nasional hari rabu 17 julai 2019 13 persiapan berjalan … · perusahaan tempatan dalam sektor...

1
HARI ISNIN 22 JULAI 2019 NASIONAL 13 Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin (tengah) juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait hadir selaku tetamu kehormat pada pentas PENTARAMA anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. PERSEMBAHAN drama pentas, bertajuk 'Mendambakan Maghfirah Mu' mengetengahkan tentang penyakit demensia sebagai salah satu pengisian PENTARAMA tahun ini menyerikan Pentas Perayaan, Gerai Tudung Saji (kiri). Sementara kanan, antara yang hadir dan sama-sama memeriahkan pentas PENTARAMA berkenaan. TIMBALAN Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Persembahan Malam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Kedutaan Besar juga Suruhanjaya Tinggi ASEAN dan OIC di negara ini (kiri). Sementara gambar kanan, antara persembahan yang menyerikan Pentas Perayaan malam itu. PENTARAMA ketengahkan isu dadah, demensia KUALA BELAIT, Sabtu, 20 Julai. - Persembahan drama pentas, bertajuk 'Mendambakan Maghfirah Mu' yang mengetengahkan tentang penyakit demensia sebagai salah satu pengisian PENTARAMA tahun ini menyerikan Pentas Perayaan, Gerai Tudung Saji, di sini. Menurut statistik Kementerian Kesihatan kira-kira 2,000 warga emas mengalami demensia dan ia isu kesedaran yang patut diketahui oleh masyarakat. Demensia bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang normal, tetapi merupakan sindrom yang biasanya bersifat kronik atau progresif disebabkan kerosakan pada sel saraf otak pada bahagian tertentu hingga menurunkan kemampuan dalam komunikasi dengan saraf tubuh yang lain. Selain daripada demensia, isu penyalahgunaan dadah juga diketengahkan dalam sketsa tersebut yang dijayakan sendiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Projek PENTARAMA, iaitu penerangan melalui pentas, tarian dan drama merupakan mekanisme penyalur maklumat kepada orang ramai anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1988. Hadir selaku tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait. Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini. PENTARAMA di Daerah Belait tahun ini dimulakan dengan tarian Zapin Morena oleh kumpulan Pembela Hana Dancers, disertai oleh penyanyi artis tempatan yang dikenali ramai seperti Ezah Hashim, Juan Madial, NasirHAR dan Ely dengan diiringi oleh Rotation Band. Selain itu, persembahan pentas turut diserikan dengan lawak jenaka dibawakan oleh pelawak terkenal tanah air, Dang Kasum dan Haji Firdaus yang juga mengendalikan sesi Kuiz Kenegaraan. PENTARAMA bertujuan untuk menyalurkan mesej pendidikan, kenegaraan dan keagamaan kepada masyarakat melalui hiburan, dalam menyuntik moral yang positif bagi menyokong dan menggalakkan orang awam ke arah meningkatkan semangat patriotik, bernegara, bermasyarakat dan berkerajaan. Persembahan Malam Antarabangsa serikan Pentas Perayaan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Julai. - Pentas Perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019, terus dimeriahkan dengan pelbagai persembahan bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini. Malam ini, Pentas Perayaan diserikan dengan Persembahan Malam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Kedutaan Besar juga Suruhanjaya Tinggi ASEAN dan OIC di negara ini. Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan persembahan tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah. Turut hadir, Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi negara-negara ASEAN dan negara-negara OIC ke Negara Brunei Darussalam juga Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara malam dimulakan dengan persembahan lagu 'Sultan Payung Mahkota', diikuti dengan persembahan daripada wakil negara-negara ASEAN dan negara OIC, antaranya Republik Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Republik Filipina, Pakistan, Bangladesh; dan Negara Brunei Darussalam. Persembahan penutup, iaitu 'Grand Finale' Joget Ngalai merupakan persembahan gabungan daripada semua peserta. Persembahan tersebut adalah untuk menyemarakkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-73 dan bersempena Sambutan Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam bagi Rantau Asia Tahun 2019 (BSBCIC2019). Pengiktirafan BSBCIC2019 itu adalah inisiatif Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam (ISESCO) berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh ISESCO, iaitu memiliki sejarah dan ketamadunan Islam, menyumbang dalam memperkaya ketamadunan Islam. Pengiktirafan berkenaan adalah satu peluang keemasan untuk menonjolkan budaya dan nilai- nilai kehidupan seharian yang berlandaskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja yang kekal diamalkan untuk lebih daripada 600 tahun. Di akhir persembahan, tetamu kehormat turut bergambar ramai bersama Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak, Pesuruhjaya- pesuruhjaya Tinggi negara- negara ASEAN dan OIC ke negara ini juga peserta-peserta persembahan.

Upload: truongdung

Post on 23-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NASIONAL HARI RABU 17 JULAI 2019 13 Persiapan berjalan … · perusahaan tempatan dalam sektor pertanian di Negara Brunei Darussalam. Di bawah perjanjian-perjanjian tersebut, BSP

HARI ISNIN 22 JULAI 2019NASIONAL 13

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang SulaimanFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin (tengah) juga selakuPemangku Penghulu Mukim Kuala Belait hadir selaku tetamu kehormat pada pentas PENTARAMA anjuran JabatanPenerangan, Jabatan Perdana Menteri sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

PERSEMBAHAN drama pentas, bertajuk 'Mendambakan Maghfirah Mu' mengetengahkan tentang penyakit demensia sebagai salah satu pengisian PENTARAMAtahun ini menyerikan Pentas Perayaan, Gerai Tudung Saji (kiri). Sementara kanan, antara yang hadir dan sama-sama memeriahkan pentas PENTARAMAberkenaan.

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada PersembahanMalam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Kedutaan Besar juga Suruhanjaya TinggiASEAN dan OIC di negara ini (kiri). Sementara gambar kanan, antara persembahan yang menyerikan Pentas Perayaan malam itu.

PENTARAMA ketengahkanisu dadah, demensia

KUALA BELAIT, Sabtu, 20Julai. - Persembahan dramapentas, bertajuk 'MendambakanMaghfirah Mu' yangmengetengahkan tentang penyakitdemensia sebagai salah satupengisian PENTARAMA tahun inimenyerikan Pentas Perayaan,Gerai Tudung Saji, di sini.

Menurut statistik KementerianKesihatan kira-kira 2,000 wargaemas mengalami demensia dan iaisu kesedaran yang patut diketahuioleh masyarakat.

Demensia bukanlah sebahagiandaripada proses penuaan yangnormal, tetapi merupakan sindromyang biasanya bersifat kronik atauprogresif disebabkan kerosakanpada sel saraf otak padabahagian tertentu hinggamenurunkan kemampuan dalamkomunikasi dengan saraf tubuh

yang lain.Selain daripada demensia, isu

penyalahgunaan dadah juga

diketengahkan dalam sketsatersebut yang dijayakan sendirioleh pegawai dan kakitangan

Jabatan Penerangan.Projek PENTARAMA, iaitu

penerangan melalui pentas, tariandan drama merupakan mekanismepenyalur maklumat kepada orangramai anjuran Jabatan Penerangan,Jabatan Perdana Menteri sempenaSambutan Perayaan Ulang TahunKeputeraan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam sejaktahun 1988.

Hadir selaku tetamu kehormat,Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang HajiAbdul Hamid bin Haji Muminjuga selaku Pemangku PenghuluMukim Kuala Belait.

Turut hadir, Pemangku TimbalanPengarah Penerangan, DayangSastra Sarini binti Haji Julaini.

PENTARAMA di Daerah Belaittahun ini dimulakan dengan tarian

Zapin Morena oleh kumpulanPembela Hana Dancers, disertaioleh penyanyi artis tempatan yangdikenali ramai seperti EzahHashim, Juan Madial, NasirHARdan Ely dengan diiringi olehRotation Band.

Selain itu, persembahan pentasturut diserikan dengan lawakjenaka dibawakan oleh pelawakterkenal tanah air, Dang Kasumdan Haji Firdaus yang jugamengendalikan sesi KuizKenegaraan.

PENTARAMA bertujuan untukmenyalurkan mesej pendidikan,kenegaraan dan keagamaankepada masyarakat melaluihiburan, dalam menyuntikmoral yang positif bagimenyokong dan menggalakkanorang awam ke arah meningkatkansemangat patriotik, bernegara,bermasyarakat dan berkerajaan.

Persembahan Malam Antarabangsa serikan Pentas Perayaan

BANDAR SERI BEGAWAN,Sabtu, 20 Julai. - Pentas Perayaandi kawasan letak keretaberhadapan Muzium AlatKebesaran Diraja yang diadakansempena Sambutan PerayaanUlang Tahun Keputeraan KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam Ke-73, Tahun 2019,terus dimeriahkan denganpelbagai persembahan bagimenyemarakkan lagi sambutantahun ini.

Malam ini, Pentas Perayaandiserikan dengan PersembahanMalam Antarabangsa yangdianjurkan oleh KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan(KKBS) melalui BahagianKebudayaan dan Kesenian dengankerjasama Kedutaan Besar jugaSuruhanjaya Tinggi ASEAN danOIC di negara ini.

Hadir selaku tetamu kehormatmenyaksikan persembahantersebut, Timbalan SetiausahaTetap (Kebudayaan), KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan, Dr.

Siti Norkhalbi binti HajiWahsalfelah.

Turut hadir, Duta-dutaBesar Istimewa dan Mutlak,Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tingginegara-negara ASEAN dannegara-negara OIC keNegara Brunei Darussalamjuga Pegawai-pegawai KananKementerian Kebudayaan, Beliadan Sukan.

Acara malam dimulakan denganpersembahan lagu 'Sultan PayungMahkota', diikuti denganpersembahan daripada wakilnegara-negara ASEAN dan negaraOIC, antaranya RepublikIndonesia, Malaysia, Myanmar,Thailand, Republik Filipina,Pakistan, Bangladesh; dan Negara

Brunei Darussalam.Persembahan penutup,

iaitu 'Grand Finale' JogetNgalai merupakan persembahangabungan daripada semua peserta.

Persembahan tersebut adalahuntuk menyemarakkan SambutanPerayaan Ulang Tahun KeputeraanKebawah DYMM Ke-73 danbersempena Sambutan BandarSeri Begawan Ibu NegaraKetamadunan Islam bagiRantau Asia Tahun 2019(BSBCIC2019).

Pengiktirafan BSBCIC2019 ituadalah inisiatif PertubuhanSaintifik, Pendidikan danKebudayaan Islam (ISESCO)berdasarkan kriteria pemilihanyang ditetapkan oleh ISESCO,

iaitu memiliki sejarah danketamadunan Islam, menyumbangdalam memperkaya ketamadunanIslam.

Pengiktirafan berkenaan adalahsatu peluang keemasan untukmenonjolkan budaya dan nilai-nilai kehidupan seharian yangberlandaskan kepada falsafahMelayu Islam Beraja yang kekaldiamalkan untuk lebih daripada600 tahun.

Di akhir persembahan, tetamukehormat turut bergambar ramaibersama Duta-duta Besar Istimewadan Mutlak, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi negara-negara ASEAN dan OIC kenegara ini juga peserta-pesertapersembahan.