negeri- negeri di malaysia

14
KEDAH Balai Nobat, Alor Setar Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara- upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja. Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah. Bukit Kayu Hitam,Kedah Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa

Upload: nurul-izzah

Post on 09-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

qqq

TRANSCRIPT

Page 1: Negeri- negeri di malaysia

KEDAH

Balai Nobat, Alor Setar

Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja. 

Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah. 

Bukit Kayu Hitam,Kedah

Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam. 

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini. 

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu

Page 2: Negeri- negeri di malaysia

Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak. 

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini. 

Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah

Jambatan Tok Pasai terletak di bahagian utara Kedah, dalam daerah Kota Setar. Ia berfungsi untuk menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke Kampung Ulu, Kuala Kedah di atas Sungai Negeri Kedah melalui Laluan K143. Jambatan Tok Pasai dinamakan sempena seorang pendekar yang juga seorang Ulama yang berasal dari Pasai, Indonesia. Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan Agama Islam dan justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda hingga terpaksa berhijrah dari tempat asalnya. Pengunjung yang menggunakan jalan darat untuk ke Jeti Kuala Kedah Jeti dari arah Kuala Sungai akan melalui jambatan ini. Dari atas jambatan ini, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan seluruh perkampungan di Kuala Kedah dan Sungai Kedah terutamanya semasa matahari terbenam dengan seluas mata memandang. 

Air Terjun Titi Hayun, Daerah Yan

Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Dihiasi denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri. Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung adalah chalet, surau, gerai makanan, kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, dewan terbuka, tandas awam, tempat persalinan dll. 

Balai Seni Negeri Kedah, Alor setar

Page 3: Negeri- negeri di malaysia

Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals". 

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu 抋 dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. 

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. 

Gunung Jerai, Yan

Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu. 

Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur. 

Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah. Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. 

Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung

Page 4: Negeri- negeri di malaysia

Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan baik. 

Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang. 

Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam. 

Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain. 

Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan. 

Muzium Negeri Kedah, Alor Setar

erletak di Lebuhraya Darul Aman, Bandaraya Alor Setar, Muzium Negeri Kedah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambaran tentang sejarah Negeri Kedah. Ia memaparkan pelbagai maklumat dan artifak, dari peradaban kuno di Lembah Bujang, proses pembangunan Kedah menjadi pusat industri dan peristiwa-peristiwa penting hingga ke hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Bunga Emas yang dihantar sebagai ufti tahunan kepada Raja Siam. Selain itu, hayati sejarah pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman, iaitu sistem pengairan perintis

Page 5: Negeri- negeri di malaysia

yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Kedah sebagai lombong padi Malaysia. Paparan yang lain adalah flora dan fauna, modal awal pengangkutan serta media yang didedikasikan untuk tokoh-tokoh terkemuka negara yang berasal dari negara ini. 

Air Terjun Lata Mengkuang, Sik

Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72 dengan kedudukan 12 kilometer dari Pekan Sik atau 95 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Dihubungi oleh jalan raya ke Kampung Weng yang berdekatan Sempadan Negara Malaysia-Thailanddaerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah onlineHutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah onlineTerdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. 

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman

imbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter. 

Sungai Sedim Tree Top Walk, Kulim

Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim adalah sepanjang 950 meter merentasi Sungai Sedim dan merupakan sebuah titian yang terpanjang di dunia. Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pengunjung berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua

Page 6: Negeri- negeri di malaysia

ini dari perspektif yang amat berbeza ketika menyusuri Sungai Sedim Tree Top Walk termasuk pemandangan sungai yang mengalir deras, pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan. esemuanya dapat diterokai dari ketinggian 50 meter dari permukaan tanah. 

PERLIS

TAMAN REKREASI BUKIT AYER

Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

ASEK MELATI

Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik

seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah

pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.

Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik.

Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah

dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang

menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.

Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.

GUA KELAM

Page 7: Negeri- negeri di malaysia

 Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

AMAN HERBA

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

MUZIUM KOTA KAYANG

Page 8: Negeri- negeri di malaysia

     Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga terdapat di sini.

Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik

BANDAR DI RAJA ARAU

Bandar diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering dirujuk sebagai tempat bersemayam Sultan dan Raja negeri di Malaysia. Mungkin ramai dari kita kurang perasan, sebenarnya bandar diraja adalah ibu negeri yang pertama kepada negeri berkenaan kerana kedudukan strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama yang seharusnya dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana menempatkan sejarah dan warisan bangsa yang perlu diteroka oleh generasi muda.

Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi kesayangan Raja Perlis. 

LADANG ANGGUR PERLISPerlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan produk mempelam harumanis, kini telah menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang pertanian melalui projek penanaman anggurnya.Projek tanamam anggur diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit Bintang berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui projek ini, anggur pertama di ladang terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC,

Page 9: Negeri- negeri di malaysia

selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte. Anggur negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus, manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.

TAMAN ULAR REPTILIATaman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

PASAR AHAD WANG KELIAN

Selain Padang Besar, Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.

  PUSAT MEMBELI BELAH PADANG BESAR

Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh projek mencantikkan Pandang Besar.Kompleks Arked Niaga di Padang Besar ini merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai daNgerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.

Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesini tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. */

Page 10: Negeri- negeri di malaysia