negeri johor
DESCRIPTION
~TRANSCRIPT
NEGERI JOHOR
Bendera Johor
Johor Darul Takzim Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
Jata Negeri Johor
Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"
Lagu Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.