nota science f5 (3.4 n 3.5)

Upload: shima-kamarul

Post on 09-Jul-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3.4 PENGURUSAN SUMBER ALAM YANG TERANCANG 1. Jadual 3.4 menunjukkan pengurusan sumber alam yang terancang dan kesan penggunaan sumber tanpa perancangan. Aktiviti Pengurusan yang terancang Pengurusan yang tidak terancang -Pembalakan tanpa perancangan menyebabkan hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir kilat - Kemusnahan habitat yang boleh menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. - Pemanasan global akibat daripada peningkatan kandungan karbon dioksida - Kekurangan wap air dalam atmosfera menjejaskan kitar air dan iklim - Perikanan yang tidak terancang memusnahkan hidupan akuatik lain dan boleh menyebabkan kepupusan spesis ikan yang tertentu -Menangkap ikan di kawasan yang sama boleh mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik - Ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan dan racun tidak selamat dimakan - Pembukaan tanah tanpa perancangan boleh menyebabkan kemarau, tanah runtuh, hakisan tanah dan banjir kilat serta pemusnahan habitat dan kepupusan haiwan dan tumbuhan

Pembalakan - Mengamalkan pembalakan yang berterusan - Mengamalkan pembalakan di kawasan yang dipilih - Penanaman semula pokok yang telah ditebang - Mewartakan kawasan hutan simpan

Perikanan

- Mengharamkan penggunaan bahan letupan, racun atau bahan kimia yang lain. -Menangkap ikan yang matang sahaja - Menangkap di kawasan perikanan yang ditetapkan - Mengurangkan penggunaan pukat tunda - Melarang penggunaan pukat hanyut - Menggalakkan amalan akuakultur

Pembukaan -Penguatkuasaan undang-undang tanah seperti Akta Perhutanan Negara 1974 untuk melindungi hutan - Hutan pada ketinggian 100 m ke atas dari aras laut tidak boleh ditebang untuk mencegah hakisan tanah. - Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar perlu diluluskan sebelum sesuatu kawasan dibuka. - Sistem pengaliran yang cekap perlu dibina di kawasan yang dibuka untuk projek pembangunan Perlombong - Perlombongan petroleum dikawal rapi an untuk mencegah pencemaran air. - Bekas tasik lombong diubahsuai menjadi tempat rekreasi

- Perlombongan petroleum yang tidak dikawal rapi boleh menyebabkan pencemaran air - Perlombongan yang tidak terancang boleh menyebabkan hakisan tanah dan banjir.

3.5 Sikap dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar 1. Sikap yang diperlukan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ialah a) Menjalankan kempen 3R (kitar semula, mengguna semula dan mengurangkan penggunaan. b) Menganjurkan aktiviti meneroka hutan c) Menjalankan projek sungai angkat, bukit angkat, pantai angkat atau hutan angkat d)Menulis cadangan tentang cara memelihara dan memulihara alam sekitar e) Mengisytiharkan hari-hari tertentu sebagai hari alam sekitar seperti Hari Bumi pada 22 April dan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun. Banyak aktiviti boleh dijalankan pada hari-hari tersebut.