mte3143-kerja kursus (pelajar)

5
1 / 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman TUGASAN PROJEK PROGRAM : PISMP (Matematik PR) NAMA PELAJAR : KURSUS : MTE3143 Aplikasi Matematik SEMESTER : 2 (Tahun 4) AMBILAN : Jan 2012 Tarikh Mula 5/7/2015 Tarikh Hantar 16/8/2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden. 2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan. 3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi. 4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi. 5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 5. Objektif Kerja Kursus Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut: 1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam teknologi moden 2. Menyiasat dan mengulas secara kritikal kekuatan kod sifer klasik dan kriptografi moden 3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus Komponen Penilaian Kursus Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut No. Komponen Penilaian Kursus Wajaran Kerja Kursus Wajaran 1. Tugasan 1: Laporan Penyiasatan: Aplikasi Matematik 20% 2. Tugasan 2: Ulasan Kritikal: Kod Sifer dan Kriptografi 50% 3. Tugasan 3: Laporan Penyiasatan: Idea-idea Kakulus 30% 60% 4. Peperiksaan Akhir - 40% Tugasan 1, 2, dan 3 dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan kuliah bagi tajuk-tajuk berkenaan.

Upload: azizi-ahmad

Post on 12-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ffevgvhbd

TRANSCRIPT

Page 1: MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

1 / 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PISMP (Matematik PR) NAMA PELAJAR :

KURSUS : MTE3143

Aplikasi Matematik

SEMESTER : 2 (Tahun 4)

AMBILAN : Jan 2012

Tarikh Mula 5/7/2015 Tarikh Hantar 16/8/2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi.

4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi.

5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan

kalkulus.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 5.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut:

1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam

teknologi moden

2. Menyiasat dan mengulas secara kritikal kekuatan kod sifer klasik dan kriptografi moden

3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus

Komponen Penilaian Kursus

Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut

No. Komponen Penilaian Kursus

Wajaran

Kerja Kursus Wajaran

1. Tugasan 1: Laporan Penyiasatan: Aplikasi Matematik 20%

2. Tugasan 2: Ulasan Kritikal: Kod Sifer dan Kriptografi 50%

3. Tugasan 3: Laporan Penyiasatan: Idea-idea Kakulus 30%

60%

4. Peperiksaan Akhir - 40%

Tugasan 1, 2, dan 3 dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan kuliah bagi tajuk-tajuk berkenaan.

Page 2: MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

Tugasan Projek – MTE3143

2 / 3

Penerangan Komponen Tugasan

Tugasan 1: Laporan Penyiasatan - Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian

Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam aktiviti manusia seharian. Dalam tugasan ini anda akan

menyiasat bagaimana matematik digunakan dalam teknologi moden.

Secara khusus, anda dikehendaki

(a) mengenal pasti satu bidang teknologi moden yang melibatkan aplikasi matematik (misalnya

teknologi Maklumat, telefon pintar, Internet, kad pintar/kredit, barcode/QR code,

perbankan atas talian, telekomunikasi, dsb)

(b) menyiasat bagaimana matematik digunakan untuk merealisasikan teknologi tersebut

Di akhir penyiasatan anda , anda perlu membentangkan hasil dapatan di dalam kelas dan

mendokumentasikan hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis tidak melebihi 5 mukasurat.

Tugasan 2: Ulasan Kritikal - Kod Sifer dan Kriptografi

Keperluan untuk merahsiakan mesej (encryption) telah wujud sejak manusia mula berkomunikasi

antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, usaha untuk memecahkan mesej rahsia juga giat

berlaku. Matematik memainkan peranan penting dalam usaha kedua-dua pihak ini.

Dalam tugasan ini, anda akan menyiasat dan mengulas secara kritikal perkembangan kod sifer dari

zaman klasik sehingga ke zaman moden ini. Spesifikasi tugasan ini adalah seperti berikut:

(a) Dalam amali Topik 2 (Kod Klasik dan Sifer), anda menyiasat bagaimana menggunakan teknik

analisis kekerapan abjad untuk memecahkan pelbagai kod klasik dan sifer. Laporkan hasil siasatan

anda serta berikan ulasan kritikal terhadap kekuatan dan kelemahan kod klasik dan sifer yang anda

siasat.

(b) Dalam amali Topik 3 (Kod dan Kriptografi), anda menyiasat samada teknik analisis kekerapan

abjad dapat digunakan untuk memecahkan sifer yang berasaskan sistem RSA. Laporkan hasil

siasatan anda serta berikan ulasan kritikal terhadap kekuatan dan kelemahan sistem RSA.

(c) Selamatkah sistem RSA hari ini? Beri ulasan anda dengan membincangkan kemungkinan suatu

sistem RSA dapat dipecahkan.

Kumpulkan ulasan kritikal anda dalam sati laporan bertulis tidak melebihi 10 mukasurat.

Tugasan 3: Laporan Penyiasatan – Idea-idea Kalkulus

Perkembangan pelbagai idea matematik adalah hasil dari usaha ahli-ahli matematik sepanjang zaman

berzaman. Dalam tugasan ini, anda akan mengulangi usaha-usaha beberapa orang ahli matematik

dalam menyiasat dan memperkembangkan idea-idea kalkulus berikut:

Idea 1. Penghampiran nilai π oleh Archimedes

Idea 2. Penentuan luas bulatan oleh Archimedes

Idea 3. Paradoks Zeno dan Penyelesaiannya

Idea 4. Penyiasatan lengkung kubik oleh Newton

Secara khusus, anda dikehendaki mengulangi siasatan dua idea dari senarai di atas seperti yang dilalui

oleh ahli-ahli matematik berkenaan. Di akhir penyiasatan anda, buat satu rumusan mengenai

sumbangan idea ahli matematik berkenaan dalam sejarah perkembangan matematik.

Dokumentasikan hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis tidak melebihi 10 mukasurat,

dan bentangkan di dalam kelas.

Page 3: MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

Tugasan Projek – MTE3143

3 / 3

Panduan Pelaksanaan

1. Semua tugasan adalah berbentuk individu. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja

akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang

melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan

kesalahan plagiarism. Kedua-dua pihak yang terlibat akan didenda mengikut peraturan yang

berkuatkuasa.

2. Semua tugasan hendaklah hasil penulisan sendiri dan tidak boleh diterjemah terus menggunakan apa-

apa penterjemah termasuk Google Translate.

3. Semua tugasan hendaklah ditaip menggunakan MS Word dengan spesifikasi berikut:

(a) Fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris.

(b) Format penulisan hendaklah mengikut garis panduan APA (http://www.apastyle.org/)

(c) Setiap Laporan Penyiasatan dan Ulasan Kritikal hendaklah tidak melebihi muka surat yang

ditetapkan, dan mengandungi senarai rujukan yang digunakan.

4. Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi semasa

melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian tidak akan dibuat

terhadap hasil kerja atau jawapan anda. Penilaian hanya akan dibuat selepas hasil kerja diserahkan.

5. Hasil kerja yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

(a) Setiap keperluan dan spesifikasi tugasan dipatuhi sepenuhnya

(b) Organisasi dan persembahan maklumat teratur, logikal dan koheren

(c) Penulisan adalah jelas, tepat dan menunjukkan kefahaman tajuk yang mendalam

(d) Penulisan laporan dan ulasan menepati gaya APA serta mengikut format penulisan akademik

Disediakan oleh:

(DR. NG KOK FU)

Penyelaras Kursus

Disemak oleh:

(CIK TEOH SOOI KIM)

Pakar Bidang (SME) Matematik

Disahkan oleh:

(PN. NORHANA ABU BAKAR)

Ketua Jabatan Matematik

* Salinan tugasan ini tidak memerlukan tandatangan.

Page 4: MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

1 of 2

Rubrik Pemarkahan Holistik TUGASAN PROJEK

MTE3143 – Aplikasi Matematik

Skala Deskriptor

Amat

Cemerlang

90 – 100

Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang amat luas dan tepat

- kandungan menepati semua keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang amat sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik amat sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang amat jelas dan tepat

Ulasan Kritikal

- ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA amat kritikal dan amat tepat

- aplikasi matematik dalam sifer diterangkan dengan amat jelas dan tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea amat menyeluruh dan tepat

- rumusan sumbangan amat relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang sangat luas dan rujukan yang amat relevan

- laporan dan ulasan amat menepati format APA serta penulisan akademik

Pembentangan

- struktur persembahan yang amat berkesan

- penerangan yang amat jelas dan tepat

Cemerlang

80 – 89

Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang luas dan tepat

- kandungan menepati semua keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang amat sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang jelas dan tepat

Ulasan Kritikal

- ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kritikal dan tepat

- aplikasi matematik dalam sifer diterangkan dengan jelas dan tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea menyeluruh dan tepat

- rumusan sumbangan relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang luas dan rujukan yang relevan

- laporan dan ulasan menepati format APA serta penulisan akademik

Persembahan

- struktur persembahan yang berkesan

- penerangan yang jelas dan tepat

Kepujian

65 – 79

Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang memuaskan

- kandungan menepati keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang memuaskan

Ulasan Kritikal

- ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kurang kritikal atau kurang tepat

- aplikasi matematik diterangkan dengan kurang jelas atau kurang tepat

(bersambung...)

Page 5: MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

Rubrik Pemarkahan MTE3143

2 of 2

Skala Deskriptor

(sambungan)

Kepujian

65 – 79

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea memuaskan

- rumusan sumbangan relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang memuaskan dan rujukan yang relevan

- laporan dan ulasan menepati format APA serta penulisan akademik

Persembahan

- struktur persembahan memuaskan

- penerangan yang memuaskan

Lulus

40 – 64

Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang terhad

- kandungan menepati sebahagian keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang kurang sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang kurag sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang kurang jelas dan kurang tepat

Ulasan Kritikal

- ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kurang kritikal dan kurang tepat

- penerangan aplikasi matematik dalam sifer kurang jelas dan kurang tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea kurang menyeluruh dan kurang tepat

- rumusan sumbangan kurang relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang terhad dan rujukan yang kurang relevan

- laporan dan ulasan kurang menepati format APA serta penulisan akademik

Persembahan

- struktur persembahan yang kurang berkesan

- penerangan kurang jelas dan kurang tepat

Gagal

0 – 39

Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang rendah

- kandungan kurang lengkap dan tidak menepati keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang tidak sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang tidak sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang tidak jelas dan tidak tepat

Ulasan Kritikal

- ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA tidak kritikal atau tidak tepat

- penerangan aplikasi matematik dalam sifer tidak jelas atau tidak tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea tidak menyeluruh atau tidak tepat

- rumusan sumbangan tidak relevan

Kamahiran Rujukan

- kurang atau hampir tiada rujukan atau pembacaan

- laporan dan ulasan tidak menepati format APA serta penulisan akademik

Persembahan

- struktur persembahan tidak berkesan

- penerangan yang tidak jelas dan tidak tepat