nota 5

14
BAHAN BANTU BELAJAR Bahan Bantu Belajar (BBB) 7.1 Kepentingan Bahan Mengikut Charles F Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65) kepentingan BBB dirumuskan sebagai menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. Ia dijadikan sebagai daya penarik penting kepada seseorang murid untuk meningkatkan minat mereka kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Di samping itu, melalui bahan bantu belajar dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dalam diri murid. Penggunaannya memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar . Murid dapat belajar dalam keadaan sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru. Guru perlu membuat perancangan awal dengan menetukan pendekatan yang sewajarnya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Pendekatan berpusatkan murid, bahan dan projek dapat merealisasikan impian untuk melahirkan murid yang berpotensi dalam pelbagai aspek. Selain itu, BBB juga dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui bahan-bahan yang bergerak yang boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar serta boleh memberi pengalaman baharu dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kamarudin Hj. Husin (1988 : 242) merumuskan kepentingan BBB adalah untuk memberi rangsangan dan minat murid-murid . BBB

Upload: dyrene-ngu

Post on 11-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: nota 5

BAHAN BANTU BELAJAR

Bahan Bantu Belajar (BBB)

7.1 Kepentingan Bahan

Mengikut Charles F Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65)

kepentingan BBB dirumuskan sebagai menyediakan satu asas yang kuat untuk

sesuatu konsep. Ia dijadikan sebagai daya penarik penting kepada seseorang

murid untuk meningkatkan minat mereka kepada pengajaran dan pembelajaran

guru.

Di samping itu, melalui bahan bantu belajar dapat menghasilkan pembelajaran

yang lebih kekal dalam diri murid. Penggunaannya memberi pengalaman

sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar .

Murid dapat belajar dalam keadaan sebenar dengan mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru. Guru perlu membuat

perancangan awal dengan menetukan pendekatan yang sewajarnya digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Pendekatan berpusatkan murid,

bahan dan projek dapat merealisasikan impian untuk melahirkan murid yang

berpotensi dalam pelbagai aspek.

Selain itu, BBB juga dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui

bahan-bahan yang bergerak yang boleh membantu pemahaman dan

perkembangan perbendaharaan kata pelajar serta boleh memberi pengalaman

baharu dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1988 : 242) merumuskan kepentingan BBB adalah untuk

memberi rangsangan dan minat murid-murid . BBB juga dapat menyediakan

dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan

mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.

Page 2: nota 5

BBB juga dapat membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan

menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

Rajah 7.1 Kepentingan Bahan Bantu Belajar dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

7.2 Jenis Bahan

7.2.1 Maujud

Merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan

dipegang. Bahan maujud adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam,

baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun sudah diawetkan.

7.2.2 Pelbagai Media

Bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh

disentuh ddan boleh dibaca secara terus. Ciri penting bahan bercetak

ialah hanya dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil tulisan tangan. Contohnya;

Menyeronok-kan murid

Mempel-bagaikan Kegiatan

Menjimatkan masa

Mudah difahami

BBB

Page 3: nota 5

Buku, majalah , jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus,

buku teks dan lain-lain.

Bahan pelbagai media ini banyak disimpan di pusat sumber atau di

perpustakaan ataupun di arkib. Selalunya ia digunakaan secara meluas

oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama . Bahan ini murah dan

senang didapati. Di samping itu ia kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila

masa. Bahan ini juga mudah alih dan mudah diakses oleh guru bagi

menggunakannya.

7.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi bahan bantu

belajar murid yang tidak boleh diketepikan pada masa kini. Sejajar

dengan perkembangan ICT dalam abad ke 21 ini, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi telah membantu guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran pengintegrasian teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh

membantu guru melaksanakan tugas merea dengan lebih efektif dan

profesional (Noriati A. Rashid, 2009).

Penggunaannya dalam bilik darjah bukan sahaja dapat memudahkan

tugas guru tetapi menjadikan perhatian para murid kepada pengajaran

guru lebih berkesan. Teknologi maklumat dan komunikasi adalah

teknologi dunia terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan

secara betul. Selain meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid

terhadap pelajarannya, ia dapat membentuk generasi selari dengan

perkembangan semasa. Walau bagaimanapun ia perlu dikendalikan oleh

guru berkemahiran.

Page 4: nota 5

7.3 Ciri-ciri Bahan

7.3.1 Kesesuaian

Pemilihan bahan bantu belajar perlu sesuai dengan perkembangan

kognitif kanak-kanak. Ini dapat membantu mereka menggunakan bahan

dengan efektif. Guru perlu mengetahui mengenai saiz bahan bantu

belajar yang direka dan yang akan digunakan agar bersesuaian apabila

diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kesesuaian bahan bantu belajar

adalah yang boleh dilihat, digunakan, mesra pengguna dan sesuai

dengan isi pelajaran murid.

Selain itu, BBB seharusnya memberi manfaat kepada guru dan murid-

murid . Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman .

Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah .

Page 5: nota 5

Rajah 7.2 Kesesuaian Penggunaan Bahan

7.3.2 Pelbagai Kegunaan

Menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Contoh; Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan

ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBB. Boleh

digunakan dalam beberapa subjek seperti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

dan Matematik .Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi

mengukuhkan ilmu mereka.

7.3.3 Mudah alih

Senang dibawa, difahami dan mudah alih oleh guru mahupun murid-murid.

Menyenangkan guru untuk menyimpan .Senang digunakan semasa di dalam

bilik darjah

Page 6: nota 5

7.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, BBB merupakan bahan rangsangan yang dapat membantu

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

Guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengaplikasian BBB semasa

merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.0 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

8.1 Rancangan Pendidikan Individu

Suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka

untuk memenuhi keperluan individu murid kurang upaya (William N Bender

1995). RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak

sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana

keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah

sebuah kontrak tentang perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang

murid tersebut.”

Rancangan Pendidikan individu adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang

khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasi kan

segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta

perkhidmatan yang disediakan (Jabatan Pendidikan Khas , 2000).

Page 7: nota 5

RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan tentang tahap prestasi seseorang

murid. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik

Matlamat yang boleh dicapai oleh murid Maklumat yang mengandungi satu

objektif yang boleh diukur . Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang

diperlukan oleh murid . Perancangan dan persediaan untuk membantu murid

berkeperluan khas menghadapi alam sekitar.

Kesimpulannya, RPI adalah rancangan / program penilaian berterusan untuk

seseorang murid sebagai teras perancangan pendidikan dalam program

pendidikan khas.

Rajah 8.1 Elemen Rancangan Pendidikan Individu

Penulisan Rancangan Pendidikan Individu

Page 8: nota 5
Page 9: nota 5

Rajah 8.2 Contoh Penulisan RPI

8.2 Komponen Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada

seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran

dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan

pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas

bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan

persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru

profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian

amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah.

Definisi RPH

Page 10: nota 5

Didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu

menggunakan format-format yang telah ditetapkan

8.2.1 Format Penulisan

8.2.2 Hasil Pembelajaran

Merupakan satu keterangan mengenai apa yang akan dicapai dan dilaksanakan

oleh murid untuk membentuk asas sesuatu inferens terhadap sesi pembelajaran

yang dilaksanakan dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan nilai.

i. Spesifik – Menyatakan dengan jelas apa yang guru rancang agar dicapai

oleh murid . Contoh : menyebut, menulis, menyenarai, mengklasifikan

ii. Boleh diukur – Menyatakan dengan jelas tahap hasil pembelajaran dan

kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Contoh: dua dari lima soalan.

Page 11: nota 5

iii. Boleh dicapai – Menyatakan hasil yang ingin dicapai adalah munasabah

mengikut tahap kebolehan murid menggunakan bahan-bahan bantu

mengajar yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

8.2.3 Perancangan aktiviti

Guru dalam perancangan pengajaran perlu merancang aktiviti berdasarkan

pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan

sepanjang proses pengajaran dan pembelajarannya.

Rajah 8.1 Konsep Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

8.2.4 Pemilihan bahan bantu belajar

Pemilihan bahan bantu belajar banyak bergantung kepada perancangan guru

sebelum melaksanakan dalam pengajarannya. Guru perlu mengambil kira

mengenai penggunaan bahan bantu belajarnya sama ada mencukupi, sesuai

Page 12: nota 5

dan bertepatan dengan pengajaran yang hendak diajar. Di samping ia juga

berkaitan dengan kaedah dan teknik yang dipilih oleh seorang guru.

8.2.5 Refleksi

Proses refleksi merupakan satu penilaian yang dijalankan oleh guru selepas

proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Tujuannya untuk

menilai semula sama ada pengajaran yang telah dilaksanakan telah mencapai

objektif atau hasil pembelajaran pengajarannya.