: rekabentuk alat pengiraan jaringan secara digital · 3.4 rupabentuk alat pengiraan jaringan...

28
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL “NETSCORE” SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya: ARUNA SANTHAPPAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 5, JLN PERPADUAN, PM. DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR TMN BERJAYA, BULOH KASAP, 85010 SEGAMAT, JOHOR Tarikh : 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012

Upload: phungdang

Post on 06-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA

DIGITAL “NETSCORE”

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya: ARUNA SANTHAPPAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

NO 5, JLN PERPADUAN, PM. DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR

TMN BERJAYA,

BULOH KASAP, 85010

SEGAMAT, JOHOR

Tarikh : 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012

Page 2: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : _______________________________________

Nama Penyelia : PM. DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR

Tarikh : 20 JANUARI 2012

Page 3: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

iii

REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL

“NETSCORE”

ARUNA SANTHAPPAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2012

Page 4: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________

Nama Pelajar : ARUNA SANTHAPPAN

Tarikh : 20 JANUARI 2012

Page 5: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

v

DEDIKASI

Bersyukur kepada tuhan atas kurniaannya.

Ibu dan ayah Saretha Balan dan Santhappan Karuppanan

serta adik beradik Samala dan Bala Danis yang dikasihi

Kepada Pensyarah dan selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda

P.M.DR. Mohad Anizu Mohd Nor

Dan

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

yang banyak Membantu

Serta rakan-rakan yang disayangi

Terima kasih untuk atas segala sokongan dan dorongan serta

keikhlasan dan doa anda kepada saya.

Page 6: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

vi

PENGHARGAAN

Bersyukur terhadap tuhan kerana dengan kurnianNya dapat saya menyiapkan

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia PSM saya iaitu P.M Dr.

Mohad Anizu Mohd Nor di atas bimbingan serta bantuan beliau di dalam usaha saya

menyiapkan laporan saya. Tidak lupa kepada En.Syahrul Ridhwan Morazuki dan

Dr.Halijah Ibrahim pensyarah Sains Sukan di atas kesudian melapangkan masa dan

memberi panduan kepada saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

Bagi rakan-rakan seperjuangan Ann, Mas dan Shi Ling serta rakan lelaki Duan,

dan Azam serta kesemua rakan saya terima kasih atas sokongan dan dorongan anda.

Bagi adik saya yang membantu di dalam menyiapkan tugasan ini tidak lupa ucapan

terima kasih saya.

Sekian, terima kasih semua.

Page 7: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

vii

ABSTRAK

Menjaring adalah salah satu kemahiran yang sangat penting di dalam sukan bola

jaring dan lazimnya ketepatan menjaring yang dilakukan oleh penjaring akan

menyumbang kepada kejayaan atau kekalahan kepada sesebuah pasukan. Oleh

itu,penjaring perlu menjalani latihan yang lebih bersistematik dan penumpuan yang

sepenuhnya diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk instrumen baru yang

menggunakan teknologi digital dan terkini bagi membolehkan penjaring melakukan

jaringan seperti di dalam situasi perlawanan sebenar dan tidak lagi perlu menggunakan

kaedah lama iaitu mengira jumlah jaringan dengan sendiri. Instrumen yang direka

bentuk adalah mudah alih dan mudah dikendalikan. Dengan nilai korelasi 0.976 bagi

pengujian kesahan dan nilai korelasi bagi kebolehpercayaan adalah 0.996 menunjukkan

instrumen ini mempunyai nilai korelasi yaag sangat kuat. Pengujian tersebut dilakukan

kepada 8 orang subjek daripada Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 4

orang penjaring elit dan 4 orang penjaring amatur dengan menjalani 6 kali pengujian

secara berselang dengan kaedah pengiraan manual dan menggunakan instrumen yang

dibangunkan telah dijalankan dan pembolehubah tetap bagi pengujian ini adalah 100 kali

percubaan menjaring pada setiap kali pengujian. Hasil kajian juga didapati dengan

penggunaan alat pengiraan jaringan digital “Netscore” bagi kedua-dua kategori

penjaring elit dan amatur terdapat peningkatan daripada jumlah peratus jaringan iaitu

sebanyak 7.1% (SD = 1.48) bagi penjaring elit dan penjaring amatur sebanyak 13.2%

(SD = 2.3). Selain itu, instrumen yang dibangunkan turut mempunyai potensi pemasaran

tinggi dikalangan penggiat di dalam sukan bola jaring yang turut menjadi responden

bagi kajian ini.

Page 8: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

viii

ABSTRACT

Goal shooting is one of the important skills in netball sports. The accuracy of the

shooting of a goal which is done by a goal shooter determines the victory or losing of a

team. Therefore, a systematic and consistent training is needed for a netball goal shooter.

The main purpose of this study is to design a new instrument which uses the latest

digital technology. This instrument enables a shooter to shoot goals as in a real netball

match situation and the shooter does not need to count the number of goals being shot as

done previously. This instrument is designed in a way such as it is a mobile and user

friendly instrument. With a correlation value of 0.976 for validity test and correlation

value of 0.996 for reliability test, this instrument has proven it is having a strong

correlation value. The tests are done on 8 people who are the subjects of this study and

they are from University Technology Malaysia. 4 of them are elite goal shooters

whereby the rest 4 are amateur goal shooters. The tests are done as much as 6 times. The

manual goals counting method and newly designed instrument were used in the test in

an intermittent approach. The variables are kept constant for 100 times of trials of goal

shooting for every test. The results of the study have also gotten by using the digital goal

counting instrument “Netscore”. For both the elite shooters and amateur shooters, the

goal shooting rate shown gradual increment from total percentage of goal shooting of

7.1% (SD=1.48) for elite shooters and amateur shooters with a percentage of goal

shooting of 13.2% (SD=2.3). Apart from that, the newly designed instrument has high

marketable potential among activators of netball sports who are also the respondents of

this study.

Page 9: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI GRAF xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 10: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

x

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definasi Istilah 9

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Berkaitan Dengan Kejuruteraan 14

Sukan

2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan 15

2.4 Kesimpulan 16

3 METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17

3.2 Kaedah Penyelidikan 17

3.3 Populasi dan Persampelan 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Prosedur Kajian 20

3.5.1 Pemilihan Subjek 20

3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan 20

3.5.3 Surat Persetujuan 21

3.5.2 Taklimat Kajian 21

3.6 Rekabentuk Kajian 21

3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 21

3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 24

3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 29

3.6.3.1 Ujian Pengesahan 29

3.6.3.2 Prosedur Ujian Pengesahan 30

Page 11: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xi

3.6.3.3 Prosedur Penilaian Alat 31

3.7 Pengumpulan Data 31

3.8 Penganalisisan Data 31

3.9 Kajian Rintis 32

4. ANALISIS DATA 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Deskriptif: Maklumat subjek

bagi ujian pengujian alat 34

4.3 Analisis Deskriptif: Maklumat subjek

bagi ujian penilaian alat 35

4.4 Analisis Inferensi bagi pengujian alat 38

4.4.1 Kesahan Insrumen 38

4.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 39

4.5 Analisis Instrumen 40

4.5.1 Ralat Instrumen 40

4.5.2 Peratus Jaringan 41

4.6 Analisis potensi pasaran 44

4.6.1 Potensi Pembelian Instrumen 44

4.6.2 Pandangan terhadap ketepatan

Instrument 45

4.6.3 Instrumen yang dibangunkan

selamat digunakan 46

4.6.4 Instrumen yang dibangunkan

adalah mudah alih 47

4.6.5 Dapat mengelak penipuan

semasa pengiraan jaringan 47

4.6.6 Instrumen mudah dikendalikan 48

4.6.7 Harga yang dianggarkan 49

Page 12: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xii

5. PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN 50

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 50

5.2.1 Alat Pengiraan jaringan

secara digital “Netscore”

mempunyai kesahan dan

kepercayaan yang tinggi 50

5.2.2 Instrumen dapat mengukur

keberkesanan alat di dalam

peningkatan peratus jaringan

yang dilakukan oleh penjaring 51

5.2.3 Maklum balas potensi pasaran 52

5.3 Kesimpulan 53

5.4 Masalah yang dihadapi 54

5.5 Cadangan 55

5.6 Penutup 56

RUJUKAN 57

Page 13: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xiii

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Lakaran awal litar elektronik instrumen

(Sensor Board) 23

3.2 Lakaran awal litar elektronik instrumen

(Control Board) 23

3.3 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital

“Netscore” (Sensor Board) 25

3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital

“Netscore” (Control Board) 26

3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

di dalam membangunkan instrumen alat

pengiraan jaringan digital “Netscore” 26

3.6 Rupabentuk Sensor detector alat pengiraan

jaringan digital “Netscore” dipasang pada

tiang bola jaring 28

3.7 Rupabentuk Sensor Detector dan Sensor Board

alat pengiraan jaringan digital “Netscore”

dipasang pada tiang bola jaring 28

Page 14: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xiv

4.1 Jadual Analisis Deskriptif bagi ujian pengujian alat 34

4.2 Jadual Korelasi Pearson bagi ujian kesahan 38

4.3 Jadual Korelasi Pearson bagi ujian

kebolehpercayaan 39

Page 15: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xv

SENARAI GRAF

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Carta pai umur subjek bagi ujian

penilaian alat 35

4.2 Carta pai jantina subjek bagi ujian

penilaian alat 36

4.3 Carta pai kategori penglibatan subjek

di dalam sukan bola jaring 36

4.4 Tahap Profesionalisme subjek bagi

ujian penilaian alat 37

4.5 Ralat di dalam pengiraan jaringan bagi

penjaring elit 40

4.6 Ralat di dalam pengiraan jaringan bagi

Penjaring amatur 41

4.7 Peratus jumlah jaringan bagi penjaring elit 41

4.8 Peratus peningkatan jaringan bagi penjaring elit

Menggunakan “Netscore” 42

4.9 Peratus jumlah jaringan bagi penjaring amatur 43

Page 16: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

xvi

4.10 Peratus peningkatan jaringan bagi penjaring amatur

Menggunakan “Netscore” 44

4.11 Potensi pembelian instrumen 45

4.12 Pandangan terhadap ketepatan instrumen 45

4.13 Aspek Keselamatan Instrumen 46

4.14 Instrumen yang dibangunkan adalah mudah alih 47

4.15 Dapat mengelak penipuan semasa pengiraan

jaringan 48

4.16 Instrumen mudah dikendalikan 48

4.17 Harga instrumen yang dianggarkan oleh subjek 49

Page 17: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangunkan

industri sukan tanah air. Di mana ramai jaguh-jaguh bertaraf dunia telah dihasilkan di

antaranya Datuk Nicol Ann David dari sukan skuash, Datuk Lee Chong Wei dari

sukan badminton, Azizulhasni Awang dari sukan berbasikal, malah sukan-sukan

berpasukan juga telah banyak menempah nama di arena sukan antarabangsa seperti

sukan renang, boling padang, tenpin boling dan bola jaring juga antara sukan yang

turut memyumbangkan kejayaan kepada negara.

Bola jaring merupakan sukan yang dimainkan oleh kaum wanita di seluruh

dunia dan sukan ini khususnya sangat popular di negara-negara komenwel. Terdapat

lebih 20 juta orang dari 70 negara komenwel bermain sukan ini dari bangku sekolah

lagi. Di antara Negara yang sangat popular dengan sukan ini adalah Australia, New

Zealand, Jamaica, England, South Afrika, Malawi dan bagi benua Asia pula Negara-

negara yang mendominasi sukan ini adalah Sri Lanka, Singapura, Thailand,

Maldives, India, Hong Kong dan Malaysia sendiri.

Page 18: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

2

Bola jaring adalah sukan yang di adaptasikan daripada sukan bola keranjang

pada kurun ke-18 oleh Dr.James Naismith di Springfield Massachusetts Amerika

Syarikat. Sukan ini melalui beberapa revolusi perubahan daripada segi corak

permainan, undang-undang dan peralatan yang digunakan. Perubahan ini membawa

kepada sebuah identiti tersendiri kepada sukan ini.

Seperti sukan-sukan berpasukan yang lain, sukan ini juga turut memerlukan

dua pasukan yang bermain dengan terdiri daripada tujuh orang pemain setiap

pasukan. Posisi yang terdapat di dalam setiap pasukan adalah Goal Shooter (GS)

pemain yang bertanggungjawab untuk melakukan jaringan, Goal Attack (GA)

pemain ini akan melakukan serangan dan turut membantu dalam membuat jaringan

gol, Wing Attack (WA) pemain posisi penyerang, Center (C) pemain tengah yang

membantu kedua-dua bahagian penyerang dan pertahanan, Wing Defender (WD)

pemain sayap yang membantu menghadang bola, Goal Defender (GD) pemain yang

bertanggungjawab untuk menghalang bola di kawasan luar menjaring dan di

kawasan menjaring dan yang terakhir Goal Keeper (GK) pemain yang

mempertahankan bola daripada pihak lawan mendapat mata.

Sukan ini mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain

di setiap bahagian iaitu bahagian penyerang, pertahanan dan penjaring. Setiap

bahagian adalah sangat penting di dalam sukan ini tetapi bahagian penjaring adalah

bahagian yang teramat penting kerana kemenangan sesebuah pasukan adalah

berdasarkan kelebihan mata dari gol yang dijaringkan. Menjaringkan gol adalah satu

daripada kemahiran tertutup yang tidak mudah dipelajari dan kemahiran ini

memerlukan pemain melakukan latihan jangka masa panjang untuk menjadi

penjaring yang tepat dan baik.

Bagi penguasaan sesuatu kemahiran pemain perlu belajar secara berperingkat

dan mereka perlu memberi penekanan yang semakin berkurangan dengan teknik-

teknik yang terdapat di dalam kemahiran tersebut sehingga kemahiran tersebut dapat

dilakukan secara automatik. Fitts & Posner (1967), telah menghasilkan three-stage

model bagi penguasaan kemahiran dengan berjaya iaitu the cognitive stage, the

associative stage, the autonomous stage.

Page 19: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

3

Berdasarkan peringkat-peringkat ini, the cognitve stage adalah peringkat awal

bagi seorang pemain memahami teknik-teknik yang terdapat di dalam kemahiran

menjaring. Contoh pemerhatian, berbincang dengan mereka yang berpengalaman dan

memahami konsep kemahiran menjaring akan membolehkan otak manusia

membentuk satu program motor. Program ini adalah penting untuk pemain dapat

membayangkan melakukan kemahiran tersebut dan mengingati langkah-langkah

yang terdapat di dalam kemahiran menjaring.

Peringkat seterusnya the associative stage adalah peringkat pertengahan di

mana pemain akan berlatih kemahiran menjaring. Pada peringkat ini pemain akan

mula berfikir secara berkurangan tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk

menjaring gol bagi. Deria visual akan berkurangan pada peringkat ini dan pemain

akan menggunakan deria rasa di mana mereka akan dapat merasakan perubahan yang

berlaku pada tubuh badan mereka. Latihan yang berterusan dengan mengaplikasikan

situasi sebenar permainan akan membolehkan kesalahan menjaring dapat

dikurangkan dan ketepatan menjaring akan meningkat.

Peringkat terakhir di dalam model yang diperketengahkan adalah the

autonomous stage. Peringkat ini dapat dicapai apabila pemain dapat menguasai

kemahiran menjaring dengan baik. Lakuan dilakukan secara automatik apabila

menghadapi situasi sebenar contoh Goal Shooter akan menjaring gol selepas

menangkap bola di dalam kawasan menjaring. Pemain dapat menjaring gol dengan

baik sekiranya hanya berfikir tentang lakuan itu secara sedikit sahaja menurut

Eysenck & Keane (2000). Selain itu menurut Fishman & Oxendine (1993) latihan

yang berterusan tanpa atlet mempunyai tahap motivasi yang tinggi akan

menyebabkan atlet tersebut tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berjaya

dan tidak dapat mencapai tahap automatik di dalam kemahiran.

Di dalam beberapa tahun ini kecanggihan sukan, kemajuan di dalam

teknologi bahan, litar mikropemproses yang berkualiti tinggi serta rekabentuk yang

menarik telah membawa kepada penghasilkan mesin atau peralatan teknologi sukan

yang membantu meningkatkan kualiti latihan sukan di dalam kebanyakkan sukan

bagi kegunaan jurulatih serta atlet itu sendiri sebagai alat bantu yang berasaskan bagi

sukan tertentu untuk memperbaiki serta meningkatkan mutu latihan serta sukan itu

Page 20: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

4

sendiri. Contohnya seperti mesin mengeluarkan bola lisut, di mana bola akan

ditembak keluar mengikut masa yang ditetapkan dan projektil bola tersebut akan

sama pada setiap kali mesin tersebut menembak keluar bola tersebut. Oleh itu

pemain dapat berlatih memukul bola lisut pada sudut yang sama bagi satu tempoh

yang lama. Perkara ini mungkin sukar dilakukan oleh seorang pitcher untuk

membaling bola pada sudut yang sama pada setiap kali balingan. Mesin-mesin yang

dihasilkan bagi tujuan latihan banyak membantu pemain untuk mempertingkatkan

kemahiran mereka di dalam sesuatu sukan. Malah kelebihan penghasilkan mesin-

mesin ini juga membolehkan pemain dapat melakukan latihan pada bila-bila masa

tanpa bantuan rakan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Atlet bola jaring terutamanya penjaring perlu kerap melakukan latihan

menjaring bagi melakukan jaringan yang tepat ke dalam jaring dan latihan situasi

sebenar adalah sangat penting untuk pemain tersebut memotivasikan diri serta

memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada menjaringkan bola. Lazimnya ketika

melakukan latihan menjaring pemain akan menjaring sambil mengira dan mengingati

jaringan yang telah dilakukan yang mana situasi ini tidak berlaku semasa bertanding.

Pemain posisi menjaring akan mengira jaringan yang dilakukan untuk melihat

peratus bola yang dapat mereka menjaringkan dengan tepat. Sebagai seorang

penjaring yang profesional peratus jaringan di antara 80 hingga 100 peratus perlu

dikekalkan bagi membolehkan mereka menjaring dengan baik semasa pertandingan.

Jika atlet tersebut ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan menjaring dan

mengaplikasikan situasi sebenar pertandingan maka bantuan rakan amat diperlukan

untuk mengingatkan jaringan yang telah dilakukan dan seperti sedia maklum

manusia dapat melakukan ralat di dalam pengiraan dan sebagai rakan mereka juga

mampu untuk melakukan penipuan bagi mengurangkan beban kerja rakan penjaring

mereka.

Page 21: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

5

Pada masa kini hanya papan memaparkan skor atau mata jaringan secara

manual terdapat di pasaran dan masih tidak terdapat alat yang boleh membantu

penjaring melakukan jaringan dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada

latihan menjaring tanpa memerlukan penjaring tersebut mengira jaringan yang

dilakukan dengan sendiri. Oleh itu penyelidik berusaha untuk merekabentuk

instrumen yang berupaya untuk mengira jumlah jaringan yang dilakukan oleh

penjaring dan membantu mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada

latihan menjaring dan instrumen ini di reka supaya dapat memaparkan jumlah

percubaan yang dilakukan, jumlah jaringan yang dilakukan dan yang paling penting

ianya juga disertakan dengan perisian untuk mengira jumlah peratus jaringan dan ini

secara tidak langsung akan meningkatkan tahap motivasi di dalam diri mereka untuk

mencapai peratus jaringan pada tahap yang tinggi. Instrumen ini juga akan dihasilkan

dengan ciri-ciri seperti keselamatan yang tinggi, mudah alih, ringan dan mudah

dikendalikan. Selain itu, juga penyelidik ingin merekabentuk instrumen yang

menglibatkan kos yang berpatutan, berkualiti serta mempunyai tahap

kebolehpercayaan yang tinggi. Tahap kebolehpercayaan yang tinggi bermaksud tiada

relatif bagi kesalahan penilaian dalam peralatan pengukurun tersebut yang

dinyatakan Azizi Yahya et al. (2007) dan sekiranya ianya semakin kurang stabil atau

terdapat banyak kesilapan maka kebolehpercayaan alat tersebut akan diragui oleh

pengguna dan keadaan ini tidak memenuhi ktiteria pengguna. Selain itu, kesahan

peralatan juga didefinasikan oleh Azizi Yahya et al. (2007) sebagai sejauh mana alat

teesebut mengukur apa yang patut di ukur. Gabungan serta kekuatan daripada kedua-

dua elemen ini dapat memastikan kredibiliti sesuatu alat dan ini akan menjadi daya

tarikan pengguna untuk memiliknya.

Kekurangan peralatan-peralatan yang membantu seorang penjaring telah

menarik minat penyelidik untuk menghasilkan instrumen yang diberi nama

“NetScore” yang mana alat ini akan membantu penjaring untuk mengira jaringan dan

menumpukan perhatian mereka terhadap jaringan. Diharapkan dengan usaha

membangunkan instrumen ini dapat membantu serta mengatasi masalah-masalah

yang dihadapi oleh penjaring di dalam sukan bola jaring.

Page 22: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

6

1.3 Penyataan Masalah

Ketiadaan alat berteknologi tinggi di dalam pengiraan jumlah jaringan secara

digital memberi kesukaran untuk atlet penjaring sukan bola jaring memberi

penumpuan yang sepenuhnya terhadap latihan mereka. Konsep mengira dan

mengingati jumlah jaringan yang dilakukan oleh penjaring itu sendiri diguna pakai

oleh atlet amatur sehinggalah atlet professional bertaraf dunia. Seperti yang

dinyatakan oleh Eysenck & Keane (2000), semakin kurang pemain itu berfikir

tentang lakuan yang mereka lakukan semakin baik mereka menguasai lakuan

tersebut. Malah dengan menggunakan khidmat diri sendiri untuk mengingati jumlah

jaringan yang dilakukan kemungkinan untuk mempunyai ralat di dalam kiraan adalah

sangat tinggi dan ini akan memberi kesan terhadap jumlah peratusan jaringan yang

dilakukan oleh penjaring tersebut. Selain itu penipuan di dalam mengira jumlah

jaringan juga boleh berlaku kerana pengiraan hanya berlaku secara kaedah manual

dan tidak mempunyai sebarang rekod yang sah. Hal ini juga boleh menyukarkan

jurulatih untuk mendapatkan data keputusan jumlah jaringan harian atlet mereka

secara tepat. Perkara-perkara seperti ini boleh menyebabkan penjaring melakukan

lakuan tersebut dengan sambil lewa dan tidak memandang serius terhadap latihan

yang dilakukan dan turut menyukarkan jurulatih untuk melihat kemajuan atlet

penjaring mereka. Penjaring adalah satu posisi yang sangat penting di dalam sukan

bola jaring kerana walaupun sekuat mana pasukan tersebut tetapi jika pasukan

tersebut tidak dapat melakukan jaringan mereka tetap akan mengalami kekalahan.

Bagi mengatasi masalah, ini sebuah alat elektronik bagi tujuan pengiraan

jumlah jaringan harus direka bagi membantu atlet menjalani latihan menjaring yang

berkualiti tanpa menpunyai sebarang ralat di dalam pengiraan yang dilakukan. Malah

alat ini juga akan membantu jurulatih untuk menyimpan data peratus jaringan yang

dilakukan oleh atlet mereka dan dapat mengkaji peningkatan serta kemajuan atlet

tersebut. Selain itu instrumen ini juga akan mengelakkan sebarang bentuk ralat dan

penipuan di dalam pengiraan jumlah jaringan yang dilakukan oleh atlet penjaring itu

sendiri.

Page 23: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

7

1.4 Objektif Kajian

Alat teknologi di dalam sukan adalah satu perkara yang penting di dalam

membantu meningkatkan kualiti sukan itu sendiri dan bertujuan untuk

memaksimumkan kesan bagi latihan yang dilakukan. Oleh itu objektif kajian ini

adalah :

1.4.1 Menilai tahap kebolehpercayaan dan kesahan alat mengira jaringan secara

digital “NetScore” di dalam mengira jumlah jaringan yang dilakukan oleh

penjaring.

1.4.2 Menilai tahap keberkesanan alat mengira jaringan digital secara “NetScore”

kepada peningkatan peratus jaringan yang dilakukan oleh penjaring.

1.4.3 Mengenalpasti potensi alat ini untuk dipasarkan kepada pengguna bagi tujuan

menjalani latihan menjaring secara efektif.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah alat mengira jaringan digital secara “NetScore” mempunyai tahap

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi di dalam mengira jumlah jaringan

yang dilakukan oleh penjaring?

1.5.2 Adakah alat mengira jaringan digital secara “NetScore” memberi sebarang

kesan peningkatan terhadap peratus jaringan yang dilakukan oleh penjaring?

Page 24: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

8

1.5.3 Adakah instrumen ini mampu dipasarkan bagi tujuan penjaring mengira

jumlah jaringan mereka semasa menjalani latihan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk merekabentuk serta memperkenalkan

instrumen ini kepada penjaring-penjaring amatur dan professional serta jurulatih di

Malaysia dan luar negara bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini

bagi memanfaatkan serta menjalani latihan menjaring dengan tahap keberkesanan

yang tinggi. Selain itu, penyelidik juga ingin menyediakan instrumen ini dengan

harga berpatutan supaya ianya dapat diperolehi oleh orang perseorangan atau

sebarang institusi seperti sekolah, pusat kecemerlangan sukan dan Persatuan Bola

jaring negeri dan negara di dalam usaha menyediakan peralatan yang bersifat

optimum kepada penjaring untuk menjalani latihan yang efisien. Malah instrumen ini

dapat mengelakkan sebarang ralat di dalam pengiraan yang boleh berlaku di dalam

kaedah pengiraan secara manual. Kajian ini juga dilakukan untuk menyediakan satu

ruang latihan yang bersistematik dan situasi seperti di dalam perlawanan kepada

penjaring iaitu tidak memerlukan mereka melakukan kiraan jaringan yang

dijaringkan Alat pengiraan digital dengan memaparkan jumlah percubaan, jumlah

jaringan yang berjaya dimasukkan dan yang paling penting peratus jaringan juga

boleh meningkatkan tahap motivasi diri penjaring itu sendiri di dalam melakukan

jaringan yang tepat dan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah peratusan

jaringan yang dilakukan dan turut meningkatkan ketepatan dan kecekapan menjaring

yang sangat diperlukan oleh seorang pemain bola jaring yang bermain di dalam

posisi menjaring.

Page 25: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

9

1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Pengujian alat yang direka oleh penyelidik ini terbatas kepada 8 orang

penjaring bola jaring elit dan amatur yang masih menuntut di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

1.7.2 Alat ini akan dinilai oleh 20 orang subjek yang terdiri daripada pengiat bola

jaring secara amatur dan profesional di dalam negara mereka dikehendaki

menjawab soal selidik yang disediakan oleh penyelidik.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Reka bentuk

Menurut Hosking dan Harris (1981), rekabentuk adalah proses yang

menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknik dan

prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan pelan, di mana

kemudiannya membawa kepada penyelesaian dan seterusnya membawa kepada

keperluan praktikal.

Page 26: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

10

1.8.2 Reka Cipta

Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan

suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia

ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka

cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap

atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungkan bagi menyelesaikan sesuatu

masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam

bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

1.8.3 Menjaring

Satu kemahiran yang perlu dilakukan oleh Goal Shooter dan Goal Attack di

dalam sukan bola jaring bagi mendapatkan mata untuk tujuan kemenangan kepada

pasukan tersebut. Lakuan ini memerlukan salah seorang daripada penjaring

melakukan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jaring yang terdapat di

dalam gelanggang dengan tepat.

1.8.4 Alat mengira jaringan secara digital “NetScore”

Alat mengira jaringan yang terdiri daripada dua papan elektronik iaitu

“sensor board” dan “control board”. “Sensor board” berfungsi sebagai papan

elektronik yang dilengkapi dengan sensor untuk mengira jaringan yang masuk ke

dalam jaring manakala “control board” berfungsi sebagai papan memaparkan

Page 27: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

11

jaringan dan peratus jaringan malah dilengkapi dengan butang “attempt” iaitu

butang percubaan jaringan. Alat ini direka di dalam bentuk yang kecil dan mudah

dipasangkan pada tiang gol bagi memudahkan pengiraan jumlah jaringan gol dan

tanpa wayar bagi papan memaparkan bagi tujuan mudah alih dan mesra pengguna.

1.8.5 Borang Soal Selidik

Borang yang disediakan oleh penyelidik dengan mengandungi soalan-soalan

yang berkaitan dengan instrumen yang dikaji dan perlu dijawab oleh subjek.

1.8.6 Posisi di dalam sukan Bola jaring

1.8.6.1 Center ( C ) – Pemain Posisi Tengah

1.8.6.2 Goal Attack ( GA ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.3 Goal Defender ( GD) – Pemain Posisi Pertahanan

1.8.6.4 Goal Keeper ( GK ) – Pemain Posisi Pertahanan

1.8.6.5 Goal Shooter ( GS ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.6 Wing Attack ( WA ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.7 Wing Defence ( WD ) – Pemain Posisi Pertahanan

Page 28: : REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL · 3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital “Netscore” (Control Board) 26 3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan

12

1.8.7 Posisi di dalam sukan Bola jaring yang dibenarkan untuk menjaring

1.8.7.1 Goal Attack ( GA ) – Pemain Posisi Penyerang dan Penjaring

1.8.7.2 Goal Shooter ( GS ) – Pemain Posisi Penyerang dan Penjaring

Di dalam sukan bola jaring hanya pemain yang bermain di dalam posisi Goal

Attack (GA) dan Goal Shooter (GS) sahaja dibenarkan untuk melakukan jaringan.