workshop safety - alat perlindungan keselamatan peribadi (ppe - personal protection equipment)

Upload: firdaus-zakaria

Post on 10-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

workshop safety, personal protection equipment, alat perlindungan keselamatan, vocational training officer, tatacara bengkel, PPE

TRANSCRIPT

ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN PERIBADI

ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN PERIBADI DAN KESELAMATAN DI BENGKELWORKSHOP SAFETY 1KANDUNGANOBJEKTIFLANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DALAM BENGKELALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN PERIBADIUJI MINDAOBJEKTIF Terangkan langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkelJelaskan peralatan keselamatan diri dalam bengkel latihanLANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DALAM BENGKEL1Gunakan pakaian perlindungan yang sesuai semasa bekerja.2Gunakan mesin dengan cara yang betul dan cermat.3Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.4Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja.5Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada didalam keadaan yang baik dan laporkan pada pengajar anda jika terdapat kerosakan.LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DALAM BENGKEL6Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.7Jika terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan laporkan kepada pengajar anda. Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.8Semua pelajar mestilah faham tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan.ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN PERIBADI1. Sarung Tangan Kulit

Melindungi tangan dari sudut yang tajam atau menggerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutamanya semasa mencanai mata alat2. Sarung Tangan GetahMelindungi tangan dari terkena asid, minyak pelarut, glu dan sebagainya

3. Kasut KeselamatanKasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas di mana ianya mengandungi pelapik yang teguh di bahagian penutup jari.

4. Kasut Getah PanjangKasut getah panjang adalah penting untuk melindungi kaki dari terkena air atau minyak pelarut yang merbahaya.

5. Cermin Mata KeselamatanCermin mata keselamatan dipakai untuk melindungi mata dari kecederaan terutamanya apabila:-

i. Pahat batuii. Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata alatiii. Menggunakan penyembur angin

6. ApronApron pakai bagi melindungi badan dari percikan minyak, bahan-bahan pengilap dan bahan-bahan lain yang difikirkan boleh mendatangkan bahaya.

7. Topi KeselamatanMelindungi kepala dari terkena bahan-bahan, peralatan atau mesin yang berkemungkinan terjatuh dari tingkat atas.

8. Barrier CreamDigunakan setelah selesai membuat satu-satu pekerjaan terutamanya setelah terpegang bahan-bahan cecair yang merbahaya.

9. Pengadang MukaPengadang muka ini dapat melindungi muka daripada terkena serpihan kayu dan habuk.

10. Penutup telingaMelindungi gegendang telinga dari pecah yang mana ia boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah pendengaran

11. Kayu dan papan pelantakDigunakan semasa membelah kayu pada jentera gergaji piring dan jentera ketam perata iaitu untuk melindungi dan mengelakkan tangan dari terkena pisau pemotong.

UJI MINDANyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkel.Nyatakan 5 jenis peralatan perlindungan keselamatan peribadi dan penggunaannya masing-masing. SEKIAN TERIMA KASIH