muzik - bentuk, tempo dan tekstur

3
BENTUK Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan dengan ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya. Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya. Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan 1

Upload: flower-girl

Post on 30-Dec-2014

93 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik - Bentuk, Tempo Dan Tekstur

BENTUK

Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang

dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci

pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ",

dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif

melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan dengan ilham

sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya.

Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu

mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana

proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya,

pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa dibentuk sedikit demi

sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik

boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau

Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan kreativiti dan idea

manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari

vokal dan bunyi instrumen yang berbeza. Ia tetap menarik kerana di samping form

enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekalkan. Ia dapat memikat hati

pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen

dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak,

dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal

ke akhir. Rhythm flow yang meransang.

Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu.

Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasainya, mudah pula

menyanyikannya bersama-sama.

1

Page 2: Muzik - Bentuk, Tempo Dan Tekstur

TEMPO

Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam persembahan

lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para pejuang kebenaran

dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka tiadalah arus. Dengan tempo,

sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Tidak kira apa jua hadlaju muzik itu harus

berada dalam temponya. Tidak kira deras, lambat, ketat atau longgar semuanya harus

dalam tempo.

TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu.

Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau

bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

Ciri-ciri jalinan suara dalam lagu:

- Monofoni

- Heterofoni

- Homofoni

- Polifoni

2