documentob

16
NOSMA BINTI MOHD JAN 791005125050002 JANUAR I 2014 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN NOMBOR MATRIK : 791005125050002 NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050 E-MAIL : [email protected] NAMA TUTOR : RAFFAIE BIN JAPANG PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU JANUARI, 2014 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 21-Jul-2016

97 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ob

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

BBGO4103

ORGANISATIONAL BEHAVIOUR

NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN

NOMBOR MATRIK : 791005125050002

NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050

E-MAIL : [email protected]

NAMA TUTOR : RAFFAIE BIN JAPANG

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI, 2014

1

Page 2: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

01 PENGENALAN 3

02 CADANGAN 5

03 RUMUSAN 8

04 RUJUKAN 10

2

Page 3: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

PENGENALAN

Big Apple Donuts & Coffee merupakan sebuah kafe di Malaysia yang menyediakan hidangan

seperti donat dan kopi . Syarikat ini merupakan milik Big Apple Interasia. Pada Julai 2011,

Big Apple Donuts & Coffee telah membuka satu cawangan yang pertama di Bandar Tawau

yang terletak di Fajar Complex, Jalan Haji Karim. Kafe yang menyediakan pelbagai jenis

donat dan kopi ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan yang

menggemari donat dengan pelbagai rasa dan warna ini.

Kafe ini mempunyai lapan orang pekerja mahir dalam bidang pembikinan donat. Terdapat

tiga bahagian dalam kafe ini iaitu bahagian pengadunan, bahagian menatarias dan bahagian

kaunter. Pekerja yang diperuntukan dalam bahagian pengadunan ialah 3 orang lelaki,

manakala 3 orang pekerja perempuan dalam bahagian menatarias dan 2 orang pekerja yang

terdiri daripada seorang pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan pula ditugaskan di

bahagian kaunter.

Pada kebiasaannya, pekerja bahagian pengadunan akan memulakan kerja lebih awal kerana

mereka akan mengadun tepung serta menggoreng donat yang telah dibentuk mengikut acuan

sebelum kafe dibuka. Seterusnya, tugas pekerja di bahagian menatarias pula untuk

memberikan warna dan perasa bagi setiap donat. Akhir sekali, sekiranya terdapat pelanggan

yang ingin membeli donat, pekerja di bahagian kaunter pula akan mengambil bahagian.

Masing-masing mengetahui bidang tugas yang di amanahkan dan melakukannya dengan

baik.

Namun, sejak kebelakangan ini, pekerja-pekerja Big Apple Donuts & Coffee di perhatikan

seperti hilang fokus dan mempunyai motivasi diri yang rendah. Ini dapat dibuktikan dengan

terdapat lebihan donat pada setiap kali kafe di tutup. Hal ini disebabkan oleh beberapa

perkara. Yang pertama ialah pekerja bahagian pengadunan tidak mengadun dan menggoreng

donat mengikut sukatan yang telah ditetapkan pada setiap hari. Seringkali mereka mengadun

tepung dan menggoreng donat melebihi permintaan daripada pelanggan. Pekerja di bahagian

ini seharusnya bijak menyukat kuantiti tepung yang perlu di adun sesuai dengan permintaan

daripada pelanggan. Seterusnya, pekerja di bahagian menatarias juga sering melakukan

kesalahan dalam tugas mereka seperti salah memasukkan inti ke dalam donat, salah

menatarias donat dan sebagainya. Apabila ini berlaku, donat tersebut tidak boleh di jual

kepada pelanggan kerana akan melanggar kualiti yang telah ditetapkan. Akhir sekali, pekerja

3

Page 4: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

di bahagian kaunter pula seringkali hilang dari kaunter dan menyebabkan pelanggan

membatalkan niat untuk membeli donat. Secara keseluruhannya, semua pekerja daripada

semua bahagian harus bertanggungjawab dalam permasalahan ini.

Hal ini mendatangkan kerisauan kepada pemilik kafe ini kerana akan membawa kerugian

kepada syarikat. Oleh itu, khidmat nasihat daripada pakar motivasi telah diperolehi. Beliau

menyarankan agar Teori Jangkaan motivasi diimplementasikan ke atas pekerja dalam usaha

memotivasikan dan meningkatkan kualiti kerja para pekerja.

Teori Jangkaan motivasi ialah sebuah teori yang diilhamkan oleh Victor H. Vroom pada

tahun 1965. Beliau berpendapat bahawa manusia akan bertindak dan berkelakuan

berdasarkan hasil yang dijangka akan mendapat kepuasan kepada diri mereka. Contohnya

kenaikan pangkat. Seseorang pekerja akan memilih tindakan yang ditentukan oleh jangkaan

dan keutamaannya ketika itu.

Terdapat empat komponen dalam teori ini iaitu Usaha, Prestasi, Ganjaran dan Matlamat.

Selain itu, teori ini juga mempunyai tiga konsep penting iaitu Jangkaan (Expectancy),

Instrumen (Instrumentality) dan Valen (Valence). Konsep jangkaan ialah apabila kepercayaan

yang dimiliki oleh seseorang secara sementara tentang kemungkinan tindakan yang di

ambilnya akan memperolehi hasil yang diinginkan. Manakala Instrumen pula ialah nisbah

antara prestasi dan ganjaran. Akhir sekali, konsep valen ialah nilai atau kepentingan hasil

tersebut kepada individu.

Seterusnya, Vroom juga menyatakan tiga hubungan yang saling berkait dalam teori ini iaitu

hubungan usaha dan prestasi, prestasi dan ganjaran, dan ganjaran dan matlamat peribadi.

Dalam hubungan usaha dan prestasi, seseorang mempercayai dan menjangka bahawa setiap

usaha yang dilakukan akan meningkatkan prestasi dan menunjukkan hasil dalam pencapaian.

Seterusnya, hubungan antara prestasi dan ganjaran pula ialah seseorang itu mempercayai dan

beranggapan bahawa setiap prestasi yang meningkat dan hasil pencapaian yang baik akan

membuahkan ganjaran yang diinginkan. Akhir sekali, hubungan antara ganjaran dan

matlamat peribadi pula ialah apabila organisasi ataupun syarikat telah berjaya memenuhi

objektif dan keperluan individu dengan ganjaran yang diberikan.

Dalam permasalahan ini, terdapat beberapa cadangan yang akan diberikan berdasarkan tiga

hubungan yang telah dinyatakan di atas. Objektif cadangan ini adalah untuk meningkat

4

Page 5: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

motivasi pekerja agar tidak melakukan kesalahan yang akan mendatangkan kerugian kepada

syarikat.

CADANGAN

Meningkatkan Hubungan Komponen Antara Usaha-Prestasi

Masalah yang timbul dalam Big Apple Donuts & Coffee ini ialah di sebabkan oleh para

pekerja yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan betul. Hal ini demikian kerana

mereka tidak fokus dengan bidang tugas yang diberikan dan tidak mempunyai motivasi diri

yang tinggi. Dalam hubungan antara Usaha dan Prestasi ini, seseorang percaya bahawa usaha

yang baik akan membawa kepada prestasi dan pencapaian yang cemerlang. Kepercayaan ini

yang harus di tanam ke dalam diri setiap pekerja.

Untuk itu, beberapa cara boleh dilakukan bagi memastikan pekerja berjaya menanamkan

kepercayaan ini ke dalam diri masing-masing. Antaranya dengan menyediakan peluang

bekursus kepada pekerja daripada setiap bahagian. Kursus ini adalah dengan menghantar

wakil pekerja dari setiap bahagian ke cawangan Big Apple Donuts & Coffee yang lain seperti

di kawasan Semenanjung Malaysia. Ini kerana, cawangan yang lain telah lama bertapak di

Malaysia dan pastinya para pekerja mereka memiliki pengalaman yang cukup. Menerusi

pengalaman ini, pekerja-pekerja daripada cawangan Tawau akan memperolehi ilmu dan

kemahiran yang mencukupi. Secara tidak langsung, ini akan memberikan mereka motivasi

agar meningkatkan lagi usaha dan memperbaiki kualiti kerja mereka.

Selain daripada itu, majikan juga boleh menyediakan satu jadual sasaran kerja bulanan yang

harus diperolehi bagi setiap pekerja. Jadual ini meliputi tugasan yang perlu dilaksanakan bagi

setiap kerja dalam bahagian masing-masing. Sebagai contoh, bagi pekerja di bahagian

pengadunan, sasaran kerja mereka adalah dengan mengadun tepung dan menggoreng donat

dengan sukatan yang betul setiap hari tanpa menyebabkan lebihan pada setiap kali kafe di

tutup. Pekerja harus mencapai sasaran di mana hanya terdapat 0 hingga 3 lebihan donat pada

setiap hari. Jika ini dapat dicapai, maka 100% markah akan diberikan. Ini akan dapat

memastikan pekerja sentiasa memastikan mereka mencapai sasaran yang telah ditetapkan

pada setiap hujung bulan.

Cadangan yang ketiga pula ialah dengan melakukan aktiviti “Post-Mortem” sekali setiap

minggu. Ini dilakukan dengan melakukan perbincangan di antara majikan dan pekerja pada

5

Page 6: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

setiap minggu. Antara agenda yang di bincangkan ialah tentang masalah yang di hadapi oleh

pekerja ketika melakukan tugas mereka, membincangkan tentang punca para pekerja yang

masih tidak mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini

akan memberikan kesedaran kepada pekerja bahawa usaha mereka dalam melaksanakan

tugas yang diberikan tidak boleh di pandang ringan. Ia haruslah sentiasa dititikberatkan agar

syarikat tidak mengalami kerugian. Selain itu juga, ia adalah antara usaha untuk menanamkan

semangat dan kepercayaan bahawa setiap usaha yang baik itu akan menghasilkan pencapaian

yang cemerlang.

Sekiranya majikan berjaya menanamkan dan memupuk kepercayaan bahawa usaha yang baik

akan menghasilkan pencapaian dan prestasi yang baik dalam pekerjaan dalam diri seorang

pekerja, maka dia berjaya meningkatkan hubungan komponen antara usaha dan prestasi.

Sekaligus, permasalah yang melanda kafe ini juga akan dapat dihapuskan.

Meningkatkan Hubungan Komponen Antara Prestasi – Ganjaran

Ganjaran merupakan sesuatu yang amat disukai oleh sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila

ganjaran tersebut merupakan sesuatu yang diidamkan. Dalam konteks motivasi ini, majikan

haruslah meyakinkan para pekerja bahawa setiap pencapaian dan prestasi yang cemerlang

yang ditunjukkan akan membawa kepada ganjaran yang lumayan dan di idamkan.

Setiap seorang pekerja pasti mengharapkan sesuatu imbalan hasil daripada penat lelah

mereka dalam mencapai prestasi yang cemerlang. Oleh itu, majikan tidak seharusnya

menghampakan harapan ini kerana ia akan menjatuhkan dan mematahkan semangat para

pekerja. Apa yang boleh dilakukan oleh seorang majikan ialah dengan menetapkan satu

pertandingan di mana setiap pekerja yang paling cemerlang akan diberikan hadiah yang

lumayan. Penilaian akan di lakukan pada setiap hujung bulan. Antara kriteria penilaian yang

dibuat ialah berdasarkan sasaran kerja bulanan bagi setiap pekerja. Adakah mereka mencapai

sasaran kerja bulanan yang ditetapkan? Sekiranya ya, salah seorang daripada mereka akan

mendapat anugerah “Pekerja Terhebat Bulan Ini!”. Selain daripada ganjaran yang disediakan

oleh pihak majikan, gambar dan nama pekerja yang di pilih juga akan di pampangkan di

bahagian dalam kafe agar para pelanggan dapat melihat pekerja bertuah pada bulan tersebut.

Aktiviti seperti ini akan menimbulkan persaingan secara sihat di kalangan pekerja dan

sekaligus hal ini juga dapat meningkatkan usaha mereka dalam bidang tugas masing-masing.

6

Page 7: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

Seterusnya, kenaikan pangkat juga merupakan ganjaran yang paling di nanti-nantikan bagi

setiap pekerja. Dalam konteks pekerja Big Apple Donuts & Coffee, pangkat bukanlah sesuatu

isu yang berat. Ini kerana, setiap pekerja tidak dibezakan berdasarkan pangkat. Oleh itu,

sebagai ganti, kenaikan gaji akan diberikan kepada setiap pekerja yang berjaya menunjukkan

prestasi cemerlang sepanjang tahun. Ini juga dinilai berdasarkan kekerapan seseorang pekerja

itu mendapat anugerah “Pekerja Terhebat Bulan Ini!”. Namun, ini tidak bermakna pekerja

lain tidak layak mendapat kenaikan gaji, namun bagi pekerja yang bertuah ini, jumlah

kenaikan adalah lebih tinggi daripada yang lain. Manakala bagi pekerja yang mendapat skor

terendah sepanjang tahun akan mendapat jumlah kenaikan gaji yang sedikit juga.

Akhir sekali, bagi menghargai usaha yang berterusan daripada semua pekerja tidak kira sama

ada mereka berjaya memperolehi anugerah setiap bulan atau tidak, majikan boleh

mengadakan satu majlis makan malam tahunan yang istimewa dan eksklusif. Namun, makan

malam tahunan ini hanya akan di adakan sekiranya pencapaian keseluruhan daripada pekerja

pada tahap memuaskan dan berjaya meningkatkan jumlah keuntungan kepada syarikat

berbanding pencapaian keuntungan pada tahun sebelumnya. Majlis makan malam tahunan

merupakan suatu majlis yang amat ditunggu-tunggu bagi semua pekerja. Ini kerana, pada

malam tersebut, semua pekerja boleh tampil segak dan menawan dengan busana masing-

masing. Tidak kurang juga bagi mereka yang ingin menikmati makanan yang mewah. Oleh

yang demikian, bagi memastikan majlis ini di adakan pada setiap hujung tahun, pekerja pasti

memberikan komitmen dan usaha yang cemerlang dalam bahagian masing-masing.

Setiap ganjaran merupakan hasil prestasi dan pencapaian yang telah ditunjukkan daripada

pekerja. Oleh itu, majikan tidak boleh mengambil mudah akan hal ini dengan menyediakan

ganjaran-ganjaran yang tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan pekerja. Pemilihan

ganjaran haruslah sesuatu yang setanding dengan pencapaian yang telah diperolehi.

Meningkatkan Hubungan Komponen Antara Ganjaran – Matlamat Peribadi

Setiap pekerja mempunyai ganjaran impian yang berlainan. Sebagai contoh, ada antara

mereka yang menginginkan ganjaran berupa wang ringgit kerana menyedari kesukaran

mencari wang pada zaman ini. Ada juga yang menganggap ganjaran gajet adalah terbaik

kerana mereka boleh menggunakan gajet yang canggih dan menunjukkannya pada rakan-

rakan. Ada pula yang menganggap percutian merupakan ganjaran yang paling bermakna.

7

Page 8: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

Apa jua jenis ganjaran impian bagi setiap pekerja, adalah menjadi tanggungjawab majikan

untuk memenuhinya tetapi ganjaran tersebut haruslah tidak melebihi bajet yang telah

ditetapkan. Cadangan pertama bagi meningkatkan hubungan antara ganjaran dan matlamat

peribadi ini ialah dengan melakukan tinjauan dan pemerhatian terhadap minat setiap pekerja.

Setelah itu, hasil tinjauan dan pemerhatian ini akan direkodkan bagi tujuan pemberian

ganjaran. Hal ini memastikan pekerja berasa puas dengan ganjaran yang diberikan kerana ia

sesuatu yang telah diidamkan.

Selain itu juga, majikan boleh membuka peluang kepada pekerja yang layak menerima

ganjaran untuk memilih ganjaran yang mereka inginkan. Namun, pilihan-pilihan ganjaran

tersebut terlebih dahulu di pilih oleh majikan agar ia tidak melebihi peruntukan yang telah

ditetapkan. Langkah ini akan memudahkan majikan sekaligus memberikan pekerja ganjaran

impian mereka.

Akhir sekali, majikan juga boleh mengiklankan lebih awal ganjaran yang telah ditetapkan

bagi setiap bulan. Sebagai contoh, pada bulan ini, ganjaran kepada penerima anugerah ialah

sebuah telefon bimbit. Manakala pada bulan berikutnya, ganjarannya pula ialah wang ringgit

dan begitulah seterusnya. Pekerja akan berasa teruja untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran

ini bersesuaian dengan keperluan dan minat mereka.

Ketiga-tiga cadangan ini jika dilaksanakan dengan betul, akan dapat meningkatkan hubungan

komponen antara ganjaran dan matlamat peribadi. Hubungan pada peringkat ini amat penting

bagi memastikan program ganjaran yang disediakan oleh majikan efektif kepada pekerja.

Sekiranya ganjaran yang ditawarkan tidak berjaya menarik minat para pekerja, mereka tidak

akan termotivasi dengan istilah ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran merupakan

sebuah hamper yang berisi makanan ringan dan air minuman, ganjaran seperti ini tidak

mempunyai daya tarikan yang kuat kerana makanan ringan dan air minuman telah sering

mereka perolehi. Oleh itu, majikan haruslah bijak menentukan jenis ganjaran yang patut dan

dapat memenuhi kehendak dan keperluan pekerja.

RUMUSAN

Teori jangkaan motivasi telah diilhamkan oleh Victor H. Vroom (1965). Teori jangkaan

mengandaikan bahawa dorongan bagi seseorang melakukan sesuatu tindakan bergantung

kepada jangkaan untuk mendapatkan hasil atau daya tarikan daripada hasil yang dijangkakan.

Teori ini menganggap bahawa seorang individu akan bermotivasi jika mereka menjangkakan

8

Page 9: DocumentOB

JANGKAAN INSTRUMEN VALEN

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

bahawa daya usaha mereka akan memberikan prestasi yang memuaskan dan pencapaian

mereka diberi ganjaran dan dihargai.

Teori jangkaan ini merupakan salah satu cara dalam usaha memperbaiki mutu kerja dan

meningkatkan motivasi diri para pekerja di Big Apple Donuts & Coffee. Mereka sering

hilang fokus ketika waktu bekerja sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat. Secara

khususnya, teori jangkaan mengandaikan bahawa kepercayaan dan keyakinan terhadap

hubungan antara usaha, prestasi, ganjaran dan matlamat peribadi akan mendorong pekerja

meningkatkan prestasi sekiranya mereka juga yakin dan percaya bahawa mereka berjaya

mencapai jangkaan, instrument dan valen.

Jangkaan merupakan keyakinan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan menghasilkan

prestasi yang baik. Dalam jangkaan ini, seseorang pekerja itu akan bermotivasi tinggi apabila

dia percaya bahawa usahanya akan mendatangkan hasil yang dijangkakan. Dalam lain

perkataan, jika seseorang itu percaya bahawa prestasi yang diingini mampu untuk dicapai,

maka barulah dia akan berusaha untuk mencapainya. Sebaliknya jika pekerja tidak yakin

untuk mencapainya, maka mereka tidak akan berusaha ke arah tersebut kerana mengandaikan

bahawa usaha mereka itu kelak akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, bagi mencapai jangkaan

ini, seseorang individu mestilah mempunyai kebolehan, pengalaman dan persediaan.

Instrumen pula merujuk kepada darjah keyakinan seseorang bahawa dia akan diberi ganjaran

yang setimpal dengan tugas yang dilaksanakan. Jangkaan ini melibatkan sama ada sesuatu

tugas yang mencapai prestasi yang baik akan memperolehi hasil yang dikehendaki. Jika

individu menjangkakakn bahawa walaupun dia mencapai prestasi yang baik, tetapi dia tidak

akan mendapat hasil yang dikehendaki, maka ini akan mengurangkan motivasinya untuk

melaksanakan tugas tersebut. Sebaliknya, jika dia menjangkakan prestasi tugasnya yang baik

9

Usaha - Prestasi

Prestasi - Ganjaran

Ganjaran - Matlamat Peribadi

Page 10: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

akan diberi ganjaran yang dikehendaki, maka dia akan bermotivasi untuk melaksanakan tugas

tersebut.

Manakala valen pula merujuk kepada jangkaan nilai yang diletakkan oleh individu ke atas

hasil atau ganjaran yang diperolehi. Sesuatu hasil yang sama mungkin berbeza nilainya

kepada individu yang berlainan. Jika seseorang pekerja menganggap sesuatu hasil yang

diperolehi itu tidak bernilai walaupun hasil tersebut adalah baik maka hasil tersebut tidak

akan dapat memotivasikan pekerja untuk mencapai hasil tersebut. Jangkaan nilai terhadap

hasil yang berbeza antara individu ini dipengaruhi oleh masyarakat, pendidikan dan jenis

pekerjaan.

Pendekatan yang dibawa oleh Vroom ini adalah satu pendekatan moden yang menyatakan

tentang hasil penelitian Martin Luther berabad lalu apabila dia mengatakan bahawa sesuatu

yang dilakukan di dunia ini adalah berlandaskan dengan harapan. Bagi Vroom, motivasi

seseorang kea rah melakukan sesuatu perkara ditentukan oleh nilai yang diletakkan pada hasil

daripada usaha tersebut sama ada ianya positif atau negative. Ia akan digandakan oleh

keyakinan seseorang bahawa usaha mereka akan benar-benar membantu dalam mencapai

sesuatu matlamat.

Kesimpulannya, Teori Jangkaan Vroom ini merupakan salah satu kaedah yang tepat dalam

usaha memotivasikan para pekerja di Big Apple Donuts & Coffee cawangan Tawau. Ini

kerana, keuntungan dan kerugian syarikat adalah bergantung kepada hasil kerja yang

diberikan oleh para pekerja. Oleh yang demikian, para pekerja harus menunjukkan komitmen

yang tinggi terhadap tugas-tugas mereka. Dengan teori ini, pekerja akan dapat menanamkan

semangat dan memberikan komitmen yang tinggi kerana mereka percaya bahawa setiap

usaha mereka yang cemerlang akan membuahkan hasil dan ganjaran yang diimpikan.

(2508 patah perkataan)

RUJUKAN

Harold Koontz dan Heinz Weihrich, Perterjemah : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti

Nadzrah Sheikh Omar, Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi dan AzelinAziz, Prinsip Pengurusan,

Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur, 2004

10

Page 11: DocumentOB

NOSMA BINTI MOHD JAN791005125050002

JANUARI 2014

Del I. Hawkins, David L. Mothersbaugh and Roger J. Best, Consumer Behavior : Bulding

Marketing Strategy, 10 Edition, McGraw Hill, New York, 2007

Bernard A. Ramundo, The Bergaining Manager : Enhancing Organizational Results Through

Effective Negotiation, Quorum Books, Westport, Connecticut, London, 1994

Mohammad nizam Hanafiah, Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall,

Kuala Lumpur, 2005 http://ms.wikipedia.org/wiki/motivasi

11