tahap pengetahuan pelajar aliran pertanian …€¦ · dan industri berasaskan pertanian,...

28
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP BIDANG PEKERJAAN DALAM PERTANIAN ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngohuong

Post on 01-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP BIDANG

PEKERJAAN DALAM PERTANIAN

ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP

BIDANG PEKERJAAN DALAM PERTANIAN

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT G-30 KG ULU JEMPOL, CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID

26400, BANDAR JENGKA, Nama Penyelia

PAHANG DARUL MAKMUR .

Tarikh: _____________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Administrator
Typewritten text
13 Mei 2011
Administrator
Typewritten text
13 Mei 2011
Page 3: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid

Tarikh : ...................................................

Administrator
Typewritten text
13 Mei 2011
Page 4: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP

BIDANG PEKERJAAN DALAM PERTANIAN

ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL

Tarikh : ........................................................

Administrator
Typewritten text
13 Mei 2011
Page 6: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

iii

DEDIKASI

Buat Abah Dan Mak

Ismail Bin Sulaiman Dan Zaharah Binti Singah

Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya

Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Hingga Menara Gading.

Buat Seisi Keluarga Yang Disayangi

Zarina , Zainita, Zalma , Zalizan, Zainila, Zainila,

Ismarudin, Nasharudin, Mohd Nazri,

Mohd Syazwan, Noor Akinah,

Segala Jasa, Doa Dan Sokongan Kalian

Akan Dikenang Selamanya.

Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan yang Di lakukan Selama Ini...

Buatmu Pembimbing Yang Disanjungi,

Cik Nur Husna Binti Abd Wahid

Bimbingan, Tunjuk Ajar Dan Jasamu Yang Diberikan Tidak Akan Saya Lupai…

Serta Buat Rakan-rakan Seperjuangan SPH

Jasa Baik Kalian Amat Ku Hargainya

Kejayaan Ini Adalah Milik Kita Bersama

Terima Kasih Kepada Semua…

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur pada tuhan yang maha penyayang teramat sekali

rahmat-Nya. Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah

ditetapkan. Seterusnya, penulis ingin mengucapkan jutaan ucapan penghargaan dan

terima kasih kepada penyelia tesis iaitu Cik Husna Binti Abd wahid atas segala

bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada penulis menjayakan

projek penyelidikan ini.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, pihak pengurusan sekolah dan para pelajar yang

terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada saya

menyempurnakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam

memberi teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap

cabaran semasa menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya

menjayakan projek penyelidikan ini

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar aliran

pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang pertanian. Terdapat 4 objektif kajian

yang akan dikaji oleh pengkaji iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar

pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang pertanian, untuk mengenalpasti

hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian,

mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar pertanian berdasarkan ciri

demografi yang terpilih (jantina), dan perbezaan hasrat pelajar terhadap jenis

pekerjaan dalam pertanian berdasarkan ciri demografi yang terpilih

(jantina).Terdapat seramai 93 orang pelajar aliran sains pertanian dipilih sebagai

sampel kajian ini. Borang soal selidik adalah merupakan instrumen kajian yang

mengandungi 93 item mengikut skala likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi

setiap bahagian dalam instrument kajian ini adalah melebihi α = 0.6.Cara perolehan

data adalah dengan mencari peratusan, min dan sisihan piawai dengan menganalisis

data menggunakan perisisan Statistical Package forThe Social Sciences (SPSS versi

15.0).Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

pengetahuan pelajar pertanian terhadap bidang pekerjaan dalam pertanian pada tahap

yang sederhana (min, 3.00), tahap pengetahuan pelajar terhadap jenis pekerjaan

dalam pertanian (min, 3.31) dan hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan

pekerjaan dalam bidang pertanian adalah pada tahap yang tinggi (min, 399). Dapatan

kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang

pertanian.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

vi

ABSTRACT

The study was conducted to determine the flow of agricultural students'

knowledge of the types work in agriculture. There are 4 research objectives that will

be studied by the researchers is to determine the level of agricultural students'

knowledge of the types jobs in agriculture, agricultural students to identify the intent

of the selection of jobs in agriculture, to identify differences in student knowledge of

agriculture based on selected demographic characteristics (gender), and differences

in students' desire of work in agriculture based on selected demographic

characteristics (gender).There were 86 agriculture students were choose as this

research sample. Questionnaire form was this research instrument which is contained

32 items following the Likert 5 Stage Scale. The reliability value of this research is α

= .6. The method how to get the data was find the percent and all data were analyzed

using SPSS (Statistical Package of Social Science) software version 15.0. Entire

finding for this research shows that level of agricultural students' knowledge of the

domain jobs in agriculture is a moderate (mean, 3.00), the level of agricultural

students' knowledge of the type’s jobs in agriculture is a moderate (mean, 3.31) and

the desire of students to the selection work in agriculture is at a high level (mean,

3.99). The findings also indicated that there was no significant difference between

the levels of agricultural students' knowledge of the types of jobs in agriculture.

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-4

1.2 Latar Belakang Masalah 4-8

1.3 Pernyataan Masalah 8-9

1.4 Objektif Kajian 9-10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10-11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12-13

1.9 Definisi Istilah 13

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pekerjaan dalam Bidang Pertanian 14-23

2.3 Penglibatan Golongan Muda dalam Bidang 23-26

Pertanian

2.4 Kurikulum Sukatan Pelajaran Pertanian 26-29

2.5 Pemilihan Pekerjaan Dalam Bidang Pertanian 29-31

2.6 Kajian-Kajian Lepas 31-32

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Lokasi Kajian 34

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35-36

3.5 Instrumen Kajian 36-38

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Kesahan dan kajian rintis 39-41

3.8 Analisis Data 41

3.9 Ujian t Sampel Tidak Bersandar (T-Test) 42

3.10 Penutup 42

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Bahagian A 44

4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan 45

Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan 45

Responden Mengikut Bangsa

4.2.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan 46

Responden Mengikut Sebab Pelajar

Mengikuti Aliran Pertanian Di Sekolah.

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

ix

4.3 Analisis Bahagian B 46

4.3.1 Taburan Terhadap Bidang 47-50

Pekerjaan dalam Pertanian

4.3.2 Taburan Terhadap Jenis 50-55

Pekerjaan Dalam Pertanian

4.3.3 Taburan Hasrat Pelajar Pertanian 55-56

dalam Pemilihan Pekerjaan

dalam Bidang Pertanian.

4.4 Keputusan Keseluruhan bagi Setiap Aspek 57

Persoalan Kajian

4.5 Ujian T 58

4.5.1 Taburan Terhadap Bidang 58

Pekerjaan dalam Pertanian

4.5.2 Taburan Terhadap Jenis- jenis 58-59

Pekerjaan dalam Pertanian

4.5.3 Taburan Responden Terhadap 59

Hasrat Pelajar Pertanian Terhadap

Pemilihan Pekerjaan dalam

Bidang Pertanian.

4.6 Penutup 60

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Rumusan 62-63

5.3 Perbincangan 64

5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelajar 65-68

Terhadap Bidang Pekerjaan Pertanian

5.3.2 Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap 69-72

Jenis Pekerjaan dalam Bidang Pertanian

5.3.3 Hasrat Pelajar Pertanian Terhadap 72-75

Pemilihan Pekerjaan dalam

Bidang Pertanian

5.4 Cadangan 75-78

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

x

5.5 cadangan kajian lanjutan 78-79

5.6 Penutup 80

BIBLIOGRAFI 81-86

Lampiran A – F 87-98

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Sumbangan Pertanian Kepada Keluaran 2

Dalam Negara Kasar (KDNK), (1970-2010)

1.2 Statistik Guna Tenaga dan Nilai Ditambah 4

Setiap Tenaga Kerja dalam Pertanian

dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010.

1.3 Kekosongan Dalam Sektor Industri Mengikut 8

Piawaian Pengelasan Perindustrian Malaysia,

pada tahun 2010

2.1 Bidang dan Jenis Pekerjaan di dalam Sektor 18

Pertanian di Malaysia

2.2 Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia 23

2.3 Latihan Pertanian Mengikut Agensi,2001-2010. 26

3.1 Nama Sekolah dan Bilangan Pelajar 36

3.2 Instrumen Bahagian A dan B 37

3.3 Skala Likert 38

3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38

3.5 Nilai Kebolehpercayaan 41

3.6 Analisis Skor Min 41

3.7 Analisis Ujian T Berdasarkan Hipotesis 42

4.1 Taburan Jantina 45

4.2 Taburan Bangsa 45

4.3 Taburan Sebab Mengikuti Aliran Pertanian 46

4.4 Analisis Skor Min 47

4.5 Taburan Bidang Pekerjaan dalam Pertanian 49-50

4.6 Taburan Terhadap Jenis- jenis Pekerjaan 52-54

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

xii

dalam Pertanian

4.7 Taburan Hasrat Pelajar Pertanian 56

dalam Pemilihan

Pekerjaan dalam Bidang Pertanian.

4.8 Keputusan Keseluruhan bagi Setiap Aspek Kajian 57

4.9 Ujian T bagi perbandingan tahap pengetahuan 58

pelajar pertanian terhadap bidang pekerjaan dalam

berdasarkan jantina

4.10 Ujian T bagi perbandingan tahap pengetahuan 59

pelajar pertanian terhadap bidang

pekerjaan dalam berdasarkan jantina

4.11 Ujian T Bagi Perbandingan Hasrat 59

Pelajar Pertanian Terhadap Pemilihan

Pekerjaan Dalam Bidang Pertanian

Berdasarkan Jantina

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Graf Bar 2.1 Bilangan penduduk bekerja mengikut 18

pekerjaan1, Malaysia, Q1/2010 dan Q2/2010

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

xiii

SENARAI SINGKATAN

FAMA = Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

MARDI = Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia

R&D = Penyelidikan dan Pembangunan

RMK-9 = Rancangan Malaysia kesembilan

LKIM = Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

DPN = Dasar Pertanian Negara

KDNK = Keluaran Dalam Negara Kasar

SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran

Hidup

EPRD = Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPN = Jabatan Pendidikan Negeri Johor

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

SPM = Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS = Statistical Package Of Sciences

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soalan Soal selidik 87-93

B Pengesahan soal selidik 94

C Surat mendapatkan maklumat 95

D Surat Kebenaran Dari Jabatan 96

Pelajaran Negeri Johor

E Surat Kebenaran Dari Kementerian 97

Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)

F Surat Pengesahan Pelajar 98

Fakulti Pendidikan

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan

dalam perdagangan dunia kerana merupakan pembekal makanan dan sumber bahan

mentah yang utama kepada penduduk dunia. Menurut Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian dalam

negara menunjukkan keupayaan negara tersebut untuk membekalkan makanan yang

mencukupi kepada rakyat.Oleh itu, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,

Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di

negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing

dan menguntungkan (Kementerian Pertanian dan Asas Tani, 2010).

Di Malaysia, sektor pertanian telah menjadi nadi utama pertumbuhan ekonomi

negara sejak merdeka hingga akhir tahun 1970-an, di mana tanaman yang penting adalah

getah, koko dan kelapa sawit.Namun menjelang tahun 1980-an, ekonomi Malaysia telah

beralih arah kepada sektor perindustrian, dan seterusnya kepada sektor pembuatan,

perkhidmatan dan pembinaan yang telah menerajui pertumbuhan ekonomi negara pada

masa kini. Kerajaan Malaysia juga tetap memberi perhatian yang sepenuhnya kepada

sektor pertanian kerana sektor ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan

sekuriti makanan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan juga sumber rizab

wang asing kepada negara (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010).

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Sektor pertanian juga telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi

Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK) sebanyak (46.0%) pada tahun 1957. Pada masa tersebut, aktiviti

ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Sehubungan

dengan itu, kerajaan telah melaksanakan Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1)

(1984-1991) pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary

mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko dan Dasar Pertanian

Kedua (DPN2) (1992-1998) yang mana telah membawa kepada pembaharuan dari segi

memajukan industri asas tani, serta Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) (1998-2010)

pada tahun 1998 yang mana menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara.

Hasil daripada perlaksanaan ketiga-tiga Dasar Pertanian tersebut, sumbangan

sektor pertanian kepada KDNK Negara telah bertambah kepada RM27.518 juta iaitu

sebanyak (7.8%) pada tahun 2010 (Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Sumbangan Pertanian Kepada Keluaran dalam Negara Kasar

(KDNK), (1970-2010)

(KDNK), (1970-2010)

Tahun

RM (Juta) Peratus (%)

1970* 3.797 30.8

1980** 10.190 22.8

1990*** 17.308 15.2

2000*** 18.662 8.9

2005**** 21.585 8.2

2010**** 27.518 7.8

(Sumber: Dasar Pertanian Negara, 2010)

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang telah dibentangkan pada 10

Jun 2010 adalah merupakan pelan rancangan pembangunan sosio-ekonomi negara yang

dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai asas kepada Model Baru Ekonomi

(MBE). Pendekatan utama peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi adalah

strategi berteraskan pengkhususan, di mana tumpuan diberikan kepada 12 bidang

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

ekonomi utama negara (NKEA) yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi,salah

satu bidang yang diperlukan ialah sektor pertanian yang mempunyai nilah tambah yang

tinggi kepada negara. Kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)

penting dalam meningkatkan sektor pertanian dalam negara.

Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi dalam pertanian dapat

meningkatkan pengeluaran pertanian dengan baik dan dapat membantu meningkatkan

jumlah pengeluaran makanan domestik negara yang semakin tinggi. Para petani moden

juga digalakkan memanfaatkan sepenuhnya kegunaan teknologi moden dalam pertanian

(Utusan Malaysia, 2008).

Penggunaan teknologi moden yang lebih meluas juga dapat meningkatkan

pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, sektor pertanian moden seperti bidang kejuruteraan

bioteknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang biologi molekul, kejuruteraan

genetik, diagnostik, teknologi bioreactor, proteomik fungsian, dan biokeselamatan dapat

menjana teknologi terkini dalam sektor pertanian (Institusi Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia, 2010).

Sektor pertanian ini telah menjadi nadi utama kepada negara dalam penggunaan

pelbagai teknologi baru, dan sentiasa meningkat dalam produktiviti hasil pertanian.

Peluang pekerjaan dalam bidang pertanian juga sentiasa terbuka luas terutama kepada

masyarakat yang masih mencari pekerjaan. Pembabitan golongan muda dalam bidang

pertanian ini amat digalakkan dan menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya kepada

mereka supaya dapat meransang sektor pertanian ke arah yang lebih moden, positif dan

dinamik (Utusan Malaysia, 2008).

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Justeru itu, penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian sekurang-

kurangnya dapat mengurangkan masalah kebergantungan kepada pekerja asing yang

telah dibawa masuk seramai 19,343 orang, diantara tahun 2001-2003 untuk bekerja

dalam sektor pertanian dan juga boleh menggantikan kudrat golongan tua untuk

meneruskan aktiviti pertanian ini. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh

Kementerian Pertanian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual

berumur lebih dari 55 tahun (Noorzihan, 2004).

Jadual 1.2: Statistik Guna Tenaga dan Nilai Ditambah Setiap Tenaga Kerja dalam

Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010.

Guna tenaga

2000

2005

2010

Kadar pertumbuhan purata

( % )

RMKe-8

Sasaran

Pencapaian

Sasaran

RMKe-

9

Guna tenaga

pertanian

Bilangan ( „000 )

% daripada jumlah

guna tenaga.

Nilai Ditambah

Setiap Tenaga

Kerja. (RM pada

harga 1987)

1,423.0

15.3

13,115

1,405.7

13.3

15,572

1,328.8

10.9

21,299

-1.4

4.5

-0.2

3.7

-1.2

6.2

Guna Tenaga

Industri

Berasaskan

Pertanian

Bilangan ( „000

)% daripada

jumlah guna

tenaga

Nilai Ditambah

Setiap Tenaga

Kerja. (RM pada

844.0

9.1

16,107

981.9

9.1

17,002

1110.2

9.3

19,688

3.1

1.1

2.5

3.0

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

harga 1987)

Jumlah pertanian

dan industri

berasaskan

pertanian

2,267 2,387.6 2,434.0 1.0 0.4

(Sumber: Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi)

Berdasarkan jadual 1.2, menunjukkan guna tenaga dan nilai ditambah setiap

tenaga kerja dalam sektor pertanian di Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah tenaga kerja

adalah seramai 1423 ribu orang, manakala pada tahun 2005 seramai 1405.7 ribu dan

pada tahun 2010 seramai 1328.8 ribu, telah menurun kerana penglibatan golongan muda

dalam sektor pertanian kurang dan mereka tidak berminat untuk bekerja dalam bidang

pertanian ini. Tetapi, guna tenaga industri berasaskan pertanian telah meningkat

sebanyak 0.2% kerana permintaan yang tinggi untuk menceburi bidang pertanian

tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tumpuan penuh yang diberikan oleh kerajaan kepada sektor pertanian pada masa

sekarang menjadi petanda bahawa kerajaan begitu serius dan mengharapkan kemajuan

yang boleh dibawa oleh sektor ini kepada negara. Sektor pertanian ini juga tidak

mungkin pupus dan semakin berkembang dengan adanya pelbagai teknologi moden

yang baru digunakan.Walaubagaimanapun, kemajuan sektor pertanian ini bergantung

kepada golongan muda atau beliatani sebagai penggerak dan peneraju utama dalam

bidang pertanian.Golongan muda yang produktif, kreatif, imaginatif serta mempunyai

daya saing tinggi amat diharapkan di dalam komuniti tani negara Malaysia (Norsida,

2007).

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Menurut Azrina (2006), masyarakat juga perlu disedarkan bahawa bidang

pertanian mempunyai faedah yang sangat tinggi. Ini kerana, masyarakat masih memberi

pandangan yang negatif kepada bidang pertanian dan merupakan satu bidang kerjaya

yang rendah. Pendidikan boleh digunakan sebagai alat untuk mengubah imej bidang

pertanian yang sering dikaitkan dengan kemiskinan. Sebagai perbandingan, di Filipina,

matapelajaran pertanian telah diajar sejak dibangku sekolah lagi.Melalui pembelajaran,

pelajar-pelajar didedahkan dengan kepentingan pertanian.

Kewujudan pendidikan pertanian di sekolah menjadi tapak penyediaan sumber

tenaga manusia dalam sektor pertanian yang kemudiannya akan diteruskan oleh pusat

pengajian tinggi dalam melahirkan golongan profesional dan teknokrat dalam bidang

pertanian. Hal ini sejajar dengan dasar pertanian negara yang mahukan

penggembelengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan.Kursus yang

ditawarkan oleh sekolah-sekolah berkaitan dengan pendidikan adalah seperti sains

pertanian,teknikal pertanian dan vokasional pertanian. Pelajar ini akan didedahkan

dalam bidang kerjaya pertanian, maka peluang untuk mendapat pekerjaan dan

melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dapat ditingkatkan di kalangan pelajar. Hal ini

selanjutnya akan mengurangkan masalah pengangguran yang semakin tenat dalam

negara kita (Jabatan Pendidikan Teknikal, 2006)

Dengan ini, pendidikan teknik dan vokasional dalam aliran pertanian amat

penting untuk melahirkan tenaga pekerja teknikal dan vokasional iaitu lebih kepada

kumpulan mahir dan separa mahir dalam sektor pekerjaan pertanian di Malaysia yang

menjadi pemangkin menjelang tahun 2020. Justeru itu, negara memerlukan tenaga kerja

yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berkompetensi, terlatih dan bermotivasi,

mudah memahami perubahan dan mempunyai nilai-nilai yang jelas (Ahamad, 2003).

Menurut Ramlee (1999), pendidikan vokasional secara umumnya boleh

ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran

teknikal untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir. Ini juga untuk

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

melahirkan pekerja yang mahir dalam bidang pertanian dan dapat meningkatkan

produktiviti hasil pertanian negara.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia melalui program pembangunan juga tidak pernah

terlupa untuk merangka agenda mengenai pendidikan ke arah pertanian di dalam setiap

dasar dan tindakan yang dirancangnya. Peluang-peluang untuk menceburi dalam bidang

pertanian sentiasa terbuka kepada golongan muda dan sokongan dari berbagai aspek

sentiasa diberikan untuk memastikan kejayaan di dalam sektor pertanian yang mereka

ceburi (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010).

Dengan ini, pelbagai bidang pekerjaan pertanian yang boleh diceburi kepada

pelajar pertanian untuk meningkatkan nilai tambah pertanian seperti bidang penternakan,

hortikultur hiasan, perikanan, peladangan, nanoteknologi, akuakultur, agronomi,

patologi tumbuhan, keusahawanan teknologi pertanian dan sebagainya. Di Malaysia,

bidang pertanian sangat luas dan boleh diceburi oleh golongan muda untuk menceburi

bidang pertanian ini. Sebagai contoh, peluang pekerjaan dalam sektor perladangan

adalah banyak seperti di ladang kelapa sawit di Sabah (Utusan Online, 2010).

Bidang pertanian ini juga dilihat dapat mengurangkan masalah pengangguran

dan masalah rakyat yang miskin. Ini jelas dengan laporan yang dikeluarkan oleh

Kementerian dan Industri Asas Tani Malaysia yang menunjukkan bahawa bidang

pertanian ini adalah salah satu jentera kepada pendapatan negara. Rakyat Malaysia

seharusnya sedar bahawa peluang ini perlu diambil dan berhenti dengan sifat bermalasan

dalam bekerja yang hanya memikirkan bahawa “kerja makan gaji” sudah cukup untuk

mereka dan yang terbaik bagi mereka (Mohd Dzulfadli, 2008).

Selain itu juga, sektor pertanian di Malaysia mempunyai persaingan dengan

sektor industri yang lain dalam menyediakan lapangan pekerjaan kepada golongan

muda. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini

mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat dari

tahun demi tahun (Jackof All Trades, 2007).

Jadual 1.3: Kekosongan dalam Sektor Industri Mengikut Piawaian Pengelasan

Perindustrian Malaysia, pada tahun 2010.

SEKTOR INDUSTRI TAHUN 2010

Bilangan Peratus ( % )

Pertanian, perburuan dan perhutanan 185,271 22.3

perikanan 2,833 0.3

Perlombongan dan kuari 861 0.1

Pembuatan 348,302 41.9

Bekalan elektrik, gas dan air 2,227 0.3

Pembinaan 129,586 15.6

Perdagangan, jual borong, jual runcit. 26,315 3.2

Hotel dan restoran 41,641 5.0

Pengangkutan, penyimpanan, dan

komunikasi

8,287 1.0

Kewangan 11,564 1.4

(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja (JCS/ELX), Kementerian Sumber Manusia)

Kekosongan dalam sektor industri mengikut piawaian pengelasan perindustrian

pada tahun 2010, menunjukkan bidang industri pertanian, perburuan dan perhutanan

adalah bilangan yang paling tinggi berbanding dengan industri yang lain, selain industri

pembuatan. Hal ini kerana, kekurangan penglibatan golongan muda dalam

membangunkan industri pertanian kerana masih beranggapan bahawa bidang pertanian

adalah satu bidang yang kotor dan kurang pengetahuan kepada bidang pertanian.

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Industri lain seperti hotel dan restoran, kewangan, dan perdagangan telah mendapat

sambutan yang tinggi kepada golongan muda.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di atas, pengkaji mendapati bidang pertanian

ini harus dipertingkatkan lagi dengan lebih baik khususnya kepada pelajar sekolah yang

mengambil matapelajaran aliran pertanian kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan

kepada mereka di dalam sektor pertanian di Malaysia. Pelajar ini juga terdiri daripada

tenaga mahir dan separuh mahir dalam sesuatu pekerjaan yang akan diceburi kelak.

Pekerjaan dalam pertanian ini, sama pentingnya dengan doktor, guru dan pentadbir yang

juga memainkan fungsi memenuhi keperluan kehidupan manusia (Berita Harian, 2008)

Pelajar yang ingin bekerja di dalam sektor pertanian ini juga harus memerlukan

minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan pengetahuan dalam bidang pertanian.

Selain itu, guru-guru juga harus memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang

mempelajari mtapelajaran pertanian ini dengan prospek kerjaya pertanian di Malaysia.

Sebagai contoh, sains pertanian, prospek kerjaya sebagai juruteknik pertanian,

juruteknik lanskap, operator jentera ladang, pegawai penyelidik, pegawai pertanian,

pegawai pengembangan, pembantu veteriner, pegawai/doktor veteriner, pegawai

pemasaran dan lain-lain kerja berkaitan aktiviti pertanian (Portal Akademik Pendidikan

Teknik dan Vokasional, 2010).

Oleh yang demikian kajian ini akan menumpukan kepada 2 aspek yang berkaitan

dengan tahap pengetahuan pelajar terhadap bidang pekerjaan pertanian di Malaysia.

Aspek yang akan dikaji ialah pengetahuan pelajar terhadap jenis pekerjaan pertanian dan

hasrat pelajar pertanian dalam pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian.

1.4 Objektif Kajian

Page 27: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar

pertanian terhadap bidang pekerjaan pertanian di Malaysia. Secara khususnya kajian ini

bertujuan:

1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis

pekerjaan di dalam bidang pertanian.

1.4.2 Untuk mengenalpasti hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan

dalam bidang pertanian.

1.4.3 Untuk mengenalpasti perbezaan signifikan terhadap tahap pengetahuan pelajar

pertanian kepada jenis pekerjaan di dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi

yang terpilih (jantina).

1.4.4 Untuk mengenalpasti perbezaan signifikan terhadap hasrat pelajar pertanian

kepada pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang

terpilih (jantina).

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis pekerjaan di dalam

bidang pertanian?

1.5.2 Apakah hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan dalam bidang

pertanian?

Page 28: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN …€¦ · dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010. ... 3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38 3.5 ... SPM = Sijil Pelajaran

1.5.3 Apakah perbezaan signifikan terhadap tahap pengetahuan pelajar pertanian

kepada jenis pekerjaan di dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang

terpilih?

1.5.4 Apakah perbezaan signifikan terhadap hasrat pelajar pertanian kepada

pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang terpilih?