impak dunia kartun dalam bukan dejavu muka 10 muka 12 ... · masalah pada tahun 2008 tidak boleh...

1
BH PILIH L1 16 emel S esuai dengan usia penubuh- an, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disarankan supaya menilai tahap keberadaan dalam masyarakat pada masa sekarang agar seiring dengan peredaran zaman dan selaras dengan peranannya. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Razali Ismail berkata de- ngan usia lebih daripada setengah abad, sudah tentulah mempunyai pengalaman yang sangat luas. Katanya, “sesuai dengan sam- butan ulang tahun ke-52 DBP, ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri menoleh 52 tahun ke belakang dan merenung 50 tahun ke hadap- an” ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-52 DBP di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur pada 23 Jun yang lalu. Menurut beliau lagi, “perubah- an di persekitaran memerlukan kita menanggapi semua ini dengan bijaksana. Masalah pada tahun 2008 tidak boleh menggunakan kaedah tahun 60-an untuk meng- atasinya. Ia sama sekali tidak sesuai! Zaman berubah dan kita mesti turut berubah mengikut peredaran zaman.” Dalam majlis yang turut diha- diri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan mantan Pengarah, pesara dan kakitangan DBP, beliau turut melahirkan rasa gem- bira dengan pendekatan memaksi- mumkan peng-gunaan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) yang diberikan perhatian serius. Contohnya, Khidmat Nasihat DBP dalam laman sesa- wang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat yang memerlukan bimbingan DBP dalam pelbagai aspek. Di samping itu, beliau menca- dangkan agar badan berkanun ini memaksimumkan peranan ca- wangan di Sabah, Sarawak dan tiga pejabat wilayah untuk mem- beri ruang kepada ibu pejabat menumpukan perhatian kepada tugas yang lebih strategik. Selain daripada itu, mempertingkat siner- gi dengan pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran dan badan bukan kerajaan seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Teknologi Pen- didikan dan Bahagian Pendidikan Guru. DBP juga disarankan supaya memanfaatkan Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mem- bantu usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Antaranya Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang dipenge- rusikan oleh Menteri Pelajaran, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Penerangan, katanya dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 kakitangan dan jem- putan. Sempena ulang tahun ke-52 tahun ini, kira-kira 22 aktiviti dilaksanakan dalam program "Jom ke DBP" untuk mengimarahkan DBP sebagai gedung intelek- tual dan mengajak masyarakat mendekati, menghayati peranan DBP sebagai agensi yang bertang- gungjawab untuk memartabatkan bahasa, sastera dan penerbitan berbahasa Melayu. Program yang disertai dalam kalangan staf dan masyarakat luar ini diadakan di pejabat Wilayah, Cawangan dan di ibu pejabat. Antaranya Pameran DBP 52 Tahun (Suka dan duka diharu- ngi bersama), bacaan Yasin, Pertandingan Mari Bercerita, Jejak Maklum dan Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Di Wilayah Timur diadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster, Persembahan Boneka Kanak- kanak, deklamasi puisi dan persembahan gurindam yang disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar pra sekolah hingga pelajar tahun empat sekitar Kota Bharu. Pada 22 Jun yang lalu pula dilangsungkan sesi intelektual Wacana Seni Pakaian Masyarakat Melayu yang menghimpunkan seramai 100 orang peserta dari- pada kalangan pegawai-pegawai kerajaan, warga pendidik, pela- jar IPT dan persatuan-persatuan penulis. Wacana yang disam- paikan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, YBhg. Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa mengupas tentang keunikan masyarakat Melayu yang bukan sahaja terpancar menerusi baha- sa dan adat sopan, malah pakai- an juga. Menurutnya, pakaian menjadi salah satu elemen budaya yang penting dalam masyarakat Melayu yang memancarkan nilai- nilai kesenian dan kehalusan si pemakainya. Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin dan Basirah Ariffin MUNSYI DBP terus kukuh memartabatkan bahasa, sastera dan penerbitan. 50 tahun akan datang? Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00 Kamus Thai-Melayu Dewan dwiba- hasa ini memuatkan 10,311 entri dan subentri yang disusun mengikut abjad bahasa Thai. Kamus ini merupakan kamus pelajar yang disusun untuk membantu para pelajar dan orang awam yang bahasa ibundanya bahasa Thai yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Kamus ini boleh juga dimanfaatkan oleh orang Melayu yang ingin belajar bahasa Thai. Keistimewaan kamus ini ialah entri dan subentri diwarnakan bagi memu- dahkan pengguna untuk merujuknya, sebutan bahasa Thai yang berasaskan International Phonetic Alphabet (IPA), kelas kata bagi setiap entri dan subentri serta contoh penggunaan diberikan untuk membantu pengguna mema- hami sesuatu entri atau subentri dan kolokasinya. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Kedai Buku Koperasi DBP Sdn. Bhd. dengan menghubungi talian 03-21485869/ 21433505/21433504. Bil: 50 RABU, 16 JULAI 2008 MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN Perubahan di persekitaran memerlukan kita menanggapi semua ini dengan bijaksana. Masalah pada tahun 2008 tidak boleh menggunakan kaedah tahun 60-an untuk mengatasinya. Ia sama sekali tidak sesuai! Zaman berubah dan kita mesti turut berubah mengikut peredaran zaman" YB Datuk Razali Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel- bagai masalah penggunaan baha- sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing- an dan bengkel penulisan/pe- nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca- rian pantun dan biodata penulis/ penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe- rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber- kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak- tiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my KAMUS THAI-MELAYU DEWAN Impak Bukan Dejavu Muka 10 Muka 12 "Menoleh 52 Tahun ke Belakang, Merenung 50 Tahun Akan Datang" Dunia Kartun dalam Bahasa, Sastera DAPAT SAMBUTAN: Pelajar sekolah juga turut menyertai program Jom ke DBP sempena ulangtahun ke-52 DBP. TANDA TERIMA KASIH: Johan Jaaffar menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Razali Ismail.

Upload: nguyenkhanh

Post on 11-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BH PILIH L1 16 emel

S esuai dengan usia penubuh-an, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disarankan

supaya menilai tahap keberadaan dalam masyarakat pada masa sekarang agar seiring dengan peredaran zaman dan selaras dengan peranannya. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Razali Ismail berkata de-ngan usia lebih daripada setengah abad, sudah tentulah mempunyai pengalaman yang sangat luas.

Katanya, “sesuai dengan sam-butan ulang tahun ke-52 DBP, ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri menoleh 52 tahun ke belakang dan merenung 50 tahun ke hadap-an” ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-52 DBP di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur pada 23 Jun yang lalu.

Menurut beliau lagi, “perubah-an di persekitaran memerlukan kita menanggapi semua ini dengan bijaksana. Masalah pada tahun 2008 tidak boleh menggunakan kaedah tahun 60-an untuk meng-atasinya. Ia sama sekali tidak sesuai! Zaman berubah dan kita mesti turut berubah mengikut peredaran zaman.”

Dalam majlis yang turut diha-diri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan mantan Pengarah, pesara dan kakitangan DBP, beliau turut melahirkan rasa gem-bira dengan pendekatan memaksi-mumkan peng-gunaan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) yang diberikan perhatian serius. Contohnya, Khidmat Nasihat DBP dalam laman sesa-wang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat yang memerlukan bimbingan DBP dalam pelbagai aspek.

Di samping itu, beliau menca-dangkan agar badan berkanun ini memaksimumkan peranan ca-wangan di Sabah, Sarawak dan tiga pejabat wilayah untuk mem-beri ruang kepada ibu pejabat menumpukan perhatian kepada tugas yang lebih strategik. Selain daripada itu, mempertingkat siner-gi dengan pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran dan badan bukan kerajaan seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Teknologi Pen-didikan dan Bahagian Pendidikan Guru.

DBP juga disarankan supaya memanfaatkan Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mem-bantu usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Antaranya Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang dipenge-rusikan oleh Menteri Pelajaran,

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Penerangan, katanya dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 kakitangan dan jem-putan.

Sempena ulang tahun ke-52 tahun ini, kira-kira 22 aktiviti dilaksanakan dalam program "Jom ke DBP" untuk mengimarahkan DBP sebagai gedung intelek-tual dan mengajak masyarakat mendekati, menghayati peranan DBP sebagai agensi yang bertang-gungjawab untuk memartabatkan bahasa, sastera dan penerbitan berbahasa Melayu.

Program yang disertai dalam kalangan staf dan masyarakat luar ini diadakan di pejabat Wilayah, Cawangan dan di ibu pejabat. Antaranya Pameran DBP 52 Tahun (Suka dan duka diharu-ngi bersama), bacaan Yasin,

Pertandingan Mari Bercerita, Jejak Maklum dan Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Di Wilayah Timur diadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster, Persembahan Boneka Kanak-kanak, deklamasi puisi dan persembahan gurindam yang disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar pra sekolah hingga pelajar tahun empat sekitar Kota Bharu.

Pada 22 Jun yang lalu pula dilangsungkan sesi intelektual Wacana Seni Pakaian Masyarakat Melayu yang menghimpunkan seramai 100 orang peserta dari-pada kalangan pegawai-pegawai kerajaan, warga pendidik, pela-jar IPT dan persatuan-persatuan penulis. Wacana yang disam-paikan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, YBhg. Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa mengupas tentang keunikan

masyarakat Melayu yang bukan sahaja terpancar menerusi baha-sa dan adat sopan, malah pakai-an juga. Menurutnya, pakaian menjadi salah satu elemen budaya yang penting dalam masyarakat Melayu yang memancarkan nilai-nilai kesenian dan kehalusan si pemakainya.

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffindan Basirah Ariffin

MUNSYI

DBP terus kukuh memartabatkanbahasa, sastera dan penerbitan.

50 tahunakan datang?

Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00

Kamus Thai-Melayu Dewan dwiba-hasa ini memuatkan 10,311 entri dan subentri yang disusun mengikut abjad bahasa Thai.

Kamus ini merupakan kamus pelajar yang disusun untuk membantu para pelajar dan orang awam yang bahasa ibundanya bahasa Thai yang ingin mempelajari bahasa Melayu.

Kamus ini boleh juga dimanfaatkan oleh orang Melayu yang ingin belajar bahasa Thai.

Keistimewaan kamus ini ialah entri dan subentri diwarnakan bagi memu-dahkan pengguna untuk merujuknya, sebutan bahasa Thai yang berasaskan International Phonetic Alphabet (IPA), kelas kata bagi setiap entri dan subentri serta contoh penggunaan diberikan untuk membantu pengguna mema-hami sesuatu entri atau subentri dan kolokasinya.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Kedai Buku Koperasi DBP Sdn. Bhd. dengan menghubungi talian 03-21485869/ 21433505/21433504.

Bil: 50 RABU, 16 JULAI 2008

MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN

Perubahan di persekitaran memerlukan kita menanggapi semua ini dengan bijaksana. Masalah pada tahun 2008 tidak boleh menggunakan kaedah tahun 60-an untuk mengatasinya. Ia sama sekali tidak sesuai! Zaman berubah dan kita mesti turut berubah mengikut peredaran zaman"

YB Datuk Razali IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Menawarkan:

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel-bagai masalah penggunaan baha-sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa.

Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing-an dan bengkel penulisan/pe-nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca-rian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe-rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber-kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak-tiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

KamusThai-melayu Dewan

ImpakBukan Dejavu Muka 10 Muka 12

"Menoleh 52 Tahun ke Belakang, Merenung 50 Tahun Akan Datang"

Dunia Kartun dalamBahasa, Sastera

DAPAT SAMBUTAN: Pelajar sekolah juga turut menyertai program Jom ke DBP sempena ulangtahun ke-52 DBP.

TANDA TERIMA KASIH: Johan Jaaffar menyampaikan cenderamata kepadaYB Datuk Razali Ismail.