nor farhana binti hassan · laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... hajah rohani binti...

30
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KURSUS ASAS REKACIPTA DI UTM NOR FARHANA BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

DALAM KURSUS ASAS REKACIPTA DI UTM

NOR FARHANA BINTI HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,
Page 3: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,
Page 4: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

i

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM

KURSUS ASAS REKACIPTA DI UTM

NOR FARHANA BINTI HASSAN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

ii

Page 6: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

iii  

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullilah, dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menghasilkan

Projek Sarjana Muda (PSM) sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang telah ditetapkan. Penghargaan

istimewa khas kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan tunang tersayang kerana menjadi

pendorong yang kuat dalam memberikan nasihat membina dan iringan doa yang tidak

putus-putus sehingga menjadikan saya mempunyai keazaman dan ketabahan diri yang

lebih kuat sepanjang menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM).

Sekalung penghargaan tulus ikhlas khasnya kepada pensyarah penyelia Projek

Sarjana Muda, Cik Sarimah Binti Ismail. Terima kasih di atas komitmen tinggi dalam

membimbing saya bagi menghasilkan sebuah kajian yang bermutu. Jutaan terima kasih

yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan beliau kerana bersengkang mata

memeriksa setiap penulisan anak didiknya. Berkat kesungguhan beliau telah mendidik

saya supaya sentiasa berilmu, berhati kental dan bersemangat waja dalam menempuh

dugaan dari awal penulisan sehinggalah di akhir proses penulisan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana telah

meluluskan permohonan maklumat yang diperlukan bagi memadatkan kandungan isi

kajian. Ingatan tulus ikhlas kepada pensyarah-pensyarah JPTK yang turut menyumbang

idea dan pendapat. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi

tunjuk ajar serta memberi sokongan emosi supaya dapat menyesuaikan diri dalam

mengharungi cabaran sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Page 7: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

iv

DEDIKASI

Teristimewa kepada umi dan abah,

Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud,

Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

Segala dorongan dan iringan doa yang diberikan mengiringi kejayaan anakmu di sini,

Menjadikan diri ini lebih tabah dan membina keazaman yang lebih kuat

Untuk anakmu ini mencapai sebuah kejayaan dan menggenggam segulung ijazah,

Hanya iringan doa yang yang berterusan buat umi dan abah yang tersayang.

Buat Kak Long, Kak Ngah dan Cik Su yang tercinta,

Segala galakan dan sokongan moral menjadikan diri ini lebih bersemangat kental,

Dalam mengejar erti seorang insan yang bergelar pendidik.

Istimewa juga buat tunang tersayang,

Walaupun dari kejauhan, segala dorongan dan pengorbananmu tidak luput dari ingatan,

Semoga kesejahteraan sentiasa mengiringi dirimu.

Buat Cik Sarimah Binti Ismail yang dikasihi,

Segala jasa dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada anak didikmu,

Menjadi perangsang untuk diri ini menggapai kejayaan,

Didikan darimu sentiasa kekal di sanubari ini buat selama-lamanya.

Buat pensyarah-pensyarah JPTK serta rakan-rakan seperjuangan,

Semoga tunjuk ajar dan perkongsian pendapat yang diberikan,

Menjadi perangsang dalam menyiapkan sebuah kajian ini,

Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmatimu.

 

Page 8: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

v

ABSTRAK

Kursus Asas Rekacipta melibatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Keputusan peperiksaan akhir bagi kursus Asas Rekacipta menunjukkan peratus yang rendah bagi gred A+ dan A walaupun sepanjang proses pembelajaran tersebut, pelajar telah diajar dengan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kursus Asas Rekacipta di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Pembolehubah yang dikaji adalah kemahiran berfikir dalam pencetusan idea, menghasilkan hasil projek kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta. Kajian ini melibatkan 248 orang pelajar tahun dua dan tahun empat Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang terdiri daripada tahun dua dan tahun empat. Kajian kuantitatif tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dalam bentuk frekuensi dan peratus diperolehi hasil dari penganalisaan menggunakan perisian komputer ‘Statistical Packages for Social Science (SPSS)’ for Windows’ Version 15.0 Nilai Alpha bagi item instrumen kajian ialah 0.745. Dapatan kajian menunjukkan semua pembolehubah yang dikaji iaitu kemahiran berfikir bagi pencetusan idea, menghasilkan projek kreatif dan menyelesaikan masalah diaplikasikan dalam menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta pada tahap sederhana. Ini menunjukkan aplikasi kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kursus Asas Rekacipta adalah pada tahap sederhana. Adalah dicadangkan pelajar menggunakan kaedah pengurusan grafik,teknik penyoalan, bentuk pemikiran dan dibimbing melalui sesi mentor dan mentee. Pengajaran pensyarah memperbanyakkan latih tubi dan pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan(JPTK) perlu menyusun atur pengurusan akademik ke tahap yang lebih baik supaya pelajar dapat mencetuskan idea dengan mengaplikasikan daya pemikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan projek yang lebih kreatif dengan menggunakan konsep kemahiran menyelesaikan masalah.  

Page 9: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

vi

ABSTRACT

The Basic Invention course is a course that involves creative thinking and problem solving. Final examination result for the Basic Invention course showed low percentage for grade A+ and A even though students were taught creative thinking and problem solving along the period studying the course. This study was conducted to identify the application of creative thinking and problem solving in the course of Basic Invention at the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Research variables were creative thinking in generating idea, creative final project development, and problem solving skill in producing the Basic Invention course project. This study involved 248 second year and final year students of the department of Technical and Engineering Education at the Faculty who enrolled the program of Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). This quantitative survey research used questionnaire as a research instrument. Data in a form of frequency and percentage were analyzed using computer software ‘Statistical Packages for Social Science (SPSS)’ for Windows’ Version 15.0. Alpha value for items of the questionnaire was 0.745. Findings of the study indicated that all variables, which are creative thinking in generating idea, creative final project development, and problem solving skill in producing the Basic Invention course project were applied at medium level. This showed that the application of creative thinking and problem solving in the course of Basic Invention were at medium level. Suggestion were came out to overcome the problem by students should use the method of graphic management, questions of technique, style of thinking and guided with the mentor and mentee session. The lectures should increase practical practice and the Department of Technical and Engineering Education (JPTK) also should arrange the academic management to be good level. So, the students can initiate the idea to apply creative and critical thinking to produce a more creative product with problem solving skills.

 

Page 10: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN NAMA xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

Page 11: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

viii

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Pelajar-Pelajar JPTK 11

1.6.2 Pensyarah Kursus Asas Rekacipta 12

1.6.3 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan 12

Kejuruteraan

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13

1.7.1 Skop Kajian 13

1.7.2 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Operasional 14

1.8.1 Aplikasi 14

1.8.2 Kemahiran Berfikir 15

1.8.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 15

1.8.4 Kursus Asas Rekacipta 16

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep Pemikiran 19

2.3 Definisi Berfikir 20

2.4 Gaya Berfikir 21

2.5 Pencetusan Idea 22

2.6 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Kreatif Dalam 24

Pencetusan Idea

2.6.1 Kemahiran Pemikiran Kritis 24

2.6.2 Kemahiran Pemikiran Kreatif 26

2.7 Penyelesaian Masalah 28

2.7.1 Definisi Penyelesaian Masalah 28

2.7.2 Proses Penyelesaian Masalah 29

Page 12: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

ix

2.7.3 Ciri Kejayaan Penyelesaian Masalah 31

2.7.4 Kebuntuan Penyelesaian Masalah 32

2.7.5 Pengukuhan Kemahiran Penyelesaian 33

Masalah

2.8 Konsep Dan Proses Reka Cipta 34

3 METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 39

3.6 Kesahan 40

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Kebolehpercayaan 41

3.9 Proses Kajian 43

3.10 Prosedur Kajian 45

3.11 Analisis Data 47

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Bahagian A: Analisis Responden 50

4.2.1 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 50

Jantina

4.2.2 Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 51

Kelulusan Akademik

4.2.3 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 52

Program

Page 13: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

x

4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 52

4.3.1 Dapatan Aplikasi Kemahiran Berfikir 54

Dalam Pencetusan Idea Bagi Kursus

Asas Rekacipta

4.3.2 Dapatan Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam 57

Menghasilkan Hasil Projek Kreatif Bagi

Kursus Asas Rekacipta

4.3.3 Dapatan Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan 59

Masalah Dalam Menghasilkan Projek Kursus

Asas Rekacipta

4.4 Rumusan 61

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan 64

5.3 Perbincangan Demografi Responden 65

5.4 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Berfikir 65

Dalam Pencetusan Idea Bagi Kursus

Asas Rekacipta

5.5 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam 68

Menghasilkan Hasil Projek Kreatif Bagi Kursus

Asas Rekacipta

5.6 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan 70

Masalah Dalam Menghasilkan Projek Kursus

Asas Rekacipta

5.7 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 72

5.8 Cadangan Kajian Akan Datang 74

5.9 Kesimpulan 75

Page 14: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Hasil Pembelajaran Program JPTK 2

1.2 Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal Dan 3

Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran Generik

Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi

Program SPJ, SPE Dan SPH

1.3 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program 5

SPJ, SPE Dan SPH

1.4 Jadual Perancangan Topik Isi Pelajaran Bagi Kursus 7

Asas Rekacipta

1.5 Statistik Keputusan Peperiksaan Asas Rekacipta 8

Dari Tahun 2005-2009

2.1 Definisi Berfikir 20

3.1 Sampel Kajian Mengikut Program Pengajian 38

3.2 Skala Likert 39

3.3 Pengkelasan Bilangan Item Mengikut 40

Pembolehubah

3.4 Pekali Alpha Cronbach 42

3.5 Nilai α, Kedudukan Tahap α Dan Tindakan Ke 42

Page 15: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xii

Atas Item Bagi Setiap Pembolehubah

3.6 Maklumbalas dan Skor Skala Likert Terhadap Item 47

3.7 Peratus dan Kategori Tahap Terhadap Item 48

4.1 Maklumbalas dan Skor Skala Likert Terhadap Item 53

4.2 Peratus dan Kategori Tahap Terhadap Item 53

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut 54

Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Pencetusan

Idea Bagi Kursus Asas Rekacipta

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut 57

Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Menghasilkan

Hasil Projek Kreatif Bagi Kursus Asas Rekacipta

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 59

Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dalam

Menghasilkan Projek Kursus Asas Rekacipta

4.6 Ringkasan Dapatan Kajian 62

 

 

Page 16: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Komponen Berfikir 19

2.2 Proses Penyelesaian Masalah 30

2.3 Langkah-Langkah Penyelesaian Masalah 30

3.1 Langkah Proses Kajian 44

3.2 Peringkat Prosedur Kajian 48

4.1 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 50

Jantina

4.2 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 51

Kelulusan Akademik

4.3 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 52

Program

Page 17: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xiv

SENARAI SINGKATAN NAMA

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PTV - Pendidikan Teknikal dan Vokasional

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For Social Science For Windows’

Version 15.0

Page 18: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Borang Soal Selidik 81

B Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan 86

Instrumen Kajian

C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 87

D Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan 88

Instrumen Kajian

E Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 89

F Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 90

Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran

Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi

Program SPJ

G Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 92

Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran

Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi

Program SPE

H Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 94

Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran

Page 19: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

xvi

Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi

Program SPH

 

 

Page 20: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

1

BAB I

1.1 Pengenalan

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) merupakan sebuah

jabatan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menawarkan

program pendidikan berbentuk teknikal dan kejuruteraan. Program pengkhususan yang

ditawarkan ialah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal),

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Binaan Bangunan) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik

dan Elektronik) (Panduan Akademik, 2010/11).

Program-program di JPTK menerapkan pelbagai kemahiran generik melalui

kursus-kursus yang ditawarkan. Jadual 1.1 menunjukkan sepuluh hasil pembelajaran

daripada program yang ditawarkan yang melibatkan dua aspek utama iaitu pengetahuan

teknikal dan keterampilan dan kemahiran-kemahiran generik.

Page 21: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

2

Jadual 1.1 : Hasil Pembelajaran Program JPTK

Pecahan Hasil Pembelajaran Program Pengetahuan teknikal dan keterampilan

LO1 = Pengetahuan teknologi kemahiran hidup LO2 = Pengetahuan pendidikan LO3 = Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat & multimedia

Kemahiran – kemahiran generik

LO4 = Kemahiran komunikasi LO5 = Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah LO6 = Kemahiran kerja berpasukan LO7 = Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat LO8 = Kemahiran keusahawanan LO9 = Etika dan integriti L010 = Kemahiran kepimpinan dan bersikap proaktif

Petunjuk : LO = Learning Outcome (Hasil Pembelajaran) (Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08)

Berdasarkan Jadual 1.1, didapati kemahiran generik lebih banyak diterapkan iaitu

sebanyak tujuh elemen berbanding dengan tiga elemen bagi aspek pengetahuan teknikal

dan keterampilan. Malah, kursus yang ditawarkan dalam program JPTK telah

menyumbang kepada kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan serta

kemahiran-kemahiran generik seperti yang telah disenaraikan di dalam Jadual 1.1.

Antara kursus-kursus JPTK yang menekankan kemahiran pengetahuan teknikal dan

keterampilan serta kemahiran-kemahiran generik adalah seperti yang telah dilampirkan

pada bahagian lampiran (rujuk Lampiran F, Lampiran G dan Lampiran H).

Jadual 1.2 menunjukkan penerapan kemahiran pengetahuan teknikal dan

keterampilan serta kemahiran generik dalam pemetaan hasil pembelajaran kursus Asas

Rekacipta bagi program SPJ, SPE dan SPH. Elemen kemahiran generik ini sangat perlu

dan dinilai melalui ujian, kuiz, tugasan, pembentangan, persembahan projek-projek di

dalam kursus Asas Rekacipta bagi program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Page 22: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

3

Jadual 1.2 : Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal dan Keterampilan serta Kemahiran-Kemahiran Generik dalam Pemetaan

Hasil Pembelajaran Kursus Asas Rekacipta bagi Program SPJ, SPE dan SPH

Program Kursus Hasil Pembelajaran L01 L02 L03 L04 L05 L06 L07 L08 L09 L10

SPJ (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kejuruteraan Mekanikal)

Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2

SPE (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kejuruteraan Elektrik)

Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2

SPH (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kemahiran Hidup)

Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2

(Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08)

Petunjuk : 1 = Kemahiran-kemahiran generik sangat perlu dan dinilai melalui ujian, kuiz, tugasan, persembahan projek

2 = Kemahiran-kemahiran generik hanya diterap

a = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan paling banyak dinilai dan diterap

b = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan sederhana dinilai dan diterap

c = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan paling sedikit dinilai dan diterap

3

Page 23: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

4

Pembelajaran dalam setiap program pengkhususan di JPTK melibatkan proses

mengingat dan praktikal. Berbekalkan pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi

dapat membantu seseorang pelajar itu mengingat maklumat yang dipelajarinya dengan

baik. Mereka perlu mengenalpasti matlamat pembelajaran dan berusaha untuk

mencapainya bagi mewujudkan keberkesanan yang tinggi dalam pembelajaran (Khalid,

2006).

Keberkesanan yang tinggi dalam proses pembelajaran ini pula melibatkan

keupayaan seseorang pelajar itu berfikir. Keupayaan berfikir melibatkan teori

pembelajaran kognitif. Pada asasnya teori pembelajaran secara kognitif ini

menitikberatkan pencetusan idea daripada maklumat dan pengalaman serta bagaimana

seseorang pelajar dapat mengaplikasikan antara maklumat baru dengan yang telah sedia

ada bagi meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran (Krause ,Dawn,K.L,

2007).

Masalah tidak dapat dipisahkan daripada berlaku dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Cara pemikiran yang baik dan cara menghujah yang tersusun serta ilmu

pengetahuan yang lengkap mengenai sesuatu masalah mempengaruhi proses

penyelesaian masalah dalam pembelajaran (Khalid, 2006).

Pelajar yang menghadapi masalah dalam kursus Asas Rekacipta perlu berfikir

dengan teliti dan sistematik bagi mendapatkan jalan penyelesaian ke atas masalah yang

dihadapi di dalam kursus tersebut.

Page 24: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Jadual 1.3 menunjukkan agihan kursus mengikut semester. Pembelajaran kursus

Asas Rekacipta telah ditawarkan kepada program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup). Kursus Asas Rekacipta ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar pada semester IV.

Kursus Asas Rekacipta lebih mendedahkan pelajar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran kurikulum rekacipta di peringkat sekolah di mana pelajar mempelajari

perkaitan antara proses merekabentuk dengan merekacipta, prinsip dan langkah-langkah

dalam merekabentuk sesuatu produk yang baru (Panduan Akademik UTM, 2010/2011)

Jadual 1.3 : Agihan Kursus Mengikut Semester bagi Program SPJ, SPE dan SPH

Semester Kursus Program IV SPE 2032 (Asas Rekacipta) SPJ

SPE SPH

(Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08) Petunjuk :

SPJ = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (KejuruteraanMekanikal)

SPE = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Kursus-kursus lain dalam Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan juga telah

menerapkan elemen inovasi. Elemen inovasi yang diterapkan ini telah disepadukan

dalam kursus Asas Rekacipta. Namun demikian, peratusan bilangan pelajar yang

memperolehi gred A+ dan A adalah kecil walaupun pelajar-pelajar telah diberikan

pendedahan (Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM).

Page 25: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

6

Terdapat lima langkah penting yang terlibat dalam proses menyelesaikan sesuatu

masalah iaitu mengenalpasti masalah yang dihadapi, alternatif pilihan yang diambil,

kebaikan dan keburukan alternatif pilihan, penyelesaiannya dan penilaian terhadap

proses menyelesaikan masalah yang dihadapi itu (Chafee,J, 2006). Dapatan kajian

Khalid (2006) menunjukkan manusia menyelesaikan masalah dengan ciri berikut:

(a) ciri permulaan untuk meninjau pentakrifan masalah diambil supaya lebih

jelas.

(b) cara yang lebih menarik dipilih dan diutamakan manakala penyelesaian

secara percubaan dan kesilapan digunakan sekiranya kaedah yang dilakukan

tidak berjaya.

(c) pengetahuan komponen penyelesaian digabungkan ke dalam cara yang

dikehendaki oleh masalah.

(d) rumusan yang tepat dibuat setelah proses penyelesaian diperolehi bertujuan

supaya ianya mudah difahami dengan sepenuhnya.

Pengaplikasian kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dalam diri

seseorang pelajar seharusnya dapat dipraktikkan kerana kursus Asas Rekacipta tersebut

telah diajar pada semester empat. Pelbagai topik isi pelajaran yang dipelajari dalam

kursus ini mengikut turutan mingguan dalam satu semester. (rujuk Jadual 1.4).

Page 26: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

7

Jadual 1.4 : Jadual Perancangan Topik Isi Pelajaran bagi Kursus Asas Rekacipta

Minggu Topik 1 Pengenalan Asas Rekacipta 2 Metodologi & Proses Rekacipta

- Mengenalpasti keperluan - Mengkaji masalah - Mengeluarkan idea untuk menyelesaikan masalah - Mengumpulkan maklumat

3 Metodologi & Proses Rekacipta - Kepekaan rekabentuk - Elemen rekabentuk - Prinsip rekabentuk

4 Metodologi & Proses Rekacipta - Ergonomik - Estetika

5 Metodologi & Proses Rekacipta - Lukisan kerja

6 Metodologi & Proses Rekacipta - Bahan yang digunakan - Penulisan buku idea

7-8 Metodologi & Proses Rekacipta - Pembinaan model

9 Strategi pemasaran dan promosi 10 Kemahiran persembahan projek 11-12 Persediaan persembahan akhir

(Sumber : Perancangan Pengajaran Asas Rekacipta, Fakulti Pendidikan, UTM)

Jadual 1.4 pula menunjukkan kepelbagaian topik perancangan mengikut turutan

mingguan dalam satu semester yang telah dipelajari oleh pelajar JPTK UTM. Topik

yang telah dirancangkan bagi kursus ini telah membantu seseorang pelajar menggunakan

idea fikiran yang bernas dalam menghasilkan model rekacipta untuk dipersembahkan

pada akhir semester. Sebanyak 12 minggu diperuntukkan untuk topik-topik yang

dirancangkan kepada pelajar dan ianya sangat berkaitan. Pelajar mempelajari

pengenalan Asas Rekacipta, metodologi dan proses Rekacipta terlebih dahulu sebelum

menterjemahkan kefahaman yang telah dipelajari dalam bentuk lukisan kerja, buku idea

dan pembinaan projek. Malah, keberkesanan perancangan topik-topik yang telah

dipelajari dalam proses pembelajaran kursus Asas Rekacipta ini dapat diukur melalui

keputusan peperiksaan para pelajar. Ini dibuktikan dengan tahap pencapaian peperiksaan

pelajar-pelajar kursus Asas Rekacipta yang kurang memberangsangkan.

Page 27: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

8

Namun demikian, statistik keputusan peperiksaan kursus Asas Rekacipta bagi

pelajar JPTK dari tahun 2005 hingga 2009 (rujuk Jadual 1.5) telah menunjukkan

peratusan pelajar yang mendapat gred A dengan mata nilai 4.00 dalam kursus tersebut

adalah lebih rendah berbanding dengan gred-gred lain. Gred A+ dan A membawa mata

nilai yang sama iaitu 4.00. Berdasarkan Jadual 1.5 pula menunjukkan statistik jumlah

pelajar yang mendapat gred A+ dan A pada sesi 2005/2006 ialah seramai 14 orang, sesi

2006/2007 seramai 96 orang, sesi 2007/2008 pula ialah 33 orang, sesi 2008/2009

seramai 47 orang dan pada sesi 2009/2010 ialah 14 orang. Bilangan pelajar yang

mendapat gred A- pula adalah lebih ramai iaitu 52 orang pada sesi 2005/2006, 134 orang

pada sesi 2006/2007, 67 orang pada sesi 2007/2008, 37 orang pada sesi 2008/2009 dan

40 orang pada sesi 2009/2010.

Jadual 1.5 : Statistik Keputusan Peperiksaan Kursus Asas Rekacipta dari Tahun 2005-

2009

Gred Sesi Akademik/Bilangan Pelajar

2005/20062 2006/20072 2007/20082 2008/20092 2009/20102 A+ 0 0 1 7 0 A 14 96 32 40 14 A- 52 134 67 37 40 B+ 72 89 29 24 28 B 37 16 19 14 8 B- 28 0 6 11 4 C+ 21 0 0 3 1 C 3 0 0 1 0 C- 0 0 0 0 0 D+ 0 1 0 0 0 D 0 0 0 0 0 D- 0 0 0 0 0 TD 0 1 0 0 0

Jumlah 227 337 154 137 95

(Sumber : Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM)

Page 28: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

9

Sekiranya pengaplikasian kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan

masalah di kalangan pelajar tidak boleh diterapkan dalam kursus Asas Rekacipta, maka

pelajar-pelajar ini tidak dapat melangkah jauh dalam aspek kemahiran tersebut di mana

ianya dapat menjejaskan proses pembelajaran pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada statistik keputusan peperiksaan bagi kursus Asas Rekacipta

daripada tahun 2005 hingga 2009 (rujuk Jadual 1.5) telah menunjukkan pencapaian gred

A+ dan A dengan mata nilai 4.00 dalam kalangan pelajar JPTK di UTM masih rendah

walaupun kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah telah diajar dalam

pembelajaran kursus tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

hubungan pembolehubah yang dikaji iaitu kemahiran berfikir dalam pencetusan idea,

kemahiran berfikir dalam menghasilkan projek kreatif dan juga kemahiran

menyelesaikan masalah dalam menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam

kalangan pelajar JPTK di UTM.  Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai, Johor Bharu dan

ianya tertumpu kepada pelajar-pelajar JPTK di Fakulti Pendidikan sahaja. Sampel kajian

ini melibatkan pelajar tahun dua dan tahun empat yang telah mempelajari kursus Asas

Rekacipta.

 

 

 

 

 

Page 29: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

10

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi kemahiran

berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kursus Asas Rekacipta di UTM. Berikut

merupakan objektif dalam kajian ini iaitu :

a) mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dalam pencetusan idea bagi

kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar JPTK di UTM

b) mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dalam menghasilkan hasil

projek kreatif bagi kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar

JPTK di UTM

c) mengenalpasti aplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dalam

menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-

pelajar JPTK di UTM

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini telah dikenalpasti dan dibahagikan kepada

beberapa aspek iaitu :

a) apakah tahap aplikasi kemahiran berfikir dalam pencetusan idea bagi

kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar JPTK di UTM?

b) apakah tahap aplikasi kemahiran berfikir dalam menghasilkan hasil

projek kreatif bagi kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar

JPTK di UTM?

Page 30: NOR FARHANA BINTI HASSAN · Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi ... Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud, Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,

11

c) apakah tahap aplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dalam

menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-

pelajar JPTK di UTM?