novel 6 20 nilai latar pengajran

Upload: rahani-abas

Post on 14-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Novel 6 20 Nilai Latar Pengajran

    1/2

    Novel 6.20-Nilai dan PengajaranNILAI

    i. Nilai kasih sayangContoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yangdikatakan mengalami tekanan perasaan.

    ii. Nilai prihatinContoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantungdan rawatan kulit Ehsan.iii. Nilai setiakawanSukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaituJerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

    iv. Nilai tanggungjawabContoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulanwalaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.v. Nilai saling menghormatiContoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika

    mereka berkunjung ke rumahnya.vi. Nilai kejujuranContoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandardan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

    vii. Nilai pengorbananContoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.

    viii. Nilai patriotikContoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yangakan menggugat keamanan negara.

    ix. Nilai keimananContoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

    x. Nilai kecintaanContoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisiwalaupun mereka merupakan golongan remaja.

    xi. Nilai kerjasamaContoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahlikumpulan WX2.xii. Nilai rasional

    Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatanKelab WX2.

    PENGAJARANi. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita

    Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yangberkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

    ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luarContoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalamkehidupan merekaContoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihanhidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.

  • 7/30/2019 Novel 6 20 Nilai Latar Pengajran

    2/2

    iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawanContoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baikmereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

    iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiriContoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan diluar negara.

    v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanahContoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusijawatankuasa di kampungnya.

    vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat IslamContoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umatIslam.

    vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran

    Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untukmenyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambahlagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

    viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negaraContoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripadaterus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

    Latar Masyarakati. Masyarakat pelajar universiti.Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan

    Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.

    ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulanWX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakankumpulan tersebut.

    iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.

    iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan

    Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikutbertindak ganas.

    v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untukmenyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambahlagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

    vi. Masyarakat yang berdikari.Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untukmenyara kehidupan.

    vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkankebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Bara