nom 9

19
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH AJ10203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK ELLY BIN JULIUS (BA13110084) NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM (BA13110378) SEKSYEN 1 (KHAMIS 2 - 4 PETANG) PENSYARAH : DR. BILCHER BALA TUTOR: ENCIK AMRULLAH MARAINING TEMPAT: BTG7 (SSS) MASA: 9-10 PAGI (RABU) SOALAN 9 : BINCANGKAN PERANAN TUN HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN BAGI NEGERI SABAH. 1

Upload: justin-martinez

Post on 24-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gug

TRANSCRIPT

Page 1: nom 9

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

AJ10203

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

ELLY BIN JULIUS (BA13110084)

NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM (BA13110378)

SEKSYEN 1 (KHAMIS 2 - 4 PETANG)

PENSYARAH : DR. BILCHER BALA

TUTOR: ENCIK AMRULLAH MARAINING

TEMPAT: BTG7 (SSS)

MASA: 9-10 PAGI (RABU)

SOALAN 9 :

BINCANGKAN PERANAN TUN HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS DALAM

MENCAPAI KEMERDEKAAN BAGI NEGERI SABAH.

1

Page 2: nom 9

1.0 PENGENALAN

Donald Stephens dilahirkan pada 14 September 1920, di Kudat 1 iaitu sebuah

pekan kecil di tepi pantai Timur Laut Sabah.2 Beliau ialah anak tertua dari adik

beradik seramai empat orang.3 Bapa beliau, Jules Stephens adalah orang Australia

dan ibunya Edith Cope adalah orang Kadazan.4

Memandangkan ayahnya seorang pegawai kerajaan dan sering ditukarkan

dari satu daerah ke daerah lain, maka persekolahan beliau turut berpindah -

randah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah St. James, Kudat, Sekolah St.

Mary, Sandakan, Sekolah Rendah Melayu, Keningau dan Sekolah Sacred Heart

Jesselton (Kota Kinabalu).5

Pada 1950, beliau berkahwin dengan Ida (meninggal dunia pada April 1957).

Pada 1952, mereka dikurniakan anak yang bernama John Benedict (Johari). Pada 8

Februari 1958, beliau berkahwin dengan Cecilia June (kemudian tukar kepada Toh

Puan Hajjah Rahimah Stephens) dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Richard Bernard

(Affandy), James Denis (Asgari), Jean Heather (Faridah) dan Aimah Eluk (Fauziah).6

Beliau memeluk agama islam bersama keluarganya dan menukar namanya kepada

Mohd. Fuad Stephens.7

1 Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah, 1968,

hal. 42.

2 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 18.

3 Ibid.

4 Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim, Governors Of British North Borneo And Heads Of State Of Sabah: A

brief History, Sabah: Sabah State Library, 2009, hal. 202.

5 Sabihah Osman, Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: Fungsi, Peranan Dan

Biografi, Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 2008, hal. 21.

6 Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim, Governors Of British North Borneo And Heads Of State Of Sabah: A

brief History, Sabah: Sabah State Library, 2009, hal. 202.

7 Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah,

1968, hal. 42.

2

Page 3: nom 9

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens boleh bertutur dalam beberapa bahasa seperti

bahasa Inggeris, Melayu, Kantonis, Hakka, Kadazan, Bajau dan boleh memahami

percakapan bahasa tempatan Sabah.8

2.0 KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM:

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens mula bekerja sebagai guru pelatih.9 Tetapi beliau

berhenti pada tahun 1941 dari menjadi guru dan pergi ke Singapura dengan

harapan untuk memasuki Rancangan Latihan Udara Commonwealth.10 Tapi beliau

gagal dalam pengambilan tersebut11 kerana jumlah pengambilan terlalu terhad.12

Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading di bawah

Pengarah Urusan, Sir John Bagnell di Singapura. Beliau pernah menyertai Pasukan

Pertahanan Awam Singapura, tetapi terpaksa meninggalkan perkhidmatan tersebut

apabila Jepun masuk. Beliau pulang ke Sabah 1942 dan kemudian ditahan apabila

pemerintahan “Double Tenth” Jepun di negeri itu.13

Selepas tamat pemerintahan Jepun 1945, beliau menjadi kontraktor yang

membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja

Raya. Tidak puas menjadi kontraktor, beliau mencuba mengadu nasib dalam dunia

kewartawanan. Kerja orang surat khabar yang selalu sibuk menjaga tepi kain orang

lain, rupa-rupanya telah menarik minat beliau. Beliau berazam bukan sahaja untuk

menjadi wartawan, malah untuk memiliki sebuah syarikat surat khabar sendiri.14

8 Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah,

1968, hal. 42.

9 Ibid.

10 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 18.

11 Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah,

1968, hal. 42.

12 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 18.

13 Ibid., hal. 24.

14 Ibid.

3

Page 4: nom 9

Kerjayanya dalam kewartawanan bermula dalam tahun 1949 ketika beliau

menjadi pemberita bagi daerah pantai Barat untuk akhbar “North Borneo News”

(NBN). Beliau membuktikan bahawa dia memang mampu menjadi wartawan yang

baik dengan NBN. Banyak berita yang diperolehi untuk akhbar tersebut adalah

“exclusive” yang menarik dan setengah-setengahnya menjadikan “follow up” yang

panjang berbulan-bulan.15

Kerjanya di NBN membuatkan beliau lebih yakin untuk membuka syarikat

surat khabar sendiri, lebih-lebih lagi apabila beliau mengetahui bahawa akhbar juga

satu perusahaan yang menguntungkan dan menyeronokkan. Akhirnya cita-cita

untuk membuka syarikat surat khabar sendiri tercapai dengan beliau membuka

akhbarnya sendiri, “Sabah Times” dalam tahun 1953 dengan beliau sendiri menjadi

pengurus dan Ketua Pengarang.16

Beberapa bulan kemudian, syarikatnya bergabung dengan NBN dan

dinamakan sebagai North Borneo News and Sabah Times (NBN & ST). Kemudian

dalam tahun 1955, beliau memiliki sepenuhnya syarikat tersebut dan menjadi

penerbit.17

3.0 SUMBANGAN TUN FUAD STEPHENS:

3.1 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO).

Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) adalah parti politik yang pertama

ditubuhkan di Sabah. Ia dibentuk dalam bulan Ogos 1961. Pada umumnya parti

orang-orang Kadazan, kaum yang terbesar di Sabah. Orang yang bertanggungjawab

dalam penubuhan UNKO ialah Donald Stephens kemudian dikenali sebagai Tun

Fuad Stephens. Beliau telah menjadi presiden pertama parti tersebut.18 Pada masa

yang sama, Tun Fuad Stephens adalah ahli peniaga dan penerbit akhbar. Aktiviti-

15 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 24.

16 Ibid.

17 Ibid.

4

Page 5: nom 9

aktiviti mereka seperti hari ini adalah untuk mempromosikan budaya dan bahasa

rakyat Kadazan, supaya mereka tidak akan meninggalkan dan dapat dinikmati oleh

generasi muda dan akan datang.19 Parti Kaum Kadazan (UNKO) United National

Kadazan Organizational pimpinan Donald Stephens menentang pembentukan

Malaysia dan sebaliknya memperjuangkan kemerdekaan secara terasing.20

Pada peringkat awal ramai rakyat Borneo Utara yang sangsi terhadap

gagasan Malaysia terutama parti-parti yang mewakili penduduk bukan islam.

Namun begitu pada lewat tahun 1962 hingga tahun 1963, sebahagian besar

penduduk telah berubah fikiran menerima penerangan tentang faedah – faedah

utama serta jaminan tentang kesangsian dan salah faham tentang kepentingan

ekonomi serta politik yang akan dinikmati penduduk. Pengerusi UNKO, Donald

Stephens yang dahulunya menentang gagasan Malaysia telah memberi sokongan

yang kuat dan memujuk masyarakat Kadazan untuk menerima pembentukan

Malaysia.21

3.2 Melalui akhbar.

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens berjaya dalam perusahaan surat khabar beliau.

Beliau bukan sahaja berbangga kerana memperolehi keuntungan daripada

perusahaan itu, tetapi beliau lebih berbesar hati kerana melaluinya akhbarnya itu

beliau dapat menyalurkan pendapat dan petunjuk untuk anak bangsa yang perlu

bimbingan.22 Melalui akhbarnya, beliau telah cuba menyatukan penduduk

tempatan supaya mereka dapat melindungi kepentingan-kepentingan mereka.

Beliau telah memberikan perhatian yang berat terhadap perkembangan Bahasa

Kadazan. Beliau adalah antara mereka yang menentang penggunaan perkataan

18 M. Thambirajah, Malaysia Dalam Sejarah 3, Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd., 1979, hal.

48.

19 James P. Ongkili edited by Anwar Sullivan & Ceceilia Leong, Commerative History of Sabah 1881 –

1981, Sabah: Sabah State Government, 1981, hal. 140.

20 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 74.

21 Ibid., hal. 75.

22 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 24 & 25.

5

Page 6: nom 9

Dusun yang digunakan bagi orang-orang Kadazan. Perkataan Dusun tidak lagi

digunakan selepas tahun 1963.23

3.3 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),

1961.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan semasa

mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di

Singapura pada Julai 1961.24 Jawatankuasa ini ditubuhkan hasil tindakan

Persatuan Parlimen Komanwel (PPK) yang dibentuk pada pertengahan tahun 1961

apabila didapati pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menunjukkan

kesangsian mereka terhadap pembentukan Malaysia. Dalam persidangan PPK di

Singapura , keterangan lanjut telah diberi telah mengurangkan salah faham

tentang konsep Malaysia25 dan akhirnya semua pemimpin bakal anggota Malaysia

bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. 26

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh

Donald Stephens dari Sabah. Tujuan utama penubuhan MSCC ini ialah untuk

melanjutkan penjelasan-penjelasan dan perbincangan-perbincangan mengenai

konsep Malaysia.27 Jawatankuasa ini mempunyai tugas memberi penjelasan

kepada rakyat dan mengumpul pendapat rakyat mengenai pembentukan

Malaysia. Jawatankuasa ini merupakan sebuah jawatankuasa yang penting kerana

ahlinya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam negara masing-masing.28

Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah,

23 M. Thambirajah, Malaysia Dalam Sejarah 3, Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd., 1979, hal.

49.

24 Arkib Negara Malaysia, Arkib Warisan Eksklusif, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd., 2006, hal. 208.

25 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi Kedua), Selangor: Dewan

Bahasa Dan Pustaka, 1996, hal. 359.

26 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti

Putra Malaysia, 1997, hal. 70.

27 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 110.

6

Page 7: nom 9

Sarawak dan Brunei. Mereka mengadakan beberapa rundingan dan perbincangan

yang melibatkan pemimpin Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk

memberikan penjelasan lanjut tentang gagasan Malaysia.29

Pemerhati dari Brunei diketuai oleh Dato’ Setia Pangeran Mohd Ali bin

Pangeran Haji Mohd Daud. Lain-lain menganggotainya ialah Dato’ Setia Pangeran

Haji Mohamed, Yusof bin Pangeran Haji Abd Rahim, Haji Jamil bin Pehin Udana

Khatib Awang Haji Umar, Pehin Dato’ Temenggung Lim Cheng Choo dan Datuk

Abdul Aziz bin Haji Mohd. Zain. Perwakilan daripada Sabah diketuai oleh O.K.K.

Datu Mustapha bin Datu Harun. Wakil-wakil yang lain terdiri daripada Phang Tet

Tsung, G. S. Sundang, dan Lai En Kong. Perwakilan dari Sarawak diketuai oleh Yeo

Cheng Heo . Lain-lain anggota perwakilan ialah Temenggung Jugah Anak Barieng,

Abang Haji Openg bin Abang Sapiee, Pengarah Montegrai anak Tugang, Ling Beng

Siew, James Wong Kim Min dan Remigius Durin anak Nganau. Persekutuan Melayu

diwakili oleh Mohd Ismail bin Mohd Yusoff, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Lee Siok Yew,

V.Manickavasagam, Abdul Ghani bin Ishak dan Syed Isa bin Alwee. Perwakilan ini

diketuai oleh Mohd Khir bin Johari. Singapura diwakili oleh Ahmad bin Ibrahim, S.

Rajaratnam, dan Dato’ Abdul Hamid Haji Jumat . Ketua perwakilan ialah Lee Kuan

Yew.30

Mesyuarat pertama telah diadakan di ibu negeri Sabah iaitu Jesselton (Kota

Kinabalu) pada 24 Ogos 1961. Brunei tidak menghantar pemerhatinya kerana

terlambat menerima undangan mesyuarat. Mesyuarat ini tidak mencapai apa- apa

kejayaan yang penting kerana ketiadaan Pemerhati-pemerhati dari Brunei. Sabah

merupakan sebab kedua kegagalan mesyuarat itu kerana di sana terdapat

penentangan-penentangan yang kuat daripada penduduk-penduduk tempatan dan

pemimpin-pemimpin Borneo.31

28 Arkib Negara Malaysia, Arkib Warisan Eksklusif, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd., 2006, hal. 208.

29 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal. 318.

30 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 110.

31 Ibid.

7

Page 8: nom 9

Pemimpin-pemimpin Borneo telah melahirkan keraguan mereka terhadap

gagasan Malaysia. Donald Stephens sendiri yang menjadi pengerusi dan pengasas

MSCC telah menyatakan keraguannya atas kemungkinan wilayah-wilayah Borneo

itu akan menjadi tanah jajahan Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah melahirkan

kebimbangannya itu kepada wartawan-wartawan luar negeri di Singapura dua

minggu sebelum mesyuarat di Jesselton itu dimulakan.32

Beberapa orang wakil-wakil Borneo di dalam mesyuarat itu melahirkan

kebimbangan mereka bahawa penubuhan Malaysia akan bermakna negeri-negeri

yang kecil dan lemah akan ditelan oleh negeri-negeri yang besar dan kuat. Akhbar

The Straits Times pada 26 Ogos 1961 telah menafikan tuduhan-tuduhan dan

menenteramkan kebimbangan itu dengan menyatakan bahawa Malaysia tidak

bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjajah atau menelan negeri-negeri

yang kecil. 33

Secara umumnya, tujuan-tujuan MSCC itu ialah untuk memperkenalkan

serta menyebarkan dengan seluas-luasnya idea gagasan Malaysia supaya segala

keraguan mengenainya dapat dihapuskan.34 Ia juga bertujuan untuk memberi

peluang kepada rakyat-rakyat Borneo supaya mengemukakan syarat-syarat dan

masalah mereka melalui wakil-wakil mereka.35

Mesyuarat kedua yang diadakan di Kuching pada 18 hingga 20 Disember

1961 telah dihadiri oleh wakil-wakil dan pemerhati-pemerhati dari kelima-lima

wilayah yang bekenaan. Dalam mesyuarat ini, perasaan keraguan masih lagi

wujud dalam kalangan pemimpin-pemimpin Borneo itu. Namun, Donald Stephens

telah menukarkan sikapnya kepada menyokong Malaysia. Pemerhati-pemerhati

dari Brunei tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka cenderung kepada

gagasan Malaysia.36

32 Ibid., hal. 111.

33 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 111.

34 Ibid., hal. 112.

35 Ibid.

36 Ibid.

8

Page 9: nom 9

Pada keseluruhannya, mesyuarat kedua ini ternyata lebih berjaya dari

mesyuarat yang pertama terdahulu. Tujuan MSCC yang asal telah bertukar kepada

menghasilkan rumusan. Beberapa masalah yang telah dibincangkan seperti

Perwakilan di dalam Dewan Rakyat Malaysia, kemasukan orang-orang Malaysia

Barat ke wilayah-wilayah Borneo, perkhidmatan awam, kebebasan beragama,

bahasa kebangsaan dan pembangunan ekonomi, menunjukkan wakil-wakil itu

tertarik dengan gagasan Malaysia.37

Mesyuarat MSCC yang ketiga telah diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari

1962. Tengku Abdul Rahman sendiri telah memulakan perbincangan mengenai

Malaysia. Masalah-masalah yang dibincang dalam mesyuarat ketiga ialah

mengenai isu-isu politik dan perlembagaan yang sebahagian besarnya telahpun

dibincangkan di Kuching dahulu. Mereka telah bersetuju untuk menerbitkan

sebuah buku kecil yang mengandungi peraturan-peraturan dan catitan-catitan

rundingan dalam bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Iban dan Kadazan untuk

disebarkan kepada penduduk Borneo, Singapura dan Tanah Melayu. Keputusan ini

diambil untuk menjalankan kempen publisiti mengenai Malaysia. Satu lagi

keputusan yang diambil ialah untuk mengadakan rancangan bertukar-tukar

lawatan oleh penduduk-penduduk dari segenap lapisan antara Tanah Melayu

dengan wilayah-wilayah Borneo dan hendaklah dijalankan dengan secepat

mungkin.38

Mesyuarat MSCC yang keempat yang diadakan di Singapura pada 1 Februari

1962 itu hanya merupakan lanjutan dari kesan-kesan kejayaan mesyuarat-

mesyuarat MSCC yang lalu. Yang Dipertuan Negara Singapura dalam ucapan

pembukaannya menyatakan bahawa kelimalima wilayah tersebut telah mencapai

sepakat dalam bidang politik dan perlembagaan. Masalah ancaman Komunis

menjadi pokok persoalan di dalam mesyuarat itu.39

37 Ibid.

38 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 113.

39 Ibid.

9

Page 10: nom 9

Setelah beberapa perundingan penting diadakan, wakil-wakil dari setiap

wilayah bersetuju dengan cadangan penyatuan. Antara perkara – perkara penting

yang dipersetujui ialah satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan

rakyat Borneo Utara dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia, 40

Perlembagaan Persekutuan 1957 diterima menjadi asas kepada Perlembagaan

Persekutuan Malaysia, Malaysia akan mempunyai sebuah kerajaan

Persekutuan yang kuat, terutama dalam urusan perhubungan luar, pertahanan

negara dan keselamatan dalam negeri, terdapat pembahagian kuasa antara

kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak diperuntukkan

beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk menentukan

kemasukan orang ramai ke wilayah itu, dan Bahasa Melayu diterima sebagai

bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi.41

Ahli-ahli MSCC telah mengeluarkan satu memorandum 144 perenggan yang

mengandungi semua syor-syor dan cadangan-cadangan yang telah dipersetujui

dalam keempat-empat mesyuarat MSCC yang lalu. Memorendum itu telah

diterbitkan serentak di kelima-lima wilayah yang berkenaan dan diserahkan

kepada Suruhanjaya Cobbold pada 3 Februari 1962.42

Pada keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa MSCC telah berjaya

menjalankan tugas-tugas yang dipikulkan ke atasnya. Melalui peranan-peranan

yang dijalankan, gagasan Malaysia yang masih dalam “impian” bertukar menjadi

satu “kenyataan” yang konkrit.43

3.4 Turut Serta dalam Menandatangani Memorandum Malaysia dan 20 Perkara

Sabah.

40 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 81.

41 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 82.

42 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 113 & 114.

43 Ibid., hal. 114.

10

Page 11: nom 9

Memorandum Malaysia telah ditandatangani oleh Ketua-ketua perwakilan

Persidangan MSCC di Singapura. Antara ketua-ketua perwakilan yang turut hadir

ke upacara menandatangani Memorandum Malaysia ialah Datu Mustapha Bin

Harun (Sabah), Dato’ Setia Pengiran Ali Bin Pengiran Haji Mohd. Daud (Brunei), Yeo

Cheng Hoe (Sarawak), Mohd. Khir Johari (Tanah Melayu), dan Lee Kuan Yew

(Singapura).44

Donald Stephens yang berperanan sebagai wakil pengerusi JPPM dari

Sabah dan turut menandatangani Memorandum Malaysia. Berikut merupakan isi

kandungan Memorandum Malaysia yang ditandatangani oleh ketua-ketua

perwakilan MSCC ialah Perlembangan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas

Perlembangan Malaysia, Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar,

pertahanan dan keselamatan, Islam agama rasmi tetapi rakyat mempunyai hak

kebebasan beragama, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa lain

masih boleh digunakan, hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk peribumi di

Sabah dan Sarawak dijamin dan terpelihara serta perwakilan parlimen berasaskan

jumlah penduduk dan jumlah luas sesuatu kawasan.45

Selain itu juga, untuk memperjelaskan lagi usaha mendapatkan jaminan

perlindungan, lima buah parti politik di Sabah yang menyokong pembentukan

Malaysia iaitu UNKO, USNO, MOMOGUN, Parti Bersatu (UP) dan Parti Demokrat (DP)

telah menubuhkan Parti Perikatan Sabah pada September 1962.46 Parti ini telah

berbincang sesama sendiri dan bersetuju mengemukakan satu memorandum khas

bagi Sabah yang mengandungi 20 syarat yang menekankan bentuk-bentuk

perlindungan bagi Sabah yang dikenali sebagai Perkara 20 yang diketuai oleh

Donald Stephens.

3.5 Turut Serta dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC)

44 . Sabah Annual Report 1962, Jesselton: Jabatan Percetakan Kerajaan, 1962, hlm.24.

45 . Sabah Annual Report 1962, Jesselton: Jabatan Percetakan Kerajaan, 1962, hlm.24.

46 Ibid.

11

Page 12: nom 9

Proses pembentukan Malaysia diteruskan pula oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan

(IGC) Inter - Government Committee. Tugas jawatankuasa ini ialah untuk

mengadakan rundingan tentang perlembagaan dan menyediakan peruntukan bagi

menjaga kepentingan negeri-negeri Borneo. 47 Jawatankuasa yang dianggotai oleh

semua negeri anggota itu bertujuan merancang bentuk negara yang akan lahir itu.

Objektif khusus IGC adalah bagi merangka Perlembagaan Malaysia dan menangani

isu-isu tertentu bagi memastikan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan

Sarawak dilindungi. IGC ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne. Angota-anggota

yang lain terdiri daripada Tun Abdul Razak, Donald Stephens, Abang Haji

Mustapha, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang lain wakil PTM.48

Jawatankuasa Antara Kerajaan mengkaji segala butir-butir, pendapat-

pendapat, dan syor-syor mengenai Malaysia dan kemudiannya membuat pindaan -

pindaan dalam Pelembagaan Malaysia. Sebagai Suruhanjaya rasmi, ia merupakan

badan yang lebih “authoritative”.49

Jawatankuasa ini telah menubuhkan lima buah jawatankuasa kecil untuk

meneliti aspek Perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman dan organisasi

jabatan. Setelah bersidang sebanyak 18 kali antara 30 Ogos hingga 26 November

1962, rangka Perlembagaan pun dihasilkan dan pelbagai isu telah dirumus serta

dipersetujui oleh semua pihak.50

Laporan IGC telah mendapat sambutan semua pihak. Di Borneo Utara,

antara pihak yang memberi sokongan kuat kepada cadagan IGC ialah dua

pemimpin negeri yang sangat berpengaruh iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan

Donald Stephens. Stephens yang juga pengerusi Eksekutif Perikatan Borneo Utara

47 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 84.

48 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti

Putra Malaysia, 1997, hal. 71.

49 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala

Lumpur, 1978, hal. 117.

50 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti

Putra Malaysia, 1997, hal. 71.

12

Page 13: nom 9

misalnya menyatakan bahawa seluruh Borneo Utara menyambut baik

Pembentukan Malaysia. Majlis Perundangan Borneo Utara meluluskan penerimaan

cadangan IGC pada 13 Mac 1963.51

4.0 KESIMPULAN

Penglibatan Tun Fuad Stephens dalam pentadbiran negara apabila beliau menjadi

ahli beberapa jawatankuasa pentadbiran di akhir-akhir tahun lima puluhan,

termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Pembangunan, Lembaga

Pentadbiran Pelajaran dan banyak jawatankuasa-jawatankuasa lain yang

melibatkan pentadbiran pada masa itu. Beliau juga aktif dalam beberapa

pertubuhan. Dari tahun 1954 hingga 1959 beliau menjadi Setiausaha Kelab

Recreation Jesselton. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa dan Presiden

Persatuan Mencegah Tibi Borneo Utara, Kelab Sukan Jesselton, Persatuan Bola

Sepak Amator Borneo Utara, Persatuan Badminton Jesselton dan Pengerusi Sukan

Borneo Utara.52

Dalam tahun 1958, Tun Fuad Stephens menjadi Pengerusi Persatuan

Kadazan. Belaiu menubuhkan “Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu”. Beliau

juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Malaysia, beliau juga menjadi

51 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 86.

52 Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom

Foto, 1976, hal. 16.

13

Page 14: nom 9

pengerusi bersama Jawatankuasa Antara – Kerajaan Malaysia (International

Governmental Committee of Malaysia). Dia juga salah seorang yang

menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia di London pada 8 Julai 1963.

Beliau juga menjadi ahli Majlis tertinggi Kerajaan Borneo Utara dari tahun 1959.

Beliau juga mengetuai Perwakilan Borneo Utara ke persidangan persatuan ahli-ahli

parlimen Commonwealth di London pada tahun 1961.53

Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh Tun Fuad Stephens dalam

memperjuangkan kemerdekaan di Borneo Utara bukanlah perkara yang mudah

untuk di kecapi. Hal ini demikian kerana, sumbangan beliau amat besar dan

bermakna bagi negeri Sabah malah penyertaan Sabah dalam membentuk

Malaysia merupakan satu tindakan yang membawa kebaikan kepada penduduk

negeri ini tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini telah menunjukkan

bahawa beliau merupakan seorang tokoh negarawan yang telah mengorbankan

sebahagian hayatnya untuk kepentingan bangsa dan negara.

5.0 RUJUKAN

Arkib Negara Malaysia. 2006. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Selangor :

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

James P. Ongkili edited by Anwar Sullivan & Ceceilia Leong. 1981. Commerative

History of Sabah 1881 – 1981. Sabah : Sabah State Government.

Maimanah Haji Amin. 1968. Menjejaki Wawasan Pemimpin. Sabah : Jabatan

Penerangan Negeri Sabah.

53 Ibid., hal. 18.

14

Page 15: nom 9

Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors.

M. Thambirajah. 1979. Malaysia Dalam Sejarah 3. Kuala Lumpur : Federal

Publications Sdn. Bhd.

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. 2010. Malaysia Melangkah Ke Hadapan.

Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin. 2010. Sejarah Malaysia ( Edisi Kedua) . Selangor : Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Sabihah Osman. 2008. Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah :

Fungsi, Peranan Dan Biografi. Sabah : Universiti Malaysia Sabah.

Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim. 1976. Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu. Kuala

Lumpur : Penerbitan Zoom Foto.

Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim. 2009. Governors Of British North Borneo And

Heads Of State Of Sabah: A brief History. Sabah : Sabah State Library.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan Dan Perkembangan ( Edisi

Kedua). Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

. 1962. Sabah Annual Report 1962. Jesselton: Jabatan Percetakan

Kerajaan.

15