nurulhuda (1)

Upload: fiqri-fauwaz

Post on 12-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    1/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 1

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    1

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    2/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 2

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    2

    Buku Ini Adalah Halal Cetak Rompak!!

    Anda Boleh Menyebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja Yang Anda

    Kehendaki Secara Percuma. Dengan Syarat,Anda Tidak Boleh Mengubah

    Sebarang Kandungan Di Dalam Buku Ini.

    Sebarang Peniruan Dari Segi Konsep, Jalan Cerita Dan Kandungan Untuk Tujuan

    Penulisan Ebook Lain Yang Seumpama Ini Adalah Di Larang Sama Sekali.

    Ingatlah, Mencari Rezeki Perlu Ada Keberkatannya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    3/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 3

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    3

    SENARAI KANDUNGAN

    SENARAI KANDUNGAN ................................................................................................................................. 3

    CATATAN PENGARANG ................................................................................................................................. 5

    BAB 1 : BERNIAGA DI USIA MUDA .............................................................................................................. 10

    BAB 2 : TUNJUK AJARKU SIFU ..................................................................................................................... 13

    BAB 3 : KURSUS AMP BEST!! ....................................................................................................................... 15

    BAB 4: PULAU ALASAN ................................................................................................................................ 20

    BAB 5 : KELUAR PAGI BALIK PETANG, DAPAT GAJI BAYAR HUTANG .......................................................... 22

    BAB 6 : ADUH!! STRESSNYA KERJA!! ........................................................................................................... 24

    BAB 7 : FOR THINGS TO CHANGE, YOU MUST CHANGE FIRST .................................................................... 25

    BAB 8 : MAHU TAPI TAK MAMPU!! ............................................................................................................. 27

    BAB 9 : M.E.S.T.I BERJAYA!! ........................................................................................................................ 33

    BAB 10 : BISNES LEBIH MUDAH KALAU TAHU CARANYA ............................................................................ 37

    BAB 11 : CINTA MULA BERPUTIK ................................................................................................................ 39

    BAB 11 : YA ALLAH, BERIKAN YANG TERBAIK UNTUKKU......................................................................... 42

    BAB 12 : BELAJAR BISNES DARI BAWAH ..................................................................................................... 51

    BAB 13 : SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK!!! .............................................................................................. 53

    BAB 14 : IMPIAN BEKERJA DARI RUMAH .................................................................................................... 62

    BAB 15 : BISNES BERKEMBANG, PELANGGAN BERTAMBAH ...................................................................... 64

    BAB 16 : OUT OF COMFORT ZONE........................................................................................................... 65

    BAB 17 : MIA DAH BERUBAH!! .................................................................................................................... 69

    BAB 18 : MENUJU PUNCAK ......................................................................................................................... 72

    BAB 19 : ISTIKHARAH ................................................................................................................................ 79

    BAB 20 : SORRY BOSS! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA! ......................................................................... 83

    BAB 21 : W.A.H.M (Working At Home Mum) ............................................................................................. 87

    BAB 22 : MODAL BERNIAGASUCI SEKEPING HATI................................................................................. 97

    BAB 23 : MENGAPA MIA SUKA BUAT BISNES ONLINE? ............................................................................ 103

    BAB 24 : MIA YANG DULU, BUKAN MIA YANG SEKARANG.................................................................... 112

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    4/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 4

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    4

    BAB 25 : SEMINAR MAGNET REZEKI & NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING .......................................... 118

    BAB 26 : SEMINAR ONLINE & OFFLINE MARKETING GENIUS (OMG) ....................................................... 120

    BAB 27 : ANUGERAH TERINDAH ............................................................................................................ 122

    BAB 28 : USA !!! KAMI DATANG ....... ........................................................................................................ 126

    BAB 29 : TESTIMONI KEJAYAAN GROUP JUTAWAN .................................................................................. 128

    BAB 30 : TESTIMONI KEJAYAAN AHLI KUMPULAN KAMI .......................................................................... 131

    BAB 31 : NASIHAT BUAT ANDA YANG MAHU BERNIAGA ......................................................................... 143

    BAB 32 : BUNTU BISNES APA YANG MAHU DIJALANKAN? ....................................................................... 146

    BAB 33 : NASIHAT TERAKHIR DARI SAYA .................................................................................................. 148

    BAB 34 : BAGAIMANA SAYA BOLEH BERTINDAK? ..................................................................................... 149

    BAB 35 : PENUTUP .................................................................................................................................... 151BAB 36 : FREQUENTLY ASKED QUESTIONS: .............................................................................................. 152

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    5/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 5

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    5

    CATATAN PENGARANG

    Assalamualaikum,

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmat Nya,

    saya berjaya juga menyiapkan ebook ini, Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti

    Kerja. Ia juga sebuah ebook yang menceritakan Kisah Benar!!! Kejayaan Peserta

    Program Dr Azizan Osman yang berjaya dalam bisnes online.

    Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis

    ebook ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini.

    Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada saya

    dan isteri dalam perniagaan mereka.

    Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat

    membantu dan memberi inspirasi kepada anak bangsa saya di luar sana, yang

    masih berkerja tetapi mempunyai impian untuk menceburi bidang perniagaan.

    Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk

    berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya dan isteri saya

    lalui sepanjang kami menjalankan perniagaan ini.

    Apa yang tertulis dalam buku ini adalah dari sudut pandangan seorang suami

    terhadap seorang isteri yang mahu menjalankan perniagaan sebagai pendapatan

    sampingan.

    Kisah bagaimana saya memulakan perniagaan dan kemudiannya saya membantu

    isteri saya, Mia untuk menceburi bidang perniagaan.

    Untuk makluman anda, saya dahulu merupakan seorangEngineerdi sebuah kilang

    di utara Malaysia. Saya berhenti kerja pada usia 24 tahun untuk menceburi bidang

    perniagaan.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    6/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 6

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    6

    Isteri saya juga merupakan seorang Engineer, tetapi pada mulanya beliau sangat

    selesa dengan kerjanya. Beliau tidak berminat langsung untuk berniaga.

    Sehinggalah pada suatu hari, isteri saya terdetik untuk menjalankan perniagaansendiri selepas sekian lama saya mencuci otaknya.

    Isteri saya Mia Farida sebenarnya sama seperti kebanyakan orang lain. Selesa

    dengan hidup biasa-biasadan tidak mahu hidup luar biasa. Di dalam mindanya

    telah terpahat bahawa dia mesti kerja makan gaji, pendapatan yang terjamin,

    Dulu, Kini Dan Selamanya.

    Saya tidak menyalahkan beliau dalam hal ini. Beliau sebenarnya sudah terpengaruh

    dengan kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia bahawa mereka mesti bekerjauntuk memperoleh wang. Bisnes bukanlah sesuatu yang sesuai untuk mereka yang

    berkulit coklat ini.

    Di dalam buku ini, saya berkongsi beberapa kesilapan yang pernah saya lakukan

    yang menyebabkan saya kurang berjaya pada peringkat awal saya menjalankan

    bisnes. Kegagalan inilah yang mengajar saya untuk tidak melakukan kesilapan

    yang sama selepas itu.

    Saya kisahkan juga di dalam buku ini bagaimana isteri saya terdetik mahu

    melakukan perniagaan. Dan saya juga menceritakan betapa mudahnya isteri saya

    buat bisnes selepas mempunyai teknik menjalankan perniagaan yang betul.

    Isteri saya memulakan perniagaan dalam keadaan beliau mempunyai mentor, ilmu,

    sistem, tindakan dan impian yang betul. Apabila semua ini ditekankan dalam

    perniagaan, In Shaa Allah apa jua bentuk perniagaan yang kita jalankan akan

    berjaya dengan lebih mudah.

    Melalui ebook ini juga, saya akan fahamkan anda bahawa jika kita menggunakan

    teknik perniagaan yang betul, pelanggan yang akan datang mencari kira. Kita tidak

    perlu mencari pelanggan. Apa yang lebih best, isteri saya menjalankan perniagaan

    dengan mengeluarkan kos pemasaran yang sangat minimum. Boleh dikatakan,

    hampir Zero Cost Marketing.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    7/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 7

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    7

    In Shaa Allah, anda akan dihidangkan dengan sebuah kisah kejayaan yang penuh

    dengan cabaran yang dihadapi oleh isteri saya. Sebuah kisah motivasi yang penuh

    inspirasi.

    Bagaimana isteri saya mencapai impiannya untuk bekerja dan menjalankan bisnes

    online dari rumah, melihat anak-anak membesar sendiri di hadapan mata, dan

    menjana pendapatan yang lumayan.

    Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana isteri saya

    menjalankan perniagaan menurut perspektif yang diajar oleh Islam. Mungkin tidak

    tepat sepenuhnya, tetapi kami telah mencuba sebaik mungkin untuk mengikuti apa

    yang ajaran Islam sarankan.

    Saya rasa, pengalaman kami yang tidak seberapa ini perlu diabadikan di dalam

    ebook ini agar anda semua dapat mengetahui bahawa perniagaan bukanlah

    sesuatu yang sukar untuk dilakukan, jika kita tahu cara yang betul.

    Kejayaan memang perlu dibayar dengan harga yang mahal, dan ia tidak

    semestinya mahal dari segi wang ringgit sahaja. Anda perlu bersedia untuk

    berkorban masa, berkorban tenaga dan segala-galanya. Itulah harga yang perlu

    dibayar untuk berjaya.

    Banyak usaha yang perlu dilakukan. Ia memerlukan kekuatan dari dalam diri sendiri

    untuk berjaya. Tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai. Semua orang boleh berjaya

    jika tahu caranya.

    Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang

    membaca buku ini akan menjadi seorang usahawan yang berjaya, yang dihormati,

    yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang usahawan yang bertakwa.

    Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

    Bak kata Sifu Bisnes kami, Dr Azizan Osman:-

    Jika anda ingin kaya & berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya & berjaya kerana

    mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    8/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 8

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    8

    lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan

    material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.

    Binalah kekayaan dan kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah,berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai

    orang.

    Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat, melalui kekayaan

    tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit

    itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih

    hidup serta amalan berpanjangan. -Dr Azizan Osman-

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

    "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."

    (Riwayat al-Baihaqi)

    Apabila anda membaca ebook ini, pastikan anda membaca sehingga ke muka surat

    yang terakhir. Ini kerana saya memberikan pelbagai tips dan nasihat perniagaan

    untuk anda di dalam ebook ini.

    Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Sayadoakan anda semua menjadi Jutawan Bertakwa yang berjaya di dunia dan berjaya

    di akhirat.

    Wassalam.

    Mohd Farid

    Perjalanan cerita dalam Ebook ini adalah kisah benar. Ia pengalaman hidup

    sepasang suami isteri yang berjuang untuk mengubah kehidupan mereka

    daripada hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.

    Semua nama dalam Ebook ini adalah nama samaran. Ia bagi menjaga

    privacy mereka yang terlibat dalam kisah ini. Harap maklum.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    9/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 9

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    9

    AKU TERJUN KE

    DUNIA BISNES

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    10/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 10

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    10

    BAB 1 : BERNIAGA DI USIA MUDA

    Saya Mohd Farid, ini kisah ringkas perjalanan bisnes saya.

    Selepas berjaya menggengam segulung ijazah First Class Honours dalam bidang

    Mechanical Engineering di luar negara pada tahun 2003. Kemudian, saya pulang

    ke Malaysia.

    Waktu itu saya berusia 22 tahun.

    Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk bekerja sebagai seorang Process Engineerdi

    salah sebuah kilang di Kulim, Kedah.

    Gaji permulaan saya sebagai Engineer adalah RM2,600 sahaja.

    Saya bekerja di situ selama setahun sembilan bulan sahaja. Pada Julai 2005, saya

    berhenti kerja untuk memulakan perniagaan ternakan ayam daging di Perak.

    Ternakan Ayam Daging

    Bagi memulakan perniagaan ternakan ayam daging ini, saya telah mengeluarkan

    modal yang amat besar. Saya terpaksa membuat pinjaman daripada pihak bank

    bernilai ratusan ribu ringgit. Malah saya terpaksa meminjam daripada ibu bapa

    saya juga.

    Secara keseluruhannya, modal permulaan saya berjumlah lebih dari RM300,000.

    Ya, melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu.

    Bukan mudah untuk seorang anak muda berusia 24 tahun, yang tiada pengalaman

    berniaga untuk menguruskan perniagaan sebesar ini.

    Ternyata, permulaan perniagaan saya ini ibarat mimpi ngeri dalam hidup saya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    11/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 11

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    11

    Projek Ternakan Ayam Skala Sederhana Pada 2005

    Pengalaman Ngeri Dalam Kehidupan

    Saya memulakan perniagaan dengan langkah kiri. Ini kerana, saya tidak memenuhi

    syarat-syarat untuk berniaga.

    Semasa memulakan perniagaan ini, saya tiada mentor. Saya tiada ilmu. Saya tiada

    sistem. Saya tidak bertindak dengan betul. Cumanya saya hanya mempunyai

    impian yang besar. Iaitu saya mahu menjadi KAYA.

    Rupa rupanya saya silap. Impian yang besar sahaja tidak cukup untuk menjadikan

    saya seorang yang kaya dan berjaya.

    Saya lebih ke arah, Hentam sajalah.

    Pada waktu itu, saya sangkakan kalau nak buat bisnes mesti perlu modal yang

    besar. Mesti perlu ada sesuatu untuk ditunjukkan. Mesti ada kedai atau kilang.

    Itu baru nampak macam buat bisnes.

    Itu salah satu kesilapan saya pada waktu itu.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    12/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 12

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    12

    Saya memilih perniagaan yang memerlukan modal yang besar, risiko yang besar,

    kerja yang susah dan keuntungan yang biasa-biasa sahaja.

    Saya sepatutnya memulakan perniagaan dengan satu bisnes yang memerlukanmodal yang kecil, risiko yang kecil, kerja yang mudah tetapi untung yang besar.

    Tapi apakan daya, saya seperti orang lain juga. Melakukan kesilapan dalam

    kehidupan.

    Mimpi Ngeri Bermula

    Semasa saya menjalankan perniagaan ternakan ayam. Terus terang saya katakan,

    saya tidak mempunyai mentor, ilmu dan sistem yang betul.

    Kesannya, saya hanya membunuhdiri saya sendiri dalam perniagaan.

    Perniagaan ayam saya mengalami banyak masalah. Ayam tidak membesar seperti

    yang sepatutnya. Makan banyak, tapi tak berat.

    Allahuakbar. Ia menjadi cabaran buat saya. Pada tahun pertama, pernah sekali,

    saya rugi sekitar RM25,000. Pada waktu yang lain pula, sekali lagi saya rugi

    RM15,000.

    Pada waktu itu, keuntungan saya biasa-biasa sahaja. Bukanlah sesuatu yang dapat

    membanggakan saya. Nak bayar duit bank pun tak lepas.

    Pengalaman paling menyayat hati saya adalah apabila pihak bank menelefon saya,

    Encik Farid, pinjaman encik dah tertunggak 4 bulan ni. Kalau boleh, saya minta

    encik datang bayar segera ya.

    Allah Allah. Pedihnya hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu.

    Keadaan seperti ini berlarutan selama 2 tahun. Sehinggalah satu hari Allah

    hantarkan sesuatuyang telah mengubah kehidupan saya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    13/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 13

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    13

    BAB 2 : TUNJUK AJARKU SIFU

    Saya bertemu dengan staf Syarikat Integrator ayam saya, saya minta mereka

    tunjukkan saya siapa penternak ayam terhebat di utara. Saya mahu belajar

    daripada penternak itu.

    Mengapalah selama dua tahun saya buat bisnes, langsung tak terlintas di hati saya

    untuk belajar cara menternak ayam daripada mentor yang hebat?

    Mengapa saya perlu langgar dinding sendiri dengan menternak ayam

    menggunakan kaedah sendiri?

    Kenapa saya tak terfikir untuk menggunakan kaedah short cut? Iaitu belajar

    daripada mereka yang sudah terbukti berjaya.

    Menurut staf syarikat ayam ini, penternak ini memperoleh keuntungan ayam

    secara konsisten setiap pusingan.

    Ternyata, saya berjumpa dengan orang yang tepat. Beliau berkongsi pengalaman

    dengan saya mengenai ilmu dan sistem ternakan ayam yang betul dan sudah

    terbukti berkesan.

    Pulang dari pertemuan dengan beliau, saya mula mengamalkan semua ilmu yang

    sudah diajar oleh beliau.

    Ternyata, pertemuan saya dengan beliau selama tiga jam telah mengubah sistem

    bisnes saya. Mengubah keuntungan yang saya peroleh dan seterusnya mengubah

    kehidupan saya.

    Selepas melalui tempoh yang perit dalam bisnes selama dua tahun, bisnes saya

    mula memberi pulangan yang amat memberangsangkan.

    Syukur Alhamdulillah.

    Akhirnya saya tersedar, rupa-rupanya, Allah mahu mendidik saya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    14/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 14

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    14

    Kalau mahu berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan, saya perlu mencari

    mentor yang betul. Belajar sebanyak mungkin ilmu dan sistem daripada beliau.

    Buatlah apa yang beliau telah lakukan dan In Shaa Allah, saya akan dapat hasil yangsama seperti beliau.

    Itu yang saya belajar. Untuk berjaya dalam perniagaan, saya perlu belajar daripada

    mereka yang sudah terbukti berjaya. Itulah syarat mudah untuk berjaya

    sebenarnya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    15/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 15

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    15

    BAB 3 : KURSUS AMP BEST!!

    Pada suatu hari, saya bertemu dengan sahabat baik saya, Saufi.

    Farid, aku rasa hang perlu pi kursus Dr Azizan Osman la. Hang pi Kursus Advanced

    Marketing Power (AMP) yang dia anjurkan. Banyak ilmu marketing yang hang akan

    belajar di situ. Aku dah pernah pi. Memang bagus,Saufi memberi tahu saya.

    Betul ka, kat mana dia buat kursus tu? Berapa bayaran dia? saya bertanya

    kepada Saufi.

    Dia buat di KL. Bayaran dia RM997 seorang, Saufi membalas.

    Hang gila ka? Takkan hang nak suruh aku pi kursus sampai RM997. Mahal tu,

    saya berbalah dengan beliau.

    Hang pi sajalah, lepas balik nanti hang bagi tau aku, betul tak apa yang aku

    cakapkan ni, Saufi menjelaskan kepada saya.

    Advance Marketing Power (AMP) 2012 Mengubah Mentaliti Saya Mengenai

    Bisnes

    Disebabkan Saufi adalah kawan baik saya, maka saya percayakan beliau.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    16/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 16

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    16

    Dengan hati yang agak berat, saya pun mengeluarkan wang RM997 untuk

    mendaftar program itu. Saya cuma berharap, semoga saya dapat belajar sesuatu

    yang dapat memberi manfaat kepada saya di dunia dan di akhirat.

    Kursus AMP ini diadakan pada bulan Jun 2012 bertempat di WISMA MCA, Jalan

    Ampang Kuala Lumpur. Ia berlangsung selama 3 hari.

    Baru Ku Tahu

    Subhanallah. Masya Allah.

    Terlalu banyak ilmu perniagaan yang saya belajar di situ.

    Sebelum ini, saya rasa saya dah cukup bagus. Maklumlah, saya dah buat bisnes

    hampir 5 tahun. Dah banyak garam yang saya rasa.

    Tetapi, selepas saya menghadiri kursus AMP ini, baru saya sedar yang saya ini masih

    terlalu jahil dalam bidang perniagaan. Banyak lagi yang saya tak tahu. Banyak lagi

    yang saya perlu pelajari.

    Apa yang saya rasa paling best daripada kursus ini adalah saya belajar lebih dari

    400 strategi pemasaran yang terbukti berkesan. Saya berjumpa dengan mereka

    yang sudah berjaya dalam perniagaan.

    Satu perkara yang saya belajar daripada mereka, Mereka berjaya dengan cepat

    kerana mereka mempunyai Mentor, Ilmu, Sistem yang betul disertai dengan

    Tindakanyang hebat dan Impian yang besar.

    Sebab itu mereka dapat berjaya dengan mudah.

    Pulang dari kursus itu, saya jadi tak keruan.

    Saya cuba amalkan ilmu yang saya belajar dari kelas itu. Subhanallah. Ternyata, ia

    amat berkesan.

    Dahulu, saya mempunyai masalah untuk menjual baja tahi ayam saya. Saya sukar

    mencari pelanggan.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    17/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 17

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    17

    Tetapi, selepas saya mengamalkan ilmu yang saya belajar dari kelas tersebut, baja

    tahi ayam saya semuanya sold out dengan cepat. Tempahan kini melebihi

    daripada stok yang saya ada.

    Bila Ilmu Dah Ada, Senanglah Jadinya

    Selepas mengamalkan beberapa tips yang diberikan oleh Dr Azizan Osman, saya

    merasakan alangkah seronoknya kalau saya dapat mengembangkan lagi bisnes

    saya.

    Saya rasa macam saya nak buat bisnes lain selain daripada ternakan ayam. Tetapi,

    saya ada masalah besar.

    Masalah saya, perniagaan ayam sudah mengeluarkan modal yang tersangat besar

    dan saya tak boleh berhenti begitu saja.

    Lagi pun, masih banyak hutang bank yang perlu saya jelaskan. Saya tak boleh

    berhenti menternak ayam.

    Tapi, saya tak boleh nak buat bisnes lain selain daripada ternakan ayam. Ini kerana,

    bisnes ternakan ayam saya ini memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada

    saya.

    Saya takut, kalau saya buat bisnes lain selain daripada ayam. Saya tak dapat fokus

    dengan ternakan ayam saya.

    Fuhhhhhh

    Saya rasa kecewa, saya ada banyak sangat ilmu marketing. Tapi saya tak mampu

    nak menggunakannya.

    Saya merasakan, jika saya tidak menggunakan ilmu-ilmu yang dipelajari dari kelas

    Dr Azizan ini, lama-kelamaan saya akan lupa.

    Sia-sialah saya pergi kursus 3 hari, bayar RM997 dan tidak memberi manfaat

    kepada sesiapa.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    18/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 18

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    18

    Puas saya berfikir, apa cara terbaik untuk saya gunakan semua ilmu-ilmu saya ini.

    Akhirnya, Allah memberi ilham kepada saya.

    Saya mahu Mia sahaja yang buat bisnes untuk tambah side-income dia. Saya yangakan coachbeliau secara personal. Saya yakin, dengan ilmu yang saya ada. In Shaa

    Allah, saya dapat membimbing Mia untuk berjaya dalam perniagaannya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    19/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 19

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    19

    ISTERIKU SAYANG, JOM KITA

    BUAT BISNES!!

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    20/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 20

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    20

    BAB 4: PULAU ALASAN

    Walaupun saya mahu Mia buat bisnes, tapi ada beberapa masalah yang ada dalam

    diri Mia yang saya takut akan menyebabkan Mia gagal dalam perniagaan.

    Apa yang saya perhatikan, ramai dikalangan anak bangsa saya yang suka memberi

    alasan untuk tidak membuat sesuatu perkara.

    Masalah ini sebenarnya masalah umum. Ramai orang mempunyai masalah yang

    sama. Iaitu SUKA MEMBERI ALASAN. Mereka yang suka memberi alasan inilah

    yang tergolong dalam mereka yang tinggal di Pulau Alasan.

    Masalah ini sedikit sebanyak ada dalam diri Mia. Pulau Alasan Mia agak besar.

    Ini tak boleh. Ini tak boleh. Itu susah. Ini susah.

    Malulah. Seganlah.

    Tak yakinlah. Nantilah.

    Takde masa, sibuklah. Dengan kerja lagi, dengan anak-anak kecik lagi.

    Nanti kalau buat bisnes tak jadi macam mana?

    Ada ke orang nak beli nanti?

    Kan bisnes ni dah ramai orang buat. Kalau market tepu nanti macam mana?

    Saya beritahu Mia, kalau nak jadi usahawan, kena belajar untuk tidak memberi

    alasan-alasan remeh macam di atas ni. Jangan terlalu fikir perkara yang belum

    terjadi.

    Apabila bersembang dengan ramai orang, saya boleh tahu perwatakan seseorang

    berdasarkan cara dia bercakap. Jika seseorang itu suka memberi alasan, biasanya

    dia tidak boleh pergi jauh dalam apa juga perkara yang dia lakukan.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    21/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 21

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    21

    Walaupun saya selalu memberi motivasi kepada Mia, adakalanya saya selalulah

    juga 'bakar'atau 'perli'Mia.

    "Takpelah. Sayang tak perlulah buat bisnes. Sayangkan dah 'selesa'. Nak buatmacam mana. Sayang suka, pagi-pagi drive sejam lebih pergi tempat kerja. Kerja

    ikut office hour. Lepas tu balik pulak lagi sejam nak kena drive. Cukup bulan dapat

    gaji. Lepas tu bayar hutang. Selesalah 'sangat'," saya memerli Mia.

    Saya sengaja nak bakarsemangat Mia.

    Ketika Mia nak bersalam dengan saya sebelum pergi kerja. Adakalanya, saya

    katakan kepadanya.

    "Allah Allah.. Nak buat macam mana. Bukan abang tak mau pi kerja. Abang

    'terpaksa rehat di rumah'. Sebab ada orang sedang bekerja untuk abang sekarang

    ni. Tak palah. Sayang pi lah kerja.

    Arghhhh..... Rasanya 'stress'Mia apabila dengar saya perli.

    Nak buat macam mana, ada kalanya saya perlu juga perliselepas beberapa kali

    beri motivasi. Ini semua sengaja saya lakukan untuk nak bakar semangat Mia

    untuk berubah.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    22/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 22

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    22

    BAB 5 : KELUAR PAGI BALIK PETANG,

    DAPAT GAJI BAYAR HUTANG

    Mak Mia merupakan seorang pakar membuat kuih di Kuala Lumpur. Beliau

    merupakan seorang usahawan yang gigih dan tersangat rajin. Apabila balik ke Kuala

    Lumpur, saya berasa kagum dengan kegigihan beliau menjalankan perniagaannya.

    Ayah Mia pula merupakan seorang pesara tentera. Dari muda sehinggalah beliau

    pencen, beliau langsung tidak pernah berbisnes. Pada pandangan saya, beliau agak

    takutdengan bisnes.

    Suatu hari, ketika saya pulang ke Kuala Lumpur, bapa mertua saya memberikan

    satu keratan akhbar yang memberikan mesej bahawa seseorang isteri tidak patut

    berhenti kerja dalam apa jua keadaan.

    Artikel itu menyatakan, seseorang isteri itu perlu terus bekerja kerana kerja tetap

    memberi jaminan dalam kehidupan agar tidak perlu berharap kepada suami

    sahaja. Dan jika ada apa-apa perkara berlaku dalam rumahtangga, isteri itu masih

    boleh berdikari. Itu mesej yang cuba disampaikan dalam artikel itu.

    Mendalam maksud yang cuba beliau sampaikan kepada saya. Saya faham

    maksudnya, Jangan Suruh Mia Berhenti Kerja.

    Ini menunjukkan bapa mertua saya mahu memberi teguran kepada saya secara

    indirectagar saya faham dalam apa jua keadaan, pastikan Mia terus bekerja dan

    tidak berhenti kerja.

    Inilah salah satu faktor mengapa Mia langsung tidak pernah berniaga hatta menjual

    sebatang pen sekali pun. Mentaliti Mia, sama macam kebanyakan mentalitimasyarakat Melayu di Malaysia.

    Kalau nak hidup senang, mesti kerja makan gaji.

    Senang? Senanglah sangat.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    23/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 23

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    23

    Bagi saya, tak salah kerja makan gaji. In fact, bagus. Setiap hujung bulan, kita akan

    memperoleh pendapatan yang tetap.

    Tapi, apa salahnya kita buat sesuatu yang lebih baik untuk memberi kehidupanyang lebih baik untuk kita. Iaitu berniaga secarapart-time.

    Berniaga apa yang saya maksudkan? Apa apa sahaja, asalkan halal dan kita buat

    dengan cara yang betul. In Shaa Allah, kita akan berjaya.

    Mia Berkahwin Dengan Seorang Usahawan

    Bagi saya, Mia perlu bersyukur kerana dia berkahwin dengan saya yang merupakan

    seorang usahawan. Mia beruntung kerana saya ada di sisi beliau untuk membantu

    dan membimbingnya dalam perniagaan yang ingin beliau jalankan.

    Walau bagaimana pun, sejak dari awal perkahwinan. Mia langsung tak pernah

    terfikir nak buat bisnes. Apa yang Mia fikirkan, dia mesti kerja makan gaji.

    Maklumlah, ini yang diset dalam pemikirannya sejak dahulu lagi.Nak buat macam

    mana, saya tak boleh salahkan Mia dalam hal ini.

    Sepanjang tempoh perkahwinan kami, ada beberapa kali saya mencadangkan Mia

    untuk buat bisnes. Tetapi, Mia macam agak reluctant. Dia lebih selesa kerja

    makan gaji.

    Selesa? Selesalah sangat!!!

    Kerjapagi balik petang, dapat gaji bayar hutang

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    24/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 24

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    24

    BAB 6 : ADUH!! STRESSNYA KERJA!!

    Kami pulang dari menunaikan haji pada tahun Nov 2011. Alhamdulillah, sebulan

    selepas itu, Allah memberikan rezeki kepada kami. Mia mengandung anak yang

    kedua.

    Sejak mengandung, Mia mula rasa stressuntuk pergi ke tempat kerja.

    Masakan tidak, Mia terpaksa memandu sejauh 40 km dari rumah ke office yang

    mengambil masa 1 jam 15 minit pergi dan 1 jam 15 minit pulang.

    Setiap hari, Mia meluangkanmasa sekitar 2 jam setengah memandu kereta.

    Tidak dapat tidak, Mia keletihan setiap hari.

    Setiap pagi, Mia perlu keluar dari rumah sekitar jam 6.45 pagi dan hanya sampai

    pulang ke rumah hampir jam 7 malam.

    Ini belum dicampur dengan stressdi tempat kerja yang Mia terpaksa tanggung.

    Kerja yang banyak. Kenaikan gaji yang sedikit. Tak dapat naik pangkat. Cuti yang

    terhad dan pelbagai masalah lain lagi di tempat kerja.

    Ini menyebabkan Mia selalu tensionapabila pulang ke rumah. Sayalah yang selalu

    mendengar luahan hati beliau yang menceritakan pelbagai masalah di tempat kerja

    yang terpaksa beliau lalui.

    Setiap kali balik kerja, ada saja cerita baru yang dibawanya dari kilang ke rumah.

    Kasihan Mia, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantunya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    25/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 25

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    25

    BAB 7 : FOR THINGS TO CHANGE, YOU

    MUST CHANGE FIRST

    Saya mencadangkan kepada Mia untuk buat bisnes. Buatlah sebarang bisnes. Apa

    yang penting, saya rasa Mia perlu belajar buat sesuatu di luar kebiasaan yang beliau

    buat.

    For things to change, you must change first

    Namun pada peringkat awal, Mia masih kurang berminat dengan cadangan itu.

    Maklumlah, Mia dah selesa dapat gaji hampir RM5000 setiap hujung bulan. Kenapaperlu bersusah payah nak buat bisnes?

    Mia pernah kata pada saya, Lecehlah bang buat bisnes, nanti nak kena jumpa

    customer lah, nak kena packing and pos barang lah, tak minat

    Hmm..Itulah Mia pada waktu itu. Seorang yang tinggal di PULAU ALASAN.

    Tapi saya tak berputus asa. Saya cuba memberikan motivasi yang terbaik kepada

    Mia untuk beliau melakukan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupannya.

    Perniagaan Mesti Dimulakan

    Selepas pulang dari Kursus Advanced Marketing Power pada May 2012 anjuran Dr

    Azizan Osman, perasaan saya untuk buat satu bisnes yang baru semakin membara.

    Malangnya, saya tak mampu nak buat bisnes lain sebab saya sangat sibuk.

    Bayangkan, dengan ilmu yang saya pelajari di kursus itu, saya boleh selesaikan

    masalah baja tahi ayam saya. Sebelum itu, saya menghadapi kesukaran untuk

    mencari pembeli baja tahi ayam yang saya keluarkan.

    Tetapi, dengan ilmu yang saya pelajari di sana dan saya amalkan, stok baja tahi

    ayam sentiasa tak mencukupi.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    26/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 26

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    26

    Saya betul-betul tiada pilihan, saya mesti memaksaMia untuk menceburi bidang

    bisnes.

    Kalau boleh, saya nak Mia buat bisnes yang memerlukan modal yang kecil, risikoyang kecil, kerja yang mudah tetapi memberi pulangan yang besar.

    Pada waktu itu, saya rasa saya perlu membuktikan sesuatu kepada masyarakat

    bahawa buat bisnes ini mudah kalau kita ada mentor, ilmu, sistem, tindakan dan

    impian yang betul.

    Siapa kata nak buat bisnes perlu MODALyang besar?

    Siapa kata nak buat bisnes perlu ada KEDAIyang besar?

    Siapa kata nak buat bisnes perlu ada PEKERJAyang ramai?

    Ini semua mentaliti yang SALAHdalam perniagaan.

    Masalahnya, inilah yang telah dipasakdalam otak kita sejak kita dari kecil lagi.

    Otak kita telah tersalah programme.

    Bagi saya, apa yang penting, kalau kita masih bekerja dan tidak ada modal yang

    besar, tetapi pada masa yang sama kita mahu mencari peluang untuk side-income,ada satu cara yang mudah untuk berjaya.

    Rahsianya, carilah seorang MENTORyang telah terbukti berjaya dalam bidang yang

    kita hendak ceburi dan belajarlah daripada beliau. Buat apa yang beliau buat dan

    jangan buat apa yang beliau larang.

    Pendek kata, DUPLICATEapa yang beliau pernah buat 100%.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    27/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 27

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    27

    BAB 8 : MAHU TAPI TAK MAMPU!!

    Selepas pulang dari Kursus Advanced Marketing Power, banyak yang saya belajar

    di sana. Antaranya, Goal Setting dan Sampai Bila.

    Saya mula berbincang dengan Mia mengenai Impian Yang Ingin Dicapai Dalam

    Kehidupan Beliau.

    Bagi saya, inilah yang berjaya mengubah mentaliti Mia untuk cuba membuat

    bisnes.

    Saya mula berbincang dari hati ke hati dengan Mia. Saya bertanya Mia apa yang

    Mia mahu capai dalam hidupnya.

    Berapa income sebulan yang Sayang mahu?

    Kereta apa yang Sayang impikan?

    Kehidupan macam mana yang Sayang inginkan?

    Berapa banyak yang Sayang mahu sumbangkan kepada orang lain dalam tempoh

    sebulan?

    Kejayaan yang macam mana yang Sayang mahu capai dalam kehidupan?

    Sayang mahu mengejar KERJAYA yang hebat, ATAU mahu menjadi seorang IBU &

    ISTERI yang mempunyai banyak MASA BERKUALITI dengan keluarga, tetapi pada

    masa yang sama tetap mempunyai INCOME yang lumayan.

    Banyak lagi soalan yang saya tanya dan saya minta Mia senaraikan satu persatu.

    Bila disenaraikan, terlalu tinggi impian Mia. Terlalu banyak yang Mia mahu.

    Itu mahu, ini mahu. Semuanya Mia mahu.

    Malangnya, Mia TAK MAMPU.

    Ini summary yang dapat saya buat mengenai impian BESAR MIA itu.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    28/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 28

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    28

    Kalau boleh, Mia nak duduk di rumah. Tak perlu pergi kerja. Tapi, dalam masa

    yang sama Mia nak income sebulan RM20,000. Mia nak pakai kereta Mercedes

    atau BMW. Kalau boleh, Mia nak keluarkan zakat sebanyak mungkin untuk bantu

    lebih ramai orang Islam yang lain

    Mia Mahu Meluangkan Lebih Masa Bersama Anak Dan Keluarga.

    Impian Yang Tersemat Di Dalam Hati Ketika Masih Bekerja.

    Banyak lagi impian yang Mia mahukan. Tak salah mempunyai impian yang besar.

    Cuma, Mia tersentap apabila saya bertanya soalan maut ini kepadanya.

    "Adakah apa yang Sayang buat sekarang ini membolehkan Sayang mencapai apa

    yang Sayang impikan?"

    Mia jawab,"Tak".

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    29/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 29

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    29

    Terus saya katakan, "Sayang tak akan dapat apa yang Sayang mahukan kalau

    masih buat benda yang sama macam sekarang ni. Maksud Abang, dengan bekerja

    makan gaji sahaja.

    Kalau nak dapat keputusan yang berbeza, Sayang WAJIB buat perkara yang

    berbeza. Kalau masih kerja makan gaji macam sekarang, Sayang cuma akan dapat

    apa yang sayang dapat sekarang. Itu sahaja. Dan segala impian Sayang hanya akan

    kekal sebagai impian sahaja.

    You have no choice. Sayang kena mula buat bisnes untuk mencari side income dan

    kemudian, selepas stabil, Sayang boleh pilih jika mahu jadikan ia sebagai main

    income.

    For Things To Change, I Must Change First. Saya Perlu Berani Untuk Berubah.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    30/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 30

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    30

    Kemudian, saya beritahu Mia apa yang pernah saya baca dalam sebuah buku

    keusahawanan.

    "Jika Kita Hidup Di Malaysia, Kita Tak Berhak Menjadi Miskin. Kita SepatutnyaMenjadi Kaya. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Amat Malang. "

    Saya sedang berusaha untuk membuka minda Mia. Mengapa selama ini Mia hanya

    hidup biasa-biasa. Cukup seadanya tetapi tidak kaya.

    "Cuba fikir. Kenapa Sayang tak kaya sekarang? Sebabnya, Sayang tak

    mengkayakan diri sendiri. Setiap hari, sayang berusaha dan bekerja untuk

    mengkayakan orang lain."

    "Untuk kaya, Sayang boleh buat dua perkara.

    PERTAMA, kerja 'gila-gila' dan bagi naik pangkat setinggi-tingginya. Kemudian, gaji

    akan naik secara mendadak dan jadi kaya. Tapi, kalau sayang tak mampu dengan

    pilihan pertama, Sayang hanya ada pilihan KEDUA, iaitu berniaga."

    Tersentap. Saya rasa Mia benar-benar tersentap.

    Selepas itu baru Mia baru tersedar. Dia hanya akan hidup 'biasa-biasa' dan tak

    akan dapat apa yang dia mahukan dalam kehidupannya hanya dengan 'bekerja'

    makan gaji.

    Untuk dia hidup luar biasa, Mia perlu berniaga. Ini bukan pilihan, tetapi satu

    kemestian.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    31/160

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    32/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 32

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    32

    Semua soalan-soalan saya ini benar-benar membuka minda Mia. Ia mengubah

    mentaliti Mia sedikit sebanyak untuk mula belajar berniaga.

    Inilah Pertanyaan Saya Kepada Mia. Mengapa Mahu Hidup Biasa-Biasa Jika

    Sebenarnya Kita Layak Hidup Luar Biasa.

    Syukur Alhamdulillah. Saya berjaya melakukan anjakan paradigma dalam diri Mia.

    "Sayang bertuah. Sebab abang akan fully support kalau sayang nak buat business.

    Ada orang yang nak buat business tak dapat support dari family. Even husband

    sendiri"

    "Abang dah buat business 7 tahun. Dan dah banyak yang abang belajar. Dah

    banyak kursus yang abang hadiri. Dah berpuluh-puluh usahawan berjaya yang

    abang jumpa. Dah banyak selok-belok dunia perniagaan yang abang tahu. In Shaa

    Allah. I will be the right man to coach you in business,"saya memberitahunya.

    Dan In Shaa Allah, kalau sayang dah berjaya nanti. Abang nak bantu orang lain

    pula. Abang nak tengok lebih ramai anak bangsa kita menceburi bidang

    perniagaan. Sebab, bagi abang bisnes lebih mudah berjaya kalau kita tahu

    rahsianya, saya menyambung.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    33/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 33

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    33

    BAB 9 : M.E.S.T.I BERJAYA!!

    Berdasarkan pemerhatian saya yang duduk dalam dunia perniagaan beberapa

    tahun, saya rasa saya tahu mengapa ramai orang yang berniaga tetapi mereka

    sering gagal.

    Puncanya, mereka melanggar beberapa syarat-syarat utama untuk menjalankan

    perniagaan.

    Perkara inilah yang cuba saya terangkan kepada Mia. Saya nak Mia tahu, buat

    bisnes ini mudah kalau kita buat dengan cara dan teknik yang betul. Kalau kita ikut

    lawyang betul, In Shaa Allah kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi.

    Saya ceritakan kepada Mia, sekiranya nak berjaya dengan mudah, Mia perlukan

    M.E.S.T.I. Inilah salah satu perkara asas yang saya pelajari dari Kursus Advanced

    Marketing Power anjuran Dr Azizan Osman.

    MMENTOR

    Inilah short cut paling mudah untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau nak buat

    bisnes A, Mia mesti mencari seorang mentor yang telah berjaya dalam bisnes A dan

    belajar daripada beliau.

    Orang yang sudah terbukti berjaya mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam

    perniagaan itu. Mentor itu akan membimbing dan 'menarik'Mia ke atas.

    Mia perlu mencari mentor yang betul. Kemudian, buat apa yang mentor itu pernah

    lakukan. Duplicate100% apa yang diajar oleh mentor itu. Dan In Shaa Allah, Mia

    'terpaksa'berjaya seperti mentor itu berjaya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    34/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 34

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    34

    Mentor Akan Memberikan Support, Pertolongan Dan Tunjuk Ajar Agar Kita Boleh

    Berjaya Dengan Mudah

    E - (EMOSI + ILMU)

    Untuk berjaya dalam perniagaan, saya beritahu Mia yang dia perlu ada EMOSI yang

    tinggi untuk berjaya. Satu perasaan dari dalam diri yang membara dan mahu

    mencapai kejayaan yang luar biasa.

    Inilah yang akan memberi kekuatan untuk terus berjuang dalam dunia bisnes.

    Untuk mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang pasti ditempuhi dalam

    dunia bisnes nanti.

    Selain itu, Mia juga mesti belajar ILMU dalam bidang yang ingin diceburi. Cara

    paling mudah untuk mempelajarinya adalah belajar daripada daripada Mentor

    yang sudah terbukti berjaya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    35/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 35

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    35

    S - SISTEM

    Saya terangkan kepada Mia, bahawa setiap orang yang berjaya sudah

    meninggalkan system atau 'track record' bagaimana mereka berjaya.

    Apa yang perlu Mia lakukan adalah duplicatesistem yang sama seperti mereka. In

    Shaa Allah, Mia akan berjaya seperti mentor itu berjaya.

    T- TINDAKAN

    Saya turut berkongsi dengan Mia rahsia keempat untuk mudah berjaya dalam

    perniagaan. Iaitu Kuasa Tindakan.

    Sekiranya Mia belajar Nenek Segala Ilmu pun, tapi langsung tiada tindakan.

    Wassalam. Sekian Terima Kasih.

    Mia tak akan ke mana. Untuk berjaya, Mia perlu bertindak. FAST ACTION. FAST

    RESULT. Kalau TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH lah RESULT nanti.

    Untuk Berjaya, Mia Perlu Bertindak Secara Pantas

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    36/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 36

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    36

    IImpian

    Selain itu, Mia juga mesti mempunyai Impian. Mia perlu mempunyai sebab

    mengapa Mia perlu jadi kaya dan berjaya. Dan apa yang saya bincangkan denganMia sebelum ini dalam Goal Settingboleh menjadi impian Mia semasa memulakan

    perniagaan ini.

    In Shaa Allah, dengan impian yang Mia miliki, ia akan menjadi pemangkin untuk Mia

    lebih berjaya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    37/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 37

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    37

    BAB 10 : BISNES LEBIH MUDAH KALAU

    TAHU CARANYA

    Alhamdulillah, selesai sesi perbincangan ini, Mia semakin jelas dalam perkara

    perkara asas dalam perniagaan. Mia dah tahu apa yang perlu dilakukan untuk

    berjaya.

    Pada waktu ini, saya rasa bersyukur. Ini kerana sedikit sebanyak Mia sudah ada

    perasaan nak tahupasal bisnes. Sebelum ini, kalau bercakap mengenai bisnes,

    Mia langsung tak minat.

    Syukur Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit, hati Mia terbuka untuk buat bisnes.

    Saya adalah orang yang paling gembira pada waktu ini. Saya yakin, dengan ilmu dan

    pengalaman yang saya ada dalam perniagaan sebelum ini. Saya dapat membantu

    Mia untuk berjaya dengan izin Allah.

    Apa yang penting, saya rasa saya perlu buktikansesuatu kepada masyarakat di

    luar sana yang tidak tahumengenai bisnes, agar mereka tahu Nak Buat Bisnes,

    Tak Susah Sebenarnya Kalau Kita Tahu Cara Yang Betul

    Saya tahu, ramai dikalangan anak bangsa saya di luar sana yang teringin sangat nak

    buat bisnes. Tapi mereka tak tahu nak buat bisnes apa. Mereka tak tahu siapa

    mentor yang betul untuk bantu mereka.

    Ramai anak bangsa saya hari ini yang berusia 20-an dan 30-an merasakan mereka

    perlu mencari side income untuk menampung kos sara hidup yang semakin

    meningkat setiap hari.

    Perbelanjaan mereka sudah melebihi pendapatan mereka. Mereka perlu

    melakukan sesuatu.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    38/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 38

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    38

    Mereka tercari-cari satu peluang perniagaan yang memerlukan modal yang rendah,

    kerja yang boleh dibuat secara sambilan dan jika boleh mereka mahu buat dari

    rumah.

    Sebab itulah, saya merasakan Bisnes Online ini dapat membantu mereka untuk

    mencuba satu peluang yang baru.

    Saya perlu buktikan kepada mereka bahawa jika Mia boleh berjaya dalam bisnes

    ini, mereka juga boleh melakukannya dengan izin Allah.

    Saya juga selalu cerita kepada Mia kisah kejayaan orang lain. Dalam bisnes, dah

    ramai sangat orang yang dah berjaya. Mia hanya perlu ikut trackmereka sahaja.

    Sedikit sebanyak, beberapa sesi perbincangan dari hati ke hati dengan Mia

    memberi 'motivasi'dan keberanian untuk Mia terjunke dunia perniagaan.

    Setelah sekian lama, hampir 6 tahun Mia berkahwin dengan seorang usahawan.

    Akhirnya. Aura bisnes mula meresap masuk dalam dirinya.

    Tahukah anda?

    Bukan mudah saya nak mengubah pemikiran Mia untuk buat bisnes. Mia tidak

    pernah menjual. Hatta sebatang pen pun dalam hidupnya.

    Sekian lama. Dan selepas umur 30 tahun, baru ingin mencuba. Ini bukan kerja yang

    mudah sebenarnya.

    Sikap suka memberi alasan sudah sebati dalam dirinya. Tetapi sedikit demi sedikit

    saya cuba berusaha untuk mengubahnya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    39/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 39

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    39

    BAB 11 : CINTA MULA BERPUTIK

    Sebenarnya, semasa kami pergi menunaikan fardu Haji pada Nov 2011, salah satu

    doa yang sering Mia ucapkan ialah meminta agar Allah berikan dan tunjukkan karier

    yang terbaik untuk Mia dan keluarga, yang terbaik untuk kehidupan kami di dunia

    dan akhirat.

    Hampir setiap waktu selepas habis solat di Masjid, ketika wukuf di Arafah, dan

    semasa bertawaf di Kaabah, inilah salah satu doa yang tak pernah Mia tinggalkan.

    Doa ini tetap Mia baca sehingga pulang ke Malaysia.

    Pada waktu itu, Mia sendiri masih belum tahu apakah yang terbaik untuknya. Masihbelum nampak dirinya nak buat apa untuk jangka masa panjang. Adakah mahu

    teruskan profesion sebagai Engineer di kilang yang sama, atau mahu pindah ke

    syarikat yang lain.

    Kenangan sewaktu berdoa di bumi Arafah pada musim Haji tahun 2011 / 1432

    Hijrah.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    40/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 40

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    40

    Syukur Alhamdulillah, selepas sesi mencuci otak Mia, barulah Mia terbuka hati

    untuk cuba membuat bisnes.

    Mia ada juga bertanya kepada saya.

    "Abang, sayang rasa nak buat bisnes, tapi bisnes apa?"

    "Berdoalah kepada Allah. Minta Allah buka jalan kat sayang," saya membalas.

    "Sayang kena selalu Solat Hajat dan Solat Istikharah. Yakinlah, nanti Allah akan

    bagi jalan untuk Sayang."

    Setiap kali selepas solat, memang Mia sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan

    bisnes yang terbaik untuknya.

    Terus-terang saya katakan, pada waktu ini saya dan Mia pun masih belum tahu

    bisnes apa yang mahu dijalankan untuk Mia.

    Kami hanya berserah kepada Allah. Memohon petunjuk agar kami diberikan ilham

    untuk menjalankan perniagaan yang terbaik kepada kami di dunia dan di akhirat.

    Namun, bagi saya, persetujuan Mia untuk mula menceburi bidang perniagaan itu

    pun sudah amat menggembirakan hati saya. Ini langkah pertama yang amatpenting.

    Empunya diri sanggup untuk berjuang dalam bidang perniagaan.

    Semoga, Allah permudahkan urusan Mia dan saya.

    Kata Kata Semangat!!!

    "Kalau Sayang nak buat bisnes. Abang la orang pertama yang akan fully support

    sayang. Abang boleh berceramah kepada beratus-ratus orang. Bagi motivasi kat

    depa untuk jadi usahawan. Takkan Abang tak boleh tolong Sayang nak buat

    bisnes."

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    41/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 41

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    41

    Ternyata, Mia semakin berani. Berani untuk bertindak sekarang. Mia mahu keluar

    dari zon selesa yang sedang beliau rasai sekarang ini.

    Semoga Allah mudahkan urusan Mia selepas ini.

    Untuk Isteri Tersayang

    Selamat datang ke dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia yang penuh dengan

    cabaran. Syabas kerana sayang sudah berani untuk meninggalkanPULAU ALASAN.

    Pulau yang menyebabkan ramai orang gagal dalam kehidupan.

    Abang berjanji, abang akan guidesayang untuk menjadi seorang usahawan yang

    berjaya. Di dunia dan akhirat. Dan para pembaca buku ini akan menjadi saksi janji

    abang.

    Abang mahu mengubah hidup sayang. Mengubah ke arah yang lebih baik. Dari

    seorang yang hidup biasa-biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.

    Untuk mencapai segala IMPIAN DAN CITA-CITAsayang.

    Abang akan berusaha untuk memastikan, cita-cita sayang untuk memiliki SEBUAH

    RUMAH BANGLO DUA TINGKAT YANG TERSERGAM INDAH yang SAYANG DESIGNsendiri rumah tu tercapai.

    Abang mahu melihat sayang memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya

    RM20,000 dengan bisnes dan dilakukan dari rumah sahaja.

    Jom, kita buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita mampu untuk

    melakukannya.

    Good Luck. Semoga Sayang Kaya Dan Berjaya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    42/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 42

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    42

    BAB 11 : YA ALLAH, BERIKAN YANG

    TERBAIK UNTUKKU

    Setelah beberapa waktu saya dan Mia menunaikan Solat Hajat dan Solat Istikharah

    meminta petunjuk dari Allah, kami dapat beberapa idea bisnes yang boleh

    dilakukan.

    Kami bercadang mencari satu peluang perniagaan di internet. Bagi saya inilah

    perniagaan yang menggunakan modal yang paling minimum dan boleh dibuat

    secara sambilan dan dari rumah.

    Antaranya, kami pernah bercadang nak jual tudung dan baju kanak-kanak secara

    online. Pernah survey kat mana nak cari pemborong barang-barang ini. Nak jadi

    agen dropship.

    Tambahan pula, Mia memang suka beli tudung dan baju kanak-kanak secara online.

    Dah alang-alang, apa kata kami sendiri jual barang-barang ni.

    Tapi, kami khuatir untuk menjual pakaian yang tidak original. Dah terlibat unsur

    Haram/Syubhah pula nanti. Itulah pandangan kami pada masa tu.

    Pernah Terlintas Nak Menjual Baju Kanak-Kanak Secara Online.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    43/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 43

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    43

    Walau apa pun, saya dan Mia masih terus menunaikan Solat Hajat dan Solat

    Istikharah. Memohon petunjuk dan ilham daripada Allah perniagaan apa yang ingin

    kami ceburi.

    Kami semakin rancak surf di internet mencari peluang-peluang yang ada.

    Sehinggalah, akhirnya kami terjumpa dua pilihan yang kami rasa Mia mampu

    lakukannya.

    Yang Mana Satu

    Pada waktu itu, Mia mempunyai dua pilihan. Sama ada mahu menjalankan bisnes

    XXXXX ataupun membuat bisnes Shaklee.

    Kedua-duanya menawarkan peluang perniagaan secara online.

    Bisnes Shaklee dijalankan oleh biras Mia iaitu Athirah. Pada waktu itu, Athirah pun

    baru saja joinbisnes Shaklee. Income Athirah pada waktu itu pun baru ratus-ratus

    ringgit sebulan.

    Sebelum itu, Mia telah membeli Set Bersalin Shaklee daripada Athirah.

    Memandangkan Mia memang ingin meneruskan vitamin Shaklee sepanjang

    menyusu, maka Mia pun mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli,tetapi sekadar ingin menjadi pengguna.

    Bisnes XXXXX pula telah dijalankan oleh sahabat Mia di sekolah dahulu. Pada waktu

    itu, sahabat Mia ini sudah memperoleh pendapatan RM20,000 sebulan.

    Pada waktu itu, saya dan Mia membuat keputusan menyertai bisnes XXXXX

    bersama sahabat Mia.

    Belajar Rahsia Bisnes OnlineSelepas mengeluarkan modal sebanyak RM XX,XXX untuk menyertai bisnes XXXXX

    dengan sahabat Mia, kami mula didedahkan dengan segala rahsia dan tips

    perniagaan online.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    44/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 44

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    44

    Saya rasa sangat bertuah. Ini kerana mentor Mia betul-betul komited untuk melihat

    Mia berjaya dalam perniagaan ini.

    Saya rasa bersyukur sangat ditemukan dengan orang yang komited mahu melihatkejayaan orang lain.

    Terdetik di hati saya, jika ditakdirkan Allah, Mia berjaya dalam bisnes satu hari

    nanti, saya akan cuba bantu orang lain untuk turut berjaya dalam bisnes online ini.

    Pelbagai teknik dan tips dikongsikan dengan Mia. Bermula dariPersonal Coaching,

    Group Coaching, Seminar dan lain-lain lagi. Saya dan Mia belajar terlalu banyak ilmu

    baru.

    Terutama sekali teknik pemasaran di internet.

    Saya cuba untuk menggabungkan ilmu yang dipelajari dari sahabat Mia dengan

    ilmu yang diajar oleh Dr Azizan Osman dalam kelas Advanced Marketing Power.

    Kesannya. Amat berkesan.

    Bulan pertama, Mia memperoleh bonus yang hampir sama macam gajinya dalam

    tempoh sebulan.

    Bonus Bulan Pertama Sudah Hampir Menyamai Gaji Sebagai Engineer.

    Alhamdulillah, bagi saya, boleh tahan. Untuk orang baru seperti Mia dapat side

    incomeRM4k+. Not bad.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    45/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 45

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    45

    Bulan kedua, bonus Mia sekitar RM3k+. Bulan keempat, bonus Mia sekitar RM2k+.

    Bulan ke 5, pendapatan Mia berkurang kepada ratusan ringgit sahaja.

    Puncanya ialah, Mia tak dapat sesuaikan diri dengan sistem yang terdapat dalamperniagaan XXXXX itu.

    Ini kerana, walaupun perniagaan dijalankan secara online, tetapi Mia perlu travel

    selalu bagi bertemu dengan pelanggan. Dan Mia bukan seorang yang suka travel.

    Inilah punca utama mengapa pendapatan Mia semakin berkurang dari satu bulan

    ke bulan berikutnya.

    Lagi pun, pelan asal saya memang nak Mia fokus buat bisnes 100% online dari

    rumah. Saya pun tak suka nak travelke sana sini untuk buat bisnes. Ini kerana sayaperlu fokus dengan ternakan ayam daging yang saya jalankan.

    Akhirnya, saya rasa Mia menemui jalan buntu dalam bisnes XXXXX ini.

    Bagi saya, bukan sebab bisnes XXXXX ni tak bagus. Bisnes ini memang bagus.

    Bahkan, sokongan yang diberikan oleh mentor teramat baik, sangat supportive.

    Mereka ajar kami terlalu banyak ilmu dan short cutdalam bisnes online.

    Cumanya, Mia rasa tak dapat nak menyesuaikan diri dengan tuntutan travel padasetiap hujung minggu untuk bertemu pelanggan. Dan pada waktu itu, Mia masih

    lagi bekerja sepenuh masa.

    Bagi saya, kami tidak gagal dalam perniagaan ini. Kami hanya tidak berjaya seperti

    mentor-mentor kami yang lain kerana kami tak serasi dengan nature bisnes ini.

    Tetapi, orang lain yang serasi memang ramai dah berjaya.

    Bagi saya, kami tetap berjaya. Ini kerana kami berjaya mendapatkan ilmu asas yang

    amat baik cara bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan secara online.

    Saya yakin, sekiranya kami mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dipelajari dalam bisnes

    XXXXX ke dalam apa-apa jua bisnesonline selepas ini, kami mampu pergi lebih jauh

    lagi.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    46/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 46

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    46

    Peluang Bisnes Shaklee

    Semasa Mia menjalankan bisnes XXXXX, Athirah pula mula menjalankan bisnes

    Shaklee. Juga secaraonline.

    Mia dan Athirah bertukar-tukar ilmu serta pandangan untuk sama-sama berjaya

    dalam perniagaan onlineini.

    Cumanya, saya perhatikan cara bisnes yang Athirah jalankan adalah 100% secara

    online. Athirah langsung tak perlu keluar bertemu dengan mana-mana

    pelanggannya.

    Bahkan, Athirah menceritakan semua pelanggan adalah dari Facebook dan juga

    mereka yang search informationdi Google dan bertemu dengan blognya.

    Kebanyakan pelanggan Athirah adalah mereka yang tidak dikenali.

    Saya dan Mia mula berbincang adakah kami mahu terjunke dalam bisnes Shaklee

    pula.

    Selepas bersolat Istikharah, Mia rasa seperti mahu mencuba bisnes Shaklee secara

    serius. Sebelum ini, Mia sudah pun menjadi ahli Shaklee, tapi hanya sebagai

    pengguna, dan hanya berkongsi sedikit pengalaman dengan kawan-kawan dioffice.

    Setelah Mia membuat keputusan untuk serius dalam bisnes Shaklee, Athirah mula

    mengajar Mia cara mudah untuk menjalankan perniagaan Shaklee secara online.

    Secara asasnya, apa yang diajar oleh Athirah sama seperti apa yang diajar oleh Dr

    Azizan Osman dalam kursus Advanced Marketing Power (AMP). Teknik yang sama

    juga telah diajar oleh mentor Mia dalam bisnes XXXXX.

    Dalam Shaklee, terdapat pelbagai set yang ditawarkan untuk memberi pelbagai

    pilihan kepada pelanggan.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    47/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 47

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    47

    Ada Set Kehamilan, Set Bersalin, Set Menyusu, Set Pelangsingan, Set Kecantikan,

    Set Kesihatan Sendi, Set Kesihatan Keluarga, Set Kanak Kanak, Set Diet, Set Warga

    Emas dan macam-macam set lain lagi.

    Mia memang pakar bahagianSet Hamil, Bersalin dan Menyusu. Mia sudah pun

    merasai sendiri kehebatan set ini. Ini memudahkan Mia untuk berkongsi khasiatnya

    dengan kawan-kawan lain di tempat kerja.

    Pada peringkat awal, Mia hanya fokus kepada set ini sahaja.

    Betulkan Niat

    Sejak dari awal lagi, saya meminta Mia untuk memperbetulkan niat beliau untuk

    berniaga. Seboleh-bolehnya, saya mahu Mia berniaga semata-mata kerana Allah.

    Mia berniaga kerana mahu membantu orang lain.

    Mia berniaga kerana mahu menyelesaikan masalah orang lain.

    Mia berniaga kerana mahu menambah nilai hidup orang lain

    Saya meminta Mia untuk memperbetulkan niatnya dahulu sebelum terjun ke

    dunia perniagaan ini.

    Saya tak mahu Mia tersalah langkah seperti ramai peniaga lain. Mereka buat bisnes

    sebab nak kaya. Mereka buat bisnes sebab nak duit banyak. Mereka buat bisnes

    sebab niat-niat yang berkepentingan diri sendiri.

    Jangan. Jangan. Jangan buat kesilapan yang sama.

    Perbetulkan niat mengapa hendak berniaga. In Shaa Allah, kalau niat kita betul, duit

    akan datang dengan sendirinya. Sehingga tiba-tiba satu hari nanti kita rasa kita

    tiada pilihan. Kita terpaksamenjadi kaya.

    Jangan Menjual

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    48/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 48

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    48

    Seperti yang saya belajar dari kursus perniagaan dan dari mentor yang sudah lama

    berada dalam dunia perniagaan, mereka semua mengajar untuk tidak menjual.

    Hmmm Macam mana tu? Kita tak perlu menjual, tapi orang yang akan mencarikita untuk membeli produk kita. Inilah antara rahsia-rahsia yang kami belajar dalam

    group kami.

    Teori IncomeDalam Bisnes Shaklee

    Sebelum Mia memulakan bisnes Shaklee dahulu, Mia sudah pun dimaklumkan oleh

    mentor-mentor dalam bisnes Shaklee, semua yang memulakan perniagaan dalam

    bisnes Shaklee kebiasaannya akan memperoleh pendapatan 2 angka pada bulan

    pertama.

    Selepas itu, pendapatan akan meningkat kepada 3 angka pada bulan kedua. Bulan

    ketiga masih 3 angka dan bulan ke empat bonus akan mula naik ke 4 angka.

    Walau bagaimana pun mereka semua menegaskan ini semua adalah teori semata-

    mata. Ada juga orang yang baru joinbisnes Shaklee dah dapat bonus 3 angka pada

    bulan pertama. Ada juga orang yang bulan pertama terus dapat bonus 4 angka.

    Semuanya bergantung kepada usaha seseorang itu dalam mengikuti apa yangdinasihatkan oleh mentor-mentor mereka. Lagi banyak usaha yang mereka

    lakukan, lagi banyak hasil yang mereka akan dapat.

    Lagi pun, mereka semua sudah menjelaskan sejak dari awal lagi, Tiada Paksaan

    Dalam Bisnes Shaklee. Kalau nak dapat lebih, usaha lebih. Kalau tak, nanti bila

    masa dapat bonus jangan komplen mengapa bonus kurang bulan itu.

    Sebab itulah masih ada orang yang sudah 4 bulan, 5 bulan hatta 6 bulan sekali pun

    masih tersangkut pada bonus 3 angka sebulan. Semuanya bergantung kepada

    tindakan yang dibuat oleh mereka yang menyertai bisnes ini.

    Dalam erti kata yang lain, The More You Give, The More You Get Back.

    Tunjur Ajarku Sifu

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    49/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 49

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    49

    Pada waktu ini, Mia mula mendapat tunjuk ajar daripada Athirah dan juga mentor-

    mentor lain dalam Shaklee.

    Apa yang saya perhatikan, bisnes Shaklee ini agak unik. Semua tunjuk ajar diberikansepenuhnya melalui online. Mereka membimbing Mia melalui Email, Facebook,

    Whatsapp, SMS dan Telefon.

    Selain itu, kami juga telah dimasukkan ke dalam satuFacebook Secret Group (Nama

    Group Dirahsiakan).

    Di dalam group ini, terdapat pelbagai info dan tips perniagaan yang dikongsikan

    oleh mereka yang telah lama menjalankan perniagaan Shaklee ini.

    Pada peringkat awal, saya berasa terkejut dan teruja. Ini kerana, saya dapati terlalu

    banyak tips dan ilmu perniagaan online yang masih belum saya ketahui.

    Mereka yang sudah berjaya dalam bisnes Shaklee ini memang sudah jadi otai

    dalam onlinebisnes. Mereka memang pakar dalam perniagaan melalui internet ini.

    Cuma, kami yang tidak menyertai groupini langsung tidak tahu kehebatan mereka

    sebelum ini.

    Satu perkara yang saya rasa sangat seronok, mereka yang sudah berjaya langsungtidak kedekut ilmu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka dengan orang lain.

    Mereka berkongsi rahsia dan

    kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee.

    Jika ada yang tidak tahu mengenai sesuatu produk atau masalah kesihatan, mereka

    akan bantu sebaik mungkin.

    Pendek kata, information dalam group ini sudah terlalu banyak. Mereka yang

    rajin go through semua dokumen dalam group ini akan tahu jalan pintas untuk

    berjaya.

    Pada waktu terluang, saya dan Mia mencuri masa untuk membaca tips-tips

    perniagaan yang terdapat dalam groupini.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    50/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 50

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    50

    Saya dan Mia semakin teruja untuk memulakannya. In Shaa Allah, dengan ilmu-ilmu

    yang dipelajari dalam Kursus Dr Azizan Osman, dengan tunjuk ajar daripada

    mentor-mentor semasa menjalankan Bisnes XXXXXX, ditambah dengan ilmu dalam

    groupShaklee ini, kami berasa yakin kami mampu melakukannya kali ini.

    In Shaa Allah, dengan usaha, tindakan, impian dan doa daripada kami, semoga Allah

    mempermudahkan kami memperoleh apa yang dihajati dalam Bisnes Shaklee ini.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    51/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 51

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    51

    BAB 12 : BELAJAR BISNES DARI BAWAH

    Sebenarnya, bonus Shaklee yang Mia dapat pada bulan pertama hanyalah 2 angka

    sahaja.

    Tetapi, semasa buat bisnes XXXXXX dahulu, bulan pertama sahaja dah menyamai

    dengan sebulan gaji Mia sebagaiengineer.

    Ini memang ada sebabnya. Bisnes XXXXXX memerlukan modal yang jauh lebih besar

    berbanding Bisnes Shaklee.

    Sebab itu lah bonus Shaklee pun kecil pada peringkat awal.

    Lagi pun, bisnes Shaklee ini mahu memastikan para usahawan mempunyai asas

    yang kukuh sebelum melangkah lebih jauh dalam perniagaan ini.

    Konsep asasnya, semua orang mesti bermula dengan modal yang kecil dan mula

    memperoleh bonus yang kecil. Para mentor mahu para usahawan bermula dengan

    susahdahulu.

    Ini didikan yang mahu diberikan agar semua usahawan dapat mengetahui apa itu

    perniagaan.

    Kejayaan dalam bisnes bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam tempoh 1 hari,

    1 minggu atau 1 bulan. Ia perlu mengambil masa.

    Banyak proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh para usahawan untuk mereka

    berjaya.

    Proses yang sama dilalui oleh Mia.

    Saya sangat bersyukur kerana kini Mia belajar berniaga dari bawah. Berniaga untuk

    menjual produk yang berharga puluhan ringgit, kemudian ratusan ringgit

    sehinggalah kepada ribuan ringgit.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    52/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 52

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    52

    Betullah apa yang dikatakan oleh Dr Azizan Osman dalam kursus yang beliau

    anjurkan,

    Kalau kita tak pandai menjual barang berharga RM10, macam mana kita nakmenjual barang berharga RM100.

    Kalau kita tak boleh menjual barang berharga RM100, macam mana kita nak

    menjual barang berharga RM1000 dan begitulah seterusnya.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    53/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 53

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    53

    BAB 13 : SET BERSALIN SHAKLEE

    TERBAIK!!!

    Apabila mula bekerja selepas cuti bersalin, Mia telah pun mula berkongsi mengenai

    Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu dengan rakan-rakan di office. Inilah

    langkah pertama yang Mia lakukan. Agak mudah untuk Mia berkongsi kerana Mia

    sendiri sudah merasai kebaikan produk Shaklee.

    Bak kata Dr Azizan Osman, agak tidak wajar kita mempromosikan barangan yang

    kita sendiri tidak gunakan.

    Lagi pun, dalam bisnes Shaklee kami memang digalakkan untuk merasai sendiri

    kehebatan produk Shaklee. Selepas itu, barulah mudah untuk kami berkongsi

    dengan orang lain.

    Inilah Set Kehamilan Shaklee yang Mia mula berkongsi di kilangnya.

    Untungnya Mia di sini, di kilangnya terdapat ramai staf wanita. Ini memudahkanMia untuk berkongsi pengalaman ketika menggunakan produk Shaklee semasa

    hamil, bersalin dan menyusu.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    54/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 54

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    54

    Syukur Alhamdulillah, awal-awal lagi sudah ada beberapa kawan-kawan di office

    yang mahu mencuba produk Shaklee selepas teruja mendengar perkongsian

    pengalaman sebenar Mia.

    Mia berkongsi pengalaman sebenar Mia dan orang lain menggunakan Set

    Kehamilan, Bersalin dan Menyusu Shaklee.

    Sebenarnya, ramai orang dah mencuba Set Kehamilan Shaklee sebelum ini.

    Alhamdulillah, hampir kesemuanya berpuas hati dengan hasilnya.

    Set ini telah membantu para ibu yang hamil menjalani tempoh kehamilan dengan

    sihat, cergas dan bertenaga. Ia turut meningkatkan tenaga para ibu untuk

    menghadapi proses kelahiran nanti.

    Set Kehamilan Shaklee memang mudah dijual. Ini kerana apabila ada pengguna

    yang mencubanya, Alhamdulillah mereka dapat menghilangkan rasa sakit dan

    lenguh lenguh badan. Mereka juga dapat mengatasi masalah rasa kebas dan

    kekejangan di bahagian kaki.

    Pendek kata, banyak masalah yang dihadapi oleh ibu hamil dapat diselesaikan

    oleh Set Kehamilan Shaklee. Lagi pun, set ini lengkap dengan semua zat dan nutrisi

    yang diperlukan oleh semua ibu hamil.

    Saya perhatikan, Mia mula berasa seronok buat bisnes. Mia mula rasa yang dia

    sudah dapat menambah nilai hidup orang lain dan membantu menyelesaikan

    masalah orang lain.

    Keseronokan berbisnes jelas terpancar di wajah Mia. Masakan tidak, para

    pelanggan mula memberi feedback yang positif kepadanya. Mereka suka

    menggunakannya kerana setiap pembelian Set Kehamilan Shaklee tahan berbulan-

    bulan. Dan jika dibahagikan, kosnya amat berpatutan dengan kesan yang sangat

    memberangsangkan tanpa memberi kesan sampingan. Ini kerana produk Shaklee

    diperbuat daripada bahan semula jadi. Bukan bahan sintetik seperti yang lazimnya

    terdapat di pasaran.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    55/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 55

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    55

    Mia juga bersetuju dengan pandangan daripada Pakar Sakit Puan di Malaysia iaitu

    Dr Hamid Arshat bahawa semua wanita perlu mendapatkan suplemen yang

    mencukupi sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan menyusu. Ini bagi

    memastikan agar tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang maksimum.

    Selepas beberapa minggu menjual Set Kehamilan Shaklee di kalangan rakan

    sekilang, Mia mendapat testimoni yang baik daripada pelanggan. Mereka

    berkongsi bahawa mereka sudah hilang rasa sakit-sakit badan semasa hamil. Kaki

    mereka sudah mula kurang kebas dan tidak berlaku kekejangan lagi.

    Mia menjelaskan kepada mereka bahawa, sepanjang tempoh kehamilan.

    Kebanyakan nutrisi, vitamin, kalsium dalam tubuh badan ibu diserap oleh bayi

    untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Sebab itulah para ibu berasa letih,

    lemah dan tidak bertenaga.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    56/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 56

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    56

    Dan suplemen Shaklee memberikan nutrisi yang lengkap kepada para ibu untuk

    kekal cergas, ceria dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan.

    Selepas itu, Mia menggunakan strategi seterusnya yang diajar oleh mentor-mentorShaklee bagaimana untuk memperkembangkan perniagaan.

    Dalam erti kata lain, bagaimana Mia perlu lakukan untuk menambah bilangan

    pembeli secara offlinedan secara online.

    Selepas dipraktikkan, syukur Alhamdulillah. Strategi ini amat berkesan. Bilangan

    pelanggan yang membeli produk Shaklee dari Mia semakin bertambah.

    Pada masa yang sama, Mia mula berkongsi semua pengalaman menjalankan

    perniagaan Shaklee ini di blog kami.

    Secara perlahan-lahan, Mia mula memperoleh pelanggan-pelanggan baru melalui

    internet.

    Mia turut berkongsi dengan rakan-rakan di kilang mengenai Set Bersalin &

    Berpantang Shaklee.

    Sebenarnya, Mia tak menjual pun kepada mereka di kilang. Mia hanya berkongsi

    pengalaman menggunakannya. Selebinya, Mia serahkan kepada rakan rakannya

    untuk buat keputusan sama ada mahu mencuba atau tidak.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    57/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 57

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    57

    Mia berkongsi kebaikan Set Bersalin & Berpantang Shaklee dengan rakan-

    rakannya. Mia menceritakan lukanya cepat sembuh selepas melahirkan Fateh jika

    hendak dibandingkan ketika melahirkan Farees yang pada waktu itu masih belum

    menggunakan produk Shaklee.

    Selain itu, Mia turut berkongsi bahawa badannya kekal cergas walaupun selepas

    bersalin, selepas menggunakan tenaga yang banyak untuk proses kelahiran. Mia

    tak terasa penat seperti melahirkan anak pertama dahulu.

    Alhamdulillah, Mia rasa agak bertenaga.

    Dan kecergasan ini berkekalan sepanjang tempoh berpantang dahulu.

    Selain itu, Mia turut mendapat testimoni daripada mereka yang menggunakan Set

    Bersalin & Berpantang Shaklee. Respon respon positif sebeginilah yang memberi

    motivasi kepada Mia untuk terus berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan

    orang lain.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    58/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 58

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    58

    Tidak ketinggalan, Mia memperkenalkan Set Menyusu Shaklee kepada rakan-

    rakannya.

    Sebenarnya, Set Kehamilan, Set Bersalin & Berpantang serta Set Menyusu Shaklee

    tidak banyak berbeza. Cuma ditukar satu dua suplemen sahaja agar dia berfungsi

    seperti yang sepatutnya.

    Dalam erti kata lain, dalam Set Kehamilan ada juga beberapa suplemen dalam Set

    Bersalin & Berpantang dan Set Menyusu.

    Jadi, tidak timbul isu pengguna perlu membeli terlalu banyak produk apabila

    mahu menggunakan set-set ini.

    Respon daripada mereka yang menggunakan Set Penyusuan Shaklee amat positif.

    Ramai pengguna mengakui bahawa set ini membantu penghasilan susu ibu yang

    lebih meriah. Mia membantu memenuhi impian para ibu untuk menyusu anak

    mereka untuk tempoh 2 tahun seperti yang disarankan oleh Al Quran.

    Selain itu, apabila menggunakan produk Shaklee ini, para ibu mendapati susubadan semakin pekat. Ini pastinya menambah khasiat dan memberi kepuasan

    kepada bayi yang menyusu.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    59/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 59

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    59

    Mia mula berkongsi dengan rakan-rakan di kilang dan di blog mengenai kebaikan

    susu ibu sepenuhnya kepada bayi. Mia berkongsi kesilapannya yang memberi

    susu formula kepada anak kami yang pertama iaitu Farees.

    Akhirnya, Farees terkena Eczema. Farees mengalami alahan yang teruk. Badannya

    mudah mengalami kegatalan. Apabila kami menjalankan pemeriksaan lanjutan,

    rupa-rupanya Farees ada alahan dengan susu lembu.

    Allah Allah. Kesannya tersangat teruk kepada Farees. Kami berhabis banyak duit

    untuk mengatasi masalah Farees ini. Sehingga sekarang, Farees masih lagi allergic

    kepada beberapa makanan.

    Mia rasa menyesal sangat. Semua masalah ini berlaku kerana kesilapannya dahulutidak mempelajari teknik penyusuan yang betul. Lagi pun, semasa menyusukan

    Farees, Mia tidak menggunakan produk Shaklee lagi.

    Mia mengalami masalah kekurangan susu pada waktu itu. Inilah sebabnya kami

    terpaksa memberikan susu formula kepada Farees.

    Sebenarnya, jika Mia mendalami ilmu penyusuan dengan betul sebelum

    melahirkan Farees dahulu. Sudah pasti masalah ini tidak akan berlaku.

    Melihat apa yang berlaku kepada kami, Mia berazam untuk membantu lebih

    ramai para ibu untuk menjayakan proses penyusuan selama 2 tahun tanpa

    dicampur dengan susu formula.

    Lagi pun, ramai ibu muda macam Mia gagal dalam penyusuan susu badan

    sepenuhnya kerana kurang ilmu. Mia tidak mahu apa yang berlaku kepada Farees

    berlaku kepada orang lain.

    Alhamdulillah, Set Penyusuan juga mendapat sambutan daripada rakan-rakan Miadi kilang. Selain itu, Mia mula mendapat tempahan daripada pelanggan di

    internet.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    60/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 60

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    60

    Melihat testimoni sebegini di internet pastinya memberi motivasi kepada Mia

    untuk terus membantu orang lain untuk menjayakan susu ibu.

    Ini pula testimoni daripada pelanggan berbangsa Cina, diambil dari internet yang

    menggunakan Set Penyusuan Shaklee.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    61/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 61

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    61

    Alhamdulillah, Mia berasa gembira kerana dapat membantu ramai orang.

    Benarlah apa yang Dr Azizan Osman katakan.

    Jangan berniaga kerana mahu menjadi kaya, sebaliknya berniagalah untuk

    membantu orang lain, menambah nilai hidup orang lain dan menyelesaikan

    masalah orang lain. Jika kita berniaga dengan niat untuk membantu orang lain.

    Jangan risau, kita terpaksa menjadi kaya.

    Sekarang, barulah Mia faham konsep asas dalam perniagaan.

    Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlu banyak memberi, memberi dan terus

    memberi. Barulah kita akan mula terima, terima dan terus menerima.

    Kita perlu membantu orang lain, permudahkan urusan orang lain dan tambah nilai

    hidup orang lain. Barulah orang tidak berasa sukar untuk memberikan wang

    mereka kepada kita.

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    62/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 62

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    62

    BAB 14 : IMPIAN BEKERJA DARI RUMAH

    Untuk pengetahuan anda, saya pernah bekerja di kilang tempat Mia bekerja. Oleh

    sebab itu, saya teramatlah faham dengan tekanan di tempat kerja Mia.

    Pada waktu itu, masalah utama yang Mia hadapi adalah masalah dari segi logistik.

    Setiap hari Mia terpaksa bangun awal. Jika terlewat bangun 5 minit pun, Mia akan

    mula jadi kalut awal pagi itu.

    Setiap hari, Mia perlu keluar dari rumah seawal jam 6.45 pagi. Perjalanan ke tempat

    kerja pula mengambil masa 1 jam 15 minit. Jika nak diikutkan, jarak perjalanan

    sehala hanyalah 40km. Tetapi, disebabkan keadaan, perjalanan ini mengambilmasa yang agak panjang.

    Setiap hari, Mia akan sampai ke kilang sekitar jam 7.55 -8.00 pagi. Jika terlewat satu

    minit sekali pun, Mia akan diberi amaran melalui emel yang sudah di set secara

    automatik. Emel ini akan turut diterima oleh SupervisorMia.

    Jika Mia Punch Card Jam 8.01 pagi. Ini Bermaksud Mia Terlewat Dan Akan

    Menerima Warning Email Dari Syarikat

  • 7/23/2019 nurulhuda (1)

    63/160

    SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA 63

    Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan Atau Persoalan, Sila Hubungi NURULHUDA

    di 010-2603654 / [email protected] / ummirasyiqah.blogspot.com

    63

    Setiap bulan, akan ada dua hingga tiga kali Mia terlewat ke pejabat. Mia pula bukan

    seorang yang suka stayback di kilang lepas waktu kerja. Bagi Mia, kalau boleh

    selepas jam 5.30-5.45 petang, Mia dah nak gerak pulang ke rumah.

    Lagi pun, perjalanan pulang juga akan mengambil masa 1 jam 15 minit.

    Kebiasaannya, Mia hanya akan sampai ke rumah sekitar jam 6.457.00 petang.

    Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi masalah yang terpaksa Mia hadapi ketika

    berada di kilang. Semua masalah di tempat kerja ini sedikit sebanyak memberi

    tekanan kepada Mia.

    Semua masalahini memberi motivasi yang kuat kepada Mia untuk lebih berjaya

    dalam bisnes yang Mia ceburi. Lagi cepat Mia berjaya dalam bisnes, lagi mudah.Lagi cepat Mia boleh berhenti kerja.

    Ini impian Mia. Nak buat bisnes dari rumah dan dapa