laporan critical thinkking

13
LAPORAN HC KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN SAINTIFIK (NO. JPPEL:PF/010/003-1213-007) PROGRAM: INTAI DESA, UKM ANJURAN : KELAB KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI TARIKH : 3 NOVEMBER 2013 (AHAD) AKTIVITI : GOTONG-ROYONG,OUTREACH & PAMERAN MASA : 8.30 AM 12.30 PM LOKASI : KAMPUNG MENTERI TAIPING,PERAK DISEDIAKAN OLEH: NURFARAHIN BINTI RAMLI

Upload: farahin-haryati

Post on 09-Aug-2015

54 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN HC

KEMAHIRAN PEMIKIRAN

KRITIKAL,PENYELESAIAN MASALAH &

PENDEKATAN SAINTIFIK

(NO. JPPEL:PF/010/003-1213-007)

PROGRAM: INTAI DESA, UKM

ANJURAN : KELAB KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI

TARIKH : 3 NOVEMBER 2013 (AHAD)

AKTIVITI : GOTONG-ROYONG,OUTREACH & PAMERAN

MASA : 8.30 AM – 12.30 PM

LOKASI : KAMPUNG MENTERI TAIPING,PERAK

DISEDIAKAN OLEH: NURFARAHIN BINTI RAMLI

HARI KETIGA (3 NOVEMBER 2013)

KAMPUNG MENTERI

OBJEKTIF

1) GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG

2) BERAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

3) MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TENTANG

CARA-CARA MENCEGAH DENGGI

PENCAPAIAN

GOTONG-ROYONG

Setibanya di Kampung Menteri, kami telah diberikan sedikit taklimat daripada exco

program mengenai atur cara program pada hari tersebut. Aktiviti kami pada hari berkenaan

telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan halaman

kampung, mengadakan pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak sekolah tadika dan

mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk memberi serba sedikit penerangan kepada

penduduk kampung mengenai cara-cara pencegahan aedes.

Bagi aktiviti gotong-royong, pihak kami telah mengenal pasti masalah yang sedang

dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami,

persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak terurus terutamanya di kawasan

sekitar tadika dan surau. Justeru, kami semua telah mencapai kata sepakat untuk

menyelesaikan masalah tersebut dengan mengadakan gotong royong. Beberapa kumpulan

telah dibentuk dan dipecahkan ke beberapa kawasan yang telah dikenalpasti untuk

dibersihkan termasuk mengecat tadika .Setelah selesai aktiviti gotong-royong, kami dapati

kawasan tersebut kelihatan lebih kemas dan bersih.Seterusnya kami turut menasihati

penduduk agar lebih menjaga kebersihan kawasan kampung untuk mengelak penyakit

berbahaya seperti demam denggi,kencing tikus,dan keracunan makanan. Dalam aktiviti ini,

usaha keras untuk menceriakan kawasan sekitar kampung bukan sahaja melibatkan pihak

kami semata-mata tetapi juga melibatkan pertolongan serta kerjasama daripada penduduk

kampung itu sendiri ibarat aur dengan tebing. Kami juga dapati, program ini dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami sebagai pengendali program dengan

penduduk kampung.

OUTREACH

Seterusnya, aktiviti kedua pula ialah mengenai cara-cara pencegahan aedes. Semasa

kami mengadakan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kampung, kami dapati terdapat

banyak kawasan yang berkemungkinan besar menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes

seperti tayar kereta, pasu bunga, longkang, botol/gelas pecah yang mengandungi air yang

bertakung. Hal ini merupakan masalah yang serius. Justeru adalah menjadi tanggungjawab

kami semua untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan membekalkan ubat khas kepada

penduduk kampung untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes. Aedes merupakan genus

nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar

disebabkan oleh aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi

daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk

ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.Terdapat beberapa

spesis aedes iaitu Aedes australis, Aedes albopictus ,Aedes aegypti Aedes cantator ,Aedes

cinereus dan Aedes rusticus.-

Aedes vexans dan Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di Asia.

Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan

demam kuning. Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil

masa kira-kira satu minggu.

Secara saintifiknya ubat khas yang telah kami sediakan untuk penduduk kampung

ialah Abate. Abate merupakan cara paling mudah dan berkesan untuk mengawal pembiakan

nyamuk aedes dan serangga lain. Abate adalah larvicide untuk aedes egypti iaitu vektor untuk

demam. Melalui satu ujian yang telah dijalankan, abate adalah kurang bertoksik daripada

malathion dan DDT. Jadi, air yang telah dicampur dengan bahan ini adalah selamat untuk

diminum. Akan tetapi, penggantungan secara berterusan terhadap Abate akan menimbulkan

masalah kewangan dan teknikal. Oleh itu, kami telah mengunjungi kesemua 300 buah

kediaman penduduk kampung Menteri untuk mengedarkan Abate dan menerangkan kepada

penduduk kampung mengenai cara penggunaannya iaitu sebanyak satu sudu teh sahaja pada

satu masa untuk tempoh empat bulan. Melalui inisiatif ini, kami dapat memberikan maklumat

yang sepatutnya kepada penduduk kampung mengenai masalah nyamuk aedes dan demam

denggi secara lebih terperinci memandangkan sebelum ini mereka hanya memandang enteng

perihal permasalahan ini. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam

aspek pembelajaran kami bukan sahaja dari konteks silibus pembelajaran tetapi turut serta ke

arah peningkatan cara berkomunikasi dalam masyarakat.

Demam Berdarah Dengue (DBD) dapat dicegah dengan memberantas jentik-jentik

nyamuk Demam Berdarah (Aedes aegypti) dengan cara melakukan PSN (Pembersihan Sarang

Nyamuk). Usaha ini merupakan cara yang terbaik, murah, mudah dan dapat dilakukan oleh

masyarakat kampong dengan cara sebagai berikut:

1. Bersihkan tempat penyimpanan air (seperti : bekas air mandi / WC, drum, dan lain-

lain) sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gantilah air di pasu bunga, tempat minum

burung, perangkap semut dan lain-lain sekurang-kurangnya seminggu sekali.

2. Tutup rapat-rapat tempat penakungan air, seperti tampayan dan kolah mandi dan lain-

lain agar nyamuk tidak dapat masuk dan berkembang biak di tempat itu.

3. Tanam atau buanglah sampah sarap seperti bekas, botol-botol pecah, dan lain-lain

yang dapat menampung air hujan, agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

4. Lipatlah pakaian/kain yang bergantungan agar nyamuk tidak hinggap disitu.

5. Untuk tempat-tempat air yang tidak mungkin atau susah untuk dibersihkan, taburkan

Abate ke dalam takungan air tersebut untuk membunuh jentik-jentik nyamuk. Ulangi

kaedah ini setiap 2-3 bulan sekali.

Cara penggunaan ABATE adalah dengan cara berikut:

1. Untuk 10 liter air cukup dengan 1 gram Abate.

Contoh: Untuk 10 liter air, Abate yang diperlukan = (100/10) x 1 gram = 10 gram

Abate. Untuk menyukat Abate sudu makan boleh digunakan sebagai sukatan. Satu

sudu makan berisi 10 gram Abate.

2. Bila memerlukan Abate kurang dari 10 gram, boleh menggunakan kaedah yang

berikut:

Ambil 1 sudu makan Abate dan tuangkan pada sehelai kertas.

Bahagikan Abate kepada 2, 3, atau 4 bahagian mengikut keperluan.

Selama 3 bulan Abate dalam air tersebut mampu membunuh jentik Aedes Aegypti

dan Aedes albopictus.

Selama 3 bulan apabila tempat penampungan air tersebut akan dibersihkan/diganti

airnya, dilarang menggosok bahagian dalam dinding tempat penampungan air tersebut.

Air yang telah dimasukkan Abate dengan sukatan yang betul, tidak membahayakan

dan tetap selamat bila dijadikan air minuman.

Kelebihan penggunaan Abate:

Air yang telah dimasukkan Abate telah dipersetujui oleh penyelidik sebagai air yang

selamat diminum.

Abate boleh membunuh larva sebelum ia membentuk dan menjadi matang. Ia juga

menyebabkan kitaran hidup nyamuk terganggu sekaligus menghalang pembentukan

nyamuk .

Abate boleh mengawal nyamuk dengan pantas kerana ia membunuh nyamuk dan

serangga lain semasa di peringkat larva lagi. Abate dapat menghalang populasi

nyamuk dari terus membiak dalam jangka masa yang panjang.

PAMERAN

Pameran diadakan oleh program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri UKM

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Negeri Perak .Tujuan pameran tersebut adalah

untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kampung Menteri tentang penyakit demam

denggi, cara pembiakan nyamuk aedes dan cara mencegah pembiakan nyamuk

aedes.Pendekatan seperti ini penting agar penduduk mengetahui dan mempraktikkan langkah

pencegahan awal bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan penduduk kampung terjamin.

Tambahan pula, penyakit yang berpunca daripada masalah pencemaran alam sekitar dapat

dibendung.

HARAPAN

Aktiviti sebegini adalah sangat baik untuk dijalankan kerana ianya mendatangkan banyak

manfaat terutamanya dapat memberi pendedahan tentang cara berkomunikasi dan bergaul

dengan orang luar. Selain itu, melalui program sebegini juga, dapat membantu kami para

pelajar untuk keluar mendengar keluhan isi hati penduduk kampung yang mana mereka

sebenarnya kurang mendapat pendedahan tentang cara menjaga kebersihan terutamanya cara

mencegah aedes itu sendiri yang mana boleh mendatangkan penyakit yang membawa maut.

Kami juga berharap melalui program ini dapat meningkatkan lagi keyakinan diri kami ketika

berhadapan dengan cabaran dunia luar apabila selesai bergraduasi nanti.

GAMBAR GOTONG-ROYONG

PEMBUKTIAN

SEKITAR KAWASAN TADIKA KEMAS

Mengecat tadika

Bergotong- Royong

Membersih surau

PEMBUKTIAN

GAMBAR SEMASA OUTREACH

PEMBUKTIAN

GAMBAR SEMASA PAMERAN

Tempat Kejadian