nordin ahmad

8
1 NAMA : ZAYRUL IQWAN BIN KAMARUDZAMAN NO.PELAJAR : 2014724257 PROGRAM : SKRIN (FF 223) KURSUS : FILM, CULTURE AND SOCIETY (CTS 423) Nordin Ahmad adalah pelakon filem Melayu terulung. Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Lanchang Kuning, Sri Mersing, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Semerah Padi, dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas. Dek kerana mutu lakonan Nordin Ahmad inilah yang menyebabkan majoriti filem yang dibintangi beliau mendapat kejayaan yang luar biasa. Pengarah-pengarah filem di zaman itu turut berebut peluang untuk mengambil Nordin Ahmad berlakon di dalam filem mereka. Pada tahun 1964, Nordin Ahmad di tawar bekerja sebagai pengarah filem oleh Cathay Keris. Filem pertama beliau adalah berjudul Wan Perkasa, namun demikian filem ini kurang mendapat perhatian. Walaupun begitu Cathay Keris terus memberi kepercayaan kepadanya untuk terus mengarah, dan beliau berjaya mengarah beberapa buah filem lagi selepas itu seperti Playboy, Naga Tasek Chini, Lubang Neraka dan banyak lagi. Dalam karangan ini, pertama sekali saya akan mengkaji kekerapan dan bagaimana Nordin Ahmad direpresentasikan di dalam majalah hiburan oleh wartawan. Kedua, mengkaji perwatakan Nordin Ahmad di dalam kehidupan peribadinya sama ada mempunyai persamaan dengan watak-watak yang dibawa di dalam filem-filem lakonan beliau. Ketiga, mengkaji ideologi di sebalik imejnya sebagai seorang bintang filem. Dengan cara ini saya akan dapat maklumat dan juga pengetahuan baru serta menarik mengenai Allahyarham Nordin Ahmad yang merupakan seorang bintang filem Melayu yang meninggal dunia seawall usia 39 tahun kerana demam kuning.

Upload: zayruliqwan

Post on 11-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Representasi maskuliniti Nordin Ahmad di dalam filem Chuchu Datok Merah.

TRANSCRIPT

  • 1

    NAMA : ZAYRUL IQWAN BIN KAMARUDZAMAN

    NO.PELAJAR : 2014724257

    PROGRAM : SKRIN (FF 223)

    KURSUS : FILM, CULTURE AND SOCIETY (CTS 423)

    Nordin Ahmad adalah pelakon filem Melayu terulung. Beliau dilahirkan di Butterworth,

    Pulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Lanchang

    Kuning, Sri Mersing, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Semerah Padi, dan Gurindam Jiwa.

    Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu

    Datuk Merah dan Raden Mas. Dek kerana mutu lakonan Nordin Ahmad inilah yang

    menyebabkan majoriti filem yang dibintangi beliau mendapat kejayaan yang luar biasa.

    Pengarah-pengarah filem di zaman itu turut berebut peluang untuk mengambil Nordin Ahmad

    berlakon di dalam filem mereka. Pada tahun 1964, Nordin Ahmad di tawar bekerja sebagai

    pengarah filem oleh Cathay Keris. Filem pertama beliau adalah berjudul Wan Perkasa, namun

    demikian filem ini kurang mendapat perhatian. Walaupun begitu Cathay Keris terus memberi

    kepercayaan kepadanya untuk terus mengarah, dan beliau berjaya mengarah beberapa buah filem

    lagi selepas itu seperti Playboy, Naga Tasek Chini, Lubang Neraka dan banyak lagi. Dalam

    karangan ini, pertama sekali saya akan mengkaji kekerapan dan bagaimana Nordin Ahmad

    direpresentasikan di dalam majalah hiburan oleh wartawan. Kedua, mengkaji perwatakan Nordin

    Ahmad di dalam kehidupan peribadinya sama ada mempunyai persamaan dengan watak-watak

    yang dibawa di dalam filem-filem lakonan beliau. Ketiga, mengkaji ideologi di sebalik imejnya

    sebagai seorang bintang filem. Dengan cara ini saya akan dapat maklumat dan juga pengetahuan

    baru serta menarik mengenai Allahyarham Nordin Ahmad yang merupakan seorang bintang

    filem Melayu yang meninggal dunia seawall usia 39 tahun kerana demam kuning.

  • 2

    Jika di Shaw Brothers, P.Ramlee merupakan anak emas atau bintang utama mereka,

    manakala di Cathay Keris mereka punyai Nordin Ahmad. Seorang bintang yang begitu banyak

    mempengaruhi kehebatan Cathay Keris suatu masa dahulu. Antara pandangan tipikal terhadap

    seniman Nordin Ahmad adalah beliau sebagai seorang pelakon filem-filem purbawara dek

    kerana imej keMelayuan yang dimilikinya terlalu tinggi berbanding P.Ramlee yang lebih

    universal karakternya. Sehingga sekarang jika kita bercerita tentang pelakon Melayu yang paling

    kuat keMelayuannya sudah tentu nama seniman Nordin Ahmad yang diangkat terlebih dahulu.

    Tetapi kerana itu juga seniman Nordin Ahmad dilabel sebagai bintang stereotaip. Lakonannya

    sebagai Hang Jebat, Damak dan Awang Janggut sangat memberi impak terhadap penonton yang

    menontonnya. Bukan sahaja lengkap dengan imej keMelayuan sahaja tetapi juga bakat dan

    keberkesanan lakonannya juga mengangkat Nordin Ahmad lebih tinggi nilainya berbanding

    pelakon-pelakon lain ketika itu.

    Sehingga kini pengikut ataupun peminat Allahyarham Nordin Ahmad masih lagi ada.

    Saya sendiri mengikuti salah sebuah group di Facebook yang bernama A Tribute to Nordin

    Ahmad dimana admin kumpulan tersebut merupakan seorang pengkaji tentang Nordin Ahmad

    selama 25 tahun, Hidir Ali Razali. Lebih 100 orang berada di dalam kumpulan tersebut. Saya

    juga mendapat pelbagai maklumat tentang Nordin Ahmad menerusi kumpulan tersebut. Bila

    bercerita tentang imej Nordin Ahmad, sentiasa orang tertanya adakah karakter beliau di luar

    sama seperti tiap kali beliau muncul di layar skrin.

    Pertama sekali saya akan menerangkan bagaimana seniman Nordin Ahmad di

    representasikan di dalam sesebuah akhbar mahupun majalah. Saya telah menjumpai beberapa

    artikel tentang Nordin Ahmad di dalam majalah Berita Filem, Daily Mastika Filem, Gelanggang

    Filem dan sebuah lagi majalah yang saya tidak pasti apa namanya disebabkan muka depannya

  • 3

    telah hilang yang mana majalah ini wujud pada era Nordin Ahmad. Di dalam majalah-majalah

    ini sering menampilkan karakter Nordin Ahmad yang hampir sama dengan sub-karakterisitik

    watak-watak yang pernah dibawanya. Nordin Ahmad sering digambarkan sebagai seorang yang

    tegas, kelakar dan juga penyayang. Antara artikel yang menonjolkan ketegasan Nordin Ahmad

    adalah artikel tentang Nordin Ahmad ketika mengarahkan filem Playboy yang ditulis oleh

    Jamilah M.Ali dalam majalah Berita Filem bilangan ke-71. Gambar-gambarnya menampakkan

    bahawa Nordin Ahmad seorang yang tegas dan serius. Selain itu saya juga dapat melihat bahawa

    Nordin Ahmad ini adalah seorang yang bersungguh-sungguh apabila melakukan kerja. Di dalam

    majalah Berita Filem ini juga saya menemui sebuah gambar Nordin Ahmad dengan isterinya

    Salmah Hitam lantas menguatkan lagi bahawa beliau seorang penyayang. Dek kerana itulah

    karakternya di dalam kebanyakan filem adalah sebagai seorang lelaki yang romantis. Saya juga

    pernah bertemu dengan seniman Mustafa Maarof, beliau pernah menyatakan pada saya bahawa

    Nordin Ahmad adalah seorang yang berperwatakan lemah lembut dan kemas tutur katanya. Di

    dalam majalah Berita Filem bilangan ke-63, saya menemui sebuah artikel bertajuk Menjelang

    Hari Raya yang tidak diketahui siapa penulisnya memaparkan gambar Nordin Ahmad sedang

    bergurau senda dan bermaaf-maafan bersempena Hari Raya Aidilfitri dengan rakan-rakan lakon

    dari Studio Cathay Keris yang lain seperti M.Amin, Tony Kassim, Latifah Omar, Malek Selamat

    dan Rahmah Ali. Terdapat sebuah gambar dengan caption yang konon-kononnya dipetik dari

    Nordin Ahmad sendiri yang berbunyi Bersedia kita sekarang ? Mari kita mulakan, awas

    jangan salah lagi. Siapa salah kena denda, dialog atau caption ini seolah-olah menunjukkan

    bahawa Nordin Ahmad adalah seorang yang lucu dan juga serius pada masa yang sama. Gambar

    itu juga menunjukkan riak wajah Nordin Ahmad yang begitu ceria dan sedang ketawa. Ada lebih

  • 4

    kurang 4 keping gambar Nordin Ahmad di dalam artikel ini yang menampakkan sisi ceria Nordin

    Ahmad.

    Seterusnya saya akan menerangkan apa yang telah saya kaji adakah ada persamaan

    diantara Nordin Ahmad di luar dan di dalam skrin. Pertama sekali, Nordin Ahmad seakan-akan

    telah dilabel sebagai pahlawan Melayu yakni pendekar kerana kebanyakan filem lakonannya dia

    berlakon sebagai pendekar. Di dalam buku World Cinema Through Global Genres tulisan

    William V.Costanzo ada menggunakan istilah Men With Guns : The Western Hero dan Men With

    Samurai : The Samurai Tradition dalam melabelkan hero klasik di barat dan di Jepun. Suka saya

    menyatakan bahawa Nordin Ahmad juga boleh dilabel sebagai Men With Keris : The Malay

    Warrior kerana skil persilatan dan mutu lakonannya sebagai seorang pendekar sukar digugat

    pelakon lain walaupun Mahmud June yang sering bertindak sebagai koreografer silat Nordin

    Ahmad dalam kebanyakan filem lakonan belia. Saya menjumpai sebuah artikel di dalam sebuah

    majalah tentang Nordin Ahmad di mana majalah tersebut melabelkan diri Nordin Ahmad sebagai

    seorang seniman yang gagah.Memang sudah menjadi satu kebiasaan pada diri seniman gagah

    Nordin Ahmad semasa berjalan atau pun ke studio tidak pernah membawa beg duit dan card

    pengenalan bersamanya. Tidaklah diketahui mengapa. (Diary Mastika Filem). Dalam pada

    masa yang sama saya juga melihat bahawa Nordin Ahmad ini juga merupakan seorang rebel dan

    seakan-akan tidak sukakan dirinya dikawal, buktinya adalah beliau sering berjalan tanpa

    membawa beg duit dan juga kad pengenalan. Berbalik kepada penglabelan gagah tadi, seperti

    yang kita tahu Nordin Ahmad memang berkebolehan dalam ilmu persilatan, dan kerana itulah

    dia digambarkan sebagai seorang lelaki gagah. Ini juga boleh saya katakan Nordin Ahmad

    sebagai star as professional. Ini berketepatan dengan watak-wataknya di dalam filem yang

    seringkali bertindak sebagai seorang lelaki Melayu yang gagah. Nelmes di dalam bukunya

  • 5

    Approaches to Studying Film : Form and Text menyatakan bahawa The fact that a stars

    persona circulated in the media as part of the promotion for specific movies allowed for a

    considerable interaction between the stars performance and offscreen persona Ini

    menunjukkan bahawa Nordin Ahmad mempunyai unsur persona tersebut. Selain daripada

    kebolehan beliau bersilat dan kelihatan gagah, Nordin Ahmad juga sering dikatakan bahawa hero

    filem Melayu yang paling Melayu. Fakta ini boleh disokong lagi dengan sebuah iklan minyak

    rambut Vaseline yang saya temui dalam majalah Berita Filem di mana Nordin Ahmad menjadi

    duta kepada produk minyak rambut tersebut. Di dalam iklan itu juga ada menyatakan bahawa

    Nordin Ahmad adalah bintang filem Melayu yang masyhur. Tagline bagi iklan minyak rambut

    ini pula adalah Jadikanlah Vaseline sebagai bintang kecantikan kamu, sambil gambar close-

    up Nordin Ahmad dengan rambutnya yang disikat kemas dipapar. Ini boleh kita kaitkan pula

    dengan kajian saya yang ketiga, iaitu ideologi di sebalik imej Nordin Ahmad sebagai seorang

    bintang filem. Berbalik kepada iklan minyak rambut tadi, ternyata ia menampakkan lagi imej

    Nordin Ahmad sebagai seorang lelaki maskulin. Disebabkan imej ini dia membawa terus ke

    dalam watak-wataknya di dalam filem. Unsur masculinity yang paling menyerlah dalam

    wataknya adalah ketika dia berlakon memegang watak sebagai Damak dalam filem Sri Mersing.

    Tambahan pula, dia mencukur misai dan janggut, lagi meyakinkan dan menonjolkan imej

    maskulin beliau. Selain itu, boleh juga saya sifatkan bahawa kehidupan peribadinya adakala

    terkait dengan watak-wataknya di dalam filem. Sifat penyayang beliau terhadap isterinya, oleh

    kerana itu beliau sering mendapat watak dan perwatakan sebagai lelaki romantik. Sebagai contoh

    di dalam filem Gurindam Jiwa, gabungan di antara Nordin Ahmad dengan Latifah Omar yang

    begitu romantis meyakinkan saya bahawa sifat penyayang yang dimiliki Nordin Ahmad itu

    sendiri mempengaruhi karakternya. Nordin Ahmad juga merupakan seorang yang begitu setia,

  • 6

    buktinya adalah dia begitu setia dengan Studio Cathay Keris selepas di ambil dari Malay Film

    Production dengan tawaran lumayan. Stars rather than being individuals might be seen as

    media constructs with a specific role to play within the film industry (Sarah Casey Benyahia,

    2006). Nordin Ahmad merupakan bintang utama di Cathay Keris dan dia bergerak sebagai kunci

    utama pertumbuhan ekonomi untuk studio Cathay Keris.

    Seterusnya, bila kita berbincang mengenai ideologi yang dibawa atau dipegang oleh

    Nordin Ahmad, agak sukar untuk saya mendapatkan jawapan bagi persoalan ini. Menurut Bruce

    F.Kawin di dalam bukunya yang bertajuk How Movies Work menyatakan An ideology is a set

    of interlocking assumptions and expectations held by a person, a group, or a culture a set of

    ideas about hiw the worl works, a system of values. Nordin Ahmad juga terkenal dengan watak-

    watak yang agresif, rebel dan anti-establishment seperti watak Megat Seri Rama, Awang Janggut

    dan yang paling diingati Hang Jebat. Watak-watak ini jika kita lihat dari sudut pandang politik,

    ia lebih ke arah pembangkang. Tetapi, pada apa yang saya telah kaji, Nordin Ahmad adalah

    seorang A Politic, dia tidak pernah mendedahkan pegangan politiknya di dalam apa bentuk

    medium media sekalipun. Tidak seperti Jins Shamsuddin yang terang-terangan menonjolkan

    pegangan politik beliau, iaitu UMNO menerusi filem-filemnya seperti Bukit Kepong misalnya.

    Watak Nordin Ahmad sebagai Hang Jebat pula dikatakan menjadi salah satu inspirasi kepada

    salah sebuah parti pembangkang di Malaysia iaitu Parti Keadilan Rakyat. Saya pernah

    menghadiri kempen politik parti tersebut dan salah seorang tokoh politik pembangkang di dalam

    parti itu menyatakan bahawa terciptanya PKR ini adalah kerana pengucapan dialog Nordin

    Ahmad iaitu Keadilan, keadilan. Keadilan! di dalam filem Hang Jebat. Inilah kesan dan

    impak pembawakan watak haluan kiri oleh Nordin Ahmad. Dalam meneraju kerjaya lakonnya,

    Nordin Ahmad mempunyai falsafahnya sendiri iaitu Tiap-tiap manusia mempunyai watak

  • 7

    tersendiri, terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk membentuk ke arah yang

    dikehendaki. Dan itulah perbezaan antara seni lakon dan kebiasaan dalam hidup. Apabila saya

    membaca kenyataan ini di dalam majalah Gelanggang Filem, saya dapat merasakan bahawa

    Nordin Ahmad seolah-olah ingin mematikan segala tanggapan tipikal masyarakat terhadapnya

    tentang kestereotaipan lakonan watak-wataknya.

    Kesimpulannya, seniman Nordin Ahmad merupakan bintang filem yang sangat berkaliber

    dan mempunyai perwatakannya yang tersendiri. Ada ketikanya dirinya di luar ada persamaan

    dengan dirinya di layar perak, dan ada juga ketikanya dirinya tidak langsung ada kaitan dengan

    watak lakonannya. Dia juga sering digambarkan oleh wartawan sebagai seorang yang begitu

    ceria, lucu, tegas selain menonjolkan elemen atau imej maskulin sebagai seorang lelaki Melayu.

    Dari sini, muncul lah pengikut-pengikut Nordin Ahmad yang tegar dan begitu fanatik terhadap

    beliau, dan sehingga kini nama Nordin Ahmad masih lagi disebut-sebut di dalam akhbar. Namun

    apa yang mengecewakan golongan generasi kini tidak mengenali siapa beliau. Saya juga

    menemui sebuah artikel bertajuk Hero Filem Melayu : Nama Allahyarham Nordin Ahmad mula

    dilupakan ditulis oleh Shirmy di dalam akhbar Bacaria pada tahun 1991. Shirmy menyatakan di

    dalam artikel tersebut bahawa seniman Nordin Ahmad dan P.Ramlee tidak jauh bezanya. Kedua-

    duanya memberi sumbangan besar terhadap perkembangan filem tanah Melayu, namun Nordin

    Ahmad belum pernah menerima apa-apa pengiktirafan dari kerajaan. Namun di dalam majalah

    Utusan Filem dan Sport keluaran ke-22 pada tahun 1954, Nordin Ahmad pernah menyatakan

    bahawa dia terhutang budi kepada P.Ramlee kerana membantunya dalam perkembangan seni

    lakonnya. Akhir sekali, seniman Nordin Ahmad adalah seorang manusia yang mempunyai

    pelbagai pengaruh di sebalik imejnya sebagai seorang bintang.

  • 8

    BIBLIOGRAFI

    William V.Costanvo (2014), World Cinema Through Global Genres. Oxford : Wiley Blackwell

    In J.Nelmes (ed.), Introduction to Film Studies (Fifth Edition). London : Routledge

    Sarah Casey Benyahia, Freddie Gaffney & John White (2006), As Film Studies : The Essential

    Introduction. London : Routledge

    Bruce F.Kawin (1992), How Movies Work. University of California Press : London

    Anonymous (1966), Menjelang Hari Raya. Berita Filem keluaran ke-63 : Singapura

    Jamilah M.Ali (1966), Noodin Ahmad. Berita Filem keluaran ke-71 : Singapura

    Shirmy (1991), Hero Filem Melayu : Nama Allahyarham Nordin Ahmad mula dilupakan.

    Bacaria : Kuala Lumpur

    Anonymous (1954), Nordin terhutang budi. Utusan Filem dan Sport : Singapura