9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

29
BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA

Upload: nur-az

Post on 14-Jun-2015

43.678 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

BAB 9

JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI

MALAYSIA

Page 2: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya

boleh: • 1. Memahami erti jentera pentadbiran

kerajaan di negara ini. • 2. Menghuraikan kewujudan dan keperluan

jentera pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri.

• 3. Mengenali dan menghayati prosedur jentera pentadbiran kerajaan yang ada.

Page 3: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.1 PENGENALAN • Ciri utama wujudnya sesebuah negara.• Satu lambang kepada negara Malaysia yang merdeka. • Tanda diuruskan oleh rakyat negara ini sendiri. • Memelihara keamanan serta melaksanakan

pembangunan sosioekonomi demi kepentingan rakyat. • Pentadbir awam merupakan jentera utama kepada

kelancaran pembangunan negara. – Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian.– Terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan

dasar-dasar awam. – Kekal walaupun bertukar pemerintah melalui pilihanraya.

Page 4: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN • Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Kuasa

Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara.

• Organisasi tertinggi yang menjalankan Kuasa Eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri.

• Segala dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam organisasi-organisasi kerajaan yang berkaitan. – a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa

Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Majlis Tanah Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan

– (b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa atau budi bicara kerajaan dan pihak pentadbiran seperti Kementerian, jabatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam.

Page 5: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2.1 Kabinet • Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa

eksekutif Kerajaan Persekutuan dan ini dilakukan di atas nama Yang Di Pertuan Agong (YDPA).

• Dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di dalam Dewan Rakyat.

• Diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Perdana Menteri.

• Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut.

• Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada Yang Di Pertuan Agong tentang pentadbiran negara.

Page 6: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

• Tugas utama Perdana Menteri ialah mempengerusikan kabinet serta mengetuai kerajaan dalam hal-hal berkaitan dasar negara.

• Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

• Dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

• Bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap keputusan dasar yang dibuat oleh kabinet.

• Lazimnya kabinet bermesyuarat sekali seminggu • Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara

(KSN).

Page 7: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2.2 Organisasi Kerajaan yang Ditubuhkan Atas Budi Bicara

• Organisasi-organisasi ini dibentuk atas budi bicara kerajaan bagi membantu melicinkan lagi kelancaran pentadbiran.

9.2.2.1 Kementerian • Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran

Kerajaan Persekutuan.

Page 8: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(a) Jabatan Perdana Menteri • Diketuai oleh Perdana Menteri sendiri• Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri utama

dan Timbalan-timbalan Menteri yang khusus bagi Jabatan Perdana Menteri.

• Jabatan Perdana Menteri merupakan kementerian yang amat penting.

• Sebagai perancang, perumus dan penyelaras segala dasar negara• Menentukan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar oleh

kementerian-kementerian • Terdapat berbagai unit, bahagian atau jabatan tertentu dibawahnya

– (i) Bahagian Perancangan Ekonomi – Unit Perancangan Ekonomi Negara (EPU)

– (ii) SERU – Sosio-Economy Research Unit – (iii) MAMPU – Manpower Administration & Modernisation Planning

Unit – (iv) JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Page 9: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(b) Kementerian-Kementerian • Khususan untuk sektor-sektor penting di dalam negara. • Diketuai oleh seorang menteri yang bertanggungjawab di dalam

melaksanakan bidang kuasa yang disebut Portfolio. • Bertanggungjawab menggubal dasar, merancang program dan

melaksanakannya di bawah arahan polisi seorang menteri. • Struktur organisasi terdiri daripada ibu pejabat kementerian,

jabatan dan perbadanan di bawah kawalannya. • Pegawai Tadbir Utama di kementerian pada kebiasaannya ialah

Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan terutamanya dari Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

• Menteri yang memegang portfolio pula selalunya dibantu oleh seorang atau kadang kala dua orang Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen.

• Setiausaha Parlimen dilantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara

Page 10: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2.2.2 Jabatan • Agensi pentadbiran kerajaan di bawah tanggungjawab

sesebuah kementerian. • Melaksanakan perkara-perkara dan dasar-dasar seperti

yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian masing-masing.

• Kebanyakannya mempunyai ibu pejabat di peringkat kementerian dan cawangan-cawangan di peringkat negeri.

• Cawangan diwujudkan untuk membantu ibu pejabat kementerian, melancarkan pentadbiran dan juga memudahkan rakyat.

• Gelaran ketua jabatan berbeza-beza menurut tugas masing-masing– Ketua Polis Negara (KPN). – Pengarah Negeri dan pegawai daerah

Page 11: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2.2.3 Perbadanan Awam

• Ditubuhkan untuk membantu kelancaran pentadbiran kerajaan dengan memberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas beberapa perkara.

• Diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah Akta Syarikat.

• Terdapat dua jenis Perbadanan Awam iaitu – (a) Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

dan Enakmen DewaUndangan Negeri. Sebagai contoh ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

– (b) Badan-badan yang Tidak Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965. taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor swasta dan bergerak secara bebas di dalam kegiatan ekonomi. Apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki sama ada sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti MAS, PERNAS, BBMB dan MISC.

Page 12: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.2.3 Organisasi di Bawah Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

• Dua organisasi penting yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Suruhanjaya, dan Majlis. (a) Suruhanjaya

• Terdapat dua jenis suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan Persekutuan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Perkhidmatan.

• Kerajaan juga boleh menubuhkan Suruhanjaya Khas• Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah

memperuntukkan penubuhan tiga suruhanjaya– (i) Suruhanjaya Pilihan Raya – (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan – (iii) Suruhanjaya Khas untuk tujuan tertentu

Page 13: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

• Suruhanjaya Perkhidmatan pula ditubuhkan untuk memberi layanan yang adil kepada semua anggota perkhidmatan dari segi pelantikan, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib.

• Terdapat lima Suruhanjaya Perkhidmatan– (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pasukan Polis – (iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan – (iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan – (v) Majlis Angkatan Tentera

• Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong

setelah berunding dengan majlis Raja-Raja.• Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong

setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

• Ahli-ahli Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan kerana sebab-sebab tertentu dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.

Page 14: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(b) Majlis-Majlis Terdapat dua jenis Majlis yang ditubuhkan di dalam system

kerajaan iaitu • (i) Majlis yang ditubuhkan di bawah peruntukan

Perlembagaan Malaysia.

– Ditubuhkan untuk melicinkan tugas-tugas pentadbiran seperti strategi dan menyelaras sesuatu dasar.

– Terdapat empat buah majlis yang telah ditubuhkan di bawah peruntukan ini, iaitu Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis Angkatan Tentera.

Page 15: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

• (ii) Majlis yang ditubuhkan untuk membantu melicinkan perjalanan jentera pentadbiran

kerajaan. – Ditubuhkan berasaskan kepentingan atau keperluan

pentadbiran kerana sesuatu atau kejadian atau perkara penting seperti: • Majlis Tindakan Negara – ditubuhkan untuk menyelaras

perlaksanaan semua program dan projek pembangunan. • Majlis Ekonomi Negara – ditubuhkan untuk bertanggungjawab

mengenai semua aspek ekonomi negara seperti jawatankuasa ad-hoc MAPEN yang pernah mewujudkan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diwujudkan bagi membantu menguruskan dan mencari jalan untuk mengatasi kegawatan ekonomi.

• Majlis Keselamatan Negara – ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Page 16: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

• Lazimnya struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang sama.

• Berbeza sedikit di negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.

9.3.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan

• Kuasa Eksekutif terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.

• Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) atas nama raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri masing-masing.

• Sarawak dijalankan oleh Majlis Tertinggi. • Sabah pula badan yang sama taraf disebut kabinet.

Page 17: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

• Organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat pentadbiran negeri.

• Dalam banyak perkara Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri harus bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

• Diketuai oleh Menteri Besar bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Ketua Menteri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pemerintahan beraja.

• Dilantik di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri dan mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan tersebut.

• Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mestilah atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri melantik tidak lebih daripada lapan atau kurang daripada empat orang ahli lain dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

• Di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdapat tiga ahli pegawai (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

• Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Setiausaha kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Page 18: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.2 Jabatan • Terdapat dua jenis jabatan di peringkat negeri, iaitu jabatan negeri, dan

cawangan jabatan persekutuan.• Jabatan-jabatan negeri dibahagikan kepada jabatan negeri yang

bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, dan jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

9.3.2.1 Jabatan Negeri • Hubungan secara langsung dengan pentadbiran utama kerajaan negeri. Di

antara jabatan negeri yang paling penting ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Page 19: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(a) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

• Merupakan jabatan negeri yang utama dan merupakan nadi pentadbiran di peringkat negeri.

• Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri - pegawai pentadbir utama dan penasihat pentadbir utama kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

• Di Sarawak dikenali sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri• Di Sabah dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri. • Pusat untuk merancang dan menyelaras dasar negeri di

samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk pejabat-pejabat daerah.

Page 20: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(b) Pejabat Kewangan Negeri • Pejabat Kewangan Negeri merancang dan melaksanakan dasar-

dasar kewangan dan belanjawan kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran pembangunan ekonomi negeri yang pesat.

• Mengusahakan cara-cara untuk mencari dan mendapatkan sumber kewangan wang untuk kegunaan Kerajaan Negeri.

(c) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri

• Bertanggungjawab untuk memberikan nasihat mengenai berbagai-bagai perkara berkaitan dengan undang-undang kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Page 21: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(d) Unit Perancang Ekonomi Negeri • Bertanggungjawab merancang dan menyelaras usaha-usaha

pembangunan ekonomi negeri. • Menyelaraskan penyediaan rancangan-rancangan pembangunan negeri

lima tahun. • Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri atas masalah-masalah

ekonomi negeri yang umum.

9.3.2.2 Jabatan Negeri dan Persekutuan • Terdapat jabatan-jabatan yang mempunyai tanggungjawab kepada kedua-

dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.– Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jabatan Parit dan Taliair.

Page 22: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.2.3 Jabatan Persekutuan di Negeri-Negeri • Untuk memudahkan dan melancarkan lagi proses pentadbiran selain

memberi kemudahan kepada rakyat. – Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri.

9.3.2.4 Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Pejabat Kewangan Persekutuan • Menyelaras aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan dan perbadanan-perbadanan

awam persekutuan di negeri.• Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai-pegawai awam persekutuan

dan menjaga kepentingan kerajaan persekutuan termasuk harta benda. • Diketuai oleh seorang Setiausaha Persekutuan. • Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada Kementerian

Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas tugas kewangan seperti pemeriksaan anggaran belanjawan agensi-agensi persekutuan di Sabah dan Sarawak.

Page 23: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.3 Suruhanjaya • Kerajaan-Kerajaan Negeri boleh menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya

berbentuk tetap atau khas.• Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau Sultan atau yang

Di Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau ketua Menteri. – Contoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi negeri yang

tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri ini, pelantikan ke jawatan-jawatan negeri dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan.

9.3.4 Perbadanan Awam • Kerajaan Negeri juga mempunyai perbadanan-perbadanan awam yang

merangkumi badan-badan tidak berkanun (syarikat kepunyaan kerajaan). – Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Page 24: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.5 Pentadbiran Negeri di Semenanjung Malaysia Tiga peringkat iaitu daerah, mukim, dan kampung.

(a) Daerah • Kebanyakan projek kerajaan dilaksanakan di peringkat ini. • Pejabat pentadbiran yang utama ialah Pejabat Daerah. Kelantan

pejabat pentadbiran daerah dikenali sebagai Pejabat Jajahan. • Menyelaras usaha-usaha pembangunan daerah dengan

kerjasama cawangan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat tersebut.

• Pegawai pentadbir utama ialah Pegawai Daerah dan bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Page 25: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

(b) Mukim • Daerah itu terbahagi kepada beberapa mukim. • Di Kelantan dikenali sebagai daerah. • Diketuai oleh seorang Penghulu ataupun Penggawa di negeri

Kelantan. • Di setiap mukim atau daerah di Kelantan terdapat Pejabat

Penghulu atau Pejabat Penggawa bagi memudahkan lagi urusan pentadbiran antara rakyat dan kerajaan.

• Peranan utama Penghulu ialah membantu pejabat daerah dan agensi-agensi kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosioekonomi di kampung-kampung yang berada di bawah jagaannya.

Page 26: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.6 Pentadbiran Peringkat Negeri di Sabah • Dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung. • Ketua pentadbir di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah. • Beliau dibantu oleh penolong-penolong pegawai daerah dan

seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran yang berkaitan hal-ehwal suku kaum di daerah berkenaan.

• Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Anak Negeri (dikenali juga sebagai Ketua Bumiputera) yang bertanggungjawab kepada Ketua Daerah.

• Ketua-Ketua Anak Negeri adalah merupakan personel awam manakala Ketua Kampung yang mengetuai kampung bukan sebahagian daripada personel awam.

Page 27: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.7 Pentadbiran Peringkat Negeri di Sarawak • Dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah, daerah kecil,

dan kampung. • Terdapat sembilan Bahagian di negeri Sarawak dan tiap-tiap satu diketuai

oleh Residen. • Sesuatu Bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah yang diketuai oleh

Pegawai Daerah. • Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Masyarakat yang bergelar Pemanca.

Beliau bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah. • Sesebuah daerah pula dipecahkan kepada daerah-daerah kecil yang

diketuai oleh Pegawai-Pegawai Perkhidmatan tadbir Sarawak. • Ketua pentadbir di peringkat kampung ialah Penghulu.

Page 28: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.3.8 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri • Satu ciri utama Persekutuan menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Malaysia ialah Pembahagian Kuasa yang jelas dan bertulis dengan kerajaan negeri.• Jadual Kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga senarai: • (i) Senarai Persekutuan – menyenaraikan bidang kuasa kerajaan

persekutuan di mana kerajaan persekutuan sahaja mempunyai kuasa ke atasnya. Ia mengandungi 27 bidang kuasa antaranya ialah hubungan luar, pertahanan dan kewangan.

• (ii) Senarai Negeri – menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri di mana kerajaan negeri sahaja mempunyai kuasa ke atasnya. Ia

mengandungi 12 bidang kuasa antaranya ialah kanun tanah, perhutanan dan pertanian juga pengurusan air.

• (iii) Senarai Bersama – menyenaraikan bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Di dalam bidang perkara di bawah senarai ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa ke atasnya. Ia mengandungi 18 bidang kuasa antaranya ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perancangan bandar dan perlindungan binatang liar.

Page 29: 9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia

9.4 KESIMPULAN

• Jentera pentadbiran kerajaan penting kerana ;– alat untuk memastikan kelancaran dan kemantapan pentadbiran– alat yang menghubungkan antara rakyat dan kerajaan.

• John Locke seorang ahli falsafah dan undang-undang mengatakan kerajaan diwujudkan atas kehendak dan aspirasi rakyat, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat terjamin.

• Justeru, sekiranya rakyat tidak mendapat hak-hak mereka adalah menjadi satu hak kepada rakyat untuk mengubah kerajaan yang sedia ada.

• Ketua pelaksana kuasa eksekutif adalah dilantik menerusi proses pemilihan oleh rakyat atau pilihan raya untuk memastikan suara rakyat diwakili dalam pentadbiran negara ini.

• Jentera pentadbiran negara berjalan lancar biarpun kerajaan telah bertukar kerana pentadbir bukan dipilih melalui politik.

• Para pentadbir awam akan tetap kekal biarpun kerajaan yang sedia ada akan digantikan oleh kumpulan politik yang lain yang berjaya menewaskan kerajaan sedia ada dalam satu pilihan raya yang adil dan bebas.

• Kelancaran proses pentadbiran ini akan mewujudkan jentera pentadbiran kerajaan yang mantap dan akhirnya menjadikan negara ini lebih teguh dan kuat dalam mewujudkan masa depan yang lebih cemerlang.