official power point(2)
TRANSCRIPT
Kod Kursus : UUUK 1063
Subjek : Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia II
Kumpulan : Lo¥ar BuRuk
Ketua kumpulan : Tan Kar May - A 13559
Ahli kumpulan :
Nurul Syazwani binti Mohamad Yussof – A133350
Sarah Shaqeena binti Abdullah - A132959
Ong Swee Eng -A132709
Qhairuneesa binti Mohamad Esa - A132812
Norida binti Shamsuddin - A132545
Nik Nur Halina binti Mohamad Kashfi -A135323
Yap Wan Ying - A132700
Chong Chyaw Yee -A132900
Nur Idayu Syazwani binti Mohd Arif - A135558
Pensyarah : Datin Aziah binti Mohd Awal
Tajuk: Pengalaman berada di Mahkamah Sesyen (jenayah )
Mahkamah Sesyen
•Antara Mahkamah Rendah yang terdapat di Malaysia.• Penggunaan Bahasa : Bahasa Malaysia• Ditubuhkan oleh YDPA melalui perintah.• Penubuhan dan wilayah bidang kuasa sivil dan
jenayah,dirujuk dalam Akta Mahkamah Rendah 1948
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mahkamah rendah
Mahkamah-mahkamah Tinggi
Bidang kuasa Jenayah
•S.63 : Boleh membicarakan semua kesalahan jenayah kecuali yang membawa hukuman mati
Kelayakan Hakim
•S.59(3) : dilantik oleh YDPA atas syor Hakim Besar.• S.60 : mesti seorang ahli Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. • Dengan syarat bahawa tidak boleh menghalang perlantikan seseorang yang bertindak secara sementara sebagai Hakim
MAHKAMAH SESYEN ( JENAYAH)
Pengalaman kami di Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur.
Etika yang kami belajar ketika berada di dalam Mahkamah
Dinasihati untuk menjaga tingkah laku dan menghormati hakim.
Masuk ke dalam mahkamah dengan menunduk tanda hormat kepada Tuan Hakim, sebelum duduk di tempat duduk awam.
Orang yang duduk di barisan pertama bahagian orang awam tidak dibenarkan untuk menyilangkan kaki semasa duduk lebih-lebih lagi jika anda adalah pelajar undang-undang.
Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau merakam video.
Semasa tuan hakim tiba, kami dikehendaki bangun dan hanya dibenarkan duduk setelah tuan hakim duduk.
Dilarang membuat bising.
Kes pertama :
- Perbicaraan tertutup- Kes rogol
- 2 orang pelajar sahaja yang dibenarkan masuk.
- Khuatir akan mengganggu perbicaraan kes jika
bilangan pelajar ramai
- berkeputusan untuk mendengar perbicaraan yang lain supaya semua dapat menyertai
Antara kes yang kami berpeluang untuk ikuti :
1. Pemilikan ganja dan pil kuda2. Pemilikan pil ecstacy 3. Rompakan bersenjata dengan parang
4. Perhimpunan haram
Kes pertama : Pemilikan ganja serta pil kuda.
10.00 pagi, kes pertama dalam kamar mahkamah nombor 6.
Hakim yang bertugas : Tuan Haji Mohd. Sekeri Bin Mamat.
Kes tersebut berlaku pada tahun 2008. Orang kena tuduh (OKT) merupakan seorang lelaki India yang bekerja sebagai pemandu teksi ditangkap memiliki ganja yang seberat 5.37 gram setelah cubaan membuang barangan tersebut ke tempat duduk belakang teksinya.
Perbicaraan kes tersebut ditangguhkan ke 17 Januari 2011.
Kes kedua: Pemilikan pil ecstacy
Tertuduh mengaku bersalah
Kes ketiga : Rompakan bersenjata dengan parang
Perbicaraan telah dilakukan sebelum ini. Hadir bagi mendengar keputusan mahkamah.
Fakta Kes:Jenayah tersebut berlaku pada tahun 2008Tertuduh adalah salah seorang daripada 3 penjenayahMerompak seorang perempuan Cina yang bernama Leong Anggaran barang rompakan : dianggarkan bernilai RM 2193.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum selama 20 tahun dan 3 kali sebutan. OKT memohon pihak mahkamah meringankan hukuman yang akan dijatuhkan kepada beliau, menggunakan alasan ada tanggungan dan bekerja hanya sebagai buruh binaan.
Hakim Tuan Haji Sekeri membenarkan rayuan- tertuduh dihukum penjara selama 2 tahun dengan 1 sebatan.
Kes keempat : Perhimpunan haram
Pembicaraan kes di Mahkamah Sesyen 6
Fakta kes :OKT seorang lelaki, melalui persatuan BSM membuat bantahan tentang kenaikan harga barang-barang dengan melakukan perhimpunan sebagai tanda protes di kawasan tumpuan iaitu di Jalan Ampang berhampiran dengan bangunan KLCC.
Tertuduh mengaku bersalah.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM400 dan tiga bulan penjara bagi kesalahan pertama atau denda RM400 dan enam bulan penjara bagi kesalahan yang kedua.
Tertuduh yang gagal berkomunikasi dengan mahkamah telah menggunakan khidmat pengantara bahasa(translator) untuk membuat rayuan supaya hukuman dikurangkan.
Setelah rayuan dibuat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300 dan satu bulan penjara bagi kesalahan pertama dan RM300 dan penjara tiga bulan bagi kesalahan yang kedua kepada tertuduh.
Lakaran bilik
mahkamah
SEHARI DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR…..
ANTARA AHLI KUMPULAN
LOYAR BURUK..
MINUM DAHULU SEBELUM
PULANG…
Sekian , Terima Kasih