nota bab 4 t.5

16
NOTA BAB 4 (c) Sebutkan kesan-kesan syarat kerakyatan malayan Union yang longgar terhadap kedudukan orang Melayu.. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99) - Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi - Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil - Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur - Ketinggalan dalam bidang pendidikan [4 x 1m = Mak. 2 markah] (d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100 - 101) - Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu - Mengadakan demonstrasi sedara damai - Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union - Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London - Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu - Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union - Mengadakan rapat umum - Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan [8 x 1m = Mak. 3 markah] Tajuk : Malayan Union Soalan Esei (a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98 99) Ugut - Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan menerima Malayan Union. Singkat - Sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri Hakis - Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

Upload: bla1364

Post on 21-Jul-2015

1.025 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bab 4 t.5

NOTA BAB 4

(c) Sebutkan kesan-kesan syarat kerakyatan malayan Union yang longgar terhadap

kedudukan orang Melayu.. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99)

- Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi - Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil - Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur - Ketinggalan dalam bidang pendidikan

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100 - 101)

- Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu - Mengadakan demonstrasi sedara damai - Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union - Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London - Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu - Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union - Mengadakan rapat umum - Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Malayan Union

Soalan Esei

(a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98 – 99)

Ugut - Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika

enggan menerima Malayan Union.

Singkat - Sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat

Negeri

Hakis - Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

Page 2: Nota bab 4 t.5

Majlis - Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang

kuasa.

Wibawa - Raja-Raja Melayu hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu.

Agama - Raja-Raja Melayu hanya boleh membincangkan hal-hal agama Islam dan adat

istiadat Melayu sahaja.

Zakat - Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat fitrah.

Kerakyatan - Orang Melayu menolak syarat kerakyatan yang longgar.

Ancam - Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Jumlah - Jumlah orang Melayu menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang.

Mundur - Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.

Warisan - Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun dan sejarah yang

dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Apakah implikasi hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100)

Page 3: Nota bab 4 t.5

Tajuk : Persekutuan Tanah Melayu

Soalan Struktur

British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan

British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tetapi perundingan tersebut mendapat tentangan

daripada orang dagang dan golongan radikal Melayu.

(a) Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British untuk mengadakan rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 103 - 104)

- Ketegasan membantah Malayan Union - Perpaduan golongan raja dan rakyat - Mempunyai keupayaan mendesak British - Sikap politik yang sederhana - Menentang secara damai / Tidak mengangkat senjata - Tidak menuntut kemerdekaan daripada British - British bimbang orang Melayu dipengaruhi gerakan politik Indonesia yang radikal.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persektutan Tanah Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 104 - 105)

Page 4: Nota bab 4 t.5

- Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union - Inginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu - Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union - Perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan - Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula

[ 5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi menentang

perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 105)

- Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak

- Tiada perwakilan orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif - Mereka menuntut konsep sebuah republik - Mereka menuntut kemerdekaan penuh [4 x 1m = Mak. 2

markah]

(d) Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui

Perlembagaan Rakyat 1947. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.

106)

- Singapura disatukan dengan Tanah Melayu - Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih - Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat - Keistimewaan orang Melayu dikembalikan - Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu - Kerakyatan yang sama rata - Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu - Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi - Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah

Melayu - Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

[10 x 1m = Mak. 3 markah]

Page 5: Nota bab 4 t.5

Tajuk : Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah

Soalan Struktur Sarawak dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak apabila Vyner Brooke

menyerahkan negeri tersebut kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota

hingga mengakibatkan beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan telah menentang

tindakan itu.

(a) Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?

(Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110)

- Beliau telah tua / uzur - Anthony Brooke tidak layak mentadbir Sarawak - Gerald MacBryan telah ditugaskan mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan sebab-sebab beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan menentang

penyerahan tersebut.

(Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111)

- Bercanggah dengan Perlembagaan 1941 - Vyner Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan - Cadangan hanya disokong oleh bukan bumiputera dan pegawai British

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Berikan tiga persatuan yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan Sarawak.

(Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111)

- Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) - Barisan Pemuda Sarawak (BPS) - Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu - Parti Dayak Sarawak (PDS) - Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

Page 6: Nota bab 4 t.5

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Senaraikan tindakan yang dilakukan oleh persatuan dalam usaha menentang

perisytiharan penyerahan Sarawak.

(Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111)

- Berdemonstrasi - Menghantar surat bantahan - Meletakkan jawatan beramai-ramai - Mengadakan pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda - Menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas - Membunuh Gabenor Sarawak

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Page 7: Nota bab 4 t.5

Tajuk : Malayan Union

Soalan Esei

(a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98 – 99)

Ugut - Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika

enggan menerima Malayan Union.

Singkat - Sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat

Negeri

Hakis - Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

Majlis - Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang

kuasa.

Wibawa - Raja-Raja Melayu hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu.

Agama - Raja-Raja Melayu hanya boleh membincangkan hal-hal agama Islam dan adat

istiadat Melayu sahaja.

Zakat - Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat fitrah.

Kerakyatan - Orang Melayu menolak syarat kerakyatan yang longgar.

Ancam - Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Jumlah - Jumlah orang Melayu menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang.

Mundur - Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.

Warisan - Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun dan sejarah yang

dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Apakah implikasi hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100)

Page 8: Nota bab 4 t.5

Menyatu - Berjaya menyatukan orang Melayu. Pertahan - Memperlihatkansemangat orang Melayu mempertahankan status-quo mereka. UMNO - Bantahan ini melahirkan UMNO. Runding - Mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Persekutuan - Hasil rundingan, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk. Batal - British membatalkan Malayan Union. Bentuk - British akan membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.

[7 x 2m = Mak. 8 markah]

Page 9: Nota bab 4 t.5

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Tajuk : Sistem Ahli

(a) Nyatakan reaksi awal pihak British mengenai penubuhan Sistem Ahli.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.117)

- Menjadikan pentadbiran negara Kenya dan Rhodesia Utara sebagai model - Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi - Dapat menguranghkan tekanan PKM - Dapat melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

(b) Senaraikan ciri-ciri Sistem Ahli.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.117 - 118)

- Beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat memegang jawatan yang

dibentuk.

- Anggotanya dikenali sebagai Ahli - Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

Melayu. - Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota - Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan tugas-tugas Ahli dalam sistem tersebut.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 118)

- Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan - Menguruskan pentadbiran - Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya - Berbincang dengan pegawai kanan British untuk menyediakan undang-undang - Menerima arahan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang

Page 10: Nota bab 4 t.5

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Tajuk : Pembentukan Malaysia

Soalan Esei

Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa

orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.

(a) Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 137 – 138)

(i) Lord Brassey

Menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

(ii) Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn

Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu

digabungkan.

(iii) Lee

Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan dua perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Singapura berhubung dengan pembentukan Malaysia. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 138)

- Menyetujui gagasan Malaysia - Berharap Malaysia menjadi negara yang disegani di rantau ini. - Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan. - Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Berikan dua sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 11: Nota bab 4 t.5

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 139 - 140)

- Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.

- Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pada masa depan - Kebangkitan Barisan Sosialis menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura. - Ancaman komunis. - Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai Malaysia ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 139 - 140)

- Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut. - Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. - Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo. - Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian. - Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu. - Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Page 12: Nota bab 4 t.5

Tajuk : Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Soalan Esei

(a) Jelaskan reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 146 – 148)

Indonesia

Bantah - Membantah pembentukan Malaysia.

Neokolonialisme - Berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme.

Ancam - Boleh mengancam Indonesia

Konfrontasi - Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.

Ganyang - “Ganyang Malaysia” diumumkan pada 20 Januari 1963.

Nelayan - Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.

Ceroboh - Menceroboh ruang udara Malaysia.

Serang - Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

Buruk - Memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia

Ketiga

Filipina

Tuntut - Membuat pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah.

Sabah - Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

Perjanjian - Mengemukakan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron von Overback sebagai

asas tuntutan.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

Page 13: Nota bab 4 t.5

(b) Huraikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi penentangan Indonesia

terhadap pembentukan Malaysia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 146 – 147 dan ms 151)

Diam - Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan

ruang udara.

Balas - Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwel terhadap serangan bersenjata

Indonesia .

Bantahan - Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

berhubung pencerobohan itu.

Lawatan - Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Abdul Razak Husein mengadakan

lawatan ke negara Dunia Ketiga dan Afro-Asia.

Penjelasan - Memberi penjelasan kepada negara-negara tersebut tentang masalah hubungan antara

Malaysia dengan Indonesia.

Maphilindo - Membaiki hubungan diplomatik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.

[6 x 2m = Mak. 8 markah]

Page 14: Nota bab 4 t.5

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA Tajuk : Perlembagaan

Soalan Struktur

Perlembagaan Malaysia yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita, telah mengalami beberapa pindaan sejak tahun 1957. semasa.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 162)

- Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan - Yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan

kuasanya

[2 markah] (b) Sebutkan ciri-ciri yang menunjukkan keluhuran Perlembagaan Malaysia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 163)

- Perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah - Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah - Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal dengan sendirinya. - Mahkamah berkuasa menjamin ketertinggian Perlembagaan

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 165)

- Pemerintahan beraja - Agama Islam - Kedudukan Bahasa Melayu - Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

[4 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang boleh dipinda dengan majoriti lebih dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja..

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 166) - Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. - Meminda syarat kewarganegaraan.

- Kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri.

- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.

- Perubahan sempadan Negeri.

Page 15: Nota bab 4 t.5

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Page 16: Nota bab 4 t.5