nilai moral sejambak bakti.docx

3
Nilai amanah Contohnya: Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah! seperti membina bilik ba"aan Nilai tolong-menolong Contohnya: #a$ali mempunyai nilai tolong-menolong Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran! dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan Contohnya dia membantu #amlah! Swee %an! Saride&i dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran #amlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong Contohnya dia membantu #a$ali untuk melengkapkan minit mesyuarat Nilai kerjasama Contohnya: Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama Contohnya! mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam! bilik ba"aan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah- sekolah Nilai kasih sayang Contohnya: Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang 'ia bersikap penyayang 'ia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya 'ia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau #a$ali dari rumah 'ia juga enggan memberitahu #a$ali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan #a$ali Selain itu! #a$ali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang 'ia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya (alaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya! tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya Nilai Keikhlasan Contohnya: #a$ali mengamalkan nilai keikhlasan 'ia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insa) akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat *tnah terhadapnya Nilai Ketabahan Contohnya: Sebagai anak tiri! #a$ali tabah menghadapi layanan Pak +akaria yang agak teruk 'ia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak +akaria sebagai pen"uri! sombong dan suka berlagak 'ia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya Setelah balik dari balai polis! #a$ali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pen"erobah kedai koperasi dan pen"uri Selain itu! Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah 'ia tabah menghadapi pengalaman yang pahit! iatu dia di"eraikan oleh bekas suaminya #amli pada , tahun yang lalu Nilai tanggungjawab Sebagai pengetua! Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab .eliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab .eliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan

Upload: tracy-vianney

Post on 04-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nilai amanahContohnya:Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolongContohnya:Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat.

Nilai kerjasamaContohnya:Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayangContohnya:Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai KeikhlasanContohnya:Razali mengamalkan nilai keikhlasan. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya.

Nilai KetabahanContohnya:Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawabSebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.

Nilai KeprihatinanContohny:Ramlah, Rozita, dan Saridevi begitu prihatin dengan kejadian yang menimpa Razali lalu bertindak melaporkan kejadian Razali yang dipukul oleh Munir, Leong, dan Silvam kepada Cikgu Zulkifli

Nilai KeinsafanContohnya:Munir insaf atas segala kesalahannya setelah dijatuhi hukuman rotan di hadapan perhimpunan dan digantung persekolahannya selama seminggu.

Nilai Baik HatiContohnya:Razali sanggup memaafkan segala kesalahan Munir dan membantunya dalam pelajaran.