nota pengenalan dan penyenggelaraan komp

58
2009 FASLITATOR SCHOOLNET SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT, BATU 12 ½,JALAN CHERAS KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR PENGENALAN KOMPUTER KURSUS KOMPUTER

Upload: nickkds

Post on 19-Jun-2015

2.256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

2009 FASLITATOR SCHOOLNET

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT, BATU 12 ½,JALAN CHERAS KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR

PENGENALAN KOMPUTER

KURSUS KOMPUTER

Page 2: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 2

ISI KANDUNGAN

8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail 8.2 Membersih Recycle Bin

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

1.0 Perkakasan 1.1 Pengawal Arus 15 1.2 Bekalan tenaga berterusan 15 1.3 Memindah komputer

1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16 1.4.1 Masalah Habuk

1.4.2 Masalah Suhu

1.4.3 Masalah Cara Penggunaan

1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18 1.5.1 Central Processing Unit (CPU) 1.5.2 Kasing 1.5.3 Monitor 1.5.4 Pencetak 1.5.5 Keyboard 1.5.6 Mouse 1.5.7 Thumb Drive 1.5.8 Cakera Liut(Disket)

2.0 Perisian 2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28

2.3 Uninstall Program 30

2.4 Mengemaskini Windows 32

2.5 Perkongsian Folder 35

2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36

Muka Surat PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 Pengenalan 3 2.0 Komponen-Komponen Komputer 5 2.1 Input

2.2 Output

2.3 Unit Pemprosesan Komputer

2.4 Ingatan

2.5 Storan Sekunder

2.6 Bahagian Komputer

2.6.1 Perkakasan

2.6.2 Perisian

3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8 4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9 5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10 6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12 6.1 Auto Arrange

6.2 Control Panel

7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13 8.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13

Page 3: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 3

2.7 Instalasi Pencetak 37 2.8 Buang Cookies,History dan Temporary Internet Files 38 2.9 Create user Account 39 2.10 Cara Menutup Komputer 41

MENGESAN KEROSAKAN (‘TROUBLESHOOTING’)

1.0 Mengesan Kerosakan (‘Troubleshooting’) 1.1 Peralatan – Monitor 42 1.2 Peralatan – Hard Disk 42 1.3 Peralatan – Disket Drive 43 1.4 Peralatan – Keyboard 43 1.5 Peralatan – Mouse 44 1.6 Peralatan – Operating System 44

VIRUS KOMPUTER

1.0 Definasi 45 2.0 Jenis-Jenis Virus 46

2.1 Virus Sektor Boot 2.2 Virus Makro 2.3 Virus Fail TSR (Terminate dan Stay Resident) 2.4 Virus Companion 2.5 Virus Overwriting

3.0 Bagaimana Ia Merebak 47 3.1 Perisian 3.2 Cakera Liut 3.3 Internet 3.4 Rangkaian

4.0 Cara Pencegahan 48 5.0 Perisian Antivirus 48

5.1 Aplikasi Antivirus

5.1.1 Cara Membuat Instalasi 49 5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus 57

Page 4: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 4

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 PENGENALAN

1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang

digunakan untuk memproses data.

1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia

menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:

1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.

1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima

berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara

automatic dan sebagainya.

1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.

1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-

kerja pemprosesan.

1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-

bila masa.

Page 5: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 5

Rajah Komponen Asas Komputer

INPUT KOMPUTER OUTPUT

Papan kekunci (keyboard) Monitor Tetikus (mouse) Pencetak

Scanner

INGATAN RAM/ROM

ALAT UNIT ALAT

INPUT KAWALAN OUTPUT

UNIT KAWALAN

STORAN SEKUNDER

Petunjuk:

Unit Pemprosesan Pusat

Aliran data masuk

Arah kawalan

Arahan data/masuk

Proses = Input Unit kawalan Ingatan

Arithmetik

Output

dan logik

Rajah I

Page 6: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 6

2.0 KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER

2.1 Input

2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.

Contoh: P a p a n kekunci (keyboard), Tetikus (mouse),

Pengibas(Scanner)

2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.

2.2 Output

2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam

bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy).

Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)

2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data

arahan daripada memproses data arahan yang diterima.

2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam

storan sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.

2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama:

2.3.3.1 Unit Kawalan

• Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang

diterima, kawalan aktif alat-alat input/output,

storan ingatan unit arithmetic dan logik.

• Mengawal pengaliran data di dalam

komponen-komponen komputer yang lain

berjalan lancar.

Page 7: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 7

2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik

• Menerima data daripada ingatan komputer,

proses data berdasarkan arahan yang

diterima ( +, -, *, /, )

logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam

storan sekunder dan ingatan.

2.4 Ingatan

2.4.1 Kegunaannya:

2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.

2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.

2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:

2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja.

2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.

2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan

dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).

1 Bit 0 dan 1 (On / Off)

1 Byte 8 Bit 1 aksara (character)

1 Kilobyte 1024 Byte ½ mukasurat teks

1 Megabyte 1024 Kilobyte 500 mukasurat

1 Gigabyte 1024 Megabyte

1 Terabyte 1024 Gigabyte

Rajah II

Page 8: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 8

2.5 Storan Sekunder

Contoh: Hard disk, Disket, CD-ROM, USB storage

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:

2.6.1 Perkakasan

Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM,

Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.

2.6.2 Perisian

2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita

berhubung dengan komputer.

2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun

yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk

menghasilkan aktiviti tertentu.

2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:

2.6.2.3.1 Perisian Sistem

• MS-DOS

• Windows ’95, Windows ’98,

Windows 2000, Windows XP,

Windows ME

• UNIX

• Linux

2.6.2.3.2 Perisian Komputer

• Microsoft Office

• Photoshop

• Dreamweaver

• Oracle

Page 9: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 9

3.0 OBJEK-OBJEK ASAS PADA WINDOWS

3.1 Skrin awal yang akan didapati semasa memulakan Windows XP adalah desktop yang mempunyai objek-objek berikut :-

Ikon-ikon

Desktop (Icons)

Start Button Task Bar Jam

3.2 Tetingkap (Windows) pula mempunyai bahagian-bahagian berikut :-

Title Bar Minimise Button Maximise Button

Window Tit le Menu Bar Close Button

Tool Bar

Page 10: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 10

4.0 PILIHAN –PILIHAN PADA MENU

Anak Panah Penunjuk Kanan Radio Button

Tanda Periksa

Program Icon

Window Border Scroll Bar (Slider)

Page 11: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 11

4.1 Tanda Periksa ( 9 ) Pilihan ini boleh ditandakan lebih dari satu.

4.2 Radio Button

Pilihan ini merangkumi kumpulan dan hanya satu item dalam kumpulan boleh dibuat pada satu masa.

4.3 Anak Panah Penunjuk Kanan ( > )

Pilihan ini membukakan submenu seterusnya.

5.0 MEMERIKSA RUANG CAKERA KERAS & MEMORI

5.1 Cakera Keras

i. Buka tetingkap bagi ikon MY COMPUTER melalui dwi klik pada ikon tersebut.

ii. Klik kanan pada ikon cakera keras. iii. Pilih Properties.

Page 12: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 12

iv. Kapasiti storan pada cakera keras akan dipaparkan

5.2 Memori

i. Klik kanan pada ikon MY COMPUTER

ii. Pilih Properties iii. Akan dipamerkan ruang memori pada komputer

Page 13: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 13

6.0 PENGENDALIAN IKON-IKON PADA DESKTOP

6.1 Auto Arrange

6.1.1 Fungsi auto arrange adalah untuk menyusun ikon-ikon pada desktop secara automatik oleh sistem.

Cara - Klik kanan pada desktop - Pilih Arrange Icon - Pilih Auto Arrange

Page 14: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 14

6.2 Control Panel

6.2.1 Untuk tukar Date/Time.

Ada dua perkara perlu dilihat iaitu DISPLAY SETTING dan - Pilih Start - Pilih Settings - Klik Control Panel - Dwi Klik Date/Time

Anda boleh ubah tarikh dan masa jika bersalahan dengan sepatutnya.

6.2.2 Untuk tukar background

- Dwi klik Display

Ada menu - Themes - Desktop - Screen Saver - Appearance - Settings

Ini boleh diubah sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak yakin

jangan ubah. Ini mungkin boleh menyebabkan gangguan pada skrin.

7.0 MEWUJUDKAN SHORTCUT BAGI EXPLORER

Cara 1

a) Klik kanan pada Start Button di Taskbar b) Klik ‘OPEN’ c) Dwi klik pada program d) Klik kanan dan tarik/heret keluar ikon explorer dan lepaskan tetikus e) Klik ‘ COPY HERE ‘

Atau

Cara 2 a) Klik kanan pada di desktop anda b) Pilik Properties c) Pilih desktop d) Klik pada Customize Desktop e) Tandakan pada Internet Explorer

8.0 BEKERJA DENGAN RECYCLE BIN

Recycle Bin adalah tempat sementara di mana folder-folder dan fail-fail yang telah

dibuang disimpan. Selagi pembersihan di Recycle Bin belum dilakukan folder/ fail

masih boleh diperolehi semula.

Page 15: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 15

a. Memperolehi Semula folder dan fail

Buka Tetingkap RECYCLE BIN § Dwi klik di ikon RECYCLE BIN § Pilih item yang dikehendaki semula § Klik kanan di pemilihan yang perlu

Atau

§ Klik di file pada Menu Bar

§ Pilih Restore

b. Membersih RECYCLE BIN

Pembersihan perlu dilakukan secara berkala agar ruang storan terkawal bagi

BIN. Apabila dihapuskan maka folder/fail tidak akan diperolehi kembali. Anda boleh bersihkan dengan cara

§ Klik kanan ikon RECYCLE BIN § Pilih EMPTY RECYCLE BIN

Atau

§ Buka RECYCLE BIN § Pilih item yang hendak dibuang § Klik kanan dipilihan yang ditentukan § Pilih DELETE

Page 16: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 16

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak

kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU,

Video CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai

dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan,

tetapi setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara

mula berubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat

memanjangkan jangka hayat komputer anda. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan

sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan

komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan

perisian(software).

1.0 PERKAKASAN

1.1 Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada

dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan.

Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang

mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak

terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit

pelaburan dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge

protector". Selain menyambungkan PC, pengguna juga boleh

menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada

pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Pengguna juga

digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian

telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu

hujan lebat.

Page 17: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 17

1.2 Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad

kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah

mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS

(Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di

rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik

berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik

utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang

dibekalkan.

1.3 Memindah komputer

Jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban peralatan ini

kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang

kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang

kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama

menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi

dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan

semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan

tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan

benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh

merosakkan PC.

1.4 Teknik Penjagaan Komputer

Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang

perlu menjadi perhatian. Diantaranya :

1.4.1 Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini

sentiasa berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel

halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik

yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat

berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap

Page 18: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 18

boleh mengakibatkan jangka hayat komputer akan kurang. Jenis-jenis

habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari

serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di

gunakan, dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah

gunakan vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang

kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda

(jangan gunakan yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan

komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh

menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan

mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada

bahagian bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

1.4.2. Masalah Suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang

dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh

merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi

penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer.

Jangan biarkan komputer anda terkena air dan kelembapan. Air

mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini.

Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan

mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. Cara untuk mengatasi

masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari

pancaran matahari.

Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang

baik. Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya

lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah

lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan

membolehkan komputer anda mengalami kerosakan komponen.

1.4.3. Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa

komponen komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah.

Page 19: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 19

Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse.

Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu diganti bila perlu. Cuba

dapatkan keyboad atau mouse pada harga yang mahal sedikit kerana

keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di

gunakan.

1.5 Cara membersihkan perkakasan 1.5.1

Central Processing Unit (CPU)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus

elektrik Buka kasing komputer

Sedut habuk menggunakan vakum

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain

tersebut Pastikan CPU benar-benar kering

Pasangkan kasing dan kabel

Pastikan CPU berfungsi dengan baik

1.5.2 Kasing (Casing)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

• Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

• Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel

seperti asal

1.5.3 Monitor

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang

tersambung dengan monitor

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan

Page 20: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 20

habuk Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang

terhubung dengan monitor seperti asal

1.5.4 Pencetak (Printer)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum,

berus

Langkah-langkah :

• Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer

• Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam printer

• Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus

kecil untuk membuang habuk

• Pastikan printer benar-benar kering

• Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

1.5.5 Keyboard

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka

skru pada bahagian belakang keyboard

• Cuci kasing menggunakan spray cleaner

• Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan

vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada

papan litar tersebut.

• Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard

dan cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap.

• Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu

dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.

• Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard

• Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan

mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Cara penjagaan keyboard

• Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer

• Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu

software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah

Page 21: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 21

yang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak.

• Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan

penutup keyboard.

• Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.

• Semasa membuat pembersihan ,keyboard hendaklah

diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di

dalam atau di celah-celah kekunci jatuh

1.5.7 Mouse Bahagian Dalam

Alatan : Putik Kapas

Langkah-langkah :

• Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak

• Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan bolanya.

• Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik

kapas lembap

• Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan

mouse seperti asal.

Bahagian luar

Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih

Langkah-langkah :

• Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan

perlahan-lahan

• Biarkan sampai kering

1.5.8 Thumb/Pen Drive

Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang

thumb drive ini tidak boleh jatuh.

Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk

mengeluarkannya dari USB Port.

a) Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar)

b) Bila Mesej “Safely remove USB Mass Storage

Device” dipaparkan klik sekali dan Mesej “ Safe

to remove hardware” dipaparkan.

c) Anda boleh cabut thumb drive tersebut.

Page 22: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 22

1.5.8 Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan

yang paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di

dalam cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat

pada sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk

membaca dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna

untuk memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya

dan juga untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap

data.

Penjagaannya:

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yang

Sentuhan Jari disentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedah

akan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengan

tangan yang kotor.

Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahan Bahan Bermagnet bermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data.Telefon bimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahan

bermagnet.

Cahaya Matahari

Objek Berat

Label Berlapis

Memaksa Cakera

Liut

Jangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaan panas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yang panas. Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkan

tenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakera yang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalam kotak yang dikhaskan. Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada

(berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan label berlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalam pemacu cakera. Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampu pada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyala menyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabila mengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh menyebabkan data di dalamnya rosak.

Page 23: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 23

2.0 PERISIAN

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-

kurangnya sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan

kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik.

Anda juga boleh menggunakan fungsi Disk Cleanup, Error Checking

dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan

dalam sistem PC.

2.1.1 Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan

dalam sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.

a) Dwi klik pada ikon

Klik pada drive C dan klik kanan, skrin dibawah akan dipaparkan

Page 24: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 24

b) Pilih Properties , Skrin dibawah akan dipaparkan

c) Klik Disk Cleanup di General

Page 25: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 25

d)

Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan

klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

e)

Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak

meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik

No. Menu di bawah akan dipaparkan iaitu menunjukkan proses

pembersihan sedang dijalankan.

Page 26: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 26

2.1.2 Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan

kerosakan dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk

error) sama ada cakera keras, cakera liut dan lain-lain

storan.

a) Pilih Tool

Page 27: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 27

b) Klik Check Now

c) Tandakan kotak Check disk options dan klik Start

d) Setelah selesai proses tersebut , mesej dibawah akan dipaparkan.

Page 28: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 28

2.1.3 Defragmentation

Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam

disk supaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam

komputer.

a) Pilih Tool

Page 29: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 29

b) Klik Defragment Now…

Klik Defragment untuk memulakan proses penyusunan semula

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat

dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi

keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan

dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi

Backup:

Page 30: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 30

Klik Start › Programs › Accessories › System Tools › Backup

Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.

Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-

Writer (penulis CD-ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih

mudah, pantas, boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang

lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak murah

adalah pemacu Zip.

Pengguna PC juga digalakkan membuat boot diskette kerana ia adalah

penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan

fungsi bagi membina boot diskette dan Start Up kepada sistem.

Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah

perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber

fail serta peningkatan jumlah virus. Selain langkah-langkah di atas,

beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu

meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan

matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut

Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus tanpa

menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau

fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga

Page 31: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 31

jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak

tahu menggunakan PC.

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan

kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda

memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang

dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak

akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia

juga mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah di atas

berupaya membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta

mengelak kejadian tidak diingini.

2.3 Uninstall Program

a) Kegunaannya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan.

b) Klik Start › Settings › Control Panel › Add/Remove Programs

Page 32: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 32

c) Pilih aplikasi yang dikehendaki

d) Klik Change/Remove

e) Klik OK dan proses uninstall akan dijalankan sehingga tamat.

Page 33: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 33

2.4 Mengemaskini Windows

Pengguna Microsoft Windows boleh menggunakan kelebihan untuk

Mengemaskini Windows secara automatik tetapi komputer anda

mesti bersambung ke internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah

versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh

mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak di

http://www.microsoft.com/athome/security/protect/checkos.aspx

Langkah-langkah:

a) Klik kanan pada ikon My Computer

Page 34: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 34

b) Pilih Properties skrin dibawah akan dipaparkan

Page 35: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 35

c) Klik Automatic Updates.

Anda boleh tentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk melakukan

proses kemaskini ini. Setelah membuat pilihan klik Apply dan OK

Sila lawati http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mendapatkan updates terbaru.

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut

semula untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin

perlu melakukan ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut

melawat tapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan

yang terbaharu.

Page 36: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 36

2.5 Perkongsian Folder

Perkongsian folder dimaksudkan untuk memberikan hak pakai pada

komputer lain, sehingga anda dapat melihat isi dari komputer lain.

Langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan sharing local

drive ini adalah sebagai berikut :

a) Dwi klik My Computer

b) Dwi klik pada drive yang hendak di kongsi cth Drive C

c) Pilih folder yang hendak dikongsi dan klik kanan

Dapatkan menu Sharing and Security

d) Tandakan Share this folder on the network

e) Namakan folder yang ingin dikongsi

f) Klik Apply dan OK

g) Apabila icon keluar, bermakna folder telah dikongsi

Page 37: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 37

2.6 Mencari folder dalam jaringan (network)

a) Pilih menu My Network Places

b) Folder yang telah di kongsi akan dipaparkan pada window seperti di

bawah

Page 38: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 38

2.7 Instalasi pencetak(printer)

a) Klik butang Start

b) Klik Printers and Faxes.

c) Pilih Add a Printer

d) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya.

e) Klik pilihan A network printer, or a printer attached to another computer.

f) Klik Next> untuk melanjutkan pada langkah berikutnya, kemudian klik pilihan Browse for a printer.

g) Klik Next> untuk memilih jenis printer yang ada atau telah dilakukan kongsikan.

h) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya,

i) Pastikan adakah anda ingin menggunakan printer tersebut sebagai default.Jika ya, klik pilihan Yes pada bahagian do you want to use this printer?

Page 39: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 39

a) Kemudian klik butang Next> untuk menuju pada kotak dialog

tersebut.

b) Klik butang Finish untuk mengakhiri proses instalasi tersebut.

2.8 Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files

Setiap kali kita melayari internet segala cookies, history dan

temporary internet files akan tercipta dan akan disimpan. Sekiranya

ia tidak dibuang ia akan menjejaskan performance komputer masing-

masing.

a. Buka aplikasi Internet Explorer

b. Klik Menu Tools

c. Pilih Internet Option dan skrin dibawah akan dipaparkan

d. Klik butang Delete Cookies

e. Klik OK (membenarkan file cookies dibuang)

Page 40: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 40

f. Klik butang Delete Files

g. Tandakan Delete All Offline Content

h. Klik OK

i. Klik butang Clear History

j. Klik YES (membenarkan files history di buang)

k. klik OK (untuk keluar aplikasi)

2.9 Create User Account

Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita.

Pengguna perlu menciptakan password dikomputer masing-masing.

a) Klik Start › Settings › Control Panel › User Accounts

b)

Dwi klik pada Administrator dan masukkan password yang

dikehendaki.

Page 41: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 41

c) Sekiranya anda ingin menukar password

Start › Settings › Control Panel › User Accounts

Pilih Administrator dan klik Change my password

Masukkan password baru anda dan tekan butang Change Password.

d) Setelah memasukkan password anda perlu settingkan di screen saver

Page 42: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 42

2.10 Cara Menutup Komputer

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara

menutup komputer anda dengan betul .

a. Klik START

b. Klik Turn Off Computer

c. Pilih Turn off untuk menutup komputer anda

Pilih Restart untuk menutup dan membuka semula komputer anda.

Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Page 43: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 43

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.1 Peralatan : Monitor

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada horizontal area

b) Periksakapasitor tantalum/coupling *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada vertical area

b) Periksa kaki transistor *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line

Penyelesaian :

a) Laras pada contrast di panel kawalan

b) Laras screen button pada “high voltage” capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)

Penyelesaian :

a) Laras brightness di panel kawalan

b) Laras focus button pada “high voltage” capasitor *

c) Tukar monitor

1.2 Peralatan : Hard disk (HDD)

Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c:

Penyelesaian :

a) Periksa boot sector/virus

b) Pastikan hard disk utility telah dibuat

c) Periksa cable connection

d) Hard disk rosak/tukar

Page 44: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 44

Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian :

b) Pastikan hard disk ok/detected ok

c) Periksa DOS disket/BIOS

d) Periksa hard disk setup

e) Periksa motherboard *

f) Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow

Penyelesaian :

a) Buat chkdsk c:

b) Ada virus/periksa memori

1.3 Peralatan : Disket Drive (FDD)

Masalah : Tidak boleh baca data dalam disket

Penyelesaian :

a) Periksa head/cuci

b) Pastikan disket ok

a. Ada system/ada fail

b. Tiada virus

c. Kapasiti betul

d. Tidak rosak

1.4 Peralatan : Keyboard

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak

Penyelesaian :

c) Cabut/bersihkan huruf tersebut

d) Uji kelancaran butang huruf

e) Tukar keyboard

Masalah : Tidak berfungsi langsung/ bila “boot” keyboard error

Penyelesaian :

(ii) Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT)

(iii) Periksa key lock

Page 45: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 45

(iv) Periksakeyboard connector

(v) Tukar keyboard

1.5 Peralatan : Mouse

Masalah : Arrow bergerak tidak lancar

Penyelesaian :

a) Bersihkan roller dan bebola

b) Periksa mouse configure/control

c) Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi

Penyelesaian :

a) Periksa mouse connection

b) Tukar mouse

1.6 Peralatan : Operating System

Masalah : Sistem slow

Penyelesaian :

f) Periksa CPU/motherboard – 286, 386, 486, Pentium dsb

g) Tambah kapasiti RAM

h) Periksa virus, buang

i) Close program yang tidak diperlukan

j) Program perlu banyak memory untuk beroperasi

k) Check HDD

Page 46: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 46

VIRUS KOMPUTER

1.0 DEFINASI

Secara amnya virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang

menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk merebak tanpa

pengetahuan pengguna PC.

Kata kunci di sini adalah membiak (the ability to reproduce itself) dan

memerlukan host. Ciri-ciri ini membezakan antara virus dan worm.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program

pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail

data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti

makro yang boleh menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript

dan kod sumber yang mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program

lain juga merupakan pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

• Bom masa – dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer

diboot. Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6,

harijadi pelukis terkenal ini.

• Bom logik – tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan

tertentu dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan.

Contoh aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya

akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif

sekiranya status kerjanya diubah ke ‘terminated’.

Page 47: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 47

2.0 JENIS-JENIS VIRUS

2.1 Virus Sektor Boot

Contoh: Form, Stoned

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau DOS

boot record dalam cakera keras.

Contoh kes virus Stoned (1987)

Cakera liut yang mengandungi virus terselit dalam data digunakan

dalam projek bersama dengan rakan sekerja. Virus dipindahkan

apabila disket ditinggalkan dalam pemacu dan komputer cuba

melakukan bootup dari disket. Komputer memasukkan sektor pertama

disket ke dalam ingatan dan melaksanakannya. Virus menyalinkan

dirinya ke dalam cakera keras menggantikan MBR. Virus ini adalah

‘memory resident’ (99% virus mempunyai ciri ini), ia terletak dalam

ingatan dan menangkap interrupt 13h (baca/tulis). Setiap kali

komputer membaca/menulis pada pemacu A, cakera liut akan

dijangkiti.

2.2 Virus Makro Contoh: WM.Concept

Virus jenis ini merupakan ancaman baru kerana ia ditulis dalam

bahasa WordBasic, yang senang dipelajari. Virus tradisional ditulis

dalam bahasa perhimpunan dan memerlukan kepakaran tertentu.

Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan

kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak

terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh

menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, NT malah

Macintosh.

2.3 Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus jenis ini menjangkiti fail adalah ‘memory resident’ dan

menjangkiti com dan exe.

Page 48: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 48

2.4 Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan. Misalnya fail asal adalah

myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c,

myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya.

Kemudian myapp.exe akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa

pengetahuan pengguna.

2.5 Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program

tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular

kerana mudah dikesan.

3.0 BAGAIMANA IA MEREBAK

3.1 Perisian

Perisian baru yang dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan

ini lebih besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu,

demonstrasi perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu

sumber virus sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus.

3.2 Cakera Liut

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek

dan dalam sistem rangkaian.

3.3 Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel(auto download

tanpa scanning), dan program yang dimuat-turun dari Internet.

Namun demikian, virus hanya akan menjangkiti komputer sekiranya

program tersebut diinstalasikan ke dalam komputer. IRC (Internet

Relay Chat) juga merupakan satu ‘hotspot’ bagi virus.

Page 49: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 49

3.4 Rangkaian

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam

rangkaian yang

sama oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut

dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah

kepada jangkitan virus.

4.0 CARA PENCEGAHAN

Berikut merupakan cara untuk mengelakkan dari jangkitan virus:

• Penggunaan perisian anti-virus

• Periksa disket yang dikongsi sebelum membukanya. Virus tersebar

apabila akses dibuat.

• Ubah status disket dari boleh-padam ke ‘read-only’

• Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang

boleh dipercayai.

• Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam BBS dan Internet

• Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

• Pengimplementasian polisi keselamatan organisasi. Antara kandungan

utamanya:

- hak penggunaan perkakas, perisian dan data

- akses fizikal ke perkakas, perisian dan data

- prosedur backup dan recovery

- penalti jika polisi dilanggar

• Sentiasa backup data

5.0 PERISIAN ANTIVIRUS

Perisian antivirus merupakan langkah pencegahan utama terhadap jangkitan

virus. Cara antivirus berfungsi:

• Scanner – mencari corak ('scan strings', 'search strings', 'signatures').

Page 50: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 50

• TSR scanner – mencari virus apabila program lain sedang berjalan

• VxD scanner – memerika untuk virus secara berterusan

• Heuristic scanners – memeriksa fail boleh laksana (.exe fail)

• Monitor/Behaviour Blocker – memeriksa perlakuan system

• Change Detectors/Checksummers/Integrity Checkers

- menyimpan pangkalan data ciri-ciri semua fail boleh laksana dan

memeriksa untuk perubahan dalam program tersebut

• Cryptographic Checksummers – menggunakan algoritma enkripsi

Perisian antivirus perlu sentiasa di kemaskini agar dapat mengesan virus

baru. Ini dibuat melalui muat-turun fai l macro.def dan sign.def dari

Internet. Kebanyakan syarikat pengeluar antivirus menawarkan

pengemaskinian percuma.

Jika menggunakan Windows 95 ke atas, pakej antivirus yang berkesan

mestilah merupakan 32 bit. Di antara pakej antivius adalah seperti Mc Afee,

PC Cilin, Norton, AVG dan lain-lain lagi.

5.1 Aplikasi Antivirus

Pihak Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah membekalkan

satu CD Anti Virus ke setiap jabatan.

5.1.1 Cara Membuat Instalasi (protection)

Masukkan CD yang telah dibekalkan ke dalam CD Drive anda.

Instalasi Perisian Antivirus Corporate Edition. o Klik 2

kali My Computer . o Klik 2 kali Folder Protection. o Klik 2 kali pada Folder Norton Antivirus

Corporate Edition. o Klik 2 kali pada fail Savcelm.exe o Semasa Proses instalasi berlaku rajah di

bawah akan dipaparkan.

Page 51: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 51

o Proses seterusnya

o Klik pada butang Next untuk proses seterusnya.

o Tandakan kekotak “I Accept the terms in the license agreement”

o Klik Next

Page 52: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 52

o

o Tandakan pada kekotak Microsoft Exchange dan Lotus

Notes o Klik Next

o Klik Next

Page 53: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 53

o Tandakan pada Kekotak Managed

o Klik Next

o Klik pada butang Browse untuk proses seterusnya

Page 54: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 54

o Klik pada Find Computer

o Masukkkan IP Address 10.144.2.2 o Pilih Address o Klik butang Find untuk proses seterusnya

Page 55: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 55

o Seterusnya nama Server akan di paparkan o Klik pada butang OK untuk proses seterusnya

o Klik Next

Page 56: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 56

o Klik Next

o Klik Install untuk membuat instalasi anti virus

Page 57: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 57

o Tunggu hingga proses ini selesai

5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus

• Klik butang Start

• Klik All Programs

• Pilih program Symantec Client Security

Atau

• Dwi klik pada simbol Symantec Client Security yang

terletak di sebelah kanan task bar

• Skin seperti di bawah akan terpapar

Page 58: Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 58

• Pilih Scan Computer

• Tandakan Drive yang ingin di scan

• Klik Scan

• Biarkan hingga proses tamat.