nota pengakap sktr

4
NOTA: PENGAKAP KANAK_KANAK LAMBANG PENGAKAP DUNIA 1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. 2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. 6. Warna putih-kesucian dan kebersihan. LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut undang-undang Pengakap. 2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

Upload: aimanasyraf88

Post on 11-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOTA PENGAKAP PKK

TRANSCRIPT

NOTA: PENGAKAP KANAK_KANAK

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut undang-undang Pengakap.2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia danPersaudaraan Pengakap Sedunia".7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap Muda",Merah - "Pengakap Remaja"8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-DuliYang Maha Mulia Raja-Raja.

ISTIADAT LAUNG AGONG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUANa. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaanb. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh duniac. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEKd. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disipline. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.