no. 2 indianisasi-fatimah (new)

Upload: nurulsyakillanabila

Post on 02-Jun-2018

269 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 No. 2 Indianisasi-fatimah (New)

    1/5

    1

    1.0 PENGENALAN

    Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di

    kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi, pelbagai aspek kehidupan dari India dibawa masuk ke

    Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan

    ajaran Sindharta Gautama Buddha. Agama ini pada awalnya telah berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang

    terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara amnya terbahagi kepada dua

    fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Hinayana. Agama Hindu pula mendapat tempat daripada golongan

    bangsawan dan raja-raja kerana di dalam agama Hindu, terdapat konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan

    dianggap mulia dan dianggap mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Ekoran daripada itulah, agama Buddha telah mendapat

    tempat dalam kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf

    ataupun hierarki sosial.

    Penggunaan istilah penghiduan(indianization) dan perkembangan kebudayaan Hindu (expansion of Indian culture) telah

    digunakan oleh sarjana-sarjana Barat bagi memperlihatkan kesan pengaruh Hindu ke atas Asia Tenggara. Coedes pula

    menganggap negeri-negeri yang beroleh kemajuan hasil daripada pengaruh Hindu sebagai les etats hindouises. Walaupun begitu,

    agama Buddha juga memainkan peranan penting dan agama Buddha Theravada menjadi anutan sebahagian besar penduduk-

    pendududk Burma, Arakan, Thailand dan Kemboja. Unsur-unsur Hindu-Buddha ini sememangnya berkisar daripada pengaruh India

    yang dijadikan sebagai ideology moral dan politik. Menurut Professor Yoneo Ishii, sehingga tahun 1975, Buddhisme dijadikan

    sebagai agama rasmi di Kampuchea dan Laos sementara di Siam agama ini dianggap sebagai agama rasmi dari segi pengalaman.

    Bukti-bukti material yang terawal agama Hindu di Asia Tenggara berasal dari Borneo, di mana akhir abad ke-4M inskripsi

    Sanskrit memberi keterangan kepada prestasi pengorbanan vedik oleh Brahman atas perintah pembesar-pembesar tempatan.

    Sesetengah inskripsi negara-negara ini yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dengan sempurna memperlihatkan pengaruh budaya

    India. Kemasukan pengaruh India di Asia Tenggara telah melalui gelombang proses Indianisasi yang mantap dan meninggalkan

    banyak kesan kepada masyarakatnya dalam pelbagai aspek seperti yang dibincangkan dalam tugasan ini.

    2.0 GELOMBANG PROSES INDIANISASI

    2.1 PEMERINTAHAN DINASTI GUPTA (ABAD KE-4-6M)

    Empayar Gupta sedikit sebanyak telah merancakkan semula perkembangan tamadun India yang agak malap ratusan tahun

    sebelumnya. Empayar yang menguasai bahagian tengah India ini telah diasaskan oleh Chandragupta I. Tempoh pemerintahan

    empayar Gupta dikenali sebagai Zaman Klasik dalam Tamadun India kerana pencapaiannya yang tinggi dalam bidang

    kesusasteraan Hindu, seni bina kuil, perkembangan Sains dan perkembangan lain-lain. Dalam bidang seni, Empayar Gupta didapati

    merupakan pelopor kepada pembinaan kuil Hindu yang mempunyai nilai seni keindahan yang tunggal dan kemudiannya disebarkan

    ke seluruh India.

    2.2 PEMERINTAHAN PALLAVA (ABAD KE-4-9M)Bahagian Selatan India pernah menyaksikan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang berasingan. Perkembangan tamadun

    India di sebelah Selatan ini dikenali sebagai Zaman Sangam kerana sumbangan terhadap kesusasteraan dan mengadakan

    perdagangan dengan Eropah serta Asia Tenggara. Dalam kerajaan Pallava ini sudah menunjukkan bibit permulaan penyebaran

    budaya dan pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara melalui hubungan perdagangan yang dijalinkan ketika itu. Keadaan ini

    sudah pasti melibatkan golongan vaisya yang berfungsi dalam aspek perdagangan pada masa itu. Kedatangan golongan Vaisya ke

    Asia Tenggara telah membina petempatan-petempatan perdagangan India di Asia Tenggara sekaligus memudahkan interaksi di

    antara penduduk tempatan dan menyebarkan kebudayaan Hindu-Buddha.

    2.3 PEMERINTAHAN PALA (ABAD KE-8-12M)

    Kerajaan Pala menyebarkan fahaman agama Buddha Mahayana bukan hanya di Tibet pada abad ke-7 tetapi juga pada abad ke-8

    di Jawa. Walaupun fahaman Mahayana sudah tidak ada di Jawa, namun pengaruhnya dapat dilihat pada candi Borobudur sebagai

    salah satu karya seni manusia yang megah. Di sana pada 772 pendiri dinasti Sailendra mendekorasi bukit dalam sebuah stupayang memperlihatkan visual dunia mitologi dan metafizik Mahayana. Situasi ini menggambarkan kewujudan pengaruh ajaran

    Hindu-Buddha melalui kesenian telah diasimilasikan ke dalam hidup masyarakat.

    2.4 PEMERINTAHAN CHOLA (ABAD KE-9-13M)

    Kerajaan Chola wujud antara tahun 300 sebelum Masihi sehingga 300 Masihi. Semasa pemerintahan kerajaan Chola, pengaruh

    tamadun India tersebar dengan meluasnya ke Asia Tenggara khasnya dibawah pemerintahan Rajendra Chola yang dapat

    membentuk Srivijaya di Asia Tenggara. Kerajaan Chola telah meluaskan kekuasaan sehingga ke seberang laut iaitu ke Asia

    Tenggara. Pada kerajaan Dinasti Chola, arkitektur candi India gaya timur mencapai kemuncaknya. Walaupun pada hakikatnya

    kerajaan Chola gagal bertahan lama namun mereka mewariskan monumen abadi khusunya dalam unsur-unsur seni seperti yang

    terdapat pada Angkor Wat dan Borobudur.

    3.0 AGEN YANG MENYEBARKAN PENGARUH HINDU-BUDDHA DI ASIA TENGGARA

    3.1 MUBALIGH HINDU-BUDDHABosch menceritakan bagaimana pengembang-pengembang agama Buddha yang mengembara sehingga ke arah Timur untuk

    mengembangkan agama Buddha. Pengembang agama Buddha yang dimaksudkan ialah golongan mubaligh. Mereka datang ke

  • 8/10/2019 No. 2 Indianisasi-fatimah (New)

    2/5

    2

    Istana-istana raja dan mempengaruhi golongan raja serta kerabatnya untuk menganut agama Hindu. Menurut Bosch, kedatangan

    ahli-ahli agama dari India telah menggalakkan lebih ramai penganut-penganut agama itu pergi ke biara-biara termasyhur di India.

    Di Burma, kedatangan Mubaligh Hindu ke Asia tenggara juga adalah disebabkan oleh perintah Maharaja Asoka pada abad ke-3 SM

    ke Suvannabhumi iaitu Negeri Emas.

    3.2 GOLONGAN VAISYA

    Menurut N.J Krom, orang-orang India yang mula menetap di Nusantara adalah golongan saudagar. Kumpulan saudagar atau

    vaisya ini dianggap sebagai perintis jalan ke Asia Tenggara berikutan berlakunya kemajuan dalam teknologi perkapalan. Dengan

    itu, kedatangan saudagar India ke Asia Tenggara bertambah mudah. Saudagar-saudagar ini ada yang berkahwin dengan wanita-

    wanita tempatan dari lapisan masyarakat yang berpengaruh.

    Coedes percaya bahawa perkembangan kebudayaan India merupakan hasil daripada kegiatan perdagangan India

    dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Petempatan-petempatan perdagangan India telah berkembang di

    pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara dan keadaan ini memudahkan kedatangan puak-puak yang lebih berpendidikan seperti sami-

    sami dan ahli-ahli persuratan untuk mengembangkan kebudayaan India. Menurut Coedes, perhubungan di antara wilayah

    Mediterranean dengan India diikuti oleh penubuhan empayar-empayar Maurya dan Kushan telah membawa kepada satu

    perdagangan yang penting dalam barang-barang mewah di antara Timur dengan Barat.

    Coedes mengemukakan empat corak unsur-unsur kebudayaan yang didatangkan dari India ke Asia Tenggara antaranya

    ialah konsep diraja yang bersifat Hindu atau Buddha, penulisan sastra yang menggunakan bahasa Sanskrit, kepercayaan yang

    dipetik dari Hikayat-hikayat Ramayana dan Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-buku Sanskrit yang mengandungi tradisi

    diraja dan salasilah keturunan keluarga-keluarga diraja di daerah Ganges dan pengalaman Dharmasastra, hukum-hukum agama

    Hindu terutamanya Manava Dharmasastra atau undang-undang manu.

    3.3 GOLONGAN BRAHMIN

    Peranan golongan Brahmin sebagai pengembang agama Buddha di Asia Tenggara turut menyumbang kepada berlakunya

    penyebaran agama Buddha. Kedatangan golongan Brahmin ini adalah disebabkan oleh saudagar-saudagar India yang telah

    berkahwin dengan wanita tempatan yang mempunyai kedudukan berpengaruh. Golongan Brahmin telah datang ke istana-istana

    Raja di Indonesia mengajar agama Buddha, menarik Raja-raja dan keluarga memeluk agama Buddha dan melantik beberapa orang

    sami di Indonesia. Golongan Brahmin turut berfungsi dalam upacara-upacara agama terutamanya di Istana-istana dan masih

    diamalkan sehingga hari ini di Burma, Thailand dan Kemboja.

    Selain itu, kedatangan golongan Brahmin juga adalah atas jemputan raja-raja dan melantik golongan Brahmin sebagai

    penasihat Raja. Raja menganggap dengan adanya golongan Brahmin, Raja dapat memperoleh legitimasi dalam kerajaan kerana

    bagi golongan Brahmin Raja merupakan jelmaan Tuhan dan harus ditaati perintahnya. Oleh itu, raja telah mengambil golongan

    Brahmin untuk mengkuduskan mereka sebagai dewaraja mengikut fahaman dan istiadat India lama. Tambahan lagi, golonganBrahmin dilantik sebagai orang terpelajar, mereka telah menyusun sistem pentadbiran yang diselaraskan dengan pemerintahan

    raja-raja India.

    3.4 GOLONGAN KSATRYA

    Menurut C.C.Berg, budaya India telah tersebar ke Asia Tenggara melalui kegiatan pahlawan atau anak raja India, daripada

    golongan kasta ksatrya. Mereka dikatakan telah keluar dari India untuk mencari tanah-tanah jajahan baru kerana perebutan kuasa

    dalam negeri mereka sendiri. Oleh itu, bersama-sama dengan pengikut-pengikut mereka telah belayar ke Asia Tenggara untuk

    berkelana dan ada yang menjadi lanun. Di kawasan ini dikatakan mereka telah mengalahkan pembesar-pembesar tempatan dan

    menguasai negeri mereka sekaligus putera-putera India telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan mendirikan

    kerajaan-kerajaan bercorak Hindu.

    3.5 PENDUDUK TEMPATAN ASIA TENGGARA

    Peranan masyarakat tempatan turut menyebabkan pengaruh Hindu-Buddha ini tersebar di Asia Tenggara. Menurut Mohd Dahlan

    Mansoer dalam Sejarah Melayu: Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, pelayar tempatan telah mengembara sehinggake Madagaskar sebelum kedatangan pengaruh Hindu ke Nusantara. Justeru itu, ada kemungkinan mereka singgah di India semasa

    dalam perjalanan pulang dan membawa budaya India bersama mereka. J.C. Van Leur menekankan kepentingan peranan

    penduduk tempatan walaupun dalam bentuk peranan yang terhad. Mereka telah menyaring peradaban India yang datang ke Asia

    Tenggara untuk disesuaikan dengan tuntutan dan suasana tempatan sehingga agama dan kebudayaan India tidak lagi dalam

    bentuk yang asal. Misalnya, orang Indonesia belajar agama Hindu-Buddha dan pergi berziarah ke India kemudian mereka

    menyebarkan agama tersebut setelah kembali ke Negara asal.

    Secara ringkasnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia Tenggara telah mengambil unsur-unsur

    kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia Tenggara dan meresapkannya ke dalam kebudayaan tradisi mereka,

    sambil menyesuaikannya mengikut kehendak dan pandangan mereka sendiri.

    3.6 PERPINDAHAN MASYARAKAT INDIA KE ASIA TENGGARA

    Terdapat dua teori yang menerangkan gelombang penghijrahan orang-orang India salah satu daripadanya adalah perpindahantersebut disebabkan keadaan kacau-bilau di India. Hal ini menyebabkan ramai orang India melarikan diri mencari tempat kediaman

    di seberang laut. Kekacauan tersebut disebabkan oleh penaklukan kejam kalinga oleh Maharaja Maurya iaitu Asoka pada abad ke-

  • 8/10/2019 No. 2 Indianisasi-fatimah (New)

    3/5

    3

    3 S.M. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang menyokong teori tersebut kerana pengaruh India hanya terdapat di Asia

    Tenggara pada beberapa abad kemudian.

    Teori seterusnya ialah perpindahan tersebut adalah disebabkan oleh desakan serangan-serangan Kushan ke atas India

    dalam abad pertama. Namun begitu, tidak terdapat bukti yang menunjukkan penaklukan Raja Kushan telah menyebabkan orang

    India lari ke seberang laut. Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa pelarian keluar orang India adalah akibat daripada

    serangan-serangan Samudragupta padahal ia merupakan satu perkara yang tidak mungkin berlaku pada bahagian awal

    kedatangan pengaruh India ke Asia Tenggara.

    4.0 KESAN INDIANISASI TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN

    4.1 ASPEK POLITIK

    4.1.1 Pentadbiran

    Menurut Heine Geldern, organisasi politik di negeri-negeri Asia Tenggara mengambil model konsep-konsep kosmologi serta

    keselarian di antara makrokosmos ketuhanan (supra human) dan mikrokosmos manusia. Beliau berpendapat bahawa kerajaan itu

    merupakan miniaturekepada kosmos dengan istana raja yang berada di pusat itu dianggap sebagai Gunung Meru yang menjadi

    pusat cakerawala yang dianggotai oleh manusia dan dewa-dewa yang pelbagai tingkat.

    Semasa pemerintahan Sukhotai, hak raja untuk memerintah adalah berdasarkan kebolehan tetapi syarat tersebut telah

    berubah pada zaman Ayudhya apabila konsep divine kingship yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Buddha dan Hindu telah

    diperkenalkan. Di Siam, akibat daripada konsep ini raja ada kuasa mutlak ke atas semua yang ada di muka bumi termasuk

    menentukan hidup dan mati seseorang rakyat. Manakala di Burma pula, raja dianggap berdaulat dan akibat daripada pengaruh

    Hindu dan Buddha kawasan sekitar istana disifatkan sebagai suci. Tambahan lagi, setiap rakyat yang memasuki kawasan istana

    perlu mematuhi beberapa adat seperti menundukkan kepala ketika menghampiri istana dan menaggalkan kasut.

    Pentadbiran yang berasaskan konsep mandaladi Asia Tenggara telah diamalkan dalam Negara seperti Thailand dan

    Srivijaya. Mandala bererti bulatan-bulatan yang mempunyai pusat yang sama dan pada kebiasaannya bilangan bulatan itu adalah

    tiga. Konsep ini juga biasanya dikenali sebagai bulatan raja-raja dalam konteks politik-kosmologi agama Hindu-Buddha.

    Pentadbiran seumpama ini adalah berdasarkan kuasa pentadbiran mengikut kawasan-kawasan bulatan dalam sesuatu kerajaan.

    Susunan seperti itu dapat dilihat pada zaman Ayudha dan awal Bangkok dalam bentuk yang dinamakan politi galaktik yang

    mempunyai pusat yang sama. Di pusat bulatan-bulatan itu terdapat ibu kota dan di tengahnya pula adalah istana raja. Bulatan

    pertama adalah merupakan kawasan ibu kota dimana ia telah dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai secara langsung oleh raja

    dari istana baginda. Dalam bulatan yang kedua pula yakni di empat sudut utama iaitu timur, barat, selatan, dan utara terdapat

    muang atau provinsi yang telah diperintah oleh anak-anak raja ataupun keturunan mereka.

    Bulatan ketiga tidak mempunyai penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi wilayah tersebut mengakui ketuanan

    pusat. Apabila negeri tersebut ditakluk maka negeri tersebut dikehendaki membayar ufti. Kerajaan Pattani dan Isan di Thailand

    merupakan kerajaan yang termasuk dalam hubungan seperti ini. Pengamalan adat dan adat istiadat yang berunsurkan keagamaan

    yang menjadi keperluan untuk mendapatkan setiap wilayah yang memberikan sumbangan kepada permaisuri ataupun gundik raja,biduanda istana yang dipanggil mahatlekyang terdiri daripada anak-anak lelaki golongan bangsawan dan pembesar dari semua

    wilayah yang juga dijadikan tebusan diraja. Di samping itu, semua pembesar perlu mengangkat sumpah setia kepada raja setiap

    tahun dalam upacara minum air suci.

    4.2 ASPEK SOSIAL

    4.2.1 Pengaruh terhadap upacara penobatan / pertabalan

    Dahulu hingga kini peranan kosmis serta peranan raja amat ditekankan terutamanya dalam upacara penobatan. Di Burma,

    bangunan yang dibina bagi tujuan penobatan pada masa dahulu disebut Thagyanan, istana indera. Upacara tersebut dilakukan

    oleh orang-orang Brahma dan salah satu daripada upacara tersebut ialah berasaskan kepercayaan Buddha di mana raja akan

    duduk di atas takhta sebagai mewakili Gunung Meru dan dikelilingi oleh 6 orang Brahma sebagai wakil-wakil dari 8 Lokapala.

    Tambahan lagi, 4 orang gadis terhormat yang mewakili empat arah mata angin sebagai mempersembahkan pegabdiannya kepada

    raja.

    Sebuah dokumen rasmi berkaitan penobatan raja Sisowath dari Kemboja pada tahun 1906 yang menerangkan rajadisamakan dengan Gunung Meru di mana mata kanannya mewakili matahari, mata kirinya mewakili bulan, tangan dan kakinya

    mewakili arah mata angin, mahkotanya yang runcing disamakan dengan puncak runcing dari istana Indera pada puncak Gunung

    Meru. Keadaan ini menggambarkan bahawa raja sentiasa dianggap mewakili Gunung Meru dalam sejarah penobatannya. Simbol-

    simbol secara berlebihan seringkali digunakan di Asia Tenggara yang berkepercayaan Buddha. Di Burma, raja disamakan dengan

    Visva-karma dan dewa pembentuk dunia.

    4.2.2 Kedudukan Raja dan sifat kedewaan

    Idea Hindu menjadikan kedudukan raja lebih penting dan lebih tinggi di mata rakyat. Hal ini kerana selepas menerima agama

    Hindu, Raja menukar nama kepada nama India dan diterima dalam kasta Ksatriya. Tambahan lagi, melalui hubungan perdagangan

    dengan pelabuhan India Selatan telah menyedarkan golongan Raja mengenai nilai konsep India sebagai alat untuk mengesahkan

    kedudukan politik dan mewujudkan pelapisan masyarakat. Di Asia Tenggara, konsep Dewaraja menyebabkan seseorang raja

    dianggap sebagai penitisan dewa (avatar) Siva atau Vishnu, ataupun dewa Buddha-Mahayana. Keadaan ini dapat dilihat melalui

    Raja Jayavarman II (770-834M) yang beragama Buddha-Mahayana yang telah mengasaskan kultus Dewaraja bagi kerajaan Khmerdi Kemboja dianggap sebagai jelmaan Dewa Siva.

  • 8/10/2019 No. 2 Indianisasi-fatimah (New)

    4/5

    4

    Sifat-sifat kedewaan raja itu digambarkan dengan pelbagai cara bergantung kepada kepercayaan yang dianuti. Penganut

    agama Hindu menganggap raja sebagai keturunan dari dewa. Di Kemboja dan Champa raja sangat dikaitkan dengan kepercayaan

    lingam yang dianggap sebagai tempat kedudukan kedewaan raja. Raja dianggap sebagai mewakili Dewaraja yang dipuja di candi

    yang terletak di pusat ibu kota dan dipandang sebagai manifestasi dari tenaga ghaib dewaraja. Sifat ketuhanan Raja dilambangkan

    pada gelaran raja dan bangsawan Jawa seperti Paku Buwono dan Mangkubumi, yang bermaksud paksi atau memangku dunia ini.

    Keadaan yang sama turut berlaku di Tanah Melayu iaitu terdapat amalan menjunjung Duli Seri Paduka yang membawa maksud

    menjunjung debu (thuli) Suci (seri) di atas kaki (paduka) seiring dengan doktrin Hindu bahawa kaki Dewa tidak akan menyentuh

    bumi kecuali debu (duli) daripada alas kaki mereka sahaja.

    4.2.3 Ciri-ciri kedaulatan Raja

    Ciri-ciri yang memperlihatkan kekuasaan raja ialah melalui pengumpulan gajah putih yang dikatakan sebagai symbol keabsahan

    kuasa raja. Pengumpulan gajah putih dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa yang dimiliki. Pada kebiasaannya, raja yang akan menjadi

    gagah dan negara semakin makmur. Kepercayaan ini berkait rapat dengan mitos tempatan dan Buddhisme yang menyifatkan

    gajah putih sebagai kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib. Pengumpulan gajah putih dikaitkan

    dengan cirri-ciri luar biasa yang boleh dinikmati oleh pemiliknya. Biasanya raja yang akan menjadi gagah dan Negara semakin

    makmur. Kepercayaan ini berkait rapat dengan mitos tempatan dan Buddhisme yang menyifatkan gajah putih sebagai simbol

    kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

    4.2.4 Pengenalan kepada sistem kasta atau stratifikasi sosial

    Setelah kedatangan pengaruh India, sistem sosial di Asia Tenggara telah mula menyerap pembahagian masyarakat kepada

    beberapa kumpulan berdasarkan kedudukan dan peranan dalam masyarakat. Semasa pemerintahan Anak Wungsu, masyarakat

    Bali terbahagi kepada dua golongan besar iaitu golongan Chaturvarna dan golongon hamba. Bagi membezakan anak kaum Sudra,

    Brahmin dan Ksyatria, terdapat pembahagian sebutan untuk anak pertama, kedua, ketiga dan keempat. Contohnya, bagi sebutan

    untuk kaum Sudra, Wayan, Made, Noman dan Ketut manakala bagi anak kaum Brahmin dan Ksyatria, anak pertama disebut

    sebagai Putu. Walaupun semangat kekastaan wujud di Bali, namun setiap kasta ini tidaklah terikat kepada pengkhususan kerja

    seperti di India malahan mereka turut terlibat bersama-sama dalam kegiatan pertanian.

    Pembahagian kelasjuga berlaku dalam kerajaan Buddha Srivijaya di Sumatera di mana terdapatnya dua kelas utama

    iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Setiap kelas dibahagikan pula kepada empat golongan iaitu golongan raja,

    bangsawan, orang merdeka dan hamba abdi. Sebagai akibat perbezaan kelas dan darjat, maka wujudlah pelbagai unsur

    diskriminasi baik dalam aspek undang-undang mahupun adat istiadat. Di Jawa misalnya mengamalkan hukuman yang dijatuhkan

    berdasarkan perbezaan kasta seseorang terutamanya dalam kesalahan memfitnah (vakraparusya) dan menyerang (dandaparusya).

    Sekiranya pesalah dan mangsa kesalahan itu berasal daripada kasta yang sama, dendanya hanya 250 (Rupee).

    Masyarakat Buddha-Theravada mengamalkan konsep hierarki iaitu melalui sistem penaungan (patronage) di mana

    terdpat unsur-unsur penindasan daripada pihak penaung terhadap pihak yang dinaungi. Di Thailand misalnya, sistem penaungan

    ini dapat diterangkan melalui hubungan nai-phrai iaitu phrai ialah golongan rakyat dan nai ialah golongan bangsawan ataupembesar yang mewakili Raja. Prinsip-prinsip kelas berasaskan Sistem penaungan ini telah diamalkan oleh Burma, Vietnam dan

    Kemboja.

    4.3 ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN

    Pada abad ke-3 M iaitu pada zaman pemerintahan Asoka, agama Buddha telah mula disebarkan ke negara-negara berhampiran

    termasuk Myanmar dan Sri Lanka. Agama Buddha berpecah kepada dua aliran iaitu aliran Mahayana dan Hinayana apabila

    menjelangnya abad pertama masihi. Kedua-dua agama ini membawa kepentingan masing-masing kepada negara di Asia

    Tenggara. Dalam masyarakat tradisional Thailand, terdapat institusi samai atau Sangha yang memainkan peranan sebagai

    mengajarkan agama bahkan menawarkan perkhidmatan sosial kepada masyarakat yang berpusat di kuil (wat). Rakyat Siam yang

    menganuti agama Buddha percaya bahawa kedudukan seseorang dan keadaan hidup manusia telah ditetapkan oleh perlakuannya

    semasa hidup. Mereka percaya kepada konsep bun(pahala) dan bab(dosa) dan dikaitkan dengan karma di mana seseorang akan

    dilahirkan semula dalam pelbagai bentuk mengikut bundan babsi pelaku.

    Pengaruh agama Buddha-Mahayana di Jawa tengah dapat dikesan melalui bukti-bukti arkeologi seperti candi dan prasasti.Penemuan candi memperlihatkan pemujaan dewa dalam masyarakat tersebut dalam mengamalkan ajaran Buddha.

    4.4 ASPEK BAHASA DAN KESUSASTERAAN

    Bahasa Sanskrit membawa maksud bahasa yang sempurna dan ciri-cirinya amat bebeza dengan bahasa prakrit. Di Alam Melayu

    misalnya menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang membantu bahasa melayu melalui tahap evolusinya yang pertama. Banyak

    perkataan Sanskrit yang diterima masuk dalam bahasa melayu memperkatakan pelbagai aspek kebudayaan dari India dan tentang

    hal yang belum pernah diperkatakan dalam bahasa melayu. Antara contohnya ialah bahagian tubuh badan, agama dan ilmu

    pengetahuan. Dengan kedatangan pengaruh India, bahasa Melayu terus mencapai kemantapannya walaupun aksara telah

    digantikan dengan aksara Pallava dari India Selatan. Ekoran daripada itu, Bahasa Melayu mula membentuk asas yang kukuh dalam

    tradisi tulisannya di Nusantara, seperti yang dapat dibuktikan pada prasasti Kedukan Bukit Palembang (683 M), Talang Tuwo,

    Palembang (684 M), Kota Kapur, Bangka (686 M), dan Prasasti Kedu, Jawa Tengah (832 M) yang ditulis dengan tulisan Nagiri dari

    India Utara.

    Pengaruh bahasa Sanskrit turut membawa kesan dalam kesusasteraan sehingga wujudnya dua buah epik yang terkenaliaitu Ramayanadan Mahabharata. Pengaruh kedua-dua epik ini sangat besar pengaruhnya di Asia Tenggara. Misalnya di Thailand,

    terdapat adaptasi epik Ramayana yang dikenali sebagai Ramakienatau Ramakirtihasil nukilan Rama I. Selepas itu, Rama II pula

  • 8/10/2019 No. 2 Indianisasi-fatimah (New)

    5/5

    5

    menulis versi Ramayana dalam bahasa Siam. Akibat daripada pengaruh yang mendalam terhadap epik tersebut di Thailand, maka

    wujudnya enam daripada raja Thailand yang bernama Rama. Sementara di Kemboja, terdapat versi Ramayana dalam bahasa

    Khmer yang bertajuk Reamker.Di Laos pula, cerita Rama disebutkan dalam Rama Jataka yang dipengaruhi oleh Dasarata Jataka.

    4.5 ASPEK KESENIAN

    Kesenian merangkumi aspek-aspek binaan arkitektur, candi, patung, arca dan ukiran-ukiran yang memperlihatkan ciri-ciri

    keseniannya. Corak-corak kesenian India tidak ditiru oleh penduduk tempatan yang sememangnya kaya dengan keseniaannya

    yang tersendiri. Walaupun begitu, motif keseniaan India terutamanya berkaitan ketuhanan adalah berasal dari India. Contohnya

    motif yang terdapat pada ukiran-ukiran pada candi-candi dan patung. Tinggalan seni yang terpenting di Sumatera ialah patung-

    patung Hindu-Buddha. Misalnya di Sungai Musi, Palembang, terdapat patung Buddha dan patung Bodhisatwa, pecahan Kala dan

    Makara di samping patung Siva dan Vishnu. Kesemua ukiran ini memperlihatkan unsur-unsur Hindu-Buddha dan menunjukkan sifat

    patung Bhairava di samping Ganesa dan patung-patung Buddha dan di Acheh sendiri terdapat kepala patung Lokeshvara. Kesenian

    dan seni bina Jawa dan Kemboja yang berasal dari India jelas menunjukkan pengaruh kebudayaan India di Negara tersebut

    dengan pujukan raja-raja ke wilayah tersebut.

    5.0 ANALISIS

    Kedatangan pengaruh India ke dalam Asia Tenggara telah dibincangkan dalam pelbagai perspektif terutamanya berkaitan dengan

    agen-agen penyebaran agama Hindu-Buddha sama ada dari golongan Brahmin, Vaisya, Ksatrya mahupun penduduk tempatan itu

    sendiri. Setiap teori yang dikemukakan mempunyai alasan masing-masing. Oleh itu, adalah kurang tepat jika kita hanya menerima

    satu teori sahaja dan menolak yang lainnya sedangkan teori-teori tersebut mempunyai kepentingan tersendiri. Contohnya, teori

    yang diutarakan oleh Coedes menyatakan bahawa kegiatan pedagang India ke Asia Tenggara yang menyebabkan tersebarnya

    pengaruh India. Sementara bagi Van Leur, peranan golongan Brahmin yang menyebabkan pengaruh budaya India tersebar ke Asia

    Tenggara, Professor C.C Berg pula mengemukakan teori Ksatrya dan Vaisya bagi menerangkan penyebaran kebudayaan India.

    Walaupun terdapat pelbagai teori dan pandangan berkaitan penyebaran pengaruh India namun pada hakikatnya, kesemua sarjana

    ini membincangkan skop yang sama iaitu penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara. Oleh itu, pengindianisasian di Asia

    Tenggara sememangnya telah mendapat perhatian daripada ramai sarjana dan membincangkan perkaitan di antara pengaruh dan

    kesannya ke atas masyarakat itu sendiri.

    6.0 KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, proses indianisasi adalah berasaskan kepada unsur-unsur dan budaya masyarakat India yang diserap dalam

    kehidupan oleh sesebuah masyarakat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Proses Indianisasi ini sememangnya

    bertiitk tolak daripada agama Hindu-Buddha dan akhirnya menjadi unsur-unsur yang berkisar daripada pengaruh India yang

    dijadikan sebagai ideologi moral dan politik. Secara ringkasnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia

    Tenggara telah mengambil unsur-unsur kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia Tenggara dan meresapkannya

    ke dalam kebudayaan tradisi mereka, sambil menyesuaikannya mengikut kehendak dan pandangan mereka sendiri.