nota sjh1108 - hubungan antarabangsa

6
Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108 BAB DUA: HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI BIDANG KAJIAN KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalam ilmu sains politik. Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan antarabangsa dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah kajian hubungan antarabangsa yang bermula dari peringkat individu, negara dan antarabangsa seperti yang disarankan oleh Waltz&Genest. Berikut adalah merupakan kaedah mengkaji hubungan antarabangsa dalam beberapa peringkat kajian: Peringkat Kajian Individu Dalam peringkat ini, kajian berfokus kepada mengkaji peranan seseorang individu dalam politik global. Oleh itu, kajian berfokus kepada menganalisis tindakan dan peranan individu berdasarkan pandangan normatif ke atas kedudukan semulajadi manusia dan moral politik. Contohnya, kajian sebegini akan menentukan beberapa topik tertentu dalam mengklasfikasikan tindakan seseorang individu dalam hubungan antarabangsa 1 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Upload: hazman-azhar

Post on 04-Aug-2015

1.394 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSAPPISMP SEJARAHBAB DUA - HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI BIDANG KAJIAN

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

BAB DUA: HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI BIDANG KAJIAN

KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA

Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalam

ilmu sains politik.

Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan antarabangsa

dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah kajian hubungan

antarabangsa yang bermula dari peringkat individu, negara dan antarabangsa seperti

yang disarankan oleh Waltz&Genest. Berikut adalah merupakan kaedah mengkaji

hubungan antarabangsa dalam beberapa peringkat kajian:

Peringkat Kajian

Individu Dalam peringkat ini, kajian berfokus kepada mengkaji

peranan seseorang individu dalam politik global.

Oleh itu, kajian berfokus kepada menganalisis tindakan dan

peranan individu berdasarkan pandangan normatif ke atas

kedudukan semulajadi manusia dan moral politik.

Contohnya, kajian sebegini akan menentukan beberapa

topik tertentu dalam mengklasfikasikan tindakan

seseorang individu dalam hubungan antarabangsa samada

pemimpin gila, agung, dsb.

Contohnya, jika seseorang pengkaji cuba untuk mengkaji

tindakan seseorang individu yang mempengaruhi tindakan

yang bersifat antarabangsa selepasnya, antara contoh

kajian yang boleh dilakukan termasuklah melakukan

analisis individu ke atas Saddam Hussein bagi menjawab

persoalan tujuan penaklukan Iraq ke atas Kuwait.

1Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 2: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

Negara Dalam peringkat kajian ini, kajian tertumpu kepada

mengkaji sifat semula jadi dan peranan negara dalam

sistem antarabangsa.

Menurut Amstutz (1999:12), antara kajian penting

mengenai negara dalam hubungan a/b termasuklah kajian

mengenai analisis ke atas sifat semula jadi, sumber-

sumber, prosedur-prosedur implementasi dan kesan dasar

luar sesebuah negara.

Perkara-perkara domestik dalam mengkaji hubungan a/b

turut dititikberatkan termasuklah faktor tertentu seperti

kuasa, kekayaan, struktur politik,ideologi dan moral.

Contohnya, para pengkaji boleh mengkaji peranan

kepelbagaian kaum di Malaysia dalam mempengaruhi

dasar Malaysia yang menentang Dasar Apharteid di Afrika

Selatan.

Antarabangsa Mengkaji dan menganalisis impak sistem antarabangsa ke

atas tingkah laku negara dan aktor-aktor lain seperti

organisasi antarabangsa.

Kajian turut berfokus kepada mengkaji keadaan semula

jadi, peranan dan impak daripada undang-undang

antarabangsa dan organisasi antarabangsa.

Contohnya, kajian di peringkat ini mengkaji kesan-kesan

kuasa yang dimiliki oleh Lembaga Perlesenan Atom

Antarabangsa (IAEA) dalam menyekat usaha Iran untuk

melaksanakan pengayaan uranium sebagai sumber tenaga

di negara tersebut.

2Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 3: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

TEORI-TEORI HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. TEORI REALISME

Dalam teori realisme, kepentingan keselamatan negara dan kuasa diutamakan dalam

melaksanakan sesebuah perhubungan di peringkat antarabangsa.

Antara tokoh yang mendukung teori realisme termasuklah tokoh-tokoh seperti E.H.

Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau.

Mereka berpendapat, negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan

merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan

diri serta peluang meneruskan kewujudan diri.

Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap

negara (bertentangan dengan fahaman idealistik).

Oleh itu, negara-negara yang mengamalkan teori realisme dalam hubungan mereka

di peringkat antarabangsa akan sentiasa berhati-hati dan akan melihat implikasi yang

mungkin timbul sekiranya sesuatu hubungan antarabangsa dijalankan.

Sebagai contoh, ketika era Perang Dingin, terdapat negara-negara yang enggan

menyatakan sokongan ke atas mana-mana blok politik bagi melindungi keselamatan

dan kepentingan mereka di peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia melalui

pertubuhan yang dinamakan Non-Alligned Movement (NAM).

2. TEORI LIBERALISME

Teori liberalisme wujud selepas Perang Dunia Pertama berikutan ketidakmampuan

negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan

antarabangsa mereka.

Teori liberalisme dalam hubungan antarabangsa dikaitkan dengan peranan sesebuah

hubungan antarabangsa dalam mengawal keamanan dan keselamatan dunia

termasuklah melalui undang-undang yang diwujudkan bagi mengawal tingkah laku

aktor-aktor di peringkat antarabangsa.

Penyokong teori ini seperti Woodrow Wilson dan Norman Angell mendakwa bahawa

semua negara boleh mendapat faedah daripada kerjasama dan peperangan begitu

memusnahkan sehingga ia tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.

3Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 4: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

Wilson misalnya mendukung kuat prinsip liberalisme melalui Deklarasi 14 Perkara

Woodrow Wilson selepas Perang Dunia Pertama. Menurut Wilson, keamanan dunia

tidak akan muncul secara sendiri akan tetapi sebaliknya perlu diusahakan.

Oleh itu, prinsip keamanan bersama diperjuangkan dalam teori liberalisme kerana

konflik yang melanda sesebuah negara akan dikhuatiri turut merebak ke negara-

negara sekitarnya. Justeru, keamanan sesebuah negara turut

dipertanggungjawabkan ke atas negara-negara lain bagi merealisasikan prinsip

keamanan bersama.

3. TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori Konstruktivisme (atau turut dikenali sebagai konstruktivisme sosial) adalah satu

bentuk teori yang dipelopori oleh negara-negara Marxisme yang menolak

pandangan fahaman liberalisme/realisme tentang konflik atau kerjasama, dan

memberi fokus kepada aspek ekonomi dan material.

Fahaman ini berkait rapat dengan teori kebergantungan yang mendakwa bahawa

negara maju, dalam usaha mereka mencari kuasa, menyusup ke dalam negara

sedang membangun melalui pensihat politik, pakar dan MNCs untuk menyepadukan

negara membangun ke dalam sistem kapitalis untuk mendapatkan sumber semula

jadi serta menambahkan kebergantungan negara membangun kepada negara maju.

4Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012