multi camera production (mcp) equipment proposal

11
1 CADANGAN MEMBELI PERALATAN MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP) DI BAWAH UNIT INFRASTRUKTUR, PROGRAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK DAN MULTIMEDIA (PEM) Oleh : Rodzidah Mohd Rodzi 1.0 TUJUAN : Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Akaun Amanah CIAST bagi membeli peralatan Multi Camera Production (MCP) di bawah Unit Infrastruktur, Program PEM. 2.0 LATAR BELAKANG : Multi Camera Production (MCP) atau Penerbitan Video Kamera Berbilang merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio. Crew Penerbitan terdiri daripada Jawatankuasa MCP yang diketuai oleh En. Muhammad bin Yusof. Setiap peralatan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM. Penerbitan Video Kamera Berbilang (MCP) akan dilakukan di dalam kawasan CIAST dan luar CIAST. Dalam tugas ini, peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan. Peralatan-peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan video kamera berbilang ini ialah beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit, Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disk, Komputer untuk grafik, Intercom untuk berhubung dengan crew yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan. 3.0 OBJEKTIF : Mempermudahkan lagi aktiviti rakaman dan pernerbitan video dengan peralatan yang mencukupi dan bersesuaian kerana peralatan sedia ada tidak mencukupi.

Upload: rodzidah-mohd-rodzi

Post on 19-Jul-2015

167 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

1

CADANGAN MEMBELI PERALATAN MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP)

DI BAWAH UNIT INFRASTRUKTUR, PROGRAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK

DAN MULTIMEDIA (PEM)

Oleh : Rodzidah Mohd Rodzi

1.0 TUJUAN :

Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Akaun

Amanah CIAST bagi membeli peralatan Multi Camera Production (MCP) di bawah Unit

Infrastruktur, Program PEM.

2.0 LATAR BELAKANG :

Multi Camera Production (MCP) atau Penerbitan Video Kamera Berbilang merupakan satu

penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini

memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio. Crew Penerbitan

terdiri daripada Jawatankuasa MCP yang diketuai oleh En. Muhammad bin Yusof. Setiap

peralatan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM. Penerbitan Video Kamera Berbilang

(MCP) akan dilakukan di dalam kawasan CIAST dan luar CIAST.

Dalam tugas ini, peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan.

Peralatan-peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan video kamera berbilang

ini ialah beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit,

Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disk, Komputer untuk grafik,

Intercom untuk berhubung dengan crew yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan

rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan.

3.0 OBJEKTIF :

Mempermudahkan lagi aktiviti rakaman dan pernerbitan video dengan peralatan yang

mencukupi dan bersesuaian kerana peralatan sedia ada tidak mencukupi.

Page 2: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

2

Meningkatkan lagi kualiti tahap penghasilan penerbitan terutama sekali rakaman secara

live atau semasa acara berlangsung.

Meningkatkan lagi kemahiran setiap krew dalam mengendalikan peralatan MCP. Krew

utama adalah Jurukamera, krew audio , krew pencahayaan, pengendali VTR,

penyunting video dan pengendali grafik.

Mempelbagaikan lagi anjuran kursus kepada kakitangan kerajaan dan orang awam.

Menghasilkan output yang berkualiti dalam bentuk CD/DVD untuk dijual kepada pelajar,

orang awam atau yang berkaitan.

4.0 JUSTIFIKASI :

i. Tiada kamera yang boleh zoom jauh bagi tujuan rakaman yang melibatkan lokasi yang

telah dihadkan ruang rakaman.

ii. Tiada Mixer Audio 4 Channel untuk mengawal audio dari control room.

iii. Tiada peralatan komunikasi diantara jurukamera, krew dan switcher.

iv. Tiada production monitor untuk kegunaan switcher.

v. Tiada remote control untuk kegunaan jurukamera mengawal zoom dan focus kamera.

vi. Dvi-d Connector yang digunakan untuk convert data digital ke analog tidak mencukupi.

vii. Tiada desktop khas untuk kegunaan simpanan rakaman dan suntingan video.

viii. Memerlukan Vest untuk penyeragaman pakaian dan memudahkan pergerakan krew

semasa bertugas.

5.0 LOKASI

i. Rakaman akan dijalankan di dalam kawasan CIAST dan di luar kawasan CIAST.

ii. Peralatan MCP akan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM.

iii. Makmal khas untuk peralatan MCP ialah di Makmal Komputer 3, Blok E.

6.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

Menggunakan Peruntukan Akaun Amanah CIAST.

Page 3: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

3

7.0 ANGGARAN KOS

BIL PERALATAN KUANTITI ANGGARAN HARGA

1 P2hd 22x zoom camera recorder 1 RM 35 000

2 Dvd recorder player / harddisk drive

model panasonic dmr-eh69 2 RM 8000

3 Mixer audio 4 chanel model

yamaha mg 102c stereo mixer 1 RM 2000

4

Wirelees communication system

model eartec full duplex digital

wireless

4

( 1 set ) RM 10 000

5 Panasonic production monitors

model bt-lh2550. 2 RM 20 000

6 Remote control varizoom vzrock 3 RM 2000 x 3 = RM 6000

7 Dvi-d connector to vga ( cypres cp-

126) 1 RM 700 x 3 = RM 2100

8 Dekstop ( MAC Pro) 1 RM 30 000

9 Vest 10 RM 300 x 10 = RM 3000

JUMLAH RM 116,100.00

*** Gambar setiap item di Lampiran 1.

Gambar Workstation MCP di Lampiran 2.

Gambar MCP Process di Lampiran 3.

Page 4: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

4

8.0 IMPLIKASI JIKA TIDAK DILAKUKAN :

i. Kebanyakkan aktiviti rakaman tidak dapat dijalankan dengan sempurna memandangkan

peralatan tidak mencukupi dan yang sedia ada ialah peralatan lama.

ii. Latihan atau kursus yang dianjurkan tidak akan dapat sambutan memandangkan kursus

yang dijalankan adalah kursus ulangan dan menggunakan peralatan yang lama.

iii. Kualiti penghasilan rakaman tidak mencapai standard yang sama seperti hasil

penerbitan krew luar dan tidak sesuai untuk menjadi tontonan orang awam.

iv. Banyak aktiviti terutama aktiviti live di CIAST tidak dapat dirakam dan terpaksa

mengupah sumber luar kerana peralatan MCP di CIAST tidak lengkap.

9.0 KESIMPULAN

Setiap krew MCP mestilah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak

berkemahiran, penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan. Lebih

buruk lagi jika penerbitan yang sedang dijalankan itu berlangsung secara ‘live’. Selaras dengan

perkembangan teknologi elektronik, JK MCP memerlukan peralatan yang lengkap dan yang

terkini supaya dapat menghasilkan output yang berkualiti serta mencapai standard penerbitan.

Dengan hasil output yang berkualiti, penerbitan CD/DVD boleh dijadikan produk yang boleh

dijual dan kursus yang dijalankan akan menarik minat kakitangan CIAST serta orang awam.

Page 5: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

5

BIL

PERALATAN

GAMBAR

1 P2hd 22x zoom camera recorder

2 Dvd recorder player / harddisk

drive model panasonic dmr-eh69

3 Mixer audio 4 chanel model

yamaha mg 102c stereo mixer

LAMPIRAN 1 (Gambar setiap item)

Page 6: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

6

4

Wirelees communication system

model eartec full duplex digital

wireless

5 Panasonic production monitors

model bt-lh2550.

Page 7: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

7

6 Remote control varizoom vzrock

7 Dvi-d connector to vga

( cypres cp-126)

Page 8: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

8

9 Dekstop ( MAC Pro)

10 Vest

Page 9: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

9

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 2 (Gambar MCP Workstation)

Page 10: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

10

LAMPIRAN 3 ( Gambar MCP Process)

Page 11: Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

11

LAMPIRAN 3