negeri sabah [bil.f.1101/83/42 penggunaan ......negeri sabah page 2 of 26...

26
NEGERI SABAH Page 1 of 26 file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00 NEGERI SABAH [Bil.F.1101/83/42 PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI BIL.3 TAHUN 1993 PENGGUNAAN BORANG-BORANG BARU BAGI PENGURUSAN HARTA MODAL, INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT SERTA DAFTAR MODAL BAGI KATEGORI KENDERAAN DAN LOJI Surat Pekeliling ini dikeluarkan sejajar dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 bertarikh 9 Februari 1991 mengenai penggunaan bagi perkara-perkara seperti yang tersebut di atas. 1. TUJUAN 1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat melalui penggunaan borang-borang baru di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. 2. LATARBELAKANG 2.1 Pada masa ini segala pengawalan stok dari segi penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pinjaman, dinyatakan di dalam Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor (TPS) berserta dengan borang-borang yang perlu digunakan. Bagi stok bekalan pejabat dan inventori tidak ada borang tertentu yang dinyatakan di dalam TPS. Walau bagaimanapun, untuk bekalan pejabat, Buku Stok (S.F. 27) telah digunakan untuk merekodkan segala penerimaan dan pengeluaran bekalan pejabat. Sementara itu tidak ada borang khususyang disediakan untuk merekodkan inventori. Borang yang digunakan pada masa ini berbeza di antaraKementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan. Bagi Loji dan mesin-mesin pejabat, daftar yang digunakan ialah Daftar Loji (S.F. 26). Apa yang terdapat di dalam TPS ialah Daftar Loji dan Alat-alat (KEW 300-Y) yang digunakan untuk merekodkan penggunaan alat-alat di sesuatu tempat kerja, woksyop atau tempat-tempat yang seumpamanya. 2.2 Bagi menyeragamkan penggunaan Daftar Harta Modal, Inventori dan Bekalan Pejabat dan Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori, yang mana merupakan tambahan kepada TPS, beberapa borang baru telah disediakan atau borang lama diubahsuai untuk memudahkan sesuatu

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NEGERI SABAH Page 1 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    NEGERI SABAH [Bil.F.1101/83/42

    PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI BIL.3 TAHUN 1993

    PENGGUNAAN BORANG-BORANG BARU BAGI PENGURUSAN HARTA MODAL, INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT SERTA DAFTAR MODAL BAGI KATEGORI KENDERAAN DAN LOJI

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan sejajar dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 bertarikh 9 Februari 1991 mengenai penggunaan bagi perkara-perkara seperti yang tersebut di atas.

    1. TUJUAN

    1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat melalui penggunaan borang-borang baru di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.

    2. LATARBELAKANG

    2.1 Pada masa ini segala pengawalan stok dari segi penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan

    pinjaman, dinyatakan di dalam Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor (TPS)

    berserta dengan borang-borang yang perlu digunakan. Bagi stok bekalan pejabat dan inventori tidak ada borang tertentu yang dinyatakan di dalam TPS. Walau bagaimanapun, untuk bekalan pejabat, Buku Stok (S.F. 27) telah digunakan untuk merekodkan segala penerimaan dan pengeluaran bekalan pejabat. Sementara itu tidak ada borang khususyang disediakan untuk

    merekodkan inventori. Borang yang digunakan pada masa ini berbeza di antaraKementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan. Bagi Loji dan mesin-mesin pejabat, daftar yang digunakan ialah Daftar Loji (S.F. 26). Apa yang terdapat di dalam TPS ialah Daftar Loji dan Alat-alat (KEW 300-Y) yang digunakan untuk merekodkan penggunaan alat-alat di sesuatu tempat kerja, woksyop atau tempat-tempat yang seumpamanya.

    2.2 Bagi menyeragamkan penggunaan Daftar Harta Modal, Inventori dan Bekalan Pejabat dan Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori, yang mana merupakan tambahan kepada TPS, beberapa borang baru telah disediakan atau borang lama diubahsuai untuk memudahkan sesuatu

  • NEGERI SABAH Page 2 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    harta modal, inventori dan bekalan pejabat itu dikesan.

    2.3 Pada masa ini rekod-rekod berkaitan dengan pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dikendalikan dengan menggunakan lima (5) jenis borang utama iaitu:-

    (i) Daftar Loji (S.F. 26) (ii) Daftar Loji dan Alat-alat (KEW 300-Y) (iii) Buku Rekod/Daftar Perabot dan Kelengkapan (S.F. 16) (iv) Buku Daftar/Stok Alatulis (S.F. 27) (v) Daftar Pinjaman (KEW 300-B)

    2.4 Diperhatikan bahawa pengurusan rekod-rekod tersebut di atas telah menimbulkan beberapa

    kelemahan terutama sekali dari segi penggunaan borang-borang yang tidak seragam di antara Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Ketidak seragaman ini menyebabkan pengawalan dan pengesanan ke atas harta modal, inventori dan bekalan pejabat kurang cekap dan tidak berkesan.

    2.5 Asas penyediaan borang baru adalah seperb berikut:-

    (i) Keperluan merekodkan butir-butir asas mengenai harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Pihak pengurusan perlu mempastikan semua data berkaitan dicatatkan mulai dari tarikh perolehan. Sekiranya rekod-rekod tersebut tidak dikemaskinikan, adalah sukar untuk mana-mana pihak mengawasi penggunaan aset terutama apabila ia melibatkan keputusan untuk tindakan penyenggaraan atau gantian.

    2

    (ii) Merekodkan lokasi harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Usaha ini akan memudahkan pihak pengurusan untuk mengawas dan mengesan pergerakan sesuatu harta modal, inventori dan bekalan pejabat.

    (iii) Mewujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi memudahkan pihak pengurusan mencapai penggunaan yang optima serta pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang cekap. Dengan sumber-sumber yang terhad untuk

  • NEGERI SABAH Page 3 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    memberi perkhidmatan kepada sektor awam, pengawasan terhadap aset dan pengurusannya akan membolehkan maklumat-maklumat penting diperolehi mengenai penggunaan atau peruntukan sumber-sumber di mana ianya diperlukan. Keadaan ini hanya boleh berlaku sekiranya terdapat maklumat yang lengkap dan kemaskini.

    2.6 Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas dan keperluan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran di dalam penggunaan harta modal, inventori dan bekalan pejabat, perubahan- perubahan yang sejajar terhadap prosidur-prosidur sekarang dm borang-borang yang baru telah dibentuk.

    3. PENGGUNAAN BORANG-BORANG BARU

    3.1 Untuk memenuhi tujuan-tujuan seperti di perenggan 2.5 dan 2.6, enam (6) borang baru telah diperkenalkan untuk menggantikan lima (5) borang lama. Borang-borang berkenaan adalah seperti berikut:-

    Borang Baru Borang Lama

    (a) Daftar Harta Modal (a) Daftar Loji (S.F. 26); (KEW 312,312A) dan Daftar Loji dan Alat-alat (KEW 300-Y)

    (b) Daftar Inventori (KEW 313) (b) Buku Rekod/Daftar Perabot dan Kelengkapan (S.F. 16)

    (c) Daftar Stok Bekalan (c) Buku Daftar/Stok Alatulis (S.R 27) Pejabat (KEW 314) (d) Daftar Pergerakan Harta Modal (d) Daftar Pinjaman (KEW 300-B) dan Inventori (KEW 315)

    (e) Daftar Harta Modal - Kategori Kenderaan (KEW N 001)

    (f) Daftar Pindahan Harta Modal - Kategori Kenderaan (KEW N 002)

    3.3 Dengan terkeluarnya Pekeliling Perbendaharaan ini, maka borang baru seperti Daftar Harta

    Modal (KEW 312, 312A) akan menggantikan borang Daftar Loji dan Daftar Loji dan Alat-alat

  • NEGERI SABAH Page 4 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    (KEW 300-Y) seperti yang terdapat di Lampiran Y Panduan 236 Panduan Perbendaharaan- Tatacara Pengurusan Stor, manakala borang baru daftar Pergerakan HartaModal dan Inventori (KEW 315) akan menggantikan borang Daftar Pinjaman (KEW 300-B).

    3.4 Perhatian Pegawai Pengawal adalah ditarik terhadap penggunaan borang baru untuk perkara 3.1 (e) dan (f). Kementerian ini telah menyediakan borang-borang tersebut untuk diisi dan dilengkapi sepenuhnya oleh Ketua Jabatan/Pegawai Pengawal dan borang-borang tersebut hendaklah dikem- balikan ke Kementerian ini dengan kadar yang segera untuk direkod dan simpanan dalam Sistem Komputer Kementerian sebagai bahan rujukan.

    4. PELAKSANAAN PENGGUNAAN BORANG BARU

    4.1. Pelaksanaan penggunaan borang-borang baru ini adalah seperti berikut:-

    (i) Bagi perolehan harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang baru, tarikh penguatkuasaan borang-borang ini ialah1 Mei 1991.

    (ii) Bagi harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang sedia ada, maklumat mengenainya hendaklah dipindahkan daripada borang lama kepada borang baru dengan secepat mungkin tetapi tidak melebihi satu tahun dari 1 Mei 1991.

    (iii) Borang lama hendaklah disimpan untuk tujuan audit; dan

    (iv) Borang (KEW N 001, N 002) adalah di dalam bentuk kad dan hendaklah difailkan susunan tarikh kenderaan-kenderaan tersebut dibeli/didaftar. Borang-borang ini hendaklah dilengkapi sepenuhnya oleh Ketua Jabatan/ Bahagian dan borang-borang tersebut hendaklah dikembalikan ke Kementerian ini tidak lewat daripada 30 September 1993.

    5. PESANAN BORANG

    5.1 Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah memesan borang-borang baru ini daripada Jabatan Cetak Negeri.

    3

    5.2 Borang 312,312A, 313, KEW N 001, KEW N 002 dan KEW 003 adalah di dalam bentuk kad dan

  • NEGERI SABAH Page 5 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    hendaklah disimpan di dalam fail keras (2 ring hard-cover file) yang boleh dipesan daripada Pencetak Kerajaan Negeri manakala borang 314 dan 315 masih di dalam bentuk buku.

    6. MASALAH ATAU KEMUSYKILAN

    6.1 Semua Jabatan Kerajaan hendaklah menggunakan borang-borang ini bagi maksud pendaftaran harta modal dan inventori harta benda Kerajaan. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan terhadap perkara-perkara tertentu dalam penggunaan borang-borang ini, maka ianya bolehlah dirujuk terus kepada Bahagian Stor dan Kontrak, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

    7. TARIKH KUATKUASA

    7.1 Pekeliling Perbendaharaan ini berkuatkuasa dengan serta merta.

    Sekian, terima kasih.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

    (DATUK (DATU) KHALI L BIN DATU HAJI JAMALUL)

    Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, KOTA KINABALU.

    Tarikh: 29 Mei 1993.

    s.k. Pengarah Audit Jabatan Audit KOTA KINABALU

    Bendahari Negeri Jabatan Bendahari Negeri KOTA KINABALU

    Diedarkan kepada: Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Negeri Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah Kecil.

  • NEGERI SABAH Page 6 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    5 LAMPIRAN A

    CONTOH FORMAT BORANG-BORANG BARU

    1. Daftar Harta Modal (Kew 312, 312A)

    2. Daftar Inventori (Kew 313)

    3. Daftar Stok Bekalan Pejabat (Kew 314)

    4. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)

    6

    KEW 312 DAFTAR HARTA MODAL (Bil.Kad: )

    KEM./JAB.: _______________________________________________

    BHG.: ___________________________________________________

    BUTIR-BUTIR HARTA Kategori: Kos dan Tarikh Dibeli/Diterima:Jenis: No.Pesanan Kerajaan:Jenama dan Model: Pembekal:Jenis dan No.Enjin*: No.Rujukan Fail:No.Casis/Siri Pembuat: Aksesori: No.Siri Pendaftaran:........................................................... Tarikh: ................ Tandatangan Pegawai yang Bertanggungjawab

    PENEMPATANLokasi

    Tarikh

    Tandatangan

  • NEGERI SABAH Page 7 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    PEMERIKSAAN HARTA MODAL**

    Tarikh

    T/Tangan S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bcrtarikh 8 November l990

    PELUPUSAN Tarikh : __________________________________________________

    Rujukan : _________________________________________________

    Tandatangan : ______________________________________________ ** Sila Rujukan kepada TPS 238, 239 dan 240

    7

    BUTIR-BUTIR PENYENGGARAAN HARTA MODAL

    BAHAGIAN B Tarikh

    ServislPembaikanButir-butir ServislPembaikan* No. Pesanan

    Kerajaanl No. Inden

    Tempat PembelianlServislPem

    *Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika senarai alatganti terlalu panjang

  • NEGERI SABAH Page 8 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    ** Sila jumlah kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bcrtarikh 8 November l990

    8 Kew 312 A

    (Bil.Kad: ) BUTIR-BUTIR PENYENGGARAAN MODAL

    KEM/JAB : _____________________________________

    BHG : ________________________________________ Jenis, Jenama Model : No. Siri Pendaftaran :

    BAHAGIAN B (Sambungan) Tarikh

    Servis/PembaikanButir-butir Servis/Pembaikan* No. Pesanan

    Kerajaan/ No. Inden

    Tempat PembelianlServislPem

    *Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika senarai alatganti terlalu panjang. ** Sila jumlah kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan. S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bcrtarikh 8 November l990

    9 BUTIR-BUTIR PENYENGGARAAN HARTA MODAL

    Tarikh ServislPembaikan

    Butir-butir Servis/Pembaikan* No. Pesanan Kerajaan/

    Tempat PembelianlServislPem

  • NEGERI SABAH Page 9 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    No. Index *Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika senarai alatganti terlalu panjang ** Sila jumlah kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSP)K(2.07)573-1 JD.3(13)bcrtarikh 8 November l990

    10

    KEW 313

    (Bil.Kad: )

    DAFTAR INVENTORI

    KEM/JAB : _____________________________ KATEGORI : ____________________

    BHG : ________________________________ JENIS: ______________________

    Bil.Butiran Kuantiti No.

    Pesanan kerajaan

    Tarikh Dibeli

    Kos Seunit

    No. Siri Pendaftaran Loj

    Lokasi Pelu

    Rujukan Tan

  • NEGERI SABAH Page 10 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    * Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika senarai alatganti terlalu panjang. **Sila jumlahkan kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan. S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bertarikh 8 November l990

    11 No.

    PesananTarikh Kos No. Siri Pe

    Bil. Butiran Kuantiti Kerajaan Dibeli Seunit Pendaftaran Lokasi Rujuka

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bertarikh 8 November l990

    12

    KEW 314

    DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT

    KEM/JAB.: ________________________________________

    BHG.: ___________________________________________

  • NEGERI SABAH Page 11 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    JENIS: ___________________________________________ UNIT PENGUKURAN: __________________

    Bil. No. Pesanan

    DiterimaDaripada/ Dikeluarkan Kepada

    Tarikh Kuantiti

    Terimaan Keluaran Baki

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bertarikh 8 November l990

    13

    Bil. No. Pesanan

    Diterima Daripada/ Dikeluarkan Kepada

    Tarikh Kuantiti

    Terimaan Keluaran Baki

  • NEGERI SABAH Page 12 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM) (3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK(2.07)573-1 JD.3(13)bertarikh 8 November l990

    14

    KEW 315 DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI

    Jenis: No. Siri Pcmbuat:

    Jenama dan Model: No. Siri Pendaftaran:

    PegawaiM

    Tarikh Tandatangan Ketika Dikeluarkan

    Bil. Nama Peminjam Dikeluarkan Jangka Dipulangkan

    Peminjam Tanda- tangan

    Tarikh

    S (K & B) (2.00) 735/3/1-68 JD. 6/(SEM)(3) bertarikh 9 Februari 1991 YSPK (2.07) 573-1 JD.3(13) bertarikh 8 November l990

    15

    LAMPIRAN B

    PENJELASAN TERPERINCI BORANG-BORANG BARU

  • NEGERI SABAH Page 13 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    16

    PENJELASAN TERPERINCI BORANG-BORANG BARU

    DAFTAR HARTA MODAL (KEW 312,312A)

    1.1 Harta Modal ialah barang-barang takluak yang bernilai RM500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan. Barang-barang ini tidak termasuk perabot, permaidani, langsir dan seumpamanya yang diperolehi tanpa mengira kos.

    1.2 Daftar Harta Modal di dalam bentuk kad diperkenalkan untuk merekod semua jenis harta modal

    yang diperolehi. Ia mengandungi dua bahagian iaitu:

    BAHAGIAN A - merekodkan semua maklumat berhubung dengan pembelian, penempatan,

    pemeriksaan dan pelupusan.

    BAHAGIAN B - merekodkan semua penyenggaraan seperti pembaikan dan pembelian segala alat-ganti.

    1.3 Sistem kad ini diperkenalkan bagi memudahkan penrekodan segala pembelian dan penyenggaraan di dalam ruang yang disediakan dan memudahkan penyusunan rekod mengikut abjad. Dengan sistem ini segala rekod yang disimpan akan diseragamkan di mana ianya akan memudahkan kerja-kerja pengawalan dan penyenggaraan.

    1.4 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini.

    1.5 Butir-butir maklumat di dalam Daftar Harta Modal tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu:

    KEW 312 (BAHAGIAN A)

    (a) Kategori Kategori harta modal misalnya: (i) Kenderaan; (ii) Loji; (iii) Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat; dan sebagainya.

    (b) Jenis Jenis harta modal di dalam kategori "Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat" misalnya: (i) Kamera; (ii) Komputer; (iii) MesinPenyalin; (iv) Mesin Taip; (v) Televisyen; dan sebagainya.

    (c) Jenama dan Model Jenama dan model harta modal berkenaan seperti "Proton Saga 1.51 Otomatik".

  • NEGERI SABAH Page 14 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    (d) Jenis dan No. Enjin Jenis dan nombor enjin (jika harta ini adalah kenderaan)

    (e) No. Casis/Siri Pembuat Nombor casis bagi kenderaan atau nombor siri pembuat bagi peralatan pejabat.

    (t) No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri pendaftaran kenderaan atau nombor siri rekod pejabat.

    (g) Kos dan Tarikh Dibeli/Diterima Harga termasuk kos pengangkutan/insurans (jika ada) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan dengan pembelian tersebut.

    (h) No. Pesanan Kerajaan Nombor rujukan pesanan kerajaan yang dikeluarkan untuk pembelian harta modal berkenaan. Jika harta modal tersebut diperolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan- contohnya "hadiah".

    (i) Pembekal Nama pembekal.

    17

    (j) No. Rujukan Fail Nombor rujukan fail yang mengandungi reked-rekod mengenai pembelian harta modal berkenaan.

    (k) Aksesori Senaraikan aksesori-aksesori yang dilengkapkan bersama harta modal ini.

    (l) Tandatangan Tandatangan pegawai yang bertanggungjawab mengesahkan butir-butir di atas serta tarikh.

    (m) Penempatan Penempatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan* penem- patan perlu direkodkan dan ditandatangani oleh pegawai di Bahagian Pengguna.

    Pindahan* Sekiranya sesuatu harta modal dipindah keluar secara tetap daripada pejabat yang mengawalnya, kad Daftar Harta Modal asal hendaklah dihantar bersama-sama dengan harta modal berkenaan kepada pejabat yang menerimanya. Satu salinan kad Daftar Harta Modal tersebut hendaklah disimpan dengan menulis perkataan "Dipindah ..............................

  • NEGERI SABAH Page 15 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    (Ruj.: ............................ )" di dalam fail yang berasingan berhubung dengan rekod harta modal yang dipindah.

    Selepas butir-butir di atas diisi, pegawai yang bertanggungjawab perlu menandatangani di ruang yang disediakan serta tarikh.

    (n) Pemeriksaan Harta Modal Ketua Jabatan hendaklah mengaturkan pemeriksaan ke atas harta modal sebagaimana yang dlikehendaki di dalam TPS para 238, 239 dan 240.

    (o) Pelupusan Pegawai berkenaan hendaklah mencatatkan tarikh, No. fail dan tandatangan, bila sesuatu harta modal itu diluluskan untuk pelupusan oleh Perbendaharaan atau Pegawai Pengawal di mana berkenaan.

    KEW 312 (BAHAGIAN B) Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini, adalah seperti berikut:

    (a) Tarikh Servis/Pembaikan Tarikh servis atau pembaikan yang telah dilakukan bagi harta modal berkenaan.

    (b) Butir-butir Servis/Pembaikan Keterangan lanjut mengenai apa yang telah dibaiki atau diservis termasuk alat-ganti yang dibeli.

    (c) No. Pesanan Kerajaan/No. Inden Nombor rujukan pesanan kerajaan/nombor inden.

    (d) Tempat Pembelian/Servis/Pembaikan Nama syarikat di mana alat-ganti dibeli atau pembaikan dibuat.

    (e) Kos Kos alat-ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali.

    (f) Tandatangan Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyenggaraan harta modal itu.

    1.6 KEW 312A Borang ini merupakan sambungan kepada Borang KEW 312. la hanya digunakan selepas ruangan di KEW 312 (Bahagian B) telah habis digunakan.

    2. DAFTAR INVENTORI (KEW 313)

    2.1 Inventori ialah barang-barang takluak yang bernilai kurang dari RM500.00 - setiap satu

  • NEGERI SABAH Page 16 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    pada masa perolehan. Walau bagaimanapun, barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk di dalam kategori inventori tanpa mengira kos.

    18

    2.2 Daftar Inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini juga adalah di dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan juga semasa membuat rujukan. Kad-kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad.

    2.3 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merckod penggunaan borang ini.

    2.4 Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

    (a) Kategori Kategori inventori misalnya (i) Peralatan dan kelengkapan pejabat; (ii) Perabot, permaidani dan langsir; dan sebagainya.

    (b) Jenis Jenis inventori di dalam kategori "Peralatan dan Kelengkapan Pejabat" misalnya- (i) Alat pengira; (ii) Kipas angin; dan sebagainya Jenis inventori di dalam kategori "Perabot, Permaidani dan Langsir" misalnya- (i) Kerusi, (ii) Meja; (iii) Langsir, dan sebagainya.

    (c) Bil Bilangan mengikut urutan biasa.

    (d) Butiran Perihal inventori yang diperolehi misalnya- (i) Kerusi eksekutif; (ii) Meja kerani; (iii) Rak bertutup; dan sebagainya.

    (e) Kuantiti Jumlah unit inventori yang diperolehi.

    (f) No. Pesanan Kerajaan Nombor rujukan pesanan kerajaan.

    (g) Tarikh dibeli Tarikh inventori tersebut dibeli mengikut Pesanan Kerajaan.

  • NEGERI SABAH Page 17 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    (h) Kos Seunit Kos termasuk kos pengangkutan dan insurans (jika ada) bagi setiap unit inventori tersebut.

    (i) No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

    (j) Lokasi Penempatan inventori tersebut.

    (k) Pelupusan Nombor rujukan fail ada pelupusan itu diluluskan oleh Perbendaharaan atau Pegawai Pengawal di mana berkenaan.

    (1) Catatan Apa-apa perkara yang berkaitan.

    (m) Tandatangan Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir yang dicatatkan itu.

    3. DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT (KEW 314)

    3.1 Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alatulis serta kelengkapan pejabat takluak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.

    19

    3.2 Daftar stok Bekalan Pejabat diperkenalkan untuk merekodkan segala perolehan bekalan pejabat- pejabat. Daftar ini adalah di dalam bentuk buku.

    3.3 (a) Jenis Jenis bekalan pejabat seperti barang-barang luak misalnya- (i) Ball pen; (ii) Kertas am; (iii) Gam dan sebagainya.

    Jenis bekalan pejabat seperti barang-barang tak luak misalnya- (i) Gunting; (ii) Stapler; dan sebagainya . (b) Unit Pengukuran Dikira di dalam bentuk batang; kotak; rim dan sebagainya.

  • NEGERI SABAH Page 18 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    (c) Bil Bilangan mengikut urutan biasa.

    (d) No. Pesanan Nombor rujukan pesanan/pesanan kerajaan.

    (e) Diterima Daripada/Dikeluarkan Kepada Nama pembekal atau pegawai yang menerima.

    (f) Tarikh Tarikh bekalan tersebut diterima atau dikeluarkan

    (g) KuantitiTerimaan Bilangan unit bekalan diterima.

    (h) Kuantiti Keluaran Bilangan unit bekalan dikeluarkan.

    (i) Baki Baki bilangan unit bekalan yang ada.

    (j) Penerima Nama dan tandatangan pegawai yang menerima bekalan.

    4. DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI (KEW 315)

    4.1 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori bertujuan untuk merekodkan pergerakan sebarang harta modal atau inventori. Pergerakan yang dimaksudkan adalah pindahan melalui pinjaman atau penempatan sementara.

    4.2 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori adalah di dalam bentuk buku.

    4.3 Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut-

    (a) Jenis Jenis harta modal/inventori misalnya "kamera" atau "televisyen".

    (b) Jenama dan Model Model harta modal/inventori misaknya "Canon TY 700".

    (c) No. Siri Pembuat Nombor siri pembuat harta modal/inventori berkenaan.

    (d) No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

    (e) Bil Bilangan mengikut urutan biasa.

    (f) Nama Peminjam

  • NEGERI SABAH Page 19 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    Nama peminjam.

    20 (g) Tarikh Dikeluarkan Tarikh sebenar harta modal/inventori dikeluarkan atau dipindahkan dari penempatan asal.

    (h) Tarikh Jangka Dipulangkan Tarikh harta modal/inventori berkenaan dijangka dipulangkan.

    (i) Tandatangan Peminjam Peminjam hendaklah memeriksa harta moda/inventori yang dipinjamkan dan menand- tangani ketika mengambilnya.

    (j) Pegawai Mengeluar Pegawai bertanggungjawab mengawasi harta modal/inventori pejabat atau seorang pegawai lain yang telah ditugaskan hendaklah menandatangani ketika harta/inventori dikeluarkan dan dipulangkan serta tarikhnya.

    (k) Catatan Apa-apa perkara yang berkaitan.

    21

  • NEGERI SABAH Page 20 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

  • NEGERI SABAH Page 21 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    22

    PENJELASAN BORANG KEW 001

    1. No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran kenderaan.

    2. No. Rujukan Fail Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod pembelian kenderaan berkenaan.

    3. Jenama dan Model Jenama dan model kenderaan berkenaan contohnya seperti "Proton Saga Otomatik".

    4. No. Enjin Nombor Enjin bagi kenderaan.

    5. No. Casis Nombor casis bagi kenderaan.

    6. Kapasiti Pembawaan Kapasiti pembawaan kenderaan berkenaan contohnya 1500".

    7. Kos Pembelian Harga termasuk kos pengangkutan insurans (jika ada) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan dengan pembelian tersebut.

    8. Tarikh Dibeli

    9. Tarikh Diterima

    10. No. Pesanan Kerajaan Nombor rujukan pesanan kerajaan yang dikeluarkan untuk pembeian kenderaan berkenaan. Jika kenderaan tersebut diperolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan - contohnya "hadiah".

    11. Pembekal Nama Pembekal kenderaan berkenaan.

    12. Aksesori Senaraikan aksesori-aksesori yang dilengkapkan bersama kenderaan.

    13. Nama Pegawai atau Jabatan yang diperuntukkan kenderaan berkenaan.

    14. Sekiranya kenderaan diperuntukkan kepada pegawai sila isikan nombor Kad Pengenalan pegawai tersebut.

    15. Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru jika ada.

    16. Catatan

  • NEGERI SABAH Page 22 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    Hal-hal lain yang berkaitan dengan kenderaan yang berkenaan.

    17. Nama dan tandatangan pegawai pengawal.

    23

  • NEGERI SABAH Page 23 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    KEW 002

  • NEGERI SABAH Page 24 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    24

    PENJELASAN BORANG KEW 002

    1. No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran kenderaan.

    2. No.Rujukan Fail Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod berkenaan dengan kenderaan tersebut.

    3. Nama pegawai atau jabatan yang diperuntukkan.

    4. Sekiranya kenderaan diperuntukkan kepada pegawai, catatkan nombor kad pengenalannya.

    5. Isikan nombor kad pengenalan baru jika ada.

    6. Tarikh Diterima Tarikh kenderaan berkenaan diterima daripada jabatan yang mengeluarkannya.

    7-9. Catatkan nama kenderaan, jabatan dan bahagian yang mengeluarkan kenderaan tersebut.

    10. Catatan Hal-hal lain yang bcrkaitan dengan kenderaan yang berkenaan.

    11. Nama dan tandatangan pegawai pengawal.

    - 25 -

  • NEGERI SABAH Page 25 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

  • NEGERI SABAH Page 26 of 26

    file:\\Blp-training\ecircular\kew 1\htlm\Bil F 1101-83-42.htm 4/5/00

    26

    PENJELASAN BORANG KEW 003

    1. No. Siri Pendaftaran Nombor siri pendaftaran kenderaan.

    2. No.Rujukan Fail Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod pembelian kenderaan berkenaan.

    3. Tarikh Pemeriksaan Tarikh kenderaan berkenaan diperiksa.

    4. Nilai Nilai kenderaan berkenaan pada masa pemeriksaan.

    5. Tarikh Kelulusan Tarikh kelulusan diberi atas pelupusan kenderaan berkenaan.

    6. Tarikh Pelupusan Tarikh kenderaan berkenaan dilupuskan.

    7. Cara pelupusan dilakukan. Tandakan dengan ( x ).

    8. Harga Jualan Harga kenderaan berkenaan semasa dilupuskan.

    9. Catatan Hal-hal lain yang berkaitan dengan kenderaan yang berkenaan.

    10. Nama dan tandatangan pegawai pengawal.