dato’ dr. hassan ahmad - pustaka2.upsi.edu.my · 10 cebu normal university 18 april 2012 11 smk...

12
Wacana Pemikiran Dato' Dr Hassan Ahmad yang berlangsung pada 6 Mac 2012 membuka lembaran aktiviti Program Ilmu dan Budaya Membaca 2012. Perasmian wacana disempurnakan oleh YBhg Datuk A. Aziz Deraman, tokoh budayawan tersohor yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Wacana ini menampil- kan Datuk Zainal Abidin bin Borhan dari Yayasan Karyawan sebagai pembentang ucaptama dan telah menarik minat warga UPSI terutama pelajar dan juga komuniti luar. Pembentang kertas kerja lain adalah Dr. Mana Sikana, Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Teo Kok Seng, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dr. Raja Masittah Raja Ariffin dan Datuk Jaafar Abd. Rahim. Semoga budaya percambahan ilmu dan program ilmiah seperti ini akan terus mendapat sambutan dalam kalangan warga UPSI. INFO@PUSTAKA Newsletter Date BIL.14/JUN 2012 hƩp://pustaka.upsi.edu.my ISSN :16757394 WACANA PEMIKIRAN DATO’ DR. HASSAN AHMAD Kandungan: Wacana pemikiran …………….. …...1 Dari meja Ketua Pustakawan …..2 Mesyuarat MySyL ………………. …..2 Sekitar wacana ………………….. …..3 Lawatan PTB …………………………….4 Sekitar majlis amanat ……………...5 Koleksi maklumat pilihan ………….6 Pameran & jualan ………………...7, 8 Gotong-royong ………………………...8 Buku kegemaran……………………….9 JSTOR ……………………………………….9 Lawatan premis ………………..…….10 Seminar PPM-LAS ……………..…….11 20 minutes a day! ………………..….12 JOM KE KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA MEMBACA! Karnival Ilmu dan Budaya Membaca akan mewarnai kempen galakan membaca di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim pada 14 Julai 2012 nanti. Nantikan kehadiran novelis Dhiya Zafira dan Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan (UKM). Dapatkan buku dan majalah pada harga yang MENARIK dan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. JOM...jumpa kami di Karnival Ilmu dan Budaya Membaca di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim, Sabtu 14 Julai 2012.

Upload: phungkiet

Post on 02-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Wacana Pemikiran Dato' Dr Hassan Ahmad yang berlangsung pada 6 Mac 2012

membuka lembaran aktiviti Program Ilmu dan Budaya Membaca 2012. Perasmian wacana disempurnakan oleh YBhg Datuk A. Aziz Deraman, tokoh budayawan tersohor yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Wacana ini menampil-kan Datuk Zainal Abidin bin Borhan dari Yayasan Karyawan sebagai pembentang ucaptama dan telah menarik minat warga UPSI terutama pelajar dan juga komuniti luar. Pembentang kertas kerja lain adalah Dr. Mana Sikana, Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Teo Kok Seng, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dr. Raja Masittah Raja Ariffin dan Datuk Jaafar Abd. Rahim. Semoga budaya percambahan ilmu dan program ilmiah seperti ini akan terus mendapat sambutan dalam kalangan warga UPSI.

Business Name

INFO@PUSTAKA

Newsletter Date

BIL.14/JUN 2012 h p://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675‐7394

WACANA PEMIKIRAN DATO’ DR. HASSAN AHMAD

Kandungan:

Wacana pemikiran …………….. …...1

Dari meja Ketua Pustakawan …..2

Mesyuarat MySyL ………………. …..2

Sekitar wacana ………………….. …..3

Lawatan PTB …………………………….4

Sekitar majlis amanat ……………...5

Koleksi maklumat pilihan ………….6

Pameran & jualan ………………...7, 8

Gotong-royong ………………………...8

Buku kegemaran……………………….9

JSTOR ……………………………………….9

Lawatan premis ………………..…….10

Seminar PPM-LAS ……………..…….11

20 minutes a day! ………………..….12

JOM KE KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA MEMBACA!

Karnival Ilmu dan Budaya Membaca akan mewarnai kempen

galakan membaca di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim

pada 14 Julai 2012 nanti. Nantikan kehadiran novelis Dhiya Zafira

dan Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan (UKM). Dapatkan buku dan

majalah pada harga yang

MENARIK dan pemeriksaan

kesihatan secara PERCUMA.

JOM...jumpa kami di Karnival Ilmu

dan Budaya Membaca di Sekolah

Menengah Khir Johari, Tanjong

Malim, Sabtu 14 Julai 2012.

Page 2: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Selamat bertemu kembali dalam Info@Pustaka keluaran ke-14. Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya buletin ini dapat diterbitkan seperti dirancangkan. Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber ilmu dan maklumat disediakan kepada

pelanggannya, perpustakaan juga tidak lepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan se-maksimumnya. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti keilmuan telah dan akan diadakan untuk menyemarakkan budaya membaca dan memperkasakan ilmu dalam kalangan warga UPSI serta masyarakat setempat. Saya mengharapkan melalui buletin ini, pihak perpustakaan dapat berkongsi maklumat dengan pembaca dan dapat mengenali perpustakaan dengan lebih rapat lagi. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perpustakaan yang telah memberi komitmen yang tinggi serta kerjasama yang baik dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Saya juga mengucapkan syabas kepada sidang redaksi buletin kerana berjaya menerbitkan buletin ini mengikut jadual.

Penasihat 

Rusliza Yaacob 

 Ketua Pengarang 

Hjh. Si  Sumaizan Ramli 

 Pen. Ketua Pengarang 

Najah Saghirah Haroman 

 Pengarang 

Rozman Che Ross 

Nurul Kashfi Subri 

Wan Kar ni W. Sulaiman 

M. Razalli A. Termizi 

Firdausiah Ahamad 

Norhalida Derasol 

Nor Hanizah Zahid 

Noriha Muhammad 

 Reka Bentuk dan Reka Letak 

Teks 

Mohd Hizam Samin  

 Penerbitan dan Edaran 

Raja Radiah Raja Ahmad 

Ahmad Fazli Ahmad Rasmi 

 Pereka Web 

Rozman Che Ross 

 

Jurufoto 

Ahmad  Nazim Ismail

Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012

DARI MEJA KETUA PENGARANG

Bertemu kembali untuk Buletin Perpustakaan bagi isu kali ini yang memaparkan beberapa artikel dan heba-han menarik untuk tatapan semua pembaca. Perpustakaan sentiasa menggalakkan pelanggan untuk pencari-an maklumat dan ilmu samada secara fizikal di perpustakaan atau secara maya dengan mengakses sumber elektronik yang disediakan. Portal perpustakaan perlu menjadi suatu kemestian untuk dilawati terutama oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti. Ini adalah dalam usaha kami untuk membudayakan pembacaan, pembelajaran, pemikiran kreatif serta menyokong penyelidikan dan inovasi.

Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan disediakan untuk keperluan semua pelanggan. Di samping perkhidmatan di dalam perpustakaan, kami juga menemui masyarakat setempat untuk program bersama komuniti. Ia bertujuan untuk penyebaran maklumat dan menerangkan peranan perpustakaan dalam kehidupan. Ini adalah untuk menarik mereka mendapatkan tambahan ilmu pengetahuan dan menjadi ahli luar perpustakaan. Salam hormat dan selamat membaca!

M/Surat 2 INFO@PUSTAKA

Pada 29 Februari 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah men-jadi tuan rumah untuk Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) Bil.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 30 orang pustakawan mewakili perpustakaan akademik IPTA seluruh negara. Mesyuarat di-pengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah, Timbalan Ketua Pustaka-wan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merangkap Pengerusi MySyL. Antara agenda mesyuarat adalah Laporan Portal MyUniNet, MyTO & MyULIS, Laporan Sistem Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan Strategik ICT Perpun. Dalam mesyuarat ini, pihak Perpustakaan Tuanku Bainun juga telah memperkenalkan dua sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor Rating System) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing System). Penghujung acara, semua ahli dibawa melawat kampus baru UPSI yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah.

Page 3: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Inside Story Headline

SEKITAR MAJLIS WACANA PEMIKIRAN DATO’ DR. HASSAN AHMAD

M/Surat 3 INFO@PUSTAKA

(foto atas-kanan) Bila 2

sahabat bertemu...apalah yang

dibualkan oleh Prof. Emeritus

Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan

sehingga Prof. Emeritus Dato’

Dr. Abdullah Hassan tekun

mendengar!

ANTARA TETAMU YANG HADIR DALAM MAJLIS

TERSEBUT MERUPAKAN RAKAN SEPERJUANGAN

ARWAH DATO’ DR. HASSAN AHMAD DAN MEREKA

YANG MENGENALI BELIAU SEMASA HAYATNYA.

PAMERAN DAN JUALAN BUKU PARA PEMBENTANG KERTAS KERJA...

Page 4: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

SEKITAR LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

M/Surat 4 INFO@PUSTAKA

Caption describing picture or graphic.

LAWATAN SMK MENGABANG, TELIPOT TERENGGANU LAWATAN IPG MELAKA

LAWATAN DARI UiTM PUNCAK PERDANA

LAWATAN DARI UNIVERSITI CEBU , FILIPINA

Bil.

Sekolah / Institusi Tarikh

1. IPG KSAH SUNGAI PETANI, KEDAH 8 MAC 2012 2. SMK LANDAS AJIL, TERENGGANU 8 MAC 2012 3. SMK SG PASIR, SG PETANI KEDAH 10 MAC 2012 4. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA 13 MAC 2012 5. SMK AGAMA NAIM KOTA BHARU 23 MAC 2012 6. SMK POKOK SENA, KEDAH 23 MAC 2012 7. SMK PADANG SERAI, KEDAH 28 MAC 2012 8. SM AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGA-

NU 30 MAC 2012

9. SMK MENGABANG TELIPOT, TERENGGANU 12 APRIL 2012

10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012

11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL 2012

12 LAWATAN ANAK PERAK USM 28 APRIL 2012

13 SMK KALUMPANG 28 APRIL 2012

14 BADAN AMAL & KEBAJIKAN ISTERI-ISTERi MEN-TERI (BAKTI) 

30 APRIL 2012

15 UiTM PUNCAK PERDANA 17 MEI 2012

16 MAAHAD AS SULTAN AHMAD SHAH ADDINI 26 MEI 2012

17 SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAK 28 MEI 2012

18 SMK GUAR CEMPEDAK, KEDAH 29 MEI 2012

19 SMK UNDANG JELEBU, N.SEMBILAN 11 JUN 2012

20 SMK TUN PERAK, PDG RENGAS 12 JUN 2012

21 MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH,SINGAPURA 12 JUN 2012

Page 5: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

PROGRAM ILMU UNTUK KAKITANGAN PTB

M/Surat 5 INFO@PUSTAKA

Kursus ‘Knowledge Management:

changing roles of librarian’

disampaikan oleh Dr. Siti Arpah bt

Noordin, pensyarah dan Dekan Fakulti

Pengajian Maklumat, PM Dr. Laili

Hashim, UiTM Shah Alam.

Dilaksanakan di Makmal Latihan IT

pada 8 Mac 2012 dan menyasarkan

pustakawan sebagai peserta

membawa perubahan terhadap

karier dalam bidang

kepustakawanan.

8 Januari 2012– Bahagian Perolehan PTB telah menganjurkan taklimat untuk pembekal buku perpustakaan. Taklimat ini ber-tujuan memberikan panduan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat yang hendak memberikan pembekalan buku, terbitan bersiri dan bahan sumber media kepada PTB. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Razalli bin Ahmad Termizi bagi pihak

PTB dan Encik Nazrul Azlan bin Musa dari Jabatan Bendahari dijemput memberikan penerangan berkaitan sistem IMS untuk pembekal dan kaedah pembayaran oleh pihak UPSI .

Sekitar Taklimat Pembekal Buku 2012

Sekitar Bicara Amanat Ketua Pustakawan 2012 Bengkel E-Jurnal telah diadakan pada Februari 2012 di Makmal Latihan IT, PTB.

Kakitangan yang hadir mendengar amanat Ketua Pustakawan pada 20 Februari 2012

Page 6: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Koleksi Maklumat Pilihan yang disediakan oleh Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat , Perpustakaan Tuanku Bainun yang dibangunkan sejak tahun 2010 sehingga kini mengandungi pelbagai bahan maklumat pilihan yang berkaitan dengan keperluan maklumat semasa untuk kegunaan universiti. Pembangunan Koleksi Maklumat Pilihan ini merangkumi pelbagai keperluan maklumat khusus berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam koleksi ini terdapat bahan maklumat dalam bentuk akhbar, keratan artikel makalah, artikel dan laporan. Semua koleksi bahan ini boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys (Internal Indexing System). Berikut dinyatakan beberapa koleksi yang telah dibangunkan iaitu: Berita UPSI Himpunan keratan akhbar dari akhbar arus perdana yang mengandungi berita berkaitan

dengan UPSI yang telah diimbas dan didigitalkan. Pro Canselor UPSI – Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim Koleksi Khas berkaitan dengan Pro- Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim sendiri dan

Kolej Kirkby. Bahan – bahan maklumat yang boleh didapati dalam koleksi ini adalah dalam bentuk keratan akhbar, keratan artikel dari majalah dan buku ta-hunan.

Koleksi Artikel – Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa Koleksi Khas yang menghimpunkan artikel keratan akhbar berkaitan dengan Naib Can-

selor UPSI yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara(MPN).

Koleksi Artikel – Majlis Profesor Negara Bahan berita berkaitan dengan Majlis Profesor Negara yang disiarkan di media. Koleksi

ini menghimpunkan maklumat berkaitan 14 Kluster di dalam MPN. Koleksi Artikel – Penyandang Kursi Za’Ba Koleksi ini adalah tulisan artikel oleh Penyandang Kursi Za’Ba yang diterbitkan di media

cetak. Ia dikumpulkan untuk membantu pengguna dalam pencarian bahan maklumat.

Koleksi Sasterawan Negara Koleksi Khas ini dibangunkan untuk menghimpunkan bahan dan maklumat berkaitan

dengan Sasterawan Negara untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Koleksi Maklumat Bajet Koleksi ini dibangunkan dalam mengumpul maklumat dan bahan laporan yang diterbit-

kan untuk belanjawan negara. Bahan – bahan ini dikumpul bagi membantu para penyelidik dan pelajar bagi mendapat-kan bahan maklumat yang berkaitan untuk membantu dalam penyelidikan dan tugasan mereka. Bahan ini hanya boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys dan juga Ezproxy perpustakaan.

KOLEKSI MAKLUMAT PILIHAN PERPUSTAKAAN Oleh: Nurul Kashfi Bin Subri

M/Surat 6 INFO@PUSTAKA

Page 7: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Jualan Buku dan Penebusan Baucar di PTB

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2012 turut dime-riahkan dengan kehadiran para pensyarah UPSI yang membuat pemilihan buku perpustakaan untuk fakulti masing-masing. Per-pustakaan mendapat kerjasama yang amat baik daripada setiap fakulti termasuk Institut Pengajian Siswazah, Unit Kenderaan dan pustakawan PTB.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

PAMERAN PERPUSTAKAAN

M/Surat 7 INFO@PUSTAKA

Jualan dan Penebusan

Baucar buku telah

diadakan pada 27

Februari sehingga 2 Mac

2012, bertempat di

Perpustakaan Tuanku

Bainun.

PESTA BUKU UPSI DATANG LAGI…. Pesta Buku UPSI 2012 akan berlangsung di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah mulai 24 hingga 29 September 2012. Dapatkan

buku kegemaran anda dengan diskaun yang HEBAT! Temui penulis FEISAL TEHRANI dan RAMLI AWANG MURSYID di sana.

Page 8: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Pada 16hb Mac 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima sumbangan bahan courseware sebanyak 1617 judul dari pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komu-nikasi, juga dikenali se-bagai rancangan mengajar yang dise-diakan oleh pelajar-

pelajar UPSI. Disebabkan kekangan ka-kitangan, satu aktiviti gotong- royong diadakan untuk mem-percepatkan pemprosesan bahan ini. Taklimat dan pen-erangan ringkas telah disam-paikan oleh Encik Mohd Hi-zam, Puan Nora Jamaharee dan Puan Zarinah Abdul Rah-man. Seramai 9 orang ka-kitangan sokongan terlibat dalam melaksanakan projek ini. Di harap kerjasama dan kerja berpasukan seperti ini akan menjadi contoh dan berterusan pada masa akan datang.

Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris dan Encik Rozman Che Ross telah mewakili PTB ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

LAWATAN PENANDAARASAN KE BANGKOK 28 Mac (Rabu) – 1 April (Ahad) 2012

Projek gotong royong bahan ‘Courseware’

Oleh : Norhalida bt. Derasol

M/Surat 8 INFO@PUSTAKA

“Nantikan sudut kopi di PTB suatu hari nanti…”

OPAC di Universiti Mahidul, Bangkok

Sudut kopi di Perpustakaan Bank of Thailand

Page 9: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Ringkasan Persembahan: Buku yang menghimpunkan 444 buah hadis dan riwayat yang memberikan peringatan kepada kita yang bersifat pelupa (ihsan) tentang hakikat hidup kita di dunia dan akhirat. Hadis dan ri-wayat disusun mengikut bab sep-erti bab 1 mengenai fadilat umat Muhammad S.A.W. dan bab-bab lain sehingga ke bab 21. Oleh: Mohd Hizam Samin

Setiap artikel membawa pengajaran yang berbeza. Kritikan ditujukan kepada semua lapisan masyarakat disulami nasihat serta pengajaran dan pengalaman hidup. Oleh: Najah Saghirah Haroman

PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

BUKU KEGEMARAN

M/Surat 9 INFO@PUSTAKA

PROGRAM BUKU

KEGEMARAN SAYA

DIADAKAN PADA

PERJUMPAAN

PAGI RABU DI

BILIK SERBAGUNA

PTB.

JSTOR merupakan pangkalan data yang dibangunkan bukan

berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi dengan misi untuk

membantu para sarjana, penyelidik dan pelajar mendapatkan

artikel-artikel jurnal akademik daripada sumber primer. JSTOR menawarkan

artikel jurnal terpilih daripada pelbagai bidang bagi menyokong proses pengaja-

ran dan pembelajaran yang meliputi bidang-bidang seperti bidang Kemanusiaan,

Sains Sosial, Sains, Bahasa, Muzik, Ekonomi dan pelbagai lagi. Kebanyakkan jurnal-jurnal yang ter-

dapat di dalam JSTOR dapat diakses daripada volume 1 isu 1 sehingga yang terkini. Artikel-artikel di

dalam JSTOR boleh diakses secara teks penuh dan mempunyai imej yang berkualiti tinggi serta

mempunyai capaian terhadap berjuta ‘citation’ dan rujukan. Untuk mengakses JSTOR, pengguna perlu

mendaftar masuk ke dalam portal Perpustakaan Tuanku Bainun dan terus kepada capaian Ezproxy.

Oleh: Wan Kartini Wan Sulaiman

Ringkasan Persembahan: Kompilasi artikel mengenai pandangan dan kritikan terhadap suasana yang berlaku dalam masyarakat tidak mengira bangsa, usia dan budaya. Penulis mengumpul dan membukukan artikel-artikel nukilannya yang pernah disiarkan di majalah dan suratkhabar.

Page 10: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Pada 24 Feb 2012, Unit Ter-bitan Bersiri (UTB), BPK telah mengadakan lawatan kerja ke premis syarikat pen-jilidan yang akan dan pernah berurusan dengan Per-pustakaan Tuanku Bainun. Dalam siri lawatan kali ini, kakitangan UTB iaitu Pn. Nor Hanizah dan En. Wan Mohd

Fazli telah mengunjungi 3 buah premis syarikat pen-jilidan di sekitar Batu Caves dan Wangsa Maju. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengenal pasti dan memperakui kelayakan syari-kat berkenaan di samping meninjau proses kerja men-jilid yang dilaksanakan.

Hasilnya, kunjungan ini telah berjaya membuka mata dan minda tentang aspek-aspek penjilidan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berke-naan. Semestinya lawatan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Bahagian Perolehan juga tidak ketinggalan mengadakan sesi lawatan ke premis pembekal buku terletak di Bandar Tun Razak dan Shah Alam. Lawatan diketuai oleh Encik Mohd Razalli ke Syarikat Ashe Enterprise

pada 29 Mei 2012 dan Puan Najah Saghirah ke Syarikat DRL Kenyal pada 23 Mei 2012. Antara tujuan lawatan ialah untuk memastikan setiap syarikat yang berurusan dengan PTB mempunyai premis sendiri, ada kakitangan yang tetap dan ada ruang atau bilik pameran. Perb-incangan telah diadakan antara pihak syarikat pembekal buku dan kakitangan Bahagian Perolehan bagi melicinkan lagi kerja-kerja memproses invois dan pembekalan buku.

LAWATAN KERJA KE PREMIS SYARIKAT PENJILIDAN

M/Surat 10 INFO@PUSTAKA

LAWATAN KERJA KE PREMIS PEMBEKAL BUKU

Page 11: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM). Tema yang dipilih adalah “Sharing Best Practices”. Tujuan diadakan seminar ini adalah untuk :-

Berkongsi amalan terbaik antara kedua negara dalam bidang kepustakawanan Menjalinkan semula hubungan persatuan antara dua negara iaitu Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)

dan Persatuan Perpustakaan Singapura (LAS) yang pernah terjalin Mewujudkan satu platform baharu supaya peluang menjalinkan hubungan dapat diteruskan oleh generasi

muda

Dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif bin Mohd Saad, iaitu Yang DiPertua PPM (Malaysia) dan Mr. Gene Tan, Presiden LAS (Singapura). Sesi perkongsian maklumat telah dibentangkan oleh mereka yang berkalibar dalam dunia kepustakawanan iaitu Puan Rashidah Begum Fazal Mohamed (Kolej Disted, Penang) dari PPM dan Mr. Choy Fatt Cheong ( Nanyang Technological University, Singapura) dari LAS dengan mengenang kembali hubungan PPM-LAS dan mengimbau sejarah penubuhan persatuan yang ada pada hari ini. En. Nurhazman bin Abdul Aziz, Pustakawan Bahagian Teknologi dan Sistem, Universiti Nanyang Teknologi, me-wakili LAS telah berkongsi maklumat berupa inovasi yang telah dilaksanakan iaitu “Bibliographic paradigm and the digital information resources”. Dr. Noor Harun bin Abdul Karim mewakili PPM telah membentangkan kepentingan penyelidikan kuantitatif kepada pustakawan dan keperluan mengendalikannya dalam pembentangannya yang bertajuk A quantitative approach to empirical studies in LIS. Pembentangan diteruskan oleh dua orang tokoh hebat dalam bidang kepustakawan iaitu Mr. Choy Fatt Cheong (President LAS pada tahun 1997) dengan tajuk Achieving career excellence in librarianship dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman dari PPM dengan tajuk Librarianship as an accredited profession. Pengisian seminar persatuan antara dua negara ini diserikan lagi dengan “networking dinner ,menyusuri sungai Melaka, lawatan ke Perpustakaan Digital Tun Dr. Siti Hasmah di Universiti Multimedia, Perlawanan Persahabatan Bowling antara dua persatuan dan berakhir dengan lawatan Bandar di Kompleks Sejarah Banda Hilir, Kampung Morten, Kampung Portugis dan Jonker Walk.

LAPORAN PPM-LAS JOINT CONFERENCE 2012, 15-16 MAC 2012 HOTEL MAHKOTA, MELAKA Oleh: Noriha Muhammad

M/Surat 11 INFO@PUSTAKA

SELAMAT BERTUGAS

Perpustakaan Tuanku Bainun mengalu-alukan selamat datang dan selamat bertugas kepada saudara Muhammad

Mukris bin Muslim, Pembantu Am Pejabat. Semoga ceria bekerja bersama kami .

Page 12: DATO’ DR. HASSAN AHMAD - pustaka2.upsi.edu.my · 10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012 11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL ... ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok,

Once a child begins to read, it is essential to continue reading aloud together. Like other skills, reading is mastered over time, with lots of practice, and with the help of another person. There is practically no way to do it wrong, but there are ways to do it better. We are here to help you. The routine of sharing books together creates lifelong readers. The magic of this process is the simplicity of action. Any adult can do it, in just about any place, with lit-tle or no expense. It doesn't matter what language is spoken. Non-reading parents can make up stories to go with the illustrations. The essential elements are scheduled time with books and a positive attitude! Make reading together the most important - and hap-piest - 20 minutes of your day!

Just 20 minutes a day reading aloud with young chil-dren strengthens relationships, encourages listening and language skills, promotes attention and curiosity, and establishes a strong reading foundation. These skills are essential for success in school and in life. It takes hundreds of hours of “lap time” for a child to acquire the pre-literacy skills necessary for learning to read early and well. From birth to age five, the pleasant activity of listening to and talking about stories trains a child's brain, ears, and eyes for eventual success in learning to read. “The early years set the stage for later learning…the single most important activity for building the knowledge required for eventual success in reading is reading aloud to children.”

HAVE YOU READ WITH YOUR CHILD TODAY?

20 Minutes A Day Read to your children Twenty minutes a day; You have the time, And so do they. Read while the laundry is in the machine; Read while dinner cooks; Tuck a child in the crook of your arm And reach for the library books. Hide the remote, Let the computer games cool, For one day your child will be off to school; Remedial? Gifted? You have the choice.

Let them hear their first tales, In the sound of your voice. Read in the morning, Read over noon, Read by the light of Goodnight Moon. Turn the pages together, Sitting close as you'll fit, 'Till a small voice beside you says, “Hey, don't quit.” Author Unknown "Have you read with a child today?" The Children's Read-ing Foundation. N.p., n.d. Web. 29 Nov. 2011. <http://www.readingfoundation.org>.