nabi muhammad s.a.w

10
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH ISLAM NAMA: SITI ZAIDA BINTI AWANG NO.MATRIK: JEA080141 NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMRAN MUHAMMAD SEMESTER: 1 SESI: 2008/2009 FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI: UNIVERSITI MALAYA

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

2.152 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayunabi muhammad s.a.w.SITI ZAIDA BINTI AWANG

TRANSCRIPT

Page 1: NABI MUHAMMAD S.A.W

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH ISLAM

NAMA: SITI ZAIDA BINTI AWANG

NO.MATRIK: JEA080141

NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER: 1

SESI: 2008/2009

FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

NAMA UNIVERSITI: UNIVERSITI MALAYA

Page 2: NABI MUHAMMAD S.A.W

LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad saw(sallahu alaihi wassalam)adalah pesuruh Allah swt yang

terakhir.Baginda merupakan utusan Allah dan pembawa rahmat serta rasul terakhir yang

diutuskan kepada sekalian alam terutamanya manusia.Nabi Muhammad telah diputerakan

di Mekah,Arab Saudi pada hari Isnin,12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April

517M.Ibu baginda iaitu Aminah binti Wahb merupakan anak perempuan kepada Wahb

bin Abdul Manaf dari keluarga Zahirah.Ayahnya,Abdullah ialah anak kepada Abdul

Muthalib.Ayahnya meninggal dunia sebelum kelahiran baginda sementara ibunya

meninggal ketika baginda berusia 6 tahun.Baginda telah dipelihara oleh ibu angkat(ibu

susu)iaitu Halimatus Sa’adiah.Baginda berumahtangga ketika berusia 40 tahun.Mereka

dikurniakan 7 orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan tetapi ketiga-tiga anak

lelaki mereka,Qasim,Abdullah dan Ibrahim meninggal dunia semasa kecil.Manakala anak

perempuan mereka ialah Ruqqayah,Zainab,Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Page 3: NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi rasul setelah menerima wahyu

pertama ketika berusia 40 tahun di Gua Hira’.Kemudiannya,wahyu tersebut telah

diperturunkan dari masa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.Siri wahyu ini telah

diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah saw dan dikumpulkan dalam

buku bernama Al-Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran(bacaan). Pada masa yang sama

itulah,baginda berdakwah kepada umat manusia.Baginda wafat ketika berusia 51 tahun.

FALSAFAH YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW

BIJAK

Nabi Muhammad saw selaku Rasulullah,pesuruh Allah telah menjalankan

tanggungjawab iaitu menyebarkan agama Islam dengan baik dan tertib sekali.Baginda

dilihat begitu bijak dalam melaksanakan misinya untuk menyampaikan seruan dan ajaran

Islam.Baginda telah menggunakan pendekatan berdakwah tanpa paksaan kepada mana-

mana pihak samada untuk menerima ajarannya atau tidak.Baginda telah berdakwah

secara langsung dan tidak langsung atau secara terbuka dan tertutup.Nabi Muhammad

saw tidak memaksa orang-orang kafir Quraisy menerima ajaran Islam namun baginda

tetap gigih dalam menyampaikan seruan.Hanya segelintir golongan penduduk sahaja

yang dapat menerima dan seterusnya memeluk agama Islam dan mereka adalah adalah

Page 4: NABI MUHAMMAD S.A.W

terdiri daripada golongan bawahan dan hamba sahaya serta kaum karabat baginda

sendiri.Antara mereka ialah Khadijah,Abu Bakar,Ali,Bilal bin Rabbah dan Sumaiyyah.

Nabi Muhammad saw juga dilihat bijak dalam mengatur strategi untuk

berdakwah.Disebabkan oleh seruannya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di

Mekah,ditambah pula dengan ancaman-ancaman daripada pihak Quraisy,baginda telah

berhijrah dari Mekah ke Madinah atau dulunya dikenali sebagai Yathrib.Kejadian hijrah

ini bersusur galur daripada peristiwa Perjanjian Aqabah di antara sekumpulan orang

Madinah dengan Rasulullah saw.Mereka mengalu-alukan kedatangan baginda dan

berjanji untuk menjaga keselamatan orang-orang Islam yang berhijrah ke

Madinah.Perjanjian Aqabah telah membuka rentetan kepada perkembangan dan

pengukuhan agama Islam itu sendiri.Rasulullah saw cekap mengambil peluang tersebut

untuk menguatkan tapak penyebaran Islam di Madinah.Aksiologinya,Islam telah giat

berkembang ke seluruh Madinah sehingga digelar “Bandar Bercahaya” lantaran

pemesatan ajaran yang dibawa oleh baginda itu.

SABAR

Seterusnya,Nabi Muhammad saw juga telah membawa falsafah kesabaran dalam

perjuangannya menegakkan ajaran Islam.Baginda begitu sabar dan gigih menyebarkan

ajaran agama sehingga sanggup disakiti dan diseksa kaum musyrikin.Apabila Rasulullah

menyeru manusia ke jalan Allah,tidak ramai yang mendengar seruannya.Kebanyakannya

pengikut baginda adalah terdiri daripada ahli keluarganya dan golongan masyarakat

bawahan.Apabila baginda memperhebatkan kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan

secara terbuka agama Islam yang disebarkannya,dengan itu ramai yang

mengikutnya.Tetapi pada masa yang sama,baginda menghadapi berbagai-bagai cabaran

Page 5: NABI MUHAMMAD S.A.W

dari kalangan bangsawan dan para pemimpin Mekah Quraisy yang merasakan kedudukan

mereka tergugat.Mereka bangkit untuk mempertahankan agama nenek moyang

mereka.Semangat umat Islam semakin meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat

yang dihormati di Mekah memeluk Islam.Antara mereka ialah Abu Bakar,Uthman bin

Affan,Ubaidilah bin Harith,Amru bin Nufail dan ramai lagi.Akibat cabaran dan ancaman

daripada masyarakat jahiliyah di Mekah,sebahagian orang Islam disiksa,dianiaya dan

disingkir serta dipulaukan.Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk

para pengikutnya.Baginda meminta Negus,raja Habsyah untuk membenarkan orang Islam

berhijrah ke negaranya.Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan

mereka diserah kepada penguasa di Mekah.Rasulullah saw juga pernah

disakiti,dicerca,dihina dan dituduh pembawa ajaran sesat oleh kafir Quraisy lantaran

usahanya untuk menyebarkan Islam.Peristiwa yang berlaku di Taif di mana

memperlihatkan baginda dibaling batu sehingga tercedera membuktikan terdapat

kecaman hebat daripada pihak musyrikin Mekah terhadap ajaran Islam namun baginda

semua dugaan tersebut dengan sabar dan tabah.Hal ini secara jelas membuktikan

kerasionalan agama Islam itu sendiri.

DIPLOMATIK

Selain itu juga,Rasulullah saw juga telah membawa pegangan falsafah iaitu

bersikap diplomatik.Baginda sentiasa bersikap tenang dan tidak pernah menggunakan

kekerasan dalam usaha menyebarkan agama Islam.Baginda sentiasa berusaha mambina

dan menjalin hubungan baik dengan para pemimpin yang biasanya mempunyai pengaruh

Page 6: NABI MUHAMMAD S.A.W

dan kuasa agar dapat memantapkan kedudukan agama Islam.Hai ini akan memudahkan

penyebaran Islam kepada para penduduk lantaran pemerintahnya berminat dengan agama

Islam.

KESIMPULAN

Secara metafiziknya,Rasulullah saw telah berjaya

menyebarkan,memperkembangkan dan memperkukuhkan tapak penyebaran Islam yang

pertama di dunia setelah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan daripada

pelbagai pihak yang menentangnya.Hal ini adalah bertepatan dengan falsafah dan cara

yang dibawa dan dipegangnya dalam usaha meluaskan pengaruh Islam.Anjakan

paradigma yang dilakukan oleh baginda ternyata berkesan membantu baginda berdakwah

kepada umat manusia terutamanya kaum musyrikin.

Page 7: NABI MUHAMMAD S.A.W

BIBLIOGRAFI

Hashim Musa.2001.Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Suatu

Pengenalan.Kuala Lumpur.Akademi Pengajian Melayu

Awang Sariyan.2007.Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor.Synergymate

Sdn.Bhd

http://ms.wikipedia .org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w