nilai dan kata kunci

6
Nilai dan kata kunci Pendidikan Moral SPM FORMAT PEPERIKSAAN SPM PENDIDIKAN MORAL Mulai tahun 2003, calon-calon SPM Pendidikan Moral terpaksa menduduki dua kertas, iaitu Pendidikan Moral Kertas 1 Kod 1225/1 dan Pendidikan Moral Kertas 2 Kod 1225/2. Perkara Kertas 1 Kertas 2 Jenis instrumen Ujian Bertulis Kerja Kursus Jenis item (Subjektif) Bahagian A – struktur Bahagian B – esei Laporan Sahsiah – pentaksiran secara pemerhatian & laporan Folio – mengumpul maklumat 4 jenis projek/kerja amal yang disertai dan menyediakan laporan 8 – 10 Tugasan Harian Bilangan soalan Bahagian A – 8 soalan (jawab semua) Bahagian B – 3 solan (pilih 2) Jumlah Markah Bahagian A – 80 markah Bahagian B – 20 markah Pelaporan Markah adalah pemberian gred A, B, C atau D Ditadbirkan berasaskan sekolah Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 7 hingga 9 bulan Konstruk Pengetahuan & Kefahaman 32% Kemahiran 68% Penghayatan & Kemahiran Cakupan Konteks Semua bidang pembelajaran dari Ting. 4 hingga Ting. 5 Semua bidang pembelajaran dari Ting. 4 hingga Ting. 5 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi = 5 : 3 : 2 KATA KUNCI UNTUK DEFINISI NILAI-NILAI PENDIDIKAN MORAL Perhatian: 1. Untuk menjawab Soalan Esei: Panduan ini bertujuan untuk membimbing pelajar menulis ayat penerangan (P1 & P2) dalam esei dengan menggunakan kata-kata kunci. Untuk huraian lanjutan, pelajar perlu menulis ayat contoh (C1 & C2) bagi menjelaskan setiap ayat penerangan. Contoh yang ditulis harus berkaitan dengan isu/situasi soalan. 2. Untuk menjawab Soalan Struktur: Panduan ini juga boleh digunakan untuk menulis ayat penerangan dalam soalan struktur. Untuk soalan struktur, pelajar hanya perlu menulis satu ayat penerangan sahaja (boleh pilih sama ada kata kunci P1, P2 atau P3, jika ada P3). Jika ayat penerangan memerlukan huraian lanjutan, pelajar perlu menulis ayat contoh (C) bagi menjelaskan setiap ayat penerangan. Contoh yang ditulis harus berkaitan dengan isu/situasi soalan. Page 1 of 6

Upload: leong-wai-yen

Post on 19-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL - TINGKATAN 4 (SUKATAN SEMAKAN 2002)

Nilai dan kata kunci Pendidikan Moral SPM

Format Peperiksaan SPM Pendidikan Moral

Mulai tahun 2003, calon-calon SPM Pendidikan Moral terpaksa menduduki dua kertas, iaitu Pendidikan Moral Kertas 1 Kod 1225/1 dan Pendidikan Moral Kertas 2 Kod 1225/2.

PerkaraKertas 1Kertas 2

Jenis instrumenUjian BertulisKerja Kursus

Jenis item(Subjektif) Bahagian A struktur

Bahagian B esei Laporan Sahsiah pentaksiran secara pemerhatian & laporan Folio mengumpul maklumat 4 jenis projek/kerja amal yang disertai dan menyediakan laporan 8 10 Tugasan Harian

Bilangan soalanBahagian A 8 soalan (jawab semua)

Bahagian B 3 solan (pilih 2)

Jumlah MarkahBahagian A 80 markah

Bahagian B 20 markah Pelaporan Markah adalah pemberian gred A, B, C atau D Ditadbirkan berasaskan sekolah

Tempoh Ujian2 jam 30 minit7 hingga 9 bulan

KonstrukPengetahuan & Kefahaman 32%

Kemahiran 68%Penghayatan & Kemahiran

Cakupan KonteksSemua bidang pembelajaran dari Ting. 4 hingga Ting. 5Semua bidang pembelajaran dari Ting. 4 hingga Ting. 5

Aras KesukaranRendah : Sederhana : Tinggi = 5 : 3 : 2

KATA KUNCI UNTUK DEFINISI NILAI-NILAI PENDIDIKAN MORALPerhatian:

1. Untuk menjawab Soalan Esei:

Panduan ini bertujuan untuk membimbing pelajar menulis ayat penerangan (P1 & P2) dalam esei dengan menggunakan kata-kata kunci. Untuk huraian lanjutan, pelajar perlu menulis ayat contoh (C1 & C2) bagi menjelaskan setiap ayat penerangan. Contoh yang ditulis harus berkaitan dengan isu/situasi soalan.

2. Untuk menjawab Soalan Struktur:

Panduan ini juga boleh digunakan untuk menulis ayat penerangan dalam soalan struktur. Untuk soalan struktur, pelajar hanya perlu menulis satu ayat penerangan sahaja (boleh pilih sama ada kata kunci P1, P2 atau P3, jika ada P3). Jika ayat penerangan memerlukan huraian lanjutan, pelajar perlu menulis ayat contoh (C) bagi menjelaskan setiap ayat penerangan. Contoh yang ditulis harus berkaitan dengan isu/situasi soalan.

3. Ayat Penerangan adalah seperti berikut:Ayat Penerangan=Watak +Kata Bantu+Kata Kunci+Isu/Situasi Soalan

NilaiDefinisiKata Kunci

1.Bidang Pembelajaran 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.1Kepercayaan kepada TuhanKeyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun NegaraP1: keyakinan wujudnya TuhanP2: mematuhi segala suruhanNya

1.2AmanahSikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lainP1: sikap bertanggungjawab

P2: boleh menimbulkan kepercayaan

dan keyakinan

1.3Harga DiriKeupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupanP1: memuliakan maruah diriP2: menjaga maruah diri

1.4BertanggungjawabKesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurnaP1: memikul tugas serta kewajipan P2: melaksanakan tugas / kewajipan

1.5Hemah TinggiBeradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

P1: beradab sopanP2: berbudi pekerti mulia

1.6ToleransiKesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidupP1: bertolak ansurP2: sabarP3: mengawal diri(pilih mana-mana dua sahaja)

1.7BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

P1: kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatuP2: tanpa bergantung kepada

1.8KerajinanUsaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkaraP1: usaha yang berterusan

P2: semangat ketekunan/kecekalan/ kegigihan/dedikasi/berdaya maju

1.9Kasih SayangKepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlasP1: kepekaanP2: cinta yang mendalamP3: cinta yang berkekalan(pilih mana-mana dua sahaja)

1.10KeadilanTindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

P1: tindakan/keputusan yang saksamaP2: tidak berat sebelah

1.11RasionalBoleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajarP1: boleh berfikirP2: dapat bertindak wajar

1.12KesederhanaanBersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lainP1: tidak keterlaluan

P2: tanpa mengabaikan kepentingan diri/orang lain

2.Bidang Pembelajaran 2: Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

2.1Kasih Sayang terhadap KeluargaPerasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

P1: menaruh perasaan cinta, kasih

dan sayang yang mendalamP2: menaruh perasaan cinta, kasih dan sayang yang berkekalan

2.2Hormat dan taat kepada anggota keluargaMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonisP1: memuliakan setiap anggota keluargaP2: berinteraksi/layanan bersopan

2.3Mengekalkan Tradisi KekeluargaanMenerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun- temurun dalam keluargaP1: menerima kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi

P2: menghormati kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi

P3: mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi

(pilih mana-mana dua sahaja)

2.4Tanggungjawab terhadap keluargaKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluargaP1: kewajipan terhadap keluarga

P2: melahirkan keluarga bahagia/ meningkatkan imej keluarga/menjaga maruah keluarga

3.Bidang Pembelajaran 3: Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

3.1Menyayangi dan menghargai alam sekitarKesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistemP1: memelihara alam sekelilingP2: memulihara alam sekeliling

3.2Keharmonian antara Manusia dengan Alam SekitarKeadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpeliharaP1: hubungan yang harmonis P2: kualiti kehidupan terpelihara

3.3Kemapanan Alam SekitarPengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

P1: pengekalan keseimbangan alam sekelilingP2: tanggungjawab bersama

3.4Peka terhadap isu-isu Alam SekitarPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

P1: prihatin persoalan alam sekelilingP2: berusaha menyelesaikannya

4.Bidang Pembelajaran 4: Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

4.1Cinta akan NegaraPerasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diriP1: sayang/bangga kepada negaraP2: meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2Taat Setia kepada Raja dan negaraKepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan NegaraP1: kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara P2: kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara

4.3Sanggup Berkorban untuk NegaraKerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk NegaraP1: kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu P2: tanda kebaktian untuk negara

5.Bidang Pembelajaran 5: Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

5.1Melindungi Hak Kanak-kanakMembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurnaP1: membela kanak-kanak

P2: memberi naungan kepada kanak-kanakP3: memelihara hak kanak-kanak(pilih mana-mana dua sahaja)

5.2Menghormati Hak WanitaMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negaraP1: melindungi wanita

P2: mengiktiraf wanita

5.3Melindungi Hak PekerjaMenghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negaraP1: menghormati perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerjaP2: menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerjaP3: mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja(pilih mana-mana dua sahaja)

5.4Menghormati Hak Golongan Kurang BerupayaMemberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.P1: memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupayaP2: mengiktiraf golongan kurang berupaya sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5Melindungi Hak PenggunaMembela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasiP1: membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmuP2: mendapat perkhidmatan/barangan berkualiti

6.Bidang Pembelajaran 6: Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

6.1Mematuhi Peraturan dan Undang-undangMenerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu beradaP1: menerima peraturan dan undang- undangP2: mematuhi peraturan dan undang- undang

6.2Kebebasan BersuaraKebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteramanP1: bebas berucap dengan batasanP2: bebas mengeluarkan fikiran dengan batasan

6.3Kebebasan BeragamaKebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembangan MalaysiaP1: kebebasan menganuti agamaP2: kebebasan mengamalkan agama

6.4Penglibatan Diri dalam Pembangunan NegaraKebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan MalaysiaP1: kebebasan untuk melibatkan diriP2: mematuhi peraturan/undang- undang/Perlembagaan Malaysia

6.5Sikap keterbukaanBersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat MalaysiaP1: memberi pandangan, pembaharuan

dan kritikanP2: menerima pandangan,

Pembaharuan dan kritikan

7.Bidang Pembelajaran 7: Nilai Berkaitan Dengan Keamanan & Keharmonian

7.1Hidup Bersama Secara AmanHidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.P1: hidup berbaik-baik

P2: mengutamakan kedamaian/ keharmonian hidup

7.2Saling Membantu dan BekerjasamaUsaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamatP1: usaha yang baik dan membina

P2: dilakukan bersama

7.3Saling Menghormati antara NegaraMenghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagatP1: menghargai hubungan

P2: memuliakan hubungan

Disediakan oleh:

LEONG WAI YENKetua Panitia Pendidikan Moral

SMK PandanPage 2 of 4