penyata rasmi parlimen dewan negara · nik nor ashikin binti nik hassan hafilah binti hamid siti...

96
Bil. 3 Rabu 28 Mei 2008 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 15-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

Bil. 3 Rabu 28 Mei 2008

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah
Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2008

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin (Halaman 23) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 60)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah
Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid

Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik)

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. Wong Foon Meng, D.P.M.T. (Dilantik)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

4. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

5. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

6. “ Datuk Amirsham A. Aziz (Dilantik) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

8. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

9. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

10. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik)

11. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik)

12. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak)

13. “ Dato’ Gooi Hoe Hin (P. Pinang)

14. “ Puan Heng Seai Kie (Perak)

15. “ Tuan Ir. Hiang A Li (Pahang)

16. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

17. “ Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak (Selangor)

18. “ Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh (Dilantik)

19. “ Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin (Dilantik)

20. “ Dato’ Kamarudin bin Ambok (Dilantik)

21. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

22. “ Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam (Dilantik)

23. “ Tuan Lee Chee Keong (Negeri Sembilan)

24. “ Dato’ Lee Sing Chooi (W. Persekutuan KL)

25. “ Puan GK Loga Chitra (Dilantik)

26. “ Tuan Maijol bin Mahap (Sabah)

27. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

28. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

29. “ Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

30. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

31. “ Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib (Dilantik) – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

32. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

33. “ Tuan Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

34. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

ii DN.28.5.2008

35. Yang Berhormat Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie (Terengganu)

36. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

37. “ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang)

38. “ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik)

39. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

40. “ Tuan Rawisandran a/l Narayanan (Dilantik)

41. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W. Persekutuan KL)

42. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

43. “ Datuk Soon Tian Szu (Melaka)

44. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

45. “ Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin (Negeri Sembilan)

46. “ Tuan Haji Shamsudin bin Mehat (Dilantik)

47. “ Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Dilantik)

48. “ Datuk Sim Kheng Hui (Dilantik)

49. “ Dato’ Hajah Siti Rokiah binti Haji Mohd. Zabidin (Pahang)

50. “ Puan Siw Chun a/p Eam (Perlis)

51. “ Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik)

52. “ Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam (Dilantik)

53. “ Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (Terengganu) – Timbalan Menteri Dalam Negeri

54. “ Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor (Dilantik)

55. “ Dato’ Wan Nordin bin Che Murat (Perlis)

56. “ Puan Hajah Wan Ramlah binti Ahmad (Dilantik)

57. “ Dato’ Wong Siong Hwee (Dilantik)

58. “ Dato’ Yip Kum Fook (Selangor)

59. “ Datuk Zaid bin Ibrahim (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

60. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 iii

DEWAN NEGARA

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Ikmalrudin bin Ishak

PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak Hajah Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Haji Amran

Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fahkri

Nur Hidayah binti Janudin Nooruanizam binti Nasir

Siti Khadijah binti Md Nor Hafizah binti Abu Samah

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah
Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 28 Mei 2008

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah-langkah khusus yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk mewajibkan penyertaan Government Link Companies atau GLCs, dalam pembasmian kemiskinan dan pengurangan kadar pengangguran siswazah-siswazah Melayu di negara ini. Sila nyatakan keberkesanan langkah-langkah tersebut dalam konteks isu semasa.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, syarikat-syarikat GLCs diwujudkan untuk terlibat dalam bidang-bidang kritikal dan strategik seperti penerbangan, pelabuhan, lebuh raya, kereta api, utiliti-utiliti dan sebagainya.

Kebanyakan GLCs juga merupakan syarikat-syarikat tersenarai di BSKL. Seperti korporat-korporat biasa, GLCs juga perlu mencapai dan memenuhi KPI masing-masing untuk menjamin keyakinan dan kepercayaan pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur. Oleh itu GLCs perlu sentiasa membangun, mencapai kemajuan dan pada masa yang sama memenuhi tujuan dan objektif atas penubuhan masing-masing. Pada masa yang sama, seperti semua syarikat tersenarai, GLCs juga perlu menzahirkan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat atau CSR.

Aktiviti CSR ini antara lainnya terdiri daripada sumbangan syarikat dalam bidang pendidikan, bantuan kemanusiaan, pembasmian kemiskinan dan lain-lain lagi. Selain itu, bagi memastikan penyertaan GLCs dalam aktiviti CSR, program transformasi GLCs yang dilancarkan pada Mei 2004 telah menjadikan CSR sebagai salah satu indeks prestasi utama KPI yang mewajibkan pelaksanaannya oleh semua GLCs tersenarai.

Bagi memastikan CSR terus menjadi agenda penting GLCs, Buku Perak atau Silver Book telah diterbitkan pada September 2006. Buku Perak tersebut merupakan garis panduan kepada GLCs untuk memastikan pemberian sumbangan secara bertanggungjawab kepada masyarakat, dan dalam masa yang sama mendapatkan kesan pelaburan yang positif.

Beberapa contoh CSR yang telah dijalankan oleh GLCs yang tertumpu pada usaha pembasmian kemiskinan adalah pembinaan rumah untuk golongan fakir miskin di Kelantan, Terengganu, Kedah, Melaka oleh Affin Berhad. Di samping itu, contoh penglibatan GLCs di dalam aktiviti CSR yang tertumpu kepada usaha mengatasi masalah siswazah menganggur adalah Program Peningkatan Keupayaan Pekerjaan Graduan atau GREEN, yang dikelolakan oleh Khazanah Nasional Berhad dan Program Young Executive Scheme atau YES yang dikelolakan oleh UEM 2.

Sejak diperkenalkan Program GREEN telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan. Sebanyak 86% peserta telah memperoleh pekerjaan di syarikat-syarikat GLCs dan syarikat-syarikat lain pada akhir program, dan 14 telah menarik diri atas alasan melanjutkan pengajian atau melaksanakan rancangan peribadi termasuk berniaga. Selain itu, Program YES kendalian UEM 2 juga turut membantu usaha mengurangkan jumlah graduan menganggur apabila graduan yang mengikuti program ini telah berjaya memperoleh pekerjaan selepas penamatan program tersebut.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

2 DN.28.5.2008

Kerajaan dari semasa ke semasa akan sentiasa mengkaji inisiatif dan langkah

yang boleh diambil untuk terus menggalakkan penglibatan syarikat swasta termasuk GLCs di dalam penganjuran aktiviti CSR demi faedah dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua: Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn, selepas itu Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir dan Datuk Soon Tian Szu.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada pertanyaan lisan Dewan Rakyat pada 21 Mei 2008 yang lepas kepada Menteri Sumber Manusia oleh Tuan Loke Siew Fook, di mana antara lain jawapan kementerian setakat hari ini 15 Mei 2008 menunjukkan seramai 74,715 penganggur berketurunan Melayu dan dari jumlah tersebut, seramai 40,000 adalah siswazah.

Saya ingin tahu dalam jangka masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah pengangguran siswazah ini, adakah fenomena siswazah menganggur ini menunjukkan sektor swasta mengamalkan diskriminasi melalui VSS.

Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat masalah VSS itu bukan satu perkara yang diamalkan oleh GLCs. Sebenarnya GLCs banyak berusaha untuk memberi biasiswa untuk menjamin pekerjaan di antara golongan pemuda kita seperti GLIC ataupun Government-Link Investment Company seperti LTAT, EPF, Tabung Haji, Khazanah, PNB dan sebagainya dan termasuk juga anak-anak syarikat mereka telah pun banyak berusaha untuk menangani masalah siswazah-siswazah menganggur di negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

■1010

Dato’ Musa Haji Syeikh Fadzir: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya dari segi kebajikan, berapakah peratusan keuntungan daripada syarikat GLC ini yang dicurahkan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan pada masyarakat atau rakyat di Malaysia ini dan apakah benar syarikat-syarikat GLC ini hanya mementingkan untuk menjalankan aktiviti di kawasan-kawasan yang ada kita kata pihak-pihak yang kenamaan sahaja. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya CSI yang dijalankan oleh GLC semua adalah di bawah garis panduan silver book yang saya kata tadi tetapi apakah jenis CSI yang GLC buat adalah terpulang kepada GLC-GLC masing-masing.

Jadi, pada keseluruhannya jumlah perbelanjaan GLC dalam CSR dalam tahun 2007 sahaja dari dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan adalah sebanyak lebih kurang RM250 juta, pemulihan alam sekitar adalah RM135 juta, kebajikan kakitangan RM80 juta, aktiviti kemasyarakatan dan juga seperti pembasmian kemiskinan jumlah lebih dari RM80 juta. Jadi adakah mereka tertumpu kepada kawasan yang tertentu ataupun kepada sektor-sektor yang mereka memilih ini adalah terpulang kepada GLC masing-masing dan ikut kepentingan semasa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Soon Tian Szu.

Datuk Soon Tian Szu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah dengan GLC-GLC kita yang terlibat dalam sektor perubatan seperti kumpulan Hospital Pantai Berhad, Hospital Pakar J. Corp., adakah kerajaan bercadang mengarahkan hospital-hospital milik GLC-GLC menerima sebanyak tertentu pesakit daripada hospital kerajaan ataupun membenarkan pesara-pesara kerajaan menggunakan hospital-hospital ini sebagai satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat GLC-GLC kita. Apa pendapat dari pihak kementerian, terima kasih.

Dato’ Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa yang saya kata tadi, semua GLC dan juga anak syarikat mereka merupakan korporat yang bertanggungjawab. Mereka juga ada KPI-KPI yang tertentu untuk dipenuhi. Saya juga percaya bahawa anak-anak syarikat GLC ini yang mempunyai pelaburan dalam hospital swasta, mereka juga ada CSR masing-masing dan saya percaya antaranya juga adalah untuk menjamin bahawa golongan miskin, golongan pesara dan sebagainya mendapat perubatan dan perkhidmatan yang terbaik.

Namun dalam perkara itu, saya juga harap selain daripada mencapai KPI dari segi pencapaian keuntungan dan sebagainya, hospital-hospital swasta yang dimiliki

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 3

ataupun ada pelaburan dari GLC ini juga boleh membantu untuk menangani masalah-masalah yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

2. Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam minta, menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, cadangan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah projek-projek bangunan terbengkalai atau abandoned buildings, kerana ianya menyakitkan mata dan memburukkan imej bandar raya atau kawasan yang terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum itu, Dewan Negara ingin mengalu-alukan dan menghargai di atas kehadiran Yang Berhormat Menteri-menteri yang datang sini untuk menjawab soalan-soalan... [Tepuk]

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Seri Ong Ka Chuan]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan dari Yang Berhormat Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Kemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan 1966 pada masa ini adalah meliputi projek-projek perumahan sahaja dan tidak meliputi projek-projek komersial seperti bangunan pejabat, kompleks membeli-belah atau pusat-pusat komersial.

Sehubungan itu juga, kementerian bukanlah agensi yang mengambil alih dan menyiapkan mana-mana projek yang terbengkalai. Dalam kes-kes membabitkan projek perumahan terbengkalai pula, KPKT hanya membantu dan berperanan lebih sebagai pemudah cara atau fasilitator seperti menyelaraskan mesyuarat dengan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk mencari kaedah terbaik bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai.

Berhubung dengan masalah abandoned buildings dengan izin, daripada Yang Berhormat, ia berkemungkinan dimaksudkan sebagai:

(i) bangunan komersial yang dimiliki persendirian atau dijual kepada orang awam, ini adalah di luar Akta 118;

(ii) bangunan dia atas tanah persendirian terbiar yang ditinggalkan oleh pemilik juga di luar Akta 118; dan

(iii) sebahagian daripada projek perumahan terbengkalai, ini adalah dalam golongan Akta 118.

Untuk memperkukuhkan dan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan atas pemajuan perumahan oleh KPKT, Akta 118 telah dipinda dan berkuat kuasa pada 12 April 2007. Antara lain adalah seperti kadar penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 118 dinaikkan lima kali ganda. Selain daripada itu, pihak berkuasa tempatan juga boleh mengambil tindakan terhadap tuan punya bangunan yang dibiarkan tanpa penyelenggaraan sehingga dapat menjejaskan keselamatan dan kesihatan jiran atau orang ramai. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam, selepas itu Yang Berhormat Puan Siw Chun.

Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Menteri di atas jawapan beliau.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk khasnya kepada bangunan-bangunan terbengkalai di kawasan bandar, oleh sebab nampaknya masalah ini tidak dapat diselesaikan. Soalannya, bolehkah kerajaan menimbang pindaan undang-undang di mana projek terbengkalai tersebut selepas satu tempoh yang tertentu dapat diambil oleh kerajaan tempatan dan dijual secara lelong awam ataupun public auction dengan izin, kepada pemaju-pemaju yang mampu meneruskan projek itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bangunan-bangunan dan projek-projek terbengkalai ini berlaku sejak Malaysian financial crisis di mana pada 1990-an sehingga sekarang, sebenarnya terdapat 270 projek terbengkalai melibatkan 88,769 unit yang melibatkan juga 60,348 orang pembeli.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

4 DN.28.5.2008

Selepas daripada campur tangan kementerian ini, yang mana sebenarnya dari

segi undang-undang kuasa kita juga adalah terhad. Penglibatan kementerian cuma dari segi pemudah cara, kita aturkan rundingan di antara semua pihak kerana ini adalah satu proses yang cukup rumit kerana ia melibatkan kepentingan berlapis-lapis dari segi institusi kewangan, dari segi tuan punya tanah, pemaju. Maka satu rundingan untuk mendapat persetujuan penyelesaian adalah satu proses yang kompleks dan rumit.

■1020

Walaupun kita telah berjaya menyelamat dan memulihkan sebanyak 23,000 unit rumah, namun sehingga sekarang masih terdapat 43,660 unit rumah yang masih dalam proses pemulihan. Bagi tujuan ini memang kementerian juga berfikir dari segi memperketat undang-undang yang sedia ada. Ini disebabkan Undang-undang Kawalan Bahan telah pun dipinda pada tahun 2007. Namun, masih ada juga pihak-pihak meminta supaya kita memperketat lagi undang-undang ini, akan tetapi kita perlu memikirkan bahawa industri perumahan adalah industri.

Ada orang telah membuat perhitungan sebenarnya iaitu sebuah rumah yang di bina, komponen-komponennya lebih daripada 100 komponen. Dia juga menyara hidup ramai orang. Berpuluh-puluh ribu, mungkin ratusan ribu kerana ia juga mengandungi dari segi bahan binaan, profesional seperti peguam, arkitek, pekerja dan sebagainya. Peluang pekerjaan yang dijanakan cukup banyak. Maka, kita pun perlu berfikir kalau kita memperketat sangat, dia akan bercanggah dengan semangat pasaran bebas sehingga ia boleh menjejaskan nafas industri ini. Kita pun rasa hendak cari satu kaedah yang seimbang di mana sementara kita dapat memelihara kepentingan pembeli rumah, kita juga berharap industri perumahan ini akan maju jaya.

Walau bagaimanapun, kementerian ini sedang dalam proses membuat satu dasar perumahan negara secara menyeluruh supaya kita juga akan memikirkan sama ada kuasa boleh ditambah untuk mengambil alih projek-projek terbengkalai. Seperti kata Yang Berhormat tadi, sebenarnya ini adalah dalam masa ASEAN financial crisis, maka itu satu mekanisme tanda harga perlu diwujudkan di mana ia mempunyai kuasa yang besar untuk mengambil alih semua projek-projek terbengkalai.

Namun, sebaik sahaja selepas ASEAN financial crisis, mekanisme atau kaedah ini tidak akan dipakai lagi. Kita sedang mengkaji supaya diwujudkan suatu yang dinamakan special purpose vehicle untuk mengambil alih, sekiranya terdapat projek yang terbengkalai. Ini masih dalam kajian kita.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Siw Chun.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya. Adakah kementerian bercadang meminda Akta Pemaju Perumahan dengan mewajibkan semua pemaju melaksanakan konsep bina dan jual bagi menangani masalah projek terbengkalai, yang mendatangkan masalah kepada pembeli selama ini dan boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pembeli iaitu terpaksa membayar ansuran rumah, tetapi rumah tidak siap. Dalam masa yang sama, sewa rumah pun kena bayar juga. Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Tuan Yang di-Pertua. Memang ini satu konsep yang sedang dikaji oleh kementerian ini. Baru-baru ini kita kemukakan satu konsep lebih kurang build and sell iaitu 10:90 di mana pembeli bayar 10% dari segi wang cagaran untuk membeli sebuah rumah. Kemudian, baki 90% akan dibayar sebaik sahaja rumah itu siap dibina. Namun, walaupun kaedah ini satu kaedah yang baik dari segi jangka panjang tetapi buat masa sekarang kita dalam peringkat percubaan sahaja.

Konsep 10:90 atau build and sell concept ini akan memerlukan pemilikan kewangan yang kukuh. Maka itu, kita bimbang mungkin ada pemaju-pemaju yang lebih kecil, mereka tidak dapat hidup dalam keadaan yang sedemikian. Sekarang ada pemaju-pemaju yang besar dan mereka dalam peringkat melakukan 10:90 ini, di mana kementerian akan memberi ganjaran-ganjaran supaya mereka boleh melakukannya. Kita juga tidak melaksanakan undang-undang ini secara wajib keseluruhannya kerana kita rasa mungkin akan memerlukan masa untuk pemaju-pemaju menyesuaikan dengan kaedah yang sedemikian.

Jadi, mungkin dalam jangka masa panjang kita akan membuat dari segi sudut supaya siap sahaja dibina, barulah pembeli mula membuat bayaran kepada pemaju yang berkenaan. Perkara ini masih dalam peringkat kajian kita sekarang.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 5

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Hajah

Samsiah binti Samsudin.

3. Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) apakah benar kementerian sudah membuat keputusan bahawa tidak menghantar angkasawan kedua negara, Dr. Faiz Khaleed ke angkasa lepas; dan

(b) walaupun Program Angkasawan ini melibatkan perbelanjaan yang besar, ia lebih merupakan satu bentuk pelaburan negara dalam bidang R&D. Apakah kementerian tidak menyedari manfaat yang akan diperoleh menerusi hasil penyelidikan yang dijalankan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Haji Fadillah bin Yusof]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mohon izin untuk menjawab soalan ini serentak dengan soalan daripada Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman, bertarikh 2 Jun sebab ianya melibatkan perkara yang berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(a) Pada dasarnya kerajaan telah pun bersetuju untuk meneruskan Program Angkasawan ini. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk pada peruntukan yang ada dan juga perincian berkaitan program selanjutnya. Antara perincian program adalah:

(i) misi program yang perlu penekanan yang lebih kepada impak ekonomi;

(ii) cadangan kerjasama pelaksanaan mesti dengan agensi-agensi Antarabangsa seperti RosCosmo, Rusia dan juga NASA, Amerika Syarikat; dan

(iii) gabungan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti European Space Agency (ESA) ataupun Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).

Ini juga melibatkan tempoh pelaksanaan misi yang lebih panjang dan tarikh misi program akan datang. Perincian ini yang sedang dalam penelitian kerajaan akan menentukan pula kos misi tersebut nanti.

Di samping itu, pihak kementerian sedang menjalankan kajian Cost Benefit Analysis dengan izin, bagi mengkaji pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan dan keberkesanan Program Angkasawan Negara. Kajian ini yang dijangka akan selesai dalam tempoh yang terdekat juga akan diambil kira oleh kerajaan di dalam membuat keputusan terhadap penerusan program ini.

Keputusan ini juga akan mengambil kira pandangan umum termasuk pandangan daripada golongan saintis tempatan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia. Oleh yang demikian, adalah tidak benar bahawa kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk tidak menghantar Mejar Faiz Khaled di dalam Program Angkasawan Kedua.

Untuk bahagian (b), jawapannya ialah,

(b) Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menyedari sejak awal lagi manfaat yang akan diperoleh

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

6 DN.28.5.2008

menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh Angkasawan Negara.

Kerajaan melihat penghantaran angkasawan ke ISS semata-mata tanpa melakukan misi lain yang bermanfaat adalah mensia-siakan satu peluang yang amat berharga.

Untuk itu pihak kerajaan telah mengisi misi tersebut dengan beberapa kandungan penting seperti penyelidikan saintifik, aktiviti pendidikan dan beberapa uji kaji lain yang akan dilakukan oleh angkasawan di ISS.

Ternyata dari analisa awal yang telah dilakukan semua kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Di samping itu, sekurang-kurangnya satu teknologi spin-of dengan izin, akan dikomersialkan. Satu seminar dirancang untuk diadakan pada bulan Ogos tahun ini bagi membentangkan hasil analisa penyelidikan tersebut kepada umum.

Angkasawan Negara juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau telah diminta untuk melaksanakan beberapa penyelidikan saintifik oleh Agensi Angkasa Antarabangsa seperti European Space Agency dan juga Japan Aerospace Exploration Agency.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Hajah Samsiah

Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian sedar bahawa ramai di antara murid-murid sekolah walaupun masih di sekolah rendah lagi, walaupun sekolah jauh di pedalaman, sudah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai angkasawan melalui program ini dan menjadikan Sheikh Muzzafar sebagai idola mereka menggantikan Mawi world. Tidakkah program ini memudahkan pembangunan modal insan atau sekurang-kurangnya memperkayakan lagi perbendaharaan kata dalam ruang lingkup anak-anak sekolah dan mungkin kewangan sudah jatuh di tempat kedua. Terima kasih.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sedar sebenarnya salah satu benefit yang tidak nampak, yang tidak dapat kita nilaikan dalam bentuk kewangan ialah manfaat yang telah dibawa oleh angkasawan hasil daripada Program Angkasawan yang kita laksanakan itu.

Program kesedaran yang berterusan selama ini kita jalankan adalah untuk membangkitkan kesedaran betapa pentingnya sains dan teknologi dikuasai oleh generasi kita pada masa akan datang supaya generasi ini akan dapat mampu duduk bersaing dengan kedudukan global sekarang ini.

■1030

Dari sebab itu, kita memang melihat salah satu kajian yang dibuat sebenarnya ialah berkaitan dengan satu, kedudukan yang dapat diukur dengan mata wang. Satu lagi yang tidak dapat diukur iaitu benefit yang tidak dapat diukur dengan mata wang. Sebab itu sebenarnya di peringkat kementerian, antara cost benefit analysis yang kita telah melantik konsultan dengan izin, yang bebas iaitu CENTEPIS yang diketuai oleh Doktor Azmi Hassan daripada UTM dan juga ‘Inspires Strategies Sdn. Bhd.’ yang juga sebelum ini terlibat dengan kajian angkasa negara untuk membuat penilaian cost benefit analysis ini.

Kita, insya-Allah hujung minggu ini kita akan mendapat laporan muktamad daripada mereka untuk memberi nasihat kepada kementerian apakah arah tuju seterusnya. Bagaimana kita nak menjalankan program yang kedua ini, sebab kita sedar memang manfaat yang besar kepada negara kita terutama kepada generasi.

Pada masa sama kita kena menilai dengan keadaan kedudukan dunia sekarang, kedudukan negara kita dengan krisis ekonomi, krisis minyak, krisis makanan dan sebagainya untuk meletakkan prioriti; bagaimana kita nak menimbangkan keperluan yang ada pada masa ini untuk kita membawa negara kita dalam bidang sains dan teknologi ini. Pada masa yang sama melihat kepada kemampuan dan juga apakah

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 7

pandangan-pandangan saintis ini, penyelidik-penyelidik dan juga daripada cost benefit ini nanti, kita akan dapat pandangan yang bebas daripada badan-badan yang dapat memberi kita nasihat yang sebaiknya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ir. Wong Foon Meng]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Haji Idris bin Haji Buang.

Dato' Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan lawatan rombongan Barisan Nasional, PBB cawangan Batu Lintang dari Sarawak... [Tepuk]

4. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta Menteri Pelancongan menyatakan, apakah kejayaan yang telah dicapai oleh negara di dalam mempromosi konsep, Malaysia My Second Home, kepada rakyat luar negara.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sebab ini adalah kali pertama saya menjawab dan ada hadir orang dari Sarawak dari Parti PBB.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ir. Wong Foon Meng]: Yang bertanya dari Sarawak, menjawab pun dari Sarawak, disaksikan oleh saksi Sarawak... [Ketawa] Silakan Yang Berhormat.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Ini adalah kali pertama saya menjawab sebagai Ahli Parlimen. Sejak program, Malaysia My Second Home dilancarkan pada tahun 2002 hingga April 2008, Malaysia telah berjaya menarik seramai 10,739 orang berbanding seramai 828 orang peserta dari tahun 1996 hingga 2001 di bawah Silver Hair Program. Penyertaan tertinggi program ini adalah daripada Negeri China, Bangladesh, United Kingdom, Jepun dan Taiwan. Sejak penubuhan pusat Malaysia Rumah Kedua di Kementerian Pelancongan pada bulan Mei 2006, kementerian telah berjaya menggubah komposit penyertaan tertinggi daripada negara-negara sasaran melalui program-program promosi yang dilaksanakan oleh Tourism Malaysia

Pada tahun 2007, jumlah penyertaan adalah seramai 1,503 dan penyertaan tertinggi adalah dari negara United Kingdom sebanyak 240, Jepun seramai 198 dan dari Korea Selatan sebanyak 152. Berdasarkan kepada Fifth Annual Global Retirement Index, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua yang disediakan oleh Majalah International Living, dengan izin, Malaysia kini muncul sebagai negara pilihan pertama di Rantau Asia dan negara yang ketujuh di dunia untuk dijadikan tempat persaraan bagi warganegara asing iaitu setaraf dengan negara-negara Sepanyol dan Afrika Selatan di dunia. Longer Stay Foundation of Japan dengan izin, melalui kajian yang dilaksanakan di atas warga Jepun pada tahun 2007 juga mencatatkan Malaysia sebagai destinasi pertama berbanding negara-negara lain bagi tujuan persaraan.

Penyertaan peserta program MM2H juga memberi impak kepada sektor perumahan, perbankan, pendidikan dan perubatan selain daripada perbelanjaan harian mereka sekurang-kurangnya RM7,000 hingga RM10,000 sebulan sepanjang tinggal di Malaysia di bawah program ini. Jumlah nilai pemilikan hartanah oleh peserta MM2H pada tahun 2007 adalah sebanyak RM43.81 juta dan RM43.92 juta pada tahun 2008 sehingga bulan Mei. Jadi jumlah pemilikan hartanah sejak tahun 2004 hingga Mei 2008 sebanyak RM147.67 juta. Sementara itu statistik pembelian kereta persendirian oleh peserta yang dicatatkan oleh Kementerian Kewangan ialah sebanyak 316 buah pada tahun 2006 dan meningkat ke 443 buah pada tahun 2007.

Kebanyakan jenis kereta yang dibeli oleh peserta merupakan kereta mewah termasuk kereta yang di assemble di Malaysia dengan izin. Peserta di bawah program ini perlu mendepositkan sejumlah wang ke dalam sistem perbankan Malaysia bergantung kepada had umur mereka.

Bagi mereka yang berumur 50 tahun ke bawah, peserta perlu menyimpan simpanan tetap sebanyak RM300,000 dan RM150,000 bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Sejumlah wang simpanan ini boleh dikeluarkan pada tahun kedua dan RM60,000 kekal di dalam simpanan bagi tujuan pembelian rumah, pendidikan anak-anak di negara ini dan perbelanjaan perubatan peserta di Malaysia.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

8 DN.28.5.2008

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ir. Wong Foon Meng]: Yang Berhormat

Dato' Haji Idris bin Haji Buang.

Dato' Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan begitu lengkap tetapi saya hanya ingin bertanya sedikit.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah langkah-langkah kerajaan atau dasar kerajaan untuk menarik ahli-ahli profesional daripada negara itu masuk dalam program ini seperti ahli-ahli perubatan, ahli-ahli arkitek dan engineer dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Terima kasih Yang Berhormat. Kami telah mengadakan banyak seminar kepada warganegara lain di negara-negara yang terutamanya yang banyak mempunyai profesional-profesional yang ingin keluar ke negara lain terutamanya untuk Malaysia untuk mereka datang ke sini. Seminar-seminar ini kalau diikut begitu banyak dan kita ada juga seminar seperti Seminar Elit untuk profesional-profesional di negara lain, terutama sekali kami bekerjasama kementerian-kementerian lain untuk menggalakkan profesional-profesional di luar negara datang bekerja di Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ir. Wong Foon Meng]: Yang Berhormat Tuan Maijol bin Mahap.

Tuan Maijol bin Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, adakah pihak kementerian setakat ini berpuas hati dengan promosi yang dibuat oleh kementerian terhadap program Malaysia My Second Home ini dan juga yang kedua apakah halangan-halangan ataupun masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh orang-orang yang ingin menetap di Malaysia ini melalui program ini. Terima kasih.

■1040

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Terima kasih. Kementerian memang puas hati dengan angka-angka yang saya telah beritahu tadi. Setelah program ini dimajukan dan selepas The Silver Hair Programe, lebih ramai lagi peserta yang datang untuk menginap di Malaysia.

Bagi soalan yang kedua, masalah-masalah yang sering berlaku pada masa dahulu adalah taraf peserta-peserta yang datang seperti orang yang tidak ada duit yang cukup untuk datang ke Malaysia menjadi problem, dengan izin seperti orang-orang yang tidak ada taraf kemampuan mereka untuk datang menerusi program ini secara langkah jangka masa panjang. Jadi, kami lebih memberi fokus kepada orang-orang yang berkemampuan tinggi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kementerian memantau dan tindakan yang telah diambil terhadap agen-agen yang mengenakan proses permohonan yang begitu tinggi dan menggunakan wanita-wanita cantik dari negeri China dengan gelaran, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, little dragon lady. Terima kasih... [Ketawa]

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masalah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga masalah di seluruh dunia. Kita masih lagi meneliti cara-cara untuk membawa orang dari negeri China yang bertaraf tinggi, yang susahnya kadang-kadang little dragon lady ini kalau datang ke Malaysia, ejen-ejen mereka yang telah memasukkan duit ke bank untuk mencukupkannya tetapi kami masih meneliti latar belakang orang-orang yang izin masuk ke Malaysia dalam program ini. Jadi, kita tidak akan begitu mudah memberi orang-orang yang tidak berkemampuan tinggi ataupun orang yang tidak ada history, dengan izin, dalam pekerjaan di negara mereka sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk little dragon lady tadi ada satu soalan iaitu soalan nombor 7, yang akan dijawab oleh Menteri Dalam Negeri.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 9

5. Tuan Lee Chee Keong minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah Muslimin berbangsa Cina setakat ini dan apakah bentuk bantuan telah diberi kepada mereka untuk mengurangkan sensitiviti keagamaan di kalangan mereka ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui JAKIM telah memperoleh data bilangan saudara Muslimin berbangsa Cina sehingga kini berjumlah seramai 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sentiasa berusaha menjalankan kerja-kerja dakwah seperti mengadakan kursus pemantapan akidah dan memberi pelbagai bantuan yang dapat diberikan kepada saudara Muslimin berbangsa Cina.

Antara bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada golongan ini ialah bantuan dalam bentuk kelas-kelas pengajian agama, bantuan program mendekati keluarga yang bukan Islam, perbincangan dan dialog bersama saudara baru selain bantuan berbentuk galakan melalui asnaf mualaf seperti bantuan pendidikan, bantuan asas perniagaan, bantuan pertanian, bantuan perlindungan tempat tinggal dan kewangan bulanan selain daripada bantuan untuk mereka yang ingin berkahwin dan ingin berkhatan. Terima kasih.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini kita telah meluluskan satu undang-undang baru iaitu saudara-saudara baru kita ini diwajibkan untuk memaklumkan agama baru mereka kepada keluarga - ada satu cadangan seperti itu. Jadi, apakah kesan positif dan negatifnya pada pendapat kementerian. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang diluluskan ini bukanlah satu undang-undang tetapi ia merupakan cadangan untuk tidak menimbulkan masalah apabila saudara baru ini meninggal dunia dan sebagainya. Mungkin akan timbul perebutan jenazah dan sebagainya lalu dicadangkan supaya mereka yang memeluk agama Islam ini memaklumkan kepada keluarga mereka. Walau bagaimanapun, dalam muzakarah fatwa baru-baru ini diputuskan bahawa demi kepentingan dan maslahat mereka, maka tidak menjadikan ia sebagai syarat kepada orang yang memeluk agama Islam ini untuk memaklumkan kepada keluarga tetapi digalakkan untuk berbuat demikian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Mumtaz dan kemudian Dato’ Haji Abdul Rashid.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menimbang semula permohonan daripada kaum Muslimin berbangsa Cina untuk membina Masjid Cina sebagaimana wujudnya Masjid India di Kuala Lumpur dan adakah kerajaan akan membenarkan khutbah dalam bahasa Cina untuk dibacakan dalam masjid ini.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat menanyakan soalan. Sebenarnya Yang Berhormat, kita dalam masyarakat majmuk ini tidak perlu mewujudkan satu masjid yang khusus untuk bangsa tertentu kerana di negara Malaysia ini mereka yang berbangsa Cina juga memahami bahasa Melayu. Jadi tidak timbul masalah untuk mereka ini tidak faham tentang khutbah yang dijalankan di negara kita di dalam bahasa Melayu. Berbeza dengan Masjid India, ia merupakan sebuah masjid yang telah lama wujud dan telah sekian lama dijalankan khutbah ini di dalam bahasa mereka. Jadi, saya rasa kerajaan tidak perlu menimbangkan tentang permohonan. Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya telah banyak pertolongan secara umum ini diberikan kepada saudara-saudara baru tetapi, secara khususnya apakah yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang-orang Cina memeluk agama Islam. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Sebenarnya seperti mana yang disebutkan tadi soalan ini ialah berkenaan dengan bantuan yang diberikan kepada mereka yang telah memeluk agama Islam. Bagi mereka yang belum memeluk agama Islam, secara khususnya memang banyak dakwah yang dijalankan. Ini termasuk melibatkan kepada Orang Asli dan juga masyarakat bukan Islam yang kita buat melalui program ramah mesra.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

10 DN.28.5.2008

Bahkan kalau Yang Berhormat perhatikan kerajaan cukup prihatin untuk

mengadakan program misalnya dalam anugerah yang diadakan setiap tahun, Anugerah Maulidur Rasul. Kita dapati bahawa orang bukan Islam juga mendapat habuan sebagai mereka yang diberikan anugerah sempena Maulidur Rasul. Bahkan kalau sebelum ini kerajaan mengadakan Ibu Mithali, pada tahun ini kerajaan telah mengadakan Ibu Malaysia yang mana dibuka bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Sudah tiga soalan tambahan. Saya cuma membenarkan tiga soalan sahaja, Yang Berhormat. Minta maaf.

6. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, sekiranya ada cadangan kementerian untuk melaksanakan sistem KPI terhadap Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA dan lain-lain agensi di bawah kementerian untuk memastikan sasaran kementerian tercapai.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Mei 2004 kerajaan telah memperkenalkan program mentransformasikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC. Susulan daripada itu kerajaan berpendapat elok sekiranya program tersebut diperkenalkan juga dalam kerajaan. Jadi pada tahun 2004 ia diperkenalkan dalam GLC dan pada bulan April 2005 kerajaan telah mengeluarkan garis panduan bagi mewujudkan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau KPI, dalam kerajaan. Oleh kerana ini merupakan dasar kerajaan maka ia telah diperkenalkan dalam semua kementerian dan jabatan dan Kementerian Pertanian tidak berkecuali daripada mengikuti garis panduan ini.

■1050

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh di mana KPI ataupun petunjuk prestasi utama ini diamalkan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, umpamanya di MADA. MADA mempunyai sasaran untuk menambah keluasan projek padi 10 tan. Pada masa ini kira-kira 30% daripada keluasan MADA melaksanakan projek ini, projek padi 10 tan. Menjelang 2010, peratusan ini meningkat kepada 60%, daripada 30% hingga 60%. Ini merupakan salah satu daripada KPI ataupun petunjuk prestasi utama yang diamalkan oleh MADA.

Satu lagi contoh ialah MARDI. MARDI umpamanya telah menetapkan bahawa menjelang tahun 2010, sekurang-kurangnya 14% daripada jumlah teknologi yang dijananya dikomersialkan, satu peratusan yang tinggi berbanding dengan agensi lain. MARDI juga telah menetapkan supaya ia dapat menjana 138 teknologi baru. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, ia mensasarkan supaya sekurang-kurangnya 650 artikel saintifik dan teknikal diterbitkan. Ini antara KPI yang ditetapkan oleh MARDI.

Contoh ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah FAMA. Sebagai contoh, pada hujung tahun lepas, FAMA mempunyai 256 pasar tani. Menjelang 2010, FAMA mensasarkan 500 pasar tani akan ditubuhkan di seluruh negara. Inilah antara contoh-contoh KPI digunakan di kementerian dan ini semua dilakukan untuk mengukur prestasi supaya kita ada kaedah yang tepat untuk membolehkan kerajaan membuat penilaian sama ada sesebuah agensi berkesan atau mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sejak diperkenalkan di GLC pada bulan Mei 2004, diperkenalkan dalam kerajaan pada bulan April 2005, kita dapati bahawa KPI ataupun petunjuk prestasi utama ini telah banyak membantu kerajaan dalam mengukur kejayaan program-program yang telah dilaksanakan di kementerian dan jabatan. Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri yang sudi menjawab soalan nombor 6, soalan saya. Soalan tambahan saya ialah tidakkah kementerian bercadang untuk menggunakan KPI untuk meneliti sama ada kementerian dapat mewujudkan usahawan-usahawan baru dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran siswazah Melayu yang berjumlah setakat 15 Mei 2008, 40,000. Sekian, terima kasih.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 11

Dato’ Mustapa Mohamed: Masalah pengangguran di negara kita, Tuan Yang

di-Pertua, bukanlah satu masalah yang serius. Kalau melihat secara keseluruhannya, kedudukan terkini ialah 3.2% iaitu kadar pengangguran di peringkat makro tetapi kita mengakui bahawa di kalangan golongan tertentu, termasuklah siswazah, peratusannya lebih daripada angka yang saya sebutkan tadi. Kerajaan memandang serius perkara ini dan langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan masalah pengangguran yang telah pun diumumkan oleh kementerian berkenaan, khusus Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi industri asas tani yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, KPI di kementerian ialah supaya kita melahirkan 10,000 usahawan tani menjelang tahun 2010.

Setakat ini kita telah berjaya melahirkan kira-kira 8,000. Jadi dari segi sasarannya, kira-kira 80% sudah pun tercapai dan untuk mereka terlibat dalam industri asas tani ini, sasaran pendapatan adalah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan. Itu menjadi sasaran kita.

Persoalan Yang Berhormat berkaitan dengan siswazah Melayu yang menganggur, saya ingin memaklumkan di sini bahawa malangnya pada masa ini bilangan siswazah yang terlibat dalam bidang pertanian ini tidaklah ramai sangat. Ada kejayaannya tetapi kita harap akan ditingkatkan lagi. Mengikut angka-angka yang ada pada kami, usahawan siswazah yang mengambil peluang daripada umpamanya skim Bank Pertanian yang hari ini sudah dinamakan Agro Bank bermula sebulan lalu ialah kira-kira 60 orang siswazah yang terlibat dalam program-program yang dianjurkan ataupun yang menerima pinjaman daripada Agro Bank, daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, bilangannya 24 orang dan daripada Jabatan Perikanan ialah 14 orang.

Jadi angkanya kalau dicampurkan tiga agensi tersebut ialah kira-kira 100 orang. Jadi angkanya kecil berbanding dengan angka yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Sekali lagi saya ingin mengulangi bahawa kerajaan memandang serius isu masalah pengangguran di kalangan siswazah dan kita sedang menanganinya dengan mengambil beberapa langkah, tetapi dalam bidang pertanian kita dapati bahawa penyertaan ada yang berjaya dan kita mengalu-alukan lebih ramai lagi terlibat dalam bidang ini. Namun angka yang ada pada kami hari ini tidaklah seberapa dan usaha-usaha lebih gigih akan kita laksanakan untuk memastikan lebih ramai akan terlibat dalam bidang industri asas tani supaya kita sama-sama dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah termasuklah khususnya siswazah Melayu dan bumiputera yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang sendiri jawab soalan berkenaan dengan pertanian mencerminkan tersendirinya betapa penting sektor pertanian. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan satu kementerian yang begitu besar, sama ada selain daripada menetapkan KPI, sebagai seorang menteri baru dua bulan sahaja, cukup dinamik, sama ada akan menyusun semula atau menstrukturkan semula agensi-agensi dan jabatan-jabatan pertanian agar mereka mengamalkan sikap proaktif supaya petani dan pesawah diberi perlindungan dengan tahap yang tinggi. Terima kasih.

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pertanian merupakan satu agenda besar negara. Pertanian dan industri asas tani merupakan keutamaan yang diberikan oleh pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada hari ini dan sektor pertanian ini bukan sahaja di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ia juga di bawah bidang tanggungjawab kekanda saya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terlibat dalam pertanian, juga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – ini antara kementerian-kementerian yang terlibat. Jadi bukan satu sahaja kementerian yang bertanggungjawab kepada pertanian dan industri asas tani. Kerajaan berpendapat bahawa dengan penglibatan beberapa kementerian ini, maka kebajikan petani akan terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Dato’ Gooi tadi adalah sama ada kita ada rancangan untuk susun semula. Saya ingin maklumkan bahawa ini merupakan satu tindakan ataupun perkara yang kita lakukan, dengan izin, on-going exercise. Ia bukan satu perkara yang kita tidak beri tumpuan. Ia penting disusun semula, distrukturkan semula dan proaktif..., perkataan-perkataan yang diguna oleh Yang Berhormat, ini memang merupakan perkara yang diberi tumpuan.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

12 DN.28.5.2008

Tumpuan kita di kementerian ialah untuk bertindak sebagai satu pasukan,

konsep ‘MO-Inc.’ umpamanya di mana kita ada 11 agensi dan jabatan. Maka ada penyelarasan antara satu sama lain agar tidak ada pertindihan. Selain itu kita juga sudah mulakan usaha supaya penyelarasan antara kementerian – tadi saya sebut tiga, empat kementerian bertanggungjawab mengenai pertanian. Yang pertama, penyelarasan di kalangan jabatan, agensi di bawah kementerian. Yang kedua, penyelarasan antara kementerian-kementerian yang terlibat dengan sektor pertanian. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa wang rakyat tidak dibazirkan, tidak berlaku pertindihan ataupun dengan izin, duplication.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat sedar bahawa pegawai-pegawai, khususnya perlu gigih menjalankan tugas dalam konteks semasa di mana bekalan makanan merupakan satu cabaran yang kita hadapi, maka itu pegawai-pegawai telah pun diarahkan supaya dengan izin, hands-on, turun ke bawah untuk melihat sendiri keadaan yang dihadapi oleh petani, pesawah dan penternak agar kita, yang pertama dapat menambah pengeluaran makanan negara dan yang kedua kita dapat membela kepentingan mereka.

Saya telah umumkan pada 2 Mei yang lalu, beberapa langkah yang kita akan laksanakan termasuklah mengurangkan beban petani ini dengan memberikan insentif pengeluaran. Kita hendak galakkan mereka tambah pengeluaran makanan, maka insentif pengeluaran akan diberikan kepada mereka dalam bentuk pengurangan dalam kos-kos import tertentu. Ini antara langkah-langkah yang kita ambil bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani masalah bekalan makanan yang melanda Malaysia dan juga negara-negara lain pada hari ini. Terima kasih.

■1100

Dato’ Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjadikan pertanian sebagai enjin ketiga pembangunan negara, mustahaknya lembaga atau agensi badan-badan di bawah kementerian ini mestilah masih efektif dan relevan Tuan Yang di-Pertua. Dengan adanya KPI dan juga sistem penilaian yang ada selepas penilaian dan KPI dibuat, setakat ini apa badan-badan atau agensi-agensi di bawah kementerian itu yang berprestasi tinggi? Juga saya hendak tahu agensi mana yang prestasinya tidak memuaskan dan sudah tidak begitu relevan dan bagi agensi-agensi yang sudah kurang relevan agensinya, apakah tindakan, adakah agensi ini ditutup atau digabungkan, atau apakah agensi ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Dato’ Lee Sing Chooi. Seperti yang disebutkan oleh Dato’ Ooi ini sebentar tadi, alhamdulillah saya sudah dua bulan menjawat jawatan ini. Sebelum ini dalam bidang yang berlainan.

Jadi, persoalannya sama ada dibuat kajian KPI dan sama ada didapati ada yang tidak memuaskan prestasinya, yang tidak relevan, mana yang perlu ditutup, itu persoalan Dato’ Lee Sing Chooi .

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kerajaan sedang mengkaji semula Rancangan Malaysia Kesembilan. Insya-Allah pada hujung bulan Jun, kerajaan akan membentangkan di kedua-dua Dewan ini. Kajian separuh penggal, yang diperkenalkan pada tahun 2006. Bulan Mac hujung bulan enam, akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pada masa itu kerajaan akan membuat penilaian tentang keberkesanan keseluruhan prestasi kementerian dan agensi termasuklah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi kita akan memaparkan prestasi di peringkat global, peringkat makro dan mana-mana agensi yang kurang memuaskan prestasinya.

Tuan Yang di-Pertua, di Kementerian Pertanian dan Asas Tani, saya bercadang untuk mengadakan review ataupun kajian ini enam bulan sekali. Tadi di peringkat negara, peringkat kerajaan kajian separuh penggal. Bulan enam insya-Allah untuk Kementerian Pertanian dan Asas Tani di mana enam bulan sekali kita akan membuat review dan pengubahsuaian. Mana-mana yang tidak berkesan, yang tidak memuaskan, tetapi tidaklah sampai hendak ditutup. Kita masukkan agensi-agensi yang ada, sebelas semuanya di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Ini adalah relevan dan perlu diteruskan.

Cumanya sudah pasti sebagai sebuah kerajaan yang proaktif, kita harus mengambil langkah-langkah yang berani, drastik sekiranya beberapa sasaran

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 13

berdasarkan KPI itu tidak dilaksanakan, tidak tercapai. Kita harus ambil tindakan yang tegas dan berani untuk membuat pengubahsuaian dan sebagainya.

Insya-Allah saya beri jaminan di Dewan ini, kita akan pastikan bahawa semua agensi di bawah kementerian akan menepati sasaran dan akan terus relevan dalam usaha untuk membangunkan masyarakat petani, penternak dan nelayan di negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

7. Puan Heng Seai Kie minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menahan pelancong wanita asing seperti “little dragon lady” yang ditangkap bekerja di pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan bukan sekadar mengenakan kompaun dan dilepaskan. Ini kerana kehadiran mereka telah pun menggugat kestabilan rumah tangga dan kesejahteraan masyarakat umum.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang mengemukakan pertanyaan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada definisi yang khusus tentang perkataan little dragon lady. Namun begitu untuk menjawab soalan ini, biarlah saya tafsirkan ia sebagai perempuan-perempuan asing, warganegara Republik Rakyat China yang datang ke negara ini untuk tujuan maksiat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sementara sektor pelancongan merupakan satu penyumbang utama kepada ekonomi negara namun kerajaan memandang serius kepada masalah-masalah sosial yang berbangkit daripada penyalahgunaan kebenaran lawatan pelawat asing terutamanya pelawat-pelawat wanita. Ini adalah kerana pelawat wanita yang masuk bagi tujuan melancong ada didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial yang diberikan dengan bekerja secara tidak sah di pusat-pusat hiburan, SPA dan juga kelab-kelab malam. Menyalahgunakan dan melanggar syarat-syarat pas merupakan satu kesalahan.

Di bawah peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan mereka ini adalah tergolong dalam kategori pendatang asing tanpa izin. Jika disabitkan kesalahan, pesalah akan didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam usaha membendung gejala penyalahgunaan pas, kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia giat menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan dan sehingga April 2008, sejumlah 20,098 warga negara asing yang telah ditangkap melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Daripada jumlah tersebut Tuan Yang di-Pertua, 1,934 telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan pas.

Di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, jumlah warga asing yang melakukan kesalahan penyalahgunaan pas yang melibatkan Republik Rakyat China adalah 361 orang. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 135 orang telah didakwa di mahkamah pati dan dijatuhkan hukuman. Warganegara asing yang telah ditangkap akan dibicarakan mengikut saluran perundangan yang sedia ada, tetapi akhirnya sama ada mereka di kompaun atau mereka didakwa, akhirnya mereka akan diusir pulang.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perangkaan tangkapan penguatkuasaan JIM seperti yang disebutkan menunjukkan pelawat asing daripada Republik Rakyat China adalah penyumbang ketiga terbesar selepas Indonesia dan Bangladesh dalam penyalahgunaan pas. Lazimnya pelawat-pelawat wanita yang ditangkap atas kesalahan menyalah gunakan pas ini, didapati mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Heng Seai Kie.

Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah memberikan tafsiran yang begitu tepat tentang konsep little dragon lady tadi. Walaupun tindakan sudah diambil, tetapi ternyata masih terdapat begitu ramai yang terlibat dan kini telah pun menjadi satu masalah sosial.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

14 DN.28.5.2008

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini sebenarnya telah menyebabkan kehidupan

wanita kita terseksa kerana suami tidak balik ke rumah, mempunyai perempuan simpanan, akibatnya, rumah tangga menjadi kucar kacir. Kes perceraian telah meningkat. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, soalan tambahan saya ialah, apakah tindakan lain yang lebih berkesan yang akan diambil terhadap masalah ini termasuklah little dragon lady dengan izin, yang masih bermaharajalela di negara ini? Sekian.

Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia, setakat April maknanya di antara Januari hingga April 2008, kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi yang lain telah menjalankan 82 operasi khas untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang terhadap apa yang dinamakan sebagai little dragon lady ini dan kita namakan sebagai Ops Sayap. 82 jumlah operasi telah kita lakukan dan kerajaan percaya bahawa operasi yang berterusan akan mengurangkan jumlah bilangan yang datang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Dari segi keruntuhan rumah tangga dan kehancuran masyarakat, saya percaya bahawa bukan sahaja little dragon lady ini harus dipersalahkan, tetapi suami-suami juga perlu dipersalahkan dalam hal ini. Sekian, terima kasih... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua: Itulah keluhan dari insan yang bernama wanita. Silakan Puan Siw Chun.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di merata-rata tempat menyatakan golongan pelancong wanita asing, tidak kiralah mereka ini digelar little dragon ataupun giant dragon... [Ketawa] Akan tetapi kalau sehingga merosakkan rumah tangga, bagi saya ialah giant dragon berada di negara kita di mana kebanyakan daripada mereka bekerja di pusat-pusat hiburan adalah di bawah kawalan sindiket-sindiket tertentu.

■1110

Berapakah bilangan sindiket ataupun pedagang-pedagang manusia ini dikenal pasti dan jenis-jenis tindakan yang dikenakan terhadap mereka hasil daripada operasi atau penangkapan yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mempunyai angka yang lengkap berhubung dengan jumlah sindiket-sindiket yang menyelia dan menjalankan aktiviti untuk membawa kita little dragon lady atau giant dragon lady ini. Namun adalah menjadi satu lumrah dalam penguatkuasaan undang-undang bahawa sementara PATI itu merupakan satu kesalahan dan jika di sabit dan di kompaun, akhirnya bila diusir, melindungi PATI juga merupakan satu kesalahan.

Jadi apabila pendakwaan dilakukan, pendakwaan bukan sahaja dilakukan kepada mereka-mereka yang terbabit dalam menyalah gunakan pas lawatan tetapi mereka yang melindungi mereka termasuklah sindiket-sindiket yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Datuk Armani binti Haji Mahiruddin.

8. Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:

(a) apakah perkembangan Program PROSPER yang dilancarkan pada tahun lepas dan bagaimana keberkesanannya; dan

(b) bagaimanakah reaksi daripada para usahawan bumiputera

yang baru membuka perniagaan dan berapakah jumlah peminjam usahawan wanita daripada Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato' Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Sebenarnya PROSPER yakni Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan ini tidak berada di bawah bidang kuasa

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 15

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tetapi, atas rasa kebertanggungjawaban bersama ataupun dengan izin, collective responsibility, izinkan saya untuk menerangkan bahawa sejak PROSPER dimantapkan dan dilancarkan semula pada Ogos 2007 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad yakni PUNB, Skim PROSPER ini mempunyai tiga program utama:

(i) Skim PROSPER Runcit;

(ii) Skim PROSPER Siswazah; dan

(iii) Skim Pemborong PROSPER.

Setakat hari ini sebanyak 24,546 orang peserta wanita telah pun berdaftar di bawah program ini dan daripada jumlah tersebut bagi Skim PROSPER Runcit melibatkan 20,507 orang. Manakala, bagi Skim PROSPER Siswazah melibatkan 3,678 orang dan bagi Skim Pemborong PROSPER melibatkan 361 orang usahawan ataupun bakal usahawan wanita.

Daripada jumlah yang berdaftar, yakni seramai 20,507 orang itu, seramai 2,024 orang telah pun membuat permohonan untuk pembiayaan dan daripada yang memohon itu sebanyak 740 orang pemohon telah pun diluluskan oleh PUNB permohonan mereka itu.

Yang Berhormat bertanya tentang keberkesanan Skim PROSPER PUNB ini. Suka cita saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam banyak hal, skim ini sudah begitu berjaya melahirkan sebilangan usahawan-usahawan bumiputera termasuk wanita. Malah sebahagian daripada syarikat-syarikat mereka sudah pun sampai ke persada antarabangsa. Saya sebutkan beberapa contoh syarikat yang telah betul-betul prosper melalui skim ini. Misalnya yang pertama ialah Kumpulan EncoVision yang telah menjadi syarikat tempatan yang berjaya mendapatkan kontrak pemasangan barangan elektrik dan elektronik yang terbesar Malaysia.

Yang kedua ialah Syarikat MHS Aviation Sdn Bhd. yang sekarang ini merupakan syarikat bumiputera yang begitu berjaya di bawah PUNB sehingga menjadi syarikat pembuatan helikopter yang pertama di negara ini. Yang ketiga ialah Syarikat TriSystems Engineering yang berjaya menerokai sektor petroleum dan gas berteknologi tinggi. Jadi memang skim PROSPER ini berjaya mem prosper kan syarikat-syarikat usahawan bumiputera ini.

Bagi bahagian kedua soalan Yang Berhormat, yang ini lebih merujuk kepada kementerian kami iaitu tentang sejauh mana Skim Prosper PUNB ini boleh membantu usahawan wanita. Jadi saya ingat kita Tuan Yang di-Pertua tak lagi cerita fasal little dragon lady tapi hendak bercerita tentang giant business lady. Skim PROSPER ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada usahawan. Kalau kita lihat dari segi peruntukan pada tahun 2006 dan 2007, peruntukan yang disediakan ialah sebanyak RM237.1 juta. Jumlah yang telah kita sampaikan kepada pemohon-pemohon yang diluluskan permohonannya adalah sebanyak RM227.7 juta.

Apabila Yang Berhormat bertanya dari segi sambutan usahawan wanita di Sabah? Sehingga kini sukacita saya sebutkan bahawa seramai 1,415 orang usahawan wanita Sabah telah pun mendaftar dengan Skim PROSPER PUNB ini. Seramai 57 daripadanya telah menghantarkan permohonan dan 13 orang telah diluluskan pembiayaannya.

Namun saya hendak sebutkan juga satu perkara di sini. Apabila kita melihat dan membandingkan jumlah pendaftaran, permohonan dan yang diluluskan di kalangan usahawan wanita di bawah Skim PROSPER ini, antara negeri Sabah dengan negeri-negeri yang lain. Saya tidak membandingkan Tuan Yang di-Pertua, semua negeri tapi saya membandingkan dalam cohort yang berdaftar 1,000 hingga 1,500 orang. Maknanya ada lima buah negeri dan jumlah yang mendaftar ialah 1,000 hingga 1,500 orang. Jumlah yang memohon untuk skim ini, sepatutnya di antara 75 hingga 100 orang tetapi, di Sabah cuma 57 orang. Jadi dia rendah sangat berbanding dengan cohort dia. Apabila dilihat dari segi permohonan yang diluluskan, bagi negeri-negeri empat yang lain itu, sepatutnya ialah antara 30 hingga 40 orang diluluskan. Namun di Sabah itu sangat kecil, cuma 13 sahaja diluluskan.

Yang ini saya beri jaminanlah. Walaupun saya kata Skim PROSPER ini bukan di bawah kementerian kami tapi, oleh kerana sementelahan soalan ini ditanya kepada kami, kami akan cuba melihat kenapa apabila dalam cohort itu, end result nya dengan

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

16 DN.28.5.2008

izin, Sabah berbeza daripada negeri-negeri yang dalam cohort itu. Kalau hendak kira cohort yang lain, kita tak bandinglah misalnya dengan Selangor sebab jumlahnya terlalu besar. Jumlah pemohonnya sampai 7,000 tapi saya bandingkan ini dengan beberapa negeri yang dari segi berdaftar cohort nya sama tapi bila permohonan Sabah nampak tercicir daripada empat negeri yang saya bandingkan itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Hajah Armani.

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

MARA dijangkakan akan memperuntukkan lebih RM600 juta bagi membantu usahawan bumiputera memulakan perniagaan dalam pelbagai sektor tahun ini. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan sasaran melahirkan 60,050 usahawan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan dicapai dan apakah usaha atau pendekatan yang diambil oleh kementerian untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang telah menjalankan perniagaan tetapi mempunyai masalah pinjaman daripada institusi kewangan. Terima kasih.

■1120

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Datuk. Ada dua persoalan itu, yang pertama ialah soal perancangan dan program-program daripada kementerian.

Dalam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini, program-program kita itu terbahagi kepada pembudayaan, latihan. Kemudian ialah business matching, pembiayaan dan pembimbing. Namun dalam jalinan itu ada juga proses-proses lain seperti conversion. Misalnya ialah kita ada pelajar-pelajar ataupun pelatih-pelatih kita di UniKL dan juga institut-institut kemahiran MARA, di Politeknik MARA, di mana mereka ini mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu Tuan Yang di-Pertua dan mereka juga diberikan latihan-latihan keusahawanan semasa mereka di dalam kampus lagi. Untuk mereka ini contohnya kita mengadakan program yang kita panggil sebagai conversion. Bagaimana kita hendak convert dengan izin, seorang pelatih dalam bidang teknologi untuk menjadi usahawan dalam bidang teknologi yang nama jolokannya kita beri dengan izin, technopreneurs. Itu antara perkara yang ingin kita lakukan.

Satu lagi yang sedang kita mula terokai misalnya ialah di bawah program Giat MARA. Kita memberikan latihan-latihan yang kursus jangka panjang dan melibatkan mereka mendapat persijilan tetapi kita juga ada kursus-kursus jangka pendek. Ini kita sedang memulakan satu pakej yang baru misalnya kalau seorang wanita mengikuti kursus persolekanlah. Kursus jangka pendek mengambil masa katalah dua minggu. Ini bukan untuk melatih little dragon lady, ini yang betul-betul... [Ketawa]

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ini aspek yang baik ini.

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Ini yang good lady, maaf. Jikalau sekiranya mereka ini selepas mengikuti latihan persolekan, kursus persolekan. Kemudian dia hendak membeli pula misalnya alat-alat persolekan untuk membolehkan dia misalnya mendapat pendapatan yang lebih dengan cara membuat solekan jirannya atau saudara maranya kahwin. Sekarang ini musim sekolah ini Tuan Yang di-Pertua, ramai orang kahwin. Jikalau dia hendak minta pula misalnya dengan TEKUN RM2 ribu ataupun RM1500 sebagai modal untuk membeli peralatan solak itu kita dapati itu tidak berbaloi untuk dia. Satu bab pula hendak minta pula peruntukan yang lain.

Sekarang kita dah mula meneroka pakej baru. Dia ikut kursus, di hujung kursus terus dibekalkan dengan peralatan solek itu, tapi dalam bentuk pinjamanlah. Namun dia tidak perlulah bersusah payah lepas satu kursus di satu tempat kena pula buat satu kertas kerja hendak ada business plan Tuan Yang di-Pertua, untuk RM1500 punya barang sebagai contoh itu akan ‘menudakan’ nafsu, cakap orang Temerlohnya. ‘Menudakan’ nafsunya untuk dia berniaga. Jadi pakej-pakej baru ini sedang kita terokai supaya dia mengikuti kursus dan kalau boleh tidak banyak sangat kerenah dia akan dibolehkan untuk membuat pembiayaan.

Di samping itu kita hendak menjamin supaya dua perkara dilakukan. Satu, kalau kita ada piagam proses meluluskan pembiayaan itu katalah 30 hari, kita hendak pastikan betul ia jadi 30 hari. Sebab itu kita sudah tubuhkan Jawatankuasa Pengaduan yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha. Ini kerana KSU dia boleh koordinat semua

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 17

agensi di bawah kementerian supaya kalau ada yang kita janji sepatut 30 hari boleh lulus tapi, sampai tiga bulan belum lulus dia boleh membuat aduan, itu satu.

Kedua, mana-mana agensi mulai 1 Jun ini. Mana-mana agensi di bawah kementerian ini yang tidak meluluskan permohonan agensi itu wajib memberi sebab kenapa kelulusan itu tidak berikan. Ini mudah-mudahan akan mengelakkan daripada kita tidak mempunyai alasan yang kukuh tapi kita menyebabkan permohonan-permohonan itu tidak diluluskan. Terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Hajah Siti Rokiah binti Haji Mohd Zabidin

Dato’ Hajah Siti Rokiah binti Haji Mohd. Zabidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian ada perancangan khusus untuk meningkatkan pembabitan usahawan wanita? Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Wanita UMNO bahagian saya. Dia hendak test Timbalan Menteri dia boleh jawab kah tidak... [Ketawa].

Tuan Yang di-Pertua, dalam sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan memang disebutkan secara nyata misalnya dari segi pembudayaan keusahawanan kita ada kumpulan sasar iaitu belia, wanita dan juga siswazah serta pelajar. Namun kita belum ada satu perancangan secara khusus yang semua program yang kita laksanakan itu akan dikhususkan kepada wanita kecuali dalam program francais. Kita sudah ada apa yang kita sebut sebagai ‘francais wanita’. Namun begitu bagi pembiayaan-pembiayaan yang lain, bagi program-program latihan yang lain yang dilaksanakan sama ada oleh kementerian ataupun oleh agensi kita belum ada perancangan yang khusus.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, sejak menteri yang baru Yang Berhormat Dato’ Noh. Beliau telah pun berikan beberapa arahan misalnya yang pertama, kita akan memastikan bahawa semua program yang dijalankan kementerian ini di peringkat akar umbi di buat kerjasama dengan Majlis-majlis Pembangunan Wanita Kawasan yang lazimnya di pimpin oleh ahli-ahli politik dari tokoh-tokoh wanita tempatan. Saya rasa Yang Berhormat Dato’ Siti Rokiah adalah juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita kawasan Parlimen Temerloh. Persefahaman telah pun dicapai antara Yang Berhormat Menteri Dato’ Noh dan juga Yang Berhormat Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai penasihat Hal Ehwal Wanita bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Begitu juga dalam Majlis-majlis Pembangunan Usahawan Daerah atau di tempat-tempat tertentu Majlis Pembangunan Usahawan Parlimen. Mulai daripada sekarang kita akan pastikan bahawa wakil Majlis-majlis Pembangunan Wanita Kawasan akan duduk sebagai ahli tetap dalam Majlis-majlis Pembangunan Usahawan Daerah.

Sementelahan Yang Berhormat telah pun bertanya soal ini, saya fikir tidak menjadi masalah untuk kementerian. Dengan ini saya akan bawa dan kita akan bincang. Saya boleh beri jaminan tidak menjadi masalah untuk kita memastikan yang setiap program kita baik pembudayaan, baik latihan, baik pembiayaan itu kita boleh menentukan misalnya kalau kita benar-benar ingin bantu melaksanakan dasar wanita negara dan pelan tindakan wanita negara yang ada kuota 30% dalam decision making process, dengan izin. Saya fikir perkara yang sama ataupun semangat yang sama boleh kita aplikasikan untuk memastikan bahawa kalau contohnya kita hendak lahirkan 150 ribu usahawan baru, kita boleh tentukan misalnya daripada 150 ribu itu berapa agaknya kumpulan sasar bagi wanita. Sebagaimana juga kita boleh tentukan berapa untuk siswazah, berapa untuk belia dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

9. Puan G. K. Loga Chitra minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sama ada usaha menambah pemberian elaun dan insentif tambahan penjenamaan semula PDRM dan pelancaran kepolisan komuniti dapat menjadikan perkhidmatan polis lebih efektif serta mengurangkan indeks jenayah.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

18 DN.28.5.2008

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua sebagai satu pasukan penguat kuasa kedaulatan undang-undang yang utama dalam negara ini. Kerajaan memberikan harapan yang tinggi kepada kebajikan anggota-anggota Polis Diraja Malaysia. Oleh sebab itu untuk makluman Dewan yang mulia ini pemberian elaun dan insentif tambahan kepada anggota PDRM adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan pegawai dan anggota PDRM, meringankan kos sara hidup yang semakin bertambah, meningkatkan mutu dan semangat bekerja supaya mereka dapat berbakti kepada masyarakat dengan efisien.

■1130

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, penjenamaan semula PDRM melalui satu program yang dinamakan pelan strategik lima tahun PDRM adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat dan negara. Keamanan dan keselamatan negara memerlukan jalinan kerjasama erat antara masyarakat dan polis. Hubungan ini perlu dikekalkan dan diperluaskan di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Oleh yang demikian, pelancaran kepolisan komuniti atau disebut dalam istilah Inggeris, dengan izin, community oriented policing adalah merupakan satu elemen penting dalam mengurangkan indeks atau kadar jenayah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Puan G. K Loga Chitra kemudian Dato’ Dr. Vijayaratham.

Puan G. K Loga Chitra: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan tadi. Memandangkan kementerian berhasrat untuk meninggikan prestasi PDRM dan menjadikan PDRM sebuah pasukan terunggul, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil untuk memastikan tahap kesihatan dan juga ketahanan fizikal anggota polis untuk melaksanakan tugas-tugas operasi yang mencabar sejajar dengan peningkatan usia. Terima kasih.

Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh: Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah-langkah yang diambil oleh PDRM bagi memastikan anggota-anggota mereka adalah anggota yang cekap, yang mempunyai kewibawaan bermula daripada proses pengambilan lagi. Di samping itu PDRM amat tegas dari segi pengambilan anggota-anggota mereka khususnya dari segi fizikal yang mana ketinggiannya hendaklah mencukupi, jangkauan tangan pun hendaklah mencukupi. Jadi dalam ketegasan pengambilan anggota-anggota ia adalah merupakan satu langkah PDRM untuk memastikan bahawa, anggota-anggota mereka adalah mereka yang sihat, berupaya, dan berkemampuan dari segi fizikal dan mental untuk menjadi satu agensi penting dalam penguatkuasaan undang-undang negara.

Selain daripada itu yang saya sebutkan tadi ialah, penjenamaan semula Tuan Yang di-Pertua, yang melibatkan pertukaran moto PDRM pada yang ada sekarang iaitu “Tegas, Adil dan Berhemah” dan juga penukaran lencana iaitu, “Integriti Amalan Kita”. Semuanya ini bukan sahaja pendekatan dan keupayaan fizikal, tetapi keupayaan minda adalah diutamakan dalam memastikan anggota-anggota kita cukup bersedia dalam menangani masalah dan menguatkuasakan undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Dato' Dr. S. Vijayaratnam kemudian Dato’ Haji Abdul Rashid. Boleh ringkaskan sedikit, cepat-cepat, sebab ada lagi sembilan pertanyaan.

Dato' Dr. S. Vijayaratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah usaha-usaha tersebut iaitu menambah pemberian elaun dan insentif tambahan mengurangkan indeks rasuah di kalangan anggota polis?

Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Penjenamaan semula ini dilancarkan pada tahun lepas, iaitu Mac tahun 2007 sempena 200 tahun PDRM di negara kita. Adalah terlalu awal kita membuat satu rumusan sama ada penjenamaan semula, kenaikan elaun dan sebagainya mempunyai kesan kepada membantu menambahkan integriti PDRM dan anggota-anggota PDRM.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 19

Tentunya ada pihak yang agak cynical dengan perubahan-perubahan dan

penjenamaan semula ini, tetapi saya merayu kepada pihak-pihak yang cynical itu supaya memberikan peluang kepada pihak PDRM untuk membuktikan bahawa penjenamaan semula ini sebenarnya bukan sahaja menjadikan mereka lebih efektif, lebih efisien, lebih berintegriti, tetapi juga dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Terima kasih.

Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Dato' Dr. S. Vijayaratnam tadi mengenai rasuah, kita dapati anggota-anggota PDRM ada memakai lencana “Saya Anti Rasuah”.

Jadi pertanyaan tambahannya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah moto ini boleh mengurangkan kejadian atau perlakuan rasuah di kalangan anggota-anggota ini, jika sekiranya kenyataan ini tidak terlalu awal untuk dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat yang menanyakan soalan. Untuk makluman Dewan yang mulia dan Ahli Yang Berhormat, logo “Saya Anti Rasuah” itu telah ditukar kepada “Integriti Amalan Kita” sempena sambutan 201 tahun Polis Diraja Malaysia pada bulan Mac yang lalu. Jadi kalau kita tengok polis-polis tidak lagi memakai badge, “Saya Anti Rasuah”, tetapi “Integriti Amalan Kita”. Jadi penekanan adalah lebih merupakan kepada integriti dan kita adalah mengharapkan bahawa perubahan ini akan mengurangkan kadar dan amalan rasuah di kalangan anggota-anggota PDRM.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sama ada beliau hadir untuk menjawab pertanyaan no. 13. Sama ada beliau hadir, memang hendak jawab.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib]: Tuan Yang di-Pertua, ya.

Tuan Yang di-Pertua: Maka saya akan bereskan hingga pertanyaan nombor 13. Tuan Ahmad bin Husin.

10. Tuan Ahmad bin Husin minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah dasar-dasar yang seperti berikut telah dan akan dilaksanakan:

(a) pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated; dan

(b) pelaksanaan MS ISO 9000 dalam perkhidmatan kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua,

(a) Semangat di sebalik Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ialah kerjasama yang berkesan di antara kedua-dua pihak sektor awam dan sektor swasta. Dalam menjayakan agenda pembangunan negara, kerjasama ini direalisasikan melalui saluran-saluran perhubungan yang membolehkan sektor awam memperoleh pandangan, cadangan dan maklum balas daripada sektor swasta bagi menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan, perdagangan dan pelaburan ke arah pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan mantap.

Pendekatan ini telah dapat menyatukan perspektif sektor awam dan sektor swasta ke arah objektif nasional, di samping mengurangkan halangan pentadbiran dan menjejaskan aktiviti sektor swasta. Jalinan perhubungan ini turut membolehkan sektor swasta memahami keperluan dan dasar negara serta proses dan prosedur yang diguna pakai dalam sektor awam. Kerjasama sektor awam dan sektor swasta adalah satu proses yang berterusan dan perlu sentiasa dipupuk dan dipelihara.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

20 DN.28.5.2008

Pada masa ini kejayaan proses ini jelas terbukti melalui saluran dialog dan hubungan erat yang diwujudkan, melalui pembentukan Pasukan Petugas Khas Mudahcara Perniagaan atau PEMUDAH. Kerjasama sepadu di bawah PEMUDAH telah menghasilkan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

(b) Kerajaan telah memperkenalkan pelaksanaan Program MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam sejak pada tahun 1996, sebagai satu pendekatan bagi agensi untuk mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan di dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Pelaksanaan standard ini juga telah diberi penekanan semula dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jentera pentadbiran kerajaan terutama agensi barisan depan. Ini kerana pelaksanaan standard MS ISO 9001 versi 2000...

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang Yang Berhormat boleh beli peluang untuk...

Dato' Mohd Johari bin Baharum: Akan tetapi tak habislah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Ahmad bin Husin. Satu pertanyaan tambahan cukuplah.

Tuan Ahmad bin Husin: Satu?... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri ada menegur ada pegawai kerajaan berlagak seperti “little Napoleon” bermakna pembaziran masa, tidak ada prioriti...

■1140

Tuan Yang di-Pertua: Perdana Menteri tidak pernah guna perkataan berlagak!

Tuan Ahmad bin Hussin: Disebut..., dan menunjuk kuasa, menyalahgunakan kuasa. Ini statement. Jadi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat apakah cara untuk mengharmonikan lagi antara awam dan swasta bagi membantu memperkukuhkan perkhidmatan awam kerana ini akan menjejaskan hasil negara dan pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi Yang Berhormat sudah terangkan langkah-langkah mengharmonikan. Adakah langkah lagi selain dari itu?

Dato' Mohd Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Amat Berhormat dia bermaksud “little Napoleon” ini kebanyakannya di peringkat operasi di mana melibatkan pegawai-pegawai terutama sekali di Pejabat Tanah, PBT, Majlis Daerah, dan sebagainya iaitu proses melambatkan pemprosesan urusan-urusan hak milik, tukar milik terutama sekali.

Dalam usaha ini kerajaan sentiasa membuat pemantauan dan bagi MAMPU sekiranya kita lihat ada aduan melalui laman web surat khabar dan sebagainya, terus kita mengadakan siasatan. Di samping itu juga kita adakan program-program seperti anak angkat kepada KSN. Baru-baru ini kita ada program anak angkat di MPAJ iaitu di mana kita boleh membantu pegawai-pegawai di peringkat ini untuk memberi satu sistem penyampaian yang lebih baik kepada masyarakat.

11. Datuk Soon Tian Szu minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah rancangan pihak kementerian untuk memperkembangkan Program Khidmat Masyarakat yang bertujuan untuk membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara, memandangkan Program Latihan Khidmat Negara tidak dapat menampung semua pelajar lepasan SPM.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Wee Jeck Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Datuk Soon. Kementerian

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 21

Belia dan Sukan memang sentiasa memberi penekanan kepada usaha-usaha memperkembangkan program khidmat masyarakat. Ini kerana melalui program seumpama ini kita akan dapat membina semangat kesukarelaan dan memperkukuhkan nilai jati diri golongan belia.

Sehubungan dengan, itu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melaksanakan Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional iaitu PJKN kepada lepasan SPM yang tidak terpilih untuk menyertai program latihan khidmat negara. Matlamat utama PJKN adalah untuk menyediakan golongan belia yang berperibadi unggul, berkemahiran dan mampu memimpin diri ke arah menjadi warga negara yang berguna dan cemerlang dalam kerjaya yang bakal diceburi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program PJKN ini biasanya dijalankan lebih kurang 10 hari di mana tujuh hari peserta akan mengikuti kursus yang ditetapkan modulnya, iaitu Modul Pembinaan Jati Diri, Modul Pembinaan Kepimpinan, Modul Pembinaan Kesukarelawan, Modul Pembinaan Pendidikan dan Kemahiran dan Modul Pembinaan Kejayaan Keusahawanan.

Manakala tiga hari lagi akan diakan aktiviti khidmat masyarakat, gotong royong, sukan rakyat, Program 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan, sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Soon.

Datuk Soon Tian Szu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah sejauh manakah pencapaian program yang tadi disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi. Terima kasih.

Tuan Wee Jeck Seng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, setiap program yang dijalankan oleh KBS, kita adakan kajian impak. Kajian impak ini adalah untuk memastikan supaya program ini dijalankan dengan lancar, berjaya dan keberkesanannya. Bagi program PJKN ini biasanya sebelum dan selepas program ini diadakan maka peserta-peserta perlulah mengisi borang kaji selidik. Bagi program PJKN ini setiap akhir kursus pelatih-pelatih akan membuat penilaian ke atas peserta-peserta program ini. Pada keseluruhannya didapati peserta begitu puas hati dengan program yang dianjurkan, apatah lagi adalah didapati bahawa sambutan yang begitu menggalakkan daripada belia-belia.

Ini dapat menunjukkan di mana peningkatan pengambilan bahagian belia dari setahun ke setahun. Contohnya pada tahun 2006, sebanyak 114 program diadakan, didapati jumlah peserta adalah 20,000 peserta. Pada tahun 2007, keseluruhannya terdapat seramai 38,400 orang belia yang ambil bahagian dan kita jangka pada masa akan datang terutama pada 2008 ini, akan menjangkau ke satu angka yang lebih tinggi dengan ramai lagi belia yang akan mengambil bahagian dan dijangka mungkin mencecah jangkauan angka sebanyak 40,000.

[Soalan No. 12- (Menteri Jabatan Perdana Menteri) yang akan menjawab, tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Oleh sebab mungkin ada Belah Bahagian di Dewan Rakyat dan terpaksa Menteri hadir di sana, maka saya beralih kepada Tuan Osman bin Bungsu.

13. Tuan Osman bin Bungsu minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apakah tindakan yang telah diambil dalam menangani isu kemiskinan tegar, ekonomi, pemilikan harta dan hak milik tanah di kalangan masyarakat Orang Asli yang bilangan KIR melebihi 30,000.

Tuan Yang di-Pertua: Saya menghargai kesudian Yang Berhormat lebih-lebih lagi hari ini hari persidangan Kabinet dan Dewan Negara menghargai kedatangan Yang Berhormat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menjawab soalan yang ke-13.

Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Osman bin Bungsu, kerajaan telah meningkatkan usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar di kalangan

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

22 DN.28.5.2008

Orang Asli menerusi program sosial ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan peruntukan RM398 juta disediakan. Ini termasuk pembangunan tanah, bantuan peralatan seperti pertanian, perikanan, penternakan, bimbingan usahawan.

Selain itu tumpuan juga diberi kepada pelaksanaan projek-projek kemudahan infrastruktur dan utiliti termasuk pembinaan rumah keluarga miskin tegar, bina jalan, jambatan, klinik desa, perkhidmatan bekalan air, elektrik, dan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan. Sejumlah 167 buah ladang keluasan 24,14.3 hektar telah dibangunkan dengan getah dan kelapa sawit iaitu 117 buah ladang telah dimajukan oleh RISDA dan lima buah ladang dimajukan oleh FELCRA.

Setakat ini 96 ladang telah mengeluarkan hasil dan memberi faedah kepada 6,656 peserta masyarakat Orang Asli dan Orang Asli juga diberi peluang menjadi kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang, penyelenggaraan dan penuaian hasil.

Mengenai pembangunan modal insan, menerusi penyediaan bantuan dan kemudahan pendidikan di peringkat prasekolah, sekolah rendah, menegah dan peringkat tinggi, khusus pembangunan minda serta latihan kemahiran.

Kerjasama kementerian bersama dengan KEMAS, Kementerian Pelajaran Malaysia, Giat Mara, Akademik Binaan Malaysia, pihak swasta untuk melahirkan anak-anak Orang Asli yang berilmu, jati diri, mempunyai kelayakan dan kemahiran.

Dari segi pemilikan tanah, kuasa meluluskan tanah adalah kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan Orang Asli. Setakat ini jumlah 50,563.51 hektar tanah telah diluluskan untuk Orang Asli dan telah pun diwartakan sebagai rizab Orang Asli dan seluas 30,849.86 hektar telah diluluskan untuk diwartakan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Osman Bungsu ada pertanyaan tambahan?

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya oleh kerana kita melihat Orang Asli di Semenanjung ini jumlahnya 149,000 kurang tetapi kemiskinannya, masih menjangkau 50%. Di mana pecahannya ialah miskin – 17.2% yang melibatkan 5,000 keluarga. Dan miskin tegar – 9,000 keluarga yang melibatkan 32%.

■1150

Tuan Yang di-Pertua: Mukadimah sebagai alasan kepada pertanyaan tambahan itu sudah cukup jelas. Sekarang pertanyaan tambahan.

Tuan Osman bin Bungsu: Jadi soalan tambahan saya, apakah 50 tahun merdeka ini dengan bilangan keluarga yang tidak sampai 30,000 kemiskinan ini begitu kritikal. Jadi apakah peranan sebenarnya Majlis Perundingan Pembangunan Negara yang telah diluluskan oleh Kabinet bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenal pasti? Terima kasih.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Tuan Osman dan Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan mempunyai rancangan-rancangan untuk menghapuskan miskin tegar menjelang tahun 2010. Dan juga kerajaan bercadang untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke paras lebih kurang 2.9% menjelang 2010. Oleh yang demikian, pihak kerajaan sedang merangka beberapa projek pembangunan. Contohnya mengadakan program seperti agropolitan. Salah satu daripada rancangan ini adalah untuk membina kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kawasan miskin tegar dan pindahkan peserta-peserta daripada kawasan miskin tegar untuk duduk di dalam kawasan ini.

Kawasan ini seperti mini FELDA yang dimajukan oleh FELCRA dan juga oleh RISDA seperti di Pulau Bangi di Sabah. Kita berhasrat untuk meningkatkan pendapatan daripada RM300 kepada RM1,200 hingga RM1,500 dengan syarat peserta-peserta ini sanggup pindah daripada kawasan penempatannya. Akan tetapi seyogia diingatkan bahawa masyarakat kita Orang Asli ada sedikit menghadapi masalah kesukaran untuk berpindah ke kawasan-kawasan di mana kerajaan membina pembangunan-pembangunan. Oleh itu, bagi Orang Asli kita menyediakan cara-cara khusus seperti membuka kawasan-kawasan perladangan getah dan kelapa sawit oleh RISDA ataupun FELCRA untuk membolehkan masyarakat Orang Asli turut serta sama ada bekerja ataupun menjadi peserta di kawasan-kawasan ini.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 23

Selain daripada itu, kita menggalakkan anak-anak Orang Asli untuk pergi ke

sekolah dan menghabiskan persekolahan mereka setinggi mana, supaya mereka boleh keluar daripada alam kemiskinan. Selain daripada itu juga menerusi kementerian saya, kita meluluskan satu peruntukan untuk membina rumah-rumah PPRT di kawasan-kawasan Orang Asli. Juga kita bercadang di dalam 2016, kita hendak pastikan bahawa semua kemudahan-kemudahan asas, api, air, jalan dan perumahan-perumahan seperti PPRT tadi akan diperoleh di semua kawasan di seluruh negara termasuk kawasan-kawasan Orang Asli. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya percaya Tuan Osman bin Bungsu, jika terus mendampingi Yang Berhormat Menteri, akan dapat terus membela kerana Yang Berhormat Menteri dulu pernah memandu pembangunan sesebuah negeri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semua perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Keduabelas”. [27 Mei 2008]

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Musa, selepas itu Datuk Rizuan. Saya akan beri peluang kepada semua untuk berucap, saya akan cari kesempatannya.

11.54 pg.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa perasmian Parlimen Keduabelas baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum Keduabelas telah pun berlalu, rakyat telah pun membuat keputusan. Bagi kita Kerajaan Barisan Nasional, kita terima dengan hati yang terbuka. Itu adalah pilihan rakyat walaupun banyak negeri-negeri telah jatuh kepada Pakatan Rakyat. Hari ini adalah tanggungjawab kerajaan sendiri menentukan bahawa kenapa rakyat menolak kita. Sebenarnya kita belum kalah lagi, kita masih ada Kerajaan Pusat...

Tuan Yang di-Pertua: Ia ada sedikit samar-samar di sini, di kalangan masyarakat sama ada kerajaan-kerajaan negeri yang tidak dikuasai oleh Barisan Nasional itu namanya Kerajaan Pakatan Rakyat atau kerajaan campuran. Itu kadang-kadang, saya pun keliru, jadi saya ingin juga nak tahu istilah yang sebenarnya itu adakah Kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan Campuran kerana pada kefahaman saya wakil-wakil rakyat yang dipilih di negeri-negeri tersebut adalah terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti DAP dan Parti PAS. Jadi adakah namanya itu, Kerajaan Pakatan Rakyat atau kerajaan campuran?

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

24 DN.28.5.2008

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Pakatan Rakyat ini baru ditubuhkan. Bagi saya istilah yang Tuan Yang di-Pertua gunakan, istilah Kerajaan Campuran, itulah yang betul sebenarnya. Sebab kita lihat PAS, KEADILAN dan juga DAP, mereka ini ditubuhkan Pakatan Rakyat ini selepas pilihan raya. Maknanya mereka mahu memerintah kerajaan itu, maka mereka terpaksa mencantumkan ketiga-tiga parti ini untuk menubuhkan Pakatan Rakyat.

Bagi kita Tuan Yang di-Pertua, bagi Barisan Nasional itu adalah hak mereka dan hak rakyat yang telah menentukan. Bagi kami Barisan Nasional, maka hari ini adalah masanya kita memperbaiki kelemahan kita. Apakah dengan kita membangunkan pembangunan yang begitu indah, apakah subsidi yang kita beri, gaji yang dibayar kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada kenaikan gaji 18% hingga 35%, adakah memberi kepuasan kepada rakyat kita? Ini yang kita kena lihat kembali. Memang gaji-gaji yang tinggi daripada kakitangan kerajaan, adakah kakitangan kerajaan tidak menyokong kita dalam pilihan raya baru ini?

Begitu juga kita lihat di Selangor, di Wilayah Persekutuan, pembangunan begitu pesat, rakyat menolak kita, kenapa? Begitu juga subsidi-subsidi kita beri kepada orang luar bandar tetapi, rakyat masih lagi menolak kita, kenapa?

Sebab inilah saya katakan bahawa pelaksanaan kita ataupun kita katakan bahawa ketulusan yang kita hendak buat, kita betul-betul kena laksanakan. Kita lihat bahawa hari ini Kementerian Penerangan sendiri dah kena mainkan peranan yang penting, apa yang kerajaan lakukan, apa yang kerajaan mengambil tindakan, kita mesti memberi penerangan kepada rakyat keseluruhannya.

Rakyat hari ini keliru, Lembaga Kehakiman ditubuhkan...

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Saya akan bagi peluang Yang Berhormat. Lembaga Kehakiman ditubuhkan. Apabila Lembaga Kehakiman ditubuhkan, rakyat keliru. Adakah Ketua Hakim dulu, adakah hakim-hakim yang dulu ini tidak amanah, dilantik secara pilih kasih, tidak berintegriti? Jadi inilah yang saya kata peranan penerangan yang patut kita berikan kepada rakyat sejelas-jelasnya bahawa apakah sebenarnya Lembaga Kehakiman, lembaga PPR ditubuhkan ini? Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya PPR ditubuhkan ini, kenapa? Kita cakap soal ketelusan, maka inilah Kementerian Penerangan kena mainkan peranan yang penting.

Dan jangan hanya kita adalah RTM, kita hendak bersaing dengan TV3, kita hendak bersaing dengan ASTRO, buat apa? Kita RTM, ini adalah hak kerajaan, bermakna kita kena pastikan bahawa peranan kita kepada rakyat itu lebih penting. Kalau boleh kita nak tunjukkan RTM, kita nak orang ramai, kita nak glamor. Biar TV3 dan ASTRO dengan peranan dia, kita ada peranan kita. Sila Yang Berhormat.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat menyebutkan tentang peranan Kementerian Penerangan. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat bahawa kita tahu apabila Dewan Rakyat bersidang, mereka telah diberi airtime dalam soal jawab selama setengah jam.

■1200

Setelah itu Dewan Negara bersidang bermula daripada 26 Mei 2008. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya rasa terkilan, sebagai Upper House yang dikatakan Dewan Negara ini Dewan tertinggi tetapi apabila Dewan Negara bersidang Tuan Yang di-Pertua, sudahlah tidak bagi airtime untuk soal jawab. Apabila ada Parlimen Hari ini jam 11.30 malam, tidak ada satu pun soal jawab ataupun perbahasan di dalam Dewan Negara diambil kira.

Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Dewan tertinggi, Upper House ini pun diperkecilkan. Macam mana hendak mainkan peranan kerajaan? Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat, tentang airtime di Dewan Rakyat. Kita lihat Dewan Negara kita bersidang hari ini, memang kita ada Pakatan Rakyat, rakan-rakan kita, kita ada daripada pihak kerajaan tetapi kita tidaklah orang kata kelakuan kita seperti mana yang berlaku di Dewan Rakyat. Kita bersopan

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 25

satu, kita bercakap sebab kita ada Tuan Yang di-Pertua yang memandu kita, yang bijaksana... [Tepuk]

Jadi inilah Dewan Negara. Saya setuju dengan Yang Berhormat, sepatutnya RTM, kalau benci sangatlah kepada kami Ahli Yang Berhormat dalam ini tetapi kena ingat bahawa Dewan Negara adalah Upper House. Maka dia kena bandingkan Dewan Negara dengan Dewan Rakyat. Kita juga hendak memainkan peranan untuk rakyat, yang datang ini semua wakil pemimpin daripada rakyat, daripada masyarakat. Hari ini hendak lihat apa Dewan Negara buat. Ada orang kata apabila kita balik kampung, “Allah, Dewan Negara rubber stamp saja”, sebab dia tidak tahu apa peranan Dewan Negara. Sebab itu hari ini saya setuju RTM ini...

Tuan Yang di-Pertua: Perlembagaan Negara tidak kata pun Dewan Negara ialah rubber stamp... [Ketawa]

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Saya setuju Tuan Yang di-Pertua tetapi orang yang kata. Kita tidak katalah, Tuan Yang di-Pertua tidak kata tetapi orang kata, masyarakat ingat biarlah mai sini lulus semua undang-undang, lulus semua peraturan tetapi inilah konsep kita ataupun Dewan Negara, dengan Dewan Rakyat ada perbezaan.

Tuan Yang di-Pertua: Pada pandangan Yang Berhormat, harus atau tidak rakyat di didik ataupun diberi peluang melihat supaya betul-betul nampak bahawa Parlimen itu terdiri dari Seri Paduka Baginda, sebuah majlis yang namanya Dewan Negara dan sebuah majlis yang namanya Dewan Rakyat. Tidakkah media awam bertanggungjawab untuk mendidik rakyat supaya betul-betul faham bahawa Parlimen itu bukan Dewan Rakyat sahaja.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Ya, Tuan Yang di-Pertua saya setuju. Sebab itu saya katakan tadi, inilah Kementerian Penerangan kena ambil tahu. Kita tidak payah tanya Kementerian Penerangan kita mula RTM. RTM ini kita tidak tahu RTM ini hak Malaysia kah, hak Indonesia kah, hak Taiwan kah, hak Hong Kong. Kita buka sahaja, sat lagi filem Indonesia, sat lagi drama Indonesia, sat lagi drama daripada Hong Kong, drama daripada Korea. Apa sudah jadi dengan filem-filem tempatan?

Kalau RTM hendak tunjuk kata rebut peminat semua hendak tengok RTM, bukan itu yang tujuan Kementerian Penerangan ini wujud. Kalau setakat hendak tunjuk filem, hendak bawa daripada Indonesia, hendak bawa dia, biar TV3 dengan ASTRO sudah. Kementerian Penerangan ini hendak memainkan peranan untuk menerang kepada rakyat. Sebab itu kita baru-baru ini rakyat menolak kerana tidak mendapat penjelasan, penerangan yang baik. Sebab itu rakyat hari ini lebih suka lihat blog...

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: [Bangun]

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Sekejap, seminit sahaja Yang Berhormat.

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Terima kasih.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Selepas itu kita kata bloggers hari ini patut..., sebab Kementerian Penerangan, RTM tidak mainkan peranan. Patut tunjuk, transparensi, cerita kepada rakyat apa yang berlaku, maka rakyat akan memahami. Bukan rakyat hendak cakap soal pembangunan, soal tol, soal subsidi, soal kenaikan harga tetapi ketelusan. Kita cakap apa itu ketulusan, apa yang kerajaan buat hari ini adakah betul-betul telus.Ini yang kita hendak Kementerian Penerangan, RTM memainkan peranan sebagai suara rakyat, cerita kepada rakyat sebenarnya berlaku. Sila Tan Sri.

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Terima kasih Yang Berhormat, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tentang pandangan Yang Berhormat berhubung dengan program-program RTM. Kami bagi pihak penerbit filem, orang-orang filem ini sentiasa menyuarakan supaya setiap program di RTM itu 70% hendaklah terdiri daripada program-program tempatan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Keduanya ialah secara kebetulan tadi, Yang Berhormat ada menyebutkan tentang Parlimen dan saya telah berusaha melalui FINAS akan menerbitkan sebuah filem yang bertajuk Parlimen Malaysia. Ia adalah untuk memperjelaskan kepada kita apakah peranan Ahli-ahli Parlimen termasuklah Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan rakyat dalam proses pembikinannya dan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

26 DN.28.5.2008

Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah kalau dia dapat diselesaikan dalam sedikit masa ini dapatlah kita perjelaskan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Memang itulah yang sepatutnya peranan yang dimainkan. Saya sudah cakap dari awal-awal tadi bahawa RTM, kita patut utamakan filem-filem tempatan. Kita ada FINAS, FINAS boleh membantu kita. Kita boleh buat perfileman di Malaysia. Hari ini yang saya tahu, tidak silap saya, saya tidak tahu semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, 90% filem ataupun drama dari RTM adalah daripada luar negara. Tidak sampai pun 10% yang ditayangkan daripada negara kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya minta ikuti ucapan Yang Berhormat sebab soal-soal pemerintahan tetapi bila beralih kepada filem saya tidak berapa minat sikit. Cuma saya hendak tanya sikit, pada pandangan Yang Berhormat, apakah di sebalik kebijaksanaan bapa-bapa merdeka dulu mengadakan sistem pemerintahan dwi Dewan ini dan kalau begitu tidak relevan, mengapa mereka tidak peruntukkan dalam Perlembagaan hanya satu Dewan?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Sebab Tuan Yang di-Pertua, kita ini ada peredaran zaman. Kalau kita cakap soal kita belum merdeka, selepas merdeka 50 tahun, sudah tentu. Mungkin masa itu kita rasa perlu ada dua.

Mungkin kita fikir hari ini tidak perlu ada dua, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya kata dari semasa ke semasa ini Perlembagaan ini boleh dipinda. Perlembagaan ini bukan Al-Quran yang tidak boleh dipinda Tuan Yang di-Pertua, boleh dipinda dari semasa ke semasa. Mungkin masa itu tidak sesuai mungkin masa sekarang ini sesuai, maka kita patut lihat semula.

Jadi saya hendak pergi kepada lain Tuan Yang di-Pertua. Jadi itulah saya berharaplah. Kalau kita bercakap soal filem-filem dari luar negara. Saya hendak teruskan sikit Tuan Yang di-Pertua walau Tuan Yang di-Pertua tidak berminat... [Ketawa] Filem-filem drama daripada luar negara ini. Kita kena lihat budaya kita. Kalau filem tempatan, budaya kita, cara kita. Sebab itu kita lihat ada anak dilahirkan tanpa bapa, anak dibuang, dibunuh di tepi jalan. Ada orang mati ditembak, bermacam lagi. Inilah budaya luar yang kita bawa tetapi budaya kita, filem kita, kita tidak mahu tonjolkan.

Kita bawa masuk 90% daripada filem atau drama daripada luar padahal filem-filem tempatan kita dianaktirikan. Padahal kita ada macam Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin, orang yang berpengalaman. Ramai lagi sahabat-sahabat daripada FINAS yang kita ada daripada produser-produser filem di Malaysia. Kalau hendak bandingkan dengan Indonesia dan luar negara, tidak ada yang kita..., bandingan ini memang kita pun lebih baik daripada mereka hari ini tetapi kita tidak pernah memberi peluang kepada rakyat Malaysia sendiri. Kita menganaktirikan, yang mudah beli filem daripada luar. Beri slot daripada luar, bawa masuk filem.

Dari segi kewangan juga kita rugi. Kita bercakap warga Indonesia, buruh asing bawa duit ke luar negara. Kita juga bawa duit ke luar negara melabur di luar negara. Kita juga yang menjadi satu kerugian kepada kita. Apa salahnya kalau kita memperbanyakkan filem ataupun drama-drama daripada tempatan, daripada negara kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada satu lagi iaitu syarikat-syarikat GLCs ini. Kita telah pun bercakap dalam Dewan ini iaitu salah satu iaitu TNB. TNB ini kalau saya baca dalam akhbar bulan lepas. Pegawai tertinggi TNB sudah kata bahawa masalah kewangan telah pun meruncing dalam TNB dan sudah tentulah pada masalah kewangan TNB maka tarif elektrik akan naik.

■1210

Ini satu lagi akan membebankan rakyat. Padahal kita lihat, IPP atau independent power plant, yang untung berbilion ringgit, kita dengar dalam Dewan ini bertahun dah. Ini saya penggal yang kedua dah Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit pada penggal pertama. Timbalan Menteri bercakap, ini jadi Menteri dah bahawa akan dikaji, akan dibincangkan dengan syarikat-syarikat IPP ini. Sehingga sekarang belum lagi selesai. Ini satu lagi pembaziran.

Mengapa kita memberi keuntungan beberapa syarikat, yang menjadi mangsa berjuta-juta rakyat! Kalau TNB rugi, yang menjadi masalah kenaikan tarif elektrik, yang

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 27

beban ialah rakyat! Rakyat yang kena. Sebab itu saya kata pembangunan yang besar, subsidi kita beri, rakyat tak terasa. Dia rasa ini, dia nak bayar ini. Tarif elektrik kenapa naik kalau IPP, beberapa syarikat diperkaya. Subsidi, kita cakap soal RM40 bilion tapi Petronas sendiri menjual gas kepada syarikat IPP ini begitu murah sekali.

Dia jual balik pada TNB harga lain. Dua kali dia untung. Sekali dia jual dua-dua tenaga, yang kedua dia jual gas. Dua kali dia untung. Adakah RM40 bilion yang dikata oleh kerajaan yang subsidi untuk petrol dan gas ini termasuk dengan penyangak-penyangak ini, yang kita subsidi ini? Ini kah subsidi kepada syarikat? Adakah termasuk dalam RM40 bilion yang kata kita nak beri kepada rakyat. Inilah yang rakyat nak tahu, inilah penerangan yang patut diberi kepada rakyat. Kalau kita bercakap soal pembaziran, ini satu lagi soal pembaziran. Maka saya mintalah kepada kementerian sendiri, selagi tidak selesai masalah IPP ini, selagi tidak selesai dengan syarikat ini, jangan naik tarif elektrik...

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Minta laluan.

Dato' Seri Mohd. Effendi bin Norwawi: [Bangun]

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Silakan.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat beri laluan kepada seorang atau dua-dua?

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Dua-dua.

Tuan Yang di-Pertua: Dua-dua, sekali gus? Sila Yang Berhormat.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Saya nak... [Gangguan sistem pembesar suara] kilang besi dan simen... [Gangguan sistem pembesar suara] Kait sama dengan subsidi tenaga ini di mana di dalam perkilangan besi dan simen, dengan harga yang telah dikawal sekarang ini telah dilepas oleh kerajaan, mereka ini juga menerima subsidi elektrik dan dengan itu mereka telah mendapat keuntungan daripada akaun tahunan mereka tidak kurang daripada RM500 juta setahun dan mereka masih lagi menikmati protection yang saya katakan pada sidang yang lepas.

Perlindungan daripada kerajaan di dalam mengawal harga mereka ini terutama dua bidang ini iaitu bidang pembuat simen dan juga pembuat besi keluli dan mereka mengalami keistimewaan ini di dalam menikmati harga-harga subsidi. Apa pandangan Yang Berhormat tentang dia juga beruntung dua kali. Sekali dapat harga kos yang rendah pengeluarannya dan dapat keuntungan dari segi jualan dengan harga yang tinggi daripada kos subsidi yang diberi oleh pihak kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Biar Yang Berhormat jawab. Nak jawab dua-dua sekali atau?

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Dua-dua sekali Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Dato' Seri Mohd Effendi bin Norwawi.

Dato' Seri Mohd. Effendi bin Norwawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan isu IPP tadi. Yang saya ingatkan masa saya di EPU dulu, masalah sekarang ialah kerajaan terikat dengan agreement concession yang mereka telah commit dan selalunya sesuatu IPP ini ataupun privatization ini diputuskan selepas satu kajian yang cukup tapi saya lihat pada masa itu soal IPP ini banyak oversight. Mungkin kerana kurang pengalaman. Then bila kita nak kaji semula, kita dapati kita menghadapi masalah the sovereignty of agreement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan kita tak mahu negara kita dilihat sebagai satu negara yang bila telah bersetuju dengan sesuatu perjanjian, kita breach agreement itu.

Walaupun demikian, untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada satu perkara yang kita telah dapati dengan kajian iaitu kita dapati banyak negara-negara lain yang telah dalam keadaan yang sama, mereka telah dapat mencari jalan bagaimana untuk merunding semula konsesi ini dan ada contoh-contoh yang di mana dalam kerajaan, ini kerajaan lain, negara lain telah berjaya mengkaji dan negotiate semula, berunding semula untuk mendapatkan condition yang lebih baik. Jadi mungkin ini ada satu usaha yang penting yang telah dibawa oleh Yang Berhormat yang mungkin kita boleh minta kerajaan untuk menyemak semula pandangan-pandangan konsultan yang telah kita

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

28 DN.28.5.2008

commission. Mereka telah membuat kajian yang ada kerajaan-kerajaan yang telah membuat kajian semula dan telah pun berjaya walaupun ada agreement. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya ragu-ragu sama ada saya boleh mempengerusikan perbincangan ini kerana saya juga merupakan seorang pelabur dalam IPP. Jadi kerana saya tak boleh kosongkan kerusi dan tidak ada peruntukan untuk saya kosongkan kerusi tapi asalkan saya tak ambil bahagian mempertahan mana-mana pandangan, saya kira mungkin ini adalah dibolehkan cuma saya nak declare saya mempengerusikan perbincangan, saya juga merupakan seorang pelabur IPP dan tidak termasuk takrif berniaga kerana ini adalah warisan daripada masa sebelum saya jadi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya setuju tadi. Memang macam kilang daripada simen dan kilang daripada besi, kerajaan telah memberi subsidi petrol ataupun gas sebab itulah mereka ini masih mahulah bertanggungjawab. Sebab itu saya kata pelaksanaan daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan kadang-kadang kena lihat perkara-perkara ini. Kita kena selesaikan, kita tak boleh kata, “Okey, kita akan bincang, akan diselesaikan.”. Dok akan, akan, macam rakan saya semalam, 100 tahun lagi pun tak akan selesai kalau dok akan, akan.

Makna kita kena selesai sebab rakyat yang akan menerima beban ini. Saya setuju macam Dato’ Seri cakap tadi perjanjian tidak boleh diubah. Ini satu standard agreement, dengan izin bahawa orang akan lihat kerajaan Malaysia ini satu kerajaan yang hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Bukan soal itu, soal ada masanya membebankan rakyat. Ini kita rasa hari ini dengan harga barang naik ini, darurat ini. Darurat! Kerajaan patut isytihar darurat dengan harga barang naik. Maka patutnya syarikat-syarikat yang juta-juta ringgit untung ini patut ada semangat rakyat Malaysia, rakyat yang sejati, sayangkan Malaysia. Maka patut bantu. Jangan fikir keuntungan. Kalau berlaku sesuatu pada negara, mereka ini juga akan susah. Sebab itu bagi saya, lihat semula perjanjian ini.

Tak ada perjanjian yang tidak boleh diselesaikan, tidak ada perjanjian yang tidak boleh dikompromikan. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya berharaplah kepada kementerian sendiri bahawa jangan naik tarif elektrik. Ini akan bebankan rakyat. Cukuplah harga-harga barang naik. Kalau naik lagi tarif elektrik, naik lagi harga petrol, akan naik lagi harga barang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri boleh cakap sajalah. Boleh cakap barang tak akan naik, kita memantau. Memantau, memantau, last-last jadi santau kepada rakyat. Dok memantau, memantau nanti jadi santau kepada rakyat.

Betul. Dia tak boleh mengawal kenaikan barang. Kalau elektrik naik esok, seminggu depan harga akan naik. Kilang tepung, dia gunakan elektrik, kilang gula, beras. Kita lihat hari ini. Maknanya kita hari ini kerajaan dok...

Dato' Gooi Hoe Hin: Boleh pohon laluan?

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Sila, sila.

Dato' Gooi Hoe Hin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ini cukup bukan saja tertarik. Betul-betul ini perkara yang cukup-cukup berat. Tenaga Nasional Berhad, hutang-piutangnya saya ingat lebih kurang RM22.5 juta. Sini dapat tekanan, sana dapat tekanan, atas bawah dia pergi mana?

■1220

Tadi Yang Berhormat Effendi Norwawi telah kata pernah negara-negara lain mengalami kesulitan sedemikian masih boleh mencari penyelesaian. Subsidi perjanjian konsesi itu adalah buatan manusia seperti Yang Berhormat nyatakan.

Yang pelik, yang tidak masuk akal fikiran kalau saya bina satu penjana kuasa, wang belanja itu berapa? Kita boleh kira, selepas itu jual elektrik berapa, semua boleh. Jadi kalau ini berterusan serupa juga bina lebuh raya. Bina lebuh raya misalan Lebuh Raya Damansara-Puchong, kalau saya tidak silap, kalau saya masih ingat lebih kurang menelan belanja RM1.2 ribu juta untuk membina LDP.

Kadangkala saya sebut LDP sudah jadi ‘lencongan dalam pelaksanaan’ tetapi saya ikut semua kertas statute yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Kerajaan

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 29

telah membayar, subsidi pampasan, sudah lebih RM600 juta. Saya pun sudah tidak tahu macam mana, saya pengetahuan ekonomi sudah keliru.

Jadi kerajaan yang berjiwa rakyat, kita mesti sehati sejiwa yang selalu saya katakan. Pihak swasta dan pihak kerajaan, Dasar Persyarikatan Malaysia mesti turut, mesti bincang, bincang sampai matahari terbit tentu ada penyelesaian. Jadi apa pendapat kalau kita masuk mahkamah, itu tidak jadi. Manusia sama manusia duduk boleh bincang sampai selesai tetapi kerajaan mesti guna sedikit kuasa. Ada kuasa, guna kuasa itu baru duduk bincang. Kalau lembut-lembut tidak jadilah apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju Yang Berhormat. Maknanya perjanjian ini boleh selesaikan. Kalau kita kata hari ini kerajaan ada kuasa, yang kita takut kerajaan tidak tahu menggunakan kuasa. Kalau tidak tahu guna kuasa bagi kita hendak guna kuasa pula.

Sebab itu saya kata perkara ini boleh di selesai kalau kita mahu, kalau kerajaan bersungguh hendak boleh selesai tetapi kalau kerajaan sendiri berpihak kepada syarikat satu dua ini, tidak boleh selesai. Makna yang beban rakyat. Hendak jaga dua tiga tokoh korporat ini, hendak jaga juta-juta rakyat Malaysia yang akan menderita kerana perkara-perkara ini.

Jadi saya berharaplah kerajaan sendiri perhatikan perkara ini dan kita juga hendak syarikat GLCs ini Tuan Yang di-Pertua, siapa yang duk memantau syarikat-syarikat GLCs ini. Kadang-kadang syarikat GLCa ini melabur di sana, melabur di sini, berbilion ringgit. Inilah yang rakyat takut. Bukan rakyat fikir subsidi RM40 bilion, RM50 bilion, kita akan bagi kepada rakyat tetapi ini duduk melabur di luar negara, melabur di sana, di sini berbilion ringgit.

Kita rakyat biasa ini pun, yang kongkalikung, duduk di meja kampung fikir apa sudah jadi? Kita lihat bodoh-bodoh kita pun, Malayan Banking yang kita bercakap pada hari ini, kita riuh iaitu beli sebuah bank di Indonesia, tidak silap saya harganya RM86 bilion iaitu empat kali ganda daripada harga book value dengan izin, harga buku, kalau tidak silap saya, saya minta kementerian jawab sama ada betul atau tidak betul.

Kalau harga dalam buku baru tidak sampai pun RM2 bilion, kiat beli dengan harga RM86 bilion melalui Syarikat Temasek di Singapura dan dia juga ada polisi di Kerajaan Indonesia bahawa dia ada dipanggil SPP, Sales Purchasing Policy. Kita sudah ada Lippo Bank, negara luar tidak boleh beli dua bank di satu-satu kalau tidak silap saya polisi di negara Indonesia, beli satu bank. Kalau ada dua bank hari ini, kita sudah beli RM86 bilion kita bayar melalui Syarikat Temasek kita beli bank di negara Indonesia, ini siapa yang memberi kebenaran, kelulusan kita hendak tahu?

Tak kanlah sampai tiada langsung penyiasatan dilakukan, pakai hendak beli, beli, beli sahaja. Kalaulah RM86 bilion ini tidak jadi, sekali dah mesti ada orang-orang konsultan, mesti ada orang tengah. Siapa orang ini kita hendak tahu, yang pergi bincang, yang pergi ini, harga RM86 bilion dia hendak beli padahal book value, baru tidak sampai RM2 bilion, selepas itu ditakdirkan kita tidak boleh, gagal, kita kena jual dengan harga yang murah.

Makna kita akan rugi dua kali ganda, dua kali negara akan rugi. Yang untung siapa, dua kali? Orang tengah inilah. Inilah rakyat hendak lihat...

Dato’ Wan Nordin bin Che Murat: Minta laluan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Musa berhubung dengan pembelian sebuah bank di Indonesia oleh Maybank.

Sebab saya teringat kebetulan pada ketika Telekom Malaysia menjualkan sahamnya kepada Temasek pada satu ketika dahulu, ketua eksekutifnya adalah sama ketua eksekutif yang baru dilantik di Maybank yang mana apabila dia berpindah ke Maybank, dia beli saham bank Indonesia yang dipunyai Temasek. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Dato’, ada unsur-unsur ketidaktelusan, penyelewengan dan saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Dato’ tadi kita perlu diadakan siasatan. Apa pandangan Yang Berhormat Dato’?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya mintalah kementerian siasat perkara ini. Perkara ini bukan perkara baru, sudah bercakap di merata kampung sudah. Hari ini jangan fikir orang kampung macam 50 tahun dahulu, orang kampung sekarang ini sudah bijak-bijak.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

30 DN.28.5.2008

Dia duduk di kedai-kedai kopi dia bercakap soal Malayan Banking. Saya

sendiri masuk kampung duduk minum kopi, orang kata Dato’ ini apa Malayan Banking kita hendak minta pinjaman dalam Malaysia susah hendak dapat, pergi beli bank di Indonesia buat apa. Tolonglah rakyat Malaysia, ini orang kampung bercakap, orang kampung pun sudah tahu.

Sebab itu bagi saya, saya bersetuju Yang Berhormat satu kenyataan telah dibuat. Siapa yang bertanggungjawab untuk membeli bank ini dan siapa yang memberi kelulusan dan saya juga setuju adakah mempunyai pertalian di antara Malayan Banking baru ini dengan TM yang dulu. Saya minta disiasat perkara ini sebab ini perkara yang kita hendak bercakap soal ketelusan. Jadi semua bercakap soal ketelusan, ketua hakim kena ketelusan, lembaga semua hendak ketelusan, okey kita bercakap soal ketelusan, kita telus hari ini baru rakyat akan fikir betul-betul tu.

Jangan kita cakap ‘A’ boleh telus, ‘B’ tidak boleh telus. ‘A’ boleh buka, ‘B’ tutup, ini bukan adil. Sebab itu syarikat GLC ini kita kena pantau, kita kena melihat siapa yang memberi kebenaran, siapa yang memberi kelulusan ini saya minta kementerian bertanggungjawab yang akan menjawab di atas perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada isi yang lain iaitu tentang satu lagi masalah nelayan.

Tuan Yang di-Pertua: Banyak lagi isu atau perkara Yang Berhormat hendak ketengahkan kerana tadi kita sama-sama lihat banyak kawan-kawan hendak peluang bercakap.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Saya Tuan Yang di-Pertua bagi saya 10 minit lagi habis Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah saya akan. Hendak bercakap banyak, saya akan pendekkan iaitu tentang nelayan.

Tuan Yang di-Pertua: Selepas daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Ridhuan. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang Malaysia International Tuna Port ini yang diswastakan. Saya sudah bercakap dalam Dewan ini berkali-kali saya minta menteri tolong turun pergi tengok, 6,000 nelayan hari ini menjadi mangsa penswastaan. Ini nelayan, kerajaan kata hendak bela nelayan, bela petani, penswastaan bukan menguntungkan malah merugikan nelayan. Dulu nelayan mendapat pendapatan yang besar, hari ini kecil kerana penswastaan.

MITP ditubuhkan untuk apa, LKIM dengan sebuah syarikat. Sepatutnya pendapatan daripada ikan tuna, orang daripada luar negara hari ini datang di Batu Maung dia ambil. Tidak, hari ini tekan nelayan tempatan sebab dia tidak dapat pendapatan di sana, dia tekan nelayan di Pulau Pinang.

■1230

Ini satu perkara yang tidak adil. Saya minta menteri, tolonglah turun, selesaikan masalah ini. Saya tahu ini soal perjanjian, tidak boleh, sudah sign perjanjian tidak boleh buat. Matilah nelayan. Semua soal perjanjian tidak boleh, kita sudah ada perjanjian, swasta tidak boleh. Kalau semua tidak boleh, kita jadi kerajaan buat apa? Gunalah kuasa kita. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat tadi.

Ini soal 6,000 nelayan. Hari-hari saya duduk dekat Pulau Pinang, nelayan dok bercakap soal inilah. Penindasan yang berlaku, tanah LKM kenapa yang patut diberi kepada nelayan diambil oleh MITP. MITP ini sepatutnya keuntungannya daripada ikan tuna yang dibawa daripada luar negara tetapi diambil daripada pendapatan nelayan.

Dahulu nelayan mendapat hasil daripada minyak, sekarang ini tidak boleh dapat. Parking pun, kalau nelayan hendak masuk tempat parking pun kena bayar. Ini apa punya cerita ni. Penswastaan ini merugikan rakyat. Kita kena lihat semula Tuan Yang di-Pertua.

Saya akhir sekali Tuan Yang di-Pertua tentang belia. Belia kita lihat hari ini, Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan ini kita hendak membangunkan belia. Kita bercakap soal dadah, mat rempit, tetapi siapa yang membela mereka ini, siapa? Kita bercakap soal sukan negara. Kita punya perbelanjaan berbilion ringgit dan baru-baru ini rakan saya ada bawa Datuk Wira tentang CYC. Kita sudah bayar pun RM17 juta untuk mengadakan sukan. Kalau bayar pun RM7 juta kalau

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 31

tidak silap saya yang lebih itu tidak boleh buat, dan hari ini mungkin pertandingan tidak dapat diadakan.

Ini satu pembaziran. Kita buat kerja sampai tidak fikir, tidak tahu undang-undang. Kita ada padang sukan, tidak melalui padang sukan. Kita sama kita berkelahi. Yang rugi siapa? Rakyat, RM7 - RM 8 juta kalau beri kepada rakyat di luar bandar, dia buat rumah yang sudah robek apa semua ini. Esok meleleh dia tengok Barisan Nasional dia sokong. Tidak sokong dah Pakatan Rakyat ini. Minta maaf sahabat saya. Sila.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Tuan Yang di-Pertua. Soalnya kita sekarang ini bukan hendak bincang hendak suruh sokong siapa Yang Berhormat. Soalnya kita bincang kepentingan rakyat. Saya terasa sedih dan sebak dan begitu dengan izin, appreciate kerana Yang Berhormat mengatakan perkara yang sebenar sesuai dengan kedudukan kita dalam Dewan Negara ini. Jadi, saya mintalah jangan sebutlah soal hendak sokong siapa. Kita bincang untuk kepentingan rakyat. Insya-Allah.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat. Orang politik dia turun dia kuis-kuis sedikit Yang Berhormat... [Ketawa] Perkara biasa Yang Berhormat.

Orang politik kalau dia tidak kuis dia tidak seronok. Jadi, bagi saya Yang Berhormat. Inilah kerja kita, kita hendak buat. Saya setuju macam Kelantan baru ini. Walaupun Kelantan, ada yang baik kita kena ambil. Hendak buat gelanggang untuk mat rempit ini naik motosikal. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh buat.

Kita boleh tiru, kita buat gelanggang. Dia buat rempit, rempit. Dia hendak rempit di mana. Di atas jalan rayalah tetapi dia tiada tempat dan kawasan untuk dia. Kawasan ini, buatlah, rempitlah, hang nak lingkup, hang nak terjun, terjun la dalam gelanggang itu. Ini tidak, kita kata mat rempit macam itu, kita kata ini belia benci dadah. Bubuh billboard, merata, berbilion ringgit di billboard ini. Pada duit itu dia beri pada belia beri kepada persatuan belia-belia ini, saya minta Kementerian Belia dan Sukan beri kepada persatuan belia duit, buat aktiviti.

Ini kadang-kadang Kementerian Belia dan Sukan yang lepas ini, hendak buat aktiviti, dia bawa konsultan daripada Kuala Lumpur pergi kat kampung itu. Hendak main bola kah? Berilah dekat persatuan belia, biar persatuan belia anjur. Ini daripada Kuala Lumpur hendak pergi ke Bukit Mertajam, hendak anjur, ini apa? Sampai yang itu pun nak ambil konsultan.

Ini saya kata pembaziran, penyelewengan yang berlaku. Saya minta perkara-perkara inilah Tuan Yang di-Pertua kita kena perbaiki. Satu lagi saya hendak minta kita hari ini lihat restoran-restoran bercakap tentang subsidi RM40 bilion, RM50 bilion. Kita ada BERNAS, kita ada Robert Kuok tentang gula, kenaikan-kenaikan. Kita berilah peluang. Pasal apa BERNAS untuk monopoli seorang dia sahaja? Kenapa tidak beri BERNAS monopoli termasuk beras?

Bagi dunia tiga syarikat, biar mereka bersaing, bukan dia bersaing. Macam hari ini AirAsia dengan MAS. Saya setuju, saya ucapkan tahniah kepada MAS. Kalau dia bersaing dengan AirAsia, kalau AirAsia ada tambang murah, MAS juga hendak tambang murah. AirAsia pula kata, tidak patut MAS buat macam itu. MAS, syarikat GAC, syarikat kerajaan. Dia untung, dia beri balik kepada rakyat. Dia beri tambang murah, bermakna rakyat dapat menikmati. Tahniah kepada MAS. Yang AirAsia ini hendak marah pasal apa. Hendak berniaga, berniagalah. Macam itulah kerajaan kena buat dengan syarikat lain. BERNAS juga ada satu, dua syarikat lagi. Gula bawa satu, dua syarikat lagi. Biar mereka ini bersaing pula yang menguntungkan rakyat.

Sebab itu ini AirAsia dengan MAS bersaing, yang untung siapa? Rakyat, inilah persaingan yang sihat. Kalau yang lain kita boleh beri, kalau orang kampung hendak ada francais sampai empat, lima kita beri hang pi lawan. Pasal apa yang korporat besar-besar kita takut sangat hendak beri bersaing di antara satu sama lain.

Jadi, inilah orang kata kos naik semua, kerana persaingan mereka sendiri, kerana syarikat-syarikat besar ini. Kementerian Dalam Negeri sendiri yang pergi check ini, kedai-kedai yang kecil-kecil ini. Yang pemborong besar-besar, pekilang, berapa orang yang ditangkap sudah? Yang didakwa tengok kedai Pak Long, kedai Mak Long, Kedai Ah Hock, Restoran Hock. Hak itu yang ditangkap, dok denda itu. Selepas itu, VCD lucah lah hak tu yang dia ligan, ligan balik. Kena pukul, cerita dalam surat khabar. Itu sahaja, tetapi berapa kilang sudah yang didakwa? Pemborong-pemborong yang

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

32 DN.28.5.2008

sorok beras keluar, berapa orang didakwa? Tidak ada, kena ikan bilis. Sebab itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua saya minta Kementerian Dalam Negeri ini lihat perkara ini

Satu lagi, sales tax yang 5%, saya tidak tahu 10% yang dok kena dekat kedai-kedai yang kecil ini fasal apa hendak bebankan rakyat lagi. Kalau barang sudah naik, kita kata kedai itu jangan naikkan harga. Yang kerajaan itu pergi caj 5% itu fasal apa? Dia caj 5%, dia akan naik harga.

Sudah tentu, secara tidak langsung harga akan naik. 5% ini kalau kerajaan punya subsidi RM40 bilion, RM50 bilion bercakap dalam sini hak 5% ini saya ingat kecil sahaja. Kita hapus buanglah sales tax ini sebab saya tahu hari in, kita yang pergi makan, kecuali dia ada restoran yang besar, dengan air cond, hotel yang besar dengan air cord. Dia caj yang pergi orang kaya-kaya. Orang macam Datuk Wira Syed Ali pi la. Itu orang kaya. Tidak apa tetapi, orang-orang miskin, orang yang pertengahan, pegawai-pegawai kerajaan.

Kini wanita pun semua hendak kerja. Wanita pun hendak 34% sampai kadang-kadang tidak reti masak nasi di rumah dah. Kena makan di kedai, suruh kita makan di kedai. Inilah berpendapatan rendah di kedai, restoran kecil-kecil ini. Ini yang orang ramai pergi makan.

So, sales tax kalau kena lagi, bebankan rakyat. Saya minta kerajaan hapuskanlah sales tax yang 5% ke 10% ini untuk tidak membebankan rakyat lagi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya dan saya berharaplah kementerian-kementerian yang ada di sini. Nampak timbalan menteri, seorang pun tidak ada. Yang ada pegawai-pegawai. Saya percaya, pegawai-pegawai ini gaji dah naik, umur pun dah meningkat, boleh sampai 58 akan menjalankan tugas dan tanggungjawab, beritahu kepada menteri apa yang kita bercakap hari ini, ambillah tindakan. Jangan lepas ini, tahun depan kita mai sekali lagi, bercakap fasal ini. ambillah tindakan. Tunjuklah bahawa, kerajaan hari ini adalah kerajaan untuk rakyat. Kerajaan hendak bina rakyat, hendak tolong rakyat. Ini yang kita hendak. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Saya pohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Datuk Rizuan.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Mesyuarat Pertama Parlimen Kedua belas tempoh hari.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara terutama yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga soal-soal agama serta gejala sosial. Mengenai Pilihan Raya yang kedua belas baru lalu yang sering didengar dan diperdebatkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mulia ini. Rakyat telah pun membuat keputusan rakyat dan diterima dengan hati terbuka.

Untuk makluman Tuan-tuan dan Dewan yang mulia ini, sebenarnya di Wilayah Persekutuan, Barisan Nasional tidak kalah. Walaupun banyak kerusi Parlimen jatuh ke tangan pembangkang. Kami tetap memerintah Wilayah Persekutuan selagi Barisan Nasional menerajui Kerajaan Persekutuan. Dahulu, kita menang sembilan Kerusi, sekarang kita menang tiga Kerusi.

■1240

Akan datang kita menang satu kerusi atau kosong kerusi pun, kita tetap akan memerintah Wilayah Persekutuan selagi Kerajaan Persekutuan di bawah BN memerintah di negara kita. Kita akui bahawa kemenangan besar pembangkang merupakan satu hikmah kepada Kerajaan Barisan Nasional. Seperti yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir, isyarat telah diberi kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk tidak leka, tidak terlalu selesa, jangan menganggap sambil lewa terutama perkara yang menyentuh masalah harian rakyat. Kenaikan harga barang dan harga minyak harus ditangani dengan bijak. Peranan laman blog walaupun half truth sudah cukup untuk meracuni fikiran rakyat. Peranan pengundi muda yang tidak dijaga, mudah terpengaruh dengan internet dan laman web yang negatif. Ini juga harus dipandang berat.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 33

Yang paling penting di negeri Selangor, isu penyapu. Isu penyapu yang

menghancurkan Kerajaan Negeri Selangor harus kita jangan ulangi perbuatan ini. Selagi kakitangan kerajaan, isu bonus yang tidak seberapa harus dipandang, diambil berat. Bukan dipandang enteng. Kakitangan mengharapkan bonus. Kalau bagi bonus, tidak ada masalah pun. Walaupun pembangkang menang besar sehingga Barisan Nasional tidak menjangka banyak kerusi yang bertukar tangan, tetapi kita dapat mencapai juga mencapai majoriti. Walaupun kita tidak mencapai majoriti 2/3, tapi kita dapat juga memerintah walaupun dengan majoriti yang mudah. Pembangkang mahupun pemimpin politik Barisan Nasional harus insaf. Ini adalah ujian Allah. Ujian Tuhan, ada hikmahnya. Ingatlah, yang menang tidak akan dapat semuanya. Yang kalah tidak akan hilang semuanya.

Kita seharusnya mengambil iktibar perjuangan Rasulullah s.a.w memerangi orang-orang kafir musyrikin. Sejarah perjuangan Rasulullah harus dijadikan panduan untuk kita berjuang pada hari ini. Pilihan raya umpama peperangan. Peperangan Badar umpamanya, walaupun bala tentera kaum Muslimin tidaklah banyak, hanya 305 orang berbanding dengan 1,000 orang kaum kafir musyrikin. Akan tetapi dengan pertolongan Allah, akhirnya kita menang. Harta rampasan perang dibahagikan sama rata kepada kaum Muslimin. Peperangan Uhud, orang kafir musyrikin hendak membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

Rasulullah telah memberi arahan supaya 50 pasukan pemanah jangan meninggalkan Bukit Uhud walaupun sudah mengalahkan musuh. 700 orang Muslimin berlawan dengan 3,000 kafir musyrikin. Macam mana nak menang? Namun, mereka tidak mendengar arahan Nabi, apabila melihat harta rampasan yang banyak di bawah bukit, timbullah perasaan tamak. Akhirnya mereka meninggalkan bukit dan turun di bawah. Semasa itulah panglima perang kafir musyrikin yang diketuai oleh Khalid Ibnu Al-Walid datang daripada belakang dan menyerang sehingga banyak tentera kaum Muslimin yang mati syahid.

Ramai sahabat-sahabat Nabi yang meninggal dunia. Nabi sendiri pula cedera parah hingga patah beberapa batang giginya. Peperangan Khandak selepas itu orang kafir musyrikin tidak berpuas hati. Mereka mengumpul lebih banyak tentera. Kira-kira 10,000 orang berlawan dengan orang-orang Muslimin kira-kira 3,000 tentera. Sekali lagi Nabi bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya. Dengan kepintaran Sulaiman Al-Farisi yang mencadangkan supaya digali parit di keliling sekitar Madinah dan dengan pertolongan Allah, sekali lagi musnah segala tentera yang berkuda dan naik unta yang ditunggang masuk ke dalam lubang. Dengan angin kencang dan ribut taufan serta cuaca yang sejuk, larilah bertempiaran tentera musyrikin.

Iktibar dari kisah tadi, andaikanlah Perang Badar itu adalah pilihan raya tahun 2004 di mana BN menang besar. Manakala Perang Uhud sebagai pilihan raya tahun 2008, Barisan Nasional kalah di beberapa negeri kerana pemimpinnya asyik membahagi-bahagikan tanah untuk pembangunan projek mega, lupa masalah orang kampung orang miskin di luar bandar dan di dalam bandar. Lupa masalah rakyat.

Maka tumbanglah empat negeri ini ke tangan pembangkang, tetapi harus ingat Peperangan Khandak perlu diandaikan sebagai pilihan raya akan datang yang akan mengembalikan kuasa mutlak kepada Barisan Nasional. Bibit-bibit perpecahan di kalangan pembangkang sudah pun bermula.

Dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Baru-baru ini di negeri Selangor, fatwa telah dikeluarkan oleh Mufti barunya Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali supaya mengharamkan segala aktiviti dan program yang bersangkutan dengan Islam Hadhari. Ditambah pula dengan menghalalkan projek mega ternakan babi bernilai RM100 juta. Kerja-kerja sebegini bertentangan dengan ajaran Islam. Jangan sebab politik, bagi memenangi hati orang bukan Islam, soal prinsip keislaman diketepikan. Kenyataan sebegini tidak patut dikeluarkan oleh seseorang yang kononnya memperjuangkan Islam. Kalau betul ikhlas...

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Yang Berhormat pohon laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada ahli Yang Berhormat pohon laluan.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Sikit lagi saya nak habiskan. Kalau betul ikhlas...

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

34 DN.28.5.2008

Tuan Yang di-Pertua: Ada Yang Berhormat pohon laluan. Okey Yang

Berhormat beri laluan.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Sekejap lagi saya habis.

Tuan Yang di-Pertua: Sekejap saja.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Kalau betul ikhlas, buatlah ladang lembu RM100 juta, ladang kambing RM50 juta. Tidak adalah orang nak marah. Tindakan yang bertentangan dengan hukum Allah sudah tentu akan mengundang kepada kehancuran. Sila Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat baru menyebut tadi berhubung dengan pengharaman Islam Hadhari yang dibuat oleh mufti baru, Sahibul Samahah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali. Adakah perkara ini boleh dilakukan dalam sistem pentadbiran Islam kita di mana kuasa-kuasa yang sebenar membuat fatwa seumpama itu seharusnya dibuat oleh mufti, bukan oleh seorang ahli politik. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Saya nak bagi tahu kita sebut fatwa sebenarnya tapi itu kenyataannya. Kita tengok Kelantan. Dia tidak terima Islam Hadhari tapi tidak langsung menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Islam Hadhari. Jadi terpulanglah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat mesyuarat dan kenyataan sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti baru Selangor itu merupakan satu fatwa. Saya nak pergi mengenai peranan SPR.

Sebelum pilihan raya, macam-macam cadangan dan perubahan dilakukan oleh SPR termasuklah penggunaan kotak lut sinar ataupun transparent, dakwat hitam, membersihkan dan mengemaskinikan senarai pengundi. Tidak ada lagi pengundi hantu. Itu pun dipertikaikan oleh BERSIH yang didalangi oleh pembangkang. Apabila selesai pilihan raya, tidak berbunyi apa pun, tunjuk perasan tidak adapun. Ini menunjukkan pilihan raya yang lalu diuruskan dengan baik dan berjalan lancar.

Hari ini kita nak ucap syabas kepada SPR kerana berjaya mengendalikan pilihan raya yang lalu dengan cukup sempurna. Mengenai perangai manusia yang suka tunjuk perasaan, di mana-mana saja di Kuala Lumpur terutamanya sikit-sikit tunjuk perasaan. Tidak ada cara lainkah? Tidak puas hati tunjuk perasaan. Rosak harta benda kerajaan, tergendala perbelanjaan harian, orang nak berniaga dekat kedai di Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman pun tergendala. Di Kuala Lumpur, tidak puas hati kerana tidak dapat pampasan pindah rumah pangsa pun tunjuk perasaan. Rumah setinggan kena roboh untuk pembangunan projek baru sedangkan notis telah diberi tiga tahun pun tunjuk perasaan. Kita nak tanya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Bandar raya, tolong bagilah jawapan yang sempurna dalam Dewan ini kenapa mereka ini suka tunjuk perasaan.

■1250

Adakah Dewan Bandaraya tidak menyelesaikan masalah mereka? Pihak Dewan Bandaraya dan Kementerian Wilayah Persekutuan, tidak adakah kaedah atau cara bagaimana tidak hendak bagi orang tunjuk perasaan. Nampak buruk sangat Kuala Lumpur ini yang kita rasa kita tidak tahu malu kepada pelancong-pelancong asing ini. Bila pelancong asing datang ke Dataran Merdeka tengok bandar raya orang tunjuk perasaan.

Kita perlu cari kaedah supaya suasana nampak sihat. Kaji masalah rakyat, kaji desakan mereka, kaji memorandum mereka dan ambil tindakan segera. Di Kuala Lumpur ini kita ada ramai Ahli Parlimen Pembangkang, kenapa rakyat di kawasan tersebut tidak menyalurkan pandangan dan desakan melalui Ahli Parlimen Pembangkang mereka? Janji semasa pilihan raya Ahli Parlimen Pembangkang, bila menang buatlah kerja, selesaikan masalah rakyat. Jangan biar rakyat dari kawasan mereka pergi tunjuk perasaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Gunakanlah saluran wakil rakyat untuk berunding dengan Dewan Bandaraya. Ini memang kerja mereka. Dewan Bandaraya bukan pekak dan bisu. Mereka sentiasa mendengar masalah dan rintihan rakyat. Cuma ia helah pembangkang untuk memburukkan lagi suasana.

Saya hendak menyentuh perkara seterusnya mengenai Kementerian Dalam Negeri, mengenai Visa on Arrival iaitu VOA. Saya ingin tahu bagaimana kaedahnya

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 35

yang kita lakukan di Malaysia ini sempena tahun melawat Malaysia. Orang datang masuk ke Kaunter Imigresen terus hilang di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Visa Lawatan kadang-kadang hingga satu minggu, dua minggu sampai satu bulan.

Saya pergi ke Dubai baru-baru ini dan saya tengok kaedahnya cukup mudah. Dubai pun guna VOA. Kita masuk ke kaunter, cop dan masukkan dalam komputer. Dia tanya kita hendak pergi mana? Duduk di hotel mana? Dia pun key-in hotel mana. Berapa hari? Enam hari. Kita pun pergilah ke bandar Dubai. Sampai enam hari kita pun balik, rekodnya ada di situ.

Di negara-negara maju seperti di Eropah apabila pelancong datang ke negaranya dia buat serupa apa yang dia buat di Dubai dan apabila dia kata pergi ke kawasan ‘A’ untuk satu minggu dia akan melaporkan diri di balai polis ‘A’. Minggu kedua apabila dia hendak pergi ke kawasan ‘B’ dia akan beritahu balai polis ‘A’ dia akan pergi ke kawasan ‘B’ selama seminggu, maka ia akan masukkan ke dalam komputer di balai polis ‘B’. Akhirnya polis akan tahu apabila pelancong ini akan meninggalkan negara tersebut.

Saya ingin memberitahu kepada Kementerian Dalam Negeri apakah cara ini boleh kita lakukan di negara kita kerana kita tengok terlalu ramai orang yang masuk ke negara kita dengan menggunakan VOA tetapi yang keluarnya tidak setimpal tidak sama seperti mana orang yang masuk, satu pertiga daripadanya hilang.

Keduanya saya hendak tanya, orang daripada India dan Bangladesh yang masuk kemudian hilang ini kenapa, apa tujuannya? Pelancong daripada China ini kita tahu mereka masuk dan hilang, sebab apabila kita serbu di pusat-pusat hiburan yang ramai kena tangkap ialah pelancong-pelancong dari negeri China yang menggunakan VOA yang tadi dipanggil “little dragon lady.” Ini yang kita jumpa di pusat-pusat hiburan. Semua yang kena tangkap ialah pelancong-pelancong yang bekerja di tempat-tempat maksiat. Oleh sebab itu gejala sosial bertambah kerana kerja-kerja maksiat pelancong asing ini.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat bercadang untuk sambung berucap di sebelah petang.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Ya, saya ada bercadang untuk sambung kerana ada beberapa perkara lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Bolehkah habiskan dalam 15 minit atau 20 di sebelah petang?

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Boleh, boleh, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh teruskan. Ahli-ahli yang lain dapat bersedia untuk hendak bercakap.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Ada tiga perkara lagi yang saya hendak sambung di sebelah petang.

Kita dengar apabila serbuan dibuat di tempat-tempat hiburan dan rumah urut jadi sarang pelacur rupa-rupanya kerja pelancong asing. Inilah yang dipanggil pelacur ‘touch and go” selepas itu dia pergi sebab guna VOA. Kenapa kita tidak perketatkan VOA ini dan visa pelancong atau Visa Lawatan Sosial ini? Orang Indonesia guna visa lawatan sosial. Sekarang ini pekerja-pekerja pembantu rumah atau maid payah hendak masuk Malaysia. Dia menggunakan visa lawatan sosial sebulan. Dia datang ke sini, hilangkan diri. Rupa-rupanya dia mencari pekerjaan di negara kita ini maka orang-orang yang Malaysia yang memerlukan pembantu rumah ambil mereka ini bekerja secara haram.

Saya hendak pergi bab agama seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong iaitu pembangunan kerohanian penting untuk meningkatkan kesejahteraan umat. Saya terpaksa menyuarakan ini di Dewan Negara kerana di Wilayah Persekutuan tidak ada Dewan Undangan Negeri. Di sini sahajalah yang saya dapat curahkan masalah dan rintihan rakyat.

Institusi masjid memainkan peranan yang sungguh berkesan untuk mendidik umat sentiasa sejahtera. Apa yang berlaku sekarang di mana-mana masjid di Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya masjidnya gah, besar, canggih tetapi sesetengahnya tidak dimakmurkan. Masjid Wilayah Persekutuan misalnya, kalau tuan-tuan pergi sembahyang maghrib, masjidnya besar tetapi satu saf pun tidak penuh. Jikalau tuan-

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

36 DN.28.5.2008

tuan pergi dengar ceramah agama penceramahnya duduk di depan dekat dengan mimbar, yang di depannya kosong tidak ada orang pun. Pergilah ke Masjid Wilayah Persekutuan kalau tidak percaya, tidak ada orang langsung!

Saya juga hendak puji Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan juga JAKIM kerana mengadakan khutbah Jumaat multimedia yang tercanggih di dunia. Saya hendak sebut tercanggih ini kerana hebat menggunakan multimedia. Negeri-negeri lain di Malaysia tidak pernah guna. Mungkin Terengganu ada menggunakannya tetapi tidaklah clear semacam di Wilayah Persekutuan. Skrin di Terengganu ini masih kabur tetapi di Wilayah Persekutuan ini terang, hebat dan berwarna-warni. Belanjanya tidak banyak RM30,000 bagi sebuah masjid tetapi kesannya cukup hebat. Makmumnya yang pergi tidak mengantuk, sambil tengok multimedia sambil mendengar apa yang disebutkan oleh imam.

Di samping kehebatan masjid banyak kekurangan. Itu saya hendak sebut, kakitangan masjid, imam, bilal, khoja ataupun di kampung disebut tok siak. Di Wilayah Persekutuan pendapatan mereka tidaklah setimpal. Ini orang-orang masjid suruh saya sampaikan di Dewan Negara ini.

Saya sudah bercakap banyak kali dalam Majlis Agama Wilayah Persekutuan tetapi sampai sekarang perkara ini masih pada tahap yang lama. Jangan marah kalau imam rakyat atau yang dipanggil imam rotate tidak dapat datang waktu subuh kerana terpaksa buat kerja overtime untuk menanggung keluarga. Jangan marah kalau khoja atau tok siak tidak bersihkan masjid dengan baik dan sempurna kerana elaunnya amat rendah.

Ada pula pada mulanya dibayar oleh JAKIM sebanyak RM450 sebulan kepada imam rakyat. Imam kerajaan memanglah kita tahulah gred S41 yang gajinya RM2,000 sebulan. Apabila didesak barulah majlis tambah RM250 menjadikan RM700. Saya hendak tanya kalau sebanyak RM700 di Kuala Lumpur ini bolehkah makan kalau anaknya empat? Orang yang duduk di masjid ini anaknya ramai.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh sambung selepas Dewan bersidang semula di sebelah petang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang. Dewan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan untuk menyambung ucapan.

2.32 ptg.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum tengah hari tadi saya sedang mengetengahkan pandangan mengenai rungutan jawatankuasa masjid, kakitangan masjid mengenai pendapatan mereka yang tidak setimpal. Untuk makluman Dewan ini, pihak JAKIM memberi bantuan sebanyak RM450 sebulan kepada imam rakyat, yang mana selebihnya sebanyak RM250 diberi bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sebab itu kalau kita lihat RM700 sebulan tidaklah memadai di Wilayah Persekutuan ini, kerana kalau saya kata anaknya empat orang atau anaknya enam orang, tujuh orang atau sepuluh orang, kalau isterinya dua orang, jadi 20 orang anaknya, mana hendak cari makan di Wilayah Persekutuan ini. Jadi di negeri Selangor juga, hari ini kita baca surat khabar, Islam Hadhari, ini kenyataan daripada Ketua Pengarah JAKIM, “Tindakan Selangor Merugikan”, kerana selama ini Selangor mendapat bantuan hampir RM10 juta untuk program-program yang berkaitan dengan Islam Hadhari termasuklah bantuan RM450 kepada imam rakyat ini.

Jadi kalaulah Selangor tidak mahu ataupun mengharamkan Islam Hadhari, selamatlah duit JAKIM sebanyak RM10 juta tiap-tiap tahun. Bagi tok siak atau noja, mereka diberi bantuan atau elaun bulanan sebanyak RM400. Jadi kita tengoklah RM400 apa boleh buat di Kuala Lumpur ini. Sebab itu mereka terpaksa kerja part time sebelah malam atau sebelah siang. MTUC pun mendesak kerajaan supaya diberi gaji minimum sebanyak RM900 sebulan. Ini RM400 ini, hendak makan apa?

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 37

Jadi, saya bersetujulah kalau dikaji balik peruntukan atau elaun bulanan

kepada orang-orang atau kakitangan masjid ini supaya peranan mereka lebih berkesan dan setimpal dengan jawatan yang mereka pegang. Saya lihat menteri baru yang juga selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini, beliau amat prihatin sedikit kerana Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi sedar bahawa orang-orang masjid banyak pengaruh terhadap pengundi-pengundi di kawasan masing-masing.

Soal kedua, soal Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ini pun saya bercakap dahulu semasa saya menjadi Ahli Majlis Agama Islam selama 10 tahun dan apabila saya dipencenkan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan saya bercakap pula dalam Majlis Tindakan Wilayah Persekutuan, tetapi sampai ke hari ini masalah ini belum selesai. Di bawah pentadbiran lama, tidak ramai melibatkan pemimpin tempatan sebagai ahli majlis. Banyak yang dipanggil atau dijemput menjadi ahli majlis, orang-orang “Yes man”, orang-orang menteri dan orang-orang pengerusi majlis. Mereka ini tidak tahu masalah tempatan, kerana mereka ini tidak mewakili Parlimen masing-masing.

Sebab itu saya cadangkan di bawah pentadbiran baru yang diketuai oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi ini, ambillah orang-orang tempatan yang tahu masalah tempatan, baru boleh selesai masalah di kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan ini. Ada wakil wanita yang duduk sebagai ahli majlis, bertahun-tahun lamanya, daripada muda sampai tua, jalan pun sudah tidak larat, 15 tahun, 20 tahun sebagai ahli majlis, masih dikekalkan. Di Wilayah Persekutuan banyak tenaga profesional, peguam atau lawyer, tokoh-tokoh agama, tokoh akademik yang boleh menggantikan mereka ini kerana idea-idea baru penting. Orang lama kita hargai, tetapi orang baru kita harus ambil untuk memantapkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ikut macam YADIM. YADIM ada Majlis Perundingan Wanita Islam yang terdiri daripada yang saya sebut tadi ahli profesional, akauntan, lawyer dan tokoh akademik dan mereka bagi pandangan yang sungguh bernas dalam YADIM. Sebab itu kita janganlah marah kalau orang-orang atau kakitangan masjid memainkan peranan yang menyebabkan undi protes terhadap Barisan Nasional dan orang-orang masjid penting. Kita harus jaga mereka ini, kerana mereka boleh menyampaikan maklumat dan maklumat ini sampai terus kepada mereka yang datang ke masjid tiap-tiap hari selain daripada pengerusi masjid dan ahli jawatankuasa masjid.

Di Wilayah Persekutuan, masjid-masjid baru yang didirikan, jawatankuasa lama harus bagi jalan kepada pegawai-pegawai daripada majlis atau JAWI, kerana kononnya senang untuk menyelenggarakan masjid-masjid baru. Kalau ada laporan bocor, kalau ada laporan mengenai defect liability period atau kecacatan dalam tempoh itu, pegawai masjid, kakitangan masjid ataupun jawatankuasa masjid ini boleh berurus terus dengan majlis, tetapi saya hendak beritahu, dalam pembangunan apa-apa pun, defect liability period ini hanyalah untuk satu tahun atau 12 bulan. Jadi saya cadangkan supaya bagi baliklah kepada orang-orang tempatan mengendalikan masjid ini sebagai pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan kalau hendak bagi pun, bagi tempoh hanya satu tahun.

Berbalik kepada soal sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Saya lihat di Wilayah Persekutuan, mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat tidak sedar banyak projek PPR, Projek Perumahan Rakyat tumbuh bagai cendawan. Di kawasan Lembah Pantai, ada 10 bangunan blok rumah PPR dan ada 10,000 anak-anak orang-orang Islam, tetapi sekolah agamanya hanya satu itulah. Saya sudah cadang banyak kali – tapak ada, duit ada, kenapa kita tidak gunakan peruntukan ini untuk membina beberapa lagi blok sekolah agama rakyat kerana kalau kita lihat sekarang ini, mereka pergi ke sekolah berhimpit-himpit, sesi pagi, sesi petang, satu bilik darjah 50 orang. Bagaimana guru hendak bagi konsentrasi kepada murid kalau 50 orang, satu bilik darjah. Kita sekarang at the way of thirty of bilik darjah bukan 50. Perangai murid-murid berbagai-bagai. Yang duduk PPR itu datang dari kawasan setinggan. Perangai tidak senonoh, nakal tidak tentu pasal.

■1440

Jadi, macam mana hendak concentrate 50 orang, 50 orang satu bilik darjah? Di sekolah rendah pun sama. Sekolah rendah sesi pagi di sekolah biasa ini, orang kata mesti 30 orang murid satu bilik darjah. Barulah guru itu boleh bagi perhatian terhadap murid-murid.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

38 DN.28.5.2008

Soal pembangunan tanah kubur, ini juga saya nyatakan, saya sebut berulang

kali. Sudah hampir sepuluh tahun saya bercakap soal tanah kubur ini. Selepas ini di Wilayah Persekutuan, di Jalan Ampang, penuh. Tan Sri Datuk (Dr). Jins Shamsudin, orang kenamaan sahaja boleh masuk. Kalau sesiapa yang meninggal, mana hendak letak? Pergilah Bukit Kiara. Bukit Kiara pun ada satu tempat lagi. Selepas ini, hendak pergi mana? Saya hendak tanya. Pergi negeri Selangor.

Mana Selangor hendak bagi. Selangor di bawah pemerintah parti pembangkang. Di Wilayah, Kerajaan Persekutuan. Yang saya hairannya, ada beberapa tapak tetapi tidak dibangunkan kerana macam-macam kerenah. Saya tidak tahu kenapa kerenahnya, sedangkan tapak ini kalau dibangunkan, tidak ada masalah pun.

Di tempat saya di Kepong, kalau tuan-tuan pergi, cantik, berhadapan dengan dipanggil Taman Layang-Layang. Kalau tuan-tuan pergi hari Sabtu, hari Ahad, jam di dalam itu, orang main layang-layang dekat Tasik Metropolitan. Di hadapan itu, rizab tanah kubur, lapan ekar. Saya sudah bercakap sepuluh tahun dah. Sejak tahun 1968 sampai sekarang, tidak dibangunkan.

Hendak tunggu apa lagi? Peruntukan sudah ada. Kalau kita katakan duit tidak ada, tiap-tiap tahun kutipan zakat PPZ, Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuanlah yang paling tinggi sekali. Tahun ini saya kira akan mencapai lebih RM60 juta kutipan zakat. Hendak buat tanah kubur, berapa duit hendak pakai? RM2 juta sahaja. RM2 juta bukan banyak pun, tetapi apa pasal? Perkara ini ambil masa yang terlalu lama.

Jadi, menteri yang baru ini, saya kira dia cekap, tajam pemerhatian dia. Bila saya cakap di Dewan Negara ini, sampailah dekat dia esok. Dia dengar dan dia akan buat tahun ini, saya percayalah. Kawan saya lama, Datuk Zahid ini. Dalam Exco Pemuda Ketua UMNO bercakap bukan main hebat. Jadi kehebatan dia sampai ke hari ini. Saya percaya dia akan buat perkara ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, jangan sampai orang marah. Kita bercakap secara jujur dan ikhlas. Ini pandangan orang bawah. Semua orang tengok. Kita jangan cakap, bila cakap, orang tak buat, selepas itu orang marah. Bila orang marah, orang tak mengundi, barulah kita tahu. Bahawa kena sebiji ‘atas kepala kita’. Biji mata, atas kepala kita, semua kena. Bila orang cakap, tidak dengar. Dengarlah apa orang cakap ini! Ini suara rakyat!! Satu perkara lagi, tanah kubur RM2 juta tak boleh cari, tetapi kalau hendak kahwin free, kahwin satulah, kahwin dua tidak boleh.

Sesiapa hendak kahwin free daripada kampung, datanglah ke Wilayah Persekutuan ini. Kami bagi RM10,000.00 satu pasangan. RM5,000.00 lelaki, RM5,000.00 untuk yang perempuan. RM10,000.00, senang sahaja! Yang dari kampung itu, datanglah dua, tiga bulan duduk di Wilayah Persekutuan, tukar alamat, kemudian daftar dengan Imam kawasan masing-masing, bagi tahu hendak kahwin. Kami tidak ada duit, kami orang miskin dan peruntukan RM10,000.00 akan dibagi kepada pasangan tersebut.

Saya hendak beritahu, dahulu berlaku Tsunami di Aceh. Senang-senang sahaja kita bagi hampir RM1 juta bagi begitu sahaja, tetapi bila orang Wilayah minta hendak buat tanah kubur, nilainya RM2 juta, ambil masa sepuluh tahun. Ini seumpamalah, kera di hutan disusukan, anak di kandung mati kelaparan. Jangan buat perangai ini. Perangai ini menghancurkan Barisan Nasional, menghancurkan kerajaan.

Menteri baru ini, saya tengok prihatin sebab bila dia pegang sahaja sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Agama Wilayah Persekutuan, tindakan pertama mansuhkan semua projek yang melibatkan tanah masjid dahulu. Rizab masjid dijadikan projek komersial kerana projek komersial itu tidak berfaedah. Apanya tidak, seperti di Jalan Telawi, Bangsar kalau tuan-tuan pergi, dekat dengan Masjid Bangsar, macam itulah dia hendak buat di Sri Hartamas. Tapak Masjid Hartamas. Konon-kononnya tapak masjid itu dekat dengan Masjid Wilayah. Kalau kita pergi Mekah di keliling Masjidil Haram, semua masjid. Kalau kita pergi di Masjid Negara, di belakang Masjid Negara, Masjid Bukit Aman.

Di hadapan sana, Masjid Jamek. Kenapa Masjid Sri Hartamas tidak boleh buat? Saya tidak tahu kenapa pandangan, kadang-kadang kita fikir sangat. Pungutan zakat sudah pungut melambak-lambak, RM50 - RM60 juta satu tahun. Hendak gunakan tanah masjid ini hendak bangunkan projek komersial, tetapi gadaikan tanah masjid dijadikan tapak untuk komersial. Buat rumah kedai, di bawah itu ada apa? Ada kawasan ataupun tempat tari-menari, disko. Selepas disko, apa? Karaoke. Selepas karaoke apa? Jual arak. Siapa hendak jawab di akhirat esok? Kalau tanah masjid

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 39

dijadikan tempat untuk minum arak, judi, karaoke, yang paling dahsyat lagi, tarian bogel dalam tempat itu, macam di Jalan Bukit Bintang. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perkara yang saya ingat penting untuk diutarakan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bukan ceramah ya?

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bukan ceramah ya?

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Bukan, saya bercakap mengenai Perkara 43 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud saya tadi, Yang Berhormat ada menyebut tuan-tuan dan puan-puan tadi, sedangkan kita berada di Dewan Negara sekarang... [Ketawa]

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Kadang-kadang orang politik tersasul. Soal yang keenam Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Saya hendak masuk soal gejala sosial sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekarang orang asyik bercakap pakaian murid perempuan sekolah. Perkara remeh-temeh ini pun bawa kepada pengetahuan umum. Banyak pihak mengatakan, murid-murid sekolah..., tak ada murid sekolah hari ini. Yang pakai baju kurung putih dengan gaun ataupun kain biru itu tidak sesuai. Betul tak? Tidak sesuai! Boleh menyebabkan kejadian ataupun gejala sosial yang menarik perhatian orang untuk kes atau menyebabkan kes rogol.

Bagi saya, yang tidak pakai baju kurung, pakai skirt pun sama. Nampak betis pun sama kes rogol kalau hendak jadi. Dahulu, semasa 30 tahun yang dahulu, kalau tuan-tuan masih ingat, kita belajar di sekolah menengah Tingkatan 1, jadi pengawas kalau yang perempuan itu, atas putih, bawah putih, skirt putih tetapi atas lutut, betul tak? Bukan bawah lutut. Tak dak pun orang bising! Tak dak pun kejadian rogol!!

Kenapa sekarang ini hendak bising? Itu bagi orang-orang Muslim. Kalau orang bukan Muslim, tak ada pun sebut pasal baju kurung. Jarang orang bukan Muslim pakai baju kurung. Cuba kita cadangkan supaya murid-murid perempuan yang pakai baju kurung ini pakai tudung, pakai baju kurung. Jangan pakai baju kurung tak pakai tudung. Barulah tidak menjadi masalah, tidak dibincangkan, dipolemikkan dalam surat khabar.

Yang keduanya... tapi nampak buruklah. Macam sekarang ini, skirt itu sudah bawah lutut, bagi sampai kaki. Baru tidak nampak kaki tetapi, burukkah atau baikkah pandangan itu, siapa hendak pakai? Bagi anak saya, anak saya pun tidak mahu pakai...

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Yang Berhormat...

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Sila.

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Yang Berhormat, terima kasih beri saya laluan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tentang pakaian ini tadi. Jadi saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat bagaimana dengan pakaian artis-artis wanita yang selalu di stesen-stesen TV? Baru-baru ini seorang artis lelaki yang tidak pakai baju diharamkan daripada mengambil bahagian dan dia telah kena gam dua tahun tidak boleh mengambil bahagian kerana tidak pakai baju, appear di khalayak ramai. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan artis-artis yang selalu buat performance dengan pakaian yang tidak menutup aurat? Terima kasih.

■1450

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Ini lelaki yang tidak pakai baju ni ya? Saya ingat perempuan... [Ketawa] Lelaki tak pakai baju, kita sembahyang pun Islamlah, sembahyang hendak menghadap Tuhan kena pakai kemas. Ini hendak menghadap orang ramai ini. Hendak menjadi contoh kepada golongan muda.

Saya setujulah kalau gam dua tahun, empat tahun. Tambah jadi empat tahun. Tambah dua tahun jadi empat tahun. Orang ini biadab sebenarnya. Orang ini tidak ada adat. Tak ikut tatasusila. Mak bapa dia tak ajar daripada kecil. Saya percaya orang ini, kalau gam empat tahun dia tak dapat cari makan lagi dah. Rambut panjang pula tu kan? Rambut panjang, tak pakai baju, adakah pula macam itu? Hendak mempamerkan budaya apa ni? Budaya Barat pun tak ada, budaya hutan ada lain.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

40 DN.28.5.2008

Jadi ‘tuan-tuan’ dan ‘puan-puan’..., ‘tuan-tuan’ minta maaf tadi.... [Ketawa] Ahli-ahli Dewan yang mulia, isu terakhir mengenai kenaikan harga barang dan kenaikan harga minyak. Masalah sekarang ini sebenarnya bukan kenaikan harga barang dan kenaikan harga minyak ini yang menghantui fikiran rakyat, tetapi sebenarnya rakyat tidak berbelanja secara berhemah. Duit ada tapi belanjanya tidak berhemah.

Saya hendak beritahu orang kata, alah membeli menang memakai. Di kampung-kampung kalau kita pergilah. Isteri dia cikgu, suami dia kerani ataupun cikgu. Dua-dua cikgulah. Di rumah mereka kereta dua biji. Kemudian, tiap-tiap tahun mereka ini programnya pergi makan angin luar negeri. Pergi Vietnam umpamanya. Pergi Jakarta, pergi Umrah okeylah, kita setujulah.

Pergi Vietnam, Jakarta, Bali, Bandung, Beijing. Belanja satu orang kurang-kurangnya RM5,000. Laki bini sudah RM10,000. Siapa kata kita tidak ada duit? Tiap-tiap tahun dia pergi. Kalau pergi Mekah, pergi buat Umrah tiap-tiap tahun kita percayalah, kita setujulah. Ini pergi makan angin di luar negeri tiap-tiap tahun. Belanja RM10,000 tapi bila barang naik sikit melenting. Harga minyak naik sikit melenting tapi boleh pakai dua kereta.

Yang di bandar pula itu, berniaga warung tepi jalan. Restoran tepi jalan jual nasi lemak, tapi boleh beli rumah banglo. Boleh beli kereta Mercedes, BMW. Bila balik kampung bawa BMW, nak tunjuk action, nak tunjuk kepada orang kampung bawa BMW, kereta besar RM300,000. Langgar had laju, speed trap, kena saman hantar ke rumah. Zaman sekarang ini zaman on the spot hantar ke rumah. Tengok-tengok, hah RM300. Hendak menyelesaikan saman itu, tengok marah kerajaan! Kereta besar RM300,000, saman RM300 tak boleh bayarkah?

Perangai lagi satu, bila sampai di bandar dia parking di tepi garisan kuning. Dewan Bandaraya pun letak ataupun polis letak saman, RM80 kena. Ini pun hendak minta kurang! Suruh orang politik macam saya ini bawa kertas saman itu pergi jumpa Pegawai Undang-undang Dewan Bandaraya minta kurang RM50. Tak malukah orang macam ini? Pakai kereta RM300,000 saman RM80 tak boleh bayar.

Sebenarnya, kenaikan harga minyak dan harga barang ini mungkin terjejas kepada orang yang berpendapatan rendah tapi orang kaya, orang yang macam Ahli-ahli Dewan yang mulia ini tidak terasa. Kerana kita kalau beras naik pun, kita beli juga, terpaksa. Harga minyak kalau naik sekarang ini satu liter, RM0.61. Harga mineral water berapa? RM1 atau RM1.20.

Pergi di coffee house, di hotel RM3.00 satu botol. Botol kecil sahaja. Harga mineral water lebih mahal daripada harga minyak. Sebab itu tak usah dok fikirlah. Kalau di dunia, di luar daripada Malaysia ini naik lebih banyak, kita bersyukurlah pada kerajaan kita kerana bagi subsidi kepada kita. Harga petrol masih lagi RM0.61 per liter.

Saya juga bersetuju penggunaan petrol dan diesel ini hanya untuk faedah rakyat Malaysia sahaja. Sebab itu peraturan baru yang dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk rakyat luar yang datang masuk ke Malaysia, yang dekat sempadan hanya dia boleh bubuh minyak 30 kilometer sampai ke 50 kilometer di luar sempadan. Saya setuju kerana kita subsidi itu hanya untuk rakyat Malaysia bukan rakyat luar negeri. Dahlah Pulau Batu Puteh dia sapu, subsidi minyak pun dia hendak sapu. Tindakan yang paling wajar kepada orang-orang di luar negeri yang datang ke Malaysia.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, inilah beberapa perkara yang telah saya utarakan. Saya minta kementerian berkenaan mengambil tindakan segera. Jangan tunggu sepuluh tahun, penat dah kita dok bercakap di sini. Sepuluh tahun, masalah sepuluh tahun dulu tak selesai-selesai sampai sekarang. Pilihan raya lima tahun dulu pun, kita cakap tak selesai. Sampai sekarang tak selesai lagi. Bila kita kata kalah, barulah kita kata salah saya. Masalah saya tapi kita tak selesai masalah rakyat.

Jadi kementerian-kementerian yang diwakili oleh pegawai-pegawai yang cerdik pandai di sini, bagi tahu kepada menteri. Lepas ini buat kerja. Kita Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan atau di mana-mana ini, kalau tak buat kerja lagi, lima tahun lagi, jangan harap kita hendak ambil balik Selangorlah. Jadi Kelantan seumur hidup. Jangan harap kita ambil hendak ambil Kedah, jangan harap kita hendak ambil Pulau Pinang. Jadi buat kerja, atasi kelemahan dan kumpul kekuatan. Akhirnya kita akan berjaya untuk memenangi pilihan raya akan datang ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon mencadangkan.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 41

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum pada itu

boleh saya tahu berapa orang lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bercadang untuk berbahas?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat yang berdiri dah 14 orang ya. Okey, saya minta dicatatkan. Silakan Yang Berhormat... Puan Mumtaz ya? Ya, sila.

2.58 ptg.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Saya ingin membangkitkan perbahasan hari ini kepada ada lima perkara:

(i) pendidikan;

(ii) undang-undang;

(iii) agama;

(iv) kepimpinan; dan

(v) wanita.

Untuk yang pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dilantik baru-baru ini melalui Pilihanraya Umum Kedua Belas.

Jadi saya juga ingin merekodkan dalam perbahasan pada hari ini sebagaimana janji yang telah kami daripada pembangkang pada masa tersebut melafazkan kepada Dewan Negara bahawa, ucapan dan saranan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, bahawa untuk memastikan Malaysia ini berada dalam keadaan stabil, kita mesti memastikan negara kita ini bukan hanya diperintah oleh Barisan Nasional tetapi mempunyai Barisan Alternatif ataupun sekarang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat yang stabil.

Perkara ini diucapkan oleh Tan Sri pada masa sidang kita pada bulan Disember yang lepas. Jadi, alhamdulillah melalui Pilihan Raya Umum Kedua Belas ini, rakyat Malaysia telah membuat satu perubahan besar di mana bukan sahaja rakyat di Kelantan tapi rakyat di seluruh negara telah membuat satu perubahan besar, kerana mengikut bilangan yang kita dapat daripada Ahli Dewan Rakyat di Semenanjung Malaysia jumlah Ahli Dewan Rakyat yang mewakili Barisan Nasional adalah 83 orang, mana kala jumlah Ahli Dewan Rakyat yang diwakili oleh Pakatan Rakyat berjumlah 82 orang.

Ertinya jika tidak campur Sabah dan Sarawak, sebenarnya di Semenanjung Malaysia ini kadar komposisi pemimpin pembangkang ataupun di Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional adalah amat-amat stabil. Membayangkan keadaan yang berlaku di Kelantan pada tahun 2004, di mana Kelantan pada tahun 2004, telah memenangi 23 dan Barisan Nasional telah memenangi 22 kerusi.

■1500

Alhamdulillah kita menjangkakan keadaan ini merupakan keadaan yang paling menguntungkan, sebagaimana kata tadi oleh Dato’ Musa dalam persaingan untuk memastikan penerbangan di negara kita ini menjadi lebih baik. Baiklah syarikat MAS itu bersaingan dengan AirAsia sebab yang untungnya rakyat.

Dalam keadaan ini adalah baik untuk rakyat memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini kerana untungnya rakyat bila mana kita mempunyai dua barisan atau dwi parti yang akan mempertahankan isu-isu rakyat dalam negara. Kita melihat kalau orang tidak pernah hadir ke Dewan Negara, mereka tidak boleh menilai apakah mutu serta kualiti perbahasan yang dibahaskan di Dewan Negara kerana yang dipaparkan, yang disiarkan kepada rakyat hanyalah perbahasan yang dibuat di Dewan Rakyat.

Jadi di Dewan Rakyat kemungkinan suasananya lain tetapi, di Dewan Negara ini kualiti perbahasan kita melihat kedua-dua ahli daripada Pakatan Rakyat mahupun

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

42 DN.28.5.2008

daripada Barisan Nasional, alhamdulillah mengemukakan banyak isu-isu yang sekiranya diberi perhatian oleh Kementerian boleh membantu kerajaan sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat dalam usaha untuk membantu rakyat.

Dalam konteks ini kita melihat dari segi cadangan telah dikemukakan oleh rakan saya daripada Kedah Senator Haji Muhamad Yusof bin Husin baru-baru ini berkenaan dengan pertambahan bilangan Ahli Dewan Negara. Saya juga ingin merujuk kepada artikel yang sama dalam Artikel 45(4)(a) di mana dalam Perlembagaan Malaysia, Parlimen tanpa perlu membuat sebarang pindaan Perlembagaan sebenarnya boleh mengusulkan pertambahan Ahli Dewan Negara yang mewakili negeri daripada dua kepada tiga.

Jadi saya juga dengan berbesar hati menyokong saranan tersebut agar komposisi Ahli Dewan Negara patutlah ditambah kerana kita melihat pertambahan yang sama juga berlaku di Dewan Rakyat. Jadi adalah wajar untuk Dewan Negara juga kita melihat negara kita mempunyai banyak kepakaran dan kita percaya kepada keistimewaan dan syarat-syarat kelayakan kepada Ahli Dewan Negara. Semua Ahli Dewan Negara ini dilantik berdasarkan kepada profesional serta kemahiran yang mereka miliki.

Jadi kita melihat banyak profesional yang belum lagi dimasukkan dalam Dewan Negara kita ini yang perlu dilantik untuk memastikan kita mempunyai kerajaan yang stabil di semua peringkat. Saya juga ingin membuat sedikit cadangan kepada pihak Dewan Negara dan juga kepada Parlimen Malaysia berkenaan dengan kemudahan-kemudahan di Parlimen khususnya melibatkan Ahli-ahli Parlimen yang kurang upaya. Kita melihat bagaimana tidak ada satu laluan khas untuk Ahli-ahli Parlimen yang memakai kerusi roda untuk naik ke Parlimen melalui saluran yang khas.

Saya minta kalau boleh dipercepatkan kerana kita mengetahui bahawa perkara asasi yang perlu kita sediakan kepada semua rakyat Malaysia. Tambah-tambah lagi dalam konteks ini mereka telah pun menjadi orang yang akan mewakili rakyat di konstitusi masing-masing supaya mereka ini dapat berfungsi dengan baik dan boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Kedua, cadangan saya ialah perlunya dibuat satu ataupun dilantik seorang pegawai yang akan menyediakan semua soalan-soalan Parlimen sama ada di Dewan Negara mahupun di Dewan Rakyat serta hansard Parlimen yang di tulis dalam tulisan Braille, sebab kita boleh melantik Yang Berhormat yang mempunyai cacat penglihatan. Kenapa tidak boleh kita menyediakan satu bentuk soalan dan hansard yang mempunyai tulisan Braille? Ini akan menyebabkan kita boleh memberikan maklumat serta panduan kepada orang-orang yang cacat penglihatan bukan hanya yang jadi Yang Berhormat, tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang berada di luar daripada Parlimen ini.

Ini perkara yang bagi saya perlu kita atasi. Begitu juga saya melihat dalam kaedah ini banyak berlaku pertukaran di Dewan Rakyat baru-baru ini kita melihat ramai Ahli-ahli yang dilantik merupakan Ahli-ahli yang baru. Begitu juga di Dewan Negara pertukaran Ahli Dewan Negara akan berlaku setiap tiga tahun dan mereka ini datang daripada bidang yang berbeza.

Saya mencadangkan secara rasmi kepada pihak Parlimen untuk mewajibkan sekurang-kurangnya kursus dua minggu di institut seperti INTAN bagi melatih semua wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara untuk lebih memahami fungsi mereka berada di Dewan Negara. Ini kerana kita berada di Dewan ini bukan untuk hanya membincangkan tentang soalan tetapi kita akan membahaskan rang undang-undang; kerana Parlimen ini merupakan badan tertinggi dalam negara yang bertugas untuk menggubal undang-udang. Kita melihat sekiranya perkara ini tidak difahami dengan jelas tempat ini akan menjadi Dewan yang bukan bertindak sebagai penggubal undang-undang. Jadi perkara ini akan melemahkan cita rasa ataupun hasrat sebenar mereka ini dihantar ke Parlimen.

Jadi kita pohon gara pihak kerajaan membuat sedikit perbelanjaan ataupun pengkhususan untuk diberikan kepada semua Yang Berhormat, termasuk juga memberi kemahiran-kemahiran kepada mereka agar memahami struktur pentadbiran kerajaan agar boleh membantu semua kementerian-kementerian bertindak dengan lebih baik. Begitu juga saya melihat dalam slip gaji yang terakhir kepada Yang Berhormat Senator dilihat ada dibuat potongan dalam bentuk potongan wajib iaitu potongan iaitu untuk potongan cukai berjadual. Saya memohon kepada pihak yang

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 43

berwajib untuk memastikan dalam usaha kita mengamalkan Islam ini secara menyeluruh di Malaysia sepatutnya kakitangan kerajaan diberi pilihan untuk membuat sama ada pembayaran secara zakat ataupun potongan cukai berjadual. Perkara ini mesti diberi pilihan secara rasmi kerana terdapat banyak kekeliruan; sebagai contohnya kita banyak mendapatkan pembiayaan daripada sistem perbankan Islam tapi dalam masa yang sama kerana kita hendak mengelakkan daripada riba.

Dalam masa yang sama kebanyakan daripada kita mempunyai atau membeli insurans konvensional yang jelas-jelas mengikut fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, haram untuk digunakan oleh orang Islam. Sepatutnya mereka menggunakan sistem pembiayaan Islam mereka mesti menggunakan sistem takaful kerana perkara ini mestilah halal di kedua-dua peringkat.

Jadi saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar membuat satu undang-undang penguatkuasaan semua fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana tidak guna kita mempunyai Majlis Fatwa Kebangsaan bila mana fatwa ini tidak boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan kepada orang-orang Islam.

Ini akan menimbulkan kekeliruan yang besar; mereka hanya fikir mahram itu hanya sesuai untuk pergi Mekah dan untuk buat umrah ke Mekah dan Madinah tetapi mereka tidak memerlukan mahram untuk pergi ke China, untuk pergi ke England bila timbul masalah-masalah sebagaimana sekarang baru terfikir. Sedangkan perkara ini tidak ada pengecualian bagi seorang wanita Islam sekiranya tempat yang dia hendak pergi itu jauh daripada dia tinggal dia mesti mempunyai mahram. Perkara ini berlaku kerana kefahaman yang tidak jelas.

Ini bagi saya, yang kita pertahan ialah sistem yang telah diterapkan oleh Islam. Kalau kita menghantar orang ke Mekah setiap tahun kuota jemaah haji paling-paling tidak 26 ribu setahun. 26 ribu ini kalau kita bahagikan 50% mungkin 13 ribu adalah wanita. Kenapa 13 ribu orang wanita boleh mencari mahram untuk mereka ke Mekah dan Madinah dan jumlah yang tidak seberapa mereka tidak mampu mencari muhrim. kerana apa? Ini kerana berlaku kekeliruan kita untuk memahami bahawa konsep ini adalah konsep yang sama sebagai suami, sebagai bapa, sebagai keluarga.

Keluarga sepatutnya memberikan perlindungan Islam dengan menjadi mahram dan mengiringi mereka sekiranya mereka ingin ke luar negara. Walaupun perkara ini telah pun diperdebatkan dengan panjang lebar di Dewan Rakyat, saya ingin mengulangi kembali dan saya menyokong hujah yang dikemukakan oleh Menteri kita bahawa perkara ini sepatutnya dikuatkuasakan tambah-tambah lagi kalau mereka itu bawah umur. Jika kita melihat dalam konteks yang berlaku kebanyakan kes adalah yang melibatkan wanita Islam dan mereka ini adalah wanita muda.

Jadi kita mempunyai banyak sebab dari segi keselamatan untuk kita ini memastikan terdapat pengiring untuk mengiringi semua wanita-wanita kita ini. Jikalau ke Mekah kita boleh kuatkuasakan undang-undang mahram kenapa tidak ke negeri-negeri lain. Jangan sampai bila anak kita dah dibicarakan dan dijatuhkan bunuh di negara asing barulah kita hendak memakai undang-undang tersebut.

Jika kita melihat keadaan yang berlaku di Mekah dan Madinah bila mereka mempunyai mahram ini jarang berlaku masalah-masalah jenayah yang ketara. Jadi dalam konsep yang sama juga saya minta kepada pihak yang berwajib meneliti satu institusi agar mereka memahami fungsi bukan sekadar mahram tetapi memahamkan, memanjangkan kepada rakyat tentang fungsi wali nasab dan juga wali hakim atau di panggil wali raja. Kalau kita melihat dalam konteks hari ini masyarakat hanya memahami wali nasab dan wali raja ini berfungsi pada masa akad nikah dan perkara ini sebenarnya amat tidak tepat.

■1510

Masalah wali nasab dan wali raja bukan hanya diperlukan dan berlaku serta berkuat kuasa pada masa perkahwinan tetapi seluruh kehidupan wanita. Kita melihat tadi bagaimana ucapan daripada dibuat oleh Senator daripada Wilayah Persekutuan bahawa kita semua ini akan bertanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah S.W.T.

Jadi selaku orang yang memahami dan memegang kuasa kita hendaklah memperkayakan dan memperkenalkan serta menguatkuasakan perkara-perkara yang telah pun ada dalam undang-undang Islam untuk kepentingan rakyat Melayu yang

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

44 DN.28.5.2008

beragama Islam serta orang-orang Islam di Malaysia kerana kita melihat statistik yang ditunjukkan oleh JAKIM, saya merujuk statistik perkahwinan. Di Kuala Lumpur statistik perkahwinan untuk 2007 berjumlah 3,538 orang manakala untuk perceraian dalam tahun yang sama jumlah perceraian berjumlah 1,141. Ertinya 1/3 daripada jumlah perkahwinan adalah perceraian dan jumlah rujuk juga adalah kecil iaitu 99 orang.

Jadi kita melihat bagaimana sistem ini menjadi 1/3 akan confirm gagal kerana isteri yang dikahwini atau suami yang mengahwini serta anak-anak yang lahir daripada perkahwinan ini tidak memahami fungsi sebenar yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa bukan hanya bertindak dan menggunakan kuasa sepenuhnya semasa akad nikah sahaja tetapi tidak berfungsi dalam masa-masa lain. Jadi kita minta perkara ini diberi perhatian kenapakah sebab tingginya perceraian berbanding dengan perkahwinan. Adakah kerana penjagaan ataupun kemahiran keibubapaan tidak diterapkan dengan baik.

Seterusnya berkaitan dengan pembinaan insan. Dalam RMK-9, kerajaan dengan bajet yang besar telah memperuntukkan bajet untuk pembinaan modal insan.

Kita melihat bagaimana kita telah pun mempunyai mercu tanda-mercu tanda kemajuan yang dipandang hebat di seluruh dunia. Kita mempunyai KLCC, kita mempunyai banyak perkara yang boleh kita kagumi dari sudut materialisme tetapi bagaimana kita melihat langkah-langkah ataupun gejala-gejala yang telah ditunjukkan oleh remaja kita berkaitan dengan gejala sosial. Menurut AADK kerajaan membelanjakan sebanyak RM19 juta setahun bagi menampung kos pemulihan seramai 5,200 orang penagih dadah yang ditempatkan di 28 pusat serenti di seluruh negara dan menurut laporan akhbar pada 15 Oktober 2006 10% daripada penagih sekarang berkemungkinan besar akan menjadi gila menjelang 2020 akibat mengambil dadah sintetik.

Begitu juga dengan pertumbuhan pesat 12 industri arak dan judi serta 12 orang Muslim Melayu yang menjadi ahli lembaga pengarah. Begitu juga dengan statistik 142,000 pelacur yang telah dikesan secara rasmi di Malaysia. Bagaimana keadaan ini berlaku, kita melihat kerana kita sayang untuk membelanjakan bagi kaedah pembinaan modal insan yang cepat tetapi kita tidak sayang untuk membina satu pusat rawatan bagi merawat anak-anak kita yang telah rosak.

Saya dengan ini mencadangkan agar pihak kerajaan dengan bajet yang besar boleh sebagaimana mereka membina banyak ladang FELDA di seluruh negara mewajibkan atau membina sekurang-kurangnya sebuah sekolah menengah agama di seluruh FELDA, di seluruh Malaysia kerana berdasarkan kepada pencapaian yang diterima oleh MRSM serta SMKA peratusan pembelajaran serta kualiti pelajar-pelajar yang dilahirkan ini adalah amat baik.

Jadi kita memohon agar masalah-masalah yang kita kesan tadi dapat diatasi dengan cara bukan hanya kita menubuhkan lebih banyak ladang tetapi kita menubuhkan dan mewajibkan penubuhan sekolah menengah kebangsaan agama ataupun sekolah agama rakyat dibantu sepenuhnya di seluruh negara kerana inilah merupakan satu cara untuk kita merawat. Kita tidak boleh membuat pembinaan modal insan setelah anak-anak kita masuk universiti kerana dalam Islam walaupun dalam Perlembagaan Negara dalam sistem sivil kita hanya akan dianggap dewasa bila berusia 18 tahun tetapi mengikut kaedah Islam, taklif seorang anak itu bermula bilamana kalau perempuan dia datang haid, kalau lelaki bila dia berumur 15 tahun.

Jadi kalau taklif ini berlaku di peringkat awal sekolah menengah sepatutnya pembinaan insan itu telah kita buat di peringkat sekolah rendah dan di peringkat awal sekolah menengah satu hingga tiga telah mula kita membuat proses-proses pembinaan kepimpinan kerana pada masa ini pada umur 13 hingga 15 mereka ini dari sudut Islamnya telah bersedia untuk menjadi pemimpin. Sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada diri mereka sendiri. Adalah terlambat sekiranya kita ingin membuat pembinaan jati diri kepimpinan hanya di peringkat universiti tetapi kita gagal meningkatkan pembelajaran modal insan ini di sekolah rendah dan di awal sekolah menengah kerana kita melihat keputusan-keputusan ataupun kes-kes jenayah yang dilaporkan sekarang banyak melibatkan remaja-remaja awal belasan tahun.

Jadi kalau boleh kita mahu pihak kerajaan mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini apakah syllabus ataupun program-program jangka pendek dan jangka panjang yang bertujuan betul-betul untuk membina emotional quotient ataupun kecerdasan emosi serta kecerdasan spiritual secara sistematik kerana kita melihat

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 45

perkara ini tidak diberikan satu penarafan yang adil. Kita hanya menilai anak kita pandai kalau anak kita dapat 8A tapi kita tidak menilai anak kita baik kalau anak kita itu orang yang mungkin boleh menghormati orang tua kerana penilaian kita hanya terhenti kepada penilaian IQ. Kita tidak pernah menilai anak kita dan kita juga di sekolah gagal untuk membina satu sistem penilaian bagaimana guru-guru, guru besar, ibu bapa boleh menilai kecerdasan emosi serta kecerdasan spiritual yang dimiliki oleh anak-anak.

Saya melayari internet dan saya melihat komen yang telah dibuat oleh pegawai tertinggi Citibank, Piyush Gupta yang mengatakan bahawa antara sebab kenapa pelajar ataupun graduan daripada universiti Malaysia tidak ramai yang berjaya bekerja di Citibank adalah bukan kerana ketidakmampuan ataupun kerana IQ mereka rendah tetapi kerana keyakinan diri serta cara mereka berkomunikasi. Sistem yang kita buat di negara kita ini kalau bercakap banyak dianggap mengkritik, bercakap banyak dianggap membangkang tetapi kita tidak menggalakkan anak-anak kita bercakap untuk menerangkan tentang emosi serta kekuatan rohani yang dipunyai oleh mereka.

Jadi rangsangan ini perlu bukan hanya dibuat di peringkat rumah tapi sebagai sebuah kerajaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan kerajaan perlu membuat semakan besar-besaran bagaimanakah evaluasi ataupun penilaian yang akan dikemukakan oleh kementerian untuk kita melihat bagaimana kita menilai seorang pelajar itu berwibawa, benar-benar berintegriti kerana tak cukup kita kata pelajar itu hanya dapat 10A, 15A. Kita sedih dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini di mana dilaporkan Sufiah Yusof pelajar yang kita taja, yang boleh ke Oxford dalam usia 13 tahun. Bagaimana orang yang sebegini pintar IQ nya tetapi kerana SQ dan juga EQ tidak dipantau dengan baik kita melihat berlaku tamparan yang hebat...

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Yang Berhormat, minta laluan.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Ya.

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah pandangan Yang Berhormat ini memberi satu contoh orang yang dididik di England dan orang yang dididik di Malaysia di atas landasan yang sama dan dalam apa Yang Berhormat bercakap tadi itu adakah statistik yang menunjukkan anak-anak yang dididik dalam sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan ini begitu luntur ataupun begitu rendah moral dan juga perangai mereka ini dari segi menghormati ibu bapa dan keluarga kalau dibandingkan dengan statistik sebagaimana Yang Berhormat buat andaian ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh saya cadangkan selepas Yang Berhormat beri pandangan sekejap lagi Yang Berhormat membuat penggulungan ke atas perbahasan ini.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Saya ada dalam mungkin 15 minit lagi. Boleh? 15 minit.

Timbalan Yang di-Pertua: Kurang sedikit lagi.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Okey. Merujuk kepada kes yang saya refer tadi saya bukan refer kepada sistem pendidikan bilamana saya merujuk kepada Sufiah tetapi dia adalah pelajar yang kita taja. Kita bimbang kerana yang berlaku kepada Sufiah bukan masalah pendidikan di Malaysia sahaja tetapi tamparan kepada seluruh umat Islam.

Jadi kita bukan menyalahkan dia 100% kerana bukan dia yang berdiri sendiri tapi parents atau ibu bapanya yang mendidik tetapi perkara ini perlu menjadi satu kayu ukur kepada kita bertindak untuk tidak lebih mempunyai masalah pada masa hadapan kerana kita bimbang dengan jumlah kes jenayah yang bertambah hebat daripada tahun ke tahun ini akan menyebabkan negara kita mungkin akan mengalami kepupusan pemimpin-pemimpin yang baik pada masa akan datang.

■1520

Kita mengira bukan satu atau dua orang atau seribu orang dijadikan satu skala, kerana kita bincangkan manusia, bukan barang. Tidak boleh kita proses balik. Walaupun seorang atau dua orang bagi kita ini adalah modal insan yang perlu kita bina dan kita tadbir dengan baik dan kita hendak pastikan semua orang akan mendapat satu penilaian yang munasabah dan yang berimbang.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

46 DN.28.5.2008

Berkenaan dengan yang seterusnya, saya juga turut menyokong hujah yang

dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid berkenaan dengan masalah imam di masjid. Saya pernah mengemukakan isu ini pada sidang yang lepas dan saya sekali lagi menyeru dan mencadangkan kepada pihak JAKIM agar menaiktarafkan ILIM, Institut Latihan Islam Malaysia kepada kolej untuk memastikan semua imam-imam yang bertugas di seluruh Malaysia dan saya difahamkan jumlah masjid seluruh Malaysia - masjid rakyat dan masjid kerajaan berjumlah 10,000 buah.

Kalau kita ada 10,000 buah masjid, kita mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 orang imam. Jadi tidak salah kalau Institut ILIM ini dijadikan kolej demi memastikan imam-imam yang kita lahirkan mempunyai kualiti serta taraf mereka ini dinaikkan kerana mereka telah mendapat Diploma Pengurusan Masjid yang baik. Jadi saya juga ingin memohon dalam masa kita membincangkan tentang imam ini untuk kalau boleh pihak kerajaan memberikan satu cara ataupun mekanisme agar memasukkan semua imam, pemuka-pemuka agama daripada semua agama di Malaysia untuk terlibat dalam program-program yang menyentuh tentang integriti.

Sebab kalau kita melihat kepada konsep integriti, integriti ini menyentuh kepada nilai yang berimbang dalam seorang manusia. Jadi kalaulah kita melihat ini perkara yang patut kita tekankan ialah pendidikan agama kepada semua rakyat Malaysia dan perkara ini tidak akan berjalan kecuali kita memasukan imam-imam, pemuka-pemuka agama ini dalam semua program integriti kerana inilah merupakan pelaksana-pelaksana yang sebenarnya yang akan turun ke bawah bagi memastikan pelaksanaan modal insan itu akan berjalan dengan baik.

Begitu juga saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar membuat satu kajian berkenaan sekarang ini kita mengatakan kita menggalakkan halal hab, tetapi kalau ikut dalam laporan akhbar di akhir tahun lepas, jumlah restoran di hotel-hotel di Malaysia ini yang mendapat kelulusan halal hanyalah empat buah. Saya mohon untuk mendapatkan maklumat terkini berapakah sekarang bilangan restoran yang terdapat di hotel-hotel yang telah mencapai status halal kerana tidak guna kalau kita hendak buat halal hab kalau restoran yang kita makan di hotel-hotel pun tidak dijamin kehalalannya.

Berkenaan dengan gejala seks tanpa nikah yang telah pun menyumbang besar dalam kes-kes pembuangan bayi, saya menyarankan kepada pihak kerajaan untuk memasukan syllabus fekah kekeluargaan ini lebih awal kepada pelajar-pelajar bukan hanya di peringkat menengah tinggi tetapi, di peringkat menengah rendah kerana kita mengenal pasti ini merupakan perkara-perkara yang patut didahulukan dalam syllabus pendidikan bukan hanya terhenti kepada unsur-unsur taharah dan penyucian sahaja.

Seterusnya berkenaan dengan kandungan yang dimuatkan dalam TV-TV dan juga siaran-siaran TV swasta di dalam negara kita. Kita begitu sedih melihat bagaimana kandungan-kandungan filem yang disiarkan yang masuk kepada rumah rakyat Malaysia ini kadang-kadang langsung tidak mencerminkan jati diri serta keadaan yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya filem-filem yang berunsur lucah, filem-filem berunsur anak tidak hormat kepada ibu, anak tidak hormat keluarga, bergaduh sesama sendiri ini tidak dipertontonkan kepada rakyat tetapi filem-filem contohnya pada tahun 80-an, filem-filem seperti filem Opah itu dijadikan satu filem bersiri yang ditaja oleh kerajaan kerana perkara ini merupakan salah satu cara pendidikan yang akan masuk serta-merta kepada anak.

Berkenaan dengan perkara yang telah dibentangkan tadi, bagaimana pihak kerajaan terikat dengan banyak perkara kerana mereka mempunyai konsesi agreement yang telah ditandatangani sebelum ini. Saya ingin memohon kepada pihak kerajaan adakah pihak kerajaan dalam menandatangani mana-mana perjanjian dengan syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan kerajaan tidak mempunyai klausa khas untuk menilai semula ataupun untuk mengubah terma-terma sekiranya perkara yang berlaku ataupun perkara yang terjadi membebankan rakyat. Sekiranya ada perkataan-perkataan ini saya memohon untuk pihak kerajaan menyatakan kerana kita lihat banyak perkara berlaku, mereka akan libatkan, mereka akan salahkan kepada agreement dan kita percaya dalam kes ini pihak solicitor general telah pun membuat satu perkara yang wajib.

Jadi kalau tidak buat perkara ini, dari segi diligence nya kita melihat tidak berlaku diligence lah. Jadi kalau boleh kita minta walaupun perkara ini termasuk dalam perkara OSA kita minta pihak kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya apakah

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 47

klausa yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan sekurang-kurangnya untuk memastikan rakyat tidak akan terbeban dengan kesilapan orang yang menandatangani agreement bagi pihak kerajaan. Berkenaan dengan pertanian...

Timbalan Yang di-Pertua: Berapa perkara lagi Yang Berhormat ada?

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Ada dua perkara lagi. Berkenaan dengan pertanian saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah dapatan ataupun hasil yang dilahirkan oleh ladang-ladang merdeka di Kelantan? Adakah ladang-ladang ini boleh menyamai MADA di Kedah, kalau tidak boleh apakah masalah-masalah yang telah diterima atau yang telah dialami oleh peserta-peserta ladang merdeka.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan kalau mereka boleh melahirkan angkasawan sebagaimana Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, kita lihat dalam akhbar dua tahun lepas, lima orang siswazah lelaki telah muncul sebagai jutawan pisang. Mereka menjadi jutawan hanya dengan menjual pisang.

Jadi kalau kita boleh promote Dr. Sheikh Muszaphar Shukor seluruh negara sebab jadi angkasawan, tidak salah kita promote jutawan muda ini yang juga merupakan siswazah demi untuk menaikkan taraf serta imej petani-petani ataupun peladang-peladang kita di seluruh Malaysia.

Saya juga berkaitan dengan integriti tadi, saya juga ingin mencadangkan sebagaimana pengalaman yang telah dilalui oleh negara Korea melalui prinsip K-Pact. Pihak Kerajaan Korea daripada pembentangan yang telah dibuat sebelum ini telah menyatakan dalam masa tiga tahun untuk mereka mengatasi masalah integriti telah menggubal beberapa undang-undang baru yang saya cadangkan juga dibuat di negara kita.

(i) political funds law;

(ii) law on establishment and management of national grievances office;

(iii) special law for qualification of illegal political funds;

(iv) law for management of public bodies;

(v) residence recall system act;

(vi) defense procurement bill;

(vii) law for confiscation and recovery of asset derive from corruption;

(viii) special law; and

(ix) government official ethic law.

Jadi ini merupakan beberapa undang-undang yang telah digubal di Parlimen Korea dalam usaha untuk mereka menyokong masalah integriti yang berlaku di negara mereka dan kita sebagaimana yang telah di uar-uarkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini akan diwujudkan suruhanjaya BPR yang bebas, kita mohon agar berlaku pindaan serta penambahan undang-undang serta penguatkuasaan yang lebih tegas agar cita-cita rakyat untuk melihat kepimpinan negara berlaku dalam keadaan yang telus negara ini ditadbir dalam baik, kerana negara kita ini merupakan negara yang kaya dan sama-sama kita sayangi.

Yang terakhir sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong harapan besar Yang di-Pertuan Agong kepada semua kepimpinan sama ada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat negeri saya menyeru agar kita mengajar rakyat dan kita mengajar diri sendiri bahawa terdapat perbezaan yang cukup besar di antara penjawat jawatan dan pemimpin. Kita mungkin hanya akan menjadi ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara dalam masa tertentu tetapi nilai kepimpinan itu mesti dipertahankan walaupun kita tidak memegang jawatan. Janganlah hanya menunggu untuk memegang jawatan, barulah hendak menunjukkan kualiti-kualiti kepimpinan kerana kepimpinan ini kita lihat kadang-kadang lebih kurang diberi perhatian berbanding dengan jawatan.

Jadi kita mohon bila mana kita dilantik menjadi pemimpin peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri dan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini agar kita

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

48 DN.28.5.2008

memastikan bukan hanya kita menjadi contoh kepada rakyat kita, tetapi isteri serta anak-anak kita juga boleh jadi contoh kerana kalau kita boleh melahirkan kepimpinan yang stabil, keluarga yang stabil seperti ini insya-Allah harapan yang dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong akan dapat dicapai. Saya dengan ini mohon untuk menyokong. Terima kasih.

� 1530

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ya, silakan Yang Berhormat Pau Chiong Ung.

3.30 ptg.

Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda yang menunjukkan keprihatinan baginda dalam hal ehwal pembangunan negara.

Segala pandangan, harapan dan seruan baginda ke atas tanggungjawab kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara bagi memimpin negara agar terus maju dan menjaga kesejahteraan rakyat amatlah dihargai dan disanjung oleh kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan Baginda adalah menyuarakan harapan baginda agar Ahli-ahli Yang Berhormat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi, jujur, ikhlas dan tingkah laku yang terpuji. Sebagai Ahli Dewan Negara yang berkhidmat untuk rakyat, kita harus mengutamakan kepentingan rakyat dan kemakmuran negara serta meringankan kepentingan individu dan parti dalam Dewan yang mulia ini. Kesusahan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat haruslah difahami secara mendalam dan dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Kemudian, isu tersebut bolehlah dibahas dan bersama-sama kita memberikan pendapat yang bernas agar cara penyelesaian yang terbaik boleh dicadangkan kepada Yang Berhormat Menteri-menteri untuk pertimbangan kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan isu naik taraf jalan utama di Sabah dan Sarawak. Berbanding dengan tahun-tahun 60-an, keadaan jalan utama Sabah dan Sarawak telah banyak diperbaiki. Daripada jalan tanah kepada jalan batu gravel dan akhirnya jalan bitumen. Namun jalan utama tersebut sudah lama dibina.

Di samping itu, kerja dan peruntukan penyelenggaraan jalan utama tidak mencukupi menyebabkan keadaan jalan raya semakin merosot. Oleh itu, keadaan atau mutu jalan utama perlu dipertingkatkan lagi bagi menampung pembangunan pesat di Sarawak dan Sabah. Tambahan lagi, Perdana Menteri kita yang dihormati telah pun mengumumkan dasar ekonomi baru pada awal tahun ini. Kemudahan asas seperti jalan raya yang bermutu akan menjadi tapak pelaksanaan dasar ekonomi baru. Justeru, adakah kementerian merancang untuk menaiktarafkan kualiti jalan utama Sarawak dan Sabah supaya setaraf dengan keadaan jalan utama di negeri-negeri lain.

Walaupun cukai jalan yang dikenakan di negeri Sabah dan Sarawak lebih murah daripada cukai jalan di negeri-negeri lain tetapi keadaan jalan yang tidak bagus dan berkualiti rendah adalah menambahkan kos untuk memperbaiki kereta. Hal yang sedemikian juga memendekkan hayat sesebuah kenderaan. Keadaan jalan yang berlubang dan berkualiti rendah juga meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan utama. Sememangnya kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja. Kemalangan jalan raya di negeri-negeri lain banyak disebabkan oleh pemandu membawa kereta mereka melebihi had kelajuan kereta.

Di Sabah dan Sarawak, banyak kemalangan pula disebabkan oleh penghindaran pemandu kenderaan terhadap sesetengah lubang di atas jalan raya. Adalah harapan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menikmati jalan utama yang berkualiti seperti di negeri-negeri lain. Dengan adanya jalan utama yang setaraf dengan negeri-negeri lain, tempoh perjalanan antara bandar-bandar utama dapat dikurangkan. Secara langsung, ini dapat meningkatkan produktiviti negara menggalakkan jalinan perdagangan antara dua negeri. Peningkatan daya saing dan daya tahan negara serta dapat menanamkan satu foundation kukuh dengan izin, untuk pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 49

Saya faham bahawa pembinaan jalan utama yang berkualiti di Sabah dan

Sarawak memerlukan peruntukan besar dan memakan masa yang lama. Maka saya ingin memberi dua cadangan untuk pertimbangan Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk mengkaji dan melaksanakan projek-projek naik taraf jalan raya ini; pertama, negeri Sabah dan Sarawak menyumbangkan berbilion-bilion pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan setiap tahun. Oleh yang demikian, saya mohon jasa baik kerajaan supaya mempertimbangkan untuk membahagikan sebahagian pendapatan cukai tersebut sebagai kegunaan menjalankan projek naik taraf jalan utama di Sarawak dan Sabah.

Kedua, projek naik taraf boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan menjalinkan bandar-bandar utama terlebih dahulu. Kemudian, diikuti dengan jalan raya yang menjalinkan bandar utama dengan bandar yang lebih kecil. Saya berharap dan saya percaya ini merupakan harapan semua penduduk Sabah dan Sarawak agar Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat memberi perhatian yang sewajarnya di dalam isu ini dan memasukkan projek naik taraf jalan utama Sabah dan Sarawak ini dalam rancangan pembangunan negeri secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat kagum dan setuju penuh dengan pendapat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan baginda yang menyatakan bahawa pemilikan sumber asli yang banyak dan teknologi canggih sahaja tidak dapat menjamin kejayaan pembangunan dan kemajuan negara. Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi dan mengamalkan etika kerja positif serta berintegriti juga sama penting dalam memastikan negara akan terus menikmati taraf dan kualiti hidup yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

Sejak wujudnya tamadun manusia, hanya empayar atau negara yang mempunyai modal insan berkualiti sahaja dapat menyerlah dalam sejarah dunia ini. Kita haruslah bersyukur kerana negara kita dapat terus maju di bawah bimbingan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan juga kerjasama kakitangan-kakitangan kerajaan sejak kemerdekaan sampai sekarang.

Namun, sebagai negara yang berpandangan jauh adalah penting untuk kita mula memupuk generasi muda, towards dengan izin, modal insan yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang terserlah. Pemupukan ini hanya boleh dilakukan melalui sistem pendidikan yang sebenar dan latihan kemahiran yang praktikal. Saya amat menghargai sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membasmi buta huruf di negara kita terutamanya di kawasan luar bandar.

Pelbagai rancangan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar miskin. Antaranya, terdapat dua rancangan yang ingin dibangkitkan untuk perhatian Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Pertama, berkaitan dengan bekalan komputer kepada sekolah-sekolah untuk mendirikan makmal komputer di semua sekolah di negara kita. Berapakah bilangan sebenar komputer yang telah dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak projek ini dimulakan sehingga sekarang? Masalahnya hanya sekolah yang di kawasan pedalaman tidak mempunyai bekalan elektrik. Keadaan ini banyak berlaku di Sabah dan Sarawak. Sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik itu banyak bergantung pada penjanaan elektrik daripada penjana elektrik sekolah.

■1540

Pada masa kini, minyak yang digunakan untuk menjalankan penjana elektrik amatlah mahal. Apabila peruntukan sekolah tidak cukup, maka tidak ada minyak dan apabila minyak tidak ada, tidak ada elektrik. Sekiranya tidak ada elektrik, komputer-komputer yang dibekalkan memang tidak dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar kita. Walaupun adanya elektrik, arus elektrik hasil janaan penjana elektrik tidaklah stabil. Ketidakstabilan elektrik ini akan merosakkan papan litar komputer yang amat sensitif. Jadi adakah kementerian sudah buat kajian, berapakah komputer yang masih boleh digunakan lagi sekarang?

Apabila komputer sudah rosak, pihak sekolah akan memanggil kontraktor untuk membaiki komputer tersebut, disebabkan oleh kedudukan sekolah yang jauh dari bandar, barangkali kontraktor tersebut memakan masa dua, tiga bulan atau lebih untuk pergi ke sekolah tersebut untuk memperbaiki komputer yang rosak. Pada masa itu sekolah pun sudah cuti, pelajar-pelajar masih tidak ada peluang untuk menggunakan komputer tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kontraktor dan memastikan semua pelajar sekolah

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

50 DN.28.5.2008

pendalaman dapat sentiasa menggunakan komputer sekolah seperti pelajar-pelajar sekolah lain.

Perkara yang lebih teruk lagi, terdapat komputer sekolah yang dicuri dan dijual di pasaran. Adakah kementerian mempunyai rekod terhadap bilangan komputer yang hilang kerana dicuri? Berbalik kepada bekalan elektrik di sekolah pedalaman, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pernah bercadang untuk menggunakan penjanaan elektrik solar hibrid untuk menggantikan penjanaan elektrik sekolah. Saya berharap pihak kementerian dapat melaksanakan projek tersebut dengan lebih cepat. Kekurangan bekalan tenaga elektrik adalah sesuatu sebab yang menyebabkan banyak guru-guru tidak suka bekerja di sekolah pedalaman dan juga tidak bersemangat untuk mengajar.

Keadaan ini mengakibatkan keputusan pelajar dari sekolah tersebut amatlah lemah. Saya berharap kementerian dapat memberi perhatian ke atas perkara ini. Kedua, berkaitan dengan rancangan makanan tambahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dapati bahawa banyak sekolah menerima bilangan bantuan makanan yang sama tiap-tiap tahun sedangkan bilangan pelajar-pelajar yang layak untuk mendapatkan bantuan tersebut mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Adakah kementerian membuat kajian semula terhadap bilangan pelajar yang memerlukan bantuan makanan ini setiap tahun.

Terdapat sekolah yang menerima bantuan makanan yang terlalu banyak sehingga pihak sekolah terpaksa mengagihkan makanan tersebut bukan sahaja kepada pelajar tetapi termasuk juga ibu bapa, nenek, datuk dan ahli keluarga mereka yang lain. Maka ramai orang di kawasan sekeliling sekolah itu juga diberi makanan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya berharap kementerian dapat memberi perhatian sewajarnya agar peruntukan kerajaan tidak dibazirkan sewenang-wenangnya dan pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan itu mendapat bantuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya berhasrat untuk membangkitkan isu keselamatan awam di negara ini terutamanya di negeri Sarawak yang semakin serius pada kebelakangan ini. Kes-kes pecah masuk, rompakan, pergaduhan ramai dan pembunuhan semakin meningkat dan keadaan ini amat membimbangkan. Saya faham bahawa bukan senang untuk mengesan jejak pencuri-pencuri terutamanya segelintir pencuri yang amat profesional. Walau bagaimanapun, saya juga yakin akan Polis Diraja Malaysia berupaya untuk meningkatkan lagi peratus penyelesaian kes-kes jenayah dengan usaha gigih dan dedikasi dari pihak Polis Diraja Malaysia.

Beberapa laporan akhbar juga melaporkan bahawa banyak kes-kes jenayah terutamanya di Sarawak adalah dilakukan oleh pendatang-pendatang asing dari negara jiran kita. Selepas mereka melakukan jenayah di Sarawak, mereka berjaya melarikan diri dan balik ke negara jiran melalui jalan-jalan tikus di sempadan negara kita. Keadaan ini merumitkan pasukan polis untuk menangkap suspek berkenaan. Selain itu, terdapat laporan menyatakan juga terdapat warga negara kita yang melarikan diri ke sempadan negara jiran melalui jalan-jalan tikus berkenaan selepas melakukan kesalahan di negara kita.

Dengan jelasnya jalan-jalan tikus ini membawa banyak masalah sosial dan keselamatan kepada kedua-dua negara. Justeru itu, adalah penting bagi negara kita memandang serius atas masalah jalan-jalan tikus di Sarawak terutamanya di kawasan Lundu, Sri Aman, Serian dan Lubok Antu.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh cadangan Ahli Parlimen 217, Bintulu, Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing untuk membina tembok batu di sepanjang sempadan negeri Sarawak. Dengan adanya pembinaan tembok ini, ia dapat mengawal lalu lintas warga kedua-dua negara dengan berkesan serta mengurangkan kes penyeludupan pendatang haram.

Saya berasa amat gembira bahawa CP iaitu Commissioner Police, dengan izin, Sarawak juga memberi sokongan kepada cadangan pembinaan tembok batu di sempadan negeri Sarawak ini. Menurut pendapat beliau, pasukan Polis Diraja Malaysia Sarawak memang tidak ada tenaga anggota keselamatan yang cukup untuk meronda seluruh sempadan yang panjang tersebut. Memang satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa negeri Sarawak mempunyai sempadan yang begitu panjang sekali. Pembinaan tembok batu di situ bukan sahaja memakan perbelanjaan yang besar, tetapi juga memerlukan tenaga manusia dan masa yang lama.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 51

Akan tetapi berbanding dengan kesan perlindungan yang dapat menjamin

keselamatan nyawa dan harta benda rakyat kita, perbelanjaan tersebut amatlah berbaloi. Tidak ada benda dalam dunia ini yang lebih bernilai daripada nyawa seseorang manusia. Tambahan lagi nyawa rakyat negara kita yang disayangi. Tembok batu di sempadan utara Semenanjung merupakan satu projek yang begitu berjaya dan boleh dijadikan sebagai rujukan semua pihak. Saya amat gembira kerana baru-baru ini Timbalan Menteri Dalam Negeri telah pun bersetuju di Dewan Rakyat untuk membina tembok batu di kawasan sempadan yang mempunyai banyak jalan tikus.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat melaksanakan projek berkenaan secepat mungkin demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin membangkitkan isu rumah setinggan yang belum dapat dikurangkan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Hal sedemikian akan menjadi penghalang kepada usaha negara kita menuju Wawasan 2020.

Kajian yang lebih teliti lagi harus dibuat terhadap sebab-sebab kewujudan rumah setinggan sama ada penghuni-penghuni kawasan rumah setinggan ini sememangnya menghadapi masalah kewangan yang serius, tidak mampu memiliki tanah, merupakan pendatang asing ataupun mereka hanya mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada pelbagai bayaran sahaja. Walau apapun sebab-sebab penduduk rumah setinggan membina rumah tersebut masih merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga mutu kehidupan mereka. Perhatian harus diberi kepada mereka kerana kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di kawasan rumah setinggan amatlah kurang.

■1550

Mereka terpaksa menghadapi pelbagai risiko termasuklah masalah keselamatan, ketidaksempurnaan sistem sanitary, suasana kehidupan yang kotor, pembinaan bangunan yang tidak terancang dan lain-lain. Sekiranya berlaku, rebakkan penyakit-penyakit berjangkit, kebakaran atau apa-apa kemalangan akan menyebabkan banyak masalah sosial masyarakat.

Saya faham bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai kaedah untuk menangani masalah rumah setinggan dalam negara ini, termasuklah Perbadanan Syarikat Perumahan Negara Berhad, yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Skim Pinjaman Perumahan, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Klinik Guaman Perumahan untuk pembeli rumah yang kurang berkemampuan.

Sejak SPNB diperbadankan pada 1997 dan mula beroperasi pada Mei 1998, satu dekad telah berlalu. Pelbagai skim telah dilaksanakan seperti Skim Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Mesra Rakyat untuk membolehkan semua keluarga warganegara memiliki rumah kediaman sendiri. Dengan usaha gigih Kementerian Kewangan dan SPNB, banyak rumah kos rendah telah pun dibina di seluruh pelosok negara termasuk kawasan bandar dan luar bandar.

Mengikut siaran akhbar bertarikh 6 Mac 2008 yang didapati daripada laman rasmi SPNB, SPNB kini sedang membangunkan sebanyak 123,924 unit rumah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Seperti mana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2008, SPNB akan melaksanakan pembinaan 36,000 unit rumah mampu milik. Usaha dan sumbangan ini amatlah dihargai oleh semua golongan masyarakat negara ini. Walaupun kerajaan telah mencurahkan berbilion-bilion peruntukan untuk tenaga manusia selama ini, tetapi isu rumah setinggan masih belum dapat dikurangkan.

Adakah ini disebabkan oleh kekurangan dalam sistem pelaksanaan atau mempunyai sebab-sebab lain? Saya juga mendapati bahawa terdapat pembeli-pembeli rumah setinggan, menyewakan rumah setinggan mereka kepada orang lain selepas mereka membeli rumah kos rendah. Jika masalah ini tidak diselesaikan, maka masalah rumah setinggan memang tidak dapat dihapuskan, kerana rumah setinggan tersebut hanya tukar orang tinggal sahaja.

Apakah langkah-langkah penyelesaian yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam perkara ini? Saya berharap menteri dan kementerian dapat

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

52 DN.28.5.2008

memberi perhatian kepada isu tersebut, dan mengkaji balik sistem pelaksanaan untuk mengurangkan rumah setinggan di negara kita dengan berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi ke ucapan Yang Berhormat?

Tuan Pau Chiong Ung: Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain dalam negara kita. Keadaan ini telah menyebabkan kehidupan rakyat kita semakin susah. Walaupun kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan, kerana merupakan satu fenomena dunia, namun kerajaan mesti lakukan sesuatu untuk menolong rakyat kita. Oleh yang demikian, saya menyeru kerajaan supaya mengkaji balik mega project, dengan izin yang akan dilaksanakan supaya sebahagian projek-projek tersebut boleh kita tangguhkan terlebih dahulu. Dengan ini, peruntukan projek-projek tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan program-program yang boleh memanfaatkan dan meringankan beban kehidupan rakyat negara kita.

Saya amat berharap Yang Berhormat Menteri-menteri dan kementerian dapat memberi perhatian yang sewajarnya ke atas isu-isu yang dibangkitkan tadi. Dengan ini saya menyokong, Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Tuan Maijol bin Mahap.

3.55 ptg.

Tuan Maijol bin Mahap: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Selepas itu saya minta Tuan Osman bin Bungsu untuk bersedia.

Tuan Maijol bin Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 April 2008. Dalam Titah Baginda, Baginda telah menyebut banyak isu mengenai dengan rancangan pembangunan negara, dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita. Dalam perbahasan saya ini, saya ingin menyentuh beberapa isu berkaitan dengan beberapa kementerian, namun saya ingin memberi tumpuan yang lebih kepada isu perundangan di negara kita. Sebagai seorang pengamal undang-undang, saya rasa terpanggil untuk meluahkan beberapa isu yang ada kaitan dengan pentadbiran mahkamah dan undang-undang di negara kita, khususnya yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.

Sebelum itu, belum terlambat saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Barisan Nasional keseluruhannya di atas kemenangan dalam pilihan raya umum yang lalu. Saya yakin Barisan Nasional akan terus memerintah negara kita dan mentadbir negara kita dengan bijaksana.

Saya yakin kerajaan akan terus melaksanakan program-program pembangunan di Sabah dan menurunkan kadar kemiskinan di Sabah. Saya juga berharap agar kerajaan akan menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama tertunggak seperti masalah pendatang asing tanpa izin, yang mana dianggap sebagai, mother of all problems, dengan izin. Masalah jalan raya luar bandar, masalah tenaga elektrik dan air bersih.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk membuat tindakan proaktif untuk counteract, dengan izin terhadap janji-janji Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sabah, di mana Pakatan Rakyat antara lain berjanji untuk menaikkan royalti minyak sebanyak 20%; mewujudkan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi orang Sabah atau Sarawak; melantik orang-orang Sabah sebagai Ketua Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah; melantik ramai menteri dari Sabah dan menurunkan harga barang-barang dan menubuhkan Suruhanjaya Siasat Diraja berhubung dengan kad-kad pengenalan yang dipegang oleh pendatang tanpa izin di Sabah.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya membuat counteract, dengan izin terhadap janji-janji Pakatan Rakyat ini secara bijaksana, kerana saya takut rakyat Sabah nanti akan termakan dengan janji-janji Pakatan Rakyat yang lumayan ini.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 53

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam

Titahnya telah menyentuh tentang hasrat kerajaan untuk menambahbaikkan bagi memperkasakan sistem penghakiman negara supaya akan terus kekal adil, dihormati dan bebas dari sebarang pengaruh. Sehubungan ini, kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon-calon yang sesuai untuk dilantik sebagai hakim atau ke jawatan hakim yang lebih kanan.

■1600

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong langkah ini kerana ia amat baik bagi negara kita khususnya kepada aspek kehakiman. Saya harap agar Parlimen akan mendapat sokongan 2/3 untuk meminda Perlembagaan nanti. Ia adalah baik kerana suruhanjaya ini kerana dapat menilai dan tentang kesesuaian calon hakim dan juga menilai pelantikan ke pangkat hakim adalah lebih transparence dan juga dapat meningkat kredibiliti kehakiman.

Langkah kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, ini adalah disambut dengan baik oleh semua pihak. Dilaporkan di akhbar bahawa hakim-hakim yang telah bersara menyifatkan langkah tersebut sebagai fantastic, wonderful, inspires answered, dengan izin. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan, tentang beberapa persoalan berkenaan dengan penubuhan suruhanjaya ini.

Yang pertama ialah apakah komposisi keahlian dalam suruhanjaya ini. Saya mencadangkan ia haruslah jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar, mungkin 12 hingga 15 ahli adalah memadai.

Yang kedua, apakah kedudukan kuasa prerogatif Perdana Menteri setelah suruhanjaya ini diwujudkan? Saya cadangkan peruntukan dalam Perlembagaan diberikan prerogatif power, dengan izin kepada Perdana Menteri dikekalkan. Kuasa ini tidak akan mencacatkan tujuan kerajaan untuk menjadikan pelantikan hakim adalah telus dan credible.

Yang seterusnya, adalah adakah suruhanjaya bertanggungjawab dalam pelantikan hakim untuk Mahkamah Rendah iaitu di peringkat Mahkamah Majistret dan juga Session Court atau hanya di Supreme Court sahaja dengan di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Masa ini pertukaran kenaikan pangkat dan pelantikan majistret dan hakim Session Court dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman.

Ramai orang berpendapat bahawa majistret dan hakim-hakim Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kebebasan menjalankan tugas mereka di bawah sistem yang ada sekarang kerana mereka merasa di bawah naungan Pejabat Peguam Negara. Jadi apabila seorang DPP atau peguam negara sendiri berhujah di hadapan mereka, mereka akan merasa tertekan dan merasa tidak bebas.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk menaikkan imej dan keutuhan kehakiman, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan supaya meneliti beberapa kebimbangan berhubung dengan kedudukan isu-isu berhubung dengan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Yang pertama ialah tentang kuasa Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Sistem Mahkamah-Mahkamah Kehakiman di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Perlembagaan Persekutuan juga telah membahagikan Mahkamah Tinggi kepada dua, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan juga Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Perlu dijelaskan, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1948 telah menekankan kebebasan dengan pengasingan pentadbiran dan perjalanan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Daripada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Kehakiman dan Akta Mahkamah Rendah adalah jelas fungsi dan peranan, tanggungjawab iaitu Mahkamah Persekutuan terletak pada Ketua Hakim Negara dan dibantu oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan terletak pada Presiden Mahkamah Rayuan dan dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi Malaya terletak pada Hakim

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

54 DN.28.5.2008

Besar Malaya dan dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terletak pada Hakim Besar Sabah, Sarawak dan dibantu Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.

Adalah juga jelas bahawa Ketua Hakim Negara adalah Ketua Hakim Malaysia atau Chief Justice of Malaysia, dengan izin. Seterusnya Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah bagi Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Masing-masing.

Dengan cara yang sama, ketua pendaftar ialah Ketua Pendaftar bagi Mahkamah Persekutuan. Beliau bertanggungjawab hanya kepada Mahkamah Persekutuan dan bukan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak hendaklah bertanggungjawab kepada perjalanan, pentadbiran Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, namun apa sebenarnya yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini ialah, ketua pendaftar telah mengambil alih kuasa pentadbiran dan perjalanan semua mahkamah termasuk Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sejak kebelakangan ini, beliau juga mahu berperanan sebagai ketua pendaftar bagi semua mahkamah lain dari semua aspek termasuk pentadbiran, kewangan, pertukaran dan pelantikan pegawai kehakiman serta pegawai lain dan perjalanan mahkamah. Ini adalah bertentangan dengan Akta Mahkamah Kehakiman dan juga Akta Mahkamah Rendah.

Yang kedua, pelantikan pertukaran pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak. Sebelum era Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, pertukaran majistret, hakim Mahkamah Sesyen di Sabah dan Sarawak dibuat dengan kelulusan hakim Besar Sabah dan Sarawak. Sekarang pelantikan dan pertukaran pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak dibuat terus oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Sejak ketua pendaftar mengambil alih kuasa pelantikan dan pertukaran majistret dan hakim di Mahkamah Sesyen Sabah dan Sarawak terdapat pertukaran pegawai tanpa penggantian. Akibatnya ialah Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen ketiadaan hakim dan menyebabkan kes-kes tertangguh.

Tindakan ketua pendaftar untuk melakukan pertukaran pelantikan pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak adalah tidak selaras dengan undang-undang. Cadangan saya ialah, kuasa pelantikan dan pertukaran hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret terletak balik kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak iaitu selaras dengan seksyen 106, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1948 seperti amalan dahulu.

Yang ketiga ialah pengeluaran kad kuasa kepada pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak. Amalan mengeluarkan kad kuasa kepada pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak telah kini diambil alih oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Sebelum itu, kad kuasa dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Ketua pendaftar tiada kuasa mengeluarkan kad kuasa itu tetapi telah mengambil kuasa itu tanpa perundangan. Cadangan saya ialah pengeluaran kad kuasa kepada pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak dibuat terus oleh pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak iaitu selaras dengan undang-undang.

Yang keempat ialah keahlian dalam Suruhanjaya Perkhidmatan dan Perundangan, SPKP. Hakim Besar Sabah dan Sarawak hendaklah merupakan salah seorang anggota SPKP. Penglibatan Hakim Besar Sabah dan Sarawak dalam SPKP bertujuan menentukan segala perkara hal-ehwal pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak.

Pelantikan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak dalam SPKP telah dihentikan pada tahun 2007. Ini adalah merupakan kali pertama Hakim Besar Sabah dan Sarawak tidak dilantik sebagai anggota SPKP. Jadi cadangan saya ialah untuk memastikan perjalanan, pentadbiran kehakiman lancar dan teratur di Sabah dan Sarawak, Hakim Besar Sabah dan Sarawak hendaklah terus dilantik dan dikekalkan sebagai seorang anggota dalam SPKP.

■1610

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 55

Yang kelima ialah mengenai dengan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja

penyelenggaraan dan baik pulih bangunan mahkamah. Setiap kali apa sahaja kerja penyelenggaraan dan baik pulih kepada bangunan atau frame mahkamah Sabah dan Sarawak perlu dijalankan, walaupun kerja baik pulih yang kecil sekalipun, pihak mahkamah Sabah dan Sarawak terpaksa menghadap Ketua Pendaftar untuk mendapatkan peruntukan kewangan. Malah amalan ini telah mengakibatkan kelewatan mendapatkan kewangan dan di mana terdapat kebocoran bumbung dan kerja-kerja terdesak tidak dapat dijalankan dengan kadar segera dan kerja penyelenggaraan tidak dapat dijalankan secara lancar dan cekap. Cadangan saya ialah, peruntukan kewangan bagi Sabah dan Sarawak disalurkan terus kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tanpa melalui Ketua Pendaftar.

Yang keenam ialah mengenai video conferencing, dengan izin, dan pengkomputeran. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membuat dan melaksanakan video conferencing dan sistem pengkomputeran bagi sistem kehakiman.

Perlu dijelaskan bahawa segala kos untuk mengadakan video conferencing dan pengkomputeran ditanggung sepenuhnya oleh Sarawak Information Works System Sdn. Bhd atau SAINS iaitu sebuah GLC di Sarawak. Satu sen pun tidak diterima daripada pejabat Ketua Pendaftar. Dengan ini, jika Sarawak bergantung Ketua Pendaftar, perkara ini mungkin tidak terlaksana.

Perlu dinyatakan bahawa video conferencing telah diterima baik oleh semua pihak termasuk litigan dan peguam di atas alasan tersebut berkaitan wang, masa dan tenaga litigan dan peguam yang amat ketara. Setakat ini, litigan dan peguam telah dapat berjimat secara langsung sebanyak RM200,000 dari Mei hingga hujung tahun lalu, dalam bentuk perbelanjaan penginapan hotel, tambang perbelanjaan termasuk penerbangan, makan dan lain-lain.

Penjimatan secara langsung wang litigan dan peguam dalam bentuk penjimatan masa dan wang tidak diambil kira lagi. Kebimbangan litigan atau peguam tidak dapat sampai di suatu mahkamah melainkan kapal terbang diakibatkan cuaca buruk tidak timbul lagi. Peguam juga tidak perlu mendapatkan peguam lain dari bandar lain untuk menyebut atau stand-in dengan izin, untuk beliau di mahkamah tersebut.

Mahkamah juga telah membuat penjimatan kerana perjalanan dan juga tuntutan-tuntutan bagi penginapan hotel dapat dijimatkan. Kes-kes dapat diselesaikan secara lebih efisien, cepat dan cekap kerana hakim boleh mendengar kes secara serentak tanpa memerlukan hakim atau pegawai mahkamah untuk melakukan perjalanan. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan tugasan lain seperti menulis penghakiman.

Soal menyatakan bahawa Sarawak sekarang ini menyediakan pelawat kepada video conferencing dan sistem pengkomputeran di antara mereka ialah Majlis Peguam Malaysia, Jawatankuasa Peguam Selangor, Jabatan Polis, Jabatan Penjara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Setiausaha Pesuruhjaya Perkhidmatan dan Kehakiman dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.

Ketujuh ialah mahkamah bergerak atau mobile court yang sudah pun dilancarkan di Sabah pada suatu ketika dahulu. Tujuan pelaksanaan mahkamah bergerak ialah untuk membawa perkhidmatan kehakiman terus kepada penduduk pedalaman. Ini adalah satu konsep lanjutan dan pembaikan kepada circuit court system dengan izin. Perkhidmatan mahkamah bergerak telah diadakan bagi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak.

Perlu ditegaskan di sini bahawa dalam menubuhkan dan melaksanakan mahkamah bergerak, Jabatan Kehakiman Sabah dan Sarawak tidak menerima peruntukan daripada pejabat Ketua Pendaftar. Sebaliknya Sabah dan Sarawak telah menerima bantuan sokongan sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Namun, apa yang mengecewakan ialah Ketua Pendaftar menuduh Mahkamah Sabah dan Sarawak berbelanja lebih daripada bajet kerana menubuhkan mahkamah bergerak.

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kebaikan dengan penubuhan dan pelaksanaan mahkamah bergerak. Antaranya ialah pegawai kehakiman dapat...

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

56 DN.28.5.2008

Tuan Maijol bin Mahap: ...Tidak berapa panjang. Pegawai kehakiman dapat

mengalami keadaan dan masalah yang sebenarnya dihadapi oleh penduduk pedalaman. Program ini diterima baik dan dihargai oleh penduduk pedalaman dan juga dapat menapis pemberian status kewarganegaraan secara tidak sah kepada orang yang menyalahi undang-undang.

Cadangan saya ialah, pengalaman lama yang membawa kepada perjalanan sistem kehakiman yang teratur dan lancar di Sabah dan Sarawak hendaklah dikembalikan. Yang kedua, perlindungan perlembagaan hendaklah dihormati untuk memastikan efektif check and balance dalam Sistem Kehakiman Malaysia. Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak hendaklah menurut prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa perkara. Kementerian yang saya ingin sentuh di sini iaitu mengenai dengan Titah Baginda di mana Baginda telah menyebut bahawa kejayaan atlet negara menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa seperti skuasy, bina badan, boling telah melonjakkan lagi minat rakyat terhadap bidang sukan ini. Baginda juga mengharapkan semoga kajian-kajian tersebut akan mendorong atlet-atlet negara menempah sejarah, merangkul pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2008 di Beijing kelak.

Tuan Yang di-Pertua, memang saya bersetuju dan menyokong tentang usaha kerajaan untuk mengembangkan sukan dan juga merealisasikan cita-cita kita untuk mengetengahkan bakat-bakat remaja dalam sukan tetapi, saya perhatikan bahawa rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan sukan teras di daerah-daerah dan juga negeri-negeri memang baik. Namun malangnya Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini semua pusat-pusat latihan sukan teras di daerah-daerah ini telah ditutup. Yang tinggal adalah sukan teras bahagian negeri, itu pun nasibnya belum tentu lagi. Saya ada mendengar bahawa pusat negeri ini juga akan ditutup satu hari nanti.

Jadi, saya difahamkan bahawa sukan teras di bawah Majlis Sukan Negara sedang mengkaji tentang perkara ini dan tidak tahu bila dan bagaimana corak atau bentuk program ini nanti. So, yang penting ialah atlet-atlet kita di peringkat daerah ini tidak dinafikan kebaikannya.

Saya juga ingin tekankan di sini bahawa saya ingin menyeru kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk melihat tentang kemudahan sukan di Sabah khasnya, kerana di daerah-daerah Sabah ini memang ramai muda mudi yang ingin berkecimpung dalam sukan. Akan tetapi malangnya tiada kemudahan-kemudahan infrastrukturnya seperti dewan gelanggang, dewan badminton dan sebagainya. Ini amat diperlukan, kerana kalau ada kemudahan tersebut maka sudah tentu dapat memberikan galakan kepada muda dan mudi untuk berkecimpung di dalam sukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyebut tentang sektor pertanian. Baginda juga telah menyatakan tentang pentingnya memajukan sektor pertanian sejajar dengan matlamat menjadikan sebagai penjana ketiga pertumbuhan ekonomi negara melalui transformasi daripada pertanian tradisional kepada entiti kecil.

Dalam satu dua hari ini, saya telah mendengar Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang masalah beras. Masalah kekurangan beras sehingga harga ini telah meningkat. Baru-baru ini saya telah terbaca surat khabar bahawa, kita mahu mengimport beras daripada negara Thailand sebanyak 500,000 tan metrik. Apabila Perdana Menteri Thailand melawat negara kita, sudah dipersetujui bahawa harga beras tersebut tidak melebihi USD850 dalam satu tan metrik.

Apabila perundingan selesai, Perdana Menteri balik ke negara Thailand. Maka, peladang-peladang Thailand dan juga pengusaha-pengusaha di Thailand tidak bersetuju dengan harga tersebut dan mereka mahu supaya harga itu ditetapkan pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak USD1000 satu tan metrik.

■1620

Jadi memberikan bebanan kepada Kerajaan Malaysia, kepada kerajaan kita. Saya memang setujulah hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan lagi ladang-ladang sawah padi di negara kita. Saya mendapat tahu bahawa Sarawak ini akan dijadikan sebagai satu jelapang padi yang baru di negara kita. Dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menerangkan kepada kementerian berkenaan supaya melihat tentang kebaikan padi bukit yang memang diamalkan oleh penduduk-penduduk di

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 57

pedalaman di Sabah. Mereka telah mengamalkan cara ini begitu lama dan memberikan pulangan yang baik kepada mereka.

Cumanya kini yang dibuat ialah galakan dan juga insentif dan juga cara bagaimana untuk mempertingkatkan lagi pulangan tersebut supaya ia tidak statik. Kalaulah ada bantuan ataupun penyelidikan ataupun cara yang lebih baik lagi melalui R&D, biotek kita, maka sudah tentu pulangan dalam segi ini pun mungkin bertambah seperti juga pulangan kepada padi sawah. Kalau padi sawah kita boleh tanam dua kali setahun, tapi padi bukitnya sekali setahun saja. Namun, kalau dengan biotek mungkin boleh dua kali dan memberi pulangan lebih bagus. Kalau tidak sepuluh metrik tan satu hektar, mungkin lima metrik tan satu hektar pun sudah memadai.

Jadi ini sedikit sebanyak akan membantu kerajaan untuk meningkatkan lagi pengeluaran beras negara kita supaya kita tidak seharusnya atau tidak semata-matanya bergantung kepada import beras dari luar negara. Seperkara lagi yang saya ingin sampaikan di sini...

Tuan Yang di-Pertua: Berapa perkara lagi semua Yang Berhormat.

Tuan Maijol bin Mahap: Ada dua lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Cuba ringkaskan sedikit. Banyak kawan-kawan yang nak bercakap juga.

Tuan Maijol bin Mahap: Ya, satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Pendidikan dan latihan adalah amat penting, Titah Baginda dan saya memang setuju. Saya perhatikan bahawa Baginda amat prihatin tentang pendidikan awal sekolah. Pra sekolah iaitu di kelas sebelum memasuki alam persekolahan tahun satu. Mereka yang berumur di bawah tujuh tahun.

Mereka ini harus mendapat didikan awal kerana sudah tentu dengan didikan tersebut maka seorang kanak-kanak itu akan mempunyai pembesaran, proses pembesaran yang amat baik. Ia akan menjadikan mereka sebagai seorang yang mempunyai keyakinan diri, mempunyai pengetahuan am yang bagus, kecenderungan untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan juga memberikan kebaikan kepada diri dia apabila dia dewasa nanti.

Apa yang seperti sini Tuan Yang di-Pertua ialah pendidikan awal tahun ini, anak-anak sekarang ini dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kerana mereka ini menubuhkan tabika di kampung-kampung. Pusat yang begitu banyak. Di daerah saya pun ada 60. Daerah seperti Marudu di Sabah pun ada 60 pusat tabika. Amat baik sekali.

Apa yang ingin saya cadangkan di sini ialah oleh kerana pendidikan awal ini juga merupakan satu pendidikan kepada anak-anak, maka adalah baik dalam pendapat saya kalau kerja ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran supaya kurikulum itu boleh diselaraskan daripada pra sekolah sampailah tahun satu, supaya ada kesinambungan tentang caranya, pengajarannya juga dan juga kurikulum dan seluruhnya. Jadi ada kebaikan. Jadi saya minta supaya kementerian mengkaji kebaikan ini supaya semua hal-hal tentang pembelajaran di negara kita ini daripada pra sekolah sampailah ke universiti akan diletakkan di bawah naungan Kementerian Pelajaran ini.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang usaha kerajaan untuk memperluaskan lagi penyediaan kemudahan asas luar bandar dan juga di pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak dan juga pembangunan masyarakat Orang Asli yang harus juga dipertingkatkan meliputi bidang pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini lebih kurang 5,000 kilometer lagi yang masih belum berturap atau belum di asfalt. Kalau kita lihat peruntukan daripada kerajaan setiap tahun hanyalah RM200 juta. Itu tidak mencukupi. Kita terpaksa mengambil sepuluh perancang Malaysia atau mungkin lebih daripada itu, barulah kita boleh menurap jalan-jalan ini.

Jadi, saya lihat bahawa saya difahamkan bahawa untuk menurap satu kilometer ini memerlukan RM1 bilion. Jadi kalau kita mahu menurap jalan raya 5,000 kilometer ini, sehingga 2011 kita memerlukan RM5 bilion untuk menurap jalan-jalan tersebut. Jadi saya ingin merayu kepada kementerian ataupun kerajaan supaya memberikan peruntukan yang lebih kepada Sabah untuk maksud ini iaitu menurap, mengasfalt jalan raya di kampung-kampung dan juga pedalaman di Sabah.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

58 DN.28.5.2008

Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan kehendak rakyat

Sabah untuk mahu supaya satu siasatan diraja dibuat untuk melihat tentang MyKad yang telah diberikan kepada pati iaitu pendatang asing tanpa izin. Telah dicadangkan oleh wakil-wakil rakyat bahawa mungkin Parliamentary Select Committee memadai untuk maksud ini. Saya dan juga kawan-kawan saya dari Sabah juga berpendapat bahawa ini tidak mencukupi. Ia haruslah disiasat oleh satu Royal Commission supaya betul-betul kita dapat maklumat yang sebenarnya tentang apa sebab bagaimana kita boleh mengatasi masalah orang-orang pendatang tanpa izin ini yang memegang kad pengenalan yang tulen yang memang amat memudaratkan kepada negara kita dan juga keselamatan orang-orang kita di Malaysia ini.

Kalau kita mahu ikut ataupun cara kita membenarkan Parliamentary Select Committee dengan izin, maka saya khuatir ia tidak akan berkesan. Sudah dibuktikan dahulu waktu kita telah memanggil satu Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberikan maklumat, evidence dan sebagainya kepada select committee. Mereka tidak mahu datang; dengan sewenang-wenangnya tidak mahu datang.

Jadi kalau kita adakan select committee ini maka ia akan berlaku begitu lagi. Jadi lebih baguslah caranya ialah kita mahu supaya Royal Commission ditubuhkan; itu yang lebih sesuai pada pendapat saya. Saya sekali lagi berharap kerajaan akan melihat masalah-masalah yang sudah begitu lama supaya akhirnya ini akan memberikan kesejahteraan dan juga kebahagiaan kepada rakyat kita.

Perlu disentuh di sini bahawa setelah Batu Puteh dimenangi oleh Singapura, keputusannya diberikan oleh ICJ, lantas pemimpin MNLF Mindanao Filipina, telah mengatakan bahawa mahu cadangkan dia kata, Misuari kata supaya Sabah ini juga dirujuk kepada International Court of Justice. Bayangkan kalau Sabah ini dirujuk kepada ICJ. Saya tidak dapat bayangkan kesannya. Jadi kita tidak mahu ini berlaku kerana kita mahu keamanan dan juga kesejahteraan rakyat akan terus terjaga di Sabah ini di bawah perintah negara kita di Malaysia ini. Dengan kata-kata demikian, saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

■1630

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Osman bin Bungsu.

4.31 ptg.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh saya dapat petunjuk berapa orang lagi Ahli Yang Berhormat yang hendak bercakap.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi laluan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mana Tuanku telah banyak mengutarakan pelbagai isu antaranya ekonomi, pendidikan, keselamatan, pelancongan dan lain-lain demi kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin memfokuskan beberapa perkara. Antaranya ialah tentang isu pendatang tanpa izin dan yang ada keizinan. Menyentuh soal jumlah pekerja asing yang kini menjadi kumpulan penduduk ketiga terbesar di negara ini selepas Melayu dan Cina serta lebih ramai daripada etnik yang ketiga iaitu masyarakat India seperti yang dilaporkan dalam media amat mengejutkan. Jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta tidak termasuk pendatang tanpa izin yang dianggarkan Jabatan Imigresen berjumlah hampir 400,000. Walau bagaimanapun, ada pihak menganggarkan pendatang tanpa izin negara ini lebih daripada 1.8 juta. Dengan hampir jumlah satu juta di Sabah manakala di Semenanjung kira-kira 800,000.

Jika ini betul, Malaysia kini mempunyai hampir 4 juta warga asing dan dalam tempoh beberapa tahun lagi jumlah mereka akan menggantikan masyarakat Cina sebagai kumpulan penduduk kedua terbesar negara. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia kini menunjukkan setiap bulan jumlah penduduk Malaysia meningkat 120,000 tahun lalu manakala perangkaan rasmi kemasukan pekerja asing ke negara ini ialah 7,000 sebulan dan lebih 10,000 membabitkan pendatang tanpa izin. Jika jumlah ini dijadikan sandaran, setiap tahun kira-kira 200,000 warga asing masuk ke negara ini.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 59

Daripada hampir empat juta warga asing ini dikatakan beberapa ribu daripada mereka sama ada sudah mendapat status penduduk tetap atau kewarganegaraan akan memiliki MyKad.

Walau bagaimanapun Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan ini di atas alasan ciri-ciri keselamatan kad berkenaan. Hakikatnya MyKad boleh dipalsukan dan ini dibuktikan daripada beratus kes rampasan MyKad khususnya di Sabah. Akibatnya Sabah dikatakan mengalami pertambahan penduduk luar biasa kerana ramai pendatang tanpa izin mendapatkan taraf kewarganegaraan. Malah ada pihak yang menganggarkan jumlah warga asing di Sabah melebihi penduduk iaitu 1.5 juta.

Soalnya apakah kesan kemasukan warga asing termasuk sosioekonomi negara ini. Selain daripada menyumbang kepada ekonomi mereka juga dikatakan menyumbang pelbagai masalah sosial kepada negara. Kira-kira 80,000 rakyat Malaysia termasuk graduan masih menganggur tetapi tiada pengangguran di kalangan warga asing. Kira-kira 25% daripada katil di hospital kerajaan diisi warga asing. Kedatangan mereka juga mengembalikan semula beberapa jenis penyakit seperti batuk kering, kusta, malaria dan sebagainya. Tahun lalu Kementerian Kesihatan mengesan hampir 10,000 kes batuk kering, 15 hepatitis ‘B’, 3,000 kes siplis dan juga...

Tuan Yang di-Pertua: Selain daripada warga asing ini apa lagi perkara-perkara Yang Berhormat hendak ketengahkan sebab perkara ini di dalam saya mengikuti perbahasan sudah banyak dibangkitkan dan saya percaya kita akan dengar dalam penggulungan. Sekiranya ada perkara-perkara lain lebih-lebih lagi perkara-perkara yang baru, sebelum ia tenggelam lebih baik Yang Berhormat timbul dahulu.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih di atas peringatan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya berharap kepada pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan negara kita.

Kedua ialah mengenai isu kenaikan harga barang. Sudah tentu kenaikan harga barang ini melibatkan keperluan asas penduduk yang kita tahu bahawa penduduk kita di dalam kawasan bandar tidak menjadi masalah tetapi bagi kawasan-kawasan yang berada di luar bandar terutama beras yang menjadi makanan utama mereka. Harga barangan yang naik berlipat ganda dan ini menyebabkan yang miskin bertambah miskin terutama kawasan di perkampungan Orang Asli.

Maka tindakan segera perlu diambil oleh kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah ini kerana ini adalah masalah negara. Kalau kita lambat ambil tindakan maka akan menjadi keresahan di kalangan penduduk-penduduk di atas kesempatan yang telah diambil oleh pemborong-pemborong dan peniaga-peniaga. Kerajaan baru sahaja hendak mengenakan tindakan kawalan pada 1 Jun tetapi, harga keperluan asas seperti beras telah meningkat naik. Malah baru-baru ini kalau kita tengok harga beras untuk majlis perkahwinan, beras nasi beriani naik sampai RM10 hingga RM15. Kadang-kadang tidak dapat pun dengan harga ini. Jadi, saya harap pihak yang berkenaan dapat memantau perkara ini secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 51 tahun saya melihat kerajaan yang kita cintai ini telah mencapai kejayaan dalam meninggikan kehidupan rakyat. Dalam tempoh ini ekonomi telah berkembang pada paras purata 6.3% setahun pendapatan per kapita meningkat kepada RM23,000 setahun pada tahun 2003. Sektor ekonomi juga telah melalui proses perubahan yang pesat daripada sebuah negara ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan. Kerajaan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan kepada paras 3.6% dan kemiskinan tegar kepada 0.7% pada tahun 2003.

Dato’ Omar bin Faudzar: Yang Berhormat, minta laluan. Tadi Yang Berhormat ada membangkitkan isu mengenai bahan-bahan makanan dan kos yang meningkat begitu tinggi. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat. Kalau tiga tahun dulu apabila Ringgit Malaysia masih lagi tidak begitu kukuh kita mengimport barang-barang dengan USD1 mungkin pada ketika itu kita membayar RM5 ataupun RM4, tetapi sekarang apabila kita mengimport barang yang sama dengan Ringgit Malaysia yang lebih kukuh sepatutnya harga barang itu turun sebab sekarang saya bayar cuma RM3.

Namun yang menghairankan kenapa apabila Ringgit Malaysia sudah kukuh tetapi barang masih melambung naik. Adakah ini disebabkan oleh dasar monopoli yang

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

60 DN.28.5.2008

digalakkan oleh kerajaan yang menyebabkan harga barang-barang ini naik? Apa pendapat Yang Berhormat sekiranya saya mengatakan kita hapuskan dasar monopoli?

■1640

Kita buka, kita buat dasar terbuka supaya ada competition, ada persaingan barang-barang yang diimport sebab inilah tujuan utama bila kita menguatkan Ringgit Malaysia supaya barang-barang yang diimport dapat lebih murah. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih rakan saya, Dato’ Omar. Dasar monopoli ini memang daripada dulu lagi perlu dihapuskan.

Saya setuju pandangan Yang Berhormat di mana kita buka kepada dasar persaingan bebas supaya barang-barang keperluan kita ini dapat dengan harga yang lebih murah. Namun setiap kali kita menghadapi krisis, gandingan padu antara rakyat dan kerajaan telah berjaya meletakan semula ekonomi di landasan yang kukuh. Kejayaan ini saya percaya adalah berasaskan dasar-dasar yang pragmatik dan inovatif dan keupayaan kita untuk think out of the box, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya negara Malaysia meneruskan kepimpinan negara yang berlandaskan kebajikan. Selama ini pun berkonsepkan kebajikan telah menunjukkan kesungguhan komitmen walaupun landskap politik selepas 8 Mac lalu telah menghadapi perubahan drastik tetapi saya yakin pemimpin Kerajaan Pusat telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali menyentuh soal kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli yang mana kita tahu bahawa sejak 50 tahun merdeka Orang Asli masih lagi di tahap yang begitu kritikal, saya rasa iaitu pada tahap 50% yang saya katakan tadi, 17% di peringkat miskin dan 38% miskin tegar...

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingin tanya sedikit. Dalam world-view Orang Asli, adakah kita semua ini pendatang tanpa izin?... [Ketawa]

Tuan Osman bin Bungsu: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berniat begitu, tetapi kerana kita adalah berbilang kaum, berbilang bangsa, jadi kita ada etnik masing-masing. Maka tidak ada sempadan di antara kita tetapi kerana melihat satu kelompok yang ada ini begitu, maka kita kena perjuangkan begitu supaya 50 tahun akan datang ada satu penyelarasan. Kalau boleh, tidaklah terlalu jauh jurang kemiskinannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat keadaan miskin inilah yang agak kritikal walaupun menteri tadi telah menyatakan bahawa sebanyak RM386 juta untuk pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun saya agak keliru dengan data yang ada yang mana saya melihat yang baru diberi kepada...

Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun minta laluan.

Tuan Osman bin Bungsu: Sekejap.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat minta laluan sebentar.

Tuan Osman bin Bungsu: Sekejap ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat hendak kemukakan Usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh]: Usul. Dengan hormatnya, Tuan Yang di-Pertua,

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7 malam ini, dan selepas itu mesyuarat

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 61

akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari esok, 29 Mei 2008.”

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Terima kasih Yang Berhormat. Sila sambung.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat pemberitahuan ini pada tarikh 26 Mei iaitu jumlah penduduk Orang Asli sehingga tahun 2007 ialah 141,230.

Tuan Yang di-Pertua: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Dewan Rakyat pun akan bersidang hingga pukul 7 malam. Jadi baiklah kita balik sama-sama... [Ketawa]

Tuan Osman bin Bungsu: Sedangkan dalam statistik pada tahun 2004, penduduk Orang Asli ialah seramai 149,723. Jadi saya rasa sangsi sedikit tentang data ini, statistik ini. Saya ingin jabatan memberi satu ketentuan statistik yang sebenar penduduk Orang Asli terkini. Kalau kita lihat 2004 dengan 2007, bermakna tahun 2004 penduduk Orang Asli ialah 149,723 dengan ada yang ada 141,000 bermakna Orang Asli makin kurang 8,000 dalam masa tiga tahun, apakah sebabnya?

Tuan Yang di-Pertua: Asimilasi?

Tuan Osman bin Bungsu: Kita tidak nampak lagi asimilasi, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya harap statistik ini perlu dibetulkan kerana kita melihat bahawa statistik ini akan meningkatkan lagi jumlah peratusan kemiskinan tegar dan kemiskinan am yang ada. Jadi saya harap statistik ini boleh dikemaskinikan supaya perkara ini dapat dibuat satu penelitian yang wajar agar segala tindakan-tindakan berdasarkan daripada keperluan semasa yang boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan beberapa perkara tentang bagaimana untuk membuat penyelesaian dalam perkara ini.

Yang pertama saya berharap pihak kementerian dan kerajaan dapat memperkasakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli iaitu fokus Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu diubah kepada memberi penekanan terhadap aspek pembangunan minda, rohani dan juga pembangunan yang sedia ada bagi mengurangkan kemiskinan.

Yang kedua, untuk memanifestasikan misi dan fokus yang jelas sebagai jabatan utama yang bertanggungjawab mengawal selia hal ehwal Orang Asli pada masa sekarang. Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli lebih dilihat sebagai satu feeder, dengan izin, kepada jabatan lain. Begitu juga mewujudkan lebih banyak sayap dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi menangani semua aspek pembangunan dan juga kebajikan Orang Asli. Mengatur strategi dan perancangan yang tepat iaitu perancangan yang strategik, holistik yang merangkumi semua tahap penerimaan masyarakat Orang Asli kerana kita tahu masyarakat Orang Asli yang ada di dalam kawasan bandar sedikit tetapi yang ramai ialah di kawasan luar bandar. Jabatan harus mahir dan berupaya mengenal pasti tahap penerimaan kumpulan sasar ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya harap kepada kerajaan mengadakan satu dasar yang jelas terhadap Orang Asli. Dasar yang jelas diperlukan bagi mengelakkan Orang Asli terus meningkat dalam tahap kemiskinan ini iaitu meletakkan hal ehwal Orang Asli ini secara langsung di bawah seorang menteri bagi memberi tumpuan khusus kepada pembangunan minda serta projek-projek pembangunan di penempatan Orang Asli. Ini kerana kedudukan kawasan Orang Asli lokasinya agak jauh dan terdapat banyak negeri iaitu sekurang-kurangnya ada lapan negeri. Walaupun keadaannya jauh di pedalaman, maka perlu juga diberi perhatian dalam perkara ini. Ini juga melibatkan ketiadaan wakil di Dewan Rakyat untuk memperjelaskan dan memperjuangkan hak tentang Orang Asli.

■1650

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

62 DN.28.5.2008

Jadi saya berharap perkara ini penting untuk diberikan satu perhatian kepada

masyarakat Orang Asli. Yang kedua, kita melihat hak milik tanah. Kita tahu banyak projek dijalankan, tetapi hak milik tidak ada. Manalah tahu suatu masa akan datang, satu perubahan yang berlaku kita tidak tahu. Maka Orang Asli akan berputih mata, hanya cakap, tetapi hak tidak ada. Ada pembangunan di ladang FELCRA, RISDA tetapi, akhirnya tidak ada hak. Jadi ke manalah sedangkan kita tahu bahawa Orang Asli ada hak istimewanya ini perlulah diberi perhatian kerana kita tengok kawasan tanahnya luas seperti yang telah disebutkan oleh menteri tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Itulah saya try tanya tadi, dalam world view kita, kita melihat pendatang asing sedemikian rupa. Tidakkah pula Orang Asli melihat kita, dalam world view mereka, ancaman yang begitu juga?

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas pandangan tadi. Saya tengok tetapi, perkara begini akan dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap lagi mengenai pembangunan tanah ini. Saya berharaplah perkara ini mendapat perhatian dari pihak kementerian di mana menteri yang lalu telah menjanjikan semua kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi hak milik ini kerana Orang Asli pun telah memberi satu komitmen kuat dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas. Sudah tentu apa yang dibuat itu mendapat pembelaan yang baik. Begitu juga kepada penambahan Ahli Dewan Negara yang telah diperjuangkan oleh rakan-rakan tadi.

Saya berharap pihak kerajaan dapat menambah supaya suara-suara yang ada di Dewan Negara ini dapat dipertingkatkan dengan memperjuangkan isu-isu yang ada. Untuk makluman Ahli Dewan yang ada, bahawa saya dahulu menjadi Ahli Penasihat Perpaduan Negara pada tahun 1998 hingga tahun 2000, maka satu kelulusan telah dibuat pada waktu itu, tetapi sehingga hari ini saya tidak nampak kelulusan yang telah dibuat itu telah dipersetujui oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Osman bin Bungsu: Ada sedikit lagi. Begitu juga dengan elaun Batin, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman, elaun Batin-batin, kita ada penduduknya tidak ramai, batinnya tidak ramai, tetapi elaunnya sebulan RM100.00. Bayangkan purata RM100.00 sebulan sebagai pemimpin kecil di kampung-kampung. Bukan sahaja dia itu pemimpin miskin tetapi dia itu pemimpin miskin tegar. Untuk menguruskan mesyuarat pun tidak cukup, RM100.00. Kemudiannya dibagi pula setahun dua kali, RM600.00.

Jadi kalau kita tengok bantuan kerajaan kepada OKU pun sudah RM400.00 sebulan. JKKK kerajaan kepada JKKK yang dilantik oleh kerajaan pun ada RM400.00 hingga RM600.00 sebulan. Maka saya rasa sudah tentu wajarlah kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini dapat melihat bahawa elaun ini perlulah dipertingkatkan dengan sekurang-kurangnya RM500.00 seorang agar sebagai ketua masyarakat dapat dipandang lebih tinggi daripada masyarakatnya. Kalau dia tidak bekerja pun, kata orang untuk menjaga masyarakat dia, menjaga kaum dia, sudah tentu ada pembelaan kepada diri. Hal penjagaan kendiri itu akan dapat dirasai oleh ketua kampung.

Jadi berkenaan perkara ini saya baru balik di Terengganu membuat ceramah pembangunan minda. Ketua kampung daripada Pahang datang untuk menyuarakan kenapa kerajaan tidak hendak beri dia punya elaun yang lebih baik daripada orang miskin, katanya. Jadi kata saya, nantilah, saya bawa ke Dewan Negara ini untuk dibahaskan. Mudah-mudahan, berdoalah banyak-banyak agar elaun ini diberi perhatian. Begitu juga dasar pemberian bantuan kepada kanak-kanak sekolah. RM80.00 kepada kanak-kanak sekolah rendah dan juga RM120.00 untuk sekolah menengah. Ramai pelajar kita sekarang ini tercicir di peringkat sekolah menengah. Hampir 60% tercicir di sekolah menengah kerana kemiskinan. Hantar pergi asrama, duit yang bapa dia bagi RM10.00, itulah datang dan balik. Jadi dia tidak dapat membeli keperluan-keperluan asas yang ada untuk keperluan diri.

Jadi kalau inilah dapat diperingatkan, begitu juga dengan Kementerian Pelajaran dapat melihat perkara ini supaya duit atau wang ini dilebarkan pemberiannya kepada semua pelajar Orang Asli dan juga Biasiswa Persekutuan. Bermakna pelajar-pelajar yang boleh dapat menunjukkan minat belajar, terutama duduk di asrama diberi

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 63

biasiswa. Mudah-mudahan biasiswa ini bila dia balik, dia ada sedikit kata orang, buah tangan untuk balik ke rumah. Kalau dahulu dia beri sebagai bapa, kita beri duit kepada anak dia, tetapi kepada masyarakat yang luar bandar ini agak sukar kerana makan pun sukar dengan kenaikan harga barang lagi. Merempat hidupnya.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Banyak lagikah perkara?

Tuan Osman bin Bungsu: Kerajaan juga minta supaya persepsi dan mentaliti masyarakat Orang Asli boleh diubah.

Tuan Yang di-Pertua: Banyak lagikah Yang Berhormat?

Tuan Osman bin Bungsu: Ada dua lagi, iaitu supaya usaha lebih serius perlu dilakukan untuk wujudkan imej yang positif dan jati diri yang unggul dalam masyarakat Orang Asli. Maka saya berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli ini perlu ditukar kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi memberi gambaran yang lebih mantap terhadap usaha kerajaan memberi pembelaan terhadap Orang Asli. Ini sekali gus akan mengubah persepsi masyarakat yang memandangkan remeh terhadap kepentingan Orang Asli dalam beberapa perkara pembangunan yang ada.

Begitu juga saya berharap kepada kerajaan yang telah mewujudkan Majlis Perundingan Pembangunan Orang Asli yang mana saya difahamkan telah diberi kelulusan oleh Kabinet untuk menjalankan mesyuarat bagi mengatasi segala apa jua, tetapi saya difahamkan setahun sekali baru mengadakan mesyuarat bagi melihat pembangunan-pembangunan Orang Asli. Maka saya harap Majlis Perundingan Pembangunan Orang Asli ini perlu diaktifkan agar segala masalah-masalah yang ada pada Orang Asli dapat dipercepatkan pembangunannya. Kita tidak hendak tunggu 20 tahun lagi baru hendak melihat Orang Asli terkeluar dari kelompong kemiskinan.

Kita lihat bahawa Orang Asli tidak ramai, 30,000 keluarga sahaja. Kalau setahun, kita ambil 5,000 orang terkeluar, enam tahun telah selesai masalah. Jadi saya berharap perkara ini, cadangan-cadangan ini mendapat perhatian kepada Yang Berhormat Menteri yang terlibat supaya Orang Asli dapat hidup lebih selesa dan juga berdaya saing dengan masyarakat-masyarakat lain. Dengan kata-kata ini, saya turut menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi kerjasama. Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 34(8). Saya hadkan masa ucapan bagi tiap-tiap orang lebih kurang 15 minit. Dato’ Kamarudin bin Ambok.

4.59 ptg.

Dato’ Kamarudin bin Ambok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 April 2008.

■1700

Yang pertama, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas ini sudah lama diperkatakan dan telah banyak dijanjikan daripada bertahun-tahun kementerian demi kementerian berubah. Contohnya Kementerian Pengangkutan, menterinya berubah-ubah menyatakan sebelum wujudnya LRT, komuter, dia kata selepas sahaja siap rel ringan dengan komuter ini, maka jam tidak akan berlaku. Namun sekarang ini jam terus berlaku terutama hari hujan. Jadi saya minta supaya Kementerian Wilayah Persekutuan memikirkan jangka pendek, sederhana dan panjang, untuk melakukan sesuatu supaya tidak terdapat lagilah jam di Kuala Lumpur. Katanya dulu, bila wujudnya SMART Tunnel, maka akan menyelesaikan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas. Namun tetap berlaku.

Jadi saya rasa, kalaulah menyebabkan banyak bangunan-bangunan tertentu yang menyebabkan tidak boleh kita memperluaskan jalan raya dan sebagainya, saya minta supaya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk merancang pembangunan semula kawasan-kawasan tertentu yang bangunan dirobohkan dan dibina semula. SMART Tunnel yang sedia ada ini dipanjangkan. Ketika ini SMART Tunnel yang ada ini untuk mengeluarkan kenderaan daripada Kuala Lumpur, tiba-tiba

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

64 DN.28.5.2008

keluar sahaja di situ jam. Ini kerana masalah terdapat banyak jejantas-jejantas yang menghala ke beberapa tempat.

Jadi saya minta supaya dipanjangkan lagi sampai ke tol, sampai ke Sungai Besi, MINT Hotel itu. Barulah boleh menyelamatkan sebelah utara. Sebelah barat, supaya dibuat SMART Tunnel juga daripada Kuala Lumpur ini terus kepada tol Damansara. Jadi saya rasa, di sini juga boleh menyelamatkan dan untuk Pantai Timur, supaya SMART Tunnel ini dikeluarkan terus ke Selayang kah, ataupun mungkin selepas Sri Gombak dan terus boleh pergi ke Lebuh Raya Karak. Saya rasa inilah, saya tengok jalan di sini kalau...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat beranggapan, kalau semuanya Yang Berhormat sarankan itu dilaksanakan, selagi orang Malaysia tak ubah perangai, dia masih akan jam.

Dato’ Kamarudin bin Ambok: Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, tapi kita tengok di Singapura, contohnya yang sempit, kerana dia ada pembangunan semula, maka bangunan-bangunan lama dibesarkan seperti Selangor Mansion sekarang ini, kita tengok. Ianya center dan setiap kali perayaan di situ orang menumpu dan akhirnya tempat itu menjadi jam teruk jalan-jalan itu. Jadi pastikan adakan satu pembangunanlah. Bangunan Selangor Mansion pun dah lama, dah uzur, kita bangunkan semula dibuat contohnya. Dibina tujuh tingkat di bawah tanah misal kata. Setanah parking besar dan di situ kita ada rail, segala rail boleh cambah. Jadi orang masuk dekat situ sebagai center.

Ada tempat parking yang banyak dan luas. Daripada situ juga tunnel keluar pergi ke Utara, pergi ke Selatan. Jadi saya rasa dia boleh menyelamatkan. Mungkin kosnya tinggi, tapi kerajaan harus berbelanja. Kalau kerajaan tidak berbelanja bermakna dia memberi ruang kepada private sector untuk membantu.

Kedua, saya ingin menyentuh mengenai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya minta menteri baru supaya melihat semula, supaya kita orang Melayu ini jangan jumudlah. Pada saya, kita memperakui bahawa orang Cina ini memang hebat membangunkan bandar. Bandar Melayu yang paling hebat orang Melayu boleh bina adalah Shah Alam. Tengoklah bandar dia macam mana. Bandar kedua hebat dibina oleh orang Melayu hebat dibina di Bangi. Tengoklah bandarnya. Bandar yang ketiga kalau kita tengok yang besar sikitlah di Jengka. Itulah orang Melayu punya bandar. Jadi kita tengok macam mana orang Cina bina bandar. Contohnya yang terbaru di Puchong. Begitu hebat sekali. Lebih besar daripada kedua-dua bandar Bangi dan juga Shah Alam.

Jadi saya lihat di sini, juga pembinaan misal kata, di sini UDA harus memikirkan UDA diberi untuk membangunkan bandar. Jadi sebelah Segambut misal kata, terdapat Sri Hartamas dan Segambut. Di situ kita tengok perbezaan harga tanah antara RM200, RM300 di sebelah Hartamas dan Segambut itu di sekitar RM50 sekaki persegi. Baru-baru ini Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin jual RM50 sekaki per segi, Di situlah kalau boleh pihak UDA ini proaktiflah pergi kepada orang kampung itu memikirkan macam mana hendak bangunkan tempat itu untuk menjadikan dia nilai seperti bandar-bandar yang dibina oleh kaum-kaum Cina.

Jadi begitu juga dengan perniagaan francais ini. Saya dapat penerangan daripada MARA, saya tengok orang-orang yang dia menjadikan mentor, saya tak nampaklah, tak nampak kejayaan hebatlah. Jadi kita asyik hendak buat botol kordial, jual burger lagi, takkanlah macam itu? Ini tahun, kita sudah hendak hampir kepada zaman 2020, zaman perindustrian. Jadi saya minta pihak MARA ini, memberi peruntukkan Yang Berhormat besar sedikit, menjadikan orang Cina sebagai mentor. Contohnya, orang Melayu iaitu Norani Elektronik menjual barangan TV, radio, fridge dan washing machine dan sebagainya. Kalau hendak beli pun orang Melayu sahaja. Jadi apa salahnya kalau MARA minta supaya pihak SEN kah, HSL kah, berbincang dengan mereka membayar satu fee yang tinggi dan orang Melayu ini meniaga, memperdagangkan jenama SEN atau HSL dan di sinilah smart partnership. Baginda pun ada menyentuh tentang ini yang dipanggil membina perkongsian pintar.

Jadi saya lihat, pihak MARA ini, orang-orang MARA ini tak usah hendak bina sendirilah. Sepatut kita ambil, misal kata kalau orang Melayu hendak membuat kedai cermin mata. Ini bidang-bidang baru yang orang Melayu tak banyak ceburi. Kita tidak perlu buat nama ‘Ahmad Optical’. Kita ambil sebagai England Optical. So, inilah patut MARA fikirkan lagi jenama-jenama lain. Dulu masa arwah Tan Sri NAsimuddin, Syarikat

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 65

Naza Motor yang hebat, besar orang Melayu ini dan tidak diangkat pun menjadi sebagai franchising untuk orang Melayu untuk menjenamakan perniagaan NAZA. Dia suka buat nama-nama dia sendiri dan akhirnya semuanya lingkup.

Jadi saya minta pihak MARA untuk memperkemaskan lagi jenama-jenama lain. Orang-orang Melayu tidak pandai meniaga kasut, jual kasut tak ada, tak nampak pun. Kalau ada pun butik-butik, harganya terlalu tinggi tapi dari segi nilainya tak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini yang terakhir seterusnya saya ingin menyentuh mengenai dengan, baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor ada mengeluarkan statistik. Katanya beribu-ribu kilang haram ada di Selangor.

Saya hendak tahu, kalaulah benar kilang haram ini berlaku, bermakna mesin-mesin ataupun jentera-jentera yang dipasang dalam kilang itu tidak dapat CF lah. Di sini saya tak nampak Kementerian Sumber Manusia untuk menolak ini adalah tidak benar.

Kalau ianya benar, saya minta supaya Kementerian Sumber Manusia ini menyiasat mesin-mesin yang dia pasang itu adalah mesin-mesin yang memenuhi standard piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kementerian Sumber Manusia. Jadi, baru-baru ini terdapat beberapa kemalangan. Pada bulan Mac yang lepas, kemalangan di kilang tepung di Perak. Terdapat dua orang mati kerana talian paip bertekanan tinggi , high pressure meletup semasa membuat welding.

Jadi ini adalah salah satu dari kemungkinan-kemungkinan kalau mereka tidak mempunyai CF, tidak mempunyai piawai yang ditetapkan, menyebabkan berlakunya kemalangan-kemalangan di tempat kerja. Kemalangan juga di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia ini ialah di tapak bina. Pada awal April, didapati tiga orang mati kerana gondola jatuh di Bukit Antarabangsa.

Jadi, bila saya dapat tahu bahawa Kementerian Sumber Manusia ini masih lagi cara dia administrative dia itu, pemeriksaan dan sebagainya, cara manual. Cara lama dan tidak membuat cara terkini, cara elektronik.

■1710

Saya minta supaya Kementerian Sumber Manusia, kerana kilang telah banyak, dulu bolehlah buat manual kerana kilang tidak banyak, sekarang ini kilang dah banyak dan perlu mengadakan banyak pemeriksa dan kita tidak mahu rakyat didedahkan dengan banyak kemalangan. Kemalangan berlaku kerana banyak mesin seperti lif dan eskalator adalah terdedah kepada orang ramai. Saya lihat di sini dia punya CF nya selama 15 bulan. Selepas 15 bulan expired, makna kena ada pemeriksaan semula.

Jadi kadang-kadang kita tengok dalam lif itu sudah expired, kita hendak naik pun takut, sebab dalam lif itu sudah expired, ada tulis di situ. Bila kita tanya tuan punya bangunan itu dia menyatakan, bahawa sudah diperiksa, tetapi sijil CF lambat dikeluarkan kerana administrative secara manual diamalkan oleh sumber manusia, menyebabkan tidak dapat mengeluarkan sijil CF ini awal. Jadi itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua ucapan saya dan saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain.

5.11 ptg.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya merakamkan Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerana sudi berangkat menyampaikan Titah Ucapan di Persidangan Penggal Pertama, Parlimen Kedua Belas, pada 29 April 2008 yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, ingatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan persidangan Parlimen harus dijadikan azimat kepada semua baik pemimpin, pengikut, penyokong mahupun pembangkang.

Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, cuba untuk bercakap dengan nada yang lebih lembut daripada biasa dengan cara penyampaian yang tidak selalu deras, kerana saya percaya mungkin dengan kelajuan wanita, dengan ketinggian suara wanita, maka sebab itulah kami gagal sekali lagi untuk mempertahankan 30% wanita dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas yang lalu.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

66 DN.28.5.2008

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan tahniah, syabas kepada

SPR kerana telah berjaya mengadakan Pilihanraya Umum Kedua Belas yang lalu. Okey, Tuan Yang di-Pertua dalam Titah Ucapan, Baginda mengharap supaya Dewan yang mulia ini dijadikan persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas. Di kesempatan ini izinkan saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terpilih dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas yang lalu. Harapan saya supaya mereka ini dapat menjalankan tugas yang lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Izinkan saya juga..

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah terima kasih, tahniah, harapan. Beralih kepada isu.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Tahniah juga kepada yang dilantik sebagai pemegang jawatan dalam Kabinet dan harapan saya, dan mungkin juga harapan rakyat supaya mereka yang dilantik ini hendaklah meneruskan dan mengelakkan daripada pembaziran-pembaziran yang berlaku dalam kementerian-kementerian, khasnya dalam menukarkan segala jenama-jenama atau logo kementerian yang melabelkan mereka ini hari ini ialah menteri yang menjaga dan sebagainya.

Saya ingin menyentuh berhubung dengan keterbukaan media selama ini yang sedikit sebanyak merupakan penyebab kepada kegagalan Barisan Nasional memperoleh 2/3 majoriti. Sistem keterbukaan yang diamalkan hendaklah dikendalikan dengan bijaksana, tenang, prihatin, sentiasa sensitif dan tidak dibelenggu dengan perkauman yang sempit. Tidak sensitifnya kita hari ini telah memberi ruang dan peluang serta memperkuatkan kedudukan pembangkang dengan memperbesarkan isu perkauman sehingga mereka berjaya mengadu domba, dan mempengaruhi rakyat kononnya merekalah pejuang bangsa.

Sebenarnya bila mereka dipilih, lain pula jadinya. Ketidaksehaluan Pakatan Rakyat ini jelas menampakkan, bahawa mereka hanya gunakan isu perkauman sebagai landasan untuk menarik minat pengundi, tapi hakikatnya mereka ini sebenarnya pakatan yang tidak sefahaman. Kita lihat di Dewan Rakyat isu perkauman menjadi isu utama sehingga mereka mengetepikan kedaulatan dan Perlembagaan Negara. Bila mereka diberi ruang menjadi penghubung kepada rakyat tidak dilaksanakan, yang mereka tahu hanya mencari salah orang. Sehinggakan hari ini masalah moral kepada individu itu juga dibebankan kepada rakyat. Juga disalahkan kerajaan, kerana kononnya masalah individu itu sendiri adalah merupakan tanggungjawab kerajaan.

Sedangkan sebenarnya kerajaan telah memberikan tanggungjawab yang cukup daripada janin lagi kerajaan telah membela rakyat kita, maknanya daripada janin lagi telah disediakan klinik ibu mengandung dan diberikan ubat untuk jaga janin. Takkanlah bila seseorang individu itu rosak akhlak dan maruahnya, moralnya, maka kerajaan juga hendak dipersalahkan, macam mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz tadi. Sikit-sikit kerajaan, inilah kerja pembangkang.

Selain daripada itu pembangkang juga mengumpan pengundi dengan membelanjakan wang simpanan kerajaan yang dahulu. Hari ini saya pun boleh jadi menteri besar, bukan sahaja saya malahan anak saya pun boleh jadi menteri besar, kerana kerjanya bukannya susah. Duit sudah ada terkumpul di Selangor, di Perak dan sebagainya duit dah banyak. Kerjanya hanya mengumpan pengundi. Semua orang boleh buat. Bagi membuktikan mereka pemimpin membela nasib rakyat, setiap keputusan kerajaan negeri milik mereka jelas menunjukkan keutamaan hanya pada menguatkan parti dan kekuatan mereka. Kerjanya hanya habiskan wang. Sudah hampir tiga bulan mereka diberikan kepercayaan, tetapi mereka langsung tidak memikirkan, tidak peduli tentang perancangan pembangunan ekonomi, sosial bagi kepentingan rakyat masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum Kedua Belas telah berjaya dilaksanakan dengan lancar mengikut lunas-lunas demokrasi. Walaupun keputusannya melahirkan ramai Yang Berhormat coincidence, dengan izin. Saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada SPR yang begitu telus dan adil dalam mengendalikan..

Tuan Yang di-Pertua: Apa erti Yang Berhormat coincidence itu?

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Maksud coincidence?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat coincidence itu apa maknanya?

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 67

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Maknanya, tukung urut

pun boleh jadi Yang Berhormat hari ini, sehinggakan dilantik sebagai Exco kerana sebenarnya pada awalnya dia hanya diminta bertanding dengan bayaran yang baik. Ini coincidence, sebab hari itu bila kita tengok Perasmian Parlimen ada wakil rakyat yang coincidence ini, dia bawa air dalam Dewan. Tidak pernah berlaku kerana kita disediakan lobi, tetapi dibawa segelas air dalam Dewan. Inilah coincidence dia tidak sangka dia jadi wakil rakyat tetapi, akhirnya...

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi walau bagaimanapun dia jadi wakil rakyat kerana keputusan rakyat, itu kita kena hormati.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Saya hormat Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak sebutkan coincidence ini macam orang accident tidak sengaja terjadi, macam ginilah mereka ini. Saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada SPR yang begitu telus dan adil dalam mengendalikan Pilihanraya Umum Kedua Belas walaupun dituduh ada penipuan.

Tuan Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum Kedua Belas kali ini telah jelas menunjukkan bahawa sentimen perkauman telah dapat menguasai keputusan pilihan raya. Justeru saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan lebih drastik, bukan sahaja kepada individu tetapi, juga kepada pertubuhan-pertubuhan dan mana-mana syarikat percetakan yang menjadi dalang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang telah memainkan peranan serta menjadi penyumbang kepada kehancuran perpaduan kaum dalam negara kita.

■1720

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Kementerian Dalam Negeri. Hari ini kebanjiran warga asing begitu menimbulkan kegiatan yang tidak sihat. Dengan adanya warga asing kita nampak peningkatan jenayah, penambahan pelacuran dan antara sebab-sebabnya ialah mereka ini diberikan visa setiap bulan.

Tuan Yang di-Pertua: Perkara ini telah banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat pun ada 10 minit sahaja lagi.

Puan' Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kalau ada perkara-perkara yang lain ketengahkan dahulu kemudian balik kepada perkara ini.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Isu seterusnya yang hendak saya sentuh ialah isu penggunaan kad pintar, smart card yang telah lama diuar-uarkan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap operasi serta menaiktarafkan perkhidmatan di kaunter-kaunter kerajaan, juga dalam pelbagai industri serta sektor berkaitan pengeluaran.

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan, antaranya merealisasikan penggunaan teknologi kad pintar dalam waktu terdekat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pengagihan subsidi khususnya kepada golongan petani di negara ini. Kerajaan yakin dengan usaha memperkenalkan teknologi tersebut akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan berkenaan secara lebih efisien.

Langkah ini yang akan disusuli oleh langkah-langkah penambahbaikan yang lain, adalah bukti komitmen kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi terutamanya dalam industri pertanian dan pengeluaran makanan. Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT, adalah diharapkan serta menjadi objektif kerajaan untuk melihat semua sektor di negara kita diterajui oleh penggunaan ICT yang akan meningkatkan tahap kehidupan serta menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Tuan Yang di-Pertua, menyingkap sejarah penggunaan ICT dalam sektor pertanian negara, ia sebenarnya telah bermula sejak beberapa tahun lepas. Penggunaan ICT telah meluas digunakan bagi menyelesaikan masalah tertentu yang dialami dalam pelbagai rangkaian bekalan pertanian. Memetik dari kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau secara positifnya percaya akan banyak lagi masalah yang dihadapi yang bakal dapat diselesaikan melalui kaedah penggunaan ICT secara kreatif dan lebih menyeluruh, menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri ICT di peringkat global.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

68 DN.28.5.2008

Koridor Raya Multimedia atau MSC, juga merupakan simbol kepada visi

kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berilmu berteraskan kemajuan ICT. Sepanjang hampir 14 tahun penubuhan MSC, rakyat dan kerajaan berbangga dengan pencapaiannya iaitu daripada sebuah koridor yang kecil sehingga mempunyai jaringan koridor di seluruh negara. Kita juga kagum dan bangga dengan pencapaian MSC yang berjaya menjana pembangunan generasi muda yang celek IT dan tenaga kerja berpengetahuan. Semuanya ini telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi ekonomi dan sosial serta meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini memberi jaminan Malaysia akan terus memperkasakan masyarakat melalui ICT dengan mendekatkan sistem teknologi sedia ada supaya faedahnya boleh dinikmati oleh rakyat dalam kehidupan seharian. Kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur ICT yang lebih baik dari semasa ke semasa untuk menggalakkan penggunaan ICT di kalangan Malaysia.

Malaysia juga telah menjadi hab ICT yang terunggul dirantau ini dengan penglibatan yang aktif dari negara luar. Ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang menggalakkan daripada para pelabur yang berminat dengan WCIT 2008 baru-baru ini. Ketika diminta pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta mengulas kehadiran delegasi WCIT 2008 yang melebihi sasaran, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kemajuan dan pencapaian Malaysia dalam bidang ICT.

Pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat berketepatan dengan kejayaan Malaysia berjaya menarik pelaburan RM8.3 bilion yang sebahagian besarnya merupakan projek berimpak tinggi. Di samping itu RM1 bilion peluang perniagaan yang telah dikenal pasti hasil daripada 800 pertemuan di kalangan penggiat ICT di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lima minit lagi.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Lima minit lagi? Itu yang berkejar-kejar Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, kalau sudah lima minit saya kena pergi beberapa perkara yang lain. Angkasawan saya tolak dahulu. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada beberapa kementerian khasnya Kementerian Pelancongan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam memperbaharui ataupun mengemaskinikan pentadbirannya, khasnya bagi Kementerian Pelancongan menumpukan supaya pelancong itu hendaklah didahulukan - zon domestik. Ini satu langkah yang baik untuk memperkenalkan dan diharapkan pada kementerian berkenaan banyakkanlah lagi homestay di seluruh negara.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan. Hari ini kita tahu ramai belia kita yang berminat dengan usahawan dan hari ini Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan bahawa peruntukan RM15,000 akan diberikan kepada belia-belia yang hendak memulakan perniagaan dengan pensyaratan-pensyaratan mereka dikurangkan. Maknanya birokrasi ini telah dikurangkan. Kalau dahulu sebelum dia dapat pinjaman dia kena masuk ujian. Kadang-kadang orang yang pandai duduk ujian ini tidak semestinya pandai berniaga Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini Kementerian Belia dan Sukan telah memberi satu langkah maknanya tidak payah ujian. Tengok kertas kerja itu molek dan berjaya insya-Allah dia akan pinjaman dengan lebih mudah.

Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Banyak kali kita cakap masalah bank yang cuba blacklist semua peminjam kerana tidak berjaya membuat perniagaan tetapi kegagalan pertama bukan bererti ianya tidak terus berjaya tetapi, hari ini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengambil satu inisiatif yang baru. Maknanya peminjam-peminjam yang blacklist tapi masih berupaya atau berwibawa dalam menjalankan perniagaan, diberikan peruntukan khas, pinjaman bagi memulihkan kembali perniagaan mereka. Ini satu langkah yang baik untuk mengurangkan ataupun menjadikan rakyat Malaysia sifar muflis.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sudah bertahun-tahun kita memperjuangkan supaya jawatan pembantu tabika harus diwujudkan dan baru-baru ini

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 69

atau pun beberapa hari yang lalu kementerian telah pun menyebut bahawa 5,000 jawatan pembantu tabika akan dibuka mulai 1 Januari 2009.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh gulung sekarang.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua ini buat saya paniklah. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin mencadangkan...

Tuan Yang di-Pertua: Sebab Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok ambil masa hanya 11 minit, saya telah bagi masa beliau itu kepada Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat sudah pun berucap 19 minit hendak masuk 20 minit pun sekarang.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua ganggu saya sebab itu saya punya masa lagi pendek. Jadi masa kecemasan harus diberikan tambahan kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua: Tolak masa Dato' Haji Kamarudin itu.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Masa kecemasanlah Tuan Yang di-Pertua. Saya malam tadi baru sempat buat daripada pukul satu pagi...

Tuan Yang di-Pertua: Boleh gulung Yang Berhormat sekarang.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: ...Sehingga pukul 5. Okey, Tuan Yang di-Pertua saya sebut lagi tadi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya mengharapkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini hendaklah memikirkan taraf bagi penyelia-penyelia di kawasan KEMAS di kawasan Parlimen-Parlimen.

■1730

Antaranya yang hendak saya cadangkan supaya jawatan penyelia kanan KEMAS. Apabila sebut penyelia ini, macam penyelia kilang, tetapi sebenarnya dia ini merupakan satu agensi kerajaan yang ada tersirat dan tersurat. Makna satu agensi kerajaan yang benar-benar berkesan kepada Kerajaan Barisan Nasional hari ini. Jadi saya menyarankan agar jawatan penyelia itu diubah kepada pegawai kanan KEMAS Parlimen dan juga jawatan penyelia kawasan itu diubah kepada jawatan penolong penyelia kawasan.

Selain daripada itu, saya juga mengharapkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini hendaklah melihat bahawa hari ini apabila seseorang itu pencen ataupun bersara cukup had umur yang ditetapkan, ianya tidak ada ganti. Misalnya kalau saya berhenti tahun ini, sepuluh tahun belum tahu ada ganti.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat tidak berhenti, saya nanti kata, “Cukup Yang Berhormat”, susah. Biar Yang Berhormat cuba berhenti sendiri sebelum saya kata, “Cukup Yang Berhormat, sila duduk”.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Saya, boleh sekejap lagi? Saya dah sudah...

Tuan Yang di-Pertua: Simpulkan sekarang.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Itu kesimpulan yang saya hendak buat yang saya hendak berikan cadangan di perbahasan saya ini, selain daripada itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana baru-baru ini telah pun mengumumkan...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: ...Peningkatan usia dari 56 ke 58. Persoalan yang hendak...

Tuan Yang di-Pertua: Puan Siw Chun a/p Eam.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Last Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Siw Chun a/p Eam.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

70 DN.28.5.2008

5.31 ptg.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Penggal Pertama, Parlimen Keduabelas pada 29 April 2008 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, kecanggihan teknologi banyak memberi kemudahan kepada kita, tetapi ianya juga membawa padah jika kita tidak berhati-hati. Kini anak seusia tujuh tahun sudah didedahkan dengan kecanggihan teknologi ini sama ada telefon bimbit ataupun internet. Tujuannya adalah memberi kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk memantau anak mereka.

Namun setakat mana mereka boleh memantau aktiviti anak jika dengan diberikan dengan telefon bimbit atau pendedahan internet ini. Kita bukannya selalu berada di rumah untuk melihat apa yang dilakukan anak yang menggunakan internet. Kita tidak duduk di belakang mereka untuk melihat semua yang dilakukan terutamanya ibu bapa yang bekerja. Tidak banyak masa yang terluang untuk memantau semua ini. Kita tidak tahu jika banyak masa anak-anak kita dihabiskan untuk chatting atau untuk berbalas SMS dengan rakan sama ada sahabat baik atau yang baru dikenali. Tanpa disedari mereka banyak mendedahkan maklumat diri dan keluarga kepada sahabat atau kenalan tanpa memikirkan risiko. Kesempatan inilah yang diambil oleh pembuli cyber untuk memerangkap mangsa. Mereka tidak segan silu menggadai maruah mangsa asalkan mereka mendapat apa yang dihajati.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dapat penjelasan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu SKMM mengenai statistik pengguna internet di negara ini dari tahun 2007 sehingga kini. Sila nyatakan pecahan mengikut perkhidmatan yang mereka gunakan, iaitu dengan secara dial-up dan menggunakan khidmat jalur lebar? Berapakah pula peratusan yang menggilai laman sosial seperti Friendster dengan izin, MySpace, Facebook dan lain-lain lagi perkhidmatan atau laman yang mereka boleh memuat turun gambar menceritakan pengalaman mereka setiap hari tanpa rasa curiga?

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang bersifat lucah, palsu, mengancam, serta serangan dengan niat mengancam atau mengacau adalah satu kesalahan, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000. Saya ingin mendapat penjelasan, berapa bilangan kes yang telah dilaporkan dan tindakan yang telah dikenakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini dari tahun 2007 sehingga kini? Berapakah pula bilangan kes-kes seperti ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah?

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Baginda, turut menyarankan supaya kurikulum dan kaedah pembelajaran program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara iaitu PERMATA diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti. Hasil kajian Universiti Pendidikan Sultan Idris, mendapati kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang mengikut program ini mempunyai perkembangan emosi, sosial, intelek, rohani, pengurusan diri dan komunikasi yang tinggi mendapati ciri-ciri modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Menyedari hakikat itu, saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kerajaan dalam menyahut aspirasi murni Seri Paduka Baginda iaitu apakah perancangan jangka masa panjang dan tindakan yang telah dan akan diambil terhadap perkara ini dan sejauh manakah keberkesanannya setakat ini? Sehingga kini berapa buah negeri yang telah melaksanakan program ini dan jumlah bilangan kanak-kanak yang terlibat? Sila nyatakan pecahan mengikut kaum? Adakah kanak-kanak yang mengikuti program ini dikenakan sebarang charge ataupun yuran? Sekiranya ya, berapakah jumlahnya, sekiranya tidak dari manakah datangnya sumber kewangan bagi mengendalikan pusat ini? Adakah pihak kerajaan membiayai sepenuhnya kos operasi dan pengendalian program tersebut dan berapakah jumlah bagi setahun?

Tuan Yang di-Pertua, Smart Reader Kids dengan izin, yang mempunyai 250 rangkaian pusat pendidikan dan memiliki 10,000 pelajar di seluruh negara adalah franchiser yang bertauliah dan merupakan rangkaian terbesar pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia yang telah mencipta banyak rekod dalam Buku Rekod Malaysia dan dikenali sebagai pusat latihan untuk rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia.

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 71

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Ia juga merupakan pendidikan awal pusat pendidikan awal kanak-kanak yang sangat berjaya di negara ini. Kurikulum yang direka oleh Smart Reader Kids menyediakan kanak-kanak kepada sekolah rendah, dan program ini diterima oleh semua kanak-kanak yang berlainan cara hidup agama dan bangsa.

Mitologi pengajarannya yang sistematik dan kreatif menjadikan cara pembelajarannya lebih menyeronokkan kepada kanak-kanak. Persoalannya adakah kerajaan akan menjadikan program PERMATA ini seperti Smart Reader Kids yang telah berjaya dan mempunyai rangkaian di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, apabila mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri semasa menjawab pertanyaan bagi jawab lisan saya pada 27.5.2008 iaitu kelmarin, mengenai statistik penglibatan gadis atau wanita dalam pengedaran dadah yang diperdayakan oleh sindiket-sindiket amatlah membimbangkan.

Bilangannya meningkat hari demi hari. Jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara di atas kesalahan berkaitan dadah pada tahun 2006 seramai 39 orang di mana dua orang daripadanya adalah wanita yang berbangsa Melayu. Pada tahun 2007 pula, seramai 78 orang rakyat Malaysia telah ditahan di atas kesalahan berkaitan dadah dan 41 orang daripada jumlah tersebut adalah wanita. Daripada 41 orang wanita tersebut seramai 22 orang wanita berbangsa Melayu, sepuluh wanita berbangsa India, enam orang wanita berbangsa Cina dan tiga orang wanita lain-lain bangsa. Sehingga bulan Mac 2008, seramai 18 orang wanita daripada keseluruhan 29 orang rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana kesalahan berkaitan dadah.

■1740

Daripada 18 orang wanita tersebut, sebanyak 14 orang wanita berbangsa Melayu, tiga orang wanita berbangsa India dan seorang wanita berbangsa Cina. Purata umur wanita yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah pula adalah di antara 20-an hingga 30-an.

Tuan Yang di-Pertua, daripada siasatan PDRM dan laporan yang diterima sebelum ini, saya ingin tahu apakah punca sebenar wanita dan gadis ini mudah terpedaya dengan kegiatan ini? Apakah undang-undang dadah sedia ada tidak cukup berkesan bagi membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini sehingga sindiket ini boleh beroperasi dengan memperdayakan wanita dan gadis tersebut.

Apakah jenis dadah yang biasa di seludup wanita dan gadis yang diperdayakan sindiket berkenaan? Apakah sebabnya dadah jenis ini menjadi pilihan? Adakah benar kokain sememangnya dapat permintaan tinggi dan harga mahal kerana amat popular di kalangan selebriti dan kelas atasan di Eropah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh mula menggulung.

Puan Siw Chun a/p Eam: Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan kerana program Tahun Melawat Malaysia yang dilancarkan tahun lalu dilaporkan bukan sahaja mencapai sasaran bahkan melebihi jangkaan yang ditetapkan iaitu program ini telah berjaya menarik 20.7 juta pelancong, 600 ribu melebihi sasaran asal. Perbelanjaan pelancong di negara kita adalah sebanyak RM45.7 bilion berbanding RM44.5 bilion yang disasarkan. Berikutan kejayaan itu, amat wajarlah kerajaan melanjutkan program ini sehingga 31 Ogos 2008 iaitu pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sempat mendengar Yang Berbahagia Datuk KSU Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang baru menduduki dalam kementerian itu membicarakan tentang sambutan Pesta Keamatan atau Pesta Menuai di kaca TV dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi ini. Apa yang saya rasa seronok ialah pesta ini telah dipertingkatkan martabatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan pesta ini sangatlah menyerupai Pesta Loi Krathong iaitu satu pesta tradisi bagi masyarakat Siam di mana disambut selepas musim menuai juga. Kemuncak acaranya ialah menobatkan dengan izin, ini adalah bahasa Kadazan Dusun iaitu unduk nadau. Dalam bahasa Siam, kami panggil nang noppamat dengan izin yang membawa maksud yang sama iaitu pertandingan ratu cantik.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

72 DN.28.5.2008

Peserta-peserta pertandingan ratu cantik, nang noppamat Tuan Yang di-

Pertua atau Miss Loi Krathong adalah terdiri daripada berbilang kaum dengan berpakaian tradisi orang Siam dan bukannya berpakaian dengan izin, swimsuit atau dinner gaun yang seksi.

Tuan Yang di-Pertua, dua pesta yang menjadi warisan budaya etnik Siam di Malaysia yang disambut dalam suasana ceria yang boleh disambut bersama-sama masyarakat perbagai kaum dengan tidak mengira peringkat umur, agama, bangsa, budaya dan bahasa iaitu Pesta Songkran dan Pesta Loi Krathong.

Saya dengan rendah diri merayu dan memohon supaya pihak kementerian terutamanya menteri yang baru menerajui kementerian itu iaitu Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie Apdal dan juga Yang Berbahagia Datuk KSU supaya memberi perhatian, meneliti dan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan-permohonan bantuan kewangan yang telah saya kemukakan ke pihak kementerian bagi kaum minoriti etnik Siam ini. Iaitu agar terus mengadakan sambutan kedua-dua pesta ini walaupun sambutannya tidak sehebat, sebesar sambutan Pesta Keamatan yang akan diadakan pada 31 Mei yang akan datang ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu, saya turut menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, tepat 15 minit masa yang telah pun diberi. Silakan Yang Berhormat Khoo Soo Seang, selepas itu boleh saya tahu siapa lagi yang hendak bercakap tadi? Okey, terima kasih. Yang Berhormat, selepas ini saya minta Yang Berhormat Dato’ Azian untuk bersedia, selepas itu Puan Heng Seai Kie, silakan.

7.46 ptg.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya nak merakamkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja pada petang yang bahagia di dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama sekali saya hendak sentuh satu isu, satu isu yang selalunya dieksploitasi oleh parti DAP. Jadi sudah banyak tahun sehingga kali ini ia mendatangkan kesan yang besar pada Pilihanraya Umum Keduabelas. Isu ini ialah berkenaan kekurangan sekolah rendah Cina di bandar-bandar besar dan tempat-tempat kawasan yang padat dengan penduduk kaum Cina. Ini memang satu perkara yang kita tidak boleh menafikan bahawa kerajaan jarang membina sekolah-sekolah rendah Cina dan Tamil. Perkara ini sudah menjadikan kaum Cina dan kaum India amat tidak puas hati dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Setakat ini parti MCA mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pemaju-pemaju perumahan yang sanggup mendermakan tapak untuk perpindahan sekolah rendah Cina ataupun pembinaan sekolah rendah Cina yang baru. Selalunya apabila pemaju bersetuju untuk dermakan tapak, dia dermakan tapak sahaja yang kosong tanpa sekolah dan selalunya masyarakat Cina terpaksa mengutip derma untuk pembinaan sekolah-sekolah baru tersebut. Kos pembinaan yang didermakan oleh masyarakat Cina tidak dikecualikan cukai pendapatan kecuali kalau sekolah berkenaan membuka akaun dan memohon pengecualian cukai pendapatan.

Derma yang pelbagai bentuk, pada pandangan saya haruslah diberikan pengecualian cukai pendapatan secara automatik termasuklah derma kepada sekolah-sekolah menengah persendirian yang bukan komersial. Oleh sebab di Malaysia ada banyak sekolah menengah Cina yang bukan komersial, yang bukan sekolah kerajaan. Saya berpendapat bahawa pengecualian cukai pendapatan bagi derma kepada institusi-institusi pendidikan yang bukan komersial akan memudahkan usaha kutipan derma oleh institusi-institusi pendidikan bukan komersial dan sekali gus boleh membuktikan sikap kerajaan untuk kepentingan pendidikan di Malaysia. Sesungguhnya saya juga berharap bahawa Kementerian Pelajaran akan lebih bersikap terbuka dari segi pembinaan sekolah rendah Cina.

Oleh sebab khususnya di bandar-bandar besar misalnya di Johor Bahru, di Kuala Lumpur dan sebagainya. Apabila satu taman perumahan yang baru dibuka, ditubuhkan, mungkin bilangan unit rumah itu lebih seribu, lebih dua ribu, ada yang hingga lebih lima ribu unit rumah. Boleh kata lebih daripada 70% penduduk di kawasan tersebut terdiri dari kaum Cina.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 73

Jadi kita boleh bayangkan bilangan murid yang hendak belajar di sekolah-

sekolah rendah Cina begitu ramai. Namun, oleh sebab kekurangan sekolah di tempat tersebut, mereka kadang-kadang terpaksa memilih sekolah yang sangat jauh.

■1750

Pagi-pagi pukul 5 terpaksa ambil bas, dan bagi petang, mereka sampai ke rumah dah waktu malam. Oleh itu saya merasa bahawa di Malaysia kita punya sistem pendidikan adalah sistem pendidikan yang kita ada tiga aliran iaitu yang berbahasa Kebangsaan, yang berbahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kita haruslah berikan layanan yang sama kepada ketiga-tiga jenis sekolah. Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan beban guru di sekolah-sekolah kerajaan. Kita dapati sebenarnya di Malaysia, guru-guru kita bukan sahaja mesti mengajar di dalam kelas, bahkan kebanyakan cikgu selain daripada tugas P&P iaitu pengajaran dan pembelajaran, mereka terpaksa menanggung banyak kerja yang bersifat berunsur clerical.

Misalnya mereka terpaksa kutip yuran, mereka terpaksa jual buku, mereka terpaksa mungkin kadang-kadang ada lain-lain maklumat yang perlu dikutip. Jadi ini saya dapati bahawa sudah membazir banyak masa dan masa itu seharusnya digunakan untuk tugas-tugas yang lebih profesional, tugas-tugas untuk mengajar di dalam kelas. Kadang-kadang kalau kutip yuran mungkin satu hari lima orang murid datang untuk bayar, esok lima orang lagi. Cikgu terpaksa kutip, terpaksa tulis resit dan sebagainya. Jadi mungkin daripada satu waktu 30 minit, sudah 20 minit sudah hilang, tinggal 10 minit untuk mengajar. Ini pun menjadikan cikgu penat.

Oleh itu saya bercadang bahawa kementerian kita kalau boleh, seboleh-bolehnya kita tambah anggota bukan pengajar, anggota yang bukan guru di dalam sekolah dan mungkin pegawai-pegawai yang bukan guru itu bolehlah ditugaskan untuk semata-mata menjalankan tugas-tugas itu yang bukan pengajaran. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Tuan Lee Chee Keong berkenaan dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Sebenarnya definisi sekolah-sekolah di negara kita boleh dibahagikan kepada dua jenis. Satu ialah sekolah kerajaan ataupun satu istilah yang lain ialah sekolah bantuan penuh. Satu lagi ialah sekolah bantuan kerajaan ataupun bantuan modal.

Jadi pada asalnya, kriteria untuk membezakan sekolah bantuan penuh dan bantuan modal, semata-mata bergantung pada pemilikan tapak sekolah itu sahaja. Kalau sekiranya tapak itu dimiliki oleh kerajaan, sekolah itu dianggap sebagai sekolah bantuan penuh. Kalau tapak itu bukan dimiliki oleh kerajaan dan biasanya bangunan juga bukan dimiliki oleh kerajaan, sekolah itu diklasifikasikan sebagai sekolah bantuan modal tetapi, baru-baru ini perbezaan di antara sekolah bantuan penuh dan bantuan modal sudah semakin kabur.

Saya berikan contoh, ada sekolah-sekolah Tamil saya ambil contoh, yang mungkin ia berada di satu-satu ladang. Apabila ladang itu dimajukan untuk kawasan perumahan, sekolah itu terpaksa berpindah ke satu tapak yang dimiliki oleh kerajaan. Asalnya sekolah Tamil itu adalah sekolah bantuan modal. Apabila dia berpindah kepada tapak yang dimiliki oleh kerajaan, kedudukannya masih tetap sebagai sekolah bantuan modal. Ia tidak boleh pindah oleh sebab menggredkan sekolah sebagai bantuan penuh ataupun bantuan modal cuma EPRD di dalam Kementerian Pelajaran yang boleh buat dan EPRD jarang mereka tukar gred sekolah ini.

Jadi, biasanya kalau ikut prinsip, sekolah bantuan penuh segala-galanya boleh dibiayai oleh pihak kerajaan, oleh Kementerian Pelajaran termasuklah pembinaan sekolah, termasuklah maintenance dan kerja-kerja repair.Sebenarnya kita tahu kebanyakan sekolah Cina dan sekolah Tamil jarang dapat peruntukan. Selain daripada gaji guru, selain daripada peruntukan per kapita, jarang mendapat peruntukan untuk pembinaan sekolah, untuk meja kerusi. Seperti tadi Tuan Lee ada sebut terpaksa minta daripada sekolah kebangsaan. Meja, kerusi yang dihantar kepada sekolah kebangsaan tetapi tidak diperlukan oleh sekolah kebangsaan, terpaksa minta daripada mereka untuk digunakan.

Jadi, saya dapati bahawa baru-baru ini, sehingga ke subsidi bil utiliti, subsidi untuk membayar bil api dan sebagainya juga ada juga PPG bezakan, cuma sekolah bantuan penuh dapat, sekolah bantuan modal tidak dapat dan sebagainya. Saya dapati ini tidak betul. Oleh itu, saya sebaliknya mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran memberikan layanan yang serupa. Jangan bezakan di antara sekolah bantuan penuh ataupun bantuan modal. Oleh sebab mereka semua adalah sekolah kerajaan. Mereka

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

74 DN.28.5.2008

semua menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Semua gaji cikgu dibayar oleh kementerian yang sama.

Jadi kenapa kita hendak bezakan ini? Selepas bezakan pun sekolah bantuan penuh, sekolah Cina yang digredkan sebagai bantuan penuh pun bukan semua bangunan dibayar oleh kerajaan. Kita tengok di Johor Bahru sendiri, ada banyak sekolah bantuan penuh tetapi ada bangunan yang dibina oleh kerajaan, ada yang dibina oleh Lembaga Pengurusan Sekolah sendiri. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang saya hendak sentuh ialah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini sebenarnya sebagai seorang pendidik, saya masih tidak faham.

Saya sebenarnya masih tidak faham apakah sebabnya kita hendak gunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik khususnya di peringkat sekolah rendah. Saya percaya tidak ada orang yang membantah kalau bahasa Inggeris digunakan di peringkat sekolah menengah tetapi di peringkat sekolah rendah, kita sedar bahawa di kawasan-kawasan luar bandar apabila kita menggunakan bahasa ibunda, apabila kita menggunakan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan sebagainya untuk mengajar Matematik dan Sains pun bukan semua murid boleh faham, pun bukan semua murid boleh menguasai mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekarang kita gunakan bahasa Inggeris.

Jadi di kawasan-kawasan luar bandar ini saya cakap terus terang, cikgu sendiri pun tidak boleh menguasai bahasa Inggeris. Cikgu sendiri pun kadang-kadang tidak faham apa yang dia cakap, macam mana murid hendak faham? Apabila gunakan bahasa ibunda, mereka tidak boleh menguasai dan kita harap bahawa gunakan bahasa Inggeris mereka boleh menguasai mata pelajaran itu, itu mustahil. Jadi saya mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran mengkaji semula.

Oleh sebab saya masih berpendapat bahawa di peringkat sekolah rendah, kita masih perlu gunakan bahasa ibunda untuk mengajar mereka Matematik, Sains dan sebagainya. Saya memang setuju kalau kita hendak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, jadi tambahlah waktu bahasa Inggeris. Jangan gunakan waktu Matematik dan Sains untuk mengajar bahasa Inggeris, ini tidak akan mendatangkan kesan-kesan yang diingini.

■1800

Timbalan Yang di-Pertua: Permintaan Yang Berhormat tadi sudah jelas. Jadi saya minta Yang Berhormat gulungkan perbahasan.

Tuan Khoo Soo Seang: Okey. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya ada banyak lagi perkara yang saya nak sentuh tapi oleh kerana kesuntukan masa, saya cuma nak sentuh satu perkara iaitu penipuan komersial secara gores dan menang. Ini satu perkara, satu cara penipuan komersial yang sudah berlaku begitu lama tapi sampai sekarang cara perniagaan itu masih begitu boleh kata dia berlaku tiap-tiap hari dan saya pun pelik kenapa kita seolah-olah tak boleh buat apa. Kita terpaksa tunggu sampai ada mangsa yang jumpa kita, baru kita bantu dan sekarang kita dapati bahawa apabila kita gunakan gores dan menang, mereka sekarang ada koyak dan menang dan sebagainya yang mereka tukar taktik. Ada yang gunakan komputer.

Apa cara pun, itu satu amalan komersial yang bersifat tipu. Jadi, saya berharap bahawa kerajaan akan ikhtiarkan satu cara yang berkesan untuk sekali gus kita hapuskan amalan gores dan menang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesuntukan masa, saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia dan maka saya juga ingin menyokong Usul Menjunjung Kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka penggal pertama Parlimen yang Ke-12. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat atas kerjasama. Silakan Dato' Azian bin Osman.

6.02 ptg.

Dato' Azian bin Osman: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut berbahas dalam Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, bersyukur kita telah 51 tahun merdeka dan dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas baru-baru ini, Barisan Nasional sekali lagi diberikan mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat di negara ini walaupun tanpa

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 75

2/3 majoriti tetapi Barisan Nasional hanya kurang lapan kerusi untuk mendapatkan 2/3 majoriti dan melebihi 58 Kerusi daripada Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat.

Ini menunjukkan rakyat masih menerima Barisan Nasional walaupun banyak isu, banyak perkara diperkatakan di dalam Dewan dan di luar Dewan tetapi rakyat masih percaya kepada kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akur dengan pandangan daripada rakan-rakan daripada Kedah terutamanya, wakil-wakil Pakatan Rakyat supaya kita menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat tetapi jika kita ingin berkata menghormati keputusan rakyat, kita juga mesti mengotakan apa yang kita perkatakan. Rakyat telah memberikan keputusan di Dewan Rakyat untuk Kerajaan Barisan Nasional membentuk kerajaan. Jadi janganlah diuar-uarkan lagi sehingga rakyat menjadi resah di luar sana. Resah rakyat, kelam kabut rakyat, kononnya sekian hari bulan, sekian bulan, kerajaan akan bertukar. Wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional akan terjun ke dalam Pakatan Rakyat.

Saya yakin rakan-rakan kita di Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional, mereka yang kental semangatnya, dipupuk daripada bawah hingga menjadi wakil rakyat. Mereka bukan wakil rakyat bidang terjun yang boleh dibeli atau dipujuk, dirayu begitu sahaja. Jadi janganlah mewujudkan keresahan kepada rakyat sehingga keyakinan kepada kerajaan kita luntur bukan saja di kalangan rakyat, juga di kalangan pelabur asing. Jika tujuannya untuk melemahkan ekonomi negara, ini adalah penderhaka kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik juga dengan perkataan tsunami politik yang diuar-uarkan termasuk daripada Barisan Nasional, wakil-wakil Barisan Nasional. Tsunami ini perkara yang tak baik, bala. Jadi persoalan saya kepada rakan-rakan adakah yang berlaku baru-baru ini bala? Kalau bala, maknanya rakyat akan merana. Jadi kita harap bukan tsunami tapi hanya sedikit rakyat memberi ingatan kepada Barisan Nasional supaya memperbaiki mana yang perlu diperbaiki. Insya-Allah Barisan Nasional akan memperbaiki mana yang diberi ingatan oleh rakyat melalui PRU 12 baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya terpanggil untuk membicarakan tentang Dasar Ekonomi Baru. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baru ini pada saya adalah asas kepada perpaduan negara ini. Selepas tahun 1969, wujudnya Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk merapatkan jurang sosioekonomi di antara bangsa atau kaum di negara ini. Barulah kita melihatkan keadaan negara yang begitu bersatu di antara kaum tetapi akhir-akhir ini banyak pandangan-pandangan mengatakan Dasar Ekonomi Baru tidak lagi relevan, tidak lagi boleh dipakai negara ini walaupun dasar inilah pada saya sebenarnya yang telah mengikat di antara kaum di negara ini, merapatkan jurang antara kaum di negara ini sehingga kita boleh hidup bersama tanpa sengketa dan sebagainya tetapi, ada tangan-tangan yang cuba memecahbelahkan kaum di negara.

Untuk faktanya, saya nyatakan Dasar Ekonomi Baru masih relevan untuk negara ini. Bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua bangsa di negara ini supaya kita dapat hidup dengan hati yang puas, suka dan tanpa sebarang prejudis atau prasangka. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, pemilikan ekuiti orang Melayu setakat ini hanya 18.9% berbanding bukan Melayu 40.6% dan warga asing 40.5%. Pemilikan syarikat, orang Melayu 20.3% sahaja, bukan Melayu 75.7% dan warga asing 4%. Bagi jawatan CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat-syarikat besar terutama yang berdaftar di Bursa Saham Kuala Lumpur, orang Melayu cuma 20%. Itu pun di dalam GLC, syarikat-syarikat milik kerajaan. Bukan Melayu 70.4% dan warga asing 9.6%.

Jika kita lihat pendapatan isi rumah orang Melayu ialah RM2,711 sahaja jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita kaum Cina RM4,435 dan kaum India pun melebihi daripada bangsa Melayu iaitu RM3,456. Ini bermakna pendapatan orang Melayu ialah 40% kurang daripada orang Cina dan 21% kurang daripada orang India dan jika disebut soal pengangguran, orang Melayu sebanyak 73.3% berbanding bukan Melayu 26.7%.

Tuan Yang di-Pertua, hanya seorang sahaja yang tersenarai di kalangan orang Melayu di dalam 10 orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Ini menunjukkan jika ada rakan-rakan daripada kaum lain tidak berpuas hati terutama daripada pembangkang yang tidak faham-faham asas pembentukan atau penggubalan Dasar Ekonomi Baru ini.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

76 DN.28.5.2008

Dasar Ekonomi Baru tidak menutup kaum-kaum lain untuk mencari rezeki di

negara ini malah mereka terus lebih maju daripada orang Melayu. Justeru itu, Dasar Ekonomi Baru masih relevan, masih penting, masih diperlukan untuk perpaduan dan kemakmuran semua bangsa di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, memang Dasar Ekonomi Baru masih belum mencapai sasaran, sekian lama. Jadi di sini kita menyarankan banyak perkara belum dibuat, bukan dasar itu tidak betul tetapi pelaksanaannya mungkin ada yang lemah dan perlu diperbaiki. Contohnya di dalam bidang pendidikan, ini sebagai contoh. Banyak contoh tetapi masa singkat. Hanya sebagai contoh. Di dalam bidang pelajaran, yang paling mudah kita lihat wujudnya sekolah-sekolah berasrama penuh adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di luar bandar yang cemerlang dan mungkin yang hampir cemerlang untuk mendapat tempat belajar di tempat yang lebih selesa dengan guru-guru yang lebih baik tetapi saya lihat pandangan saya sendiri, polisi ini mungkin telah berubah. Namun jika ianya telah berubah, perlu diperbaiki semula yang mana kalau sekolah berasrama penuh itu kebanyakannya pelajar-pelajarnya daripada bandar, anak-anak orang kaya, anak-anak bekas pelajar.

■1810

Kita lihat Sekolah Tengku Abdul Rahman di Ipoh, kebanyakan anak-anak bekas pelajar bukan anak-anak orang kampung yang cemerlang, ataupun hampir cemerlang. Jika bercakap tentang anak orang kampung tidak semestinya 5A dalam UPSR atau 10A yang kurang cemerlang sedikit pun berilah mereka peluang kerana mereka mendapat 4A mereka belajar di kampung.

Anak-anak mereka yang berada dapat 5A dalam UPSR mereka berada di bandar dengan segala kemudahan yang ada. Dari segi kecerdasan saya rasa orang kampung mendapat 4A lebih daripada orang bandar mendapat 5A dalam UPSR. Jadi merit dengan needs seperti yang dikata oleh menteri tempoh hari perlu diimbangi.

Saya kurang bersetuju jika yang cemerlang semuanya 9A automatik mendapat kemudahan, yang cemerlang di bandar, anak orang kaya cemerlang berbeza dengan orang kurang berada, atau kurang mampu atau miskin di luar bandar. Mungkin mereka mendapat ‘A’ kerana kurang kemudahan.

Tuan Yang di-Pertua, begitu dalam program pemberian biasiswa, kontrak dan sebagainya banyak perkara lain, Dasar Ekonomi Baru yang perlu diperbaiki dan lemah. Cukup setakat itu saya rasa pihak kementerian terlibat, Kerajaan Barisan Nasional faham apa yang patut dibuat untuk mempercepatkan kejayaan sasaran Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus pergi kepada begitu juga kemiskinan. Di dalam keadaan ekonomi kita masih dianggap baik dalam ekonomi dunia yang tidak menentu kadar kemiskinan di negara ini masih lagi agak ketara kita lihat terutama di dalam hebahan media, Bersamamu dan sebagainya. Seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan, digambarkan begitu, seolah-olah wakil rakyat kita tidak bekerja dan sebagainya.

Sebenarnya kita bertungkus-lumus di bawah sana tetapi masih ada lagi yang miskin. Negara maju juga ramai yang masih miskin. Tempoh 51 tahun merdeka jauh kejayaan kita di dalam menangani masalah kemiskinan tetapi masih wujud sekarang jumlah kemiskinan di negara kita di mana 38,400 orang daripada 12,950 keluarga miskin tegar. Ini perlu diambil atau diatasi.

Saya memuji Kerajaan Negeri Perak yang dahulu bukan sekarang di bawah Barisan Nasional dahulu yang mana kita membuka banyak ladang, diberikan kepada rakyat-rakyat miskin tegar dan miskin. Orang Asli pun kita ada bagi untuk ini Yang Berhormat Senator Osman Bungsu di Perak.

Beribu-ribu ekar dibuka, ditadbirkan, dikendalikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan rakan kongsinya adalah rakyat-rakyat daripada golongan miskin dan saya berharap Kerajaan Negeri Perak yang baru janganlah batalkan projek ini. Projek ini baik untuk rakyat dan kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan pembukaan tanah-tanah untuk diberikan kepada orang-orang miskin tegar dan juga yang miskin ini. Ini jalan yang paling cepat saya rasa untuk mengatasi masalah kemiskinan di negara ini.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 77

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya sudah sentuh CUEPACS yang sudah

berjaya dalam tuntutan mereka walaupun tidak sepenuhnya tetapi berjaya. Satu yang saya kurang sedikit bersetuju, tuntutan daripada kongres persatuan MTUC ini atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menuntut RM900 gaji minimum dan RM300 elaun. Bagi para pekerja ini mungkin satu tuntutan yang baik untuk mereka tetapi fikirkanlah majikan.

Adakah semua majikan mampu untuk membayar tuntutan ini, jika gaji minimum ditetapkan saya adalah majikan daripada sebuah syarikat yang bersaiz kecil atau sederhana. RM900 ini untuk membayar seorang pembantu pejabat di bandar-bandar kecil adalah membebankan. Ditambah oleh kola RM300 lagi membebankan, jadi perkara ini harap dikaji oleh kerajaan sebelum bersetuju, minta pandangan majikan kerana tanpa majikan tidak ada pekerja, tanpa pekerja tiada majikan. Kedua-duanya mestilah mencapai satu kata sepakat, berapakah jumlah sebenarnya yang mampu dibayar oleh majikan.

Saya mencadangkan supaya diadakan satu mekanisme bukan purata pukal sahaja semua majikan mesti membayar RM900 minimum campur kola RM300 ikut saiz syarikat yang mungkin lebih munasabah tetapi saya rasa mungkin agak susah untuk melaksanakan perkara ini.

Minta-mintalah pihak kerajaan untuk mengkaji sedalam-dalamnya sebelum bersetuju kerana saya rasa kalau perkara ini dibuat banyak syarikat kecil, firma guaman, arkitek, akauntan yang kecil-kecil yang akan tutup, gulung tikar dan apabila ramai yang gulung tikar saya rasa masalah pengangguran akan bertambah.

Di antara dalam soal gaji ini lebih kepada kontrak antara majikan dengan pekerja. Jika pekerja mendapati bekerja dengan majikan kecil, cari kerja di tempat lain tetapi kepada majikan contohnya saya sebagai majikan jika pekerja itu seorang pekerja yang baik, aset kepada syarikat saya, insya-Allah saya akan jaga kebajikannya sebaik mungkin dari semua segi. Jadi perkara ini bergantung kepada kemampuan, kelayakan dan komitmen pekerja kepada majikan dan juga majikan perlu menjaga pekerja-pekerja yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang polis, rakan-rakan mengatakan banyak jenayah berlaku dan sebagainya. Saya merasakan dalam perkara ini perkara pertama yang perlu dibuat ialah kita lihat kembali anggota polis di negara ini. Mengikut saranan polis antarabangsa atau Interpol nisbah di antara penduduk dengan anggota polis adalah satu pada kadar 250 (1:250).

Di negara ini saya rasa jauh sekali kedudukannya. Jumlah anggota polis kita 97,000 hendak ditambah 60,000 dalam tempoh beberapa tahun. Jumlah rakyat hampir 28 juta jadi nisbah itu saya rasa satu kepada 2800 orang (1:2800). Di bandar-bandar besar kita lihat contoh di Subang Jaya, nisbah polis pada rakyat, satu anggota polis kepada 10,870 orang atau penduduk di Subang Jaya. Itu nisbahnya.

Jadi, kita perlulah insaf bagaimanakah pihak polis hendak menangani masalah-masalah sosial, jenayah dan sebagainya dengan jumlah anggota mereka yang begitu kecil sekali. Di negara maju kita lihat Jerman, satu pada kadar 350 (1:350); Kanada pada satu polis 441 penduduk (1:441); United Kingdom satu kepada 500 (1:500); negara kita satu kepada 2800 (1:2800), itu kadar pada kadar nasional keseluruhan.

Di bandar-bandar besar lagi teruk sebagaimana saya kata tadi di Subang Jaya, di Balai Polis Sentral Johor Bahru, seorang polis perlu menjaga 9254 penduduk. Begitu juga di Kuantan, satu pada kadar 8000 (1:8000); Kota Tinggi di kawasan Menteri Dalam Negeri kita sendiri, satu pada kadar 401 (1:401). Inilah masalah besarnya kerana keanggotaan penguat kuasa kita seperi polis tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi.

Tahniah kepada kerajaan kerana telah bercadang menambah jumlah anggota polis tetapi ia perlu dipercepatkan. Saya difahamkan pusat latihan pun tidak cukup lagi untuk menambah bilangan polis ini. Begitu juga dari sudut imigresen, kita lihat pelancong yang masuk berjuta-juta orang tetapi berapakah jumlah penguatkuasa imigresen kita yang ada. Jadi masalah di sini kita lihat masalah jumlah anggota penguatkuasaan. Apakah soalannya kerajaan tidak mampu untuk menambah jumlah anggota penguat kuasa kita di semua kementerian?

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

78 DN.28.5.2008

Kementerian Hal Ehwal Pengguna juga menghadapi masalah kerana jumlah

penguat kuasa yang begitu kurang sekali. Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh menggulung

■1820

Dato' Azian bin Osman: Tuan Yang di-Pertua, saya menggulung, saya ingin menyentuh dua perkara. Saya hendak minta izin.

Pertama, tentang perumahan. Rumah terbengkalai ini saya minta diambil perhatian. Jumlahnya terlalu banyak.Sebagaimana yang dikatakan menteri pagi tadi, jumlah keseluruhannya ialah 870 projek dengan 88,769. Manakala, unit yang telah dapat selesaikan ialah 23 projek dengan 13,274 unit. Jadi, di sini Tuan Yang di-Pertua, undang-undang perlu diubah. Seksyen 11, Akta Pemaju Perumahan perlu diperketat. Menteri perlu diberi kuasa mutlak untuk mengambil alih mana-mana projek yang terbengkalai.

Walaupun ada di bawah seksyen 11 tetapi, kedudukannya agak longgar di mana jika kita ingin mengambil alih, kita perlu mengambil alih kesemua tanggungan syarikat tersebut, hutang piutang syarikat tersebut berkenaan dengan projek tersebut. Ini perlu dilihat, dikaji semula.

Wang pertaruhan RM290,000, saya pernah bercakap di sini supaya dinaikkan untuk mendapatkan lesen pemaju perumahan juga perlu dikaji semula. Ia terlalu murah jika hendak membina sebuah projek perumahan yang bernilai RM200 juta ke RM300 juta hanya membayar deposit RM290,000. Saya mencadangkan supaya jumlah ini ditingkatkan mengikut saiz nilai sesuatu projek tersebut supaya lebih munasabah dan lebih mengikat kepada pemaju-pemaju.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya menggulung. Ketuanan Melayu. Saya rasa rakan-rakan kita banyak yang silap terutama pembangkang ini yang putar belitnya banyak. Apa yang dimaksudkan ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu itu berkait dengan sejarah Melayu yang mana ketuanan Melayu dimaksudkan pada saya, saya membaca sejarah adalah Tanah Melayu ini dimiliki oleh Raja-Raja Melayu dahulu dan bukannya orang Melayu menjadi tuan, rakan-rakan lain menjadi orang tuan. Tidak, saya sudah kata hamba tadi bawah sangat.

Sebenarnya ketuanan Melayu ini berkait rapat dengan kekuasaan Raja-Raja Melayu dahulu. Mempertahankan kekuatan Melayu adalah bermaksud mempertahankan Raja-Raja Melayu yang daripada sejarahnya menjadi tuan punya tanah ini dahulu. Bukannya kita sempitkan kepada Melayu tuan, yang bukan Melayu menjadi orang-orang kepada tuan-tuan ini. Bukan itu.

Jadi, kepada pembangkang-pembangkang terutama kepada DAP yang membangkitkan perkara ini, fahamlah sejarah Tanah Melayu ini sebelum kita hendak bercakap. Mungkin mereka faham tetapi sengaja ingin jadikan agenda politik untuk memecahbelahkan rakyat, untuk menang pilihan raya.

Sebenarnya Pilihanraya Umum Kedua Belas ini, mereka menang hanya di atas janji-janji palsu dan juga isu-isu perkauman yang di gembar-gemburkan untuk menghasut rakyat dan memberikan keterangan yang tidak betul kepada rakyat sehingga rakyat terpesong.

Tuan Yang di-Pertua, banyak yang ingin saya perkatakan, tetapi masa tidak mengizinkan. Sepatutnya saya ikut Yang Berhormat Datuk Syed kita cakap awal-awal, dia bercakap sejam. Saya ingat bercakap akhir ini dapat lebih masa, tetapi dapat 15 minit sahaja. Terima kasih saya ucap banyak-banyak. Jadi, dengan kata-kata itu saya juga turut menyokong. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kadang-kadang masa yang pendek diberikan, kita dapat mengupas lebih banyak isu-isu daripada orang yang kita beri masa yang panjang tadi. Terima kasih Yang Berhormat atas kerjasama. Silakan Puan Heng Seai Kie.

Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Kedua Belas.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini sebelum ini, berikut merupakan beberapa isu dan

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 79

cadangan yang ingin saya ketengahkan untuk pertimbangan kementerian-kementerian yang berkenaan dalam usaha untuk menambah-baikkan sistem pentadbiran negara yang tercinta ini.

Pertama, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya:

(i) mengkaji semula program mamogram terutamanya dari segi promosi supaya ia kesampaian kepada kumpulan sasar tulennya. Tuan Yang di-Pertua, sejak program subsidi mamogram dilancarkan mulai Mei 2007, walaupun sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan, tetapi hanya 3,207 orang wanita sahaja yang tampil menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan kerajaan dan swasta yang terpilih. Daripada jumlah ini, majoriti pula terdiri daripada golongan wanita bandar dan berpendidikan tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa program mamogram ini masih perlu dipergiatkan terutama sekali melalui program promosi yang lebih agresif dan haruslah lebih fokus kepada golongan wanita sasaran sebenar iaitu mereka yang berasal daripada keluarga miskin di luar bandar serta rendah tahap pendidikannya. Ini kerana golongan inilah yang merupakan golongan yang berisiko tinggi yang amat perlukan bantuan subsidi seumpama ini;

(ii) memantau dan mengkaji semula sistem bayaran bantuan saraan hidup bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan. Ini kerana terdapat aduan bahawa bayarannya adalah tidak konsisten dan amat mengelirukan dan ada yang melibatkan potongan-potongan tertentu yang mana sebabnya tidak dijelaskan; dan

(iii) menubuhkan rumah perlindungan di setiap negeri khas untuk kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga ataupun ibu tunggal yang kehilangan tempat tinggal berikutan kematian suami ataupun penceraian.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu, pertama, menyemak semula sistem pentadbiran subsidi diesel semasa supaya manfaatnya sampai kepada golongan sasar tulen.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa bagi tahun 2007, sebanyak RM4427 juta telah disubsidikan untuk diesel tetapi apa yang menyedihkan kita ialah ada laporan bahawa disebabkan oleh perbezaan harga diesel di negara kita berbandingan dengan negara jiran, seolah-olah kita telah menggalakkan aktiviti penyeludupan. Contohnya di kawasan Hutan Melintang Perak, para nelayan dikatakan tidak lagi keluar ke laut untuk menangkap ikan tetapi sebaliknya menjual minyak diesel di kawasan perairan Selat Melaka.

Apabila ditanya kenapa tidak tangkap ikan, alasannya ialah mereka takut untuk berbuat demikian kerana keselamatan mereka terancam akibat kegiatan lanun dan keganasan maritim di kawasan perairan Selat Melaka itu. Ada yang mengadu bahawa kegiatan lanun turut melibatkan tentera laut negara jiran.

Sehubungan itu, saya bercadang agar Kementerian Dalam Negeri dapat membuat siasatan yang lebih teliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini penting demi menjamin keselamatan nelayan dan melindungi perkembangan sektor perikanan negara.

Selain itu, demi kesejahteraan kaum wanita dan kestabilan rumah tangga, saya juga merayu supaya Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi menangani masalah pelancong wanita asing yang terlibat dengan kegiatan maksiat yang semakin berleluasa.

■1830

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

80 DN.28.5.2008

Mengikut rekod Jabatan Imigresen Malaysia, sehingga 30 April tahun ini

sebanyak 379,772 orang pelancong asing yang tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia.

Yang ketiga ialah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menetapkan kuota rumah kos rendah ataupun rumah pangsa untuk ibu tunggal dan bangunkan satu sistem agihan yang berkesan, bagi memastikan bahawa ia kesampaian kepada golongan sasar.

Yang keempat cadangan saya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ialah, selain daripada Program Mini Estate dan pembukaan kawasan baru untuk penanaman padi, sebagai satu usaha untuk menangani krisis beras semasa, tanah sawah yang sedia ada haruslah dihalang daripada dijadikan sebagai tapak projek perumahan seperti apa yang berlaku di negeri Kedah.

Yang kelima, saya juga ingin mencadangkan kepada Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji semula sistem perundangan semasa, berkaitan dengan masalah suami yang ingkar untuk membayar alimoni bulanan kepada ibu tunggal dan anak-anaknya. Ada pula yang tidak dapat dikesan. Jadi cadangan saya bagi mengatasi masalah ini ialah bagi yang mampu, bayaran haruslah dibuat sekali gus ataupun kita mengenakan satu sistem bayaran secara automatik melalui potongan gaji bulanan seperti amalan KWSP.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berikutan daripada beberapa kes kematian yang berlaku, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan agar kemudahan dan perkhidmatan perubatan di Kem Latihan Khidmat Negara iaitu PLKN dipertingkatkan. Antaranya ialah:

(i) mewajibkan supaya semua pelatih yang terpilih untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan setiap mereka adalah sihat dan sesuai untuk mengikuti program ini sebelum program ini bermula; dan

(ii) memperkenalkan konsep stay-in doctor di setiap Kem PLKN bagi menjamin penjagaan kesihatan dan keselamatan pelatih yang lebih rapi.

Selain itu, saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah pelatih PLKN yang telah diberhentikan kerja, dan terpaksa menganggur serta mencari pekerjaan baru selepas tamat program PLKN mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu, saya mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin wanita ini dia lebih sensitif kepada keperluan orang lain. Saya ucapkan terima kasih... [Tepuk] Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak.

6.33 ptg.

Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi untuk berbahas dalam Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya menyentuh sedikit tentang PRU 12. Hanya untuk mengatakan bahawa ramai mungkin mengatakan rakyat lebih matang dalam PRU 12. Harapan saya biarlah wakil-wakil rakyat yang dipilih juga menunjukkan sifat yang lebih matang, agar perbahasan dan juga tingkah laku lebih-lebih lagi dalam Dewan yang mulia ini harap dapat dijaga supaya urusan dapat dijalankan dengan baik.

Saya akan mulakan dengan ucapan tahniah kepada perkhidmatan awam yang saya rasa antara lain pada saya jelas semakin baik. Walaupun kita kata semakin baik, memanglah untuk kita terus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kita, sudah tentu mahu meningkatkan produktiviti kita. Kalau dahulu mendapatkan pasport mengambil masa hampir dua minggu, sekarang ini tidak berapa jam pun dah kita boleh dapat pasport, alhamdulillah tetapi, pada masa yang sama banyak lagi tempat-tempat yang kita harus memikir mungkin cara-cara baru untuk kita menyelesaikan masalah demi keselesaan rakyat, demi negara kita yang kita cintai ini.

Saya lebih suka mengatakan sesuatu itu dengan pendekatan yang positif. Apa saja yang kita kritik sudah tentu mesti ada cara yang kita harus cadangkan juga.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 81

Setakat mana yang kita mampu cara-cara untuk kita mengatasi masalah-masalah ini. Antaranya kualiti hidup rakyat kita sudah tentu bergantung antara lain kepada prestasi ekonomi kita, dan tentu sekalilah kerajaan menerusi perkhidmatan awam adalah juga bertanggungjawab untuk menentukan yang ekonomi kita ini juga terus pesat meningkat supaya kekayaan itu lebih untuk negara dan juga untuk rakyat kita. Apa perlu kita buat? Kita perlu tingkatkan produktiviti dari segi apa sekalipun baik pembuatan, perladangan, perkhidmatan dan lain-lain juga.

Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat telah pun ketengahkan banyak perkara. Saya ada hanya beberapa perkara yang saya harap dapat saya selesaikan dalam masa sepuluh minit lagi. Satu perkara yang saya ingin ketengahkan ialah dasar subsidi kita. Mungkin pandangan saya berlainan sedikit dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, di mana saya agak bimbang kadang-kadang dengan dasar subsidi kita yang baru-baru ini dipergunakan juga oleh sesetengah parti sehingga kalau ada duit yang dijanjikan, saya kadang-kadang merasakan mungkinkah ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya.

Perkara subsidi ini kita bercakap untuk membantu mereka yang tertentu. Kita pun dah dengar bahawa tahap kemiskinan alhamdulillah di negara kita ini adalah kecil, dan tahap kemiskinan tegar tidak silap saya adalah 0.7%. Dalam dasar subsidi kita, saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah dasar subsidi jangka panjang yang akan dilaksanakan?

Dalam suasana subsidi sekarang ini iaitu subsidi minyak, subsidi beras, subsidi tepung dan sebagainya seolah-olah kita ini berada di dalam keadaan bermimpi dan tidak dalam keadaan yang sebenar. Adakah itu bermakna rakyat Malaysia tidak boleh pergi ke negara yang lain, kerana bila berada di negara lain yang tidak ada subsidi, kita terpaksa bayar kos sebenar barang-barang yang kita beli, yang diperlukan. Jadi ini adalah satu perkara yang saya ingin tanya.

Pada pandangan saya subsidi ini ada banyak kaitan. Satu pada saya adalah kaitannya dengan perkara tahap gaji kita. Adakah tahap gaji kita di Malaysia ini agak rendah kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, di mana pertumbuhan ekonomi agak sama kerana antara lain kos-kos kita adalah rendah.

Jadi, kerana kos kita rendah, tahap gaji rendah, ada pula kaitannya dengan masalah dengan izin, Brain Drain apabila pemikir-pemikir yang terbaik mungkin merasakan mereka boleh dapat gaji yang lebih besar, lebih baik, maka mereka pun pergilah ke tempat-tempat negara-negara lain dan dengan itu berlakulah perkara di mana kita hanya ada mereka yang mungkin second class, kalaulah yang first class ini semuanya pergi ke negara-negara lain tetapi, itu tidak praktik. Hanya sebagai satu contoh.

Ada pula kaitan subsidi ini pula pada saya dengan masalah pekerja asing, di mana kalaulah seorang graduan sekarang dibayar lebih kurang RM1200, RM1500, ini sudah tentu akan mengakibatkan pekerja-pekerja yang bukan graduan mungkin bermula dengan tahap gaji RM700, RM800. Sudah tentulah ini bukan perkara yang senang lebih-lebih lagi di bandar-bandar yang besar. Akan tetapi apabila itu berlaku, maka yang ada hanyalah pekerja-pekerja asing yang sudi mengambil kerja-kerja ini, kerana mereka ini sudi bekerja agaknya kalau dibandingkan dengan negara mereka, ada kerja pun lebih baik dari langsung tidak ada kerja.

■1840

Ada pula kaitannya dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan Universiti APEX, universiti yang terbaik antara terbaik di dunia. Jadi, jika mahukan yang terbaik kita perlukan tenaga yang terbaik. Bagaimanakah kita mahu menarik mereka yang terbaik ini kalaulah antara lain kita bayar gaji yang dipandang oleh mereka kurang daripada apa yang patut mereka terima.

Saya ingin bertanya dari segi dasar subsidi ini kerana sekarang ini ramai yang bercakap tentang subsidi dan tentulah ramai yang mahukan saya tetap prihatin kepada mereka yang memerlukan. Saya harap satu sistem akan dapat diwujudkan supaya mereka yang sepatutnya dapat bantuan akan terus dapat bantuan tetapi, kepada mereka yang tidak perlu, bagi saya janganlah diberi bantuan lagi dan harus sedar daripada mimpi yang mungkin mereka berada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya ketengahkan adalah tentang siswazah-siswazah kita yang ramai menganggur. Saya dengar, kalau tidak

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

82 DN.28.5.2008

silap saya seramai 40,000 sekarang ini. Saya berharap dan ingin bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia ataupun kerajaan, apakah cara untuk membantu mereka ini bagi mendapatkan kerja di luar negara. Ini berbeza kerana baru-baru ini saya berada di negara Oman dan saya dapat berbincang dengan ramai yang ada di sana. Mereka mengatakan tentang keperluan ramai graduan tetapi syaratnya adalah bahasa Inggeris.

Inilah antara perkara yang saya rasa kelemahan kepada graduan-graduan kita. Kalau tadi salah seorang Ahli Yang Berhormat ada mengatakan tentang Citibank dan mengatakan tiada keyakinan diri. Keyakinan diri ini saya rasa tidak wujud kalau kita tidak dapat menyampaikan sesuatu perkara ataupun cara berkomunikasi. Jadi kalaulah...

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Minta laluan, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi ada membangkitkan mengenai dengan graduan yang menganggur dan sebagainya. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, saya yakin negara kita Malaysia ini sebuah negara yang maju, banyak pekerjaan yang ada di dalam negara kita. Namun kita melihat graduan-graduan yang ada dalam negara kita ini terlalu memilih. Kalau tidak memilih saya yakin, pendatang-pendatang asing tanpa izin masuk dan yang dengan izin pun masuk boleh bekerja di negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat kalau mereka tidak memilih saya yakin banyak pekerjaan untuk mereka di negara kita. Terima kasih.

Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Haji Sujak: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetujulah. Baru-baru ini saya mengambil bahagian dalam satu interviu, dengan izin, di mana saya bertanya kepada graduan-graduan baru yang mahu bekerja dengan sebuah syarikat di mana saya seorang pengarah, sengaja saya hendak duduk di situ. Bila ditanya mereka ini suka-suka sahaja minta kerja dan tidak tentu kalau hendak bekerja ataupun tidak. Kalau dapat gaji okey, okeylah, dia kata. Kalau tidak mungkin tidaklah. Dalam masa itu saya bertanyalah apa yang rakan-rakan buat. Dia kata, tidak ada apalah, main bola sahaja. Inilah jawapan mereka tidak ada langsung serius untuk meningkatkan ilmu dari segi bahasa Inggeris ataupun meningkatkan dari segi skill dan sebagainya.

Saya rasa memang bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat dan saya harap kita dapat mengubah fikiran mereka ini untuk menentukan mereka ini memikir dengan cara yang lebih positif.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lima minit lagi, kalau gunakan untuk ketengahkan perkara baru atau gulung dengan baik.

Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Haji Sujak: Saya cuba ketengahkan perkara-perkara baru. Saya ketengahkan dua, tiga perkara-perkara lagi. Satu ialah tentang kerajaan mewujudkan produk-produk baru dari segi pelancongan ini. Saya nampak antara lain baru-baru ini di Dubai juga, seperti yang kita ketahui, dengan izin, Desert Safari. Desert Safari ini bukanlah apa, hanya naik kereta empat pacuan roda dan terus masuk ke kebun, itulah safari. Kita ini ada hutan dan sebagainya tetapi langsung setahu saya tidak ada safari. Mungkin Kementerian Pelancongan harus memikirkan produk-produk baru yang tidak boleh dapat di negara-negara lain dan dalam jangka panjangnya mengadakan juga produk-produk yang boleh menarik setiap golongan pelancong yang datang.

Kepada mungkin Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan saya ingin bertanya tentang tempat bersukan. Saya merasakan antara masalah yang kita hadapi adalah tempat untuk anak-anak kita bersukan. Lebih-lebih lagi kalau bersukan ini ramai yang suka bermain bola di padang-padang besar dan padang-padang bola yang jarang sekali wujud dalam keadaan yang baik. Di situlah juga antaranya tempat yang boleh menentukan anak-anak kita boleh bercampur gaul antara kaum, insya-Allah dengan hasrat yang baik pada masa hadapan.

Kepada Kementerian Kesihatan saya ingin bertanya sama ada kementerian bercadang untuk mewujudkan lapisan paramedik ini. Setahu saya tahap pengetahuan paramedik ini lebih sedikit daripada jururawat, kurang sedikit daripada doktor. Jadi, untuk meningkatkan lagi perkhidmatan Kementerian Kesihatan mungkin lapisan paramedik ini perlu kita fikirkan.

Kepada kementerian berkenaan saya ingin mengetengahkan masalah peminta sedekah ini yang sudah lama kita tidak dengar. Peminta sedekah lebih-lebih lagi secara

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 83

bersindiket yang wujud di merata masjid dan surau ini seharusnya dapat kita hentikan. Saya rasa rakyat Malaysia ini baik hati semuanya suka menderma tetapi kadang-kadang apabila ini dijalankan oleh sindiket saya rasa ini satu penipuan yang harus kita hentikan.

Mengenai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ramai yang bertanya kepada saya tentang pertanian dan terus terang saya tidak tahu untuk menjawab. Saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan, kalaulah seseorang itu ada tanah tidak kisahlah satu, lima atau sepuluh ekar, bagaimanakah mereka boleh menceburi bidang perniagaan pertanian ini. Adakah satu sistem yang senang supaya rakyat boleh tahu dari segi kita membantu kerajaan untuk menentukan lebih ramai lagi yang masuk dalam bidang pertanian ini.

Selain daripada itu, saya ada nota di sini, saya mohon bersetujulah. Saya nampak rakan saya Senator Osman Bungsu sudah lama bercakap tentang Orang Asli. Saya menyokong sangatlah kalau dapat dibantu. Saya dengar pagi tadi 149,000 Orang Asli yang perlu dibantu. Saya rasa kita boleh membantu supaya mereka ini keluar daripada lingkungan miskin dan miskin tegar secepat mungkin, insya-Allah.

Selain daripada itu, saya juga ingin...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh gulung sekarang.

Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Haji Sujak: Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai keyakinan diri. Saya mengucapkan syabas kepada Program PERMATA bagi anak-anak pra sekolah. Saya mengharapkan kita tentukan mereka mendapat ciri-ciri terbaik, teknik-teknik terkini, makanan berzat dan menekankan perpaduan, insya-Allah kita akan dapat negara yang lebih maju. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Yip Kum Fook.

6.48 ptg.

Dato’ Yip Kum Fook: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Saya mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Menjunjung Kasih atas Titah Baginda Tuanku. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong cukup prihatin di atas kehidupan rakyat dan telah memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan daya tahan dan daya saing negara. Baginda telah memuji kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia. Untuk ini saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Pelancongan tetapi kedua-dua menteri dan timbalan menteri tiada dalam Kabinet kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, pengusaha-pengusaha perhotelan dan restoran khasnya telah menikmati faedah daripada kempen melawat itu. Saya ingin bertanya dengan cara apa kementerian ini akan mencapai tahap yang lebih cemerlang dalam tahun ini dan bagaimana kementerian dapat menaiktarafkan tempat-tempat awam di lima negeri di bawah pemerintahan pakatan rakyat.

■1850 Lipat kain lipat baju,

Mari diletak dalam puan, Dari air jadi batu,

Sedikit tak lupa budi mu tuan.

Untuk menteri-menteri tadi... [Tepuk] Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah menyebut tentang sukan boling dan saya berharap agar sukan boling ini dapat dikategorikan sebagai aktiviti sukan. Baginda juga berharap sukan ini dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Sebenarnya aktiviti boling ini telah menimbulkan banyak kekeliruan terutamanya mengenai status dan kategori. Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, boling dikategorikan sebagai sukan. Sebaliknya pula dengan Enakmen Hiburan Negeri, iaitu mengikut Akta Duti Hiburan 1953, Kementerian Kewangan pula mengkategorikan ia sebagai di bawah hiburan dan dikenakan cukai hiburan. Ada perbezaan di antara negeri-negeri mengenai tafsiran undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya boling dikategorikan sebagai hiburan, maka selain daripada dikenakan cukai hiburan, mengikut peruntukan perundangan premis juga dikategorikan sebagai hiburan, dan ia tidak boleh dimasuki atau dilawat oleh murid-murid sekolah di bawah umur 18 tahun. Walhal pihak kerajaan pula

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

84 DN.28.5.2008

mengarahkan penglibatan orang ramai, khasnya murid-murid dalam sukan ini. Oleh yang demikian, ternyata adalah bercanggah dengan dasar dan polisi kerajaan.

Bagaimana kita boleh mengadakan pertandingan boling jika murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu? Justeru itu saya syorkan agar status boling sebagai hiburan di bawah Akta Duti Hiburan 1953 digugurkan dan dikekalkan serta dikategorikan sebagai sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Ini dapat memajukan sukan negara.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Apa pula taraf permainan golf?

Dato’ Yip Kum Fook: Permainan golf tidak dikategorikan dalam hiburan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai jawapan yang telah diberikan oleh KPKT kepada saya berkaitan dengan...

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, adakah mungkin benda yang kita tidak suka, kita kategorikan kepada sukan, benda yang kita suka, kita kategorikan benda yang mudah.

Dato’ Yip Kum Fook: Ini terpulang.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi apa jenis dasar itu?

Dato’ Yip Kum Fook: Sebenarnya ini telah dikategorikan oleh kementerian. Saya pun tidak faham, mengapa mereka kategorikan sebegitu? Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesuntukan masa, saya telah pendekkan semua ucapan.

KPKT telah memberikan jawapan berkenaan dengan projek terbengkalai pada 26 Mei lalu. Namun begitu, saya merasakan jawapan yang diberi itu tidak begitu tepat kerana kementerian telah membenarkan 270 projek terbengkalai dari tempoh 1990 sehingga 2007. Saya hendak bertanya, berapakah bilangan projek terbengkalai sebelum 1990? Angka yang ada pada saya menunjukkan sejumlah 2,199 projek terbengkalai di seluruh Malaysia pada ketika ini. Ia juga mempunyai 386,592 unit serta jumlah nilai dianggarkan sebanyak RM48.77 bilion, iaitu sepuluh kali kos perbelanjaan PKFZ, Klang.

Tuan Yang di-Pertua, KPKT mengenakan lesen pemaju dan bertindak sebagai pengawal perumahan. Namun, bolehkah KPKT mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan projek terbengkalai, walaupun kita diberitahu mereka tidak ada kuasa untuk mengambil alih atau membuat sesuatu, hanya memudahkan atau memanggil semua pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu? Memang saya akui ini adalah kerja mereka tetapi, mereka harus meneliti projek-projek terbengkalai sebelum tahun 1990, kerana begitu banyak bilangannya.

KPKT hendaklah lebih proaktif dalam usaha membantu menyelesaikan projek itu, walaupun kita semua tahu projek terbengkalai ini tidak boleh semata-mata dipersalahkan ke atas KPKT. Pada keseluruhannya, segelintir arkitek memainkan peranan yang penting kerana telah over certified, dengan izin, kemajuan projek. Mereka telah over certified dan mengeluarkan bayaran sehingga pada akhirnya wang tidak mencukupi untuk menyiapkan projek itu. Institusi kewangan...

Dato’ Azian bin Osman: Minta laluan, Yang Berhormat. Sekejap sahaja.

Dato’ Yip Kum Fook: Institusi kewangan juga turut terbabit. Mereka bayar sahaja mengikut Sijil Arkitek tanpa membuat siasatan atau melawat ke tapak. Mereka sebenarnya adalah trustee kepada pembeli rumah ini. Di antara lain, kadang-kadang attitude, dengan izin, atau syarat pihak berkuasa negeri yang meletakkan atau mewajibkan kuota yang terlalu tinggi untuk bumiputera, turut melambatkan projek pembangunan ini. Silakan.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya ingin menyentuh tentang projek terbengkalai tadi. Projek terbengkalai ini bukannya salah kerajaan, bukan projek kerajaan.

Yang salahnya pemaju, selalunya kerana faktor ekonomi, kadangkala ada juga halangan sebagaimana kata Yang Berhormat tadi.

Soalan saya, apakah sepatutnya kita lakukan dalam pindaan jika hendak dibuat Dasar Perumahan Negara nanti yang dicadangkan oleh KPKT? Apakah tindakan

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 85

yang boleh diambil atau patut diambil kepada pemaju-pemaju yang projek mereka terbengkalai dan menyusahkan pembeli-pembeli ini? Sekian.

Dato’ Yip Kum Fook: Terima kasih. Soalan yang cukup bagus. Sebenarnya kita perlukan satu skuad akar dari surveyor, valuer, arkitek dan auditor memikirkan satu cara untuk menyelesaikan, kerana projek terbengkalai memang sangat rumit, memang very complicated dengan izin, dan tidak mudah diatasi.

Setelah mengatakan KPKT sedikit kurang memuaskan, saya juga di sini ingin mengatakan KPKT merupakan salah satu kementerian yang handal dalam menggubal garis panduan dan cekap dalam membaiki Sistem Penyampaian Perkhidmatan seperti OSC, CCC dan lain-lain. Kita semua mendapati kementerian ini bagus. Itu sebab kita mesti bagi teguran yang lebih banyak, supaya dia menjadi lebih baik lagi. Itu niat saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai harga besi... Rakan saya sudah balik... [Melihat ke tempat duduk Ahli Yang Berhormat] ...Yang melambung naik. Keputusan suku tahun pertama syarikat-syarikat kilang besi ini menunjukkan mereka telah mencapai...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup. Sila duduk, Yang Berhormat.

Dato’ Yip Kum Fook: Terima kasih.

■1900

Tuan Yang di-Pertua: Kebetulan Peraturan Mesyuarat di bawah 11(5) memberi saya sedikit kuasa untuk menggunakan masa Dewan tidak melebihi 15 minit. Saya peruntukkan lima minit untuk Yang Berhormat, 10 minit untuk Yang Berhormat Wan Hazani. Kemudian, kalau kerajaan boleh izin lengahkan sedikit menggulung esok, saya boleh minta lagi 5 minit untuk Senator Wan Hazani atau seorang lagi mungkin. Silakan Yang Berhormat, 5 minit.

Dato’ Yip Kum Fook: Terima kasih. Dengan izin, “Revenue - the growth recorded higher revenue of RM1.95 bilion for year 2007 against RM1.44 bilion for year 2006”. Ini Tuan Yang di-Pertua, antara satu syarikat sahaja yang mencatatkan RM512 milion keuntungan pada tahun 2007. Begitu juga saya ada lima syarikat. Semua saya sudah cari dia punya fakta cukup, menunjukkan mereka mencapai keuntungan yang berlebihan. Ini adalah usaha kerajaan. Kerajaan mengarahkan Petronas memberi gas supaya TNB dapat menjanakan elektrik yang lebih murah. Mereka dapat keuntungan ini dari kos elektrik yang rendah dan insentif-insentif lain yang telah diberi.

Namun begitu, apakah kilang-kilang ini telah memberi kepada negara kita? Sekarang kita, negara kita, pemborong kita membeli besi pada harga RM3,600 satu tan. Itu pun susah sangat untuk mendapat bekalan. Kos jualan di negara China. Saya semalam telah mendapat confirm, RM2,100 di negara China. Namun demikian, apabila kita tanya, kenapa mereka tidak diimport? Customs officer telah menyatakan bahawa mereka belum dapat arahan supaya AP itu dikecualikan, belum digazet. Itu jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua: Tiga minit lagi.

Dato’ Yip Kum Fook: Ada satu sahaja, sedikit lagi. Mana soalannya?... [Menyemak kertas di atas meja] Cut short...

Tuan Yang di-Pertua: Minta izin, cut short!

Dato’ Yip Kum Fook: Tuan Yang di-Pertua, walaupun harga komoditi semakin meningkat, saya hendak tahu apakah kementerian akan mengambil kira kebajikan pekerja khususnya di estet-estet ini? Mereka juga telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara kita. Adakah biofuel yang diperbuat daripada kelapa sawit itu dapat diperbuat ataupun dikeluarkan dengan secara economic of scale dengan izin, apakah masa hadapan dan prospek pokok jatropha? Adakah ia hanya ditimbulkan seperti melepaskan batuk di tangga? Dengan kata-kata demikian, saya menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya berharap Yang Berhormat tidak merasa terlalu ralat sebab di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pun diberi tujuh minit sahaja... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Puan Hajah Wan Hazani.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

86 DN.28.5.2008

Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor: Bismillahi Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kami Menjunjung Kasih Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, isu membasmi kemiskinan negara.

Kita maklum, pihak kerajaan telah memperuntukkan belanja yang banyak demi membasmi kemiskinan negara. Di RMKe-9 sahaja kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 11.031 bilion dan sebanyak 117 juta diperuntukkan bagi program kemiskinan dan program lonjakan mega dan terkini sebanyak RM3.5 bilion. Peruntukan telah dipohon oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di dalam RMKe-9 ini untuk memastikan kemiskinan tegar dapat dibasmi dalam tempoh yang disasarkan ialah tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kesempatan ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai masalah kemiskinan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Kelantan, khususnya di Gua Musang. Walaupun perangkaan kemiskinan negara terkini menunjukkan Kelantan bukanlah negeri yang termiskin di negara ini, namun hakikatnya keluarga miskin dan miskin tegar masih lagi ramai terdapat di Gua Musang. Walaupun sudah berulang kali saya menyatakan dan memberi cadangan bagi membasmi isu kemiskinan di kawasan Gua Musang di Dewan yang mulia ini, namun yang jelas tindakan yang dilakukan amat perlahan dan keadaan masyarakat Gua Musang tidak berubah.

Di sini saya ingin memohon penjelasan terperinci daripada pihak kerajaan yang terlibat mengenai perkembangan dan kemajuan beberapa perancangan yang telah dirancang untuk membasmi kemiskinan di Gua Musang. Satu projek penanaman herba seluas seribu ekar di KESEDAR, projek agropolitan di perintis iaitu program khusus di bawah lonjakan mega di luar bandar, taman kekal pengeluaran ayam dan rancangan memajukan ekopelancongan di Gua Musang juga akan memberi peluang pekerjaan untuk masyarakat Orang Asli di Limbangan Sungai Nenggiri.

Bercakap mengenai kemiskinan Orang Asli, saya juga bertanya kepada kementerian berapakah jumlah peruntukan dan apakah program khusus yang telah dilaksanakan dan dirancang bagi masyarakat Orang Asli di Gua Musang? Berapakah jumlah orang miskin Orang Asli yang telah berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan semenjak tahun 2000 hingga sekarang? Berapakah pecahan untuk kawasan di Gua Musang?

Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga barang-barang makanan beras dan gandum, besi dan simen. Kita minta kementerian dan bahagian penguatkuasaan tolong lebih agresif memantau harga-harga barang terutamanya di kawasan luar bandar seperti di Gua Musang kerana kenaikan harga barang yang melambung, kasihan kepada orang-orang miskin yang susah, orang-orang kampung dan Orang-orang Asli.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai pembangunan infrastruktur yang boleh memajukan industri pelancongan di kawasan Gua Musang di dalam tahun 2008. Negeri Kelantan dianggarkan bakal menerima pengunjung sejumlah 5.7 juta orang di dalam anggaran mampu menyumbang sebanyak 1.91 bilion kepada ekonomi negeri dan ekopelancongan merupakan antara satu sumber pelancongan yang utama di Gua Musang.

Untuk maklumat Dewan, Gua Musang merupakan salah satu kawasan yang diisytiharkan sebagai taman negara hutan hujan tertua di dunia. Dari air terjun yang menakjubkan kepada keunikan gua batu kapur seperti Kuala Koh yang menyediakan keindahan semula jadi dan kehijauan hutan yang dipelihara yang sesuai untuk menjalankan aktiviti semula jadi seperti merintis hutan, melihat unggas, berakit, memancing dan mendaki bukit. Malangnya apa yang kurang di sini adalah kemudahan infrastruktur yang masih lagi di takuk lama seperti jalan masuk ke kawasan ini masih lagi daif.

Justeru itu, saya ingin memohon agar pihak kerajaan memberi peruntukan untuk membina dan menaiktarafkan jalan-jalan raya di kawasan tersebut.

Saya juga ingin memohon kepada kementerian pelancongan agar memperbanyakkan program, promosi dan juga peruntukan khusus untuk memajukan kawasan Gua Musang sebagai satu kawasan pelancongan utama negara selain daripada program menyusuri Sungai Nenggiri.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

DN.28.5.2008 87

Tuan Yang di-Pertua, bagi membasmi kemiskinan; apa yang perlu dilakukan

oleh perubahan secara total tidak hanya cukup kepada pembinaan infrastruktur sahaja tetapi harus disertakan dengan pembangunan minda dan modal insan.

Di Gua Musang mempunyai keluasan seluas 797,976 hektar juga merupakan kawasan berbukit bukau di mana hampir 50% kawasannya mempunyai kecerunan lebih daripada 25 darjah. Menurut statik jabatan pendidikan negeri Kelantan, mempunyai 530 buah sekolah, 412 sekolah rendah dan 118 buah sekolah menengah. Di Gua Musang - 34 buah sekolah menengah, tujuh buah sekolah rendah dan sekolah agama tiga buah, satu di Lembaga, satu di Ciku Dua, dan satu di Ciku Tiga. Itu pun Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, isi yang cuba saya ketengahkan di sini adalah mengenai kepayahan para pelajar terutamanya dari golongan miskin ini untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi kerana masalah pengangkutan dari rumah ke sekolah. Kemiskinan mereka tidak dapat menghantar keluar anak-anak mereka ke sekolah melibatkan pembangunan modal insan di kawasan ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain.

■1910

Justeru itu, saya ingin memohon agar pihak kerajaan dapat membina Kompleks Politeknik atau sekolah-sekolah berasrama penuh di kawasan Gua Musang. Ini supaya anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan mereka dengan lebih teratur dan seterusnya dapat meningkatkan modal insan penduduk di kawasan luar bandar ini yang segala-galanya kekurangan. Di Gua Musang untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, satu pun tiada lagi sekolah berasrama penuh. Ini yang menyedihkan.

Isu pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, kita amat bertuah kerana negara ini telah dipilih dua tahun berturut-turut sebagai destinasi pelancongan terbaik dunia. Dengan keputusan melanjutkan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 sehingga 31 Ogos 2008, saya percaya negara ini akan terus menjadi di antara destinasi utama pelancongan antarabangsa.

Pun begitu, ada beberapa perkara yang saya fikir perlu dilakukan bagi menjamin program pelancongan yang dilaksanakan bukan hanya dilihat bukan kejayaan material yang dapat dinilai dengan wang ringgit semata-mata di dalam waktu yang sama turut mencetuskan konflik sosial budaya dan keruntuhan moral rakyat kita. Di antara isu yang berkaitan dengan bidang pelancongan yang ingin saya sentuh adalah isu halal haram makanan di hotel-hotel di dalam negara ini terutamanya di hotel-hotel lima bintang.

Baru-baru ini kita didedahkan oleh beberapa pihak media, media mengenai status halal makanan di hotel yang diragui. Malah beberapa orang tukang masak yang telah berkhidmat di hotel-hotel lima bintang ini telah menyatakan bahawa mereka sendiri tahu bahawa memang terdapat keraguan dari segi status halal sesuatu makanan yang dihidangkan oleh hotel-hotel lima bintang kita. Sebagai contoh, salah seorang tukang masak berkata, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang yang dimasak di salah satu hotel lima bintang di negara ini. Tukang masak itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup untuk dihidangkan berbaris, berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah sup lain untuk dibuat sup.

Begitu juga bekas-bekas ataupun peralatan memasak di dapur-dapur yang digunakan tanpa mengambil kisah sama ada digunakan untuk makanan halal ataupun tidak. Persoalannya, sejauh manakah Sijil Halal yang telah diperoleh telah dipatuhi? Di sini saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, sehingga sekarang berapakah jumlah hotel di negara ini mengikut penarafan bintang dan berapakah daripada jumlah ini telah memperoleh Sijil Halal JAKIM?

Tuan Yang di-Pertua, sektor perhotelan sebenarnya adalah cermin utama imej negara dan menjadi tumpuan dalam industri pelancongan. Sebenarnya bidang pelancongan ini juga merupakan wadah penting kepada kerajaan dalam melaksanakan visi negara untuk menjadi Malaysia sebagai hab-halal dunia.

Namun begitu, jika dilihat daripada kejayaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia yang baru berlalu melibatkan sektor perhotelan amatlah mengecewakan terutamanya untuk mempromosikan aspek pemakanan halal yang disajikan di hotel-hotel di negara ini. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah

88 DN.28.5.2008

Pelancongan agar juga turut bekerjasama dengan menggalakkan hotel-hotel di negara ini pada masa akan datang memberi sedikit keutamaan untuk bersama-sama mempromosikan makanan halal mereka terutamanya kepada pelancong yang beragama Islam terutamanya dari Asia Barat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup. Yang Berhormat boleh menggulung ucapan esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sekarang. Dewan bersidang semula pada pukul 10 pagi hari Khamis.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.15 petang.