bahasa melayu - · pdf file02/2 bahasa melayu kertas 2 oktober 2013 2jam i ... anda...

6
02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Oktober 2013 2Jam I NAMA KELAS 02/2 PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU PMR Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian A, Sahagian S, Sahagian C dan Sahagian D. 2. Sahagian A terdiri daripada dua bahagian : Sahagian A(i) dan Sahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Sahagian S dan Sahagian D juga mesti dijawab manakala Sahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Sahagian A, 25 minit untuk Sahagian S, 45 minit untuk Sahagian C dan 10 minit untuk Sahagian D. Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak. www.lamanbahasa.wordpress.com

Upload: buitruc

Post on 15-Mar-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

02/2BAHASA MELAYUKertas 2Oktober 20132Jam

INAMA

KELAS

02/2

PERCUBAANPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHASA MELAYUPMR

Kertas 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian A,Sahagian S, Sahagian C dan Sahagian D.

2. Sahagian A terdiri daripada dua bahagian : Sahagian A(i) danSahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-duabahagian tersebut. Sahagian S dan Sahagian D juga mesti dijawabmanakala Sahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan andadiminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawabSahagian A, 25 minit untuk Sahagian S, 45 minit untuk Sahagian Cdan 10 minit untuk Sahagian D.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

www.lamanbahasa.wordpress.com

2

Sahagian A(i) - Ringkasan

[20 markah]

02/2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuahringkasan tentang kepentingan bahasa Melayu di Malaysia. Panjangnya ringkasananda hendaklah tidak melebiht 80 patah perkataan. Anda digalakkan supayamenggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

'Bahasa Jiwa Bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan kaitansesuatu bahasa kepada kaum-kaum di Malaysia. Pelbagai langkah telah diambildalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagimelahirkan sebuah rumpun bernama Malaysia. Hal ini dianggap penting kerananegara kita mempunyai masyarakat majmuk.

Bahasa merupakan antara penanda jati diri penting bagi sesuatu bangsa ataunegara. Jati diri bahasa dari sudut nasional dapat diwujudkan dan dipamerkanmelalui pelbagai cara. Satu daripadanya adalah dengan menjadikan sesuatu bahasasebagai lambang atau simbol negara. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikanbahasa berkenaan sama ada sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi negara Malaysia. Bahasa Melayumerupakan simbol perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat negara iniyang berasal daripada pelbagai bangsa. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagaiwahana, iaitu bahasa milik bersama yang digunakan untuk tujuan komunikasi dalamkalangan rakyat negara ini. Selain itu, bahasa Melayu merupakan satu-satunyabahasa yang dapat memberikan citra kepada Malaysia sebagai satu unit atau entitipolitik dan budaya Melayu.

Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia termaktub dalam PerlembagaanPersekutuan Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Bahasa Melayusebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan pula termaktub dalam beberapaakta pelajaran, antaranya Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1995. Walaupunbahasa Melayu menduduki hierarki tertinggi bahasa di Malaysia, namun bahasa­bahasa lain masih diberikan tempat. Bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dibenarkanuntuk digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah pada peringkatpendidikan rendah manakala bahasa Inggeris merupakan subjek penting dan wajibpada semua peringkat pendidikan. Kini bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasailmu setara dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di institusipengajian tinggi awam atau swasta di negara Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana da/am Pe/ita Bahasa,Februari 2005)

[Lihat halaman sebelah

www.lamanbahasa.wordpress.com

3

Sahagian A (ii)- Pemahaman

[10 markah}

02/2

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata simbol perpaduan. [2 markah]

2. Nyatakanmendapatnegara ini.

bukti yang menunjukkan Bahasa Melayuperlindungan dan pengiktirafan tertinggi di

[4 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintirrakyat Malaysia tidak suka menggunakan Bahasa Melayuberbanding Bahasa Inggeris? [4 markah]

[Lihat halaman sebelah

www.lamanbahasa.wordpress.com

4

Bahagian B

{20 markah]

02/2

Berdasarkan gambar rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-caramengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Panjang huraiananda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Amalan pemakanan

sihat

Melakukan

pemeriksaankesihatan

Bersenam danberiadah

Menjauhi aktiviti

tidak sihat

[Lihat halaman sebelah

www.lamanbahasa.wordpress.com

5

Sahagian C

[40 markah]

02/2

Pi/ih satu daripada soa/an di bawah. Tu/is sebuah karangan yang panjangnya lebih

daripada 180 patah perkataan.

1. Sekolah anda telah mengadakan aktiviti sukan tahunan.Ceritakan aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa sukan tahunan sekolah andaberlangsung.

2. Ibu bapa merupakan insan yang disayangi dan dihormati. Sebagai anak,nyatakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap ibu bapanya.

3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkatsekolah. Tajuk syarahan yang dipilih ialah 'Kepentingan MemupukSemangat Kerjasama dalam Masyarakat'.Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

4. Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kitameskipun menghadapi pelbagai masalah.Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraftangan di negara kita.

5. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..

Peribahasa di atas bermaksud tidak akan tercapai cita-cita jika tidakberusaha.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

[Lihat halaman sebelah

www.lamanbahasa.wordpress.com

6

Bahagian 0

[10 markah]

02/2

Jawapan anda hendak/ah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

PERWATAKAN

1(i) Seorang yang tabah. (i) Seorang yang tabah. (i) Seorang yang tabah.

(ii) Seorang yang gigih (ii) Seorang yang gigih (ii) Seorang yang gigihberusaha. berusaha. berusaha.

(iii) Seorang yang (iii) Seorang yang (iii) Seorang yangbertanggungjawab. bertanggungjawab. bertanggungjawab.

Bukan Duniaku Lestari Bukit Menghijau Merenang GeloraOleh Oleh Oleh

Aida Shahira Syed Mahdzir Ruslan Ngah

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan satu contoh peristiwa bagi setiapperwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji.

KERTASSOALANTAMAT

[Lihat halaman sebelah

www.lamanbahasa.wordpress.com