newwww

18
GARIS PANDUAN dan ETIKA PENGGUNAAN INTERNET &

Upload: norlina-rawina

Post on 29-Jul-2015

87 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN dan

ETIKA PENGGUNAAN

INTERNET

&

Garis Panduan & Etika

Penggunaan Internet

TATACARA PENGGUNAAN

INTERNET

TATACARA PENGGUNAAN

E-MEL

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

Hak Akses Pengguna

Memilih Laman

Pengesahan Maklumat

Perbincangan Awam

Muat Turun Bahan

Muat Naik Bahan

a) HAK AKSES PENGGUNAHak akses membantu melicinkan pentadbiran @ memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya adalah hak milik Kerajaan.

b) MEMILIH LAMANLaman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja & terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.

c) PENGESAHAN MAKLUMATBahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan & kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.

d) MUAT NAIK BAHANBahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak & mendapat pengesahan drpd Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

e) MUAT TURUN BAHAN Hanya bahan yang sah dibenarkan untuk dimuat turun seperti perisian yang berdaftar & di bawah hak cipta terpelihara. Bahan yang dimuat turun hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.

f) PERBINCANGAN AWAMHanya pegawai yang mendapat kebenaran boleh melibatkan diri & menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup & bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar & tatacara yang telah ditetapkan.

Perkara yang melanggar tatacara penggunaan Internet:

a) Memuat naik, memuat turun, menyimpan & menggunakan perisian tidak berlesen.

b) Menyedia & menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan.

c) Menyedia, memuat naik, memuat turun & menyimpan material, teks ucapan, imej @ bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah.

d) Menyedia, memuat naik, memuat turun & menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah @ hasutan yang boleh memburuk & menjatuhkan imej Kerajaan.

e) Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup & bulletin board.

f) Memuat naik, memuat turun & menyimpan @ teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara & menakutkan pengguna internet yang lain.

g) Memuat turun, menyimpan & menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video & lagu.

h) Menggunakan kemudahan chatting melalui internet.

e) Menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi.

f) Menjalankan aktiviti-aktiviti komersial & politik.g) Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan

bahan yang membabitkan perjudian, senjata & aktiviti pengganas.

h) Memuat naik, memuat turun, menghantar & menyimpan kad elektronik, video, lagu & kepilan fail melebihi saiz 2 MB yang boleh mngakibatkan kelembapan perkhidmatan & operasi sistem rangkaian komputer

i) Menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke internet.

TATACARA PENGGUNAAN

E-MEL

E-MEL• E-mel merupakan aplikasi yang membolehkan

pengguna berkomunikasi dalam bentuk mesej elektronik.

• E-mel membolehkan komunikasi dua hala dengan pantas & lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

• Terdapat dua kategori e-mel rasmi iaitu:

1. E mel Rasmi• E-mel yang mengandungi maklumat @ perkara rahsia

rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia @ Rahsia Besar.

2. E-mel Bukan Rasmi• E-mel yang tidak mengandungi maklumat @ perkara

rahsia rasmi.

KAEDAH PENGGUNAAN E-MELa)PEMILIKAN AKAUN E-

MELAlamat e-mel yang diperuntukkan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain yang dikongsi bersama adalah dilarang.

c)PENGHANTARAN penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan e-mel rasmi & pastikan e-mel penerima adalah betul.

b)FORMATE-mel adalah salah satu saluran rasmi kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh & logo rasmi.

Penggunaan huruf besar tidak digalakkan & dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf kecil & huruf besar digunakan.

d)PENGHANTARAN BERSAMA FAIL KEPILANpenghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat & elakkan menghantar & menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2 MB.

e)PENERIMAAN pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui @ diragui.

f) MENGENAL PASTI IDENTITI PENGGUNAsetiap pengguna perlu mengenal pasti & mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi & transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan untuk me;indungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

g)PENYIMPANAN Setiap e-mel rasmi yang dihantar @ diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masing-masing.

Jumlah e-mel yang disimpan hendaklah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan & mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan.

h)PEMUSNAHAN & PENGHAPUSAN e-mel yang tidak penting & tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan & tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. (Contoh: draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman & brosur).

i) TARIKH & MASA SISTEM KOMPUTERSebelum sesuatu mesej dihanatr, perlu ditentukan tarikh & masa sistem komputer adalah tepat.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

1. Menggunakan akaun @ alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan.

2. Memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan.

3. Menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri keselamatan yang sesuai.

4. Memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan.

5. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri.

6. Berhenti & memutuskan talian dengan serta- merta sekiranya kakitangan menerima & disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan.

7. Mengadakan salinan @ penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket bagi tujuan keselamatan.

TERIMA KASIH