27 Julai 1996

Atlanta

+0.2 Bruny Surin Kanada 22 Ogos 1999

Seville

+1.0 Tyson Gay† Amerika Syarikat

18 Ogos 2006

Zürich

7 9.85 +1.2 Leroy Burrell

Amerika Syarikat

6 Julai 1994 Lausanne

+0.6 Justin Gatlin Amerika Syarikat

22 Ogos 2004

Athens

+1.7 Olusoji Fasuba

Nigeria 12 Mei 2006 Doha

10 9.86 +1.2 Carl Lewis Amerika Syarikat

25 Ogos 1991

Tokyo

−0.4 Frankie Fredericks

Templat:NAM 3 Julai 1996 Lausanne

+1.8 Ato Boldon Templat:TTO 19 April 1998

Walnut

+0.6 Francis Obikwelu

Portugal 22 Ogos 2004

Athens

18

Wanita

Data berikut tepat sehingga 27 Julai 2005.

No. Waktu Atlet Negara Tanggal Tempat

1. 10.49 Florence Griffith Joyner

Amerika Syarikat

16 Julai 1988 Indianapolis

2. 10.65 Marion Jones Amerika Syarikat

12 September 1998

Johannesburg

3. 10.73 Christine Arron Perancis 19 Ogos 1998 Budapest

4. 10.74 Merlene Ottey Jamaica 7 September 1996

Milan

5. 10.76 Evelyn Ashford

Amerika Syarikat

22 Ogos 1984 Zurich

19

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter"

3.0 REFLEKSI

Oleh : YM RAJA ZAINAB BINTI RAJA MUHAIYATDIN AL-HAJ

Saya telah diberi taklimat Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pendidikan

Jasmani 1 (Akademik) oleh Puan Shanthi Devi pada 10 Mac 2009. Sejurus

selepas itu, saya bersama-sama beberapa orang rakan sekuliah telah mencari

maklumat di Pusat Sumber Zaaba bagi melayari internet di samping mencari

buku-buku yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberi.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah melakukan praktikal bagi

tugasan ini bersama-sama Encik Alyes setiap hari Selasa dan Rabu.

Sesungguhnya, saya begitu gembira kerana olahraga merupakan acara sukan

yang begitu saya minati semenjak saya di bangku persekolahan lagi. Meskipun

saya telah didedahkan dengan sukan ini sebelum saya berada di IPGM kampus

20

Tuanku Bainun, saya masih berminat untuk mendalami dan memperbetul semula

langkah-langkah saya di dalam sukan olahraga ini.

Setelah beberapa kali praktikal bersama-sama Encik Alyes, saya telah

didedahkan tentang Kurikulum Pendidikan Jasmani bersama-sama Puan Shanthi

Devi dan juga penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersama-sama

Encik Ahmad Rodzli merangkap Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Kesempatan bersama-sama ‘orang kuat’ Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan ini telah saya gunakan sebaik-baiknya untuk

menghasilkan suatu tugasan yang baik.

Meskipun ketika proses penulisan saya ini berlangsung telah ditolak oleh

beberapa pensyarah jabatan, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat

saya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Acap kali Ketua Jabatan

memeriksa dan menolak hasil tugasan saya, saya menerimanya dengan hati

terbuka dan beranggapan saya masih bertatih untuk menghasilkan tugasan

seperti yang diharapkannya.

Saya cuba dan terus mencuba sehinggalah saya dapat menghasilkan

penulisan ini. Hasil akhir ini telah dapat saya selesaikan sebelum tarikh serahan

iaitu pada 1 April 2009 ini nanti. Saya berharap agar penulisan saya ini akan

menjadi contoh kepada para guru pelatih atau lebih tepat lagi kepada bakal-

bakal guru opsyen Pendidikan Jasmani untuk dijadikan sebagai rujukan pada

masa akan datang. Insya-Allah.

21

4.0 BIBLIOGRAFI

1. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-

aplikasi/

2. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter

3. Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd. Aziz,

dan Zamry bin Ahmad (2002),

Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

22

Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

23