nilai-nilai murni (bm bahagian c)

14
NILAI-NILAI MURNI 1 BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan.

Upload: mat-jang

Post on 07-Jun-2015

69.369 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

NILAI-NILAI MURNI• 1 BAIK HATI

1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain

1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan.

1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami

perasaan dan keperluan orang lain.1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan

memaafkan.

Page 2: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

2. BERDIKARI

2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

3. BERHEMAH TINGGI3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam

pergaulan.3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang.

Page 3: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

4. HORMAT

4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – memulia dan patuh kepada mereka.

4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin – menunjukkan rasa hormat serta memberi

layanan yang baik kepada mereka.4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima

dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.

4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum.

4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi undang-undang setiap masa.

Page 4: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

5. KASIH SAYANG

5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain – menyayangi diri sendiri dan orang lain.

5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN

6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian.

6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

Page 5: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

• Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara dan agama.

Page 6: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

8. KEBERANIAN

• 8.1. Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.

• 8.2. Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

Page 7: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

• 9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat.

• 9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.

• 9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

Page 8: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

10. KEJUJURAN

• 10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan

orang lain.• 10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang

benar tanpa menokok tambah atau berselindung.• 10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa

mengharapkan balasan.

Page 9: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

11. KERAJINAN

• 11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

• 11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang

berfaedah.

Page 10: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

12. KERJASAMA

• 12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.

• 12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan.

• 12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

Page 11: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

13. KESEDERHANAAN

• 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.

• 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

Page 12: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

14. KESYUKURAN

• 14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL

15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

Page 13: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT

• 16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.

• 16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong- menolong dan bekerjasama dengan jiran

tetangga dan masyarakat.• 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

– Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

Page 14: Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

17. PATRIOTIK

• 17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara.

• 17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh.