mukjizat al quran meluas dr bacaan ke penghayatan

Upload: zuhadisaarani

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mukjizat Al Quran Meluas Dr Bacaan Ke Penghayatan

    1/3

    AL-QURAN adalah kata-kata Allah yang suci. Setiap huruf dan kalimatnya memiliki hikmahdan makna yang tidak mungkin ditiru oleh jin dan manusia. Hal ini dirakamkan dalam firmanAllah bermaksud: ?Katakanlah, apabila berhimpun seluruh jin dan manusia untuk membuatkitab seumpama al-Quran, maka mereka tidak akan mampu. Walaupun sebahagian merekamenolong yang lainnya.? ? (Surah al-Isra?, ayat 88).

    Jangankan membuat kitab seperti al-Quran, manusia sebenarnya juga tidak mempunyaikesanggupan untuk meniru atau mencipta satu surah pun daripada al-Quran. Inilah yangdikatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud: ?Jika kamu ragu terhadap apa yang kamiturunkan kepada (Nabi) Muhammad saw, maka cuba kamu buat satu surah seumpamanya.Lalu kamu carilah saksi selain Allah jika kamu orang yang benar. Kamu tidak mampu dantidak akan mampu untuk membuat satu surah pun seumpamanya.? ? (Surah al-Baqarah,ayat 23 dan 24).

    Inilah yang dikatakan i?jaz atau keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar diberikan

    Allah kepada rasul-Nya, Muhammad sebagai pedoman hidup untuk manusia dalam mencapaikebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Oleh kerana al-Quran adalah kata-kata Allah, ia wajib dibaca dengan betul mengikut makhrajdan tajwidnya.

    Di samping itu, al-Quran mesti dibaca dengan meresapi satu demi satu keistimewaan kalimatdemi kalimatnya. Maka adalah sesuatu yang wajar apabila Rasulullah bersabdabermaksud: ?Apabila kamu membaca al-Quran cubalah menangis.? Menangis dalam hadisini bermakna menghayatinya sehingga kita benar-benar merasakan ketika membaca al-

    Quran itu seakan-akan Allah yang sedang berbicara di hadapan kita.

    Perkara ini yang dikatakan Baginda dalam hadisnya yang lain: ?Apabila umatku solat, makadia sedang bertemu dengan Tuhan-Nya. Apabila mereka membaca al-Quran, makaTuhannya sedang berbicara di hadapannya.?

    Orang yang dapat menghayati bacaan al-Quran, akan merasakan seolah-olah al-Quran ituditujukan kepadanya. Apabila dia sedang membaca ayat mengenai azab, dia seakan-akanmembayangkan kalau azab Tuhan itu sedang berada di depan matanya. Apabila sedangmembaca ayat mengenai syurga, maka seakan-akan syurga itu juga berada di hadapannya.

    Apabila ayat itu berbicara berkenaan dengan masalah solat, zakat, puasa, haji, jihad danperintah lainnya, maka seakan-akan Allah sendiri yang sedang memerintahkan itukepadanya.

    Begitu pula jika ayat itu menegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti riba, zina,melarang arak dan judi. Maka, dia merasakan bahawa seakan-akan Allah sedang berada dihadapannya menegahnya daripada semua perbuatan maksiat itu.

    Inilah makna menghayati bacaan itu, yang mana seseorang seakan-akan merasakan al-Quran itu bukan lagi susunan huruf demi huruf, kalimah demi kalimah, tetapi suara Allah yang

    langsung datang memasuki sanubarinya.

  • 8/14/2019 Mukjizat Al Quran Meluas Dr Bacaan Ke Penghayatan

    2/3

    Apabila sampai kepada peringkat ini, maka akan terasa keindahan dan keajaiban al-Quranitu. Oleh itu, dengan membacanya, peribadi yang keras akan menjadi lembut. Orang yangtakut akan menjadi berani. Manusia yang lemah akan menjadi kuat. Maka, wajar apabilapejuang Islam dulu menjadikan al-Quran sebagai api pembakar semangat perjuanganmereka.

    Keajaiban al-Quran juga dapat dilihat dalam sejarah Umar bin Khattab memeluk Islam.Sebelum Islam, Umar ialah seorang lelaki bengis, kasar dan kejam. Dia pernah berniat untukmembunuh Nabi Muhammad dengan tangannya sendiri.

    Dalam sejarah dikisahkan bahawa pada suatu hari Umar menaiki kudanya ingin mencariBaginda untuk membunuhnya. Pada pertengahan perjalanan, dia bertemu seorang sahabatyang menyembunyikan keimanannya.

    Sahabat tadi bertanya: ?Hendak ke manakah engkau wahai Umar??

    Dengan sinis Umar menjawab: ?Saya hendak mencari Muhammad yang membawa ajaransesat dan ingin merosakkan kepercayaan nenek moyang kita. Dia telah merobohkanperpaduan di kalangan suku Quraisy. Saya ingin membunuhnya.?

    Sahabat tadi terkejut. Namun, dengan tenang dia berkata: ?Wahai Umar, bagaimana engkauakan membunuh Muhammad, sementara adikmu, Fatimah dan iparmu, Sa?id bin Zaid telahmenjadi pengikutnya.?

    Wajah Umar merah membara. Dia terkejut kerana ajaran Muhammad yang dibencinya

    ternyata telah memasuki rumahnya sendiri.

    Dengan tidak membuang masa, dialihkannya perjalanannya daripada mencari Muhammadkepada menemui adik kandungnya, Fatimah.

    Setibanya di rumah Fatimah, Khabbab bin al-Arat sedang mengajarkan Fatimah dansuaminya Sa?id membaca al-Quran. Mereka sedang membaca beberapa ayat dalam SurahTaha.

    Dari luar, Umar mendengar bacaan ayat itu. Dia mendengar dengan tenang, tekun dansaksama. Pada saat itu, dia seakan-akan berada dalam pusaran badai yang dahsyat,gulungan ombak kuat.

    Umar seorang manusia keras hati dan cerdas. Dia dapat menghayati dan merenungi bacaanitu.

    Setelah mendengar ayat demi ayat yang dibaca itu, Umar berkeyakinan bahawa apa yangdidengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indah, yang tiada tolak bandingnya.

    Bacaan al-Quran itu, seakan-akan mencairkan bungkahan ais kekafiran dalam jiwa Umar danmenggantikannya dengan cahaya keislaman. Pada hari itu juga, Umar memeluk agama

    Islam.

  • 8/14/2019 Mukjizat Al Quran Meluas Dr Bacaan Ke Penghayatan

    3/3

    Demikian besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubahperibadi Umar, daripada seorang yang kafir kepada insan yang beriman kepada Allah.

    Sungguh benar apa yang dijanjikan Allah, bahawa orang yang mendengar bacaan al-Qurandengan khusyuk dan menghayati setiap bacaan itu pasti akan mendapat rahmat. Perkara iniseperti dijanjikan Allah dalam firman-Nya bermaksud: ?Apabila sedang dibacakan al-Quran,maka dengar dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat.? ? (Surah al-A?raf, ayat 204).

    Rahmat dalam ayat ini memiliki makna yang banyak. Adakalanya setiap ayat yang dibaca ituakan menyejukkan hati dan menambah keimanan. Hal itu dirakamkan dalam firman Allahbermaksud: ?Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebutkan nama Allah, akanbergetar hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayatnya (al-Quran), maka akan bertambahkeimanannya.? ? (Surah al-Anfal, ayat 2).

    Al-Quran juga berfungsi sebagai ubat yang menyembuhkan segala penyakit jiwa manusia.

    Perkara ini dijanjikan Allah, seperti firman-Nya bermaksud: ?Dan Kami turunkan al-Quran itusebagai ubat yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman.? ? (Surah al-Isra?,ayat 82).

    Al-Quran juga mampu memberi inspirasi kepada sesiapa pun tanpa mengira latar belakangdan peringkat umur. Al-Quran dapat dihayati oleh pakar sastera kerana di dalamnya banyakunsur sastera.

    Al-Quran sesuai dibaca oleh pakar ilmu pengetahuan, sebab kitab suci ini banyakmenceritakan dasar seluruh ilmu pengetahuan. Orang dewasa dapat merasakan kenikmatan

    membaca al-Quran berdasarkan pemahaman orang dewasa. Anak-anak juga dapat meresapibacaan al-Quran berdasarkan keterbatasan akal mereka.

    Perkara ini tentu berbeza dengan buku ciptaan manusia. Buku yang digunakan di universititidak akan dibaca anak-anak sekolah rendah. Buku fizik dan kimia tidak akan dibaca pelajar sastera. Buku perubatan jarang dibaca pengkaji undang-undang kerana mereka tidakmemahaminya.

    Namun al-Quran dapat diterima semua golongan, peringkat umur dan manusia. Perkara inidisebabkan al-Quran adalah perkataan Tuhan, pencipta semua manusia.