nota- tarbiyyah islam dan madrasah - versi 2008

Upload: arkibtarbiah

Post on 06-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    1/8

    Tarbiyyah Islam dan Madrasah Al-BannaBuku Oleh: Dr. Yusof Al-Qaradhawi Ringkasan oleh: Pustaka Kita, Rep.

    Ireland 2008

    Suatu taaruf kehebatan Aspek tarbiyyah Ikhwan al-Muslimin

    Muqaddimah

    Keadaan umat dan negara umat Islam pada awal abad ke 20

    Politik di jajah dengan teruk

    Sosial dan undang-undang barat. Lahir manusia muslim berfikiransekular.

    Kelahiran IM telah banyak merubah landscape pemikiran umat Islamsejak 90 tahun dulu.

    Banyak aspek perubahan dan istimewa yang paling menunjul ialahtarbiyyah dalam IM.

    Terbukti madrasah IM berjaya lahirkan sekumpulan manusia yang hebat,faham, syumul dan bekerja betul-betul untuk Islam.

    Apa faktor berjaya tarbiyyah IM?1. Iman benar-benar kepada cara tarbiyyah. Satu-satu cara untuk merubah

    dunia. Memang lambat tapi paling terjamin. Perlu iradah qawiyyah. Itulahcara Nabi saw.

    2. Manhaj tarbawi yang jelas dengan hadaf, khutuwat, marhalah, sarana dllsemuanya dari Quran dan Hadis.

    3. Suasana tarbiyyah dalam suasana jamaI yang positif.4. Pimpinan yang beriman, berbakat dan berpengalaman, yakin dan

    bercakap dari hati. Spt Dinamo dan hati yang hidup.5. Kumpulan murabbi yang ikhlas, sanggup kerja dan mempengaruhi. Dari

    pelbagai lapisan profesion masyarakat.6. Wasilah/Sarana tarbiyyah yang pelbagai:

    a. Fardiyyah, jamaaiyyah, teori praktikal, fikrah dan emosi.b. Ceramah, diskusi, seminar, nyanyian, hafalan dllc. Usrah, katibah dll

    Tarbiyyah berbeza melahirkan orang yang berbeza (spt. Lembuternakan).

    Tarbiyyah tradisional zaman khalifah berbeza dari tarbiyyah zamankekuasaan tamaddun barat

    Tarbiyyah melahirkan individu baik sahaja beza dgnmenyerah takdirdengan suasana ummat masakini.

    Ciri-ciri Tarbiyyah IM pada:

    Rabbani,

    Syamil

    Serasi dan tawazun,

    Positif dan membina,

    Persaudaraan dan kesetiakawanan.

    Beridentiti dan berdikari.

    1

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    2/8

    CIRI 1: Rabbani

    Paling menonjol dan terlekat erat kerana itu adalah matlamat dakwah.

    Iman sebenar bukan falsafah kalamiyyah, bukan perasaan sufiyyah,bukan tekun ibadah si-zahid semata. IM satukan semua itu.

    Iman hati, kata-kata dan amalan di mana-mana juga (masjid, kedai,pasar, padang dll) dan bila-bila juga.

    Paksi tarbiyyah adalah hati yang hidup tempat letak iman...Kerana itu tarbiyyah Ikhwanul Muslimin bertujuan menghidupkan hati

    supaya ia tidak mati, memperbaikinya sehingga ia tidak rosak danmemperhalusnya sehingga ia tidak menjadi kasar dan keras

    Tanda hati hidup merasai dan sensitif

    Nabi sentiasa berlindung dari hati yang tidak khusyuk.

    Hati yang hidup akan merasai mudah segala susah di jalan Allah.

    Hati manusia sama dengan tubuhnya, memerlukan tiga perkara:o pemeliharaan supaya ia selamat dari cinta dunia, pandang

    rendah akhirat. (3:14-15) dari nafsu.o makanan supaya ia hidup dan

    o pengubatan supaya ia sihat.

    1.Pemeliharaan hati:o IM jadikan slogan Allah ghaatuna.

    o IM jadikan ikhlas rukun baiah kedua.o Penyakit bahaya dalam dakwah ialah inginkan nama, kedepan,

    jawatan.o IM melahirkan ribuan jundiyy yang tak dikenali.

    "Orang-orang baik yang bertakwa yang tak dikenal, bila mereka tidak hadirtidak dicari-cari dan jika mereka hadir maka mereka tidak dikenal orang."

    2.Makanan hati:

    Hubungan terus dengan Allah banyakkan ibadah khusus yang sunni.Penekanan:

    1. Sunnah dan jauhi bidah2. Utamakan fardhu3. Tekankan solat jamaah4. Galakkan perkara sunat lahir sowwam dan qawwam. Suara semasa

    di medan Sinai: "Wahai anda yang lelap tenggelam di peraduannya,Bangunlah, ingatlah Yang Hidup, Yang Tidak Pernah Tidur, Tuhanmumemanggilmu untuk ingat kepadanya. Sedang anda terlena olehkenyenyakan tidur. "Al-banna tulis buku Munajat.

    5. Biasakan zikir wirid harian Quran dan al-mathurat. Mengutamakanzikir mathur dari yang lain kerana 3 sebab.

    IM mengadakan jadual muhasabah untuk ahlinya.

    Kekuatan iman menjadikan mereka pasrah dan tidak berganjak semasa diujidengan dahsyat di penjara-penjara, dibunuh, dihalau, dibuang kerja dandipaksa kerja berat.

    IM tidak berdendam dengan penyeksa mereka kerana tarbiyyah mereka

    tidak mengajar mereka begitu. Mereka mampu melakukannya.

    2

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    3/8

    Tetapi tidak lah bermakna semua mereka berada di tahap hebat yang sama.Cuma ramai yang berdosa akan merasa dosa dan cepat-cepat bertaubat.(kesah seorang pemuda).

    CIRI 2 : SYUMUL DAN LENGKAP

    Penekanan satu aspek dalam tarbiyyah tentera, falsafi, sufi danpembaikan sosial.

    Tarbiyyah Islam mesti lengkap:Aqal :

    Aqal tempat taklif

    Berfikir adalah ibadah

    Iman taqlid tidak di terima.

    Rukun faham di dahulukan dari ikhlas, amal, jihad dll kerana tiada gunaamal tanpa faham.

    Kewajiban tarbiyyah akal dalam IM:o semua orang wajib mempelajari ilmu untuk betulkan aqidah,

    ibadah dan akhlaqnya.o Mengetahui segala anasir yang memberi pengaruh pada

    sekelilingnya.o Mengenali semua jenis manusia di kekelilingnya termasuk siapa

    musuh, jenis-jenis orang islam dan orang yang maslahi.o Pemahaman Islam IM adalah fikrah baru dan lama. Baru kerana

    tidak di kenali orangramai. Lama kerana ia adalah asal dari salaf.Membawa kepada usul 2:Al-Quran yang mulia dan sunnah yang

    suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahuihukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedahbahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan danterlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suciadalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

    o Asas kajian IM adalah quran, hadis yang sahih dan seerah. Fiqh

    berasas sunnah Fiqh Sunnah.o Kajian dalam usrah tekankan ilmu dan pemahaman. Melahirkan

    orang yang hebat dalam ilmu Islam dari bukan latarbelakangagama.

    Hasil madrasah melahirkan generasi baru dalam bidang ilmu Islam.

    Akhlaq dan jiwa:

    Manusia berubah dari sini umpama tongkat rel keretapi.

    Pembentukan bangsa dan umat hanya dengan kekuatan jiwa:Iradah kuat yang tidak goyah, wafa yang utuh yang tidak berubah dantidak khianat, tadhiyyah yang tak dapat dihalangi oleh nafsu tamak danbakhil, marifah prinsip, meyakininya dan menghormatinya, yangmenjauhkan diri dari kesalahan, penyimpangan dan tertipu dengan yanglainnya.

    Kejatuhan umat adalah kerana kerosakan jiwa; hadis al-wahn.

    Kata-kata al-Hudhabi:"Dirikanlah negara Islam dalam hatimu, niscaya ia akan berdiri di

    negerimu."

    3

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    4/8

    ..rahsia setiap perjuangan yang berjaya terletak pada persiapan jiwa, pembentukan perasaan danpendidikan akhlak, yang merubah sikap peribadi peribadi lalu dengan jalan itu berubahlah

    masyarakat..Akhlak yang perlu ditekankan dalam tarbiyyah:1. Sabar.2. Thabat: 'Yang saya maksudkan dengan thabat ialah seorang anggota harus

    tetap bekerja keras untuk mencapai tujuannya betapapun panjangnya masatahun berganti tahun, sehingga ia berjumpa dengan Allah (wafat) dalamkeadaan demikian. Waktu sebahagian dari ubat. Penyakit kita ialah tidak sabardalam mengubat masyarakat.3. Amal : yakin kejayaan untuk Islam. Tidak putus asa kerana ia adalah sifatkafir (12:87). "Sesungguhnya realiti hari ini adalah mimpi semalam. Mimpi hariini akan menjadi realiti di hari esok."4. Sedia berkorban: dimaksud dengan kesediaan berkorban ialah seseoranganggota tidak kikir tenaga, harta dan waktu untuk dakwahnya. Dia tidakmenangguhkan peluang untuk menyebarkannya, memperluas gerakannya,memperkuat da'ie-da'ienya dan membantu anggota-anggotanya dengan jiwa

    dan harta, besar atau kecil. Setiap anggota mempunyai slogan : "Berikanlah,supaya orang lain mendapat faedah; tanamlah supaya orang lain dapatmenuai dan bersusah-payahlah supaya manusia mendapat kesenangan." IMmampu laksanakan semua projek mereka dengan duit ahli sendiri.

    Jasmani dan fizikal:

    Tujuan tarbiyyah fizikal:o Sihat dan jauhi dari penyakit no smoking dan minum penyegar

    yang banyak.o Sihat dan cergas untuk bergerak

    o Tahan semua suasana kasar berkasar2 lah.. dilaksanakanmelalui prog camping, outdoor dll. menjadi bekalan kepadamereka semasa dalam penjara.

    Jihad

    Beza jihad dan tentera

    Fahaman jihad yang hilang dari ummat diremehkan atau dijuzikanmelalui jihad politik semata.

    IM hidupkan balik dengan popularkan melalui ceramah, akhbar, majallah,nasyid, memperingati hari perang dalam Islam, pelajari sirah dan hafalan

    al-anfal. Kesah-kesah hebat jihad IM : Wahab Batanuni dgn ibunya, Hasan al-Towil

    dengan kerbaunya, jawaban Yahudi kepada tawanan IM, berlumba kemedan hingga terpaksa mengundi, gembira bila terkena peluru dll.

    Tapi jihad lebih luas. Kata al-Banna: Yang saya maksudkan dengan jihadadalah: Kewajiban yang berterusan sampai hari kiamat dan inilah yangdimaksudkan dengan sabda Nabi s.a.w. : Barangsiapa yang matisedangkan ia belum berperang dan tidak berniat akan berperang, makaia mati sebagai kematian Jahiliyah. " Tingkatannya yang paling rendahadalah penolakan hati dan yang paling tinggi berperang pada jalanAllah."

    Kemasyarakatan

    Muslim mesti berguna kepada masyarakat

    4

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    5/8

    Hadis tanggungjawab sedeqah dengan pelbagai cara kepadamasyarakat.

    Semua cawangan IM sediakan perkhidmatan masyarakat.

    Kenapa perlu kerja untuk masyarakat:o Termasuk dalam arahan Allah dan amal kebaikan.o Dia sebahagian dari masyarakat.

    o Dakwah dan membina imej dakwaho Ada orang yang hanya mampu dalam aspek tersebut sahaja.

    Politik:

    Politik sebelum IM adalah haram bagi orang agama.

    Badan-badan Islam terang-terang tidak mahukan politik.

    Ucapan IM hampir sama: kami tidak tahu pemecahan ni

    Semua parti-parti politik semasa ada sekular.Beberapa prinsip tarbiyyah siyasiyyah IM:

    Perlu dibebaskan semua tanahair Islam.

    Batas tanahair Islam adalah luas. Semua umat Islam adalah satunationaliti.

    Imam Banna membaca qunut nazilah khusus untuk kemerdekaanumat Islam.

    Memperingati semua sejarah umat Islam

    Mengadakan demonstrasi bantahan

    Markaz IM di Cairo menjadi tempat pertemuan semua ahli dakwahseluruh dunia.

    Menuntut pemerintah melaksanakan sistem Islam.

    Kesedaran kesatuan di kalangan muslimin.

    CIRI 3: POSITIF DAN DINAMIK

    Bergerak dan bekerja dan bukan hanya bercakap.

    Tinggalkan apa yang tidak manfaat dan buang masa.

    Tidak boleh memaki even kepada syaitan hadis larang maki syaitan.

    Al-banna tekankan kerja dan kerja- 7 tingkat yang perlu dicapai sangatbesar dan perlu kerja keras.

    Prioriti IM:

    Kulliyy sebelum juziyy

    Asas sebelum cabangUsul ke 9 : Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepadaamal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Diantara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan makna ayat al-Quran yang masihtidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan melebihkan antarasahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiapdari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dankesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkaraboleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

    Usul ke 8: Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidaksepatutnya menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama,

    5

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    6/8

    juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dan kemarahan antara satusama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jikadilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkanini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantumembantu untuk sampai kepada suatu hakikat dengan syarat tidakmembawa kepada perbahasan cara buruk dan perasaan taasub.

    Ciri-ciri positif IM dalam pesanan:1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan

    di waktu itu.2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah

    orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlahengkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidakberfaedah.

    3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikianitu termasuk syi'ar Islam.

    4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itutidak akan mendatangkan kebaikan.

    5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan denganAllah itu adalah tenang dan mantap.

    6. Jangan suka bergurau(berlebihan), sebab umat yang berjuang tidakmengenal selain kesungguhan.

    7. Janganlah engkau angkat suaramu melebihi yang diperlukan olehpendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

    8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicarakecuali pembicaraan yang baik.

    9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun

    ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cintadan saling kenal mengenal.10. Kewajiban lebih banyak waktu, sebab itu bantulah orang lain untuk

    memanfa'atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan,maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

    Kewajiban IM, mesti tinggalkan kesan di setiap tempat yang dia pergi ataujumpai.

    IM sangat mementingkan penjagaan waktu.

    IM tukarkan penjara-penjara menjadi masjid, sekolah dan universiti,parlimen, kem latihan dan kebun-kebun sayur dan tanaman.

    CIRI 4: KESERASIAN DAN TAWAZUN

    Keseimbangan:

    antara akal dan perasaan,

    antara benda dan ruh,

    antara teori dan praktek,

    antara individu dan masyarakat,

    antara musyawarat dan ta'at,

    antara hak dan kewajiban dan

    antara yang lama dan yang baru.

    6

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    7/8

    Mengambil semua bentuk mazhab dulu (Ahlu Hadis dan Ahlu Ray, ahliKalam dan Ahli Sufi, taqlid dan nas dalam fiqh dll). Usul 7: Setiap muslimyang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukumIslam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorangdari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketikamengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya

    upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerimasegala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihandan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu. Dia jugahendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinyasekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepadaperingkat Ahli-Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya).

    Tidak memandang semua imam-imam adalah betul. Usul ke 6: Setiaporang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yangdatang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allahdan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatan dengan nas,maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah yang lebih utamauntuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk danmemburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandanganmereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing keranamereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan.

    Tawazun dalam memandang keramat dan wali. Begitu juga dalamperkara yang pelik. Usul ke 13: Mencintai, menghormati dan memujiorang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satupendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-orangdimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka

    bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengansyarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka tidakmempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat untuk dirimereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikanperkara seperti itu kepada orang lain.

    Kesimbangan dalam erti tauhid. Usul ke 10: Mengenal Allah Taala,bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarang kekuranganadalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadis sahihyang menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya,kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwildan ta'til. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkarayang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanyamengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatbaginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetapteguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugamaberkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisiTuhan Kami" (Al-Imran).

    Pandangan terhadap bidah yang tawazun: Usul ke 11: Setiap perkarabid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandangelok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada denganmenambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara

    sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaikyang tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu. Dan Usulke 12: Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan

    7

  • 8/3/2019 Nota- Tarbiyyah Islam Dan Madrasah - Versi 2008

    8/8

    ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masihdiperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri.Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil danbukti.

    Tidak menolak tasauf seluruhnya. Ambil yang betul mengikut sunnah.

    Pandangan terhadap masyarakat: mereka adalah Islam tetapi ada

    pelbagai peringkat. Tidak kafir dan mengkafir muslim adalah silap kecualidengan yakin: usul ke 20: Kita tidak akan mengkufurkan orang muslimyang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannyadan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandanganataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakuidengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklumasas agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, ataumentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gayabahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwillagi selain dari kufur.

    Kita tidak memencilkan dari masyarakat tetapi tidak terpengaruh denganmasyarakat.

    Mengambil berat hal dan masalah masyarakat, bersemangat patriotikdan nasionalisma yang betul.

    CIRI 5 : PERSAUDARAAN DAN JAMAAH

    Nama IM adalah mendasar ukhuwwah.Tahap paling tinggi dan rendah dalam ukhuwwah salamatussodr & ithar.Melihat saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya. Kerana jika ia tidak

    bersama mereka, maka ia sekali-kali tidak mungkin bersama orang lain,sedangkan mereka jika tidak bersamanya mereka akan bersama orangselainnyaHebat ukhuwwah bersin di Iskandariah.

    PENUTUPIM juga adalah manusia ada cacat celanya.Tidak dapat menolak manusia yang ingin bersama.Kemampuan mentarbiyyah kadangkala terhad.

    Ada anasir maslahi masuk untuk kepentingan sendiri.

    8