nama anak

33
Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal) Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura- pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya. Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai) Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat. Adib Fahim (Pujangga/yang faham) Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri. Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan) Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya. Ahmad Wirdas (Yang terpuji) Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan Azka Azfar (Semakin maju/yang berjaya) Memang harapan ibu bapa ingin melihat anak mereka sentiasa berjaya dalam membina kehidupan mereka. Azmi Azhar (Cita-citaku/yang gemilang) Manusia yang mempunyai matlamat hidup, akan mudah menentukan arah ke mana hendak dituju. Begitu juga seseorang yang mempunyai cita-cita, akan mengejarnya hingga berjaya dan gemilang. Abrisam Abbasy (Tampan/rajin berusaha) Anak bukan sahaja berwajah tampan, malahan seorang yang rajin berusaha. Rajin mencuba dalam meningkatkan prestasi dirinya dari hari ke hari. Azman Hammam (Ketetapan/yang mempunyai kemahuan kuat) Seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat selalunya akan berjaya dalam lapangan hidupnya. Kejituan dan kemantapan hati seseorang menjadikan dia seorang yang tetap berpendirian. Tidak mudah goyah atau terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang lain. Anak beginilah yang diharapkan sebagi bakal pemimpin pada masa akan datang. Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi) Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan. Akma Alamgir (Pimpinan/penakluk dunia) Satu pilihan nama yang jarang kedengaran, tetapi mempunyai makna yang cukup kuat dan hebat

Upload: ahmad-zaki

Post on 24-Jun-2015

172 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: nama anak

Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal)

Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura-pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya.

Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai)

Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat.

Adib Fahim (Pujangga/yang faham)

Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri.

Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan)

Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya.

Ahmad Wirdas (Yang terpuji)

Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan

Azka Azfar (Semakin maju/yang berjaya)

Memang harapan ibu bapa ingin melihat anak mereka sentiasa berjaya dalam membina kehidupan mereka.

Azmi Azhar (Cita-citaku/yang gemilang)

Manusia yang mempunyai matlamat hidup, akan mudah menentukan arah ke mana hendak dituju. Begitu juga seseorang yang mempunyai cita-cita, akan mengejarnya hingga berjaya dan gemilang.

Abrisam Abbasy (Tampan/rajin berusaha)

Anak bukan sahaja berwajah tampan, malahan seorang yang rajin berusaha. Rajin mencuba dalam meningkatkan prestasi dirinya dari hari ke hari.

Azman Hammam (Ketetapan/yang mempunyai kemahuan kuat)

Seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat selalunya akan berjaya dalam lapangan hidupnya. Kejituan dan kemantapan hati seseorang menjadikan dia seorang yang tetap berpendirian. Tidak mudah goyah atau terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang lain. Anak beginilah yang diharapkan sebagi bakal pemimpin pada masa akan datang.

Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi)

Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.

Akma Alamgir (Pimpinan/penakluk dunia)

Satu pilihan nama yang jarang kedengaran, tetapi mempunyai makna yang cukup kuat dan hebat sekali. Gabungan nama yang mengharapkan pemiliknya menjadi seorang pemimpin yang bertaraf dunia. Ini akan tercapai jika ibu bapa mendidik dan menumpukan perhatian penuh ke arah itu.

Awra (Yang Memberi Semangat)

Nama ini pendek sahaja. Tetapi boleh digabungkan dengan nama lain di awalnya. Sebagai ibu bapa yang membesarkan dan mendidik anak, ada kalanya hanya dengan melihat atau mengingati anak sahaja, semangat untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan akan datang dengan sendirinya. Semoga anak yang diberi nama “Awra” ini mempunyai semangat atau kekuatan yang luar biasa untuk anak mencapai kejayaan dalam

Page 2: nama anak

hidupnya.

Amzar (Yang Mulia)

Satu nama yang jarang digunakan. Menepati cita rasa nama terkini. Bunyi dan ejaannya kelihatan moden sedikit. Namun begitu ia masih tidak lari dari makna yang baik dan bagus. Diharapkan agar anak menjadi seorang yang mulia dengan akhlak-akhlak yang baik. Menjadi cermin dan teladan kepada masyarakat.

Aniq (Yang kacak lagi menawan hati)

Nama yang pendek, tetapi membawa erti yang panjang. Dan nama ini juga jarang dimiliki. Harapan agar dapat melihat anak membesar dengan ketampanan wajah. Di samping ibu bapa mendidiknya untuk menjadi anak yang lebih berbudi pekerti. Tidak hairanlah sesiapa yang melihatnya akan mudah jatuh hati atau suka kepadanya.

Abdul Hamid (Hamba Allah Yang Terpuji)

Anak yang diberikan nama ini, biarlah dididik untuk menjadi insan yang terpuji. Terpuji dengan perkara-perkara yang baik pada zahir dan batinnya. Andainya setiap orang Islam menyedari nama-nama indah yang diberikan oleh ibu bapa kepada mereka, pastinya anak menjadi insan yang terpuji dan dikenali dengan segala perkara yang baik-baik sahaja.

Adam Hazlam (Nama Nabi/ketangkasan)

Adam adalah nama nabi yang sudah termasyhur di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang yang penyayang dan selalu memohon keampunan kepada Tuhan. Selain seorang yang mempunyai ketangkasan dalam menguruskan kehidupannya.

Ahmad Azam (Terpuji/kebulatan tekad)

Ahmad ialah alah satu nama gelaran bagi Rasulullah s.a.w. Terpuji dengan segala perlakuan yang baik. Di samping mempunyai kebulatan tekad untuk mencapai apa jua kejayaan dalam hidupnya.

Abu Bakar (Sahabat Rasulullah s.a.w)

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat setia. Seorang yang jujur dan hebat dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Selalunya orang yang memiliki nama ini, seorang yang tegas pendiriannya.

Ariq Anwar (Baik budi/amat bercahaya)

Nama yang mampu membina kekuatan peribadi seseorang. Peribadinya melahirkan cahaya ketenangan dan memiliki budi pekerti yang menawan hati.

Arifin (Yang banyak mengetahui)

Seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Menyebabkan dia seorang yang arif iaitu banyak mengetahui.

Almam (Sempurna)

Seorang anak yang diharapkan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Sihat pada tubuh badannya begitu juga pada akalnya.

Asnawi (yang berseri/gemilang)

Anak bukan sahaja diharapkan lahir dalam keadaan yang sempurna. Semampu mungkin ibu bapa hendaklah berusaha mendidik anaknya menjadi seorang yang gemilang dan terbilang dalam bidang yang diminatinya.

Amsyar (Yang cergas)

Anak yang cergas dan berhemah memang membanggakan ibu bapa.

Amnan (Ketenangan)

Anak bersifat tenang, mudah mewujudkan kedamaian dalam keluarga.

Ammar (Yang memakmurkan, yang kuat iman)

Seorang anak yang berpendirian tegas dan mempunyai sifat kepimpinan yang kukuh.

Page 3: nama anak

Asil (Yang mulia)

Seorang anak yang pandai menjaga kemuliaan dirinya.

Asymawi (Pemberian)

Seorang anak lelaki merupakan pemberian Allah yang tidak terkira nilainya.

Amnan (Ketenangan)

Anak bersifat tenang, mudah mewujudkan kedamaian dalam keluarga.

Asymawi (Pemberian)

Seorang anak lelaki merupakan pemberian Allah yang tidak terkira nilainya.

Abdul Qahir (Penakluk, penunduk / hamba yang Maha Menundukkan)

Alhan (Beroleh ilham)

Abrisam (Yang lembut, tampan)

Bazil Amin (Yang pandai/yang amanah/yang dipercayai)

Amin bererti orang yang amanah dan boleh dipercayai. Selain anak menjadi pandai, ia juga seorang yang boleh dipercayai dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Bazli Hadif (Kepakaranku/yang punya matlamat)

Pada abad ke-21 ini, kita memang mengharapkan pakar-pakar yang berkualiti tinggi untuk membangunkan negara. Seorang yang menjadi pakar dalam sesuatu bidang pasti akan mencapai kejayaan. Seorang yang pakar sangat arif dan punya matlamat untuk membina masa depannya sendiri.

Bahjat (Kegemilangan)

Namanya agak pelik bunyinya. Jarang juga orang memiliki nama ini. Tetapi maknanya sangat gah. Anak yang kita didik bukan setakat untuk berjaya sahaja. Biarlah anak mampu mencapai kejayaan yang gemilang di dalam apa-apa bidang pun yang diceburi. Namun, perlulah usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Di sinilah dorongan ibu bapa menjadi tonggak utama.

Bazil Amin (Yang pandai/amanah)

Seorang yang amanah, jujur dan setia. Sebagaimana Rasulullah s.a.w, pernah digelar al-Amin oleh masyarakat jahiliah. Ditambah pula dengan kepandaian ilmu yang dimiliki, meyebabkan ia menjadi kepercayaan masyarakat.

Bariz (Yang Menonjol)

Nama yang pendek tetapi mempunyai makna yang sangat besar. Seorang yang sentiasa menonjol diri dengan sifat-sifat kepimpinan yang baik.

Dhia Muhyiddin (Sinaran/yang menghidupkan agama)

Anak yang mampu menghidupkan dan mengamalkan agama dalam kehidupannya. Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk membawa sinar dalam kehidupan. Agama menjadi pegangan yang kukuh di dalam

Page 4: nama anak

kehidupan. Maka, dia tidak mudah goyah dengan godaan dunia yang datang menggoda.

Danish Danial (Berpengetahuan/bijak/nama nabi)

Anak menjadi seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan bijak dalam menangani segala ujian hidup yang penuh dengan liku-liku ini. Danial merupakan nama salah seorang nabi yang pastinya mempunyai akhlak-akhlak yang terpuji dalam dirinya.

Darwisy (Warak)

Nama ini kedengaran agak janggal. Namun, ia mempunyai erti yang sangat bagus. Seorang yang taat dan patuh kepada Allah. Sangat takut untuk melanggar larangan agamanya. Sifat warak yang berada dalam diri seseorang akan menjadikan hidupnya terisi dengan kebijaksanaan dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kebaikan.

Darwisy (Warak)

Nama ini kedengaran agak janggal. Namun, ia mempunyai erti yang sangat bagus. Seorang yang taat dan patuh kepada Allah. Sangat takut untuk melanggar larangan agamanya. Sifat warak yang berada dalam diri seseorang akan menjadikan hidupnya terisi dengan kebijaksanaan dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kebaikan.

Fakhir Fahmi (Yang baik/pemahaman)

Anak yang suka kepada kebaikan. Malahan membuat kebaikan dengan kefahaman ilmu pengetahuan yang luas yang terdapat di dalam mindanya. Kebaikan yang ada pada dirinya dapat dimanfaat oleh masyarakat setempat.

Farid Asraaf (Yang istimewa/tiada bandingan/mulia)

Sesiapa yang memiliki nama ini memang mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya memiliki tubuh badan yang sihat, cantik dan mudah didekati dalam komunikasi sesama masyarakat. Dengan memiliki hati yang mulia, ia mudah diterima oleh sesiapa yang berurusan dengannya.

Firas Faiq (Kecerdikan/yang unggul)

Anak cerdik sangat diperlukan pada zaman yang sangat sengit kepada persaingan diri ini. Malahan bukan sahaja cerdik tetapi menjadi unggul dalam memenangi persaingan hidup dari segala segi.

Fakhriy Fasyin (Keagungan/yang tersiar)

Semua ibu bapa memang mengharapkan anak yang berjaya dalam hidup. Begitu jugalah dengan nama ini. Apa yang diharapkan anak menjadi seorang yang berjaya dan membawa kecemerlangan dalam hidupnya. Apa-apa kejayaan yang dimiliki akan tersebar pula untuk diconttohi oleh manusia lainnya.

Faid (Yang tetap, yang berhasil)

Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang tabah untuk berusaha sesuatu hingga berjaya. Tidak mudah untuk berhenti berusaha selagi tidak mendapat hasil sesuatu perkara. Anak ini mempunyai hati yang teguh dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk membuahkan sesuatu yang diusahakannya.

Ghazwani (Pahlawan)

Sifat-sifat kepahlawanan yang gagah dan tidak mudah gentar sentiasa berada dalam dirinya. Tegas, berani dan tidak takut untuk menghadapi sesuatu cabaran yang mendatang. Anak beginilah dikehendaki untuk generasi yang akan datang.

Hafiz Juhair (Penghafaz/suara nyaring)

Anak yang mempunyai kelebihan menghafal dengan mudah dapat menguasai mata pelajaran di sekolah. Semoga anak menjadi orang yang petah dalam berkata-kata serta berani menyampaikan kebenaran dengan lantang. Orang yang petah dalam berkata-kata merupakan suatu modal yang besar untuk lebih ke hadapan sebagai pemimpin yang disegani.

Hail Hadi (Yang disegani/yang memimpin)

Memang menjadi impian ibu bapa untuk melihat anaknya menjadi pemimpin, apa lagi jika ia seorang lelaki. Semoga anak menjadi pemimpin yang disegani kerana kewibawaannya dan juga berkat impian kedua ibu bapanya.

Page 5: nama anak

Hanif Faisal (Muslim yang lurus/pemisah antara hak dan batil)

Semoga anak menjadi orang yang sentiasa berpegang teguh pada agamanya. Tetap pendirian dan berani menegakkan kebenaran di mana jua dia berada. Ingatannya pada Allah dan Rasul tersangat kukuh, menjadikan ia tidak gentar menyatakan pandangan yang bernas dari dirinya.

Hanif Nazmi (Muslim yang teguh/teratur)

Seorang anak yang berjaya ialah teguh pendirian terhadap kebenaran. Hidup penuh dengan disiplin diri tanpa membuang masa dengan melakukan perbuatan yang sia-sia. Ingatlah, dalam mengejar kemajuan diri, seseorang perlu ada pendirian yang teguh dan menjaga disiplin diri dengan penuh kewibawaan.

Hanis Hanzalah (Berani, disegani, dihormati)

Anak membesar dengan keberanian untuk menegakkan kebenaran. Agar diri sentiasa dihormati kerana keberanian yang dimilikinya. Bukan senang mendidik anak untuk bersuara tentang kebenaran. Ianya perlu dilakukan penuh keikhlasan tanpa ada rasa kepentingan diri sendiri.

Husamuddin (Pedang Agama)

Pedang adalah lambang kegagahan pada seorang anak lelaki. Pedang juga melambangkan kekuatan. Moga-moga anak yang memiliki nama ini menjadi seorang anak yang kuat dan gagah dalam menegakkan agama dalam dirinya. Memperjuangkan hak-hak agama dengan berani kerana dia berada di jalan kebenaran

Hasif Harith (Kemas, rapi/kuat berusaha)

Mendidik anak menjadi sentiasa dalam keadaan yang kemas dan rapi bukanlah mudah. Ianya perlu dilatih dari hari ke hari. Barulah sifat pengemas dan pembersih jadi sebati dalam diri. Sikap ini juga mendidik anak menjadi orang yang rajin berusaha. Tidak malas dan lembab.

Haziq Hawwas (Cerdik/Yang bersemangat)

Anak yang dilahirkan memang sedia cerdik. Ini memudahkan lagi kedua ibu bapa untuk mendidiknya ke arah yang lebih cemerlang dan terbaik. Semangat dalam mengejar kejayaan sentiasa berkobar-kobar dalam diri yang begini.

Hawwas (Yang bersemangat)

Nama yang patut diambil untuk diberikan kepada anak. Seorang yang sentiasa bersemangat. Pandai memotivasikan diri sendiri untuk melangkah maju ke hadapan, tanpa perlu dorongan sesiapa.

Hatim (Murni)

Anak yang dilahirkan, memiliki hati yang bersih dan murni. Anak yang memiliki hati yang bersih, tidak mudah terlibat atau terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Haidar (Berani/Singa)

Anak yang berani, dia tidak akan gentar dengan apa jua ujian yang melanda dirinya. Tidak mudah putus asa dan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya.

Haikal (Pokok yang besar dan subur)

Seorang yang pemurah dan dermawan dengan apa yang dimiliki. Kebiasaannya anak yang menggunakan nama ini seorang yang berjiwa dan berfikiran besar.

Harraz (Yang amat warak)

Sangat mementingkan kehidupan yang benar dan tidak suka kepada kepalsuan hidup. Dia seorang yang berterus terang dan tidak ada sikap hipokrit dalam dirinya.

Hazlam (Ketangkasan)

Tangkas dan lincah dalam kehidupannya. Juga seorang yang kreatif dalam melahirkan idea-idea yang baru untuk

Page 6: nama anak

meraih sesuatu kejayaan.

Hijazi (Kebersihanku)

Mempunyai kebersihan jiwa dan kejernihan hati. Selalu bersangka baik terhadap sesama manusia.

Ibnu Sina (Bapa Perubatan)

Nama sebenarnya ialah Abu Ali Al Husaini bin Abdullah. Mempelajari agama sejak kecil lagi. Menghafaz Al Quran dan menguasai agama ketika berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan perubatan. Menghasilkan pelbagai karya dalam bidang falsafah, perubatan dan logik. Buku-buku karangannya menguasai ilmu-ilmu logik, fizik, metafizik, sains perubatan dan falsafah. Malahan ia diajar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara Eropah.

Irfan Kamal (Yakin pada diri/kesempurnaan)

Keyakinan diri amat penting dalam kehidupan seseorang. Sesuatu pekerjaan tidak akan berjaya diselesaikan, jika tidak ada keyakinan diri untuk melakukannya. Nama ini sangat penting agar diri seseorang memiliki sifat kenyakinan terhadap diri sendiri dalam membentuk kesempurnaan hidupnya.

Iqbal Ihsan (Kejayaan/kebaikan)

Nama ini kebiasaannya akan menjadi terkenal dengan perkara-perkara kebaikan yang dimiliki oleh dirinya. Semoga anak berjaya dalam memberi sumbangan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat dengan kebaikan dan kejayaan yang dicapai oleh dirinya.

Imran Ihtisyam (Kehebatan, budi bahasa)

Kehebatan budi bahasa, nampaknya semakin berkurangan di kalangan anak-anak dewasa kini. Nama ini sesuai dipilih, untuk memantapkan budi bahasa yang tinggi di kalangan anak-anak. Sejuk mata ibu bapa yang memandang anak yang menjaga budi bahasanya di hadapan kedua orang tua.

Irsyad Ilham (Petunjuk/isyarat yang baik)

Mendidik anak ke arah kebaikan pada zaman yang serba mencabar ini sangat memerlukan kesabaran ibu bapa. Suasana sekitar boleh memberi kesan jika ibu bapa tidak berhati-hati dan teliti dalam menangani permasalahan ini. Semoga anak yang memiliki nama ini akan terus teguh dan kukuh dengan segala kebaikan yang terdapat pada namanya.

Izzul Hanis * Izzul Hanif (Kemuliaan/ Berani, warak * Kemuliaan/ Yang lurus)

Anak kembar yang dilahirkan ini, diharapkan dapat memenuhi dan meneruskan kemuliaan atau maruah ibu bapanya hingga ke akhir hayat. Hidup dengan menjaga maruah atau kehormatan budi pekerti, menjadikan diri disegani dan dicontohi oleh masyarakat. Anak-anak beginilah yang diharapkan. Berani kerana kebenaran dan tidak mudah terpengaruh dengan prinsip hidup yang salah.

Ihtisyam (Kehebatan)

Nama yang enak didengar dan suka untuk menyebutnya. Anak mempunyai sesuatu kehebatan. Ini terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencungkil dan mengasah bakat yang ada pada anak. Suatu hari kelak, insya-Allah dia berjaya menonjolkan juga kehebatan yang dimilikinya.

Ismat (Kekuatan menjauhi maksiat)

Nama yang mempunyai makna yang tersendiri. Sekali terdengar, ia mempunyai cita rasa yang terkini. Ertinya juga cukup bagus. Iaitu anak mempunyai kekuatan untuk tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif. Di mana sahaja, manusia mudah untuk terlibat dengan kejahatan. Hanya dengan pendidikan keimanan, yang diberikan oleh ibu bapa menjadi benteng terkukuh untuk anak menghindarinya.

Ibtihaj (Kesenangan)

Dikurniakan dengan cahaya mata, merupakan suatu kesenangan dan juga kenikmatan hidup. Bayangkan mereka yang berkahwin tetapi belum dikurniakan anak, hidup terasa sunyi dan sepi. Kesenangan dengan memiliki anak akan menjadikan kita manusia yang lebih peka menilai erti kesyukuran kepada Tuhan.

Idraki (Pengetahuanku,kefahamanku)

Nama yang jarang digunakan tetapi mempunyai erti yang cukup baik. Iaitu seseorang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan. Dia akan menggunakan ilmu pengetahuan yang ada ke arah setiap kebaikan.

Page 7: nama anak

Idlan (Keadilan)

Iffat (Kehormatan diri)

Imtiyaz (Pilihan)

Inas (Kelembutan)

Jabir Al Hayyan (Bapa Kimia Moden)

Pakar dalam bidang kimia. Penulisannya mengenai kimia adalah terpenting pada zaman itu. Mendasarkan kajian pada cara tradisional tetapi telah menggunakan cara eksperimen dan makmal. Jabir telah membentuk teori pertukaran logam-logam kepada emas dan logam-logam yang utama bagi proses ini iaitu raksa dan kibrit. Selain kimia, Jabir Al Hayyan pun pakar dalam bidang perubatan dan astrologi.

Jalal Jazlan (Kemuliaan, keagungan/gembira, riang)

Anak bukan sahaja memiliki kemuliaan dan keagungan diri, namun kegembiraan yang ada pada dirinya, menjadikan dia selalu memiliki motivasi diri untuk maju ke hadapan menghadapi persaingan.

Jazlan Syazwan (Gembira/kecergasan)

Anak yang sihat dan cergas, dapat menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Badan yang sihat dan cergas lebih disukai oleh Allah berbeza dengan orang yang lemah dan malas. Otak yang cerdas juga datang dari badan yang cergas dan sihat.

Jaris Jauhari (Kurnia Tuhan/permataku)

Anak merupakan harta kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya di dunia ini. Jadi, didiklah mereka sesempurna yang mungkin untuk menjadikan mereka sebagai insan cemerlang. Anak-anak adalah umpama permata, yang mesti kita gilap dan kilatkan setiap hari untuk mendapatkan sinarnya.

Jufri Junaidi (Keluasan/tentera)

Seorang yang mempunyai disiplin diri yang kuat. Tegas, berani dan mempunyai kekuatan jiwa yang kukuh. Memiliki sifat kepimpinan yang tinggi, membolehkan dia menjadi pemimpin yang baik suatu masa kelak. Juga seorang yang tidak mudah putus asa apabila berhadapan dengan kegagalan.

Jamsyir (Kecantikan)

Seorang yang yang berwajah cantik menjadi satu kelebihan pada dirinya. Apa lagi jika memiliki budi pekerti yang baik, bak kata orang cantik di luar, cantik juga apa yang berada di dalam hati.

Jazmi (Tekad yang kukuh)

Seorang anak yang mempunyai tekad yang kukuh akan menjadi seorang yang sangat berjaya dalam kehidupannya. Tidak mudah putus asa. Dan inilah sifat yang perlu adalah pada seseorang yang ingin menggapai kejayaan.

Jazmi (Tekad yang kukuh)

Seorang anak yang mempunyai tekad yang kukuh akan menjadi seorang yang sangat berjaya dalam kehidupannya. Tidak mudah putus asa. Dan inilah sifat yang perlu adalah pada seseorang yang ingin menggapai kejayaan.

Jihan (Kemegahan)

Seorang anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Senang baginya untuk meraih kejayaan. Dia juga seorang yang berani mencuba dalam hidupnya. Tidak mudah putus asa dan mudah memahami orang lain.

Page 8: nama anak

Jamal (Cemerlang)

Seorang yang mempunyai daya kreatif yang tinggi. Sentiasa kelihatan aktif dan mempunyai

Khairul Ikhwan (Persaudaraan yang baik)

Diharapkan dengan nama yang dimiliki ini anak dapat mengekalkan persaudaraan yang baik terutamanya sesama adik beradik. Walaupun bergelar adik beradik ada kalanya hidup bermusuhan, saling berdengki dan sebagainya. Semoga nama yang dipilih itu dapat mengekalkan tali persaudaraan sesama adik beradik. Hidup boleh tolong-menolong dari kecil sehinggalah dewasa. Alangkah bahagianya ibu bapa apabila memiliki anak-anak yang sangat menjaga hubungan ikatan tali persaudaraan.

Khattab (Ahli pidato)

Di era global ini, kita memerlukan ahli-ahli pemidato yang handal. Yang dapat berhujah dengan berani dan bernas. Agar kebenaran dapat diperkatakan dan ditegakkan tanpa ada rasa was-was dan takut. Lantas ahli-ahli pemidato ini dapat menegakkan kebenaran tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak.

Kaisan (Yang bijak)

Anak yang bijak pastinya menjadi idaman ibu bapa kerana senang untuk dididik dan dilentur dengan perkara-perkara yang baik.

Khalid ()

Seorang yang sangat cekal dan patuh terhadap pucuk pimpinan. Tidak angkuh dan tidak sombong walaupun berjawatan ketua tentera. Sikap ini sangat susah dimiliki melainkan mereka yang memiliki keimanan yang kukuh.

Khairi (Kebajikanku)

Seorang yang sangat prihatin dengan masalah orang lain. Berwibawa dan mudah mendapat sokongan untuk menjadi pemimpin yang disegani oleh masyarakat.

Kamal (Kesempurnaan)

Anak yang sempurna, itu sudah cukup untuk menjadikan ibu bapa berbangga dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Kalim (Pemidato)

Bakatnya di dalam berpidato sangat menonjol dari kecil lagi. Mungkin ibu dan bapanya sangat mengharapkan anak yang pandai berhujah dan berbahas.

Kaab (Kemuliaan)

Seorang yang sangat sopan dan sentiasa menjaga budi pekertinya. Tidak meninggi diri dan sikap-sikap yang baik ini, menyebabkan dia dihormati.

Kamal (Kesempurnaan, kelengkapan, keutuhan)

Khabir (Terpelajar, berpengalaman, kewibawaan)

Lais Arsalan (Berani/singa)

Keberanian seorang anak lelaki memang menguntungkan keluarga. Seorang anak lelaki dijadikan harapan untuk menjadi pembela dan menaungi ibu bapanya di kala kesusahan.

Lukman Hakim (Nama nabi, bijaksana)

Selain merupakan nama nabi, nama ini memberikan makna bijaksana.

Liwaunasri (Panji kemenangan)

Nama yang berlainan bunyi. Tetapi mempunyai makna yang cukup baik iaitu kemenangan. Apa sahaja bidang yang diceburi dengan bersungguh-sungguh pastinya akan mendapat kemenangan dan kejayaan yang diimpikan.

Page 9: nama anak

Labib (Bijaksana, cerdas)

Nama yang jarang dipilih tetapi mempunyai makna yang cukup baik. Anak yang cerdas dan bijaksana memang menjadi harapan kepada semua ibu bapa.

La’iq (Yang layak)

Seorang yang mempunyai kepakaran yang tertentu. Sememangnya layak untuk menjadi pemimpin atau ketua dengan kepakaran yang dimilikinya.

Mahadhir Madan (Melaporkan kebaikan/kemajuan)

Nama yang cukup sinonim kepada orang yang suka kepada kebaikan dan kemajuan. Bukan sahaja cemerlang untuk dirinya sahaja tetapi boleh memimpin orang lain ke arah kemajuan dan kejayaan diri.

Mahmud Muhsin (Terpuji/yang membuat kebaikan)

Semoga anak memiliki akhlak-akhlak yang terpuji dan mudah melakukan kebaikan. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan itu dapat pula memberi contoh teladan yang baik kepada orang lain.

Muhammad Hasib (Keturunan mulia)

Berdoalah agar anak menjadi baik dengan mengekalkan keturunan yang mulia. Adanya keturunan yang mulia, moga-moga anak juga turut mengekalkan generasi orang-orang yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Munif Mubarak (Tinggi kedudukannya/yang diberkati)

Semoga anak menjadi orang yang tinggi kedudukannya di tengah masyarakat. Bukan sahaja menjadi orang yang dikenali malahan mendapat keberkatan dalam hidupnya. Keberkatan hidup yang diperolehnya menjadi contoh pula kepada orang lain untuk sama-sama membina masyarakat yang aman dan makmur.

Mulhim Mukhtar (Pemberi inspirasi/yang terpilih)

Mudah melahirkan idea-idea yang bernas dalam penulisan.

Mahzus (Yang bertuah, yang bernasib baik)

Anak yang diberi dengan nama ini pastinya mempunyai tuah yang tersendiri. Nasibnya selalu sahaja baik dan untung. Apa lagi jika ia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan dirinya.

Mus’ab ()

Seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dengan sikap diplomasinya dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Dia menyampaikan dakwahnya dengan penuh bijaksana tanpa meninggalkan kehidupan mencari pendapatan untuk menyara kehidupan seharian.

Mutsla (Yang utama)

Kewibawaan anak lelaki selalunya terletak pada kelebihan akal yang ada padanya. Kelebihan akal yang diberikan oleh Allah digunakan dengan sebaik-baiknya. Dia lebih mengutamakan perkara-perkara yang dirasakan penting dahulu dalam setiap tindakannya.

Mubasyir (Pemberi khabar gembira)

Kedatangan anak, merupakan khabar yang gembira buat kedua ibu bapa. Apa lagi jika dia seorang yang berjaya di dalam pelajaran dan juga akhlaknya yang baik.

Musyrif (Pengawas)

Biarlah anak menyedari bahawa kehidupan kita ini selalu diawasi Tuhan. Agar tidak mudah untuk melakukan kesalahan yang menjadi kemurkaan Tuhan.

Naim Zuhair (Kesenangan/cemerlang)

Page 10: nama anak

Anak yang memiliki nama ini diharapkan menjadi orang yang berada dalam kesenangan dengan apa-apa jua bidang yang diceburinya. Bukan sahaja kesenangan diri yang diharapkan malah diiringi dengan kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang diusahakan.

Najib Nabihan (Keturunan yang mulia, masyhur)

Mengekalkan keturunan yang mulia lagi dihormati bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu kepada perjuangan yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak, tanpa ada rasa jemu dan penat. Semoga anak ini mampu untuk memasyhurkan generasinya ke arah kecemerlangan diri.

Nasir Asfa (Pertolongan/yang suci)

Anak yang berbudi tidak akan membiarkan ibu bapa di dalam kesusahan. Bila dewasa, anak ini akan sentiasa menolong ibu bapa dengan hati yang suci tanpa meminta balasan. Sesuailah dengan namanya yang bererti pertolongan.

Nabil Najmi (Yang cerdik/bintangku)

Memiliki anak yang cerdik seumpama memiliki sebutir bintang yang bergemerlapan di malam hari. Anak yang cerdik akan memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Nizam Muazzam (Peraturan/dihormati)

Anak yang hidup penuh dengan disiplin diri mampu menjadi pemimpin yang disegani. Hidup berdisplin pun akan memudahkan seseorang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Prinsip hidupnya ialah masa itu emas. Maka, menjaga masa itu adalah penting bagi anak yang mempunyai peraturan hidup.

Nabhan (Mulia, terkenal)

Namanya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana orangnya. Diharapkan anak menjadi orang yang mulia kerana ilmu yang dimilikinya. Terkenal juga dengan kepakaran ilmu, yang boleh dimanfaatkan untuk orang ramai.

Naif (Berkedudukan, menonjol)

Nama yang pendek, hanya terdiri dari empat huruf. Namun mempunyai makna yang cukup kuat dan mantap. Umumnya, nama ini mengharapkan anak akan menjadi seorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Naufal (Pemurah)

Seorang yang pemurah mudah disenangi oleh orang lain. Menjadi seorang yang pemurah bukanlah dari segi wang ringgit sahaja, tetapi dari sudut-sudut lain, umpamanya tidak lokek buah fikiran, tenaga dan juga senyuman.

Nabih (Cerdik, mulia)

Anak yang cerdik, sangat diharapkan oleh kedua ibu bapa. Orang yang cerdik mudah untuk mengatur hidupnya ke arah kejayaan.

Nadim (Teman, sahabat)

Seorang anak yang boleh dipercayai. Dia seorang yang amanah dan setia. Menjadi orang kepercayaan kepada ke dua ibu bapanya, lantaran sikap jujur yang dimilikinya.

Nasir (Pertolongan)

Anak yang suka menolong orang lain dan pandai berdikari. Seorang yang kreatif dan lincah. Ada-ada sahaja perkara yang hendak dilakukan dan yang ada di dalam fikirannya.

Nail (Yang suka memberi)

Orang yang suka memberi selalunya dia disukai oleh orang lain. Tidak mementingkan diri sendiri. Dia selalu mengamalkan ‘tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah’.

Nazmi (Teratur, disiplin)

Seorang yang suka kepada kehidupan yang teratur. Sikapnya ini banyak menguntungkan dirinya sendiri.

Page 11: nama anak

Hidupnya sangat berdisiplin, dan mudah memperoleh kejayaan di dalam bidang yang diceburinya.

Nawwaf (Yang menonjolkan)

Seorang yang berwibawa di segi penampilan dirinya. Berbakat di dalam sesuatu bidang, dan layak untuk diterima sebagai ketua atau pemimpin.

Nazih (Bersih dari noda dan cacat)

Harapan ibu bapa mengharapkan semua yang terbaik untuk anak. Seboleh mungkin anak menjadi anak yang soleh, tidak ke arah yang negatif.

Nabil (Mulia, terhormat)

Naasiruddin (Pembela agama)

Nafis (Berharga)

Nafil (Tambahan)

Nail (Yang suka memberi)

Nashrullah (Kemenangan dari Allah)

Onn (Pertolongan)

Anak ini mempunyai perwatakan yang sangat menarik. Mudah membantu dan memahami kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Ini memudahkan orang lain untuk mendekati dirinya.

Qoid Rafif (Pemimpin/berakhlak baik)

Hanya mendengar nama ini sahaja, sifat-sifat kepimpinannya sudah terserlah. Apa lagi jika anak diasuh dengan akhlak-akhlak yang baik. Lebih cepat dapat ditonjolkan selaku pemimpin yang berwibawa.

Qawiyyun (Kuat)

Seorang yang mempunyai kekuatan diri untuk menangani dan mengharungi liku-liku kehidupan. Tidak mudah putus asa, kuat berusaha untuk berjaya dalam hidup.

Qawi (Gagah)

Anak yang diberi pilihan nama ini, akan membesar menjadi seorang pemuda yang tampan. Berbadan tegap dan gagah. Mempunyai jati diri yang baik dan tegas dengan pendiriannya serta tidak mudah digugat.

Qahir (Yang menang)

Dalam menghadapi dunia persaingan, moga-moga anak yang diberikan nama ini selalu memperoleh kemenangan. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan berdasarkan maksud namanya yang begitu baik itu.

Qawiem (Yang lurus)

Seorang anak yang lurus, akan menjadi seorang yang sangat setia. Tidak pandai berbohong dan merupakan seorang yang boleh dipercayai. Anak yang sangat amanah dan bertanggungjawab

Page 12: nama anak

Rais Afham (Ketua/yang pandai)

Seorang anak lelaki memang diharapkan menjadi ketua dan seorang yang pandai, sebagai pewaris keluarga. Semoga nama ini menjadi kenyataan untuk melihat anak menjadi pemimpin atau ketua dan pandai dalam mengatur kehidupan dan dapat mencapai kejayaan hidupnya.

Rasyiq (Bentuk tubuh yang indah)

Sebagai orang anak lelaki, pastinya perlu kepada bentuk tubuh badan yang sihat. Menjadi seorang lelaki yang berwibawa juga perlu kepada tubuh badan yang sempurna. Tubuh badan yang tegap dan mantap, mudah menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan seseorang.

Razin (Yang tetap pendiriannya, yang tenang)

Seseorang yang mempunyai pendirian, tidak mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Oleh kerana dia seorang yang berpendirian, menyebabkan dia seorang yang tegas dan bersemangat tinggi. Berani menyatakan pandangan dan buah fikirannya yang difikirkan ada kebenaran dan keuntungan pada banyak pihak.

Rozin Muflih (Serius dalam perilaku/berjaya)

Zaman yang serba mencabar ini, kita memerlukan orang-orang yang serius dalam perilakunya. Serius dalam erti kata, bersungguh-sungguh untuk memajukan dirinya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.

Raqwan (Kemajuan)

Seorang anak yang sentiasa terdorong untuk sentiasa mencari kemajuan diri. Kemahuan yang datang dari dalam diri adalah suatu yang sangat baik untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

Rashin (Yang bagus, yang tetap)

Anak yang mempunyai pendirian yang tegas. Tidak mudah terpengaruh dengan pandangan atau pendapat orang lain yang dirasakan tidak berapa bernas.

Raaiq (Murni, bersih, tenang)

Rafi' (Tinggi, mulia, mengagumkan)

Rushdiy (Petunjuk kebenaran mengikuti jalan yang benar)

Rayhan (Tenang, tumbuhan mewangi)

Syahmi Syihabuddin (Mulia, bijak, berani/bintang agama)

Anak yang memiliki nama ini kelihatan cergas, pintar dan memiliki sifat kepimpinan. Suka kepada kebaikan, sekali gus boleh memberikan contoh yang baik dalam pergaulannya.

Syazwi Salihin (Keharumanku, yang baik)

Harum di sini membawa erti seorang anak yang dapat membuahkan budi pekerti yang baik dan menggembirakan kedua ibu bapanya.

Syukri Kamil (Kesyukuranku/sempurna)

Anugerah anak kepada sepasang suami isteri, sebenarnya suatu kurniaan Allah yang tiada bandingannya. Rasa kesyukuran dilahirkan dengan penganugerahan cahaya mata yang sangat bernilai ini dan bersyukur atas segala pemberian Allah.

Syarif Syamil (Mulia/menyeluruh)

Page 13: nama anak

Anak yang diharapkan untuk menjadi manusia yang mulia di kemudian hari. Berjaya dalam meraih kejayaan dalam hidupnya. Berjaya menjadi orang yang pandai dan tahu menjaga maruah diri. Sentiasa menjaga diri agar tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang boleh merosakkan diri sendiri dan juga nama baik keluarga.

Silmi Abshar (Damai/mata hati)

Semua manusia ingin memiliki kedamaian hati, iaitu tenang dan tidak selalu resah. Bukan semua orang mudah dan dapat memilikinya. Nama yang dipilih ini, mengharapkan agar anak sentiasa memiliki kedamaian hati. Mata hati yang selalu menginginkan kebaikan dan keselamatan dalam kehidupan.

Shabih (Bagus)

Anak yang mempunyai kemahiran dalam menilai sesuatu yang baik dan tinggi nilainya.

Shafiy (Tenteram suci)

Anak ini seorang yang tenang dan pandai mengawal emosi dirinya.

Syafi (Yang menyembuhkan)

Mungkin namanya akan mendorong dia menjadi seorang yang minatnya mengkaji ilmu-ilmu perubatan.

Tabani (Bijaksana)

Nama yang jarang digunakan oleh orang. Didiklah anak menjadi seorang yang bijak, agar bersesuaian dengan nama yang diberikan padanya.

Tariq (Tempat tinggi)

Seorang yang mempunyai keazaman diri yang sangat kuat. Selalunya dia seorang yang berimpian luas dan cita-cita yang besar. Sanggup menempuh apa sahaja agar segala yang terpendam di hatinya dapat dicapai.

Taffazzul Husayn (Kebaikan hari, murni hati, ramah dan penderma)

Umar Al Faruq (Yang memakmurkan/pembeza antara benar dan salah)

Selain merupakan nama kepada salah seorang sahabat Rasulullah, ia juga adalah salah seorang Amirul Mukminin yang empat. Nama ini memang terkenal dengan wataknya yang berani dalam memperkata dan memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Sememangnya ia layak untuk menjadi seorang pemimpin yang terkemuka pada suatu hari kelak.

Ulwan Ukail (Ketinggian/pintar)

Nama yang agak istimewa. Seistimewa orangnya yang memiliki keperibadian yang agak menakjubkan. Seorang anak yang memiliki kepintaran untuk menggapai kegemilangan dan kecemerlangan dirinya.

Umar Mukhtar (Nama sahabat Rasulullah/terpilih)

Seorang lelaki yang sangat teguh pendiriannya. Berani dalam mempertahankan kebenaran. Pemimpin yang sangat ditakuti dan digeruni oleh pihak musuh. Sentiasa di hadapan dalam menegakkan kebenaran, tanpa ada perasaan takut dan gentar di hati. Sesungguhnya anak yang begitu sangat diharapkan untuk membela agama, bangsa dan negara tercinta.

Ulya Nuruddin (Yang lebih tinggi/ cahaya agama)

Gabungan nama yang jarang didengar, tetapi mempunyai maksud yang cukup baik. Biarlah kehidupan beragama menjadi pegangan yang kukuh dalam diri anak. Itu adalah jalan yang terbaik untuk merebut kejayaan dunia dan akhirat.

Usaid (Yang berani)

Berani dalam erti kata yang sebenar ialah dia sanggup berkorban demi mempertahankan suatu kebenaran dan memikul tanggung jawab.

Wasim Wafiq (Kacak/berjaya)

Anak yang segak dan kacak, akan menyenangkan hati ibu bapa. Apatah lagi jika anak memiliki akhlak yang baik,

Page 14: nama anak

sebaik dan secantik wajah yang ada padanya. Setidak-tidaknya, ini sebagai saham untuk menjadikannya seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupan ini.

Wisam Wafi (Bintang kehormatan/sempurna)

Ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak yang berjaya. Nama ini sesuai untuk diberikan kepada anak yang kehidupannya bakal dihormati, insya-Allah. Mungkin sesuatu kepakaran yang dimilikinya, menyebabkan ia boleh mengwujudkan sesuatu yang ideal dalam kehidupannya. Lantas menggunakan kelebihan dan kesempurnaan dirinya ke arah kebaikan.

Wafri (Kekayaan)

Kekayaan adalah sesuatu yang boleh didapati dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Adalah lebih baik ibu bapa meninggalkan anaknya berada di dalam kekayaan, agar maruahnya terbela. Daripada meninggalkan anak yang miskin, menjadi cercaan manusia.

Wisam (Bintang tanda jasa)

Tiada yang lebih bererti untuk kedua ibu bapa melainkan mendapat anak yang soleh dan berjasa.

Yamin Yatimi (Yang berkat/yang sangat berharga)

Anak yang berkat juga merupakan rezeki yang bertuah kepada ibu bapa. Berkat ertinya ialah perkara yang bertambah. Semoga anak yang memiliki nama ini, akan mempunyai keberkatan di segala sudut. Mungkin pada rezeki, ilmu, usia dan juga perkara-perkara baik yang lainnya.

Yasir ()

Keimanan yang dimilikinya menyebabkan sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam. Sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.

Yafiq (Mulia, dihormati)

Zaim Nazif (Pemimpin/yang bersih)

Lahirlah anak yang bakal menjadi pemimpin yang bersih daripada segala segi. Bersih, cekap dan amanah untuk bangsa, agama dan negaranya.

Zawir Zakwan (Ketua,yang cerdik, yang harum)

Semoga anak menjadi seorang ketua dan pemimpin yang cerdik untuk mengharumkan nama ibu bapanya pula.

Zuhair Zulkifli (Yang tenang/sanggup)

Nama ini merupakan orang yang sanggup dan mampu melakukan perkara-perkara kebaikan dalam menunaikan perintah-perintah Tuhan. Menjadi orang yang sabar dan tabah menongkah arus kehidupan. Orang yang berwatak tenang, sabar itulah yang sanggup untuk berhadapan dengan dunia yang semakin maju dan penuh cabaran ini.

Zul Hasni (Yang mempunyai kebaikan dan kecantikan)

Selain mempunyai akhlak-akhlak yang baik dalam dirinya, ia juga memiliki kecantikan pada wajahnya. Sempurna pada fizikal dan akhlak.

Zu Syimalain (Nama sahabat Rasulullah)

Orang yang gagah berani untuk melawan pihak musuh dan mempertahankan agama Islam. Keberaniannya menyebabkan ia merupakan salah seorang pahlawan yang mati syahid dalam Perang Badar. Keberanian ini yang perlu dipupuk untuk memperjuangkan kebenaran dalam mencari keredhaan Tuhan.

Adibah Aida Berpengetahuan/keberuntungan Anak yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi bukan sahaja menguntungkan kedua ibu bapa, tetapi menguntungkan dirinya sendiri. Apa-apa jua kejayaan yang hendak dicapai sama ada pada dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu pengetahuan. Beruntunglah kepada anak-anak yang tinggi ilmu pengetahuannnya.

Alani Fatini Ketinggian/bijaksana

Page 15: nama anak

Seorang anak yang bijaksana senang dididik dan senang untuk memahamkan mereka dalam banyak aspek. Kefahaman mereka untuk menangkap apa-apa yang ingin disampaikan sangat tangkas. Ibu bapa hanya perlu untuk bercakap sedikit, tetapi anak mudah ingat dan tahu apa yang dimaksudkan.

Ahlam Fakhira Paling sempurna/termashyur Pada zaman yang serba mencabar ini, untuk mendidik anak ke arah kesempurnaan diri memang merupakan satu cabaran. Lihatlah di luar sana, berapa ramai anak-anak yang kecundang menjadi mangsa dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Memberikan nama ini, semoga anak sempurna pada zahir dan batin, menjadi termasyhur dengan kesempurnaan diri yang dimilikinya.

Alya Adriana Ketinggian, nisbah Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Aliyah Afifah Wanita yang tinggi/yang sopan Wanita akhir zaman, selalu dikaitkan dengan kehilangan sopan santun dan juga budi pekerti yang baik. Namun, bukan zaman yang silap tetapi sebenarnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak. Biarlah zaman berubah kemodenannya, tetapi seorang wanita tetap tinggi dengan kesopanan dan budi pekerti baik yang dimiliki.

Aisyah Aqilah * Aisyah Afiqah Hidup bahagia/ Cerdas, pandai * Sangat berpengetahuan Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. Doa yang berpanjangan sentiasa dipanjatkan demi kebahagiaan anak. Pastinya ibu bapa boleh bergembira bila anak-anak kembarnya cerdas dan sangat berpengetahuan. Merekalah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan generasi akan datang. Generasi yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan yang luas, malahan tinggi pula budi pekertinya.

Azyan Alilah Perhiasan / Yang memakai wangian Seorang anak perempuan memang suka untuk berhias-hias. Sesungguhnya jadikanlah budi pekerti yang sopan santun sebagai perhiasan yang terbaik. Sebagaimana yang disarankan oleh agama ialah sebaik-baik perhiasan adalah seorang wanita yang solehah. Biarlah kebaikannya ibarat bau-bau wangian yang sangat disukai ramai.

Anis Zarifah Comel/indah Anak yang comel dan menjadi kemanjaan kepada ibu bapa. Perilakunya menawan hati dan jauh dari sifat-sifat yang buruk.

Aisyah Mariah Kehidupan/yang indah Selain nama isteri Rasulullah s.a.w, dia juga merupakan seorang yang matang dalam mengharungi kehidupannya. Mampu membina kehidupan yang indah lagi diredhai Tuhan.

Afifah Wanita yang suci/sopan Nama yang kedengarannya sangat lunak. Selembut dan sesopan nama yang diberikan kepadanya. Tetapi dia juga seorang yang tegas dan berpendirian.

Ajda Bermanfaat Seorang anak yang tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif. Masanya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.

Ahlam Paling sempurna Anak yang paling sempurna dalam hidupnya. Sempurna pada fizikal anak, dan juga pada akal fikirannya.

Page 16: nama anak

Seorang yang sentiasa ingin kelihatan kemas dan sempurna dalam kehidupan hariannya.

Adawiyah Ubat penawar Anak adalah penawar yang paling mujarab untuk ibu bapa. Misalnya kesedihan anak merupakan kesedihan ibu bapa. Begitulah sebaliknya. Sedaya mungkin ibu bapa akan memastikan anaknya berada dalam kesenangan.

Aflah Beruntung Moga-moga anak yang diberikan nama ini sentiasa beruntung nasibnya. Sesuai dengan nama yang dimilikinya.

Ardini Isteri yang disayangi

Bisyri Manis muka Seseorang yang memiliki muka yang manis, memang ada daya tarikannya yang tersendiri. Ia sangat berjaya dalam mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia. Bukan mudah untuk memiliki sifat yang begini. Sebab ia adalah sifat dalaman yang dapat dilahirkan secara spontan. Bukan hasil dari berpura-pura atau lakonan semata-mata.

Bahi Wafiah Indah/yang sempurna Nama yang cukup cantik untuk menjadi pilihan. Seorang yang diharapkan menjadi sempurna dengan adanya raut wajah yang menarik dan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Bilah Izah Wangi dan mulia Biarlah anak ini membesar dengan kehormatan dirinya yang mulia. Memiliki adab sopan yang tinggi. Dan dia juga terkenal dengan peribadi yang baik-baik sahaja.

Basyarah Indah Seorang yang aktif dalam melakukan pelbagai pekerjaan. Mempunyai motivasi yang tinggi untuk sentiasa mencapai kejayaan dalam hidupnya.

Badrina Bulan kami

Damia Lutfiah Kebijakan, kelembutan Anak bukan sekadar bijak tetapi memiliki kelembutan yang menawan hati sesiapa yang memandangnya. Bijak dalam mengatur hidup, lembut dalam ketegasan. Tidak mudah diperdayakan oleh sesiapa yang ingin mempermainkan dirinya.

Dayana Batrisya Gagah perkasa/cerdik/pintar Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.

Dalili Fahimah Pemimpin/yang bijak Ibu bapa memang mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Dhia Syarafana Cahaya/kemuliaan Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Diyanah agama Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya

Page 17: nama anak

putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.

Dalili Pemimpin Seorang anak yang sangat tabah dalam mengharungi kehidupan.

Dahimah Kuat, tangkas Anak yang tangkas dan kuat dalam membina kehidupannya. Dia memiliki hati yang cekal.

Dahiyah Pintar Seorang anak yang cerdas dan pintar. Jika diasuh dengan betul memudahkan dirinya untuk mencapai kejayaan gemilang.

Danesh Kebijaksanaan, terpelajar

Fathiah Kemenangan Nama ini umumnya nampak ringkas sahaja. Namun, ia mempunyai pengertian yang sangat luas. Sesuai dengan ertinya yang membawa maksud kemenangan. Semoga anak sentiasa mencapai kemenangan di dalam setiap cabaran dan persaingan yang dihadapinya.

Fathinah Uzma Bijaksana/terbaik Anak yang memiliki nama ini, mempunyai motivasi diri, tangkas berfikir dan cepat memahami sesuatu perkara. Petah dan bijak berkata-kata.

Fatin Sahira Menarik/mempesonakan/memikat hati Seorang anak yang lincah dan mempesonakan mata yang memandang. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik. Lebih dapat memikat hati dengan akhlak baiknya. Itulah penghibur dan permata hati ibu bapa.

Faiqah Faqihah Paling baik/pintar Seorang anak yang diharapkan kebaikan daripada dirinya. Kebaikan yang ada pada dirinya menyebabkan ia disukai oleh kawan-kawan dan dapat memberikan contoh teladan yang baik pada masyarakat sekeliling. Pintar dan pandai berdikari dalam mengurus dan mengatur program kehidupan diri.

Fakhirah Shakila Kebanggaan/cantik Kecantikan yang ada pada anak bukanlah untuk dijadikan bahan kebanggaan. Malahan kecantikan itu lebih bererti sekiranya disertai dengan cantiknya budi pekerti yang dididik oleh kedua-dua ibu bapa. Biarlah anak memiliki kecantikan zahir dan juga pada batinnya. Berwajah cantik menjadikan anak lebih patuh dan tunduk terhadap Tuhan yang menciptakannya. Bersyukur selalu sebab Allah melebihkan wajahnya

Farzana Bijaksana Nama ini selain semangnya amat bersesuaian dengan seorang anak perempuan. Anak bukan sahaja bijak, tetapi memiliki budi bahasa yang menjadi daya tarikan kepada orang lain.

Fasihah Pandai bercakap Anak yang diberikan dengan nama ini akan menjadi seorang yang bijak dan pandai dalam berkata-kata. Terutamanya fasih dalam membaca al-Quran dan mahir berpidato.

Fatimah

Nama yang cukup terkenal kerana dia seorang anak nabi. Tetapi tidak pernah mengambil kesempatan dengan kemasyhuran yang dimiliki oleh ayahnya. Tetapi menjadi seorang yang merendah diri dan menguruskan kehidupan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan kerana itulah didikan ayahandanya.

Fathiyah Kelapangan Anak yang sangat pandai menjaga kekemasan diri. Seorang yang baik dan mudah diterima di dalam pergaulan bersama dengan rakan-rakannya. Juga sangat berahsia orangnya.

Page 18: nama anak

Firuz Yang indah Nama yang mudah terkenal suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun. Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Fazila Ulung, jujur, cemerlang

Fariha Bahagia, kesenangan

Faiqa Ulung, masyhur, terkenal, unggul

Ghina Hijanah Kekayaan/keturunan yang mulia Anak yang berada dalam kesenangan dan kekayaan, moga-moga terhindar daripada sifat meminta-minta. Biarlah anak berada dalam keadaan yang senang memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari. Semoga kesenangan itu pula dapat diwariskan kepada generasi-generasi yang seterusnya untuk mengekalkan keturunan yang mulia daripada sifat meminta-minta.

Ghaliyati Yang mahal

Ghundurah Bahagia, muda

Hana Humaira Rezeki tanpa kepayahan/yang berpipi merah Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. Selalunya anak yang begini orang kata nasibnya untung dan baik. Ada-ada sahaja yang menyebabkan rezekinya sentiasa ada dan berpanjangan. Anak yang begini hidupnya selalu dipenuhi dengan keriangan dan kekayaan.

Hana Khalilah Rezeki tanpa kepayahan/kesayangan Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Didiklah anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Hidup yang penuh dengan kasih sayang akan memudahkan anak membina kehidupan yang lebih bahagia dan cemerlang pada masa depannya.

Hani Mastura Tenang/yang terpelihara Semoga ketenangan sentiasa terpelihara di dalam sesebuah rumah tangga bila ada anak yang memiliki nama ini. Ketenangan hidup juga bererti kebahagiaan hidup. Fitrah manusia memang suka pada ketenangan.

Huda Khalidah Petunjuk yang benar/yang abadi Dalam menempuh arus kehidupan yang serba maju ini, ada manusia yang terlalai dan tersasar dalam mencari jalan kebenaran dan kebahagian hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini mendapat petunjuk yang benar untuk membina kehidupannya. Petunjuk yang benar dan kekal abadi hingga ke akhir hayatnya.

Hani Khalilah Yang mengucapkan selamat/kesayangan Semoga anak yang dianugerahkan sentiasa selamat dan merupakan kesayangan setiap insan.

Hulwah manis Anak yang wajahnya manis, dia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mudah tersenyum dan seorang yang periang. Anak yang berwatak begini disenangi ramai dan tidak banyak memberi masalah kepada ibu bapanya.

Haibah Wibawa

Page 19: nama anak

Biarlah anak dididik menjadi seorang yang berwibawa untuk menjadi pemimpin, di kalangan sesama wanita. Mendidik anak menjadi seorang yang berwibawa dan berpendirian adalah sangat penting, agar tidak mudah dengan pengaruh yang tidak sihat.

Hannah Kasih sayang Kasih sayang adalah sesuatu anugerah Tuhan yang perlu dijaga dengan baik. Tanpa kasih sayang akan pincanglah hidup seseorang itu. Kasih sayang juga ibarat pokok, ia akan sentiasa segar, subur jika dijaga, dibajai dan selalu disirami air.

Hanan bertimbang rasa Anak yang bertimbang rasa dan mudah merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Dia juga seorang yang rajin dan pandai mengurus dirinya sendiri.

Hayati Kehidupanku Seorang yang sangat cekal dalam kehidupannya. Mempunyai matlamat yang jelas dalam dirinya. Selalu berjaya dalam kehidupannya.

Haziqah Yang cerdik, pandai Seorang yang cerdik dan petah berkata-kata. Tingkah lakunya sangat lincah dan ada sahaja idea-idea kreatif yang mampu diciptanya.

Haffafa Kegemilangan, kilauan, damai, angin lembut

Hakeema Bijak, bijaksana

Husna Lebih baik, keramahan

Iffah Huriyyah Suci terpelihara/bidadari Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.

Irdina Ilmuna Kehormatan kami/pengetahuan kami Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Izzah Insyirah Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.

Izz Zayani Kekuatan/yang cantik Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.

Iffah Tahu harga diri

Page 20: nama anak

Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifat yang baik ini. Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat awam.

Irtiyah Kesenangan Semoga anak ini menjadi anak yang solehah. Yang dapat memberi kesenangan kepada ibu bapanya bukan sekadar di dunia sahaja, malahan di akhirat nanti.

Is'ad Yang membahagiakan Memiliki anak memanglah sesuatu yang membahagiakan. Apa lagi jika anak tersebut seorang yang mendengar kata dan patuh terhadap kata-kata orang tua. Sejuk mata memandang dan anak merupakan adalah madu ataupun penawar kehidupan ibu bapa.

Irbah Fikiran tajam Seorang anak yang memiliki fikiran yang tajam. Dia seorang yang mudah mengingati apa sahaja ilmu-ilmu yang diajarkan kepadanya. Mudah berjaya dan mudah juga untuk membina kejayaan dalam hidupnya.

Imtinan Anugerah tuhan Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada ibu bapa. Didiklah dia dengan didikan yang sempurna agar menjadi anak yang soleh. Hanya anak yang soleh sahaja yang akan diterima doanya oleh Tuhan.

Inshiraah Gembira, kesenangan, kebahagiaan, keceriaan

Is’aaff Pertolongan

In’aan Pemberian kenikmatan

Inayah Perlindungan

Ismah Terhindar dari dosa

Iffah Tahu harga diri

Jauza Kamilia Nama bintang/pokok yang menghijau Semoga kehidupan anak dipenuhi dengan kejayaan, seumpama cahaya bintang yang berkelipan di malam hari. Kejayaannya itu pula mampu memberi sinar dan manfaat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan masyarakat.

Julia Malihah Berambut panjang/cantik Anak yang cantik pasti menjadi pilihan kepada ibu bapa. Bukan sahaja cantik pada tubuh badannya malahan pada budi pekertinya juga. Anak perempuan elok kalau berambut panjang, sesuai identitinya sebagai seorang wanita.

Page 21: nama anak

Jamilah Cantik Nama yang ringkas, tetapi mempunyai pengertian yang luas. Seorang anak perempuan yang comel dan cantik. Semoga dia membesar dengan kecantikan akhlak dan budi bahasa yang tinggi. Juga mempunyai kecerdikan akal yang tinggi dan mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan sebagai kemahiran diri.

Juni Damia Kemerah-merahan / kebijakan, keberkatan Satu gabungan nama yang cukup baik untuk diberikan kepada anak perempuan yang baru lahir. Nama yang sangat baik dan terkini, mengikuti perkembangan dunia. Namun masih tidak lari dari batas-batas nama dan makna yang baik. Wajah dan kulitnya cantik kemerah-merahan dan seorang yang bijak dan berkat.

Juni Kemerah-merahan Nama yang mudah untuk digabungkan dengan nama yang lain. Mungkin anak yang memiliki nama ini kulitnya cantik, putih kemerah-merahan. Jarang manusia yang tidak suka kepada anak yang cantik. Malahan akan bertambah-tambah tersohor kecantikan jika mempunyai akhlak yang baik.

Kautsar Kamilah Nikmat yang banyak/yang sempurna Anak merupakan nikmat dikurniakan Allah kepada umat-Nya. Sempurnalah sebuah perkahwinan yang dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata yang menghiburkan. Kesempurnaan itu alangkah baiknya jika ibu bapa lebih menundukkan diri kepada Tuhan yang menciptakan semuanya dan benar-benar mendidik anak agar menjadi anak yang soleh dalam menjaga akhlaknya sesama manusia dan Tuhannya.

Khairul Syifa Kebaikan/penawar Nama anak perempuan ini akan menjadi penawar dan penyejuk hati ibu bapa. Melihat anak yang senang dibentuk dan mudah mendengar kata sememangnya melapangkan dada kepada sesiapa yang melihatnya. Hal ini meninggikan lagi harapan ibu bapa agar anak menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa, dan negara.

Khaulah Al Azwar

Terkenal dengan sifat keberanian, kepahlawanan dan ketangkasan dalam menunggang kuda, sehingga namanya tercatat dalam sejarah. Khaulah turut berjuang dalam peperangan di samping kaum lelaki untuk menebus kembali abangnya yang ditawan oleh musuh. Semangat dan keberaniannya yang sangat kental, hingga dapat menyuburkan jiwa perjuangan orang lain pula.

Khaulah

Seorang anak yang dilahirkan dengan sifat keberanian yang sangat tinggi. Memiliki sikap kepahlawan serta ketangkasan menunggang kuda. Ini menyebabkan dia menjadi seorang yang sangat wibawa dan dihormati oleh masyarakat.

Khadijah

Seorang yang kaya dan hartawan yang sangat berjasa kepada Islam. Sanggup berkorban demi menegakkan Islam. Sifat-sifat baik sentiasa memancar dalam dirinya. Lemah lembut dan tenang, menyebabkan sesiapa yang berhadapan dengannya menjadi sangat terhibur.

Laila Madihah Kekasih, yang terpuji Sesuai dengan sifat kewanitaannya, nama ini terpuji dengan akhlak yang menawan. Insya-Allah akan menjadi kekasih yang ideal kepada bakal suami untuk meneruskan generasi-generasi yang akan datang.

Laila Mardhiah Kekasih/yang disayangi Moga-moga anak menjadi orang yang dikasihi oleh Allah. Bila dewasanya pula menjadi isteri yang baik kepada suami dan anak-anaknya.

Lina Nadhirah Kelembutan/yang berseri Semoga anak menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga bahagia.

Liya Zafirah Yang beroleh kemenangan

Page 22: nama anak

Liya adalah nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat keberkatan ibu bapa.

Laila Nahwah Keseronokan, kekasih / berakal Gabungan nama yang sangat serasi untuk dipilih kepada ibu bapa yang sangat penyayang. Anak adalah tanda kasih sayang yang terjalin antara suami dan isteri. Selalunya gabungan ibu bapa yang romantis mampu melahirkan anak yang sangat pintar. Cubalah memilih nama ini, insya-Allah anak yang dilahirkan menjadi manusia yang tahu menggunakan akalnya ke arah perkara-perkara kebaikan.

Lubna Pohon damar yang menghasilkan cecair wangi

Maznah Muktazzah Kepujian/mulia Anak yang memiliki nama ini, memang akhlaknya terpuji. Suka melakukan kebaikan dan menolong orang yang di dalam kesusahan, tanpa ingin mendapat balasannya. Apa yang dilakukan penuh dengan keikhlasan dan hanya mengharapkan keredaan Tuhan.

Mirrah Almas Akal yang cerdas/intan Kecerdikan akal merupakan suatu anugerah Tuhan yang amat berharga buat seseorang. Akal yang cerdik merupakan segumpal intan yang boleh dicanai menjadi pelbagai permata yang berkilauan dan indah dipandang mata. Pada ibu bapa yang ingin memiliki anak pintar, nama ini bolehlah menjadi pilihan.

Miza Karmila Berseri-seri/manis Wajah anak yang berseri-seri boleh menghilangkan penat lelah ibu bapa yang bekerja seharian. Wajah yang manis dan berseri-seri juga sangat memainkan peranan, terutamanya bila berkomunikasi sesama manusia.

Marsya Maisarah Subur/kesenangan Maisarah ertinya kesenangan. Semoga anak memiliki kesenangan yang berpanjangan untuk menjadi seorang yang sangat berdikari. Tidak sahaja berdikari malahan ringan tangan untuk menolong orang lain yang di dalam kesusahan dan kesempitan.

Muna Mukhlisah Keinginan/yang ikhlas Manusia ramai yang berpura-pura demi kepentingan diri sendiri. Semoga anak yang memiliki nama ini terselamat dari sifat yang demikian. Biarlah keinginan yang ikhlas dalam membuat sesuatu dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Apa-apa jua pertolongan yang diberikan kepada orang lain adalah ikhlas, seikhlas nama yang ada padanya.

Munawwarah Tenang, bercahaya Nama yang sangat indah kerana sentiasa diterangi cahaya. Moga-moga anak ini akan hidup dengan cahaya keimanan yang akan menyuluhnya ke jalan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Muzfirah Yang menang Nama yang jarang dimiliki oleh anak perempuan. Tetapi maknanya cukup baik iaitu kemenangan. Moga-moga anak sentiasa beroleh kemenangan di dalam apa bidang yang diceburi.

Muzfirah Yang menang Nama yang jarang dimiliki oleh anak perempuan. Tetapi maknanya cukup baik iaitu kemenangan. Moga-moga anak sentiasa beroleh kemenangan di dalam apa bidang yang diceburi.

Mawaddah Cinta kasih Anak yang dilahirkan dengan gabungan cinta kasih di antara ibu bapanya, akan mudah menjadi manusia yang berjaya. Ini kerana paduan yang baik di antara ibu dan bapa selalunya memudahkan anak untuk menjadi

Page 23: nama anak

cemerlang dalam kehidupannya.

Musyirah Yang menasihati Seorang yang bijak dan pandai mengeluarkan pandangan dan nasihat yang berguna. Layak menjadi ketua di dalam sesuatu kumpulan, kerana keberaniannya dalam mengemukakan pandangan atau pendapat.

Najwa Asyilah Bisikan rahsia/nama yang baik Anak yang pandai menjaga maruah diri. Sesuai dengan makna namanya yang baik. Rahsia hati ibu bapa ingin memiliki anak yang sempurna telah tercapai dengan memilih nama ini.

Naqibah Ketua/fikiran yang tajam Di kalangan wanita sendiri perlu ada orang yang mampu menjadi ketua. Berani memperkatakan dan memperjuangkan kebenaran, walaupun ianya pahit. Seorang ketua pastinya memiliki fikiran yang tajam untuk mengupas dan memberi pandangan yang bernas pada isu-isu yang berlaku di tengah masyarakat, untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya.

Nawal Atiyah Memperolehi sesuatu/pemberian Anak merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapa.

Nawal Najah Hadiah/kejayaan Kegembiraan ibu bapa bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.

Nur Amalina Cahaya harapan Memang anak menjadi harapan terhadap kedua ibu bapanya. Apa yang diharapkan pastilah sesuatu yang baik untuk masa depan si anak. Didiklah anak dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan yang baik. Semoga harapan ibu bapa menjadi kenyataan, setelah berusaha menunaikan tanggung jawab dalam mendidik anak ini.

Nafisah Nazih (Yang mulia/tidak membuat yang keji) Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang mulia dan berbudi tinggi. Tetapi itu cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa. Nama ini menampilkan peribadi anak yang cukup baik. Semoga anak ini benar-benar terhindar daripada perbuatan-perbuatan yang keji yang boleh merosakkan diri sendiri. Sebersih nama dan semulia nama yang dimilikinya.

Nuriy Nazihah Yang berseri-seri/ yang jujur Nama yang begitu indah dan lembut pada pendengaran. Seorang anak yang menjadikan kejujuran dalam prinsip hidupnya. Kebersihan batin yang ada di dalam hatinya akan terpancar pula pada keserian wajah yang dimilikinya.

Nawar Zakiyah Bunga/ yang suci/ yang baik Bunga merupakan lambang seorang gadis. Gadis yang baik, sopan santun dan sentiasa menjaga maruah diri. Sentiasa mekar dan tidak layu sebelum sampai masanya.

Nisrina Nabihah Bunga mawar putih/ cerdik, mulia Satu gabungan nama yang cukup cantik dan sempurna. Seorang anak perempuan bukanlah hanya diharap pada kecantikannya sahaja, tetapi juga pada akal yang dimilikinya. Bunga mawar putih juga melambangkan kesucian seorang gadis yang sentiasa menjaga maruah diri. Prinsipnya tidak layu sebelum tiba masa dipetik, tersemat kukuh di dalam dirinya.

Nabighah Yang masyhur, kenamaan, yang bijak

Page 24: nama anak

Nama yang jarang dimiliki oleh anak-anak sekarang. Jika ibu bapa ingin suatu kelainan, nama ini sesuai untuk dipilih. Sebab mempunyai erti yang baik dan bagus. Selain anak seorang yang bijak, mampu menjadi seseorang yang ternama dan termasyhur suatu hari kelak.

Najibah Dermawan Seorang anak yang sangat prihatin terhadap kesusahan orang lain. Sikapnya yang pemurah dan tidak lokek untuk memberi pertolongan di saat-saat orang memerlukan pertolongan daripadanya.

Najibah Dermawan Seorang anak yang sangat prihatin terhadap kesusahan orang lain. Sikapnya yang pemurah dan tidak lokek untuk memberi pertolongan di saat-saat orang memerlukan pertolongan daripadanya.

Nazili Pakaian dan makanan yang berkat Anak yang mendapat keberkatan hidup, selalunya mudah untuk membina kehidupannya. Apa-apa sahaja perkara yang dilakukan selalunya menjadi mudah dan berjaya.

Nazili Pakaian dan makanan yang berkat Anak yang mendapat keberkatan hidup, selalunya mudah untuk membina kehidupannya. Apa-apa sahaja perkara yang dilakukan selalunya menjadi mudah dan berjaya.

Nafisah Yang berharga Anak merupakan manusia yang paling berharga buat ibu bapa. Apa lagi jika dididik menjadi anak yang solehah.

Naflah Bunga matahari

Nadhifah Bersih

Nida’ Seruan

Naqiyyah Jernih

Nafilah Ibadah tambahan

Puteri Balqis

Asalnya nama ini merupakan nama seorang ratu kepada kerajaan Saba’. Seorang yang cerdik, kaya raya, tidak sombong dan pandai menilai kebenaran agama yang sebenar. Kecerdikan yang ada pada dirinya, menyebab ia bersetuju memeluk agama Islam. Selayaknya ia menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman yang memiliki pelbagai keistimewaan.

Qudwati Qayyimah Contoh/pemimpin Nama ini nampaknya sedikit unik. Tetapi mempunyai makna yang baik. Anak diharapkan dapat menjadi pemimpin di kalangan wanita, yang dihormati dan disegani. Semoga khidmatnya memberi manfaat kepada manusia-manusia yang lain, khususnya masalah sesama kaumnya.

Page 25: nama anak

Raihanah Sejambak bunga yang harum Selain maknanya yang bererti sejambak bunga yang harum, nama ini sebenarnya merupakan seorang wanita yang cantik dan bersopan santun. Tegas dan tetap pendirian.

Rohadatul Aisy Kemakmuran hidup Seorang anak perempuan yang diharapkan dapat memakmurkan kehidupan keluarga dengan kebaikan akhlak yang dimilikinya. Sesungguhnya adab sopan yang dimiliki oleh anak merupakan harta yang tidak bernilai buat kedua-dua ibu bapa.

Ridwana Rifiah Keriangan/ketinggian kemuliaan Anak yang memiliki sifat yang riang akan mudah menghiburkan hati ibu. Anak yang begini mudah mengatur hidupnya sendiri tanpa banyak menyusahkan ibu bapa. Anak yang boleh berdikari kerana mempunyai disiplin diri yang tinggi terhadap diri sendiri.

Ruzana Ridwana Ketenangan/keriangan Nama yang sedap didengar, apa lagi bila melihat orangnya. Seorang anak yang keletah dengan kehidupannya, yang penuh dengan keriangan. Melihat wajahnya hati akan terhibur dan berada dalam ketenangan. Segala masalah hidup yang dihadapinya, diselesaikan dengan bijaksana tanpa keluh kesah yang melulu.

Raqwan Raniah Kemajuan/mempesona Satu gabungan nama yang cukup menawan bagi seorang anak perempuan. Anak ini akan sentiasa kelihatan lincah dalam mengatur kehidupannya. Lantas sikapnya sangat mempesonakan dan secara tidak langsung dapat memberikan contoh teladan yang baik untuk masyarakat sekeliling.

Rumman Buah delima Buah delima simboliknya untuk sesuatu yang cantik dan menawan. Diharapkan anak ini akan membesar dengan wajah yang cantik dan pandai pula menjaga akhlaknya.

Razanah Baik tingkah laku/tetap pendirian Nama yang sangat baik untuk dijadikan pilihan. Seorang yang bukan sahaja baik tingkah lakunya tetapi mempunyai pendirian yang teguh. Dia seorang yang susah untuk diperdayakan oleh orang lain.

Razanah Yang terhormat dan disegani Ilmu merupakan penyuluh hidup. Seorang anak yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan membentuk dirinya menjadi seorang yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Rauqah kecantikan yang menawan Anak memang diharapkan untuk memiliki wajah yang cantik. Bukan sahaja diharapkan wajahnya cantik tetapi yang penting adalah budi bahasanya. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang memiliki kedua-dua sifat tersebut.

Rasyiqah Cantik, rajin Seorang anak yang cantik dan rajin pula. Anak yang begini sangat menguntungkan ibu bapa yang melahirkannya ke dunia ini. Orang kata sejuk perut ibu yang melahirkannya ke dunia ini.

Safura Nazihah Keemasan/jujur Safura adalah anak kepada Nabi Yaakub yang telah menunjukkan sifat ketaatan kepada kedua ibu bapanya. Sanggup bersusah payah untuk menolong ibu bapanya. Seorang anak yang jujur dan ikhlas dalam membantu kesusahan orang lain.

Page 26: nama anak

Siti Saffanah Permata Wanita yang merupakan permata bernilai kerana termasyhur dalam bidang kefasihan bertutur dan juga sastera. Terkenal dengan baik dan murah hati serta rupawan.

Sima Sahirah Lambang keindahan/memikat hati Anak perempuan adalah lambang keindahan dan sebagai bunga penyeri sesebuah rumah tangga. Sebagai lambang keindahan sesebuah keluarga sepatutnya anak dididik dengan budi pekerti yang baik dan mempunyai akal yang tajam. Gabungan antara keduanya barulah melahirkan akhlak terpuji, yang dapat memikat hati sesiapapun.

Sofiah Solehah Jernih/baik Semua ibu bapa sangat mengharapkan anaknya menjadi orang yang baik. Semoga nama yang lembut dan sedap didengar ini menjadi pilihan kedua ibu bapa untuk diberikan kepada anak. Seterusnya anak benar-benar menjadi anak yang solehah (baik) yang tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa, mahu pun di dunia dan di akhirat.

Syamimi Syamilah Yang berbau harum, lengkap Sebagai seorang anak perempuan, semoga ia pandai menjaga kehormatan diri. Harum dengan budi pekerti yang baik dan lemah lembut pada tingkah lakunya. Lengkap dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup.

Safanah

Seorang yang terkenal dalam bidang kefasihan bertutur dan sastera. Terkenal juga dengan baik hati, murah hati dan rupawan. Sering menderma kepada mereka yang memerlukan.

Saffanah Mutiara Anak yang diumpamakan sebagai mutiara, pastinya memiliki harga diri yang tinggi. Tidak mudah diperdayakan, dan tahu menjaga harga dirinya walau di mana pun dia berada.

Samihah Yang murah hati/dermawan Seorang anak yang sangat pemurah di atas apa sahaja kekayaan yang ada padanya. Mungkin dia seorang yang kaya dari segi ilmu, wang ringgit yang dimilikinya dan sebagainya, tetapi tidak terlalu bakhil, dan boleh menyumbangkan pelbagai kebaikan demi kepentingan masyarakat.

Salma Yang damai Nama yang pendek. Sedap didengar dan mengandungi makna yang baik. Seorang anak yang kehadirannya terasa suatu kedamaian. Anak yang berwatak pendamai dan penyejuk hati dan juga mata yang memandang.

Samiyah Kedudukan tinggi Anak yang diharapkan untuk mempunyai kedudukan yang tinggi. Biarlah dia menjadi seorang yang berkedudukan tinggi tetapi yang suka menolong orang lain, dan tidak sombong.

Syadiyah Beradab/berilmu Berakhlak mulia. Pandai menjaga adab-adab yang sopan dan seorang yang berilmu pengetahuan tinggi.

Syaimah Peneliti Teliti terhadap kerja-kerja yang dilakukannya. Biasanya sikap yang begini akan melahirkan sesuatu pekerjaan yang cekap, kemas dan sangat menarik.

Syaza Keharuman Ke mana dan di mana sahaja dia berada, pastinya orang akan menyebut-nyebut kebaikan yang terdapat dalam dirinya.

Syazana Kecergasan

Page 27: nama anak

Cergas di dalam kehidupan sehariannya. Tidak banyak menyusahkan ibu bapa dan pandai menyesuaikan dirinya bersama masyarakat.

Syaurah Cantik Cantik dan anggun. Moga-moga kesombongan tidak ada dalam dirinya. Malahan seorang yang tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Shahirah Yang masyhur Seorang yang sangat berkaliber dengan tugas yang diberikan kepadanya. Seorang yang mempunyai sikap bersungguh-sungguh dan tidak suka kepada kemalasan.

Shahidah Yang berjasa Seorang yang sangat mementingkan kebajikan orang lain. Sangat prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain.

Saafia Murni, bersih, jernih

Shuhrah Kemasyhuran

Tasnim Amani Air terjun dalam syurga/ketenanganku Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.

Tihani Bahagia Nama yang menarik, dan sebutannya juga sedap didengar. Rumah tangga yang dibina akan lebih bahagia jika dimeriahkan dengan kehadiran anak. Itulah anak yang diwariskan untuk meneruskan generasi yang akan datang. Apa sahaja yang kita laku dan perjuangkan dalam hidup ini adalah untuk mencari kepuasan dan kebahagiaan. Moga-moga kebahagiaan dan keberkatan hidup akan bertambah dengan adanya anak yang dinamakan Tihani.

Tijan Tahsina Mahkota/mencantikkan Anak yang diharapkan untuk memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cukup cantik untuk ditonjolkan ke hadapan. Menjadi harapan untuk anak ini bila dewasanya kelak, menjadi pemimpin yang disukai oleh masyarakat.

Thifal Lembut dan halus Seorang anak perempuan yang mempunyai budi pekerti yang lembut dan menawan hati. Sifat-sifat lahiriah ini menyebabkan dia mudah diterima dalam pergaulan. Dan menambahkan keharmonian sebuah keluarga yang bahagia.

Tifal Lembut dan halus Selalunya orang yang lembut mudah didekati dan diterima di dalam pergaulan. Banyak keuntungan yang didapati dari sikap lemah lembut daripada kasar tingkah laku.

Uzma Lebih mulia, lebih terhormat

Ulya Lebih tinggi, paling tinggi

Page 28: nama anak

Wafa Thahirah Kesetiaan/yang suci Anak ini akan menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah. Ia juga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.

Wani Hazirah Mutiara/pilihan yang terbaik Seorang anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.

Watin Wardah Yang sempurna/sekuntum bunga mawar Anak yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak perempuan kepada ibu bapa. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu bapa masa kini.

Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna Lahirnya anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.

Wafiy Munirah Setia/yang cantik Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya.

Wafiah Sempurna Anak yang sempurna sifat zahir dan batinnya. Sedaya mungkin kita sebagai ibu bapa tidak mahu memiliki anak yang cacat. Oleh itu bila sudah memiliki anak yang sempurna pastikan juga anak tidak ada yang cacat pada akidah dan juga akhlaknya.

Waznah Batu penimbang Seorang yang adil dalam membuat sesuatu keputusan. Pastinya dia seorang yang pintar berfikir untuk menentukan hasil terbaik dari setiap keputusan yang diambil.

Wafa Kesetiaan, ketaatan, kepercayaan

Yasmin Syamini Keharuman yang tinggi/bunga melur Ibu bapa memang mengharapkan anak gadis yang pandai menjaga maruah diri. Maruah diri yang tidak mudah untuk ditukarkan dengan wang ringgit dan mengikut nafsu sahaja. Keharuman dirinya sentiasa dijaga agar sentiasa segar dalam jambangan. Tidak layu sebelum dipetik oleh tangan yang ingin memilikinya.

Yusriah Mudah Anak yang mudah mendengar kata. Selalunya anak yang mudah mendengar kata ini tidak susah untuk mendidik mereka. Oleh itu, dia juga mudah untuk mencapai kejayaan. Sebab selalu ingat apa panduan yang diberikan kepadanya.

Yusra Urusan yang mudah

Zuhrah Musfirah Keindahan/yang berseri Anak yang kelihatan tenang dan merendah diri. Pandai menyesuaikan diri dan tahu ke mana tujuan hidupnya. Tetapi memiliki keindahan pada wajah dan akhlaknya.

Page 29: nama anak

Zahrah Zuyyin Bunga/Dijadikan indah Semua ciptaan Allah adalah indah. Apa lagi jika ibu bapa mengambil berat tentang perkembangan diri anak mereka. Biarlah anak ini membesar dengan keindahan-keindahan yang terdapat dalam dirinya. Baunya harum ibarat sekuntum bunga melor, yang disukai oleh semua manusia.

Zuyyin dijadikan indah Nama yang jarang diberikan kepada anak-anak. Tetapi nama ini mempunyai erti yang cukup baik iaitu indah. Moga-moga anak mempunyai sikap yang baik dan indah pada zahir dan batinnya.

Zukhruf Keindahan sesuatu Semua manusia kebiasaannya selalu mengimpikan kehidupan yang indah. Anak yang diberikan nama ini, moga-moga selalu disinari dan dilimpahi dengan kesenangan hidup.

Zahirah Berkilau Kilauan selalunya pada benda-benda yang berharga. Moga-moga anak ini selalu memaparkan kilauan yang baik.