nor azaheen abdul hamid. ukm_ct.pdf · pembelajaran dan tugasan harian (cornell critical thinking...

22
PROFIL KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL ANTARA PELAJAR ALIRAN SAINS DAN BUKAN SAINS Siti Rahayah Ariffin Nor Azaheen Abdul Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Pemikiran kritikal diperlukan dalam pelbagai profession terutamanya bidang sains dan teknologi. Kebolehan berfikir secara kritikal, saintifik dan sistematik adalah merupakan keupayaan individu berfikir secara teratur dan berstruktur untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan harian (Cornell Critical Thinking Test 2004, California Critical Thinking Skill Test 1998). Kemahiran ini perlu dilatih dan diterapkan seawal usia seseorang individu, bermula dengan pelajar-pelajar di sekolah. Kertas ini bertujuan membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah berumur 16 hingga 17 tahun dari dua aliran iaitu aliran sains dan sains sosial. Seramai 1511 pelajar telah menjawab soal-selidik iaitu kemahiran berfikir Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 subkonstruk iaitu reasoning, analytical dan logikal, disposition dan assumption. Profil pelajar menunjukkan keupayaan pelajar aliran sains lebih tinggi dalam kemahiran berfikir secara kritikal berbanding pelajar aliran bukan sains(peratus min pelajar aliran sains bagi reasoning 62.1, analytikal dan logikal 35.63, disposition 73.74 dan assumption 58.63 manakala pelajar bukan sains bagi reasoning 51.01, analytikal dan logikal 34.77, disposition 72.54 dan assumption 57.22) dan ujian-t menunjukkan signifikan bagi dua subkonstruk (t=16.388, p=0.000; t=2.133,p=0.033). Hasil ujian-t menunjukkan pelajar sekolah bandar lebih tinggi peratus min berbanding pelajar luar bandar dan berbeza secara signifikan dalam keempat-empat subkonstruk yang dikaji (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020; t=2.159,p=0.031; t=- 3.369,p=0.001). Berdasarkan gender dan pendapatan keluarga hanya dua subkonstruk yang signifikan dalam ujian-t. ANOVA menunjukkan faktor bangsa hanya signifikan bagi dua subkonstruk sahaja. Kesimpulan kajian ini adalah individu yang mempunyai keupayaan dalam kemahiran berfikir secara kritikal adalah dari golongan pelajar aliran sains kerana pendedahan mata pelajaran sains yang melatih mereka membuat analisis dan sintesis dari teori,konsep, fakta dan jadual yang diperolehi semasa membuat kerja-kerja amali di dalam makmal. Implikasi kajian menunjukkan kemahiran berfikir secara kritikal perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar bukan aliran sains dalam mata pelajaran sains sosial dan humanistik. Kata kunci: Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT), kemahiran pemikiran kritikal, taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical and logical), kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption). 1

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PROFIL KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL ANTARA PELAJAR ALIRAN SAINS DAN BUKAN SAINS

    Siti Rahayah Ariffin

    Nor Azaheen Abdul Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abstrak

    Pemikiran kritikal diperlukan dalam pelbagai profession terutamanya bidang sains dan teknologi. Kebolehan berfikir secara kritikal, saintifik dan sistematik adalah merupakan keupayaan individu berfikir secara teratur dan berstruktur untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan harian (Cornell Critical Thinking Test 2004, California Critical Thinking Skill Test 1998). Kemahiran ini perlu dilatih dan diterapkan seawal usia seseorang individu, bermula dengan pelajar-pelajar di sekolah. Kertas ini bertujuan membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah berumur 16 hingga 17 tahun dari dua aliran iaitu aliran sains dan sains sosial. Seramai 1511 pelajar telah menjawab soal-selidik iaitu kemahiran berfikir Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 subkonstruk iaitu reasoning, analytical dan logikal, disposition dan assumption. Profil pelajar menunjukkan keupayaan pelajar aliran sains lebih tinggi dalam kemahiran berfikir secara kritikal berbanding pelajar aliran bukan sains(peratus min pelajar aliran sains bagi reasoning 62.1, analytikal dan logikal 35.63, disposition 73.74 dan assumption 58.63 manakala pelajar bukan sains bagi reasoning 51.01, analytikal dan logikal 34.77, disposition 72.54 dan assumption 57.22) dan ujian-t menunjukkan signifikan bagi dua subkonstruk (t=16.388, p=0.000; t=2.133,p=0.033). Hasil ujian-t menunjukkan pelajar sekolah bandar lebih tinggi peratus min berbanding pelajar luar bandar dan berbeza secara signifikan dalam keempat-empat subkonstruk yang dikaji (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020; t=2.159,p=0.031; t=-3.369,p=0.001). Berdasarkan gender dan pendapatan keluarga hanya dua subkonstruk yang signifikan dalam ujian-t. ANOVA menunjukkan faktor bangsa hanya signifikan bagi dua subkonstruk sahaja. Kesimpulan kajian ini adalah individu yang mempunyai keupayaan dalam kemahiran berfikir secara kritikal adalah dari golongan pelajar aliran sains kerana pendedahan mata pelajaran sains yang melatih mereka membuat analisis dan sintesis dari teori,konsep, fakta dan jadual yang diperolehi semasa membuat kerja-kerja amali di dalam makmal. Implikasi kajian menunjukkan kemahiran berfikir secara kritikal perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar bukan aliran sains dalam mata pelajaran sains sosial dan humanistik.

    Kata kunci: Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT), kemahiran pemikiran kritikal, taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical and logical), kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption).

    1  

  •   

    Abstract

    The need of critical thinking in various profession especially in the field of science and technology will enchance the ability to think systematically in a structured way. Thinking critically in a scientific and systematic manner will enable individual to solve problems including learning and daily chores. This skill should be develop at a young age and taught as early in the primary school. This paper will discuss regarding the critical thinking skills and problem solving among students age 16 to 17 from the art and science stream. Questionnaires on Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT) has been carried out among 1511 students in the urban and rural secondary school. The instrument consist of 62 items which comprises of four subconstructs namely reasoning, analytical and logical, disposition and assumption.The result of the survey shows that overall students from the science stream are more critical in their thinking compared to the art students. The mean percentage of science stream students for reasoning is 62.1, analytical and logical 35.63, disposition 73.74 and assumption 58.63 while the mean percentage of reasoning of art students is 51.01, analytical and logical 34.77, disposition 72.54 and assumption 57.22). The statistical t-test result shows significant difference in two subconstructs (t=16.388, p=0.000; t=2.133,p=0.033). The result shows that students from urban schools have higher mean percentage compared to rural students and significantly different in all four subconstructs (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020; t=2.159,p=0.031; t=-3.369,p=0.001). Two subconstructs based on gender and family income also significant in t-test and ANOVA shows race factor only significant in two subconstructs. The conclussion of the study shows that science stream students who are exposed to science practical which need students to analysis and synthesis based on theory, concept and fact are more critical in their thinking compared to art students.  

    PENGENALAN

    Pendidikan bertaraf dunia haruslah mampu menjana generasi yang mengaplikasikan

    kemahiran kritikal di dalam pembelajaran. Ini kerana individu yang mempunyai tahap

    kemahiran kritikal yang tinggi mampu bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi

    sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang. Jika para pendidik memainkan peranan

    yang sewajarnya maka produk yang akan dihasilkan dapat memenuhi keperluan pendidikan

    negara. Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak.

    Alec dan Michael (1997) mengkonsepsualisasikan pemikiran kritikal sebagai interpretasi

    sesuatu fenomena secara aktif, berkemahiran dalam menilai pemerhatian dan perhubungan

    yang dijalin melalui maklumat dan perdebatan. Kata kuncinya ialah interpretasi dan penilaian

    terhadap pemerhatian yang dilakukan. Daripada aktiviti sedemikian, akan lahir satu

    2  

  •   

    tanggapan baru terhadap pemerhatian yang dilakukan iaitu tanggapan yang membina dan

    bersifat menambah kreativiti dan originaliti. Maka pemikiran kritikal ini sebenarnya satu

    proses menjana kebenaran secara sistematis dan saintifik (Mohamed Pitchay Gani 2004).

    Pemikiran kritikal ialah proses membuat keputusan secara rasional bagi menentukan sama

    ada seseorang itu akan atau tidak akan melakukan ataupun mempercayai sesuatu (Norris

    1985). Menurut Paul dan Elder (2002) kecenderungan seseorang untuk berfikir secara kritis

    apabila dia memastikan akan menghasilkan satu pemikiran terbaik yang mampu dilakukan

    dalam apa jua keadaan. Dengan erti kata lain, kecenderungan berfikir secara kritis perlu

    dilatih dan diterapkan dalam kehidupan seharian.

    Pemikiran pertimbangan (reasoning) memfokuskan kepada membuat keputusan berkaitan

    perkara yang patut dipercayai atau patut dilakukan di mana melibatkan proses pembinaan dan

    penilaian sebab ataupun alasan untuk menyokong kepercayaan (Reichenbach 2002). Facoine

    dan Facoine (1992) menjelaskan istilah analisis (analytical dan logical) sebagai pengenal

    pastian sasaran dan perhubungan sebenar inferen awal di antara hujah, soalan, konsep,

    penjelasan ataupun gambaran yang dipaparkan dalam apa bentuk sekalipun untuk

    menunjukkan kepercayaan, pengadilan, sebab, maklumat ataupun pendapat. Kecenderungan

    (disposition) ini membawa maksud kecenderungan untuk bertindak atau berfikir dalam

    sesuatu cara tertentu (Reichenbach 2002). Gregory Bassham (2005) dalam buku beliau yang

    bertajuk ‘Critical Thinking – A Students Introduction’ menerangkan bahawa anggapan

    (assumption) bermaksud sesuatu perkara yang difikirkan benar, sesuatu perkara yang

    dipercayai benar tanpa sebarang bukti yang kukuh.

     

     

     

     

    3  

  •   

    PERNYATAAN MASALAH

    Kemahiran pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang diperlukan

    oleh pelajar untuk melonjak ke arah pendidikan yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian

    Tinggi dalam melahirkan pelajar minda kelas pertama. Namun kini masih belum ada profil

    kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia yang dinyatakan berdasarkan dapatan

    instrumen pemikiran kritikal mengikut acuan Malaysia. Oleh itu, sukar bagi guru-guru untuk

    mengesan profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar terutama bagi persediaan mereka ke

    peringkat pengajian ke universiti. Maka dengan itu, pelajar yang belum didedahkan dengan

    pemikiran kritikal kurang bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan

    teknologi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut tidak mempunyai

    kebolehan untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis. Sekiranya

    ini dapat dikesan lebih awal dengan adanya profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar akan

    memudahkan guru-guru untuk bertindak mengatasi masalah ini.

    PERSOALAN KAJIAN

    Kajian dijalankan berdasarkan persoalan berikut:

    1. Apakah indeks kesahan dan kebolehpercayaan konstruk kemahiran pemikiran kritikal

    (MyCT) menggunakan Model Rasch?

    2. Apakah profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia?

    3. Apakah pemetaan kemahiran pemikiran kritikal individu di Malaysia?

    4. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

    kritikal pelajar berdasarkan gender?

    5. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

    kritikal pelajar berdasarkan kategori sekolah?

    4  

  •   

    6. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

    kritikal pelajar berdasarkan bangsa?

    7. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

    kritikal pelajar berdasarkan kategori sekolah?

    8. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

    kritikal pelajar berdasarkan status sosio ekonomi?

    OBJEKTIF

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar aliran

    sains dan bukan sains berdasarkan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran dan status sosio

    ekonomi keluarga dan kesahan dan kebolehpercayaan konstruk kemahiran pemikiran kritikal

    (MyCT) menggunakan Model Rasch . Selain itu, mewujudkan pengkalan data profil

    kemahiran pemikiran kritikal pelajar dan sebagai rujukan kepada guru-guru dan penyelidik di

    Malaysia.

     

    METODOLOGI

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif. Populasi kajian ialah

    1511 orang pelajar sekolah menengah dari kategori sekolah dalam bandar dan luar bandar.

    Responden yang dipilih berumur antara 16 hingga 17 tahun. Analisis data menggunakan

    Winsteps versi 3.64.2, iaitu berdasarkan Model Rasch. Instrumen kajian yang digunakan

    ialah Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills

    Instrument – MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4

    subkonstruk iaitu reasoning, analitikal dan logikal, disposition dan assumption. Data yang

    digunakan adalah dalam bentuk multiple response analysis atau mixed rating scale.

    Subkonstruk reasoning mengandungi 36 item berbentuk objektif aneka pilihan (data

    5  

  •   

    dikotomus), analitikal dan logikal mengandungi 10 item berbentuk objektif aneka pilihan

    (data dikotomus), disposition mengandungi 12 item berbentuk skala Likert (data politomus)

    dan assumption mengandungi 4 item berbentuk objektif dua pilihan (data dikotomus). Data

    kajian ini dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, Ujian-t dan ANOVA.

     

    DAPATAN

    Data dianalisis menggunakan Winstep versi 3.64.2 untuk mengenal pasti kesahan dan

    kebolehpercayaan MyCT. Analisis Model Rasch bagi kesahan dan kebolehpercayaan item di

    tunjukkan dalam Jadual 1 hingga 4. Kebolehpercayaan item menunjukkan tahap ketekalan

    susunan kedudukan item dalam skala logit sekiranya set item dijawab oleh kumpulan sampel

    yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan. Nilai pekali menghampiri 1 menunjukkan

    kebolehpercayaan yang tinggi (Wright & Masters 1982 ). Item seharusnya tersebar dengan

    baik dengan pelbagai aras kesukaran dan menghala ke sasaran pelbagai tahap kebolehan

    individu (Bond & Fox 2001). Setiap konstruk mempunyai kesahan yang tinggi apabila setiap

    item di dalam konstruk mengukur perkara yang sama, berjaya mentafsir konstruk yang

    diukur, mempunyai pelbagai aras kesukaran dan adil kepada semua kumpulan responden (

    Bond & Fox 2001; Linacre 2006). Analisis item MyCT juga menunjukkan nilai MNSQ infit

    dan outfit mematuhi nilai MNSQ yang diterima iaitu 0.7 – 1.3 untuk data dikotomus dan 0.6

    – 1.4 untuk data politomus (Wright dan Linacre 1994). Ini membuktikan kesahan konstruk

    MyCT tidak perlu dipertikaikan. Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan item reasoning

    ialah 1.00. Jadual 2 menunjukkan kebolehpercayaan item analitikal dan logikal ialah 0.99.

    Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan item disposition ialah 1.00 dan Jadual 4

    menunjukkan kebolehpercayaan item assumption ialah 1.00.

    Jadual 1 : Kebolehpercayaan Item – Reasoning

    6  

  •   

    Summary of 36 Measured Items

    RAW COUNT MEASURE MODEL ERROR

    INFIT OUTFIT MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

    MEAN 866.0 1511.0 .00 .06 .99 -.7 1.04 .0S.D. 34.1 .0 1.22 .01 .14 4.7 .34 6.1MAX. 1370.0 1511.0 2.09 .09 1.39 9.9 1.83 9.9MIN. 275.0 1511.0 -2.13 .06 .82 -9.9 .67 -9.8REAL RMSE .07 ADJ.SD 1.22 SEPARATION 18.58 Item RELIABILITY 1.00 MODEL RMSE .06 ADJ.SD 1.22 SEPARATION 19.03 Item RELIABILITY 1.00 S.E. of item MEAN = .21

    Jadual 2 : Kebolehpercayaan Item – Analytical and Logical

    Summary of 10 Measured Items

    RAW COUNT MEASURE MODEL ERROR

    INFIT OUTFIT MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

    MEAN 540.5 1499.0 .00 .06 1.00 -.1 1.01 .1S.D. 254.5 .0 .83 .00 .02 .8 .06 1.4MAX. 1107.0 1499.0 .78 .07 1.04 1.3 1.12 2.2MIN. 318.0 1499.0 -1.85 .06 .97 -1.0 .95 -1.5REAL RMSE .06 ADJ.SD .83 SEPARATION 13.58 Item RELIABILITY .99 MODEL RMSE .06

    ADJ.SD .83 SEPARATION 13.64 Item RELIABILITY .99

    S.E. of item MEAN = .28

    Jadual 3 : Kebolehpercayaan Item – Disposition

    Summary of 12 Measured Items

    RAW COUNT MEASURE MODEL ERROR

    INFIT OUTFIT MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

    MEAN 5504.6 1499.0 .00 .03 1.02 .3 1.01 .1S.D. 589.4 .0 .53 .00 .24 6.2 .25 6.4MAX. 6489.0 1499.0 .84 .04 1.38 9.6 1.44 9.9MIN. 4453.0 1499.0 -1.00 .03 .60 -9.9 .61 19.9REAL RMSE .03 ADJ.SD .53 SEPARATION 16.68 Item RELIABILITY 1.00 MODEL RMSE .03 ADJ.SD .53 SEPARATION 17.57 Item RELIABILITY 1.00 S.E. of item MEAN = .16

    Jadual 4 : Kebolehpercayaan Item – Assumption

    Summary of 4 Measured Items

    7  

  •   

    RAW COUNT MEASURE MODEL ERROR

    INFIT OUTFIT MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

    MEAN 803.5 1394.0 .00 .06 1.00 -.2 1.01 -.4S.D. 267.9 .0 .97 .00 .09 2.9 .18 3.6MAX. 1003.0 1394.0 1.67 .07 1.14 4.2 1.31 5.3MIN. 342.0 1394.0 -.74 .06 .90 -3.8 .85 -4.4REAL RMSE .06 ADJ.SD .97 SEPARATION 15.01 Item RELIABILITY 1.00 MODEL RMSE .06 ADJ.SD .97 SEPARATION 15.28 Item RELIABILITY 1.00 S.E. of item MEAN = .56

    Jadual 5 menunjukkan profil demografi responden iaitu jantina, bangsa, kategori sekolah,

    aliran dan status sosio ekonomi keluarga. Responden perempuan seramai 908 (60.09%) orang

    manakala responden lelaki seramai 603 (39.91%) orang. Jumlah pelajar Melayu ialah 964

    (63.8%) orang, pelajar Cina 311 (20.58%) orang, pelajar India 207 (13.7%) orang dan Lain-

    lain seramai 29 (1.92%) orang. Kajian ini melibatkan seramai 846 (55.99%) pelajar sains dan

    seramai 665 (44.01%) pelajar bukan sains. Kajian ini melibat kategori pelajar sekolah bandar

    dan luar bandar. Bagi sekolah luar bandar seramai 809 (53.54%) pelajar dan sekolah dalam

    bandar seramai 702 (46.46%) pelajar. Bagi status sosio ekonomi keluarga yang mempunyai

    pendapatan kurang dari RM 3000 adalah seramai 999 (66.12%) orang pelajar dan pendapatan

    melebihi RM 3000 seramai 512 (33.88%) orang pelajar.

    Jadual 5 Demografi respondan

    Demografi N Faktor Frekuensi Peratus (%) Jantina 1511 Lelaki 603 39.91 Perempuan 908 60.09 Aliran 1511 Sains 846 55.99 Bukan Sains 665 44.01 Bangsa 1511 Melayu 964 63.8 Cina 311 20.58 India 207 13.7 Lain-Lain 29 1.92 Kategori 1511 Bandar 702 46.46 Luar Bandar 809 53.54 Pendapatan 1511 < RM 3000 999 66.12 > RM 3000 512 33.88

    8  

  •   

    Rajah 1: Peratus min keseluruhan profil kemahiran kritikal remaja Malaysia

    Rajah 1 menunjukkan peratus min keseluruhan kemahiran kritikal berdasarkan jantina,

    bangsa, kategori, aliran dan pendapatan keluarga bagi disposition (73.21%) di tahap baik,

    reasoning (57.22%) dan assumption (58.01%) masih di tahap sederhana dan analytical dan

    logical (35.25%) di tahap gagal (Pentafsiran Gred mengikut Wahid et al. 2006). Jadual 6

    menunjukkan data keseluruhan profil kemahiran kritikal pelajar. Pengkategorian demografi

    ini penting dalam profil kajian ini kerana ia boleh memberi input kepada guru-guru, ibu bapa

    dan pelajar untuk mengesan kemahiran pemikiran kritikal yang dicapai terutamanya pelajar

    aliran sains yang akan melanjutkan ke dalam bidang yang memerlukan kemahiran pemikiran

    kritikal yang tinggi. Selain itu, pelajar di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang seperti

    berlainan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran kelas dan juga status sosio ekonomi. Maka

    dengan adanya profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia ini memudahkan

    guru-guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras kemahiran

    pemikiran kritikal pelajar tersebut. Pembina polisi dalam kementerian juga mudah untuk

    menekankan kemahiran pemikiran kritikal berdasarkan faktor demografi yang ada di dalam

    profil ini.

    Jadual 6: Profil kemahiran kritikal pelajar sekolah menengah berdasarkan faktor demografi

    9  

  •   

    Faktor Demografi Reasoning Analitikal & Logikal

    Disposition Assumption

    Jantina Lelaki 56.29 34.58 72.69 56.51 Perempuan 57.83 35.69 73.56 59.00

    Aliran Sains 62.10 35.63 73.74 58.63 Bukan Sains

    51.01 34.77 72.54 57.22

    Bangsa Melayu 58.90 34.24 73.74 59.02 Cina 55.77 38.07 72.26 56.03 India 52.07 35.46 72.33 55.92 Lain-lain 53.64 36.90 72.18 60.34

    Kategori Bandar 59.24 36.20 73.86 56.05 Luar Bandar

    55.47 34.43 72.65 59.70

    Pendapatan RM3000 59.97 36.04 74.26 57.23

    PURATA KESELURUHAN

    57.22 35.25 73.21 58.01

    Analisis Data Menggunakan Ujian-t Dan ANOVA

    Jadual 11 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan peratusan min berdasarkan

    jantina. Ujian-t daripada semua konstruk menunjukkan peratusan min untuk responden

    perempuan adalah lebih tinggi dibandingkan dengan peratusan min responden lelaki.

    Keputusan Ujian-t menunjukkan Reasoning (t = -2.07; p = 0.38), Analytical (t = -1.44; p =

    0.15), Disposition (t = -1.54; p = 0.12) dan Assumption (t = -2.26; p = 0.02). Hanya

    subkonstruk assumption sahaja menunjukkan perbezaan min peratus yang signifikan (iaitu

    nilai p < 0.05) dalam kajian ini.

    Jadual 11: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Jantina

    Konstruk Faktor Min Sisihan t sig

    10  

  •   

    Piawai Reasoning Lelaki 56.30 14.40 -2.07 0.04* Perempuan 57.84 14.00 Analytical Lelaki 34.58 14.80 -1.44 0.15 Perempuan 35.70 14.67 Disposition Lelaki 72.69 11.27 -1.54 0.13 Perempuan 73.56 10.55 Assumption Lelaki 56.51 21.52 -2.26 0.02* Perempuan 59.00 20.72

    *p

  •   

    Assumption min peratus responden dari sekolah luar bandar adalah lebih tinggi berbanding

    responden dari kategori sekolah bandar. Keputusan Ujian-t menunjukkan Reasoning (t =

    5.21; p = 0.00), Analytical (t = 2.34; p = 0.02), Disposition (t = 2.16; p = 0.03) dan

    Assumption (t = -3.37; p = 0.00). Semua konstruk menunjukkan perbezaan min peratus yang

    signifikan (iaitu nilai p < 0.05) dalam kajian ini.

    Jadual 13: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Kategori

    Konstruk Kategori Min Sisihan Piawai t sig

    Reasoning Bandar 59.23 13.79 5.21 0.00* Luar Bandar 55.46 14.27

    Analytical Bandar 36.19 14.99 2.34 0.02* Luar Bandar 34.42 14.44

    Disposition Bandar 73.85 10.26 2.16 0.03* Luar Bandar 72.65 11.30

    Assumption Bandar 56.05 21.08 -3.37 0.00* Luar Bandar 59.70 20.92

    *p

  •   

    piawai Reasoning < RM 3000 55.81 14.18 -5.44 0.00* > RM 3000 59.97 13.76 Analytical < RM 3000 34.85 14.76 -1.49 0.14 > RM 3000 36.03 14.62 Disposition < RM 3000 72.67 11.46 -2.71 0.01* > RM 3000 74.26 9.48 Assumption < RM 3000 58.41 21.74 1.03 0.30 > RM 3000 57.22 19.70

    *p

  •   

    Kuasa Dua Dua Min Reasoning Antara Kumpulan 9247.16 3 3082.39 15.80 0.00*Dalam Kumpulan 294170.73 1507 195.20 Analytical Antara Kumpulan 3540.20 3 1180.07 5.49 0.00*Dalam Kumpulan 323741.73 1507 214.83 Disposition Antara Kumpulan 742.39 3 247.46 2.11 0.10Dalam Kumpulan 177007.60 1507 117.46 Assumption Antara Kumpulan 3277.61 3 1092.54 2.47 0.06Dalam Kumpulan 667326.30 1507 442.82

    *p

  •   

    tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran analitikal dan logikal yang

    menyamai seperti dalam kajian ini.

    Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal (reasoning, analytical and

    logical, disposition dan assumption) lebih baik bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar

    aliran bukan sains. Ini kerana disiplin pembelajaran sains menggalakkan pelajar lebih fokus

    terhadap eksperimen di dalam makmal, menaakul perkara yang logik berdasarkan bukti dan

    menggunakan bahan-bahan yang konkrit. Keadaan ini menggalakkan pelajar berfikir secara

    kritikal ketika pembelajaran. Pengajaran sains di sekolah juga menggalakkan guru-guru

    menyebatikan kemahiran proses sains dan secara tidak langsung membina kemahiran

    pemikiran kritikal untuk pelajar aliran sains. Kajian Sufiah (1996) dalam Rosnani dan

    Suhailah (2003) terhadap pelajar tingkatan enam sains dan bukan sains mendapati secara

    statistik perbezaan yang signifikan mengenai kebolehan kemahiran berfikir secara kritikal

    terhadap induksi, kredibiliti, pemerhatian, deduksi dan pengenalpastian andaian. Sufiah juga

    mendapati bahawa semua pelajar sains berbangsa Cina telah memperolehi agregat yang lebih

    baik dalam SPM berbanding untuk pelajar-pelajar bukan sains. Faktor-faktor ini mungkin

    telah menyumbang kepada perbezaan keupayaan-keupayaan kemahiran pemikiran kritikal

    pelajar tetapi faktor ini tidak dikaji (Rosnani dan Suhailah 2003). Namun begitu, perbezaan

    yang signifikan hanya ditunjukkan oleh kemahiran reasoning dan disposition sahaja. Ini

    menunjukkan pelajar aliran sains mempunyai kemahiran reasoning yang lebih baik seperti

    memfokuskan kepada membuat keputusan berkaitan perkara yang patut dipercayai atau patut

    dilakukan di mana melibatkan proses pembinaan dan penilaian sebab ataupun alasan untuk

    menyokong kepercayaan itu (Reichenbach 2002). Pelajar aliran sains juga mempunyai

    kemahiran disposition yang lebih baik seperti berfikiran rasional, ingin tahu, minda yang

    terbuka, mengutamakan kejituan serta sentiasa mencari alternatif dalam menyelesaikan

    15  

  •   

    masalah (Phillips 1997). Rajendran (1998) mendapati strategi penyelesaian masalah,

    walaupun berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tetapi jarang digunakan

    dalam kelas oleh guru bahasa. Seharusnya juga pelajar aliran bukan sains mendapat bentuk

    pembelajaran yang sama seperti pelajar aliran sains.

    Dapatan kajian menunjukkan pelajar Melayu mempunyai tahap pemikiran kritikal

    (reasoning, disposition dan assumption) lebih tinggi berbanding bangsa lain bagi semua

    konstruk kecuali analitikal dan logikal yang didominasi oleh pelajar Cina dan India. Pelajar

    Melayu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti dan mensintesis masalah dengan tepat

    dan dapat mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam sesuatu

    penulisan (Siti Rahayah, Roseni & Hafsa 2008). Pelajar Melayu juga berupaya membezakan

    dengan mudah masalah utama dan masalah sampingan. Sementara pelajar-pelajar Cina dapat

    menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar Cina dan

    India juga berupaya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat (Kamsiah 2006;

    Jamal dan Mustapha 2005). Menurut Sarimah dan Shaharom (2008) yang mengkaji tahap

    penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains merentasi etnik mendapati 1.1% pelajar

    Cina mengalami masalah untuk menjawab dengan baik kemahiran membuat deduksi. Ini

    kemungkinan disebabkan pelajar Cina mengalami masalah untuk memahami struktur ayat

    yang lebih kompleks. Dapatan ini menyamai dalam kajian ini menunjukkan kemahiran

    membuat deduksi adalah di dalam kemahiran analitikal dan logikal menunjukkan perbezaan

    yang signifikan termasuklah kemahiran reasoning yang berbeza tahap kemahiran berfikir

    kritikal merentas bangsa. Kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif perlu juga

    terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad 1998). Kajian ini menyokong kajian

    oleh Kamsiah (2006) dan Jamal dan Mustapha (2005) yang menyatakan pelajar-pelajar

    16  

  •   

    sekolah menengah berupaya mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif

    dan boleh menilai dan mengintegrasi pelbagai disiplin dalam satu usaha pembelajaran.

    Pelajar yang belajar di bandar menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal (reasoning,

    analytical and logical dan disposition) peratus min lebih tinggi berbanding pelajar dari

    sekolah luar bandar. Manakala pelajar luar bandar menunjukkan peratus min yang lebih

    tinggi dalam assumption. Dapatan kajian juga menunjukkan kemahiran reasoning, analytical

    and logical, disposition dan assumption menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap

    kategori sekolah. Perbezaan ini wujud disebabkan pelajar-pelajar bandar mempunyai

    pendedahan dari aspek infrastruktur seperti komputer, capai internet dan maklumat lebih

    pantas dan mudah berbanding rakan mereka di luar bandar. Banyak kajian yang telah

    dilaksanakan menunjukkan masih terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh sistem

    pendidikan luar bandar antaranya pencapaian akademik yang rendah (Laporan Dropout, 1973

    dalam Nor Hasniza et al. 2008), pencapaian pelajar kawasan bandar adalah lebih cemerlang

    berbanding kawasan luar bandar (Colin et al. 1996 dalam Nor Hasniza et al. 2008). Sekolah

    luar bandar mempunyai kemudahan fizikal yang terhad yang boleh melambatkan proses

    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar yang berada dalam keluarga yang

    mempunyai status sosio ekonomi yang kukuh menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal

    yang lebih baik dan ini adalah satu kelebihan yang dimiliki untuk digunakan sebagai

    keperluan hidup mereka (Siti Fazriah 2005; Siti Rahayah, Roseni, Siti Fazriah dan Akbariah

    2006). Ini kerana pelajar ini mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai

    kumpulan profesional dan mempunyai kemudahan fizikal.

    17  

  •   

    KESIMPULAN DAN CADANGAN

    Kajian ini membolehkan pengajar menyedari bahawa secara keseluruhannya remaja Malaysia

    masa kini mempunyai kemahiran pemikiran kritikal pada tahap yang baik. Namun beberapa

    penekanan harus diberi kepada kemahiran analitikal dan logikal kerana kemahiran ini masih

    di tahap yang sangat lemah. Kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar perlu dipelbagaikan

    bagi menggalakkan pelajar lebih mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Pemikiran

    kritikal, analitikal, reasoning, penyelesaian masalah dan penulisan merupakan ‘hasil

    bersama’ di mana mengajar kemahiran ini tidak memadai untuk satu kelas atau setahun

    pengajaran sahaja. Pengajar bertanggungjawab untuk memupuk kemahiran ini merentas

    subjek dan disiplin (Richard 2006).

    Pada peringkat pengajian tinggi khasnya, pelajar mengikuti pembelajaran bukan sahaja

    setakat menguasai ilmu pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum tetapi juga

    memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan

    kritis. Kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah membolehkan pelajar

    mengenal pasti dan mensintesis masalah dengan tepat serta mengenal pasti masalah tersurat

    dan tersirat yang terdapat dalam sesuatu penulisan. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar

    membezakan dengan mudah masalah utama dan matlamat sampingan di samping menjana

    bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar juga boleh membuat

    keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan menjelaskan implikasi keputusan yang

    dijana. Selain itu kemahiran pemikiran kritikal membolehkan pelajar mempersembahkan

    refleksi terhadap keputusan secara objektif, menilai projek dari pelbagai disiplin dan

    menginterpretasi data secara kritis (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha 2005). Maka untuk

    mencapai matlamat ini, pendekatan yang sesuai harus diterapkan kepada pelajar supaya

    18  

  •   

    mereka mampu berfikir dan boleh mengkaitkan elemen-elemen pembelajaran di antara satu

    sama lain (Norashikin dan Zuhaidi 2005).

    Selain itu, menurut kajian Zohar et al. (1994), pelajar yang menyertai projek BCT (Biology

    Critical Thinking) didapati kemahiran pemikiran kritikal meningkat berbanding pada

    peringkat permulaan dan dengan kumpulan kawalan. Peningkatan kemahiran pemikiran

    kritikal telah dicerap dalam satu konteks biologi, serta dalam konteks nonbiological pada

    setiap hari. Kemahiran pemikiran kritikal yang sedang diintegerasikan di dalam kelas-kelas

    biologi seharusnya ditukarkan ke domain tertentu dalam pengajaran di dalam kelas, agar

    pemindahan kemahiran berfikir boleh berlaku secara realiti di sekolah. Secara kesimpulannya

    diharapkan kajian ini akan memudahkan pengajar melaksanakan pengajaran yang berkesan

    bagi meningkatkan tahap kemahiran pemikiran kritikal remaja Malaysia.

      

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    19  

  •   

    RUJUKAN

    Alec Fisher & Michael Scriven. 1997. Critical Thinking – Its definition and Assessment. USA : Edgepress.

    Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the Human Science. Ner Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

    Colin Boylan, Sharifah Nor dan Azizzah Abdul Rahman .1996. Rural Education Provision:

    Insights from Malaysia and Australia. Paper presented at AARE-ERA Conference Singapore. Dalam Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. 2008.Kepentingan Pemikiran Dan Amalan Refleksi Dalam Pengajaran Sains Di Kawasan Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia. Akses: 25 September 2008. http://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdf

    Facione, P.A & Facione, N.C. 1992. The California Critical Thinking Disposition Inventory.

    Millbrae, CA: California Academic Press. Facione, N.C., Facione, P.A. dan Sanchez, C.A. 1994. Criticak Thinking Disposition As A

    measure Of Competent Clinical Judgement: The Development Of The California Critical Thinking Disposition Inventory. Journal of Nursing Education, 33:345-350

    Gregory Bassham. 2005. Critical Thinking : A Student’s Introduction. McGraw-Hill

    Companies. 2nd edition. Jamal Badi, & Mustapha Tajdin. 2005. Creative thinking : an Islamic Perspective. Ed. Ke-2.

    Gombak: Research Centre, IIUM. Kamsiah Binti Ismail. 2006. Psychological predictors of academic achievement of

    adoloscent: career and educational aspirations as mediating variables. Tesis Ph.D. Kulliyah of Education, International Islamic University Malaysia.

    Laporan Dropout. 1973. Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur. Dalam Nor Hasniza Ibrahim,

    Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. 2008.Kepentingan Pemikiran Dan Amalan Refleksi Dalam Pengajaran Sains Di Kawasan Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia. Akses: 25 September 2008. http://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdf

    Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2006. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di

    kalangan pelajar pendidikan Fizik merentas jantina. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 15 Bil. 1.

    Mohamad Muda. 1998. Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.

    Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Malaysia. Akses: 12 November 2008. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf

    Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz. 2004. Keberkesanan Pengajaran Dan

    Pembelajaran Sastera: Perkembangan Dan Masa Depan. Menjana Pemikiran

    20  

    http://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdfhttp://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf

  •   

    Kritikal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sastera. Institut Pendidikan Nasional: Universiti Teknologi Nanyang. http://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers'%20Work/ML/Sidangpengajaran(Brunei)2004.pdf

    Norashikin Arif dan Zuhaidi Mukrim. 2005. Proses Pembelajaran Dan Hubungan Dengan

    PencapaianMatematik. Akses: 20 September 2008. http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas- Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20Matematik.pdf

    Paul, R. W. & Elder, L. 2002. Critical thinking: Tools for taking charge of your professional

    and personal life. New Jersey: Financial Times Prentice Hall. Philip, J. A. 1997. Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rajendran N.S. 1998. Teaching higher-order thinking skills in language classrooms. The

    need for transformation of teaching practice. Unpublished doctoral dissertation, Michigan State University. Dalam Rajendran, N.S. 2000. Kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. http://nsrajendran.tripod.com/Papers/sasteraHOTskills.pdf. Akses:25 September. 2008.

    Reichenbach, B.R. 2002. An Introduction To Critical Thinking. Mcgrow-Hill Publishing Co.

    7th edition. Richard, H. Hersh. 2006. Assessing Critical Thinking, Analytical Reasoning, Problem-

    Solving And Writing In High School. 21st Century Skills and High School Reform, Partnership for 21st Century Skills, March 2006. Akses: 26 September 2008. http://www.cae.org/content/pdf/CWRA%20_4_.pdf

    Rosnani Hashim dan Suhailah Hussein. 2003. The Teaching of Thinking In Malaysia. Kuala

    Lumpur: International Islamic University Malaysia. Sarimah Kamrin dan Shaharom Noordin. 2008. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis

    pelajar sains tingkatan empat di daerah Kulai merentas etnik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti Teknologi Malaysia, 11-12 Okt 2008.

    Siti Fazriah raja Mohamed. 2005. Analisis kecerdasan pelbagai menggunakan pendekatan

    Model Rasch: Isu kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin dan Hafsa Mohamed Makki. 2008. Contribution Factors

    in Multiple Intelligences Among Adolescene Students. Journal of Education. 33: 35-46.

    21  

    http://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers'%20Work/ML/Sidangpengajaran(Brunei)2004.pdfhttp://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers'%20Work/ML/Sidangpengajaran(Brunei)2004.pdfhttp://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas-%09%09Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20Matematik.pdfhttp://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas-%09%09Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20Matematik.pdfhttp://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas-%09%09Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20Matematik.pdfhttp://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas-%09%09Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20Matematik.pdfhttp://nsrajendran.tripod.com/Papers/sasteraHOTskills.pdf.%20%20%20Akses:25http://www.cae.org/content/pdf/CWRA%20_4_.pdf

  •   

    22  

    Siti Rahayah Ariffin dan Noriah Mohd Ishak. 2006. Multiple Intelligences Among Science Stream Students in Malaysia. International Proceeding in Teaching and Learning Conference, Sydney, Australia 2006.

    Siti Rahayah Ariffin, Roseni Arifin, Siti Fazriah Raja Mohamed dan Akbariah Mohd.

    Mahdzir. 2006. Multiple Intelligences: Theory and application of the Rasch’s Model. Proceeding for Third International Conference On Measurement and Evaluation in Education (ICMEE). 287-289.

    Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur Ahmad, Rosadah majid, Norshidah

    Salleh dan Rohaty Mohd Majzud. 2005. Manual Penggunaan Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA). Laporan penyelidikan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Universiti Kebangsaan Malaysia: 35-55.

    Siti Rahayah Ariffin, T. Subahan Mohd Meerah, Norasmah Othman dan Ibrahim Mohamed

    Zin. 2004. Multiple Intelligences Among Lecturers at Higher Institutions. Journal of Technology. 41: 33 – 42.

    Siti Rahayah Ariffin dan Salbiah Ishak. 2000. The Implementation of School-Based

    Formative Evaluation for Bahasa Malaysia and Mathematics. Jurnal Pendidikan. 23: 27- 40.

    Sufiah Su’ut. 1996. Critical thinking skills: A comparison of acquisition between Form Six

    science students and Form Six arts students. M.Ed. thesis, University of Houston. Dalam. Rosnani Hashim dan Suhailah Hussein. 2003. The Teaching of Thinking In Malaysia. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.

    Wright, B.D and Masters, G.N. 1982. Rating Scale Analysis. Chicago Il. Cesa. Press. Zohar, Anat., Weinberger, Y. dan Tamir, P. 1994. The effect of the Biology Critical

    Thinking Project on the Development of Critical Thinking. Journal of Research in Science Teaching, 31:183-196.