madrasah bandar damai

46

Click here to load reader

Upload: azmanpkwi

Post on 12-Jun-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MADRASAH BANDAR DAMAI

MADRASAH BANDAR DAMAI

ي�م� ح� الر� م�ن� ح� الر� الله� م� ب�س�

PEMELIHARAAN KHAZANAH WARISAN INTELEK

MADRASAH BANDAR DAMAI - 1

Kenali Pondok Madrasah

Sistem pengajian pondok adalah warisan intelek yang kita warisi dari cerdik pandai kita yang silam. Ianya warisan yang masih hidup beroperasi sehingga kini, walaupun pengaruhnya tidak sekuat dizaman keagongannya. Sekarang ini masyarakat Islam mula menunjukkan minat kepada sistem pengajian ini setelah melihat sistem pengajian yang semasa tidak dapat memenuhi beberapa kriteria ilmiah yang penting yang mereka inginkan. Walaubagaimanapun lebih ramai yang melayan pondok dan tokohnya sebagai artifak sejarah. Mereka lebih minat mengkaji pondok dari sudut sejarah, bukannya untuk membangunkan institusi pengajian yang berasaskan pondok.Tok guru-tok guru pondok dimasyhurkan setelah mereka meninggal dunia, sementara masih ramai tok guru yang sedang berkhidmat.

Ramai orang yang berminat dengan sistem pengajian pondok tetapi tidak ramai yang mengenalinya dengan betul. Apa yang mereka lihat adalah pondok-pondok kecil, surau dan pelajar yang rata-ratanya memakai sarung, baju melayu atau berjubah dan berserban. Aktiviti yang berjalan padanya tidak benar-benar kelihatan bagi mereka dan tidak mereka rasakan, malah ramai pelajar pondok sendiri tidak menyedari nilai-nilai pondok yang mereka alami.

Lepasan pondok memang dari dulu hingga sekarang mempunyai kemampuan yang mengkagumkan. Mereka mampu mendalami teks ilmiah berbahasa arab walaupun sebahagian mereka tidak pernah bertemu dengan orang arab apatah pula mendengar kata-kata yang dicampakkan oleh mulut orang arab. Dipertengahan tahun lapan puluhan ketika saya disekolah menengah pernah saya baca satu artikel yang menyebutkan satu isu berkenaan krisis ilmiah : graduan universiti Timur Tengah tidak mampu menguasai bahasa arab demi untuk menggali khazanah ilmiah didalam kitab-kitab turas atau kitab kuning ulamak silam. Disebutkan juga kemampuan pelajar-pelajar pondok dari sudut ini mengatasi mereka. Saya merasa hairan, dan ini adalah salah satu sebab kenapa saya

Page 2: MADRASAH BANDAR DAMAI

menyertai pengajian pondok.

Sistem pengajian yang mampu melahirkan budak kampong memahami teks genius dunia seperti Ihya' Ulumiddin bagi Imam Ghazali, Fathul Wahhab bagi Zakaria Anshari, Tafsir Nasafi dan lain-lain lagi saya kira adalah sistem yang sangat hebat dan berbaloi untuk kita kaji.

Setelah melalui beberapa tahun melalui pengajian dipondok dan membuat sedikit pencapaian saya suka untuk berkongsi pengalaman saya didalam memahami intipati sistem ini. Moga pengalaman yang saya catatkan ini boleh diambil faedah oleh mereka yang cinta kepada dunia pengajian Islam lebih-lebih lagi pelajar pondok dan mereka yang berhasrat menjadi penggiat madrasah pengajian pondok. Diatas dasar ini saya megalu-alukan pandangan dan pengalaman orang lain. Moga sumbangan idea dan pengalaman kita akan dimanfaatkan oleh generasi seterusnya.

Subjek pengajian. Pondok adalah seperti akedemi Islam pada sesebuah universiti. Maknanya tidak diajarkan padanya subjek sains tabi'e, matematik seperti pada bidang pengajian yang lain. Semua subjek yang diajarkan adalah subjek tradisi; nahu, saraf, balaghah, mantiq, fekah, usuluddin, tafsir, hadith, usul fekah, usul tafsir, mustalah hadith dan lain. Diajarkan semua peringkat ilmu dari mengenal alif-ba-ta hingga yang tertinggi.

Pelajar pondok. Pelajarnya juga dari semua peringkat umur. Jika seorang itu sampai keumur bersara dan jahil pada ilmu ugama maka dia boleh menyertai pondok dan belajar membaca quran dan fardhu 'ain, jika dia lepasan universiti dan merasakan ada penambahan ilmiah untuknya dipondok maka dia boleh juga menyertai pondok dan dia pasti akan mendapat tambahan ilmu. Tidak ada satu institusi ilmu yang menerima pelajar dari peringkat rendah hingga yang tertinggi. Semua yang berniat untuk belajar dan beribadat diterima dipondok. Ini kerana konsep pengajian pondok adalah khidmat bukan semata-mata melahirkan orang yang cemerlang ilmunya, seperti institusi pengajian formal.

Pengajian Bahasa Arab

Faktor sebenar pada penguasaan subjek-subjek yang diajarkan dipondok adalah penguasaan bahasa arab terutama sekali di pondok yang banyak menggunakan teks arab. Siapa yang menguasai bahasa arab dia menguasai subjek-subjek lain. Maka ia akan dibincangkan disini. Subjek-subjek lain bersifat kefahaman, tidak seperti nahu-saraf, ianya ilmu kaedah yang rumit difahami dan digunakan. Proses pembinaan bahasa arab adalah yang paling rumit dan susah difahami, bagaimana membentuk seorang pelajar memahirkan pembacaan tulisan arab tanpa pernah bertemu dengan orang arab, kerana itu saya lebih memfokaskan kepada bahasa arab.

Jika anda seorang lepasan pondok atau mengenali seorang dari mereka anda maklum sangat bahawa lepasan pondok tidak boleh atau tidak mahir bercakap arab. Mereka boleh faham apa yang orang cakap tapi tidak dapat membalas dengan bahasa arab. Adakah ini bermakna mereka tidak menguasai bahasa arab? Saya pernah mengutarakan kelemahan

Page 3: MADRASAH BANDAR DAMAI

saya yang tidak mahir berbahasa arab kepada seorang kenalan dari Cameroon, katanya "tidak mengapa, itu perkara biasa, ada orang yang boleh bercakap tapi tidak boleh membaca, dan ada orang yang boleh membaca tapi tidak boleh bercakap". Dengan mudah kita boleh terima kata-katanya itu.

Hakikatnya bahasa ditulis sepertimana ia dituturkan. Pada hemat saya kemahiran membaca lebih penting dari kemahiran bercakap dalam konteks mendapatkan ilmu. Melatih seorang yang mahir membaca untuk mahir bertutur lebih mudah dari sebaliknya.

Dari pengalaman saya subjek bahasa arab tidak diajarkan hampir disemua pondok, jika adapun sangat asas. Apa yang ada adalah subjek nahu dan saraf yang diajarkan dengan cara yang sangat intensif sehinggakan seorang pelajar yang rajin menghabiskan dua-tiga jam sehari belajar dan mengulang kajinya. Peringatan dan nasihat sentiasa diberikan oleh tok guru dan senior agar memahirkan kedua ilmu ini jika mahu mendapat ilmu atau menguasai ilmu-ilmu lain. Ini cukup untuk membina daya juang seorang pelajar dalam mengausai kedua ilmu ini.

Bahasa pada dasarnya adalah kemampuan bekomunikasi dengan lafaz, nahu-saraf adalah peraturan bahasa, maka keduanya hanya berfaedah apabila diletakkan pada bahasa, malah tujuan keduanya adalah untuk mengawal bahasa dari salah silap yang mengakibatkan salah pada penyampaian maklumat.

Jika tidak diajarkan subjek bahasa arab maka dari mana didapati bahasa itu? Dipondok bahasa arab diambil dari teks pengajian berbahasa arab, dari semua subjek seperti fekah, tauhid, tafsir dan hadith. Pelajar mempelajari bahasa arab serentak dengan dia mempelajari fekah atau selainnya. Jika seorang itu melalui lapan jam sessi pengajian sehari bermakna dia telah berada didalam persekitaran bahasa arab selama lapan jam. Oleh itu bahasa arab dipondok adalah bahasa penulisan ilmiah yang tulen yang dipanggil juga bahasa "fusha".

Pelajar pondok tidak belajar bahasa untuk bertutur tetapi untuk menggali khazanah ilmu yang ada didalam kitab-kitab turas karangan ulamak agong. Ini kerana kurangnya tuntutan keadaan untuk kita bertutur didalam bahasa arab. Walaupun tidak mampu bertutur satu kelemahan setidak-tidaknya mereka telah melakukan yang terbaik serta keadaan mereka yang serba kekurangan dan sedikitnya bantuan belajar.

Realiti bahasa arab di pondok.Bahasa arab yang dikuasai oleh pelajar pondok adalah bahasa ilmiah tulen seperti yang saya katakan tadi, walaubagaimanapun ia ketinggalan zaman dari segi gaya bahasanya, berbanding bahasa arab semasa. Ini kerana teks yang dijadikan sumber bahasa mereka ada yang berumur seribu tahun. Adalah sangat baik untuk mempelajari bahasa arab dari sumber aslinya iaitu al Quran dan teks-teks lama kerana padanya terdapat ketulenan bahasa yang menjadi asas bahasa semasa, masaalahnya adalah bagaimana kita yang hidup pada zaman ini tidak terdedah dengan bahasa semasa. Ini pastinya suatu yang mengecewakan.

Page 4: MADRASAH BANDAR DAMAI

Kelemahan ini mengurangkan kemampuan pelajar pondok mendapatkan maklumat dari media cetak dan siaran semasa, juga kurang menerima bahan cetak ilmiah yang dikarang oleh ulamak semasa. Akibatnya kurang terdedah dengan perkembangan ilmiah zaman ini.

Masaalah ini sebenarnya bukan besar bagi mereka yang bahasanya bertunjangkan nahu-saraf yang kemas. Dengana sedikit inisiatif sendiri dia hanya memerlukan kamus dan bahan bacaan yang sesuai, buku, akhbar, komik dan sebagainya. Didalam sebulan dua kemajuan bahasanya sangat dirasakan. Saya sendiri telah melalui keadaan ini.

Kelancaran bertutur hanya dapat dihasilkan dengan latihan bertutur, ini sukar dicapai disini kerana tidak ujudnya persekitaran yang menuntut kita bertutur dengan bahasa arab. Jika kita telah menguasai bahasa penulisan maka pergi sahaja ketanah arab dan bergaul dengan mereka yang berbahasa arab, banyak mendengar dan membaca terutama komik. Saya pernah berada ditanah arab selama enam bulan. Sesetengah orang yang saya temui tidak percaya saya baru tiga empat bulan berada ditanah arab dan bahawa saya belajar bahasa arab di Malaysia.

Pendekatan belajar. Belajar bahasa arab dengan pendekatan bertutur disini peluang untuk berjaya nipis. Saya katakan ini kepada rakan-rakan lulusan universiti di timur tengah. Hujah saya "engkau sendiri tujuh tahun di Mesir tidak pandai bercakap arab". Berapa orang sahaja lulusan timur tengah yang mahir berbahasa arab. Bahasa Ingeris pun ramai graduan yang tak fasih berkomunikasi menggunakannya. Satu pihak yang lain kita boleh mahir membaca tulisan arab dengan belajar disini. Pondok telah membuktikannya. Lagi satu hal bahasa penulisan lebih asli dan berkualiti dari bahasa percakapan. Proses pembinaan ilmu lebih memerlukan kemahiran membaca dari bercakap.

Pelan belajar bahasa arab di PondokPada asasnya untuk mahir membaca teks arab sangat mudah. 1- hafal kaedah, 2- faham kaedah 3- belajar menggunakannya.

Ilmu Nahu. Pengajian nahu perlu kepada sekurang-kurangnya dua peringkat. Peringkat asas dan peringkat sederhana. Selepasnya peringkat tinggi, untuk pelajar yang tegar.

Nahu Tahap Asas : beberapa teks yang seolah-olah wajib digunakan; Matan Ajrumiah, Mukhtasar Jiddan, Kafrawi dan Syeikh Khalid.

Matan Ajrumiah adalah teks nahu paling asas dan paling popular. Ia mengandungi dua puluh bab asas ilmu nahu, disampaikan dengan bahasa yang paling ringkas dan mudah difahami dan dihafal. Seorang pelajar yang sederhana bijak boleh mempelajari memahami dan menghafalnya didalam empoh sebulan.

Selepas itu pelajaran ditingkatkan kepada teks berikutnya yang sebenarnya adalah syarah bagi Ajrumiah dan latihan menggunakan kaedah-kaedahnya. Tidak ada bab tambahan pada kesemuanya.

Page 5: MADRASAH BANDAR DAMAI

Belajar matan, khatam dengan cepat. Logiknya didalam pembinaan ilmiah. Adalah sangat penting dia mempelajari matan iaitu teks asas yang kecil dan cepat khatamnya. Ini kerana selepas proses itu dia telah mengetahui semua unsur-unsur asas sesuatu disiplin ilmu, disini ilmu nahu, dan telah mendapat gambaran menyeluruh tentang ilmu yang dipelajarinya. Selepas ini, jika kita mengajarkan teks fekah sebagai contoh maka jika telah dapat menerangkan semua aspek-aspek nahu yang penting didalam memahami struktur ayat, dan dapat melatih mereka menggunakannya ketika membaca. Maka proses pengajian dan penerangan dapat berjalan dengan lancar selepas sebulan. Konsep ini juga digunapakai pada subjek lain.

Keadaan ini tidak ujud disekolah, dimana dua puluh dua bab asas nahu itu dibahagikan kepada lima tahun. Maka pada tahun ketiga ketika sessi pengajian berjalan kita tidak dapat menerangkan aspek nahu bab tamyiz kerana ia diajarkan pada tahun keempat dan bab mubtada pula mungkin pelajar telah lupa kerana diajarkan pada tahun pertama. Bagaimana, sedangkan kesemua kaedah ini perlu digunakan serentak, kadang-kadang dua atau tiga aspek nahu ujud didalam satu ayat. Maka proses memahami teks arab pada subjek seperti fekah tidak berjalan lancar. Dengan keadaan ini peluang sangat tipis.

Sepatutnya disekolah menengah tahun satu mengkhatamkan Matan Ajrumiah, Matan Bina dan Tasrif. Sebelum khatam tiga kitab ini sia-sia sahaja belajar teks arab.

Satu perkara yang saya nampak perlu ada adalah perlunya pada peringkat ini teks nahu didalam bahasa Melayu sebagai rujukkan, kerana pada peringkat ini penerangan sangat perlu kepada kefahaman yang tepat, sedangkan pelajar baru masih lemah bahasa arabnya, maka bagaimana dia dapat mengulangkaji sendiri. Teks nahu berbahasa Melayu cukup sekadar dijadikan bahan rujukkan, dan latihan.

Nahu tahap sederhana. Teks yang biasa digunakan seperti Mutammimah al Ajrumiah, Azhari, Qatrun Nada dan Syuzur Zahab. Pada teks-teks ini bab yang sama dipelajari tetapi dengan bahasan yang lebih meluas. Disamping itu beberapa bab ditambahkan sebagai pelengkap kaedah-kaedah asas. Dengan melalui tahap ini kemampuan seorang pelajar telah sangat cukup untuk membaca dan menulis tulisan arab, yang perlu hanyalah latihan. Teks yang diatas daripada ini seperti Syarah Ibnu 'Aqil saya kirakan tahap tinggi.

Kesemua teks yang disebutkan boleh dipelajari secara intensif didalam masa empat tahun seiringan dengan subjek lain.

Ilmu Saraf.Saraf disifatkan oleh para ulamak sebagai ibu ilmu. Siapa yang mahir pada mentasrifkan fe'el luas pengetahuan bahasanya, sementara nahu bapa ilmu.

Teks yang biasa digunakan adalah : kitab Tasrif, Matan Bina wal Asas, Matan 'Izzi, Matan Maqsud dan Syarah kailani. Semua teks ini cukup bagi kita untuk membaca kitab-kitab ilmiah.

Saraf sebagai ibu ilmu adalah kenyataan yang sangat benar kerana ilmu dibina diatas

Page 6: MADRASAH BANDAR DAMAI

kemahiran bahasa, bahasa itu adalah ayat-ayat yang dibina dari perkataan-perkataan, maka nahu membincangkan ayat atau susunan perkataan sementara saraf membincangkan perkataan yang tunggal. Maka saraf lebih asas kerana ia membincangkan perkataan yang menjadi elemen bagi membina ayat.

Setiap perkataan perlu diketahui asal usulnya dan pecah-pecahannya. Pecah-pecahan perkataan yang diistilahkan sebagai tasrif adalah seperti sifir kali-kali pada pengajian matematik.

Saya dapati ramai pelajar yang tidak menyedari hal ini dan kurang memberikan penekanan kepada saraf, akibatnya mereka kurang lancar membaca teks arab.

Beza bahasa arab dengan bahasa lain. Ahli-ahli bahasa arab akhir-akhir ini mengeluarkan teori; tidak perlu menekankan kaedah nahu dan saraf didalam pembelajaran bahasa arab. Apa yang penting adalah ingat seberapa banyak makna perkataan, bila kita punya perbendaharaan kata yang luas maka kita mudah menggunakannya membina ayat. Saya rasa pendapat ini akibat dari kegagalan dari memahami sifat semulajadi bahasa arab itu sendiri. Jadi teori ini saya kira tidak mampu bertahan walaupun dengan penilaian diatas kertas. Mungkin kena pada bahasa Melayu atau selainnya.

Tulisan arab tidak menggunakan system huruf vokal untuk menghasilkan bunyi, tidak seperti bahasa dunia lain. Untuk membunyikan huruf-huruf yang selain huruf akhir perlu kepada kaedah yang dibincangkan didalam ilmu saraf. Huruf-huruf " - د- ي tidak tentu "زberbunyi "د�� ي �د�" ia mungkin berbunyi ,"ز� ."زي

Ia juga mempunyai perubahan baris pada akhir kalimah yang dipanggil "i'rab" disebabkan oleh sebab yang tertentu dan menunjukkan makna yang tertentu. Huruf akhir �د" ي Semuanya diketahui ."زيد�" atau "زيد�ا" atau "زيد�" mungkin dibunyikan dengan "ز�dengan mempelajari kaedah-kaedah nahu yang halus.

Dengan cara yang mudah saya katakan : jika kita tidak menggunakan dua kaedah ini kita tidak membunyikan sesuatu perkataan dengan betul. Kedua-dua unsur ini tidak ujud atau kurang berperanan pada bahasa lain setakat yang saya tahu. Kesilapan pada dua aspek bahasa arab ini pastinya mengakibatkan salah pada memahami maksud atau menyampaikan maksud. Jika kita tidak punya ketepatan pada hal bahasa maka kita lebih merosakkan dari membina. Lebih bahaya pada masaalah halal dan haram.

Orang arab tidak memerlukan sangat kaedah-kaedah ini kerana mereka bercakap dengan naluri arab sama seperti kita bercakap dengan bahasa ibunda kita. Namun bila mereka hendak mendalami ilmu wahyu mereka akan mendalami dulu ilmu bahasa mereka dengan mendalami nahu-saraf dan ilmu-ilmu bahasa yang lain.

Aplikasi kaedah nahu saraf. Memahami dan mengingati kaedah satu perkara, menggunakannya didalam bacaan atau tulisan atau percakapan satu perkara yang lain. Justeru kita boleh temui orang yang ingat dan faham kaedah tetapi tidak mampu membaca dengan baik. Ini kerana yang pertamanya kita perlu latihan membaca atau

Page 7: MADRASAH BANDAR DAMAI

menulis dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut. Keduanya ianya melibatkan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis, untuk boleh membaca maka kita mesti punya sedikit sebanyak ilmu kadar dapat membayangkan apa yang disampaikan oleh penulis, kerana makna dan nahu itu dua yang berlaziman, untuk betul nahu mestilah betul makna, begitu juga sebaliknya.

Kitab Jawi. Pentingnya kebolehan membaca arab tidak terhad pada kitab arab, ianya juga untuk membaca kitab jawi, kerana kitab jawi sebenarnya ditulis dengan kaedah dan gaya bahasa arab. Memang perkataan-perkataannya Melayu tetapi untuk memahami ayat-ayatnya dengan baik perlu kepada memahami kaedah pembacaan kitab arab.

Nilai-nilai yang membina kekuatan ilmiah pelajar di pondok.

Kebanyakkan pelajar pondok yang dikira berjaya tidak dapat menerangkan apa yang membina kekuatan ilmiah mereka. Mereka akan kata : tak tahu nak kata, duduk mengaji dalam tiga tahun tahu-tahu dah boleh baca kitab. Saya berpendapat banyak nilai-nilai yang menyumbang kepada hal ini, berjalan serentak dengan proses belajar dan mengajar tanpa disedari.

Belajar ibarat teks. Pengajian sesuatu ilmu dipondok bukan menumpu kepada subjek pengajian sahaja tetapi juga mempelajari ibarat atau ungkapan teksnya. Setiap subjek tidak hanya dipelajari ilmunya sahaja tetapi dikaji ibaratnya penyampaiannya. Maka dikaji perkataan, ayat, istilah dan gaya bahasa dan penyampaiannya. Bermakna pengajian sesuatu subjek itu bergandingan dengan pengajian bahasa, serentak kita memahami ilmu seperti fekah kita juga memahami ibarat penyampaiannya. Diterangkan aspek nahu, saraf dan balaghah, iaitu cara-cara untuk memahami maksud dari ibaratnya. Dengan kata lain kita belajar fekah dan belajar membaca kitab fekah. Maka selepas itu kita dapat membaca sendiri teks yang lain. Dengan ini ilmu akan bertambah lebih dari apa yang diajarkan. Bayangkan kita belajar fekah selepas itu tidak mampu membaca kitab fekah. Proses ini sentiasa berjalan. Perbincangan aspek-aspek bahasa sentiasa hidup bersama semua pengajian.

Ini tidak ujud disekolah yang mana fekah umpamanya diajarkan dengan penumpuan kepada fekah tanpa mementingkan aspek-aspek bahasa yang saya sebutkan tadi, perbincangan nahu saraf duduk didalam subjek lughah. Ini mungkin sekali kerana kurangnya guru yang berkemampuan membawanya atau memang teknik pengajarannya sebegitu. Akibatnya ilmu bahasa mati dan tidak ada latihan membaca, sedangkan kemahiran membaca itu wasilah untuk mendapat ilmu, perintah yang pertama melalui wahyu. Lebih parah lagi dipusat pengajian tinggi, kerana ia bukan tempat belajar membaca dan bukan tempat orang yang tidak pandai membaca, tetapi untuk orang yang pandai dan bijak. Universiti tempat dibahaskan ilmu peringkat tinggi. Kalau ada orang yang tidak pandai membaca tapi belajar diuniversiti maka fikirkanlah sendiri apa hasilnya.

Gandingan dua ilmu ini telah berjalan beratus tahun dan saya kira sangat berkesan pada pembinaan ilmiah pelajar bukan arab. Kita boleh lihat dalam masa dua tahun seorang

Page 8: MADRASAH BANDAR DAMAI

pelajar pondok yang cerdik telah mampu membaca dan mengajarkan teks fekah Fathul Qareeb dan seterusnya Fathul Mui'en. Disini kita jelas bahawa siapa yang menguasai bahasa arab dia menguasi ilmu tradisi Islam.

Ilmu Wahyu. Ketekunan balajar sangat penting untuk memantapkan ilmu. Tidak ada motivasi yang lebih bernilai dari mendapat keredhaan Allah taala dan balasan baik diakhirat kelak. Kerana ini ramai pelajar pondok yang sanggup menghabiskan sehingga sepuluh tahun belajar, meninggalkan keselesaan hidup didunia, tidak mempunyai harta ketika rakan sebaya bekerja menghimpunkan harta dan membina kehidupan yang selesa, makan dan pakaian sekadar cukup, tidak punya duit simpanan, bergerak dengan kenderaan awam, pendek kata serba serbi kekurangan., sanggup berjaga malam menghafal ilmu-ilmu kaedah yang beratus-ratus muka surat, mempelajari ilmu-ilmu yang rumit.

Kesan motivasi begini juga jelas pada ilmu sains tabi'e bilamana ia disandarkan kepada ibadat dan keredhaan Allah taala. Ramai pelajar pondok yang bersungguh belajar matematik demi mempelajari ilmu falak untuk mengetahui arah kiblat, masa sembahyang dan puasa. Begitu juga memahirkan ilmu faraidh. Juga mempelajari serba sedikit sains dan bahasa Ingeris demi memahami hikmah dari penciptaan alam dan memahami tafsiran al Quran dan hadith dengan lebih mendalam. Inilah yang perlu diterapkan pada semua bidang ilmu sains tabi'e, kerana semuanya adalah perintah Allah yang ketegorinya fardhu kifayah, untuk memajukan kualiti hidup manusia dan pengurusan dunia dengan betul. Al hamdulillah usaha ini memang telah mula dilakukan disekolah dan pusat pengajian tinggi, ilmu sains tabi'e dikaitkan dengan sejarah keagongan ulamak islam yang silam dan tuntutan fardhu kifayah.

Pengajian Cara Talaqqi. Satu unsur yang sangat istimewa didalam sistem pondok adalah "talaqqi". Ia bermakna menerima sesuatu secara terus. Dipondok ia bermakna penerimaan sesuatu teks dari guru dengan cara guru membacakan kitab dan murid menadah kitab sambil mencatat apa yang perlu. Sambil membaca guru menjelaskan kefahamannya dan menerangkan aspek-aspek bahasanya. Kesannya teks yang susah difahami akan menjadi ringan. Ini juga sebenarnya adalah tunjuk ajar guru cara membaca dengan betul. Dengan cara ini kethiqahan ilmu juga terpelihara, kerana guru berpandukan kepada kitab yang muktabar dalam menerangkan sesuatu ilmu dan susah berlaku kesilapan.

Kesan Talaqqi Kitab Pada Pengukuhan Bahasa. Saya sering menimbulkan soalan pada rakan-rakan, apakah cabaran besar didalam mempelajari bahasa asing? Kemudian saya berikan pendapat saya yang simple "malas tengok kamus". Kelihatannya semuanya setuju. Saya kata kepada rakan yang bertanya pendapat macamana nak mahir lughah : satu hari berapa kali engkau tengok kamus? Hampir semua pelajar punya masaalah ini. Kaedah tatabahasa sedikit sahaja yang luasnya adalah perbendaharaan kata.Selepas kita memahami tatabahasa sesuatu bahasa asing maka kita perlu mengkayakan perbendaharaan kata, dan ianya terkandung didalam kamus. Malas merujuk kamus susah untuk pandai bahasa asing. "Tengok kamus" bunyinya senang nak buat susah.

Dengan teknik talaqqi masaalah ini tidak timbul, kerana makna perkataan kita ambil dari

Page 9: MADRASAH BANDAR DAMAI

mulut tok guru. Bayangkan jika satu teks setebal 500 muka surat, bila kita khatamkannya, kita telah menempuh perkataan biasa mungkin 4000-5000 kali, perkataan istilah mungkin 50 kali, perkataan yang pelik mungkin 10 ke 15 kali. Dengan berulang kali menemuinya ia lekat didalam otak kita. Jadi beban merujuk kamus menjadi sangat ringan.

Saya yakin keadaan yang sama berlaku pada pembelajaran semua bahasa termasuk bahasa Ingeris. Cuba talaqqi satu teks berbahasa Ingeris.

Membaca dengan kaedah. Tulisan arab ditulis dengan kaedah nahu-saraf yang rapi dan halus. Semua kitab-kitab ditulis dengan cara begitu. Maka membacanya hendaklah menggunakan kaedah sama yang dengannya ia ditulis. Tidak boleh kita kata kita faham sesuatu dari satu ayat tetapi tidak dapat memastikan i'rab i.e status pembinaan ayat itu berdasarkan kaedah nahu-saraf, kerana betul atau salahnya kefahaman kita itu tidak ada ukurannya. Kaitan diantara makna yang hendak disampaikan dan dengan lafaz adalah lazim, jika betul makna maka betullah i'rabnya begitu juga sebaliknya. Tidak boleh ujud betul makna tapi tak betul i'rabnya.

Perkara ini sentiasa dipastikan didalam pengajian pondok. Para ulamak dulu telah mencipta beberapa istilah melayu yang digunakan ketika menterjemahkan teks arab untuk menunjukkan aspek nahu atau i'rab pada ibarat bahasa arab seperti bermula, oleh, akan, hal keadaan, yang, nisbah, jika, jika sekalipun, walaupun dan selainnya. Begitu juga menggunakan istilah-istilah untuk menunjukkan aspek-aspek makna dan penyampaian seperti syarat, jawab syarat, kat masaalah, cabangan, tafsil, contoh, bandingan, ghayah dan selainnya.

Saya kira keadaan ini tidak ujud disekolah disebabkan dua faktor yang saya sebutkan tadi. Maka pengajian bahasa terpisah dari pengajian subjek lain. Yang sepatutnya bagi pelajar yang setengah belum matang kedua-duanya perlu berjalan selari.

Orang yang hafal mengalahkan orang yang tidak hafal. Hafalan sentiasa ditekankan, dari mula belajar hingga setinggi-tingginya, ada sahaja yang perlu dihafal.

Bila kita menekankan hafalan bukan bermakna kita mengenepikan fahaman. Hafalan dan fahaman sama-sama diusahakan. Akhir-akhir ini satu teori pengajian moden pengajian bahasa arab diutarakan, menafikan cara belajar tradisi yang mementingkan hafalan, tidak perlu menghafal cukup dengan faham. Teori ini sangat tidak betul pada perkara yang berbentuk kaedah, sama seperti sifir kali-kali, ia perlu dihafal untuk digunakan dengan pantas.

Perkara yang perlu dihafal walaupun tidak difahami perlu dihafal. Kefahamannya insyaallah akan muncul kemudian. Seorang yang menghafal satu hadith sebagai contoh mungkin tidak memahaminya pada waktu itu, tetapi dia sentiasa membawanya kemana dia pergi, satu masa mungkin dia akan mendengar orang lain membincangkan hadith itu atau menemui satu situasi yang membuatkan dia memahaminya.

Hafalan adalah tradisi ilmuan Islam. Ulamak dulu tidak hanya menakalkan kefahaman

Page 10: MADRASAH BANDAR DAMAI

guru mereka tetapi menakalkan ungkapan yang diungkapkan oleh guru mereka. Ini lebih nilainya pada kethiqahan sesuatu kenyataan. Hafalan adalah satu cara bagaimana Allah taala memelihara kesucian al Quran yang menjadi mukjizat sepanjang zaman.

Apabila suatu perkara berulang-ulang ia menjadi mantap. Pada sukatan pelajaran sekolah atau universiti setiap tajuk dipelajari sekali. Jika kita ponteng satu pengajian kita tidak akan jumpa tajuk yang diajarkan pada sessi yang kedepan. Lebih buruk lagi jika ada tajuk yang tidak dimasukkan kedalam sukatan atau sukatan tidak dapat dihabiskan kerana tidak cukup masa.

Dalam hal ini pondok mempunyai kelebihan besar. Didalam tempoh lima tahun, satu teks tafsir dapat dikhatamkan, dianggarkan fekah empat teks, tauhid tujuh ke lapan teks, nahu-saraf berbelas teks, hadith dua ke tiga teks. Malah didalam sehari mungkin pelajar menemui tajuk yang sama dua kali melalui teks berlainan.

Pelajar sentiasa diingatkan dan digalakkan agar mempelajari sesuatu teks lebih dari sekali. Diriwayatkan Tok guru kenali mempelajari Matan Ajrumiah empat belas kali. Sentiasa diingatkan juga petua dari tok-tok guru yang mengatakan : sebelum naik mengaji baca sepuuh kali lepas mengaji baca sepuluh kali. Itu amalan ulamak dulu, kita dapat baca tiga kali pun jadilah.

Belajar lama, kita tidak tahu bila akan dibukakan ilmu bagi kita. Ini satu lagi nasihat yang sering diungkapkan oleh tok guru. Maknanya jangan berhenti dulu, sambung belajar lagi untuk beberapa tahun. Dari sudut hakikatnya kita tidak tahu bila Allah taala hendak berikan ilmu kepada kita, mungkin kita berhenti sebelum waktunya yang telah hampir.

Memahami ungkapan ini dengan logik, ilmu diterima oleh akal seiring dengan kematangan otak. Ada orang yang matang awal maka dia boleh memahami perkara yang rumit seusia empat belas tahun, mampu menyertai pengajian diuniversiti Oxford dibidang matematik. Ada orang yang lambat matang, diusia lima belas tahun masih tidak tahu membaca, tetapi selepas itu otaknya berkembang melebihi orang biasa, dan dia berjaya membuat pencapaian akedemik diusia tiga puluh lima tahun. Jadi kalau kita berasa sukar menerima ilmu jangan cepat putus asa, terus belajar, mungkin dimasa yang dekat otak kita akan matang dan boleh menerima ilmu melebihi orang lain.

Saya dapat sembilan pada subjek matematik s.p.m, dan dipertengahan usia dua puluhan saya merasakan saya boleh menguasai matematik jika belajar sekarang. Saya kemukakan pendapat saya pada seorang rakan, guru matematik, dan dia setuju lalu mengatakan bahawa dia dapat menghayati matematik dengan baik ketika belajar diuniversiti diusia dua puluhan. Ketika usia belasan tahun disekolah menengah kefahaman samar-samar, seolah-olah nasib sahaja lulus mate. Maknanya sesetengah kita mempunyai otak yang lambat matang untuk menerima ilmu yang berat.

Baca kitab dan menadah kitab. Dua istilah yang kedengarannya simple. "Baca kitab" maknanya membacakan dan mengajarkan kitab kepada orang lain, "menadah kitab" atau "mengaji kitab" artinya mempelajari kitab dari guru, "telaah kitab" artinya mengulangkaji

Page 11: MADRASAH BANDAR DAMAI

tanpa guru.

Tidak ada peperiksaan dan sijil dipondok. Penilaian ilmiah adalah dengan setakat mana seorang pelajar itu mampu "baca kitab" atau telah "menadah kitab". Soalan yang sering kita dengar pada sesama pelajar pondok "baca kitab apa?" "ngaji kitab apa?" "hafal matan apa?". Penilaian ini sangat membuktikan keilmuan sesaorang yang jauh dari unsur-unsur kebendaan. Jika lulus periksa mungkin dia kena dengan tajuk dan soalan yang dia spot.

Boleh "baca kitab" menunjukkan kualiti ilmiah sesaorang. Berbagai disiplin ilmu ada pada dia. Contohnya boleh baca kitab Fathul Mui'en menunjukkan seorang itu telah menguasai fekah dengan empat kategori aktiviti manusia : ibadat, mu'amalah, munakahat, jenayah, dan menguasai ilmu bahasa termasuk nahu, saraf, balaghah dan gaya penyampaian teks itu. Ini tidak boleh dipertikaikan. Orang yang sampai ketahap baca Fathul Mu'ien mampu memahami kertas kerja penyelidikkan ilmiah ulamak besar sekarang dan membuat ulasan. Memang ada orang yang baca kitab dengan kualiti yang kurang tetapi saya kira masih hebat berbanding orang yang tidak pernah baca kitab sampai khatam.

Kalau kita tidak boleh mengajar kita belajar. Pesan tok guru : dimana kita duduk kalau tak boleh mengajar kita belajar. Tidak boleh lari dari dua hal ini. Perasaan cintakan ilmu ditanamkan oleh kata-kata ini, sehinggakan kegiatan belajar dan mengajar menjadi sebahagian kehidupan bukan kerja atau aktiviti sementara.

Semua pelajar pondok digalakkan mengajar apa yang mereka tahu kepada orang yang kurang dari mereka. Kegiatan mengajar ini sebenarnya lebih bermanfaat kepada orang yang mengajar, kerana ketika itu ilmunya bertambah kukuh dan luas, Allah taala membukakan baginya apa yang dia tidak faham dengan belajar dan mentelaah, mungkin kerana keberkatan mengajarkan ilmu Allah kepada makhlukNya. Semua orang merasakan ini, ilmu yang didapati ketika mengajar lebih dari yang didapati dengan belajar.

Belajar dan mengajar berjalan serentak. Dengan itu juga bakat mengajar sebagai guru dibentuk dari awal perjalanan ilmiah sesaorang pelajar. Perkara biasa dipondok budak lima belas tahun mengajar rakannya, yang lebih muda mengajar yang lebih tua.

Jika dada kita kosong kita kena bawa kitab. Ini pesanan tuan guru saya Hj Abdul Latif bin Abdul Rahman pada awal dia menyertai mesyuarat majlis fatwa negeri Perak. Maknanya lazimi amalan merujuk kitab, jangan bercakap hal ugama tanpa pasti bahawa ianya ada nasnya atau ada disebutkan didalam kitab muktabar, atau kita akan bercakap dengan hawa nafsu. Diriwayatkan tok guru Kenali tidak bercakap hukum melainkan ada kitab didepannya.

Kalau dada kosong, tak merujuk kitab, kemudian kita bercakap hal-hal ugama, maka sebenarnya kita bercakap dengan hawa nafsu yang gurunya Syaitan.

Keberkatan. Konsep berkat atau barakah sentiasa dititikberatkan oleh tuan guru.

Page 12: MADRASAH BANDAR DAMAI

Maknanya lebih kebajikkan. Makanan untuk dua orang jika berkat boleh dimakan tiga orang. Razeki yang sedikit cukup untuk keluarga yang besar. Ilmu yang dimanfaatkan oleh pemiliknya dan orang lain maka ilmu itu berkat, jika tidak maka tidak. Ilmu yang tidak berkat hanya menambahkan jauh dari Tuhan.

Keberkatan terhasil dengan ikhlas, warak, amalan sunat dan adab dan khidmat kepada guru. Kerana itu kita boleh lihat mereka yang menjaga adab terutama dengan guru dan suka berkhidmat kepadanya dapat memanfaatkan ilmunya dan menjalani kehidupan dengan berjaya, samaada dia sampai keperingkat mengajar atau tidak. Itulah berkat.

�م ي ح الر� ح�م�ن الر� الله م س� ب

PEMELIHARAAN KHAZANAH WARISAN INTELEK

MADRASAH BANDAR DAMAI - 11

Pendidikkan Yang Kita Lalui

Sepintas lalu tentang pelan pengajian yang kita lalui, mengikut pemerhatian saya dan bukannya kajian mendalam.

Iman Islam dan Ihsan adalah tiga cabangan kehidupan berugama. Begitu juga ilmu yang membincangkannya, usuluddin, fekah dan tasawwuf. Ilmu sains dan teknologi datang kemudian. Sifat ilmu ini adalah nutral, maka cara dan falsafah pengajiannya mempengaruhi nilai moral ilmu ini, sains yang satu dipelajari dan diamalkan oleh komunis sepertimana ia dipelajari dan diamalkan oleh kapitalis, begitu juga Islamis.

Mempelajari sains tabi'e ini dihukumkan fardhu kifayah berdasarkan keperluan ummah dan tuntutan semasa. Orang Islam dituntut mempelajari ilmu ini selepas selesai dengan ilmu fardhu 'ain. Tuntutan berstatus fardhu itu cukup membayangkan bagaimana pentingnya ilmu ini kepada umat Islam, walaupun hanya sebahagian orang Islam yang kena mempelajarinya.

Semua orang setuju bahawa untuk membina kekuatan ummah kita perlu kepada kedua-dua bidang ilmu agama dan dunia. Kuat ilmu ugama sahaja memungkin kita mengusai dunia tetapi tidak memaju dan memakmurkannya, sementara kuat dengan ilmu dunia juga memungkin kita menguasi dunia tetapi dalam masa yang sama menjadi bala bencana kepada dunia dan kemanusiaan. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah pernah menguasai dunia dan menjadi pemimpin dunia kearah kesejahteraan dan mengujudkan kemakmuran. Maka tentunya ketika itu kita memiliki kedua-dua bidang ilmu ugama dan dunia yang seimbang.

Jika kita meneliti perjalanan ilmiah saintis Islam seperti Ibnu Sina dan al Khawarizmi

Page 13: MADRASAH BANDAR DAMAI

contohnya kita dapati mereka melalui proses pembentukkan ilmiah yang sama dengan ulamak Islam yang lain seperti Imam Nawawi dan Rafi'e, diperingkat awalnya. Mula-mula menghafaz Quran kemudian hafal hadith, kemudian mendalami ilmu wahyu yang lain, fekah, tauhid, tafsir dan ilmu-ilmu alat, kemudian mendalami falsafah, matematik, fizik, kimia, perubatan dan ilmu sains tabi'e yang lain. Mereka juga mempelajari seni dan sastera.

Saintis Islam yang agong seperti dua tokoh ini sebenarnya adalah juga ahli ugama, mempunyai karya didalam bidang ilmu tradisi Islam seperti fekah dan tasawwuf dan mereka juga dianggap wali Allah didalam bidang kerohanian, malah mereka juga ahli seni dan sastera. Cumanya mereka lebih menonjol dan dikenali didalam bidang sains. Dipihak yang lain ulamak yang masyhur didalam ilmu fekah contohnya seperti dua tokoh yang disebutkan tadi sebenarnya juga mempelajari sains tabi'e seperti matematik, falsafah astronomi, fizik dan kimia, cuma mereka lebih cenderong dan menonjol dibidang mereka. Pengetahuan mereka didalam sains tabi'e juga tinggi.

Usaha mengkaji secara detil akan pelan pengajian Islam sejak zaman awal hingga zaman kejatuhan empayar Uthmaniah perlu dibuat. Untuk mengujudkan ilmuwan yang seimbang duniawai dan ukhrawi. Persoalannya adakah kita mempunyai pelan pengajian yang bercirikan pelan pengajian yang dilalui oleh ulamak dan saintis agong kita dulu.

Cerdik pandai atau ahli akedemik didalam masyarakat samaada ustaz atau saintis adalah pemimpin masyarakat secara tak langsung. Mereka yang mempengaruhi cara berfikir masyarakat. Jika kita lihat hasil sistem pendidikkan kebangsaan kita dapati seorang itu boleh menjadi samaada ustaz atau saintis. Tidak ujud seorang saintis yang tinggi ilmu-ilmu Islam, atau seorang ustaz yang berpengetahuan tinggi berkenaan sains. Kalau adapun dengan usaha luar daripada sistem pengajian itu. Empat period untuk subjek pendidikan ugama didalam seminggu dikira tidak ujud dalam konteks keseimbangan kedua cabang ilmu ini. Jika kita menegur golongan ustaz agar mendalami sains maka lebih lagi kita kena tegur golongan saintis dan politik agar mendalami agama.

Dengan memerhatikan dua sukatan pelajaran, sukatan pelajaran sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama rendah seperti yang ditaja oleh JAIS kita rasakan kedua aliran ini seimbang. Tetapi bila pelajar memasuki sekolah menengah pekembangan pendidikkan Islam terbantut melainkan mereka yang menyertai sekolah menegah agama. Malangnya hanya segelintir yang terlibat dengannya. Selebihnya menyertai sekolah menengah kebangsaan. Seperti yang saya sebut tadi empat period seminggu disekolah menegah kebangsaan seperti tidak ujud. Individu keluaran dari sistem ini membuktikannya.

Selepas sekolah menengah segelintir yang menyambung ke universiti, ketika itu cuba kita tengok berapa jam seminggu diperuntukkan kepada pengajian agama. Kita dapati kedua aliran pengajian ini semakin tidak seimbang. Kita berjaya melahirkan saintis yang berjaya dan bergaya tetapi dengan membawa pengetahun agama darjah enam atau lebih sikit didalam dada mereka. Ilmu ugama setakat ini tidak cukup sangat untuk dibawa didalam kehidupan yang sebenar.

Page 14: MADRASAH BANDAR DAMAI

Pendidikkan kearah melahirkan saintis saya kira berjaya. Kita berjaya melahirkan saintis yang berkaliber dan boleh bersaing dengan saintis dunia. Sebaliknya jika kita melihat kepada pendidikkan Islam saya berasa kecewa. Pada tahun-tahan lapan puluhan lagi saya telah terbaca artikel disatu akhbar bahawa keluaran pelajar timur tengah tidak mampu menguasai teks tradisional ulamak silam atau digelar kitab kuning. Maknanya juga tidak mampu merujuk masaalah-masaalah agama dengan sewajarnya, maka bagaimana kualiti ilmiah mereka. Kalau dulu itu masaalahnya sekarang bagaimana? Kalau itu krisis pelajar timur tengah maka bagaimana pelajar pengajian Islam didalam negeri.

Walaupun mereka pulang dengan sekeping sijil majoriti besar mereka tidak mampu menjadi guru kepada masyarakat dengan berkesan, setakat menjadi guru sekolah dan penceramah yang membincangkan perkara-perkara umum. Keperluan masyarakat saya kira tidak terpenuh. Pengajian yang berkualiti menggunakan teks samaada arab atau melayu masih dikuasai oleh keluaran sistem pondok.

Saya belajar disekolah menengah tajaan JAIS, selepas itu saya menyambung belajar dipondok Madrasah al Latifiah, Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak, dibawah bimbingan tuan guru haji Abdul Latif bin Abdul Rahman, sebilangan rakan saya menyambung pengajian di Mesir dan sebilangan lagi dalam negeri. Apa bila saya mula mengikuti kelas pengajian dipondok itu saya dapati pengetahun bahasa arab yang saya dapat disekolah sangat lemah, jauh untuk mampu memahami dengan baik teks subjek lain seperti fekah dan tauhid. Persoalan yang timbul disini bagaimana rakan-rakan saya yang kualiti bahasa arabnya lebih kurang saya mempelajari teks arab yang diajarkan oleh orang arab tanpa diterjemahkan sepatah pun kepada bahasa melayu? Apa yang mereka dapat faham darinya. Saya melangkah dipondok dengan rasa hina dan jahil, mempelajari bahasa arab dari peringkat paling asas, sedang mereka megah berada diuniversiti seolah-olah bahasa arab bukan masaalah. Ketika saya kurang mampu memahami teks fekah Fathul Qareeb mereka mempelajari teks al Mahalli sebagai teks pengajian mereka.

Saya sering menasihati pelajar yang bakal belajar diunivesiti didalam bidang pengajian Islam supaya selesaikan masaalah membaca dulu, "kalau engkau masuk universiti tidak pandai baca lulus univesiti pun tak pandai membaca". Dimana logiknya? Kerana di universiti tidak diajarkan bagaimana cara nak membaca, sama keadaannya kita tidak diajarkan kaedah asas matematik. Universiti tempat dimana ilmu peringkat tinggi diajarkan dan bahaskan, bukan tempat belajar membaca. Kalau membaca meraba-raba di universiti boleh dikira buta huruf.Mungkin anda faham sekarang kenapa ramai pelajar kita di timur tengah mengambil masa yang lama untuk lulus.

Masaalahnya bukan universiti, universiti terutamanya al Azhar mempunyai piawaian ilmiah yang tinggi, tetapi kita menghantar pelajar yang tak pandai membaca arab ditempat pengajian yang seratus peratus menggunakan bahasa arab. Bandingannya kita menghantar pelajar yang meraba-raba baca Ingeris dan tidak cekap matematik ke Oxford belajar fizik nuklear. Boleh dapat ilmu ke. Kita tidak ada pilihan untuk cemerlang didalam pengajian Islam bahasa arab mesti diselesaikan dulu. Lepas itu barulah kita bincang bagaimana nak dapat ilmu lain.

Page 15: MADRASAH BANDAR DAMAI

Sekarang ini sekolah menengah ugama menjalankan sukatan pelajaran yang menyokong peperiksaan STAM. Setahu saya ia sukatan pelajaran sekolah menengah yang dibawah tadbiran universiti al Azhar. Teksnya seratus peratus didalam bahasa arab. Antara teks yang digunapakai adalah Syarah Ibnu Aqil untuk nahu dan al Iqna' untuk fekah yang telah dimudahkan penulisannya dan dipanggil kitab maudhui'e. Dipondok dua teks ini hanya layak dipelajari oleh pelajar yang telah khatam sekurang-kurangnya empat ke lima teks yang dibawahnya, dan telah belajar sekurang-kurangnya empat tahun. Mengenakan teks bahasa arab yang tinggi pada pelajar yang mentah bahasa arabnya saya kira bukan suatu yang bijak. Dalam hal ini bukan pelajar sahaja yang bermasaalah malah guru yang benar-benar mampu pun susah nak jumpa. Kita suruh mereka belajar dan mengajar mereka lakukan tetapi kualitinya bagaimana.

Kita kena fikirkan sukatan pelajaran yang mesra dengan pelajar kita, seperti menggunakan teks melayu pada sebahagian subjek untuk dua tiga tahun dan mencari jalan bagaimana nak membangunkan potensi bahasa arab mereka. Biarkan sukatan untuk orang arab dipelajari oleh orang arab. Lebih penting lagi guru perlu dipastikan benar mampu mengajarkan teks arab. Maknanya sijil sahaja tidak cukup, perlu disemak semula kemampun mereka. Jika tidak cukup kualiti perlu belajar lagi untuk menambahkan kemahiran mereka. Mungkin kembali mempelajari kaedah asas membaca. Masaalahnya saya dapati majoriti mereka yang telah ada sijil dan ada peluang kerja tidak minat atau malas untuk belajar lagi dan mengembangkan potensi ilmiah mereka, leka dengan mengajar dan berceramah atau tazkirah, sedang terlalu banyak yang mereka kena tahu. Kalau kerajaan ada buat kursus untuk pelajar yang bakal masuk universiti saya cadangkan buatlah kursus pemerkasaan ilmu untuk pelajar yang dan lulus universiti. Lulus memang lulus tapi isinya padan ke?

Di universiti pelajar lepasan sekolah yang benar-benar bijak sahaja boleh berjaya cemerlang. Mereka seperti orang yang melangkah dua tiga anak tangga dengan sekali langkah. Mereka ini jika melalui system pengajian pondok didalam dua tiga tahun akan lebih berkualiti tiga empat kali ganda. Perlu kita ingat peperiksaan bukan untuk menggagalkan, tapi untuk menilai. Kalau didalam setahun itu kualiti pelajar rendah graf lulus periksa akan direndahkan, supaya ramai yang lulus dan ada yang cemerlang. Kalau ini keadaannya maka sijil tidak menunjukkan kualiti ilmu yang sebenar. Tapi kalau penilaian dengan boleh baca, faham dan boleh mengajarkan sesuatu teks maka ini tak boleh dibuat-buat, kerana ini adalah aktiviti ilmu yang sebenar.

Jika anda masuk kedalam komuniti pelajar di timur tengah anda akan dapati perbezaan diantara pelajar yang pernah belajar dipondok dan yang tidak. Keunggulan pelajar pondok sangat jelas, mereka bukan sahaja lebih tekun belajar malah menjadi rujukkan rakan-rakan pelajar. Ada yang saya jumpa berkata "mujur dulu duduk pondok dua tiga tahun". Pelajar yang sebegini dulu tidak ada kelas dikalangan pelajar pondok. Tapi diuniversiti cebisan ilmu pondok menjadi penyelamat mereka.

Kita terpaksa menyebutkan masaalah kemahiran membaca secara terbuka. Jika kita enggan dan masaalah ini tidak selesai kita akan terus mengulangi kesilapan kita didalam

Page 16: MADRASAH BANDAR DAMAI

pengajian Islam untuk berpuluh tahun mendatang. Kita akan membazirkan berpuluh juta ringgit setahun dan lebih dari itu akan membazirkan tenaga-tenaga muda yang berpotensi dibangunkan sebagai ulamak. Dizaman moden ini mempertikaikan kemampuan membaca sesaorang semacam satu penghinaan tetapi terpaksa kita sebut demi kepentingan umum. Pepatah arab mengatakan "ilmu didalam dada bukan didalam kitab", tapi saya faham ilmu itu mulanya didalam kitab kemudian dipindahkan kedalam dada. Kalau kita tak pandai membaca tak mungkin dapat memindahkan ilmu itu kedalam dada kita. Bukankah Allah taala mengajar manusia dengan perantaraan pena. Kalau mengikut keadaan sekarang kita hanya mampu melahirkan penceramah bukan ulamak, membenarkan kata nabi sawm "zaman yang ramai penceramahnya sedikit ulamaknya". Kemampuan membaca yang rendah mungkin dipandang tinggi oleh orang awam yang jahil, tapi jika diukur dengan piawaian ilmiah ianya dikira buta huruf.

Menghafal alQuran. Keghairahan menghafal Quran bermula didalam masyarakat kita kira-kira dua puluh lima tahun lalu. Sebelum itu tidak kedengaran aktiviti menghafalnya. Seorang dua sahaja orang kita yang menghafalnya. Sejak itu sekolah tahfiz tumbuh macam cendawan dan ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka menyertainya.

Menghafal seluruh alQuran bukan fardhu 'ain. Namun fadhilatnya sangat besar sepertimana diterangkan didalam satu hadith bahawa seorang yang menghafal alQuran mensyufaatkan sepuluh ahli keluarganya masuk kedalam keluarga tanpa hisab. Ini motivasi yang sangat kuat untuk menarik hati orang Islam menghafal Quran atau menghantar anak mereka mengikuti program tahfiz Quran.

Ada rakan bertanyakan pendapat saya tentang menghafal Quran. Saya kata : hafal seawal usia yang mungkin. Maksudnya jika kamu ada anak libatkan dia dengan menghafal Quran seawal usia yang mungkin, dengan menyertakan dia ke tadika tahfiz atau kelas tahfiz sambilan atau memasukkan dia kesekolah tahfiz intensif diusia sembilan atau sepuluh tahun. Saya ada alasan untuk ini. Jika kita perhatikan perjalanan ilmiah ulamak agong kita dapati mereka mula menghafal Quran seawal usia tiga tahun, lepas itu menghafal hadith, lepas itu mendalami fekah, tauhid, ilmu alat dan ilmu-ilmu Islam tradisi yang lain, lepas itu mendalami sains tabi'e. Usia yang mentah sangat sesuai untuk menghafal dan kurang mampu untuk memahami.

Jika orang kata menghafal Quran itu susah dan teruk, saya tidak nafikan dari segi usaha. Hakikatnya tidak semua orang mampu menghafal Quran. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang boleh. Walaubagaimanapun Quran sendiri menegaskan bahawa ia adalah teks yang mudah dihafal, lihatlah kata Allah taala yang maksudnya "dan demi sesungguhnya Kami permudahkan al Quran untuk diingati". Kalau Quran tidak diatas sifat ini tentu tidak ujud berjuta orang yang menghafalnya didalam satu-satu masa. Jadi jangan ragu untuk menghantar anak anda menghafal Quran. Jika tidak hafal seluruhnya empat lima juzpun tidak ada nilainya. Ada ulamak yang menasihatkan : hafallah Quran kerana Quran membentuk peribadi muslim. Hafal tak habis pun ada pengaruh pada keperibadian penghafalnya.

Disamping besar fadhilatnya saya nampak didalam pembinaan ilmiah kedudukkannya

Page 17: MADRASAH BANDAR DAMAI

umpama tahap tadika. Maknanya ia sangat asas. Seorang hafiz perlu terus belajar mendalami dan mahir didalam bidang ilmu pengajian Islam yang lain sehingga bergelar 'alim dan boleh berperanan penting didalam masyarakat. Jika hanya lulus program tahfiz dia hanya layak mengajar Quran dan tajwid dan jadi imam tarawih sahaja. Didalam ibadat khusus dia tidak layak menjadi rujukkan, hinggakan menjadi imam pun dia tidak diutamakan, sebaliknya diutamakan orang yang mahir fekah sembahyang. Ramai para hafiz yang tidak sambung belajar lepas diiktiraf sebagai hafiz dan lulus ilmu qiraat.

Kemuncak daripada Quran adalah pelaksanaan peraturan-peraturan didalamnya, untuk itu kita perlu memahaminya, untuk itu perlu mendalami ilmu yang berkaitan dengannya, untuk itu perlu memahami bahasanya. Jauh beza diantara hafiz sekarang dengan hafiz pada zaman awal Islam, mereka itu memahami ugama seiring dengan membaca Quran.

Jika kita perhati kepada pusat tahfiz yang sedia berkhidmat kita dapati ianya beroperasi dengan membawa tiga bentuk program. Pertama program tahfiz intensif, hanya pengajian fardhu 'ain sahaja yang diajarkan. Keduanya program tahfiz yang dipadukan dengan sukatan pelajaran sekolah menegah agama. Ketiganya program tahfiz yang dipadukan dengan pengajian tinggi tahap diploma. Lulusan program pertama dan kedua akan terus belajar samaada didalam bidang pengajian Islam atau sains. Lulusan program yang kedua hanya akan menyambung belajar didalam bidang pengajian Islam. Ada yang memilih untuk bekerja, dengan peluang mereka untuk mengisi pasaran kerja sebagai ustaz. Malangnya dengan sijil diploma itu ilmu ugama dan bahasa yang mereka miliki masih sangat cetek. Bahayanya bila berada bersama masyarakat mereka dirujuk dengan perbagai masaalah fekah dan terpaksa bercakap tentangnya.

Dengan ujudnya trend baru ini alhamdulillah kita telah berjaya melangkah maju setapak kedepan. Kita telah menghasilkan golongan profesional dan ustaz yang hafiz. Tetapi kualiti bahasa arab dan ilmu tradisi yang lain masih ditahap lama kerana masih menggunakan program dan teknik yang sama dengan sekolah. Kita perlu fikirkan bagaimana untuk menyerapkan sistem pengajian pondok kedalam institusi pengajian tahfiz dan sains. Saya dapati ramai lulusan tahfiz yang turun ke pondok dua tiga tahun untuk mendalami bahasa dan ilmu Islam cara pondok sebelum melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Saya sokong usaha ini dan dengan kuat mencadangkannya kepada yang lain. Malah saya sendiri bependapat bahawa pondok bukan hentian terakhir didalam perjalanan ilmiah, lepas pondok kena pergi universiti sepert al Azhar.

Membentuk seorang hafiz quran jauh lebih mudah dari membentuk seorang untuk yang memahami tafsir Quran atau pandai kitab. Anda hantar seorang anak anda menghafal Quran didalam tiga tahun dia boleh menjadi seorang hafiz dan boleh bergelar ustaz lalu disambut dan disanjung oleh masyarakat. Hantar seorang lagi untuk mempelajari kitab bila sampai tiga tahun anda akan rasa anda telah mensia-siakan umur anak anda dan duit anda. Kita perlu sekurang-kurangnya lima tahun pengajian yang serius, enam hari seminggu, enam ke tujuh jam sehari, untuk mampu membaca kitab Fathul Mui'en apatah lagi tafsir Jalalain. Terlalu banyak yang perlu dikuasai sebelum sampai ketahap itu.

al Quran adalah mukjizat yang paling besar, kemuliaan dan tarikkannya sangat kuat.

Page 18: MADRASAH BANDAR DAMAI

Semua orang sanggup membayar untuk belajar Quran dan menghafalnya. Hartawan yang budiman berlumba-lumba menyumbang untuk pembinaan dan penyelenggaraan pusat-pusat tahfiz malah ada yang membinanya secara peribadi. Malangnya mereka gagal merasakan kepentingan sistem yang paling berpotensi menyambung pembinaan ilmu para hafiz mereka untuk terus naik keperingkat yang lebih tinggi. Pondok seolah-olah bersendirian, bantuan yang diterima sangat kecil. Susah kita temui hartawan yag sanggup menghabiskan harta untuk membina atau menyokong pondok atau menaja pelajarnya keperingkat yang lebih tinggi. Seorang pendakwah masyhur tanah air ada berkata "baca Quran semua sokong, memahami Quran sedikit yang sokong, melaksanakan Quran ramai yang tentang.

Tadayyun manqus. Maknanya kehidupan berugama kurang. Pernah kedengaran dulu dari mulut seorang ulamak yang menjawat jawatan menteri. Beliau merujuk kepada segolongan elit muslim yang menekankan pendidikkan agama pada anak mereka dengan memasukkan mereka keinstitusi pengajian agama dan tahfiz yang tidak mengajarkan sukatan pelajaran kebangsaan, tidak ada subjek sains, matematik dan bahasa Ingeris. Mereka adalah golongan professional didalam berbagai bidang, ekonomi, kejuruteraan, perundangan, pentadbiran, perniagaan peniagaan dan lain yang mewah dari segi kewangan. Mereka dilihat sebagai melangkah kebelakang dengan mensia-siakan potensi anak mereka dengan tidak melibatkannya dengan ilmu akedemik yang mengarah kepada pembentukkan menjadi tenaga pakar didalam berbagai bidang sains dan teknologi yang boleh menjadi alat untuk membangunkan kekuatan ummah. Ringkasnya anak mereka yang bijak-bijak itu akan menjadi hafiz atau ustaz pada usia dua puluh lima tahun lalu bekeluarga. Potensi mereka terhenti setakat itu.

Pemikiran tadayyun manqus yang ada didalam kepala golongan elit ini adalah hasil dari sistem pendidikkan yang mereka lalui. Saki-baki sistem pendidikkan penjajah yang dibawa dari barat yang tentunya mengakibatkan fenomena tadayyun manqus ini.

Pendidikkan yang mereka lalui menghasilkan kekosongan didalam jiwa mereka. Mereka belajar berorientasikan dunia untuk habuan dunia, mereka hebat didalam bidang mereka tapi kosong jiwa, hidup dengan pengetahuan agama yang cetek. Apabila mendapat sedikit hidayah mereka dengan cepat merasakan apa yang mereka capai tidak berpadan dengan apa yang mereka tidak punyai, mereka memandang rakan yang memilih pendidikkan agama walaupun hidup didalam kedaan serba sederhana adalah lebih bertuah dari mereka. Mereka menghantar anak mereka kesekolah menghafal Quran dan pondok, malah kemewahan yang mereka ada mereka mampu menghantar anak belajar keluar negeri seperti Syiria, Sudan dan Afrika Selatan diusia tiga belas tahun. "Anak aku mesti menjadi hafiz atau imam atau ustaz yang alim, aku mampu menyara pelajarannya dan membantu kehidupanya dimasa depan. Jangan jadi seperti aku yang kaya harta miskin jiwa". Memang proses pembinaan ilmu sains tidak berjalan.

Jika kita lihat keadaan ini dari sudut peribadi kita boleh saja katakan tidak mengapa dia mampu itu hak dia. Tapi dari sudut kekuatan ummah kita telah mensia-siakan sebahagian besar potensi kita untuk maju bersaing dengan umat lain didunia ini, lebih-lebih lagi jika jumlah mereka yang terlibat dengan keadaan ini ramai.

Page 19: MADRASAH BANDAR DAMAI

Kita boleh andaikan tadayyun manqus ini berterusan, si anak akan berjaya menjadi hafiz, kemudian dimasa depan dia bekerja dan mendapat pendapatan sekitar seribu lima ratus ke dua ribu sebulan yang sekarang ini dikirakan sempit, lalu dia melihat rakannya seorang jurutera yang hidup dengan mewah, lalu dia berazam untuk menjadikan anaknya seorang jurutera, seterusnya si jurutera ini akan berasakan perasaan yang sama dengan datuknya lalu berazam menjadikan anaknya seorang hafiz. Begitulah seterusnya proses ini berterusan dari satu generasi ke satu generasi. Hasilnya tahap pendidikkan ummah berada ditakuk lama.

Menghadapi kemelut pendidikkan ini kerajaan dengan mudah menuding kepada pihak lain, daripada mengakui kesilapan dan membetulkannya. Yang menjadi mangsa adalah sekolah agama rakyat. Tapi mereka gagal menunjukkan sebuah sekolah agama rakyat yang tidak menjalankan sukatan pelajaran agama kebangsaan. Bila satu sistem itu gagal maka yang gagal adalah perancang dan pengarahnya.

Membina generasi ilmuwan yang seimbang. Keseimbangan ilmu dunia dan akhirat memang tak dapat tidak, untuk mengembalikan keagongan Islam, tapi kita tidak mungkin dapat menguasai kedua-duanya seperti ilmuwan agong kita dulu. Yang penting kita mempunyai kedua-duanya walaupun dengan nilai yang rendah. Jika kita mendalami bidang ugama kita mesti mempunyai tahap sederhana bidang dunia, dan jika kita mendalami bidang dunia kita mesti mempunyai tahap sederhana pada ilumu-ilmu agama.

Inilah ciri-ciri ahli ilmu zaman kegemilangan Islam yang membina tamaddun ilmu moden. Pada zaman mereka dua aliran ilmu ini berada didalam keadaan yang sangat harmoni, tidak ada cemuh mencemuh diantara ahli-ahli keduanya. Jika kita hendak mengembalikan zaman kegemilangan Islam maka terlebih dulu kita kena letakkan struktur ilmu-ilmu ini ketapaknya yang betul, kerana dengannyaa akan lahir ilmuan yang mampu membawa kita kepada kegemilangan dunia sepertimana pernah mereka lakukan dulu.

Tahap sederhana ilmu-ilmu akedemik. Untuk tahap sederhana ilmu dunia yang dimaksudkan ilmu sains tabi'e dengan mudah saya menerima tahap aliran sains SPM. Bahasa Ingeris, matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia, saya kira cukup untuk kita jadikan pengetahuan yang boleh menjadi asas dan panduan kita memahami perkara berkenaan sains yang kita tidak tahu, dan jika seorang itu rajin membaca dia boleh mengembangkan pengetahuannya dengan sendiri.

Seorang ahli ugama atau ustaz perlu kepada tahap ini. Dengannya dia dapat memahami isu-isu yang berkenaan sains dengan baik dan akan lebih berkesan ketika berperanan sebagai pemimpin kerohanian didalam masyarakat. Al Quran sendiri penuh dengan penyataan berkenaan alam semesta yang hanya dapat difahami dengan kajian mendalam didalam bidang sains. Jika tidak, maka ilmu ugamanya kaku dan kelihatan tidak serasi dengan realiti kehidupan manusia dan aktiviti ilmiah dunia yang sentiasa bekembang.

Tahap sederhana ilmu-ilmu Islam.

Page 20: MADRASAH BANDAR DAMAI

Untuk tahap sederhana ilmu-ilmu Islam saya tidak dapat menerima sukatan pelajaran tahap STAM, dari segi sukatan dan proses pengajiannya. Alasannya mudah, secara ringkas lepasannya tidak menunjukkan tahap ilmiah yang dikehendaki dan tidak punya kemampuan untuk mengembangkan kualiti ilmiah mereka. Lebih jelas lagi ada beberapa kelemahannya yang saya kesan, tidak menghasilkan kualiti bahasa yang sederhana, teksnya seperti al Iqna' yang ditulis semula saya rasa kurang nilai kethiqahannya untuk dipegangi, subjek seperti mantiq, balaghah dan 'arud sepatutnya tidak dipelajari melainkan selepas kuat bahasa arab.

Untuk tahap ini saya memilih untuk menerima tahap sederhana ilmiah dipondok, iaitu "boleh baca kitab Fathul Qareeb". Tahap ini bermakna seorang itu boleh mengajarkan teks nahu Mutammimah Ajrumiah dan ke bawah, teks saraf al Kailani dan kebawah, mahir dengan lughah iaitu banyak perbendaharaan kata dan memahami gaya bahasa arab dengan baik, telah mempelajari tiga ke empat teks usuluddin, telah banyak mempelajari hadith dan tafsir dan ilmu-ilmu alat yang lain.

Subjek fekah dipilih sebagai pengukur kerana fekah subjek yang luas bahasannya merangkumi empat aspek aktiviti manusia, ibadat-mu'amalah-munakahat-jenayah, berbanding subjek yang lain dan persoalannya adalah yang sentiasa bermain didalam masyarakat, keperluan kepadanya lebih dari subjek lain. Jika tinggi pengajian fekahnya maka serentak dengan itu subjek yang telah banyak dipelajari.

Dengan kualiti begini seorang itu dengan mudah untuk mengembangkan kualiti ilmiahnya. Inilah tahap sederhana yang saya maksudkan. Imam Subki meletakkan tahap memahami teks Fathul Qareeb sebagai standad minima untuk menjadi qadhi.

Setiap kali sebuah institusi pengajain agama ditubuhkan kita akan dengan matalamatnya malahirkan ulamak yang berkaliber. Dalam hal melahirkan ulamak Islam kita kena menentukan taraf ulamak yang dikehendaki. Didalam bab wasiat takrif fakeh atau ahli fekah diberikan sebagai "seorang yang mengetahui dari setiap bab fekah akan satu kadar yang boleh dia jadikan panduan pada bakinya (iaitu yang dia tidak tahu)". Maka boleh kita katakan ulamak dalam konteks umum "orang yang mengetahui daripada setiap cabang ilmu wahyu akan satu kadar yang boleh dia jadikan panduan pada bakinya". Tahap ilmiah seperti ini bukanlah tahap ulamak yang muktabar atau unggul tetapi tahap minima. Dengannya dia mampu berperanan didalam masyarakat dengan berkesan dan sangat rendah kemungkinan dia melakukan salah didalam memberi fatwa. Diingatkan lagi bahawa Imam Subki meletakkan standad minima untuk menjadi qadhi mampu memahami Fathul Qareeb.

Sukatan Ilmiah menggunakan teks warisan ini sebenarnya bukan milik pondok di Malaysia atau Nusantara, tetapi ia sebenarnya adalah sebahagian dari sistem pengajian tradisi Islam diseluruh dunia, Asia, Afrika, Timur Tengah, Asia tengah dan saya pernah berasa terkejut bila seorang rakan memberi tahu bahawa teks pondok dipelajari dimasjid dan madrasah di England sekarang ini. Maknanya majoriti umat Islam suka untuk mengambil ilmu dari sumbernya yang asli dan muktabar.

Page 21: MADRASAH BANDAR DAMAI

Pengkhususan ilmu. Didalam pengajian Islam sepatutnya seorang itu tidak mengkhusus kepada satu skop ilmu yang kecil sebelum dia mantap tahap sederhana terutama sekali pada subjek usuluddin dan fekah, kerana bila dia lulus didalam pengkhususannya dan mendapat penghormatan masyarakat sebagai ulamak dia akan berdepan dengan persoalan ilmiah yang tidak ada batasan, lalu dia akan mudah melakukan kesalahan fatwa berkenaan masaalah yang diluar pengkhususannya. Sering saya temui seorang yang telah diiktiraf sebagai doktor didalam satu skop ilmu atau menjawat jawatan tinggi seperti pensyarah, kadhi, pendakwah terkenal melakukan kesalahan memberi fatwa yang sepatutnya tidak berlaku seperti pada masaalah najis, haid, wudhuk atau solat, lebih lagi bekenaan usuluddin dan tasawwuf.

Cubaan untuk melahirkan ilmuwan yang seimbang. Didalam Negara kita kemudahan untuk membentuk ilmuwan yang seimbang ini telah tersedia, cuma susunannya tidak harmoni. Jadi kita kena sedikit kreatif untuk melakukannya.

Untuk ketegori ulamak dan guru agama : 1- dia mestilah mantap bahasa arab dan ilmu tradisi Islam. Kita punya banyak madrasah pondok atau kita boleh memajukan institusi yang berasaskan sistem pondok, dan kemudahan melanjutkan pelajaran keuniversiti.2- dia mestilah hafiz atau banyak menghafal quran. Kita punya pusat tahfiz yang berselerak diseluruh negara.3- dia mestilah luas pengetahuan sains tabi'enya. Kita mempunyai sukatan pelajaran sains dan matematik kebangsaan dan guru yang berkualiti.

Untuk kategori saintis :1- dia mestilah saintis. Kita mempunyai banyak universiti awam dan swasta didalam Negara dan kemudahan melanjutkan pelajaran diluar negeri.2- dia mestilah hafiz atau banyak menghafal quran. Kita punya banyak pusat tahfiz.3- dia mestilah luas pengetahuan bahawa arab dan ilmu tradisi Islam. Kita mempunyai system pengajian pondok yang boleh diceduk system dan teknik belajarnya.

Pelan belajar perdana tidak mampu melahirkan kualiti-kualiti ini pada satu individu seperti kita telah bincangkan tadi. Pihak swasta pula hanya mengolahan dengan melakukan sedikit ubahsuai, hasilnya tetap sama.

Kita tidak boleh lari secara keseluruhan dari pelan balajar perdana yang sedia berjalan. Walaubegitu kita boleh merancang untuk diri kita atau anak kita dan orang yang rapat dengan kita. Kita mulakan sebagai usaha individu dan jika ianya berjaya insyaallah akan menjadi contoh kepada orang lain. Jadi kita tidak perlu membina satu institusi khas sebaliknya mengunakan kemudahan yang sedia berkhidmat. Mula-mula kita mestilah membebaskan diri dari pelan pelajaran perdana itu, kemudian merancang dengan semangat ilmu yang tulen, tidak memandang kepada sijil dan tidak mementingkan masa yang singkat untuk mengejar pekerjaan.

Langkah pertama menghafal quran. Ini boleh dijayakan dengan menyertai tadika tahfiz atau kelas tahfiz sambilan atau pusat tahfiz pada seawal usia yang boleh seperti sepuluh

Page 22: MADRASAH BANDAR DAMAI

tahun. Perkara terbaik yang kanak-kanak boleh buat adalah menghafal. Pelajar yang berpotensi boleh menghafal selurruh quran didalam tiga tahun. Umur dua belas atau tiga belas dia telah sedia menjadi hafiz. Hakikatnya tidak semua orang boleh menghfal quran. Jika dia tidak mampu menghafal semua kita hentikan program ini diumur empat belas dan pindahkan keprogram seterusnya. Seperti dia hanya mampu menghafal lima atau lapan atau lima belas juzuk. Potensi hafalannya mungkin meningkat seiring meningkat usianya dan dia boleh meneruskan usaha hafalan dengan sendiri diatas asas yang telah kuat ini. Pelajaran akedemik dan ugama diajarkan dengan ringan pada peringkat ini.

Langkah kedua: mendalami ilmu tradisi Islam dan alatnya. Ini dijayakan dengan menyertai pengajian pondok pada usia tiga belas tahun. Peringkat ini mengambil masa tujuh tahun. Dalam tempoh ini semua subjek yang diajarkan dipondok telah rata dan mantap. Kira-kira tiga puluh teks berbagai subjek telah khatam, termasuk Tafsir Jalalain yang mengambil masa empat tahun. Lebih dari itu dia telah mampu mengajarkan teks seperti Fathul Mui'en dan Syarah Ibnu 'Aqil. Kualiti ilmiah pada tahap ini sangat tinggi. Dia dengan mudah dapat memahami dan mengulas kertas kerja dan buku penyelidikkan ilmiah ulamak semasa yang muktabar seperti Ramadhan Buti,Wahbah zuhaili,Abdul karim Zaidan dan Sai'ed Hawa didalam apa bidang syari'ah pun, seperti bank dan insuran.

Langkah Ketiga : mempelajari subjek SPM aliran sains. Pelajaran untuk SPM boleh dipelajari seiring dengan program mendalami ilmu tadisi Islam, sebagai tuisyen. Selepas tempoh tujuh tahun itu tambahkan setahun ke dua tahun untuk menumpukan kepada subjek peperiksaan SPM. Dalam tempoh ini dia juga boleh memahirkan kemahiran mengajar ilmu-ilmu Islam.

Langkah keempat : pengkhususan pengajian. Pada usia dua puluh dua tahun dia masuk keperingkat pengkhususan pengajian. Samaada menjurus kepada akedemik atau pengajian Islam. Jika dia mengkhusus kepada akedemik pada umur 25 tahun dia diiktiraf sebagai saintis atau ahli undang-undang atau ahli ekonomi dan sebagainya, dan sebagai doktor pada umur 27 tahun. Dia mungkin lewat mencapai taraf ini tetapi lihat sahaja kepada kualiti yang ada pada dirinya. Didalam tempoh pengajian tinggi ini dia telah boleh berkhidmat kepada rakan-rakan dan masyarakat sebagai guru agama. Secara tak langsung dia sebenarnya telah membariskan dirinya sebagai elit didalam masyarakat Islam sebaris dengan pensyarah universitinya. Jika pengkhususannya kepada bidang pengajian Islam maka keadaannya lebih jelas bagi kita. Dengan kekuatan ilmu yang dia bawa ke universiti peluang dia cemerlang sangat kuat. Dalam masa yang sama dia boleh mengembangkan bakatnya didalam bidang sains dengan mempalajari secara sambilan ilmu-ilmu seperti komputer, falak atau perubatan alternatif.

Cara yang paling simple adalah dengan menggugurkan program tahfiz dan memadukan sukatan sekolah menengah kebangsaan aliran sains dengan pengajian pondok. Tidak perlu sukatan sekolah mengah ugama kerana bilangan subjek akan bertambah dan menjadi beban. Kemudian terus belajar hingga keumur dua puluh satu. Selepas itu

Page 23: MADRASAH BANDAR DAMAI

memasuki universiti.

Matematik dan bahasa Ingeris. Matematik dianggap susah oleh kebanyakkan pelajar kerana ia ilmu yang penuh dengan kaedah yang perlu diingat dan digunakan. Matematik adalah bahasa bagi sains, lemah matematik bermakna lemah sains dan bangsa yang lemah pengetahuan sains akan kurang berdaya saing dengan bangsa lain yang tinggi pengetahuan sainsnya.

Bahasa Ingeris adalah bahasa ilmu secara keseluruhannya, kerana mereka adalah pemimpin ilmu diabad ini. Mahir dengan bahasa ini memberikan kelebihan bagi kita untuk menerima berbagai ilmu dan berdaya saing dengan bangsa lain. Tetapi ia bukan satu bahasa yangn susah dipelajari, bahasa Arab sepuluh kali lebih susah darinya.

Pengajian pondok telah melahirkan individu yang mampu memahami bahasa arab dan memahami penulisan genius dunia seperti imam al Ghazali dan Syafi'e, memahami perkara-perkara yang rumit seperti faraid dan falak. Maka saya rasa ada unsur-unsur didalam pengajian ini yang boleh diadaptasi dan diguna pakai didalam pembelajaran kedua subjek ini. Bersama kita memikirkannya.

Matematik dengan konsep pengajian gandingan. Nahu arab adalah ilmu alat yang terkenal dengan kerumitannya, terlalu banyak kaedah yang perlu dihafal dan digunakan, sementara fekah adalah ilmu maksud yang sangat diinginkan pandainya. Pembelajaran kedua subjek ini berjalan bergandingan. Nahu dipelajari untuk mendapat fekah, dan ketika belajar fekah kita memahirkan nahu. Seorang pelajar sanggup bersusah payah dan bertungkus lumus menghafal kaedah-kaedah nahu dan mempelajari teks-teksnya demi untuk memahami fekah. Kenikmatan mencapai ilmu fekah membuatkan dia melupakan kesusahan mendapatkan nahu. Hasilnya kedua-dua ilmu itu dimahirkan serentak.

Matematik banyak persamaannya dengan ilmu nahu. Ianya ilmu kaedah, susah difahami dan perlu dikenakan pada masaalah ilmu lain. Dengan membandingkannya dengan ilmu nahu maka kita perlu satu subjek lain yang sangat menarik minat pelajar untuk dijadikan tempat latihan mengunakan kaedah-kaedahnya dan menjadi matlamat mempelajari matematik. Kedua ilmu ini perlu dipelajar seiringan. Seperti logarithm dengan falak dan pecahan dengan faraidh. Dengan cara ini satu ilmu menjadi motivasi kepada ilmu yang satu lagi.

Bahasa Ingeris dan talaqqi. Sepertimana bahasa arab masaalahnya juga adalah kaedah nahu, perbendaharaan kata yang banyak dan memahami binaan ayat. Kaedah tatabahasanya perlu dihafal. Pengajian yang menggunakan teks bahasa Ingeris mesti berjalan sepertimana pengajian talaqqi teks bahasa arab. Bukan ilmunya sahaja yang diajarkan tetapi diajarkan juga aspek-aspek tatabahasanya dan gaya penyampaiannya, sama seperti amalan mengi'rab ketika membaca teks arab. Dengan cara ini masaalah malas tengok kamus juga menjadi ringan.

Yang paling baik pilih satu teks bidang ilmu yang sangat boleh menarik minat pelajar seperti teks perbandingan ugama. Bayangkan satu teks dengan empat ratus muka surat,

Page 24: MADRASAH BANDAR DAMAI

selepas khatam dipelajari dengan cara talaqqi berapa banyak perkataan yang ditemui, berapa banyak ayat yang dikaji binaannya dan gayanya dan berapa banyak kali ditemui satu-satu perkataan yang sama. Saya rasa lepas khatam teks seperti ini kita dengan mudah dapat membaca akhbar berbahasa Ingeris. Dengan cara ini bahasa dipelajari dan dimahirkan seiringan dengan ilmu-ilmu lain, dan berkembang juga selari dengannya.

Kemelut bahasa. Untuk meningkatkan kemahiran bahasa Ingeris pelajar Malaysia kerajaan melaksanakan program belajar matematik dan sains didalam bahasa Ingeris, teks dan penyampaiannya dengan bahasa Ingeris. Ini mendapat tentangan dari aktivis bahasa Melayu kerana pelan ini membunuh bahasa Melayu. Kaum lain pun membantah. Setahu saya Unesco menggalakkan kuliah perubatan didalam bahasa ibunda supaya ia dapat lebih dihayati.

Kesan negatifnya kualiti matematik dan sains merudum kerana pelajar kurang faham pelajaran kerana kualiti bahasa Ingeris mereka masih rendah. Perlu dibina kualiti bahasa Ingeris baru boleh faham matematik dan sains dengan bahasa Ingeris. Kalau hendak membina kedua-duanya sekali jalan ikut cara pondok, teks bahasa Ingeris penghantar bahasa Melayu.

�م ي ح الر� ح�م�ن الر� الله م س� ب

PEMELIHARAAN KHAZANAH WARISAN INTELEK

MADRASAH BANDAR DAMAI - 111

Pondok Generasi Baru

Kualiti kedua yang disebutkan itu adalah yang paling rumit dijayakan berbanding dua yang lain. Pondok mempunyai kemampuan kearah itu dan telah membuktikannya sejak zaman yang lama. Disamping keadaan itu sebenarnya pondok telah lama tidak berkembang selari dengan perkembangan zaman. Banyak unsur-unsur baru perlu ditambah untuk menambah nilainya. Menyedari keadaan ini ramai pencinta sistem pondok cuba untuk melakukan pembaharuan dengan niat memajukannya supaya lebih tersusun dan mesra dengan masyarakat moden sekarang ini. Setakat ini saya tidak nampak satu pun yang benar-benar berjaya. Walaubegitu cubaan-cubaan ini perlu diteruskan.

Perubahan PositifPada dasarnya perjalanan pondok tradisi hendaklah diteruskan. Perubahan didalam system pondok hendaklah mengambil kira suasana warak yang sedia ada, cara berpakaian dengan memakai sarung, baju melayu atau jubah serta berkopiah atau serban yang tidak berwarna-warni, rambut sentiasa pendek atau dicukur. Ini sangat penting.

Ramai pondok baru mementingkan pembangunan prasarana dan penampilan terutama

Page 25: MADRASAH BANDAR DAMAI

sekali membina bangunan madrasah yang hebat. Ini saya kira pembangunan yang kedua penting. Pembangunan ilmiah mesti didulukan. Saya melihat yang benar-benar perlu dalam hal ini adalah menambah bukan membuang apa yang sedia ada.

Penambahbaikkan yang perlu itu seperti :Subjek yang dikira baru. 1- Fekah perbandingan, 2- Usul Dakwah, 3- perbandingan agama, 4- Falsafah, 5- Sirah, 6- Ulumul Quran. Sekurang-kurangnya membaca sendiri teksnya.Bahasa Ingeris. Dengan mempelajari satu dua teks berbahasa Ingeris seperti pada perbandingan agama atau tafsir quran.Teks moden. Perlu digunakan teks moden sekurang-kurangnya satu teks pada subjek asas seperti fekah, tauhid, tasawwuf, tafsir. Menggunakan teks yang digunakan diuniversiti pada subjek ilmu alat seperti Usul Fekah Usul Tafsir, Mustalah Hadith dan Mantiq, kerana ia lebih ringan dipelajari. Teks tradisi akan dijadikan rujukkan. Hafalan. Memasukkan bahan penulisan moden untuk dihafal, seperti teks ceramah ilmiah, petikan dari novel atau komik. Ini selepas selesai sukatan hafalan biasa.Pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM diminta untuk mengambilnya. Ini kerana ilmu tahap ini penting didalam dunia ilmiah, bukan sekadar untuk pekerjaan. Kelas tuisyen boleh disediakan.Program baca sendiri. Beberapa buku karangan ulamak semasa ditentukan untuk dibaca sendiri oleh pelajar. Seperti setahun dua buah.Perunding ilmiah. Tugasnya menilai perkembangan ilmiah pelajar baru. Menasihatinya tentang cara belajar, mengesan kelemahannya dan mencadangkan apa yang perlu dia buat untuk menggunakan peluang pengajian disekitanya. Dalam program pengajian pondok yang fleksibel pelajar perlu sentiasa peka dengan kemampuan dan kelemahan diri sendiri dan kreatif dalam memajukannya. Ada pelajar yang keliru lalu memberi penekanan kepada apa yang tidak sesuai dengan keperluan dirinya. Perkara ini benar-benar difahami oleh orang yang telah lepas tahap-tahap ilmu. Pelajar kena bertemu dengan perunding ini setahun dua kali. Tidak kena cara memajukan diri akan mengakibatkan masa yang lama dengan hasil yang tidak berpadanan.Latihan menulis. Didalam dua bentuk, menterjemah arab-melayu, melayu arab, dan mengarang, dalam bentuk yang ringan. Sekurang-kurangnya satu tugasan diberikan didalam setahun. Latihan baca kitab. Pelajar yang membaca kitab perlu diberi kelas latihan khas, untuk dinilai kemampuannya dan kelemahannya dan diberikan tunjuk ajar, supaya dia cepat mahir. Caranya dengan mengujudkan kelas untuk kelompok elit pelajar berasaskan kemampuan ilmiah. Kelompok ini akan melatih kelompok yang dibawah. Jika kelompok pertama itu sepuluh orang maka kelompok dibawahnya seratus orang. Ini juga akan mengujudkan satu motivasi belajar, setiap pelajar berusaha untuk meletakan diri pada kelompok elit iniPengajian Jawi dan kuliah dakwah. Membangunkan kuliah aliran jawi untuk pelajar yang dikenalpasti kurang mampu menguasai bahasa arab dengan baik. Teks jawi yang ada sangat banyak cukup untuk menjadi bahan kita mendalami ilmu ugama untuk tahap guru bagi masyarakat umum. Teks sesuai dijadikan teks pengajian dan yang lain untuk rujukkan. Pengajian jawi ini juga akan dibentuk untuk menyamai kuliah dakwah dengan memasukkan unsur-unsur yang perlu.

Page 26: MADRASAH BANDAR DAMAI

Tempoh Pengajian. Tidak ada had tempoh belajar dipondok. Seorang pelajar akan belajar hingga dia puas hati dan merasakan tidak ada peningkatan bagi dia lagi. Pada zaman yang serba cepat ini keadaan ini tidak sesuai. Satu tempoh perlu diletakkan dan dirancang padanya agar semua ilmu rata dipelajari. Tempoh yang ideal untuk pengajian pondok adalah tujuh tahun, termasuk dua tahun pengajian persediaan. Dengan perancangan yang betul didalam tempoh ini semua teks popular dipondok telah rata dipelajari.

Pengajian persediaan dua tahun. Teks yang diguna, nahu : Ajrumiah, Mukhtasar Jiddan, Syeikh Khalid, Kafrawi, Mutammimah Ajrumiah, 'Asymawi, saraf : Tasrif, Matan Bina, Matan Izzi dan Kailani, fekah : Minhajul Qawim dan Fathul Qareeb, dan hadith : Matan Arbai'en. Ini adalah secara ringkas.

Pengajian Penuh lima tahun. Teks yang digunakan, nahu : Azhari, Qatar, Syuzur, Syarah Ibnu 'Aqil, fekah : Fathul Mui'en, Tahrir Tuhfah Tullab, Kifayah al Akhyar, al Iqna', Tafsir al Jalalain, hadith : Riadhussolehin, Jawahirul Bukhari, al Azkar, Usuluddin : Syarqawi Hudhudi, Kifayatul 'Awam, Tuhfatul Murid. Ini adalah secara ringkas.

Teks subjek lain tidak bermasaalah dari segi tempoh masa pengajian kerana nipisnya. Setiap satu subjek lain diajarkan satu atau dua teks didalam tempoh lima tahun ini. Teks fekah kerana tebal dan banyaknya akan diajarkan tiga teks didalam satu masa, dan dibacakan dengan dua cara; teks lebih nipis dibaca dengan halus dengan tujuan menganalisa aspek bahasanya, dan teks yang lebih tebal dibaca dengan ringan supaya cepat khatam.

Masa pengajian harian. Kelas-kelas pengajian bermula dari selepas sembahyang subuh hingga ketengah malam. Enam hari seminggu, sepuluh bulan setahun. Tidak boleh dibuat jadual pengajian seperti sekolah atau universiti. Seorang pelajar yang komited sanggup belajar lapan jam sehari. Ini secara ringkas.

Jentera Perlaksanaan. Untuk perlaksanaan pakej penuh program ini diperlukan tiga orang guru sepenuh masa, dengan kelayakkan mampu membaca teks-teks tersenarai. Diperlukan juga guru sambilan untuk sokongan.

Pondok dan Universiti. Pelajar pondok akan digalakkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti untuk meningkatkan lagi ilmu mereka dan untuk mematangkan pengalaman mereka. Universiti adalah tempat dinama cerdik pandai dunia berkumpul mengajar dan belajar, dimana ilmu diadun untuk mendapat hasilan ilmu yang lebih luas dan cemerlang, perbincangannya melangkaui mazhab, tempat dinama kajian isu-isu semasa setakat mana kesesuaiannya dengan syara', maklumat seluruh dunia sampai keuniversiti.

Madrasah Khas Untuk Pelajar Terpilih. Walaupun satu daripada konsep pengajian pondok adalah khidmat, bermakna berkhidmat kepada umat Ialam maka kerananya semua peringkat kecerdasan akal diterima saya berpendapat demi keunggulan ilmu perlu untuk diujudkan madrasah khas untuk pelajar terpilih berdasarkan kecerdasan akal mereka. Sama seperti sekolah asrama penuh dimana hanya mereka yang cemerlang

Page 27: MADRASAH BANDAR DAMAI

akedemik sahaja diterima. Untuk tujuan itu cabarannya adalah mengumpulkan pelajar cerdas yang berminat untuk menyertai sistem pengajian alternatif ini, yang tidak jelas masa hadapannya dipasaran kerja.

Untuk tujuan ini saya mencadangkan agar dikumpulkan bekas pelajar tahfiz, yang sempurna tiga puluh juzuk atau tidak. Memang terdapat beratus lepasan sekolah tahfiz setiap tahun yang bersedia untuk menyertai madrasah pondok, jadi usaha ini akan memudahkan mereka mendapat ilmu pondok, kerana mereka akan belajar berkumpulan dengan orang yang setaraf kecerdasan akal. Ini juga memudahkan usaha untuk memasukkan ilmu akedemik tahap SPM pada mereka.

Mengiktiraf dan Memanfaatkan Pelajar Pondok yang berjaya. Usaha untuk mengiktiraf pelajar pondok yang berjaya didalam pengajian oleh pihak berkuasa sangat penting. Mereka ini orang yang telah berjaya mencapai taraf ilmu agama yang tinggi yang sukar untuk membina seorang pelajar sampai kepadanya, dan tentu sekali dapat menyumbang jasa kepada masyarakat. Tetapi oleh kerana tidak ada pengiktirafan dan masaalah kewangan mereka tidak bergiat secara maksimum atau menyambung pelajaran keuniversiti.

Saya yakin terdapat beratus-ratus bekas pelajar pondok pernah mengajar dipondok berada di Malaysia. Selain bantuan kewangan saya cadangkan beberapa langkah perlu diambil: Langkah pertama : kumpulkan mereka ditemuduga dan diiktiraf berdasarkan kemampuan ilmiah mereka. Langkah kedua : sediakan satu program khusus untuk memuatkan kualiti tambahan seperti bahasa Ingeris, arab komunikasi, perbandingan agama, matematik, sains dan falsafah. Ini cukup dengan tempoh setahun. Langkah ketiga : hantar mereka keTimur Tengah melanjutkan pelajaran, atau dapatkan mereka tempat untuk mengajar.

Mengiktiraf Pondok. Pondok-pondok yang berselerak diseluruh Nusantara pernah memainkan peranan yang amat penting didalam pendidikkan ummah dan didalam mepertahankan ummah dari serangan fahaman penjajah, dan sekarang masih lagi berperanan seperti itu walaupun kurang dari segi pengaruhnya. Ketika kita tidak punya sekolah dan universiti yang dalam bentuk sekarang ini pondok adalah tadika, sekolah dan universiti. Pondoklah yang mencorakkan pemikiran ummah, membentuk jati dirinya hingga dapat menolak unsur-unsur luar yang memudharatkan.

Semua pondok-pondok ini berjalan dengan corak asas yang sama, sukatan pelajaran asas yang sama dan bahasa yang sama. Jika kita perhatikan ia seperti sebuah institusi pendidikkan yang besar, seperti sebuah universiti terbuka. Teks yang anda pelajari di Kelantan adalah juga yang dipelajari di Fatani, Acheh, Jawa, Maluku, Sulu, Kemboja, Burma dan selainnya. Walaupun setiap pondok itu ada kekurangannya tetapi pondok-pondok ini saling melengkapi sesama mereka. Anda boleh belajar di Fathani kemudian sambung belajar di Jawa.

Kita perlu dapat menubuhkan sebuah pondok yang benar-benar tersusun, lengkap

Page 28: MADRASAH BANDAR DAMAI

prasarana dan tenaga pengajarnya, maka kita boleh menjadi menyatukan semua pondok-pondok yang berselerak ini. Pondok ini akan mengajarkan teks-teks pondok peringkat tinggi. Pondok lain yang lebih kecil operasinya boleh ditubuhkan untuk mengajarkan teks-teks peringkat rendah. Langkah yang perlu diambil:rasmikan satu sukatan teks yang perlu dipelajari, tambahkan kualiti-kualiti yang kita rasakan perlu seperti asas bahasa Ingeris, tubuhkan satu lembaga peperiksaan, untuk menguji dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar pondok, bentuk rangkaian hubungan dengan pondok-pondok yang berselerak itu,dapatkan pengiktirafan dari pusat-pusat pengajian tinggi seperti al Azhar.

Pelajar boleh belajar dimana sahaja tetapi untuk pengiktirafan yang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan mereka perlu mematuhi standad yang kita sediakan. Dengan cara ini kita meletakkan institusi pondok ketempat yang sewajarnya dan yang penting sekali kita telah menggunakan asset kita dan tidak mensia-siakannya.

Juga kita telah berjaya membentuk satu institusi pengajian antarabangsa. Institusi ini juga boleh dijadikan pusat penyebaran bahasa dan budaya Melayu kerana teks Melayu turut diajarkan. Untuk menyemarakkannya boleh dijemput dua tiga orang pelajar dari segala etnik Melayu dipelusuk asia tenggara dan minoriti Melayu yang telah hilang identiti mereka, bahasa dan budaya, seperti Mindanao, Kemboja, Laos, Myanmar, Fathani, Setul, Senggora, Krabi, Puket, Ligor, Sri Langka, Surinam, Pulau Krismas, Afrika Selatan dan lain, sebagai wakil masyarakat mereka.

Pondok sebagai pertubuhan. Pondok bermula dengan seorang tok guru dan seorang anak murid. Prasarana mengikut kemudian. Secara tradisinya pondok adalah milik individu iaitu tok guru. Segala-galanya bergantung dengan tok guru, dari segi ilmu, pentadbiran dan ekonomi. Orang lain membantu tok guru. Mereka tidak punya kuasa, hanya membantu. Ini membuatkan tok guru mudah membentuk pondok dan pelajar mengikut acuannya. Inilah status pemilikkan pondok yang telah berkhidmat kepada ummah sejak sekian lama.

Malangnya status pemilikkan ini telah menyumbang kepada keuntuhan banyak institusi pondok. Masaalahnya bila tok guru meninggal dunia pemilikkan bertukar kepada warisnya. Jika ada diantara waris itu yang boleh menggantikan tok guru pada tugas mengajar maka ia selamat buat satu generasi lagi. Jika tidak, pondok semakin malap. Orang berkelayakkan sebagai tok guru lebih suka mencari tempat baru untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan membuka pondok baru, dengan alasan mudah pengurusan. Ditambah pula tapak pondok telah menjadi tempat tinggal orang-orang tua dan pelajar yang berkeluarga membuatkan ruang untuk pelajar semakin sempit. Mengatasi masaalah ini elok jika pondok ditadbir sebagai pemilikkan awam atau wakaf.

Zaman akhir ini sukar kita boleh kita temui seorang yang mempunyai kualiti tok guru yang sempurna, kemahiran ilmu-ilmu tradisi Islam berada pada individu-individu yang berlainan. Ini juga sebab kenapa pondok perlu ditubuhkan diatas landasan persatuan atau yayasan. Dua tiga orang bergabung untuk mengajar dan mereka saling melengkapi.

Page 29: MADRASAH BANDAR DAMAI

Orang lain pula menyokong usaha ini dari segi pentadbiran, pembanggunan prasarana dan pengurusan kewangan.

Walaubagaimanapun struktur pertubuhan ini tidak boleh mengikut struktur pertubuhan yang biasa, konsep "pondok tok guru, orang lain tolong tok guru" mesti dikekalkan, secara semangat. Tok guru mesti mempunyai kuasa pemutus pada perkara yang berkaitan pengajian dan perkara-perkara pentadbiran yang besar. Selain daripada hirarki organisasi yang biasa perlu diujudkan "dewan tok guru" yang menempati tok guru yang sebenar. Semua perkara besar mesti diluluskan oleh dewan ini. Jawatan tertinggi juga iaitu pengurusi mesti diisi oleh guru yang paling disegani. Maknanya jika kita menerima seorang sebagai tok guru didalam pertubuhan kita maka kita kena sedia menghormatinya dan merendah diri kepadanya. Jika tidak begini keadaannya maka saya rasa sesuatu institusi itu bukannya dibangunkan sebagai kesinambungan pondok. Perkara ini perlu didetilkan.

Oleh kerana tok guru atau ustaz tidak mempunyai kuasa didalam pentadbiran maka banyak madrasah baru yang ditadbir sebagai pertubuhan yang terbengkalai kerana tok guru menarik diri bila golongan pentadbir menunjukkan kuasa mereka dan tidak memperdulikan pendapat tok guru, lebih-lebih lagi menyasar dari matlamat penubuhan. Tok guru perlu menentukan cara perjalanan pondok dan hala tujunya jika belum dibincangkan ketika penubuhannya dengan detil.

Pengurusan Kewangan. Hendaklah diujudkan dua tabung kewangan. Pertama tabung pembangunan prasarana, dan diuruskan oleh pentadbiran. Kedua tabung kebajikkan, dan diuruskan oleh majlis tok guru. Tempat gunanya : gaji guru, dan kebajikkan pelajar. Setiap sumbangan atau dari pendapatan dari sumber lain dibahagikan 65 peratus untuk tabung pembangunan, 35 peratus untuk tabung kebajikkan.

Jika sesiapa mempunyai pandangan dan pendapat yang berkaitan tajuk ini sila hubungi saya : [email protected].