nota pengenalan photoshop

Upload: hambadah

Post on 18-Jan-2016

852 views

Category:

Documents


92 download

DESCRIPTION

photoshop

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPDISEDIAKAN OLEH: ELMIZA BT ROSLAN

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPProses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPAdobe Photoshop merupakan sebuah perisian suntingan imej (image editing software) yang membolehkan pengguna mengubahsuai sesuatu imej, gambar atau bahan visual ataupun mengolah kesan-kesan khas visual mengikut kreativiti masing-masing. Ianya merupakan antara perisian pengubahsuaian imej yang popular dikalangan pereka grafik sama ada bagi tujuan percetakan atau pun pembangunan persembahan multimedia dan laman web.

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPProses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPWork Area Perisian Adobe Photoshop boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Antara komponen-komponen penting tersebut ialah Toolbox, Options Bar, Menu Bar dan Pallets. Fungsi dan kaedah penggunaan setiap satunya perlu difahami dan seterusnya dikuasai sebelum memulakan sebarang kerja seni dengan lebih berkesan.

  • A Menu BarB Option BarC ToolboxD Active Image AreaE Palette WellF - PalletsWORK AREA

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPMembuat dan membuka dokumen

    Untuk membuat sebuah fail baru, bina satu fail photoshop dengan menggunakan arahan File > New atau tekan kekunci Ctrl dan kekunci N pada papan kekunci serentak. Apabila tetingkap berikut dipaparkan, taipkan satu label atau nama yang tertentu pada ruangan name. Label ini bertujuan untuk mengingatkan seseorang pengguna tentang isi kandungan yang berada di dalam fail tersebut.

  • MEMBUAT DAN MEMBUKA DOKUMENSeterusnya tentukan saiz imej yang ingin dibina dengan cara memasukkan nilai tertentu di dalam unit piksel di ruangan width dan height. Unit ini boleh ditukar kepada unit lain seperti inci, cm, points dan sebagainya mengikut saiz sesuatu dokumen yang hendak dihasilkan.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • MENENTUKAN RESOLUSIONApabila membincangkan tentang resolusion pada sesuatu file atau imej, kita pastinya akan mengaitkannya dengan kualiti imej. Resolution diukur dalam bentuk dot per inch atau singkatannya dpi. Kualiti setiap imej ditentukan oleh saiz resolution yang dimilikinya. Lebih tinggi jumlah dpi yang disetkan maka lebih berkualiti dan cantiklah imej yang bakal terhasil.Resolution :72 dpi laman web

    100 dpi - 200 dpi Untuk kualiti yang bagus (fine quality) bagi persembahan digital yang profesional

    300 dpi percetakan / bahan penerbitanPENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • MENENTUKAN SAIZ IMEJ DAN KANVAS Sebelum memulakan sebarang kerja menggunakan Adobe Photoshop, adalah amat mustahak bagi seseorang pengguna untuk mengetahui bagaimana untuk membina dan seterusnya menetapkan ciri-ciri utama sebuah fail kerja yang akan dibina. Ini termasuklah juga saiz yang diperlukan untuk kerja-kerja grafik. Saiz adalah penting untuk menetukan kualiti sesebuah karya seni (artwork) yang dihasilkan. Walaubagaimanapun saiz ini boleh diubah dari masa ke semasa mengikut keperluan output.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • TOOLBOXToolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan tempat di mana terdapatnya koleksi ikon-ikon yang mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri bagi pelbagai tujuan penggunaanya Setiap ikon yang terdapat pada toolbox mempunyai pilihan menu yang tersendiri. Setiap ikon yang diaktifkan pada toolbox akan dipaparkan di dalam bar pilihan. Cara untuk mengaktifkan ikon-ikon yang terdapat pada toolbox ialah dengan mengklik pada ikon tersebut.

  • TOOLBOXBerikut merupakan antara kekunci yang mewakili setiap ikon di Toolbox:

    IKONKEKUNCIMove ToolVMagic Wand ToolWSlice ToolKPaintbrush ToolBHistory Brush ToolYGradient ToolGDodge TooloType ToolTCustom Shape ToolUEyedropper ToolIZoom ToolZSwitch Foreground/Background ColourXEdit in Standard Screen Mode/Quick Mask ModeQStandard Screen Mode/Full Screen Mode with Menu Bar / Full Screen ModeFRectangular Marquee ToolMCrop ToolCLasso ToolLAirbrush ToolJClone Rubber StampSEraser ToolEBlur ToolRPath Component Selection ToolAPen ToolPNotes ToolNHand ToolHDefault Foreground and Background ColorsD

  • IKON RECTANGULAR MARQUEE TOOLIkon Ikon Rectangular Marquee Tool membolehkan kita membina kawasan pilihan yang berbentuk segiempat pada sebarang imej, ikon Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk membina kawasan berbentuk elips manakala ikon Single Row Marque Tool dan Single Colum Marquee digunakan untuk membina kawasan pilihan bersaiz 1 piksel berbentuk seperti garis melintang dan menegak.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON MOVE TOOLIkon ini membenarkan seseorang pengguna kedudukan sesuatu imej ke satu lokasi lain ke satu lokasi lain yang ditentukan. Sekiranya hanya sebahagian dari imej tersebut perlulah dipilih terlebih dahulu dengan menggunakan ikon marquee atau ikon lasso dan sebagainya. PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON LASSO TOOLIkon ini membenarkan seseorang pengguna membina kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus seperti bentuk binatang, rumah dan sebagainya. Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu ikon lasso itu sendiri, polygon lasso dan megnatik lasso.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON MAGIC WANDIkon ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang agak sama pada sesebuah imej. Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar pilihan ikon Magic Wand.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON CROP TOOLIkon Crop digunakan untuk memotong bahagian tertentu yang dikehendaki pada sesuatu imej . Bahagian imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automotik.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON SLICE TOOLTerdapat dua jenis ikon iaitu ikon slice Tool itu sendiri dan ikon Select Slice Tool, dimana kedua-duanya digunakan untuk mengubahsuai imej terutamanya dalam pembangunanlawan web. Imej didalam laman web biasanya dibina dalam saiz fail yang kecil, kerana saiz yang besar menyebabkan masa yang agak lama untuk dipaparkan di internet.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON PAINT BRUSH TOOLIkon ini berfungsi seperti berus lukisan yang digunakan oleh seorang pelukis untuk melukis atau mewarnakan sesebuah imej. Warna lakaran yang dibuat akan ditentukan oleh warna pada petak warna latar hadapan.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON STAMP TOOLIkon ini digunakan untuk menyalin dan menampal sesebuah imej dari lokasi yang tertentu ke dalam imej pada sesuatu lokasi yang lain.

    Ia boleh digunakan di dalam satu imej yang sama mahupun di antara imej-imej dari fail-fail yang berbeza.Ikon ini sering digunakan untuk menggabungkan pelbagai imej dari fail-fail yang berlainan menjadi satu imej yang akan disimpan sebagai satu fail. Bersama ikon ini terdapat juga ikon lain yang dikenali sebagai ikon Patern Stamp Tool. Ikon ini berfungsi menampal sesuatu corak tertentu pada suatu imej. Corak yang akan ditampal oleh ikon ini perlulah ditentukan terlebih dahulu menerusi pilihan menu Pattern di bar pilihan.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON ERASER TOOLTerdapat 3 jenis ikon yang diletakkan di dalam ikon Eraser Tool iaitu Eraser Tool, Background Eraser Tool dan Magic Eraser Tool. Ikon Eraser Tool berfungsi untuk memadam pada bahagian-bahagian yang tidak diperlukan. Ikon Background Eraser Tool, berfungsi untuk memadam warna latar belakang sesuatu imej, manakala ikon Magic Eraser Tool pula digunakan untuk memadam piksel-piksel imej yang mempunyai warna yang seakan-akan sama kepada keadaan lutsinar (Transparancy).PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON GRADIENT TOOLIkon Gradient tool ini diletakkan bersama dengan ikon Paint Bucket di Toolbox. Kedua-duanya berfungsi untuk mewarnakan sesuatu kawasan pilihan atau objek. Ikon Gradient Tool ini didatangkan bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk mewarnakan objek secara lorekan warna tonar dalam bentuk linear ataupun garis lurus. Selain dari lorekan warna secara linear, lorekan secara bukan linear juga boleh dilakukan menerusi pilihan Radial Gradient, Angle Radient, Reflected Gradient dan juga Diamond Gradient.

    PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON DODGE TOOLDengan menggunakan ikon ini, kesan tertentu pada imej akan kelihatan lebih terang dari kawasan yang lain. Memandangkan ikon ini berfungsi untuk mengubahsuai tonar warna sesuatu imej, maka ianya diletakkan bersama ikon burn dan ikon sponge. Ikon Burn mempunyai fungsi yang berlawanan dengan ikon Dodge di mana ia digunakan dengan tujuan untuk menggelapkan kawasan tertentu pada sesebuah imej agar ianya kelihatan gelap seperti dibakar. Ikon Sponge pula digunakan untuk menukar warna saturation pada kawasan tertentu pada imej. Sekiranya imej yang digunakan dalam tema hitam putih maka ikon ini akan meninggi dan mengurangkan kontras yang ada pada imej tersebut dengan menukar aras warna kelabu dari keadaan gelap ke sederhana terang.

    PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON TYPE TOOLIkon Type Tool digunakan untuk menaip teks ke dalam sesuatu imej atau menghasilkan sesuatu teks dalam bentuk grafik.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON CUSTOM SHAPE TOOLIa merupakan ikon yang membolehkan objek jenis vektor dilukis di dalam Adobe Photoshop. Terdapat pelbagai bentuk lain yang boleh dipilih di bar pilihan seperti contoh di bawah.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON NOTES TOOLNotes tool bertujuan untuk merekodkan setiap langkah kerja seperti spesifikasi fon, warna font, saiz dan sebagainya yang dilakukan dalam adobe Photoshop. Segala maklumat yang direkodkan disimpan dalam bentuk teks yang boleh digunakan sebagai rujukan di masa hadapan.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON EYEDROPPER TOOLIkon ini digunakan untuk mendapatkan contoh warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan mengklik pada kawasan imej yang tertentu. Contoh warna tersebut kemudiannya akan kelihatan di petak warna latar hadapan di Toolbox. Bersama dengan ikon ini terdapat dua ikon lain iaitu ikon Color Sample Tool yang berfungsi untuk mendapatkan contoh pelbagai warna pada imej yang memaparkan nilai warna RGB dalam bentuk nombor di tetingkap pallet Info dan juga ikon Measure Tool, yang digunakan untuk mengukur jarak di antara dua titik pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai. Apabila ikon ini digunakan segala maklumat mengenai titik awalan, titik akhir, jumlah jarak dan maklumat lain yang berkaitan akan kelihatan pada bar pilihan bagi ikon ini.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON HAND TOOLIkon ini digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang diubahsuai terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhan pada skrin komputer. Dengan menggunakan ikon ini, bahagian bawah atau atas imej dapat dipaparkan dengan menggerakkan imej tersebut ke atas dan kebawah.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • IKON ZOOM TOOLIkon ini digunakan untuk membesarkan paparan sesuatu imej pada skrin komputer, tetapi bukan membesarkan saiz imej. Saiz paparan boleh dibesarkan sehingga 1600%. Dengan menggunakan ikon ini juga paparan sesuatu imej boleh dikecilkan dengan cara menekan kekunci Alt serentak mengklik tetikus.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • LAYERLayers merupakan lapisan berasingan yang membenarkan sebarang kerja olahan dilakukan ke atasnya. Jika anda pandai mengendali layers semasa mengolah kerja, maka anda mampu mengurangkan kesilapan yang tidak diingini berlaku pada lapisan kerja yang telah siap. Layers juga boleh digambarkan sebagai konsep tindih-menindih di mana ia boleh digunakan sebagai salah satu effect untuk menghasilkan kesan khas visual yang lutsinar bertindanan. PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • HISTORY (UNDO & REDO)Sekiranya anda ingin mencari balik langkah-langkah yang telah dibuat dan mengubahsuai apa yang telah diselesaikan terdahulu, tetingkap palet History adalah penyelesaiannya. Ia berfungsi untuk memegang maklumat mengenai kesemua langkah yang telah diambil. PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • FILTER AND EFFECTPenuras (filter) merupakan salah satu kemudahan atau features yang terdapat di dalam Adobe Photoshop. Ia digunakan untuk memberi pelbagai kesan khas atau efek seperti Blur, Sharpen, Fire dan sebagainya pada suatu fail imej yang asal.Secara asasnya Photoshop menyediakan beberapa kategori filter yang boleh terus digunakan. Ia boleh didapati menerusi pilihan filter dari bar menu, rujuk rajah disebelah.PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP

  • TONAL DAN COLOUR CORRECTIONAnda akan mempelajari kaedah menghasilkan tonal pada imej asal serta kaedah membuat pembetulan warna (Color Correction) pada imej asal. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperkayakan lagi visual imej asal dengan adanya tona-tona warna yang mmenarik dan berdimensi; disamping mencerahkan lagi warna sedia ada pada imej itu. Di antaranya kaedahnya ialah :PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPHUE /SATURATION1COLOR BALANCE2

  • PHOTO CORRECTIONUntuk pengetahuan anda, kebiasaannya imej yang kita perolehi samaada dari kamera digital, pengimbas mahupun imej yang dimuat turun dari laman web perlu dilakukan Photo Correction terlebih dahulu kerana imej yang asal adakalanya agak gelap, pudar dan sebagainya. Oleh itu, proses Photo Correction dapat menyerlahkan kembali imej-imej tersebut. Antaranya Brightness ang contrast. Pilihan untuk fungsi ini boleh didapati melalui Menubar > Image > Adjusment > Brightness / Contrast.

    PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPBRIGHTNESS/CONTRAST3

  • PRINT FILETugas mencetak boleh dilakukan dengan langkah berikut:PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP12

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPHASIL PRODUK

  • PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOPMEMANIPULASI IMEJ