novel timulak kapal perang

9
Novel Timulak Kapal Perang Tema Tema bagi novel Timulak Kapal Perang ialah perjuangan menetang penjajahan Inggeris untuk membebaskan bangsa dan tanah air. Andayu bersama-sama rakan-rakannya telah bekerjasama dengan Paduka Mat Salleh berjuang membebaskan bangsa dan tanah airnya daripada penjajahan Inggeris semasa campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Andayu yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta beranidan tabah tetap meneruskan perjuangan bersama Paduka Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menentang penjajah Inggeris walaupun ayahnya menentang perjuangannya itu. Persoalan Salah satu persoalan novel Timulak Kapal Perang ialah semangat juang yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Andayu lebih rela menentang pendirian ayahnya yang bekerjasama dengan Inggeris kerana dia tidak rela tanah airnya dijajah oleh Inggeris. Selain itu,terdapat persoalan tentang semangat cinta akan tanah air dengan rela berjuang bermati- matian dan berani menentang Inggeris walaupun terpaksa berkorban nyawa. Sebagai Contoh, Andayu, rakan-rakannya dan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh menentang Inggeris dan rela berkorban nyawa untuk tanah air mereka.

Upload: gan-ming-jiang

Post on 24-Jun-2015

651 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Bahagian D : Novel (10 markah)

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Tema

Tema bagi novel Timulak Kapal Perang ialah perjuangan menetang penjajahan Inggeris untuk membebaskan bangsa dan tanah air. Andayu bersama-sama rakan-rakannya telah bekerjasama dengan Paduka Mat Salleh berjuang membebaskan bangsa dan tanah airnya daripada penjajahan Inggeris semasa campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Andayu yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta beranidan tabah tetap meneruskan perjuangan bersama Paduka Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menentang penjajah Inggeris walaupun ayahnya menentang perjuangannya itu.

Persoalan

Salah satu persoalan novel Timulak Kapal Perang ialah semangat juang yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Andayu lebih rela menentang pendirian ayahnya yang bekerjasama dengan Inggeris kerana dia tidak rela tanah airnya dijajah oleh Inggeris.

Selain itu,terdapat persoalan tentang semangat cinta akan tanah air dengan rela berjuang bermati-matian dan berani menentang Inggeris walaupun terpaksa berkorban nyawa. Sebagai Contoh, Andayu, rakan-rakannya dan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh menentang Inggeris dan rela berkorban nyawa untuk tanah air mereka.

Tambahan pula, persoalan penindasan penjajah Inggeris juga didapati. Penjajah Inggeris memaksa penduduk kampung menggunakan Pangkalan Sungai Sugut. Apabila penduduk enggan menuruti perintah mereka, mereka akan ditangkap, ditindas, dan diseksa.

Seterusnya, persoalan lain ialah golongan yang tidak cinta akan tanah air. Bapa Andayu dan beberapa orang tempatan yang menyokong dan bekerja dengan pihak Inggeris digolongkan sebagai pengkhianat bangsanya sendiri.

Akhirnya, terdapat juga persoalan keberanian menentang musuh. Contohnya, Andayu berani mengintip pergerakan Inggeris yang menawan Pak Cik Tidung sampai ke Pulau Gaya.

Page 2: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Watak Sampingan

Salah satu watak sampingan ialah bapa Andayu. Dia seorang duda yang bekerja sebagai pegawai pembantu pemungut cukai. Isterinya meninggal dunia ketika melahirkan Andayu. Dia akhirnya mati kerana dipatuk ular.

Bapa Andayu seorang yang penyayang. Dia terlalu menyayangi Andayu kerana Andayu satu-satu anak gadisnya. Walaupun Andayu tidak mahu menurut kehendaknya, akhirnya dia akur dengan pendirian Andayu itu. Baba Andayu juga merupakan seorang propenjajah. Dia sanggup menggadaikan maruah diri untuk bekerja sebagai pembantu pemungut cukai Inggeris.

Watak yang lain ialah Paduka Mat Salleh. Beliau seorang Penghulu di daerah Inanam, Sabah. Beliau ayah kepada Paduka Halipan dan isterinya bernama Dayang Bandan, seorang puteri bangsawan Sulu.

Paduka Mat salleh seorang yang bersemangat patriotik. Beliau mengetuai pasukan sukarelawan mentang Inggeris di daerah Inanam, Sabah. Beliau juga seorang yang bijaksana. Dia mengarahi pengikutnya pulang ke Inanam sebagai langkah berjaga-jaga daripada diserang oleh Inggeris. Sangkaannya tepat apabila penduduk kampong diserang oledh Inggeris.

Page 3: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Latar Tempat

Berdasarkan novel Timulak Kapal Perang, terdapat latar tempat di Pulau gaya. Di sini menjadi tempat serangan pejuang Paduka Mat Salleh ke atas Inggeris untuk menyelamatkan Pak Cik Tidung.

Selain itu, pangkalan Sungai Sugut juga merupakan suatu latar tempat. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya dengan pegawai Inggeris kerana mereka membantu pedagang yang dipaksa membayar cukai.

Tambahan pula, terdapat latar tempat di anjung rumah Paduka Mat Salleh. Di sinilah berlakunya pertelingkahan antara Pak Cik Tidung dengan Paduka Mat Salleh.

Seterusnya, kubu di lereng Gunung Kinabalu juga merupakan latar tempat. Di sini, Inggeris dengan bersenjatakan meriam dan senapang telah menyerang pejuang-pejuang Paduka Mat Salleh.

Akhirnya, terdapat juga latar tempat di daerah Mengkabung. Daerah ini diserang oleh Inggeris semasa para pejuang bertempur di Pulau Gaya akibatnya rumah dibakar, kanak-kanak dan wanita dibunuh.

Page 4: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Latar Masa

Dalam novel Timulak Kapal Perang terdapat latar masa bagi waktu subuh. Peristiwa yang berlaku ialah Andayu dan Mak Cik Mala pergi mencari babanya di pusara ibu setelah babanya tidak pulang ke rumah selepas perbalahan dengan Andayu.

Selain itu, latar masa bagi waktu pagi juga didapati. Peristiwa yang berlaku ialah pertengkaran dan perbalahan antara Paduka Mat Salleh dengan jurubahasa ketua pemungut cukai pihak Inggeris kerana keenganan beliau menurut kehendak Inggeris supaya membayar cukai..

Tambahan pula, latar masa bagi waktu tengah hari ialah pertelingkahan antara Pak Cik Tidung dengan Paduka Mat Salleh kerana tidak sabar untuk bertindak balas atas kezaliman Inggeris.

Seterusnya, terdapat latar masa bagi waktu senja. Peristiwa yang berlaku ialah kawan-kawan Andayu memberitahu pemergian Andayu ke Pulau gaya dan peristiwa penawanan Pak Cik Tidung kepada Paduka Mat Salleh dan pengikutnya.

Akhirnya, latar masa bagi waktu malam juga didapati. Peristiwa yang berlaku ialah Inggeris menyerang kampung di daerah Inanam dan Mengkabung. Ramai penduduk terkorban dan banyak rumah terbakar.

Page 5: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Latar Masyarakat

Dalam novel Timulak kapal Perang, terdapat latar masyrakat peribumi Sabah. Nama watak seperti Andayu, Pak Cik Tidung, Halipan, Unong, Sirah, Surih merupakan nama yang lazim dari Sabah. Paduka Mat salleh merupakan tokoh sejarah.

Selain itu, terdapat juga latar masyarakat kampung. Penduduk kampung hidup dalam adat yang kukuh dan mengamalkan semangat bekerjasama. Mereka patuh kepada ketua, iaitu Paduka Mat Salleh.

Tambahan pula, terdapat latar masyarakat mengamalkan ekonomi tradisional. Penduduk kampung seperti Mak Cik Mala menanam padi huma, menangkap ikan, dan membuat gula tebu secara kecil-kecilan.

Seterusnya, terdapat juga latar masyarakat yang masih mengamalkan politik tradisional. Penduduk kampung memilih seorang ketua daripada golongan mereka yang berketuraunan bangsawan.

Akhirnya, masyarakat penjajah Inggeris digambarkan orang yang bengis dan tidak berperikemanusiaan. Mereka berlindung di bawah pertubuhan Syarikat British Borneo Utara dan mereka mempunyai kota di Pulau Gaya.

Page 6: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Nilai

Dalam novel Timulak Kapal Perang terdapat nilai ketabahan. Contohnya, Andayu berani mengintip pergerakan Inggeris yang menawan Pak Cik Tidung sampai ke Pulau Gaya.

Selain itu, terdapat nilai bijak. Contohnya, Paduka Mat Salleh mengarahi pengikutnya pulang ke Inanam sebagai langkah berjaga-jaga daripada diserang oleh Inggeris. Sangkaannya tepat apabila penduduk kampong diserang oledh Inggeris.

Tambahan pula, terdapat nilai murah hati. Haji Utih seorang pedagang gula tebu yang kaya tetapi dia sering menghulurkan bantuan makanan kepada pasukan sukarelawan.

Seterusnya, nilai patriotisme didapati. Sebagai contoh, Andayu, rakan-rakannya dan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh menentang Inggeris dan rela berkorban nyawa untuk tanah air mereka.

Akhirnya, nilai terakhir ialah bekerjasama. Andayu sering bergotong-royang dengan penduduk kampung. Mereka menuai dan menumbuk padi huma bersama-sama.

Page 7: Novel Timulak Kapal Perang

Novel Timulak Kapal Perang

Pengajaran

Dalam novel Timulak Kapal Perang, terdapat pengajaran seperti kita mestilah bersemangat patriotik. Contohnya, Paduka Mat Salleh, Andayu dan pengikutnya mempunyai semangat patriotik yang kuat dan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Selain itu, kita mestilah berani. Contohnya, Andayu berani mengintip pergerakan Inggeris yang menawan Pak Cik Tidung sampai ke Pulau Gaya.

Tambahan pula, kita mestilah bekerjasama. Sebagai contoh, Andayu sering bergotong-royang dengan penduduk kampung. Mereka menuai dan menumbuk padi huma bersama-sama.

Seterusnya, kita mesti mempunyai maruah diri. Contohnya, Pak Cik Tidung masih mempunyai maruah ketika diseksa di Pulau Gaya. Walaupun diseksa, dia tetap tidak menyerah.

Akhirnya, kita hendaklah belas kasihan.