nasional gstbukancarabayarhutang 76 akta eksais 1976. tan sri muhyiddin yassin menolakdakwaanbahawa...

1
KHAMIS 9 APRIL 2015 4 NASIONAL Buku, baju gambar lucah dirampas Walaupun berulang kali diserbu, pemilik premis menjual bahan berunsur lucah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor seolah-olah tidak serik dan tetap mengulangi kesalahan sama. Kelmarin, Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri Selangor merampas buku dan baju berunsur lucah bernilai kira-kira RM14,200. Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Mohamad Hashim Kamaruddin, berkata pihaknya turut merampas beg dan rantai yang memaparkan logo daun ganja. Kegiatan licik seorang lelaki yang menjadikan rumahnya sebagai markas menjual minuman keras terutama kepada Orang Asli berakhir apabila ditahan ketika mengira jumlah stok bekalan rumahnya di Kampung Gelang, Jalan Rompin Lama, Pekan, kelmarin. Serbuan polis ke rumah lelaki berusia 53 tahun itu menemui 74 botol minuman keras dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3,700 dan dipercayai dari negeri jiran. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata suspek tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976. T an Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa kerajaan memperkenal- kan Cukai Barang dan Perkhid- matan (GST) sebagai cara untuk membayar hutang negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, pembayaran cukai bukan perkara baharu kerana sebelum ini sudah ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan, te- tapi sebahagian pungutan ti- dak dibayar kepada kerajaan. Katanya, GST diperkenalkan kerana ia sistem percukaian yang lebih adil dan cekap, selain sudah diperkenalkan di hampir 160 negara dengan Malaysia ada- lah antara negara terakhir dalam kalangan negara ASEAN melak- sanakan sistem itu. Sistem lebih cekap “Melalui sistem percukaian yang lebih cekap, pungutan hasil kerajaan turut mening- kat dan boleh digunakan un- tuk membiayai projek pem- bangunan serta menambah bantuan yang dapat mening- katkan taraf hidup rakyat. “GST patut dilihat daripada perspektif lebih luas kerana memberi banyak kebaikan. Ti- ada siapa suka dikenakan cu- kai, tetapi kadar cukai penda- patan individu diturunkan da- ripada 25 peratus kepada 24 peratus. Bantuan untuk golo- ngan kurang bernasib baik me- lalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditambah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi dialog pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di sini, malam kel- marin. GST menjadi topik ha- ngat rakyat Malaysia di sini, yang kebanyakannya pelajar universiti serta mereka yang bekerja dan berniaga. Muhyiddin dalam lawatan selama tiga hari ke Indonesia bermula kelmarin. Yang turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Kerajaan prihatin Timbalan Perdana Menteri berkata, GST sudah lama di- rancang dilaksanakan di ne- gara ini, tetapi ditangguhkan kerana pelbagai faktor yang kerajaan pertimbangkan. “Tiada suatu masa pun akan dianggap sesuai untuk melak- sanakan GST. Tahun ini mung- kin dikatakan tidak sesuai. Ta- hun hadapan pun tidak sesuai dan sampai bila pun tidak se- suai. Bagaimanapun, sesete- ngah negara lain membuat ke- putusan tegas untuk melak- sanakan sistem itu,” katanya. Selain itu, katanya pelaksa- naan GST di Malaysia berbeza berbanding negara lain seperti Singapura yang mengenakan cukai itu kepada semua jenis barang dan perkhidmatan. “Kerajaan tidak mahu GST membebankan rakyat dengan memberi pengecualian terha- dap banyak barangan. “Pelaksanaan GST di Malay- sia lebih sukar kerana jika ma- suk ke pasar raya, ada barang dikenakan GST dan ada yang tidak. Kita menjangka masa- lah pada peringkat awal dan menyediakan sistem yang membolehkan kerajaan mem- beri maklum balas kepada aduan orang ramai,” katanya. GST bukan cara bayar hutang » Sistem cukai adil, cekap biaya projek pembangunan Negara melalui inisiatif swasta dengan bantuan kerajaan se- dia melabur secara agresif da- lam lima bidang ekonomi yang dikenal pasti di Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, pelaburan dalam bidang penjanaan tena- ga elektrik, pelabuhan, lapa- ngan terbang, lebuh raya dan infrastruktur itu adalah susu- lan terhadap keputusan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Joko Wi- dodo, ketika bertemu di Kuala Lumpur, Februari lalu. Katanya, kedua-dua pemim- pin mahu Malaysia dan In- donesia memperluaskan ker- jasama ekonomi, terutama da- lam bidang pelaburan. Kenal pasti projek “Saya telah mengemukakan ca- dangan yang dipersetujui oleh Muhammad Jusuf Kalla (Naib Presiden Indonesia) supaya pro- jek ekonomi ini boleh dikenal pasti seperti wilayah yang akan dilaksanakan dan jenis projek. “Kita sedia membantu dari segi tenaga pakar, kemahiran dan perancangan, selain kese- diaan syarikat Malaysia mela- bur dan melaksanakan projek berkenaan,” katanya pada si- dang media di sini, semalam. Sebelum itu, Muhyiddin yang dalam lawatan tiga hari ke In- donesia, melakukan kunjungan hormat ke atas Muhammad Ju- suf di pejabatnya, di sini. Timbalan Perdana Menteri turut mengadakan perbinca- ngan berasingan dengan Men- teri Pendidikan dan Kebuda- yaan, Anies Rasyid Baswedan dan Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi, Mu- hammad Nasir. Muhyiddin berkata, jika In- donesia boleh menyatakan da- lam tempoh lima tahun akan datang seperti lokasi projek yang diperlukan, negara akan menyediakan bantuan tekni- kal, kepakaran dan penguru- san serta modal untuk me- laksanakan projek itu. Selain itu, katanya kerjasa- ma kedua-dua negara boleh diperluaskan dalam bidang pelancongan, komunikasi dan capaian internet. Sementara itu, katanya ke- dua-dua negara bersetuju un- tuk mempertingkatkan kerja- sama dalam bidang pendidikan dengan Malaysia mencadang- kan supaya memorandum per- sefahaman (MoU) terutama da- lam bidang pendidikan tinggi, dimeterai dengan segera. “Kita juga bersetuju untuk memperluaskan kerjasama yang membabitkan pertukaran pelajar, tenaga pengajar, kuri- kulum dan semua aspek ber- kaitan pembangunan pendidi- kan dan penyelidikan,” katanya. Rangsang lima bidang ekonomi di Indonesia Rumah jadi markas jual minuman keras Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeleweng atau mengalih tanpa lesen lima tan minyak sawit mentah (CPO) bernilai lebih RM10,000 menggunakan bot jongkong di perairan Batu Sapi, Sandakan, Sabah. Dalam kejadian jam 8.40 pagi kelmarin, empat anggota marin menjalankan rondaan Ops Pensura di pesisir pantai berhampiran sebuah kilang papan terserempak dengan sebuah bot jongkong (gambar) mencurigakan. Bagaimanapun, beberapa suspek sempat melarikan diri ke kawasan semak ketika cuba dihampiri bot ronda pasukan keselamatan itu. Cubaan alih minyak sawit mentah gagal Muhyiddin bersalam dengan Jusuf Kalla ketika kunjungan hormat di Jakarta, semalam. [FOTO BERNAMA] z

Upload: vuongduong

Post on 14-Aug-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KHAMIS 9 APRIL 20154 NASIONAL

Buku, baju gambarlucah dirampasWalaupun berulang kali diserbu, pemilikpremis menjual bahan berunsur lucah diBandar Utama, Petaling Jaya, Selangorseolah-olah tidak serik dan tetapmengulangi kesalahan sama.Kelmarin, Penguat Kuasa Kementerian

Dalam Negeri Selangor merampas bukudan baju berunsur lucah bernilai kira-kiraRM14,200.Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian

Kawalan Penerbitan dan Teks al-QuranKDN, Mohamad Hashim Kamaruddin,berkata pihaknya turut merampas beg danrantai yang memaparkan logo daun ganja.

Kegiatan licik seorang lelaki yangmenjadikan rumahnya sebagai markasmenjual minuman keras terutama kepadaOrang Asli berakhir apabila ditahan ketikamengira jumlah stok bekalan rumahnya diKampung Gelang, Jalan Rompin Lama,Pekan, kelmarin.Serbuan polis ke rumah lelaki berusia 53

tahun itu menemui 74 botol minumankeras dengan nilai keseluruhandianggarkan RM3,700 dan dipercayai darinegeri jiran.Ketua Polis Daerah Pekan,

Superintendan Yahaya Othman, berkatasuspek tidak mempunyai lesen perniagaanyang sah dan kes disiasat mengikutSeksyen 76 Akta Eksais 1976.

Tan Sri Muhyiddin Yassinmenolakdakwaanbahawakerajaan memperkenal-

kan Cukai Barang dan Perkhid-matan (GST) sebagai cara untukmembayar hutang negara.Timbalan Perdana Menteri

berkata, pembayaran cukaibukan perkara baharu keranasebelum ini sudah ada CukaiJualan dan Perkhidmatan, te-tapi sebahagian pungutan ti-dak dibayar kepada kerajaan.Katanya, GST diperkenalkan

kerana ia sistem percukaianyang lebih adil dan cekap, selainsudah diperkenalkan di hampir160 negara denganMalaysia ada-lahantaranegara terakhirdalamkalangan negara ASEAN melak-sanakan sistem itu.

Sistem lebih cekap“Melalui sistem percukaianyang lebih cekap, pungutanhasil kerajaan turut mening-kat dan boleh digunakan un-tuk membiayai projek pem-bangunan serta menambahbantuan yang dapat mening-katkan taraf hidup rakyat.“GST patut dilihat daripada

perspektif lebih luas keranamemberi banyak kebaikan. Ti-ada siapa suka dikenakan cu-

kai, tetapi kadar cukai penda-patan individu diturunkan da-ripada 25 peratus kepada 24peratus. Bantuan untuk golo-ngan kurang bernasib baik me-lalui BantuanRakyat 1Malaysia(BR1M) ditambah,” katanya.Beliau berkata demikian

pada sesi dialog pada majlismakanmalambersama rakyatMalaysia di sini, malam kel-marin. GST menjadi topik ha-ngat rakyat Malaysia di sini,yang kebanyakannya pelajaruniversiti serta mereka yangbekerja dan berniaga.Muhyiddin dalam lawatan

selama tiga hari ke Indonesiabermula kelmarin. Yang turuthadir, Duta Besar Malaysia ke

Indonesia, Datuk Seri ZahrainMohamed Hashim.

Kerajaan prihatinTimbalan Perdana Menteriberkata, GST sudah lama di-rancang dilaksanakan di ne-gara ini, tetapi ditangguhkankerana pelbagai faktor yangkerajaan pertimbangkan.“Tiada suatumasa pun akan

dianggap sesuai untuk melak-sanakan GST. Tahun ini mung-kin dikatakan tidak sesuai. Ta-hun hadapan pun tidak sesuaidan sampai bila pun tidak se-suai. Bagaimanapun, sesete-ngah negara lain membuat ke-putusan tegas untuk melak-sanakan sistem itu,” katanya.

Selain itu, katanya pelaksa-naan GST di Malaysia berbezaberbanding negara lain sepertiSingapura yang mengenakancukai itu kepada semua jenisbarang dan perkhidmatan.“Kerajaan tidak mahu GST

membebankan rakyat denganmemberi pengecualian terha-dap banyak barangan.“Pelaksanaan GST di Malay-

sia lebih sukar kerana jika ma-suk ke pasar raya, ada barangdikenakan GST dan ada yangtidak. Kita menjangka masa-lah pada peringkat awal danmenyediakan sistem yangmembolehkan kerajaan mem-beri maklum balas kepadaaduan orang ramai,” katanya.

GST bukan cara bayar hutang

» Sistem cukaiadil, cekapbiaya projekpembangunan

Negaramelalui inisiatif swastadengan bantuan kerajaan se-dia melabur secara agresif da-lam lima bidang ekonomi yangdikenal pasti di Indonesia, kataTimbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, pelaburan

dalam bidang penjanaan tena-ga elektrik, pelabuhan, lapa-ngan terbang, lebuh raya daninfrastruktur itu adalah susu-lan terhadap keputusan yangdicapai oleh Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak danPresiden Indonesia, Joko Wi-dodo, ketika bertemu di KualaLumpur, Februari lalu.Katanya, kedua-dua pemim-

pin mahu Malaysia dan In-donesia memperluaskan ker-jasama ekonomi, terutama da-lam bidang pelaburan.

Kenal pasti projek“Saya telah mengemukakan ca-dangan yang dipersetujui olehMuhammad Jusuf Kalla (Naib

Presiden Indonesia) supaya pro-jek ekonomi ini boleh dikenalpasti seperti wilayah yang akandilaksanakan dan jenis projek.“Kita sedia membantu dari

segi tenaga pakar, kemahirandan perancangan, selain kese-diaan syarikat Malaysia mela-bur dan melaksanakan projekberkenaan,” katanya pada si-dang media di sini, semalam.Sebelum itu,Muhyiddin yang

dalam lawatan tiga hari ke In-donesia,melakukankunjunganhormat ke atas Muhammad Ju-suf di pejabatnya, di sini.Timbalan Perdana Menteri

turut mengadakan perbinca-ngan berasingan dengan Men-teri Pendidikan dan Kebuda-yaan, Anies Rasyid Baswedandan Menteri Riset, Teknologidan Pendidikan Tinggi, Mu-hammad Nasir.Muhyiddin berkata, jika In-

donesia boleh menyatakan da-lam tempoh lima tahun akan

datang seperti lokasi projekyang diperlukan, negara akanmenyediakan bantuan tekni-kal, kepakaran dan penguru-san serta modal untuk me-laksanakan projek itu.Selain itu, katanya kerjasa-

ma kedua-dua negara bolehdiperluaskan dalam bidangpelancongan, komunikasi dancapaian internet.Sementara itu, katanya ke-

dua-dua negara bersetuju un-tuk mempertingkatkan kerja-sama dalambidang pendidikandengan Malaysia mencadang-kan supaya memorandum per-sefahaman (MoU) terutama da-lam bidang pendidikan tinggi,dimeterai dengan segera.“Kita juga bersetuju untuk

memperluaskan kerjasamayang membabitkan pertukaranpelajar, tenaga pengajar, kuri-kulum dan semua aspek ber-kaitan pembangunan pendidi-kan dan penyelidikan,” katanya.

Rangsang limabidang ekonomidi Indonesia

Rumah jadi markasjual minuman keras

Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkancubaan menyeleweng atau mengalih tanpalesen lima tan minyak sawit mentah (CPO)bernilai lebih RM10,000 menggunakan botjongkong di perairan Batu Sapi, Sandakan,Sabah.Dalam kejadian jam 8.40 pagi kelmarin,

empat anggota marin menjalankanrondaan Ops Pensura di pesisir pantaiberhampiran sebuah kilang papanterserempak dengan sebuah bot jongkong(gambar) mencurigakan.Bagaimanapun, beberapa suspek

sempat melarikan diri ke kawasan semakketika cuba dihampiri bot ronda pasukankeselamatan itu.

Cubaan alih minyaksawit mentah gagal

Muhyiddin bersalam dengan Jusuf Kalla ketika kunjungan hormat di Jakarta, semalam.[FOTO BERNAMA]