nota murid

2
NOTA PELAJARAN TAJUK : SEMBELIHAN JENIS SEMBELIHAN 1. Sembelihan biasa. 2. Sembelihan wajib. 3. Sembelihan sunat Korban. 4. Sembelihan Akikah. 5. Sembelihan Nazar. DALIL SEMBELIHAN Maksudnya : “Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa yang di sembelih selain kerana Allah”. SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN 1. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam. 2. Hendaklah dengan niat sembelihan. 3. Hendaklah putus urat halkum dan urat mareh. 4. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang. Sembelihan ertinya menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang dengan tujuan memakan dagingnya. Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu disembelih. Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.

Upload: star99

Post on 05-Jul-2015

2.035 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Murid

NOTA PELAJARAN

TAJUK : SEMBELIHAN

JENIS SEMBELIHAN

1. Sembelihan biasa.

2. Sembelihan wajib.

3. Sembelihan sunat Korban.

4. Sembelihan Akikah.

5. Sembelihan Nazar.

DALIL SEMBELIHAN

Maksudnya :

“Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa yang di sembelih selain kerana Allah”.

SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN

1. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.

2. Hendaklah dengan niat sembelihan.

3. Hendaklah putus urat halkum dan urat mareh.

4. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.

Sembelihan ertinya menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan

dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang

dengan tujuan memakan dagingnya.

Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih

dahulu sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu

disembelih.

Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.

Page 2: Nota Murid

5. Binatang yang halal dimakan.

6. Binatang itu masih hidup.

7. Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.

8. Tujuan sembelihan kerana Allah bukan dengan tujuan yang lain.

9. Tidak dalam Ihram haji atau Umrah bagi binatang buruan.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA MENYEMBELIH

1. Membaca bismilah untuk memulakan sembelihan.

2. Menghadap binatang itu ke arah kiblat.

3. Membaca selawat ke atas Nabi.

4. Dibaringkan binatang itu di atas rusuk kirinya.

5. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.

6. Memutuskan urat mareh di kiri dan kanan leher supaya segera mati.

7. Menyembelih dengan segera.

8. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas dan cepat.

9. Jangan diputuskan lehernya.

10. Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.

11. Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta dan menyembelih

sebelah atas jika lehernya pendek seperti lembu.

HIKMAT MEMUTUSKAN KEDUA-DUA URAT KETIKA MENYEMBELIH BINATANG

(urat halkum dan mareh)

1. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.

2. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.

3. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.

4. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah binatang itu kerana

kuman-kuman ini boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan manusia.

5. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.