nota bab 7

5
BAB 7: TABURAN PENDUDUK Taburan Penduduk 1. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah sebanyak 23.27 juta orang berbanding 18.38 juta orang pada tahun 1991. 2. Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata. 3. Formula untuk mengira kepadatan penduduk. Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk ÷ Jumlah keluasan 4. Tumpuan penduduk di semenanjung Malaysia adalah di barat dan di dataran pantai timut laut. 5. Peta di bawah menunjukkan taburan penduduk Malaysia yang tidak sekata. Umumnya taburan penduduk ini dapat dibahagikan kepada kawasan penduduk padat, sederhana padat, jarang dan sangat jarang. Rujuk Buku Teks m/s Taburan penduduk Malaysia Penduduk Padat 1. Di Malaysia, kawasan berpenduduk padat ialah kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 200 orang sekilometer persegi. 2. Di dataran pantai barat Semenanjung Malaysia: Kuala Lumpur Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Bandaraya Melaka, Bandaraya Johor Bahru 3. Manakala di pantai timur Semenanjung Malaysia: Dataran Terengganu Bandar Kuala Terengganu Delta Kelantan Bandar Kota Bharu bandar Kuantan 4. Kawasan dataran dan delta menjadi tumpuan penduduk kerana terdapatnya tanih aluvium yang subur dan sesuai untuk kegiatan penanaman padi. 5. Perkembangan beberapa buah bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu, dan Kuala Terengganu dikaitkan dengan kegiatan penanaman padi di kawasan tersebut. 6. Kegiatan perlombongan juga turut mempengaruhi kepadatan penduduk di sesuatu kawasan khususnya Lembah Klang di Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. 7. Selain pengaruh kegiatan sosioekonomi, bandar-bandar utama yang berfungsi sebagai ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan dan pusat perindustrian juga menyebabkan bandar berpenduduk padat. Antaranya seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan Johor Bahru. 8. Bagi negeri-negeri Malaysia Timur pula iaitu Sabah: Kota Kinabalu, Sandakan Tawau 9. Sarawak:

Upload: rosmariaibrahim

Post on 01-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Geografi Tingkatan 2

TRANSCRIPT

BAB 7: TABURAN PENDUDUK

Taburan Penduduk

1. Jumlah penduduk Malaysiapada tahun 2000 ialah sebanyak 23.27 juta orang berbanding 18.38 juta orang pada tahun 1991.2. Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata.3. Formula untuk mengira kepadatan penduduk.Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk Jumlah keluasan

4. Tumpuan penduduk di semenanjung Malaysia adalah di barat dan di dataran pantai timut laut.5. Peta di bawah menunjukkan taburan penduduk Malaysia yang tidak sekata. Umumnya taburan penduduk ini dapat dibahagikan kepada kawasan penduduk padat, sederhana padat, jarang dan sangat jarang.Rujuk Buku Teks m/s

Taburan penduduk Malaysia

Penduduk Padat1. Di Malaysia, kawasan berpenduduk padat ialah kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 200 orang sekilometer persegi.2. Di dataran pantai barat Semenanjung Malaysia: Kuala Lumpur

Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Bandaraya Melaka, Bandaraya Johor Bahru3. Manakala di pantai timur Semenanjung Malaysia: Dataran Terengganu Bandar Kuala Terengganu Delta Kelantan Bandar Kota Bharu bandar Kuantan4. Kawasan dataran dan delta menjadi tumpuan penduduk kerana terdapatnya tanih aluvium yang subur dan sesuai untuk kegiatan penanaman padi.5. Perkembangan beberapa buah bandar sepertiAlor Setar, Kota Bharu, dan Kuala Terengganu dikaitkan dengan kegiatan penanaman padi di kawasan tersebut.6. Kegiatan perlombongan juga turut mempengaruhi kepadatan penduduk di sesuatu kawasan khususnya Lembah Klang di Kuala Lumpur dan Lembah Kinta.7. Selain pengaruh kegiatan sosioekonomi, bandar-bandar utama yang berfungsi sebagaiibu negeri,pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan dan pusat perindustrian juga menyebabkan bandar berpenduduk padat. Antaranya seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan Johor Bahru.8. Bagi negeri-negeri Malaysia Timur pula iaitu Sabah: Kota Kinabalu, Sandakan Tawau 9. Sarawak: Kuching Sibu Miri Bintulu Penduduk Sederhana Padat

1. Kawasan yang berpenduduk sederhana ialah kawasan yang mempunyai jumlah penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.2. Taburan penduduk di kawasan sederhana ini meliputi kawasan-kawasan pertanian dan perikanan utama.3. Dataran pantai barat semenanjung Malaysia: Kulim

Jitra

Teluk Intan

Port Dickson

Jasin

Muar

Mersing

4. Dataran pantai timur semenanjung Malaysia: Bachok Marang Kuala Berang

Jerantut

5. Sabah: Semporna

Tuaran

Keningau

6. Sarawak: Samarahan

Sri Aman

Limbang

7. FELDA (kawasan rancangan kemajuan tanah): Jengka Tiga Segi Pahang Tenggara Johor Tenggara Kelantan SelatanPenduduk Jarang1. Kawasan berpenduduk jarangialah kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.2. Semenanjung Malaysia: Felda Triang, Pahang Felda Jengka Tiga Segi, Pahang Felda Kemahang, Kelantan

3. Sabah:

Felda Umas

Felda Sahabat

4. Sarawak:

Sarikei

5. Kawasan yang jarang penduduk merupakan kawasan berhutan tebal dan kawasan pedalaman. Contohnya:a. kawasan berhutan tebal dan bergunung-ganang di Sabah dan Sarawak.b. kawasan paya bakau dan paya air tawar di bahagian timur negeri Johor, pantai timur Sabah dan pantai Sarawak.6. Kawasan pergunungan dan berhutan tebalmerupakan kawasan terpencil kerana kesukaran untuk dihubungi. Keadaan ini disebabkan kurangnya kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang menghubungkan kawasan tersebut dengan dunia luar.7. Penduduk di kawasan pergunungan mempunyai kepadatan yang sangat rendah dan tinggal secara berselerak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian khususnyapertanian pindah.Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysiaa. bentuk muka bumib. kegiatan sosioekonomic. sumber minerald. dasar kerajaan (governan)e. pengangkutan dan perhubunganf. sejarahg. perkhidmatanh. pendidikanBentuk Muka Bumi1. Kawasan tanah pamahmerupakan kawasan yang berpenduduk padat. Di Semenanjung Malaysia kawasan penduduk padat tertumpu di jaluran tanah pamah yang menganjur daria. Utara Perlis ke Taiping, Lembah Kinta hingga ke Teluk Intanb. Kuala Kubu ke Lembah Klang sehingga ke Serembanc. Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, Kuantan, dataran Kuala Terengganu, danKota Bharu.d. Sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.e. Kota Kinabalu2. Keadaan bentuk muka bumiyang agak rata di kawasan tanah pamah menjadikan kawasan tersebut tumpuan penduduk kerana mudah untuk membina petempatan, jaringan pengangkutan, dan perhubungan.3. Selain itu, keadaan tanah pamah yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian juga menjadi faktor penduduk bertumpu ke kawasan tersebut. Contohnya Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan dan Dataran Kerian menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan kegiatan penanaman padi.4. Faktor ini juga telah menyebabkan perkembangan pelbagai kegiatan ekonomi lain seperti perniagaan dan perdagangan. Ini mendorong penduduk untuk bertumpu ke kawasan tersebut kerana adanya peluang pekerjaan.5. Kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik juga menjadi faktor tumpuan penduduk. Sejak zaman dahulu lagi sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka terutamanya ketika pembinaan petempatan awal. Lembah Sungai Rajang di Sarawak dan Lembah Sungai Kinabatangan di Sabah misalnya mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana.6. Secara lazimnya kawasan gunung dan kawasan pedalaman yang berhutan tebal mempunyai taburan penduduk yang jarang. Keadaan ini berlaku kerana keadaan bentuk muka buminya menyukarkan pembinaan petempatan dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membina kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Contoh kawasan ini ialah kawasan tengah Semenanjung Malaysia, kawasan timur dan pedalaman Sabah, dan kawasan pedalaman Sarawak.Kegiatan Sosioekonomi1. Perkembangan kegiatan sosioekonomidi sesuatu kawasan telah menarik minat penduduk dan menjadi kawasan tumpuan penduduk.2. Bandar utama seperti Kuala Lumpur mempunyai penduduk yang padat kerana ia merupakan pusat pentadbiran dengan kemudahan awam dan mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.3. Kawasan yang giat untukpertanian, perikanan, perindustrian dan perlombongantelah menjadi tumpuan penduduk kerana ia memberi peluang pekerjaan yang banyak untuk penduduk.4. Kawasan yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bank, klinik, pusat membeli-belah, pusat rekreasi, hospital dan pusat pengajian tinggi juga menjadi tumpuan penduduk.5. Kawasan bandar yang mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik seperti pantai barat Semenanjung Malaysia.6. Kawasan perindustrian: Mergong, kedah Mak Mandin dan Prai, Pulau Pinang Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor Tampoi dan Larkin, Johor Tawau, Likas, Kepayan dan Sandakan, Sabah Bintulu dan Sg. Antu, Sarawak7. Kawasan pertanian: Sg. Tong dan Jerangau, Terengganu

Sekitar Keningau, Tenom dan Ranau, Sabah Sekitar Sri Aman, Kapit, Sarikei dan Sibu, Sarawak

8. Kawasan perikanan: Kuala Perlis, Perlis

Kuala Kedah, Kedah

Kuala Kemaman, Terengganu

Papar, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna, Sabah

Lutong, Miri, Bintulu dan Kuching, Sarawak

Sumber Mineral1. Kawasan yang kaya dengan sumber mineral menggalakkan kegiatanperlombongandan menjadi kawasan tumpuan penduduk.2. Perlombongan bijih timah: Lembah Klang

Lembah Kinta

Sg. Lembing

Kuala Lumpur

Ipoh

Taiping

3. Perlombongan petroleum dan gas asli: Bintulu Miri Paka Kerteh Lutong Port Dickson Tangga Batu4. Bukit Besi kaya dengan bijih besiDasar Kerajaan (Governon)1. Melalui Dasar Perindustrian Negara (DPN), kerajaan telah mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas untuk menggalakkan pembinaan kawasan perindustrian yang terancang.2. Kawasan perindustrian ini telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dan menjadi tempat tumpuan penduduk. Contohnya, Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Sungei Way.3. Selain itu, kerajaan juga membuka kawasan baru seperti membangunkan kawasan luar bandar melalui FELDA di Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara.4. Kawasan baru ini telah menjadi tumpuan penduduk kerana ia memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.5. Sekarang kawasan FELDA telah menjadi kawasan berpenduduk sederhana padat.Pengangkutan & perhubungan

1. Jaringan pengangkutan yang padat di sesuatu kawasan akan turut mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Sekiranya jaringan pengangkutan yang terdapat di kawasan tersebut kurang maka kepadatan penduduknya juga kurang.

2. Pengangkutan jalan rayasebagai salah satu jaringan pegangkutan akan memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesuatu kawasan akan membantu mengembangkan lagi aktivitiperniagaan, perdagangan, dan perindustrianyang terdapat di kawasan tersebut.4. Jaringan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api akan memudahkan urusan penghantaran hasil pengeluaran kilang ke pelabuhan atau ke lapangan terbang untuk dieksport ke luar negara. Barang-barang jualan juga dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.5. Perkembangan ini secara tidak langsung akan menjadikan sesuatu kawasan itu berpendudukan padat.6. Pembinaan jaringan pengangkutan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan beberapa kawasan yang dihubungkannya. Antaranya seperti Sungai Petani di Kedah, Jelapang di perak, Senai di Johor dan Bukit Tengah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.7. Selainpengangkutan daratseperti jalan raya dan jalan kereta api kemudahanpengangkutan udara turut menjadikan sesuatu kawasan itu berpenduduk padat.Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) misalnya telah menyebabkan penduduk bertumpu di kawasan sekitarnya.8. Bandar-bandar yang menjadi pusat pengangkutan dan perhubungan juga mempunyaipenduduk yang padat. Contohnya seperti kawasan petempatan di Masai, Johor yangterletak berhampiran dengan Pelabuhan Pasir Gudang.

Penapisan petroleum

Perlombongan petroleum dan gas asli

Mencairkan gas asli