nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik

5
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) 1. Kerjasama Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan 1. Keadilan Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 1.Kesedaran Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah: ◾Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

Upload: mei-ling-foo

Post on 31-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NILAI MURNI

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai Murni Dapat Didefinisikan Sebagai Perlakuan Yang Baik

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

1. Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan

1. Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

1.Kesedaran

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:

◾Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

1. ◾Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku. Kesedaran

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:

Page 2: Nilai Murni Dapat Didefinisikan Sebagai Perlakuan Yang Baik

o Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

o Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

Strategi Penerapan Nilai Murni

Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.

Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain.

Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.

Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai.

Page 3: Nilai Murni Dapat Didefinisikan Sebagai Perlakuan Yang Baik

7.0 Teknik Penerapan Nilai Murni

Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:

Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam) Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain Aktiviti ko-kurikulum Aktiviti persatuan sekolah

Melaui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.

Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah

Kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan diterapkan di kalangan pelajar supaya lebih dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Melalui kegiatan dan aktiviti kokurikulum perkembangan dan kematangan sosial seseorang boleh dibentuk dan diasuh daripada apa yang mereka lakukan. Secara tidak langsung pelajar akan terdedah kepada pergaulan dan berinteraksi sesama rakan sebaya ataupun dengan kumpulan orang yang lebih tua. Melalui data yang diperolehi, kajian mendapati menyertai unit beruniform dalam aktiviti kokurikulum

Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta

Page 4: Nilai Murni Dapat Didefinisikan Sebagai Perlakuan Yang Baik

mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi menghasilkan keberhasilan warga ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan. Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu.