myrakyat april 2012

8
my ISNIN 30 APRIL 2012 / 8 JAMADILAKHIR 1433H Bank Rakyat Pencapaian Gemilang 3 5 Kempen 555 ganjaran untuk pemegang Kad Kredit-i, Kad Orchid Bank Rakyat terus catat untung BILANGAN 4

Upload: skali-sws

Post on 10-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MyRakyat April 2012

TRANSCRIPT

Page 1: MyRakyat April 2012

my ISNIN 30 APRIL 2012 / 8 JAMADILAKHIR 1433H

Bank Rakyat

PencapaianGemilang3

5 Kempen 555 ganjaran untuk pemegang Kad Kredit-i, Kad Orchid

Bank Rakyat terus catat untung

BILANGAN 4

Page 2: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

Kepenggunaan2

Oleh Haryani [email protected]

HARGA bagi sajian nasi Arab sememangnya diketahui agak mahal, namun dengan

adanya program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dapat menikmati hidangan itu pada harga serendah RM4.

Itulah keistimewaan yang ada pada MR1M yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan usaha murni itu disahut oleh Jabatan Perkhidmatan, Makanan dan Kemudahan UIAM sejak Mac lalu.

Penolong Pengarah Jabatan itu, Nurul ‘Ain Mohamed Noor berkata, UIAM mengambil kesempatan menyahut seruan KPDNKK dalam memperkenalkan program MR1M bagi memberi peluang kepada pelajar di universiti berkenaan menikmati menu berkualiti pada harga berpatutan.

Program MR1M di UIAM dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mac lalu.

“Kami mempunyai 50 pengendali makanan secara keseluruhannya. Memandangkan program ini masih baru dan diperingkat percubaan hanya enam pengendali yang terbabit memperkenalkan MR1M.

“ Pe n ge nd a l i b e r ke n a a n mengusahakan gerai makan di medan selera yang terletak di Central

Complex yang mana dua daripada mereka menjual nasi campur, manakala selebihnya menjual sajian mee, mamak, antarabangsa dan timur tengah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Nile Middle East Food (M) Sdn Bhd, Mahmud Ahmed El Sayed berkata, sebagai pengendali makanan, dia tahu tahap berbelanja di kalangan pelajar dan ada di antara mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan mahal.

“Pengenalan program ini sangat baik kerana dapat memberi banyak pilihan buat pelajar dan pada masa sama membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati makanan mahal pada harga murah,” katanya.

Dalam pada itu, bukan hanya pelajar UIAM dapat menikmati sajian pada harga istimewa itu, malah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) juga bertuah kerana harga yang ditawarkan

di kafeteria dan gerai sama ada dalam kampus mahupun kolej kediaman adalah rendah berbanding harga makanan di luar kawasan universiti.

Rata-rata pelajar UPM yang ditemui melahirkan rasa puas hati kerana harga makanan boleh dikira berpatutan dan sesuai dengan status kewangan mereka sebagai pelajar.

Pengurus Kafeteria, Park View Cafe UPM, Nazrul Januri berkata, pihaknya baru sebulan mengendalikan kafeteria itu yang terletak di bangunan pentadbiran.

“Memandangkan kami baru mengambil alih kafeteria ini, jadi kami belum menyertai Program MR1M.

“Walaupun tidak menyertai program ini kami tetap menyediakan sajian pada harga berpatutan dan menyamai apa yang disarankan oleh pihak KPDNKK.

“Sebagai pengusaha kami diberi garis panduan oleh UPM untuk

meletakkan harga ke atas makanan yang dijual di kafeteria ini dan kebanyakan harga sajian adalah di bawah RM4 dan ia bergantung kepada jenis dan saiz makanan yang diambil,” katanya.

Untuk sarapan pagi jika pelajar membeli mee goreng, nasi goreng atau nasi lemak tanpa tambahan lauk, mereka hanya perlu membayar RM1 sahaja dan 80 sen untuk air teh o panas manakala sajian tengahari yang terdiri daripada nasi, sayur dan ikan dalam kategori gred B seperti cencaru, patin, keli dan kembung dengan air sirap hanya RM4.

Pengusaha kafateria terbabit tidak mengenakan sebarang caj kepada pelajar yang mengambil ais kosong dan air suam, manakala harga untuk air mineral adalah RM1.

Walaupun mengenakan harga yang rendah dan berpatutan, Kafeteria Park View Cafe tetap mengekalkan kualiti dan rasa makanan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan yang bukan hanya terdiri daripada pelajar semata mata tetapi kakitangan UPM dan pelawat.

Sementara itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pelajar, warga kerja dan orang ramai berpeluang menikmati sajian di bawah program MR1M di Oren Cafe, Fakulti Pengurusan Hotel Pelancongan (FPHP) Hotel UiTM pada setiap Jumaat yang menawarkan harga RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 untuk set tengahari.

Bagi menikmati menu sarapan pagi bernilai RM2 itu, pelanggan boleh memilih sama ada nasi lemak telur, nasi goreng cina, mee goreng, bubur nasi atau roti canai bersama dalca dengan pilihan minuman panas iaitu teh O atau kopi O.

Sajian tengahari bernilai RM4 pula adalah nasi putih bersama pilihan satu lauk yang terdiri daripada ayam masak merah, ayam kurma, gulai daging, ayam masam manis dan kembung berlada.

Pelanggan boleh memilih satu daripada masakan sayur yang ditawarkan iaitu tumis air petola bertelur, pak choy sos tiram, masak lemak taugeh dan tauhu, terung panjang goreng bercili, bayam tumis ikan bilis dengan telur dadar bersama satu daripada pilihan minuman sama ada minuman kordial atau teh O ais atau kopi O ais.

Ternyata , program MR1M membantu pelajar dalam meringankan perbelanjaan harian mereka serta secara tidak langsung mendidik mereka berbelanja secara berhemat dan merancang kewangan pada setiap bulan.

MR1M di universiti didik pelajar belanja secara berhemah

Pengusaha kafetaria sahut saranan KPDNKK sediakan menu berkualiti pada harga berpatutan

Sebelum ini, apabila membeli makanan saya ambil makanan mengikut kesukaan dan kebiasaan berbelanja lebih daripada Rm5, dengan adanya mR1m, ia dapat membantu saya dalam merancang perbelanjaan makanan harian sayaMaisarah sofea oMarPelajar jurusan Undang Undang, UIAM

menu di bawah program mR1m ini sangat sesuai buat pelajar yang perlu

berjimatMuhaMMad hafiz

saiful BahariBacelor

Perakaunan, UPM

HaRga yang ditawarkan sangat berpatutan dan sesuai buat pelajar seperti kamiNik hatfiNa hijriyah hasBullahPelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, UIAM

Saya mengetahui mengenai mR1m

menerusi iklan di televisyen dan

kini ia ada di uIam dan program ini

sememangnya sangat bagus untuk pelajar

aNis izzati raMliPelajar Ijazah Sarjana Muda Sains

Kemanusiaan, UIAM

KebIaSaannya jika saya beli nasi campur dengan ayam, sayur dan air sirap harganya Rm4.50 tapi adanya mR1m saya dapat jimat sebanyak 50 sen untuk menu yang samaaMaliNa aifaPelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan, UIAM

Saya memang mengetahui mengenai

mR1m kerana lihat banyak restoran

yang mempamerkan banner menu sajian

di bawah program ini terutamanya untuk

sarapan pagiMuhaMMad izzat aMir azMi

Pelajar Bacelor Perakaunan, UPM.

PeNdaPat Pelajar

RESTORAN The Nile Middle East Food tidak ketinggalan menyahut seruan memperkenalkan MR1M untuk kemudahan pelajar di UIAM.

PELAJAR institusi pengajian tinggi kini mampu menikmati hidangan berkualiti pada harga lebih berpatutan menerusi program MR1M yang disediakan oleh pengusaha gerai makan di dalam kawasan universiti.

Page 3: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

3Berita Korporat

ISMAIL SABRI bersama timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe serta pengurusan tertinggi Bank Rakyat menghadiri mesyuarat agung tahunan bank berkenaan.

AHLI Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan serta seluruh warga kerja Bank Rakyat mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Sabbaruddin Chik di atas pelantikan sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang ke-13 berkuatkuasa 9 April 2012.

Warga Bank Rakyat amat mengalu-alukan dan akan sentiasa bersama kepimpinan Tan Sri untuk terus memartabatkan kedudukan Bank Rakyat sebagai bank koperasi Islam terunggul di negara ini serta antarabangsa, di samping mengangkat Bank Rakyat ke tahap lebih membanggakan.

Tahniah di atas

pelantikan

TeRImA kasih tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Syed Jalaludin Syed Salim atas perkhidmatan dan komitmen sepanjang sembilan tahun menabur bakti sebagai Pengerusi Bank Rakyat.

Sesungguhnya sumbangan Tan Sri banyak membantu pengurusan Bank Rakyat dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan perbankan seterusnya mendapat pelbagai pengiktirafan.

Warga kerja Bank Rakyat mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Tan Sri sentiasa memperolehi kecemerlangan berterusan.

Sekalung Penghargaan

Oleh Siti NurazliNee [email protected]

BAnk Rakyat berjaya mengekalkan pembayaran dividen minimum sebanyak 15 peratus kepada

anggotanya selama 13 tahun berturut-turut sejak 1999, satu pencapaian yang sangat mengagumkan.

Pada tahun ini tambahan dividen sebanyak lima peratus menjadikan jumlah bayaran dividen keseluruhan 20 peratus berjumlah Rm435 juta.

Demikian data yang dibentangkan pada mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2012 yang berlangsung di Pusat konvensyen kuala Lumpur, baru-baru ini dan dirasmikan menteri Perdagangan Dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Syed Jalaludin Syed Salim.

Ismail Sabri berkata, di samping pembayaran dividen yang tinggi tahun ini, Bank Rakyat turut melancarkan inisiatif menghargai anggotanya melalui pengagihan dana Tabung kumpulan Wang Hadiah Langganan berjumlah Rm40 juta kepada anggota yang memenuhi kriteria kelayakan.

Beliau menjelaskan inisiatif berkenaan bertujuan menyalur kembali sebahagian daripada keuntungan Bank kepada anggota yang melanggan produk bank dengan memberikan rebat, dikreditkan terus ke dalam akaun pembiayaan anggota.

katanya, memang menjadi fokus utama Bank Rakyat untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan khususnya rakyat malaysia dan disebabkan itu Bank Rakyat juga menyediakan pelbagai program bimbingan dan kemudahan pembiayaan

kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, terutama mereka yang mahu memulakan perniagaan.

“Dengan itu lebih banyak peluang perniagaan wujud sekali gus menambah bilangan anggota yang terdiri daripada golongan usahawan dan koperasi.

“Saya menyeru kepada koperasi supaya memulakan kerjasama sebagai rakan strategik menerusi Rakan Dagang kad CO-OP yang diperkenalkan untuk kemudahan semua anggota koperasi .

“Selain itu, kebajikan anak-anak anggota koperasi turut menjadi fokus utama Bank Rakyat seperti komitmen Yayasan Bank Rakyat yang mengeluarkan Rm7.5 juta biasiswa dan pinjaman kepada 858 pelajar bagi melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana muda dan profesional di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Pada masa sama katanya, petunjuk prestasi utama (kPI) yang perlu dicapai Bank Rakyat tahun lalu telahpun berjaya dilepasi.

“Bank Rakyat bukan saja berjaya melantik 13 Wakil khidmat malah melepasi sasarannya iaitu 10. Di samping itu, pengguna kad CO-OP kini berjumlah 131,000 yang turut mengatasi sasaran sebanyak 100,000 pemegang kad.

“Bank Rakyat juga berjaya melantik 32 koperasi sebagai Rakan Dagang kad CO-OP dan mengembangkan lagi rangkaian francais Ar-Rahnu X’change Bank Rakyat sebanyak 11 buah berbanding lima yang ditetapkan dalam kPI,” katanya.

Ismail berkata, sokongan terhadap Bank Rakyat berada di tahap yang baik apabila kerajaan negeri dan agensi kerajaan turut menempatkan deposit dengan Bank Rakyat dan pencapaian cemerlang bank berkenaan adalah kesinambungan sokongan kakitangan

sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang sentiasa melanggan produk Bank.

Tambah beliau, inisiat i f untuk meningkatkan taraf ekonomi usahawan kedai runcit melalui Program Transformasi kedai Runcit (Tukar) dan Bengkel kereta (Atom) yang dilaksanakan bermula tahun lalu, memberikan kepercayaan penuh kepada Bank Rakyat untuk mengurus dan menyalur dana bagi pembiayaan Tukar-i dan pembiayaan Atom-i.

Sementara itu, Jalaludin dalam ucapannya berkata, kepercayaan yang diberikan anggota Bank Rakyat menyebabkan bank berkenaan sentiasa mencatatkan keuntungan dan pada tahun lalu, sebanyak Rm2.02 bilion keuntungan diperoleh sebelum potongan cukai dan zakat.

menurut beliau, peningkatan sebanyak 17 peratus digapai berbanding Rm1.72 bilion yang diperoleh pada tahun sebelumnya malah ia adalah kejayaan julung kali berikutan Bank Rakyat berjaya mencipta keuntungan melebihi Rm2 bilion.

Sehubungan itu, Jalaludin memaklumkan bahawa Bank Rakyat akan memberi bantuan khairat kematian kepada setiap anggota sebanyak Rm1,000 bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung waris.

“ Justeru, saya berharap untuk mendapatkan pendekatan baru dalam mengharungi persaingan pasaran yang kian sengit, semua perwakilan mengambil langkah untuk sentiasa memberikan idea baru supaya Bank Rakyat terus berdiri utuh.

“Saya juga mengharapkan semua anggota meneruskan kesetiaan bersama Bank Rakyat sekali gus membolehkan Bank Rakyat menggapai kecemerlangan berterusan pada masa depan,” katanya.

Bank Rakyat terus catat untung

Mahu beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Page 4: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

Jaringan Penghantaran4

Oleh HabsaH [email protected]

bANK Rakyat meluaskan lagi perkhidmatannya dengan membuka cawangan terbaru

di Kota Marudu, Sabah bagi memberi peluang masyarakat setempat menikmati pelbagai kemudahan perbankan yang ditawarkan.

Pengurus Cawangan Kota Marudu, Fazil Azmi Nadzri berkata, cawangan ini telah dirasmikan pada 16 April lalu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

“ B i a r pun b a ru sebu l an beroperasi, Cawangan Kota Marudu ternyata menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Pelanggan utama Cawangan ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, pelajar dan penduduk tempatan,” katanya.

Cawangan ini bukan saja menawarkan perkhidmatan dan produk perbankan syariah di kaunter tetapi juga menghantar pegawainya mengunjungi pelanggan di tempat kerja, premis perniagaan dan sekolah.

Menurut Fazil Azmi, pihaknya juga sentiasa mengedarkan risalah dan memasang bunting mengenai pelbagai produk perbankan syariah yang ditawarkan di Cawangan berkenaan.

“Perkhidmatan dan produk perbankan Bank Rakyat kini mendapat sambutan baik masyarakat pelbagai lapisan usia dan latar belakang ekonomi di sini,” ujar beliau.

“Prestasi Cawangan ini berada pada landasan yang betul. Sokongan positif masyarakat tempatan juga antara faktor utama yang merangsang kelancaran operasi Cawangan Kota Marudu,” katanya.

Antara produk perbankan yang mendapat sambutan baik pelanggan ialah Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah; kad kredit dan debit; perkhidmatan i-Rakyat serta perkhidmatan penghantaran wang melalui Western Union.

Bank Rakyat kembang khidmat di Kota Marudu

Alamat: No 6 & 7, WTK Phase II, 89108 Kota Marudu, Sabah

Telefon: 088-663 815/816/817

Faksimili: 088-663 819

Emel: [email protected]

Pengurus: Fazil Azmi Nadzri

Info Cawangan

Cawangan Kota Marudu

FAZIL AZmI (dua dari kanan) bergambar bersama warga kerja Cawangan Kota marudu.

SEJAJAR menghargai sokongan yang diberikan pihak media, Bank Rakyat meneruskan penganjuran Malam Penghargaan Media pada tahun ini dalam suasana cukup meriah dengan kehadiran lebih 350 wakil dan pengamal media daripada pelbagai peringkat baru-baru ini.

Majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Bank Rakyat serta ketua-ketua media dan ketua agensi di bawah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menjadi platform dalam mengeratkan lagi hubungan antara media dan Bank Rakyat.

Pelbagai aktiviti termasuk acara kuiz dan permainan serta cabutan bertuah yang

menawarkan hadiah menarik merancakkan perjalanan majlis.

Keletah dua pelawak, Sharifah Shahira dan Abon sebagai pengacara menjadikan majlis berkenaan berlangsung dalam suasana cukup meriah.

Malam Penghargaan Media berlangsung meriah

wAKIL media merakamkan gambar kenangan bersama Ismail Sabri selepas menerima plak penghargaan.

Page 5: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

5Berita Korporat

PEMEGANG Kad Kredit-i dan Kad Orchid Bank Rakyat berpe luang memenang i

ganjaran istimewa menerusi kempen penggunaan kedua-dua kad terbabit yang bermula 1 April hingga 30 Jun 2012.

Kempen berkenaan yang juga dikenali sebagai Kempen 555 membolehkan pemegang kedua-dua kad itu yang memperolehi kod kelulusan berakhir dengan nombor 555 pada resit pembelian, memenangi wang tunai RM555 setiap bulan kepada 100 pelanggan yang bertuah. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit-i dan Kad Orchid yang baru dan sedia ada.

Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat perlu membuat transaksi pembayaran sekurang-kurangnya RM300 manakala pemilik Kad Orchid pula hanya perlu berbelanja RM100 setiap bulan untuk layak tersenarai dalam penyertaan.

60 pemegang Kad Kredit-i dan 40 pemegang Kad Orchid akan dipilih bagi menerima hadiah wang tunai itu.

Kempen 555 pada tahun ini yang keseluruhannya menawarkan hadiah lebih RM165,000 adalah kali ketiga dianjurkan oleh Bank Rakyat khusus bagi menghargai sokongan pemegang kedua-dua kad itu kepada bank berkenaan dalam usaha mendokong transaksi bercirikan Islam.

Kad Orchid atau Kad Debit-i Bank Rakyat boleh diguna untuk urus niaga runcit dan pengeluaran tunai di semua premis saudagar dan institusi kewangan yang menerima urus niaga Mastercard di seluruh dunia, sekaligus menjadikan Kad Orchid sebagai alternatif terbaik kepada tunai dan cek.

Permohonan Kad Orchid terbuka kepada pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas dan memiliki Akaun Simpanan-i Tawfir dengan deposit minimum RM200.

Pemegang kad tidak perlu membayar yuran keahlian dan pemprosesan manakala yuran tahunan adalah percuma bagi tahun pertama dan hanya perlu membayar RM8 setahun pada tahun berikutnya.

Sementara Kad Kredit-i turut memenuhi ciri dalam memberi pilihan kepada pelanggan yang berminat untuk menggunakan kad kredit berlandaskan perbankan Islam. Antara ciri istimewa Kad Kredit-i Bank Rakyat berbanding kad kredit lain ialah melindungi baki tertunggak

pemegang kad melalui perlindungan takaful yang diberikan secara percuma kepada pemegang kad disebabkan kematian atau kemalangan serta bantuan khairat kematian sebanyak

RM1,000. Keistimewaan lain termasuklah

pemberian rebat keuntungan (tabung umrah/percutian) dan pengumpulan mata bagi mengerjakan umrah dan

melancong. Rebat keuntungan diberikan

kepada pemegang Kad Kredit-i yang mempunyai rekod pembayaran yang baik manakala mata ganjaran diberi

untuk setiap RM10 penggunaan.Mata tersebut boleh ditukar

kepada bentuk tunai yang dimasukan ke dalam akaun kad kredit atau boleh digabungkan bersama tabung umrah.

Selain pengecualian yuran tahunan dan tiada elemen berganda, kad ini juga diterima untuk pembayaran zakat di mana-mana kaunter pembayaran sedemikian.

Sehingga akhir Mac 2012, Kad Kredit-i Bank Rakyat mempunyai 215,151 pemegang kad manakala 24,294 telah memiliki Kad Orchid.

Kempen 555 ganjaran untuk pemegang

Kad Kredit-i, Kad Orchid

Jenis Kad Hadiah Deskripsi Bilangan

Kad Kredit-i Bank Rakyat RM555 Dikreditkan ke akaun 60 pemenang setiap bulan Kad Kredit-i Bank Rakyat (April – Jun 2012)

Kad Orchid Bank Rakyat RM555 Dikreditkan ke akaun 40 pemenang setiap bulan simpanan Bank Rakyat (April – Jun 2012)

Page 6: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

Koperasi dan Keusahawanan6Oleh Haryani [email protected]

K EMUDAHAN mesin juruwang automatik (ATM) Bank Rakyat yang disediakan sejak Oktober

tahun lalu di Stesen Minyak BHPetrol di Felda Desa Maju Sungai Tengi milik Koperasi Peneroka Sungai Tengi Berhad bukan saja memberi kemudahan kepada masyarakat setempat tetapi orang ramai yang melalui kawasan itu.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Rakyat itu sememangnya bersesuaian dengan lokasi stesen minyak berkenaan yang terletak di tengah-tengah laluan untuk menuju ke Felda Soeharto dan Felda Gedangsa.

Setiausaha Koperasi Sungai Tengi Berhad, Janudin Abu Bakar, berkata penduduk di situ sangat berterima kasih dengan perkhidmatan disediakan Bank Rakyat kerana dapat memudahkan urusan seharian mereka.

“Koperasi juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Rakyat dalam menjalankan urus niaga. Malah pada 2006 kami mendapat pembiayaan untuk membeli tanah pertanian seluas 1.6 hektar bagi menanam kelapa sawit.

“Kami berjaya melunaskan pembiayaan yang sepatutnya berakhir pada 2013 pada Mac 2011,” katanya.

Koperasi berkenaan yang ditubuhkan pada 1973 mempunyai 560 anggota yang terdiri peneroka atau isteri peneroka.

Jika kebanyakan koperasi lain lebih memberi tumpuan kepada pembiayaan peribadi, berbeza dengan Koperasi Sungai Tengi Berhad yang tidak menye- diakan perkhidmatan itu.

Sebaliknya, koperasi ini turut menjalankan perniagaan berkaitan dengan perladangan kelapa sawit dan memberi kredit buat anggotanya sekiranya mereka mahu membeli baja atau peralatan ladang.

Memiliki modal saham yang kukuh iaitu berjumlah RM439,037.00 pada 2010, koperasi ini menjalankan pelbagai perniagaan seperti perkhidmatan stesen minyak yang beroperasi sejak 1989.

Sejak dua tahun lalu, koperasi ini juga giat menjalankan perusahaan kecil dan sederhana dengan mengeluarkan mini ketupat segera yang diproses di kilang miliknya bertempat di pekan Felda itu.

Mini ketupat segera ini tidak hanya dipasarkan untuk masyarakat setempat tetapi turut dipromosi di pelbagai karnival termasuk Halfest dan diberi peluang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk mengadakan promosi di Beijing pada tahun lalu.

“Perusahaan ini dikendalikan oleh warga kerja dari kalangan anak penduduk tempatan dan produk mini ketupat segera ini mendapat sambutan hangat pada

musim perayaan, bagaimanapun untuk hari-hari biasa permintaannya tetap ada.

“Kami juga turut menerima watikah untuk menjadikan mini ketupat segera ini sebagai produk COOP Mart,” katanya.

Koperasi juga menguruskan kedai perkakasan yang beroperasi pada Januari 2005 dengan menjual alatan pertanian, baja, racun, minyak pelincir, alat ganti kenderaan, barangan elektrik, gas masak dan nilai tambah telefon (top-up) kepada anggota dan orang ramai.

Dalam aktiviti pengangkutan, koperasi menyediakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Soeharto dan Sekolah Menengah Agama Sungai Selisik.

Ak t i v i t i pe rn i a g a an l a i n termasuklah memiliki beberapa rumah sewa, tapak pasar dan tapak parkir lori, di samping mendapat kontrak daripada Felda bagi mengangkut buah sawit, ubahsuai rumah peneroka, membaja dan merumput ladang serta perkhidmatan penyewaan jengkaut.

PELANGGAN yang biasa berurusan di mana-mana cawangan Bank Rakyat pasti tertarik dengan pelbagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dipamerkan di Showcase Cabinet Usahawan (sudut khas) di bank itu.

Begitulah usaha murni Bank Rakyat membantu mempromosi produk keluaran IKS sejak beberapa tahun lalu. Biarpun usaha ini kecil, ia mampu memberi impak positif kepada syarikat IKS sehingga berjaya meningkatkan jumlah jualan dan perolehan syarikat.

Antara syarikat yang diberikan ruang untuk membuat promosi percuma oleh Bank Rakyat ialah pengeluar pelbagai jenis bahulu, kuih tradisional dan kerepek jenama MAMA JUN’s iaitu syarikat Perniagaan Warisan Usaha yang beroperasi di Banting, Selangor.

Pengurus syarikat berkenaan, Zulhuraina Makmur atau lebih dikenali sebagai Rina berkata, Bank Rakyat membantu mempromosi produk MAMA JUN’s dengan meletakkan sampel produk di semua cawangan bank itu bermula sejak tiga tahun lalu.

“Kami mengakui dengan adanya promosi percuma Bank Rakyat itu, jualan syarikat menunjukkan peningkatan. Kami amat berterima kasih dengan kerjasama dan usaha murni Bank Rakyat membantu syarikat IKS ini,” ujarnya ketika ditemui di Banting, baru-baru ini.

Rina berkata, di samping jualan secara langsung kepada pembeli yang datang terus ke kedainya, MAMA JUN’s juga menerima banyak tempahan daripada pelanggan dari luar Selangor serta tempahan hamper untuk sambutan hari raya daripada Bank sendiri.

Perniagaan Warisan Usaha diasaskan oleh ibu Rina, Hajah Junaidah sejak 22 tahun lalu dan beroperasi di Jalan Sungai Lang, Kampung Kanchong Darat manakala kilang membuat kerepek pula beroperasi di Morib dengan bantuan 15 pekerja.

Selain jualan terus kepada pembeli, produk MAMA JUN’s juga dipasarkan secara kontrak di pasar raya Mydin.

“Ketika ini kami memberi tumpuan kepada permintaan untuk pasaran

tempatan saja. Beberapa tahun dulu MAMA JUN’s juga dieksport ke China, Singapura serta Arab dan menerima sambutan menggalakkan.

“Namun dengan kapasiti dan jumlah pengeluaran sedia ada, syarikat masih belum mampu memenuhi permintaan eksport yang diperlukan,” jelas Rina.

Bagi memenuhi hasrat ibunya yang tetap mahu meneruskan perniagaan, Rina dan adiknya Mohd Omar Makmur mengambil alih perniagaan itu sepenuh masa dalam usaha memastikan perjalanan syarikat mampu beroperasi seperti biasa.

Katanya, MAMA JUN’s baru-baru ini membuka sebuah lagi kedai kek dan pastri di Jalan Sungai Lang yang menjual dan menerima tempahan daripada masyarakat setempat.

Pihak syarikat juga jelas Rina dalam perbincangan untuk mendapatkan sebuah kiosk di pusat membeli belah Alamanda bagi menjual semua produk MAMA JUN’s, sekali gus memudahkan pembeli di Putrajaya mendapatkan produk jenama berkenaan secara terus di situ pada harga berpatutan.

Koperasi aktif, anggota dapat banyak manfaat

Sediakan pelbagai perkhidmatan daripada urusan perbankan hingga peruncitan

Bank Rakyat bantu MAMA JUN’s kekal bertahan 22 tahun

RINA menunjukkan kerepek yang dihasilkan syarikatnya.

JANUDIN bersama warga kerja Koperasi Peneroka Sungai Tengi menyusun ketupat segera keluaran koperasi berkenaan ke dalam kotak untuk dipasarkan.

Page 7: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

7Berita Korporat

Oleh Haryani [email protected]

SERAMAI 247 pegawai dan kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daripada pelbagai kumpulan skim dan gred jawatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 baru baru ini.

Anugerah yang dianjurkan buat kali kesembilan itu bertujuan menghargai sumbangan warga kementerian itu yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 2011.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Saripuddin Kasim.

Ia juga sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada pegawai yang menghasilkan prestasi kerja cemerlang serta mempamerkan perkhidmatan terpuji, cekap dan bertanggungjawab di samping sumbangan luar terhadap komuniti dan masyarakat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KPDNKK sebagai peneraju pembangunan perdagangan domestik memainkan peranan penting dalam memastikan Program Transformasi Ekonomi dapat dilaksanakan dengan jaya bagi mencapai misi ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

“ Sebagai pendokong dan penggerak utama KPDNKK, tidak kira sama ada pegawai di peringkat pengurusan atasan, profesional atau pegawai kumpulan pelaksana haruslah menghadapi cabaran mendatang,” katanya pada majlis penganugerahan itu.

Antara program KPDNKK yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Ekonomi adalah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang mana menerusi pelaksanaan TUKAR dijangkakan dapat menyumbang RM5.56 bilion kepada pendapatan kasar negara dan mewujudkan sebanyak 51,540 peluang pekerjaan menjelang 2020. Sepanjang 2011, sebanyak 519 kedai runcit berjaya dimodenkan.

Bagi membantu penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan rendah, KPDNKK mewujudkan sebanyak 26 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan 1,254 premis menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Sehubungan itu, untuk memastikan program transformasi yang dirancang ini diperjelaskan dengan terperinci kepada masyarakat, Ismail menyeru supaya warga kerja KPDNKK memainkan peranan dengan lebih berkesan di dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya.

“Saya menyeru supaya semua anggota kementerian dapat melipat gandakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah mencapai matlamat yang disasarkan.

“Keupayaan intelektual, daya kreativiti dan inovasi perlulah diperkukuhkan bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

“Saya juga berharap kepada semua

anggota kementerian dan agensi di bawah KPDNKK agar peka dengan rintihan rakyat tanpa mengira kaum dan di mana jua mereka berada. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab kepada pengguna, kita tidak boleh lari daripada menerima rungutan dan ketidakpuasan hati

mereka,” katanya.Usaha dan kerja keras yang

ditunjukkan oleh warga kerja KPDNKK sepanjang tahun lalu menghasilkan beberapa kejayaan besar termasuklah penubuhan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi memastikan proses

persaingan perniagaan sihat yang dapat memberikan faedah kepada ekonomi, pengguna dan negara.

Beberapa program francais di luar negara iaitu Francais Go Global juga berjaya dilaksanakan melalui tujuh misi perdagangan dengan negara lain serta pelancaran Pelan Induk Pembangunan

Francais Nasional yang bertujuan untuk menetapkan halatuju strategik dan membantu memajukan industri francais di Malaysia.

Penjenamaan semula organisasi berkaitan kepenggunaan iaitu Gerakan Pengguna Siswa (GPS), pelaksanaan enquiry (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) melalui SMS, penyediaan dana bantuan guaman kepada pengguna bagi tuntutan di bawah TTPM serta penyediaan platform informasi baru kepada pengguna melalui Portal 1Malaysia Pengguna Bijak iaitu inisiatif kementerian dalam membantu dan seterusnya memperkasakan pengguna di dalam negara ini.

Selain itu, kejayaan turut dicapai dalam aspek perundangan dengan penggubalan dan pindaan lima akta iaitu Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011, Akta (Perbadanan) Maktab Kerjasama (Pindaan) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hakcipta (Pindaan) 2011 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 bagi membantu pencapaian misi dan visi kementerian.

Turut diperkenalkan konsep Basket of Brand iaitu satu sinergi antara kementerian dan pemilik harta intelek untuk turut sama berganding bahu dalam membanteras aktiviti penjualan barang tiruan.

KPDNKK hargai warga kerja cemerlang

247 pegawai, kakitangan terima anugerah

PENERIMA anugerah cemerlang KPDNKK bergambar bersama Ismail Sabri.

ISMAIL SABRI dan Saripudin (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah.

Page 8: MyRakyat April 2012

ISNIN 30 APRIL 2012 BERITA HARIAN

Koperasi8

SELARAS perubahan nama Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) kepada Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM) memperlihatkan suatu anjakan paradigma dalam tugas pengawalan dan pengawalseliaan koperasi. Melalui perubahan ini, SKM dapat memberi tumpuan lebih berkesan terhadap sasaran yang ditetapkan apabila tugas penyeliaan dipertanggungjawabkan kepada SKM Ibu Pejabat dan aktiviti pembangunan menjadi fokus utama SKM Negeri.

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2007turut menggariskan objektif kedua dan ketiga SKM iaitu menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan serta mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi. Bagi merealisasikan objektif ini, mulai tahun 2008, SKM mengaplikasikan pendekatan penyeliaan berkesan dengan mengguna Prinsip Pareto, Direct Co-operative Test (DCOT), Financial, Liquidity, Asset, Management, Earnings and Information Technology (FLAME-T) dan manual audit.

Dalam usaha memantapkan pengurusan koper a s i , SKM menjalankan Pemeriksaan Usaha Wajar (DDE) ke atas koperasi. DDE ini meliputi keseluruhan aspek pengurusan koperasi dan kewangan koperasi. Hasil DDE dapat dijadikan ukuran dan panduan oleh koperasi bagi memperbaiki kelemahan yang ada untuk meningkatkan lagi prestasi koperasi.

Koperasi yang sudah melalui proses DDE diberi penarafan bintang berdasarkan sistem penarafan FLAME-T. Penarafan bintang adalah mengikut skala satu hingga lima bintang.

Pemer i k s a an be rken an an dilaksanakan untuk menilai prestasi keseluruhan operasi dan kedudukan kewangan sesebuah koperasi dalam usaha untuk mengatasi kelemahan tertentu dan seterusnya membolehkan penarafan diberi kepada koperasi.

Pe l a k s an a an DDE t e l a h menyumbang kepada pembangunan kapasiti (capacity building) yang mana beberapa koperasi bermasalah dapat dipulihkan semula melalui pelantikan pentadbir dan perunding.

Oleh yang demikian, Bahagian On-Site SKM dipertanggungjawabkan bagi melaksana tugas tersebut di bawah Seksyen 64 Akta Koperasi 1993. Objektif utama bahagian ini adalah untuk memastikan gerakan koperasi berjalan

mengikut perundangan, garis panduan serta nilai koperasi bagi melindungi kepentingan anggota sebagai pelanggan koperasi dan melahirkan koperasi yang cemerlang.

Selain melakukan pemeriksaan DDE, Bahagian On-Site turut menjalankan fungsinya menilai secara keseluruhan kedudukan kewangan dan pengurusan kewangan koperasi berdasarkan sistem penilaian FLAME-T, menjalankan kajian ke atas keperluan pindaan perundangan dan peraturan, menguruskan latihan kepada kakitangan SKM berhubung tugas pemeriksaan dan lain-lain fungsi

yang telah ditetapkan.Pada 6 April 2012, SKM mengadakan

Majlis Penarafan Bintang Koperasi yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertujuan mengiktiraf koperasi yang mendapat penarafan tiga bintang ke atas dalam pelaksanaan DDE 2011.

Sehingga kini daripada 309 koperasi yang dibuat DDE, 239 koperasi memperolehi tiga bintang ke atas, termasuk 51 koperasi yang menerimanya pada tahun ini.

Disebabkan penarafan bintang berasaskan DDE ini menggunakan kaedah FLAME-T, maka SKM juga berasakan perlunya ada inovasi dalam pendekatan penarafan ini. Justeru, SKM memperkenalkan kaedah PRISKOP iaitu kaedah penyeliaan melalui risiko.

Sekiranya koperasi dapat merentasi risiko dengan strategi yang berkesan sudah tentu kedudukannya akan stabil seterusnya mampu bersaing dengan sektor lain serta dapat mengekalkan keyakinan awam terhadap kemampuan gerakan koperasi.

Kaedah DDE ukuran tingkat prestasi koperasi

Pemeriksaan berkenaan dilaksanakan untuk menilai prestasi keseluruhan operasi dan kedudukan kewangan sesebuah koperasi dalam usaha untuk mengatasi kelemahan tertentu dan seterusnya membolehkan penarafan diberi kepada koperasi

ISMAIL SABRI, timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin bersama wakil koperasi yang menerima anugerah Bintang Koperasi.