o k ho n l e a ders baca influencer t l o c o u ha n g a e ... · kerja; seseorang individu perlu...

7
Influencer A N O U T L O O K O N L E A D E R S H I P & C H A N G E Jilid 191 – Jun 2020 Akses melalui aplikasi pembaca kod QR Login ke… MyHD Learning Space hp://hd-lms.netdimensions.com/ Partner for Leadership and Change ª MEJA HD: SUARA PAKAR Bekerja dengan Tujuan ª KE MASA HADAPAN Mencungkil Bakat yang Berpotensi pada Zaman Milenium: Apabila Kelebihan menjadi Keutamaan ª SANTAPAN RINGKAS Bahagian A: Mengembangkan Cara Kita Berfikir tentang Pekerjaan Bacaan 60 Saat: Mencari Makna dalam Tugasan Harian ª MEJA PEMIMPIN Peranan Pemimpin dalam Menjadikan Pekerjaan Bermakna ª PAPARAN: ULASAN BUKU Ikigai – The Japanese Secret to a Long and Happy Life Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved. Baca Influencer: An Outlook on Leadership & Change di mana anda berada! https://www. humandynamic.com/ influencer/ Baca Influencer Jilid Jun dengan melawat laman web kami Bekerja dengan Tujuan DI DALAM

Upload: others

Post on 14-Jul-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencerA

n O

utlOOk On leAdership & ChAng

eJilid 191 – Jun 2020

Akses melalui aplikasi pembaca kod QR

Login ke… MyHD Learning Spacehttp://hd-lms.netdimensions.com/

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

ªMEJA HD: SuArA PAkAr Bekerja dengan Tujuan

ªkE MASA HADAPAN Mencungkil Bakat yang Berpotensi pada Zaman Milenium: Apabila Kelebihan menjadi Keutamaan

ªSANtAPAN rINGkAS Bahagian A: Mengembangkan Cara Kita Berfikir tentang Pekerjaan Bacaan 60 Saat: Mencari Makna dalam Tugasan Harian

ªMEJA PEMIMPIN Peranan Pemimpin dalam Menjadikan Pekerjaan Bermakna

ªPAPArAN: ulASAN Buku Ikigai – The Japanese Secret to a Long and Happy Life

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Baca Influencer: An Outlook

on Leadership & Change di mana anda

berada!

https://www.humandynamic.com/influencer/

Baca Influencer Jilid Jun dengan melawat laman web kami

Bekerja dengan Tujuan

DI DALAM

Page 2: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Jilid 191 – Jun 2020

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

- Perbualan Dr. Deepika Gupta (Pengarah, L&L Human Dynamic) bersama Lina Lam, Pengarah Pengurusan, Korea dan Jepun, Human Dynamic

Bekerja dengan Tujuan

Apabila strategi perniagaan disuntikkan dengan hasil kerja yang tulen dan bertujuan, organisasi dapat mencapai tujuan yang lebih besar; secara peribadi dan kolektif. Warga kerja akan berasa bertenaga, kolaborasi dapat dipertingkatkan dan keluk pembelajaran akan meningkat. Lina Lam berkongsi pemikiran

dan pengalamannya mengenai elemen-elemen penting dalam bekerja dengan tujuan.

DeepikA: Budaya kerja berdasarkan tujuan sering diperbincangkan pada masa kini. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?LinA: Saya berpandangan bahawa budaya kerja berasaskan tujuan mempunyai elemen-elemen penting yang khusus seperti:① Organisasi dapat menjelaskan visi dan misi

mereka ② Pemimpin yang bertindak sepertimana

yang disarankan kepada ahli-ahli pasukannya

③ Pekerja yang komited, mempunyai rasa kepunyaan terhadap diri, pasukan, perkhidmatan dan masyarakat

④ Budaya yang menyokong kakitangan untuk memanfaatkan potensi sebaik mungkin agar dapat mendorong perubahan organisasi

DeepikA: Bagaimana minat dan tujuan boleh digabungkan untuk mencapai kejayaan atau meningkatkan prestasi di tempat kerja?LinA: Biasanya, di tempat kerja, seseorang akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu dan akan ditanya apakah yang mereka perlukan dan bagaimanakah mereka boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Akan tetapi, jarang sekali mereka ditanya, "MENGAPA" mereka melakukan apa yang mereka lakukan?

Soalan "MENGAPA" untuk sesebuah organisasi adalah tujuan syarikat tersebut; dan "mengapa" untuk orang yang bekerja adalah tujuan mereka dalam kerjaya.

Selain daripada mengharapkan kelebihan seperti faedah dan kemajuan kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi alasan untuk terus belajar dan terus maju.

Meja HDSuara Pakar

Minat dalam pekerjaan adalah pendorong yang kuat apabila digandingkan dengan tujuan. Seorang individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam pekerjaannya akan didorong oleh faktor intrinsik dan mempunyai dorongan kendiri untuk mencari sumber, mempersoalkan fakta dan bergerak ke arah kepimpinan diri untuk berjaya.

DeepikA: Adakah anda mempunyai minat terhadap pekerjaan anda? Bagaimanakah minat dalam pekerjaan boleh menjadikan anda seorang pemimpin atau ahli pasukan yang berkesan?LinA: Saya suka dengan pekerjaan saya dan berminat bekerja dengan pasukan saya untuk menyokong syarikat pelanggan untuk mengubah budaya tempat kerja mereka. Dalam bekerjasama dengan pelanggan untuk pelbagai intervensi bagi melahirkan warga kerja yang sejahtera, kami dedikasikan diri kami ke arah matlamat yang jelas; yang mungkin kelihatan dalam beberapa ketika atau semasa dalam perbincangan pasukan. Dan detik waktu yang penting ini mencipta kejayaan pada masa yang tidak dijangkakan. Apa yang lebih penting untuk diperhatikan ialah apabila ianya berlaku; ia – umpama selembar bola benang - dilemparkan merentasi kehidupan dan benang tersebut menghubungkan pengalaman-pengalaman hidup yang penting. Sama seperti cara kita melihatnya semasa sesi perundingan dan bimbingan yang dikendalikan bersama setiap pelanggan individu dan pemimpin perniagaan kita.

DeepikA: Bolehkah kita memupuk minat terhadap pekerjaan dalam diri pekerja? LinA: Memupuk budaya minat terhadap

pekerjaan itu penting, digalakkan dan dihargai memerlukan komitmen dan tenaga daripada semua peringkat dalam syarikat.

Pekerja yang mempunyai minat terhadap pekerjaannya adalah terlibat dan bermotivasi untuk belajar serta melaburkan masa untuk pembangunan diri dan kejayaan syarikat. Apa yang penting adalah kepimpinan yang baik dan kemampuan untuk mengembangkan minat setiap pekerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Usaha ini memerlukan kesabaran, kreativiti, struktur dan sumbangan yang berpanjangan ke dalam akaun emosi setiap pekerja agar mereka berasa yakin untuk merungkaikan minat terhadap pekerjaan dalam diri. Beberapa petunjuk yang perlu diberi perhatian untuk mengembangkan potensi individu, pasukan, dan syarikat adalah:þ Pengambilan pekerja yang betul dan

menjadi suri teladan mereka þ Mengenali pasukan anda dan memupuk

perhubungan yang kukuhþ Memberi ganjaran, menghargai usaha dan

memberi inspirasi kepada mereka þ Menunjukkan ketulenan diri dan

menggalakkan nilai yang samaPada pandangan saya, sifat

utama yang memisahkan pemimpin yang berpandukan tujuan daripada pemimpin yang berpandukan prestasi ialah pemimpin yang berpandukan tujuan mementingkan kemanusiaan dan melakukan perubahan dalam pekerjaan bersama-sama. Mereka memperuntukkan masa untuk hadir dan melatih ahli-ahli pasukannya. Pasukan ini mempunyai gandingan tenaga yang tinggi dan sumbangan mereka adalah optimum.

Page 3: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencer HaDapanKe Masa

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Jilid 191 – Jun 2020

Mencungkil Bakat yang Berpotensi pada Zaman Milenium: Apabila Kelebihan menjadi Keutamaan- Oleh Dr. Deepika Gupta

Penglibatan bakat adalah konsep amalan untuk berinteraksi dan mengembangkan bakat sejak

dahulu lagi. Ia merupakan gabungan aspek-aspek dalam strategi dan faedah pengurusan sumber manusia; yang menunjukkan sebahagian daripada inisiatif strategi dan inisiatif budaya. ‘Budaya boleh mengatasi Strategi!’ Jadi, bagaimana konsep ini boleh dimasukkan ke dalam suatu perspektif apabila berhadapan dengan tenaga kerja yang kebanyakannya mempunyai pemikiran zaman milenium jika kita tidak seiring dengan perkembangan zaman! Kita perlu memulakannya dengan memahami perkara yang menarik minat orang, pegangan kita sebagai organisasi dan bagaimana kita ingin dikenali dengan cara mengukuhkan komitmen kita terhadap masa, kepakaran dan pelanggan. Inilah yang secara tradisionalnya diterima sebagai KELEBIHAN - memandangkan pembolehubah ini menjadi "keutamaan" dalam pekerjaan dan syarikat; dan untuk memperoleh kejayaan utama – bakat juga semakin tertarik kepada organisasi yang menonjolkan tujuan dan komitmen terhadap etos yang berpandukan nilai.

Secara umumnya, apabila bekerja dengan tujuan disuntikkan ke dalam budaya dan dipamerkan oleh pucuk pemimpin, ia akan diteladani kakitangan. Dan apabila nilai organisasi menjadi selaras dengan nilai individu, para pekerja akan mula menunjukkan kemajuan di tempat kerja dan bersedia untuk

memberikan yang lebih dalam tugasan mereka.

Apakah amalan terbaik untuk meningkatkan peratusan orang yang berjaya di dalam organisasi?

HuMAn DynAMIc adalah sebuah pasukan perunding yang bekerja bersama-sama untuk sentiasa mencipta semula diri melalui kerjasama dengan bakat-bakat dan pemimpin-pemimpin untuk membangunkan budaya kerja yang positif & produktif!

« Memahami calon ketika pengambilan pekerja. Apakah pendorong mereka, apakah pilihan mereka dan apakah yang mereka sanggup perjuangkan adalah petunjuk-petunjuk untuk memahami nilai peribadi mereka.

« Mencari kaedah untuk memperkukuhkan pemikiran gambaran besar pada zaman digitalisasi di mana bekerja secara silo adalah mudah.

« Menjadi kreatif dalam perkembangan produk dan bersikap eksperimental dalam perkembangan manusia: Mengembangkan pendekatan tradisional bagi mencari penyelesaian serta bergerak ke arah reka bentuk pemikiran yang mencipta semula produk, penyelesaian dan perkembangan manusia merupakan usaha yang munasabah.

« Menilai semula matriks tinjauan prestasi untuk memahami apa yang mendorong organisasi secara langsung dan tidak langsung. Adakah prestasi diberi hanya berdasarkan matriks kewangan atau berdasarkan sumbangan?

« Melaksanakan komitmen terhadap kesihatan & kesejahteraan pekerja: Intipati kepada amalan terbaik ini bermaksud tiada gunanya memberikan keahlian gimnasium percuma jika syarikat mengharapkan pekerjanya bekerja lebih masa setiap hari. Pekerja ingin menikmati keseronokan dalam bekerja. Keseronokan ini akan dapat dinikmati apabila keperluan mereka dalam beberapa sektor ditunaikan dan dapat merasai bahawa pekerjaan sebagai sesuatu yang memuaskan kehidupan mereka.

« Mewujudkan mobiliti bakat & perbincangan kerjaya yang menarik untuk mengatasi keletihan dalam perubahan: Mewujudkan peluang yang dinanti-nantikan pekerja. Kemahiran, kecekapan dan minat berkembang dari masa ke masa. Dengan ini, organisasi yang turut berkembang maju akan dapat mengekalkan dan mengasah bakat berbanding organisasi dogmatik terbantut yang akan memendamkan bakat.

« Menyediakan Platform: Lazimnya, motivasi dalaman atau luaran akan mendorong pekerja untuk mengejar cita-cita dan mencapai kejayaan. Organisasi yang dapat memenuhi permintaan ini dengan memberikan pendedahan, menyediakan peluang dan mengiktiraf kemahiran mereka melalui kaedah yang kreatif menghasilkan pekerja yang cemerlang.

Page 4: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencer HaDapanKe Masa

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Jilid 191 – Jun 2020

Mengembangkan Cara Kita Berfikir tentang Pekerjaan- Oleh Rachel Chang

RujuKAn: « https://www.jackcanfield.com/blog/finding-life-purpose/

« https://ideas.ted.com/want-to-discover-or-re-discover-your-sense-of-purpose-at-work-heres-how/

Satu amalan mudah untuk mendapatkan kepuasan dalam bekerja adalah dengan memikirkan semula cara kita berfikir terhadap tugasan seharian. Amalan ini boleh mengubahkan perhubungan kita terhadap pekerjaan.

‘PeKeRjAAAn AdAlAh sesuATu yAng MenjAdiKAn

sesuATu dAlAM hiduP AndA TidAK MusTAhil’.

Sekarang, cuba Selami perkara-perkArA Berikut:

1) Adakah motivasi anda berubah?2) Adakah tahap keseronokan anda berubah?

Bagaimana jika refleksi ini diterapkan ke dalam senarai tugasan yang lain? Luangkan satu hari dan rangka semula tugasan-tugasan ini sebagai satu seruan. Cuba amati bagaimana perubahan-perubahan ini mempengaruhi perspektif anda dan memberi kesan kepada kebahagiaan dan tujuan kehidupan anda.

Bagaimana jika anda merasakan bahawa

Pilih satu tugasan yang telah dijadualkan di dalam

kalendar (menghadiri mesyuarat, menyampaikan

pembentangan, menyunting buletin)

Anggaplah tugasan tersebut sebagai tugasan pertama,

sebagai sebahagian daripada pekerjaan,

kemudiannya sebagai kerjaya dan akhir sekali, sebagai

seruan anda

Catatkan setiap keadaan mental yang dialami

dan tindak balas anda terhadapnya

lAKuKAn sendiRi:

anda tidak mengetahui tujuan anda? Satu amalan terbaik yang pernah dilaporkan oleh pakar adalah dengan memilih satu tempoh masa untuk menguruskannya – mungkin seminggu sahaja. Selami perasaan ketika anda berasa paling mempunyai tujuan dan perkara-perkara berkaitan yang sedang dilakukan pada ketika itu. Cuba teroka perkaitan-perkaitannya. Amati perasaan dan tenaga yang dilahirkan. Apabila sedang berusaha, anda berasa bertenaga dan bukan letih. Perhatikan dan terokai corak dan kategori perkara-perkara yang terlintas dalam refleksi ini.

BAhAgiAn A

Page 5: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Jilid 191 – Jun 2020 RInGKaSSantapan

BACAAn 60 sAAT

Mencari Makna dalam Tugasan harian- Oleh Sharmini Abd Karim

Kajian tinjauan dan penyelidikan telah merumuskan elemen-elemen penting untuk menguruskan persekitaran, di mana perubahan organisasi bersifat

peribadi dan inovasi menjadi proses kemajuan dalam tindakan yang bertujuan oleh para pekerja sendiri.

Ini dapat memberi gambaran yang lebih besar untuk menyelaraskan aspirasi pekerja dengan visi organisasi. Kajian telah mengesahkan bahawa apabila seseorang memahami dan percaya kepada sebab-sebab tindakan yang dilakukan (makan

secara sihat), mereka akan menjadi lebih berdaya tahan dan mempunyai stamina untuk meneruskan tindakan iaitu 'mengapa' kepada tindakan mereka (menurunkan berat badan agar menjadi lebih sihat dan cergas).

MeRaIH KeMenanGan DaLaM SuaTu peRMaInan aDaLaH LeBIH MuDaH apaBILa anDa MenGaMBIL BeRaT TeRHaDap peRMaInan TeRSeBuT!

RujuKAn: « https://www.inc.com/brian-scudamore/4-ways-to-create-a-purpose-driven-culture-your-employees-love.html

« https://leaderonomics.com/business/purpose-driven-organisation

1 2 3 4

Mewujudkan ruang untuk pekerja berhubung dengan pihak pemegang taruh; melalui laman sembang, bercerita dan testimoni.

Menjemput pelanggan untuk memberikan maklum balas mengenai produk / perkhidmatan melalui inisiatif libat urus bersama-sama dengan pekerja. Beri peluang kepada pekerja untuk mendengar / melihat serta mendapatkan maklumat secara langsung tentang impak tugas mereka terhadap

kehidupan pelanggan.

Jadikan amalan! Ambil maklum satu perkara baik yang dilakukan oleh setiap ahli pasukan, ucapkan terima kasih kepada mereka serta jelaskan bagaimana amalan ini telah menjadikan keadaan lebih baik.

Menggalakkan pekerja untuk memikirkan tentang tugasannya serta tujuan tugasan hariannya melalui rangkaian soalan "mengapa".

MEMBANtu PEkErJA MEMAHAMI IMPAk PEkErJAAN MErEkA

MENGAItkAN tuGASAN DENGAN vISI yANG utAMA

MENGurANGkAN kEADAAN tANPA NAMA

MENGHArGAI DAN MEMBErI GANJArAN kEPADA tuGAS yANG DIlAkukAN DENGAN BAIk

« https://www.mckinsey.com/business-functions/organization/our-insights/making-work-meaningful-a-leaders-guide

Page 6: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

peMIMpInMeja

Pemesongan

Jilid 191 – Jun 2020

Peranan Pemimpin dalam Menjadikan Pekerjaan Bermakna

- Oleh Duc Dao

RujuKAn: « https://hbr.org/2017/08/how-to-make-work-more-meaningful-for-your-team

« https://hbr.org/2018/11/9-out-of-10-people-are-willing-to-earn-less-money-to-do-more-meaningful-work

Berjalan di atas jalan dua hala.

Ë APAkAH yANG BolEH DIlAkukAN olEH PEMIMPIN: Gabungkan usaha anda dengan keperluan mereka. Beri peluang untuk mereka menonjolkan diri sepenuhnya melalui tugas yang

dilakukan. Sentiasa berada bersama-sama dan memberi inspirasi kepada

mereka untuk memberikan hasil yang terbaik.

Penemuan ini menyatakan kuasa dan dorongan di sebalik memberikan tugasan

yang bermakna kepada pekerja. Sesungguhnya

pekerja hari ini ingin dicabar, ingin belajar dan

berkembang serta ingin tahu bahawa mereka melakukan suatu

pekerjaan yang bermakna di dalam organisasi mereka.

Menyedari keperluan berkongsi tujuan yang sama untuk transformasi sesebuah organisasi, pemimpin dan pakar bidang

korporat tetap berhadapan dengan cabaran untuk memahami keperluan pekerja dalam usaha meningkatkan keterlibatan dan kesanggupan terhadap pekerjaan yang dilakukan. Beberapa perkara yang perlu diambil maklum oleh pemimpin adalah:

Pekerjaan yang bermakna tidak semestinya menyeronokkan / glamor; ia hanya perlu menjadi bermakna untuk organisasi dan pekerja itu sendiri.

Ë APAkAH yANG BolEH DIlAkukAN olEH PEMIMPIN: Menjalinkan perhubungan untuk memahami apakah yang penting kepada mereka dan bagaimana perkara ini boleh dikaitkan dengan tugasan yang dilaksanakan. Menggalakkan dan menyokong mereka menonjolkan diri, mempamerkan kreativiti agar dapat meningkatkan diri dan mencapai kemajuan.

Melihat pekerja melampaui tugasan yang dilakukan; melihat mereka sebagai diri mereka sendiri.

Ë APAkAH yANG BolEH DIlAkukAN olEH PEMIMPIN: Apakah pengalaman unik yang dapat disumbangkan kepada organisasi yang juga dapat membantu diri anda menjadi lebih baik?

(90%)9 daripada 10

PEkErJA SANGGuP MElEPASkAN SEBAHAGIAN DArIPADA

PENDAPAtAN SEuMur HIDuP DEMI MENDAPAtkAN PEkErJAAN

yANG lEBIH BErMAkNA (LaPoran BetterUP

Meaning and PUrPose, 2018)

Page 7: O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · kerja; seseorang individu perlu mempunyai minat dalam pekerjaannya yang akan mendorong kepuasan kerja serta menjadi

Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Jilid 191 – Jun 2020

papaRanUlasan Buku

BuKu : Ikigai – The japanese Secret to a Long and Happy Life PengARAng: Hector Garcia dan Francesc Miralles PenTeRjeMAh: Heather Cleary TAhun PeneRBiTAn: 2017 PeneRBiT: penguin Random House uK

Apabila semuanya bermula daripada ekonomi dunia sehinggalah kepada tenggelamnya semangat seseorang individu sepanjang tempoh COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya; terdapat satu preskripsi Jepun Ikigai yang saya perolehi dan mendapat ketenangan daripadanya.

Ikigai bermaksud kesedaran tentang apa yang diharapkan untuk mencipta konsep "tujuan untuk hidup" atau idea untuk mempunyai tujuan dalam kehidupan. Walaupun Ikigai adalah satu proses yang perlahan di Jepun dan selalunya tiada perkaitan dengan pendapatan atau pekerjaan; pakar-pakar mengesyorkan Ikigai bermula dengan dengan menjawab empat soalan penting:ê Apakah yang anda suka?ê Apakah yang anda mahir?ê Apakah yang dunia ini perlukan

daripada anda?

yang mudah dan berkesan untuk kehidupan yang berterusan, bahagia dan bermakna.

u kekal aktif; jangan bersara.v Memperlahankan kehidupan.w Jangan terlalu kenyang.x Berdampinglah dengan kawan-

kawan yang baik.y Bersiap untuk sambutan hari

lahir yang akan datang.z Senyum.{ Berhubung semula dengan

alam semulajadi.| Berikan ucapan terima kasih.} Hidup dalam waktu semasa.~ ikut ikigai anda.

10 PeRATuRAn iKigAi:

ikigai – The japanese secret to a long and happy life- Oleh Prachee Phule

««««

ê Apa yang membolehkan anda mendapat bayaran?

Usaha mencari jawapan dan keseimbangan keempat-empat bidang ini boleh menjadi panduan ke arah Ikigai bagi mereka yang ingin mentafsirkan falsafahnya.

Ikigai dikatakan terletak di persimpangan empat parameter kritikal - minat, profesion, pekerjaan dan misi. Ia menyalurkan tenaga - kreatif, mental, fizikal, rohani - ke arah tujuan anda. Dengan itu, anda harus mengetahui ‘apa yang anda’ ingin ‘lakukan’ dalam kehidupan.

Cara buku ini menyedarkan pembaca tentang tenaga dalaman yang membantu memperbaharui tujuan semua perkara yang dilakukan amat mengagumkan. Agak mudah juga untuk mengaitkan konsep-konsep disiplin, rutin, keberanian dan semangat untuk hidup sepanjang tempoh yang mengecewakan dan sedang diperjuangkan oleh semua.

Buku ini memperkenalkan konsep-konsep seperti zon Blues, Logoterapi, Aliran, Tai Chi dan umur yang panjang. Tujuan penulis buku ini adalah untuk berkongsi petua

SEMANGATMISI

KERJAYAPROFESIO

N

apa yang anda suka?

apa yang dunia ini

perlukan?

apa yang anda

mahir?

apa yang membolehkan

anda mendapat bayaran?

I k I G A I

Pembelajaran daripada buku ini dapat disimpulkan dalam senarai yang berikut:

Selain daripada kesemua peraturan ini, saya ingin mengaitkan dengan “memperlahankan kehidupan’ memandangkan kata-kata “Kehidupan yang tergesa-gesa adalah berkadar songsang dengan kualiti hidup.” Bak kata pepatah lama, 'Berjalanlah perlahan-lahan dan anda akan pergi jauh.' Apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang mendesak, kehidupan dan masa akan memberi makna yang baharu.

Buku ini menunjukkan perubahan-perubahan kecil yang boleh memberi keseronokan dan makna dalam semua perkara yang dilakukan. Ikigai mengikut arah hati dan membimbing anda. Ikigai juga boleh menjadi aliran mikro, di mana anda boleh terus menikmati tugas dan rutin harian (peribadi dan profesional) seperti mencuci pinggan, menulis laporan dan lain - lain.